3.0 AM 3.1 Pekeliling ini juga diedarkan untuk makluman kepada semua majikan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad.

dokumen-dokumen yang mirip
PEKELILING MAJIKAN NO.11/2014. TUNTUTAN GERAN LATIHAN SECARA ATAS TALIAN (e-claim) BAGI MAJIKAN DAN PENYEDIA LATIHAN

GARIS PANDUAN MENGHADIRI PROGRAM LATIHAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

KANDUNGAN. Pengenalan 1. Latarbelakang 1-2. Objektif 2. Kadar Bantuan Kewangan dan Kos Yang Dibenarkan. Syarat-syarat Kelayakan Untuk Majikan-majikan

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

TAKLIMAT PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN KEPADA PELAJAR BAHARU IPT

BUKU PANDUAN KEWANGAN PROGRAM DIPLOMA SEPENUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN TIER 1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA PANDUAN PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM IJAZAH PERTAMA MELALUI SALURAN KEDUA KEMASUKAN SEPTEMBER SESI 2011/2012

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP)

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

1. PENGENALAN 2. TUJUAN

PTSS PK PS 08 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA PENGAWAI LATIHAN DAN PENDIDIKAN LANJUTAN JAWATAN PENGARAH TARIKH 19 OKTOBER OKTOBER 2016

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN KEPADA GOLONGAN PEKERJA

Sumasni Sulaiman. PERANAN URUSETIA MESYUARAT JAWATANKUASA SEBUT HARGA RASMI / LEMBAGA PEROLEHAN TENDER

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : UNIMAP/PEND/101/2-6 (9) TARIKH : 3 OGOS 2012 PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 6 TAHUN 2012

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. (UPM ET)

BUKU LOG LATIHAN. Tahun : Kementerian Kesihatan Malaysia. No. K.P. Gred Jawatan :. Tempat Bertugas :

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

SKIM BANTUAN PELAJARAN (SBP) TABUNG PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI PEKEBUN KECIL RISDA

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PEKELILING BENDAHARI BIL. 4 TAHUN 2008 PENYEDIAAN CADANGAN PERBELANJAAN MENGURUS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BAGI TAHUN 2010 DAN 2011

BORANG PERMOHONAN MASA DEPAN ANDA BERMULA DI SINI

IKLAN JAWATAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN PEMBANTU TADBIR (P/O) GED N17 (SAMBILAN)

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGURUSAN LATIHAN STAF

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

PERATURAN-PERATURAN TABUNG KEBAJIKAN BERSAMA KOPERASI KAKITANGAN UiTM BERHAD

UTHM.PB/100-6/4/1( 15 ) 4 Februari 2009 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2009

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Ke Arah Menjadi Remisier

Terhad untuk pelajar IPT Malaysia/Tempatan sahaja yang layak memohon KADS1M DEBIT-i.

RINGKASAN PERMOHONAN KEGIATAN PELAJAR AKADEMIK / ILMIAH KEPIMPINAN KHIDMAT MASYARAKAT PATRIOTISME KREATIF / INOVASI KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Jawatan 1 : Pengurus Kanan (Perancangan Bisnes) - (1 Kekosongan )

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. Sewa Beli - NonBPA

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

Giro Takaful Pelindung

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA GARIS PANDUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SECARA SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

BORANG PERMOHONAN TABUNG AMANAH PEMBANGUNAN AKADEMIK

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

Berurusan dengan Pengantara Takaful

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL / CUTI SANGKUTAN INDUSTRI SECARA INBOUND

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

GARIS PANDUAN PROGRAM KERJASAMA IPTA / IPTS DI DALAM NEGARA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

BORANG PERMOHONAN INSENTIF DAN YURAN PENGAJIAN STAF PENTADBIRAN Dihantar melalui PTj / Fakulti kepada Unit Kemudahan Pengajian Staf, Pejabat Pendaftar

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 9/2010

KOPERASI KKGLM MALAYSIA BERHAD ATURAN AKTIVITI PINJAMAN

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

PENYALURAN DANA BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT) MELALUI KAD DEBIT-i DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA (KADS1M DEBIT-i)

1. Butiran Program. 1.1 Latar Belakang

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/SOK/ICT/P001. Prosedur ini menerangkan cara perlaksanaan penyelenggaraan ICT.

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

1. PENGENALAN 2. TUJUAN

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

PEKELILING BENDAHARI BIL 3/2009

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

PNB BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN

SOAL & JAWAB UNIT PERJAWATAN AKADEMIK BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG PEKELILING PENTADBIRAN BILANGAN 2 TAHUN 2011 DASAR DAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. TUJUAN

TERMA RUJUKAN PERMOHONAN TABUNG LATIHAN UNIVERSITI

PEKELILING PENTADBIRAN BILANGAN 3 TAHUN 2007 KEMEMTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Unit Perkhidmatan, Bahagian Sumber Manusia

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

SYARAT PERMOHONAN PERUNTUKAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI SEMINAR/KONFERENSI/BENGKEL/LAWATAN LUAR NEGARA

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM

PENYEDIAAN CADANGAN ANGGARAN BELANJA MENGURUS UNTUK DUA TAHUN (TAHUN 2008 DAN 2009) Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK

BORANG PERMOHONAN EJEN KORPORAT AMANAHRAYA

Transkripsi:

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (Human Resources Development Berhad) TINGKAT 7, WISMA CHASE PERDANA OFF JALAN SEMANTAN, BUKIT DAMANSARA 50490 KUALA LUMPUR Tel : 03-20984800 Fax : 03-20935722 Tarikh : 1 Nov 2002 PEKELILING PENYEDIA LATIHAN BIL. 4/2002 PROSEDUR PENDAFTARAN PENYEDIA LATIHAN DAN KADAR YURAN BARU BAGI SEMUA AKTIVITI PENYEDIA LATIHAN YANG BERDAFTAR DENGAN PSMB DI BAWAH KUMPULAN WANG PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA 1 TUJUAN Tujuan Pekeliling ini ialah untuk memaklumkan mengenai prosedur pendaftaran penyedia latihan dan kadar yuran yang baru bagi semua aktiviti penyedia latihan yang berdaftar dengan PSMB. 2 TAKRIF 2.1 Bagi pekeliling ini, istilah-istilah berikut bermaksud:- Urusetia Majikan Penyedia Latihan KWPSM PROLUS SBL PLT Pembangunan Sumber Manusia Berhad yang bertanggungjawab mentadbir Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia. Majikan yang telah berdaftar di bawah Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia. Penyedia Latihan yang berdaftar di bawah Skim PROLUS, Pembangunan Sumber Manusia Berhad. Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia Program Yang Diluluskan Skim Bantuan Latihan Skim Pelan Latihan Tahunan 3.0 AM 3.1 Pekeliling ini juga diedarkan untuk makluman kepada semua majikan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad. 4.0 LATARBELAKANG 4.1 Sejak tahun 1993, Urusetia Pembangunan Sumber Manusia Berhad telah banyak menerima permohonan daripada Penyedia Latihan untuk mendapatkan taraf PROLUS bagi program latihan/kursus mereka. Mengikut Pekeliling Penyedia Latihan Bil. 3/2001 yang berkuatkuasa pada 1 Mei 2001, kadar yuran mengikut kelas sijil pendaftaran adalah seperti berikut:- i) Sijil Pendaftaran Kelas A - Yuran Pendaftaran Sebanyak RM700 ii) Sijil Pendaftaran Kelas B - Yuran Pendaftaran Sebanyak RM500 iii) Sijil Pendaftaran Kelas C - Yuran Pendaftaran Sebanyak RM400 4.2 Pekeliling Penyedia tersebut juga telah menjelaskan secara terperinci mengenai Sijil Pendaftaran Kelas A, Sijil Pendaftaran Kelas B dan Sijil Pendaftaran Kelas C. 4.3 Sijil Pendaftaran Kelas A dan B ialah bagi melaksanakan kursus-kursus di bawah PROLUS. Manakala Sijil Pendaftaran Kelas C pula, ialah bagi melaksanakan kursus-kursus di bawah Skim SBL yang mana kelulusan awal perlu diperolehi terlebih dahulu.

4.4 Bagi mempertingkatkan lagi mutu perlaksanaan latihan di kalangan penyedia-penyedia latihan yang berdaftar dengan PSMB, aktiviti-aktiviti naziran perlu dilaksanakan oleh PSMB untuk memastikan kemudahan latihan sentiasa dikekalkan atau dipertingkatkan dan kualiti pembelajaran juga sentiasa diperbaiki dari masa ke semasa. Aktiviti naziran secara tidak langsung dapat mencegah penyelewengan di kalangan penyedia-penyedia latihan yang berdaftar di bawah PSMB. 5. KADAR YURAN BARU PENDAFTARAN PENYEDIA LATIHAN DAN PROGRAM LATIHAN 5.1 Berkuatkuasa Pekeliling ini, kadar yuran pendaftaran penyedia latihan / cawangan yang baru bagi Sijil Pendaftaran Kelas A, B, dan C adalah seperti berikut:- Butiran a) Yuran Prosesan Pendaftaran Penyedia Latihan: Kadar Lama Kadar Baru Kelas A RM700.00 RM1200.00 Kelas B RM500.00 RM1000.00 Kelas C RM400.00 Rm700.00 b) Yuran Prosesan Pendaftaran Cawangan Penyedia Latihan RM350.00 RM700.00 5.2 Sehubungan dengan itu, kadar yuran bagi pembaharuan sijil penyedia latihan adalah seperti berikut:- Butiran Yuran Pembaharuan Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan :- Kadar Lama Kadar Baru Kelas A RM700.00 RM1200.00 Kelas B RM500.00 RM1000.00 Kelas C RM400.00 Rm700.00 Setiap Cawangan bagi Kelas A atau B - RM200.00 5.3 PSMB juga telah menetapkan kadar yuran pemprosesan bagi transaksi-transaksi seperti berikut:- Butiran Kadar Lama Kadar Baru a) Yuran Prosesan Pertukaran Premis Penyedia RM350.00 RM1000.00 Latihan b) Yuran Prosesan Pertukaran Nama Penyedia RM1000.00 RM1000.00 Latihan c) Yuran Prosesan Bagi Setiap Program Latihan - RM300.00 d) Yuran Pembaharuan Bagi Setiap Program - RM300.00 setiap 3 Latihan tahun 5.4 Adalah dimaklumkan, sebarang pembayaran bagi kesemua transaksi seperti di atas boleh dikemukakan dalam bentuk cek/wang pos/ kiriman wang atau deraf bank. 6.0 PENDAFTARAN PENYEDIA LATIHAN 6.1 Penyedia Latihan boleh memilih sama ada untuk berdaftar di bawah Sijil Pendaftaran Kelas A, B atau C. 6.1.1 Sijil Pendaftaran Kelas A (Borang Pendaftaran PSMB/PRO/1/02) Penyedia Latihan di bawah kategori ini dibenarkan untuk melaksanakan latihan di bawah Skim PROLUS di tempat-tempat seperti berikut:- Premis latihan sendiri yang telah diluluskan;

Hotel yang menyediakan kemudahan latihan; Premis majikan; dan Menyewa lain-lain premis yang ada kemudahan latihan seperti institusi-institusi pengajian tinggi awam/swasta dan premis penyedia latihan yang berstatus PROLUS. Sekiranya latihan dibuat di premis majikan, perkiraan tuntutan yuran mestilah tidak melebihi perkiraan di bawah Skim SBL. Yuran Proses Permohonan Pendaftaran Penyedia Latihan ialah sebanyak RM1200.00 dikenakan bagi Penyedia Latihan swasta atau kerajaan. Yuran proses sebanyak RM700.00 pula dikenakan bagi penambahan setiap cawangan. 6.1.2 Sijil Pendaftaran Kelas B (Borang Pendaftaran - PSMB/PRO/1/02) Penyedia Latihan di bawah kategori ini hanya dibenarkan melaksanakan latihan di bawah Skim PROLUS di premisnya sahaja. Yuran Proses Permohonan Pendaftaran Penyedia Latihan ialah sebanyak RM1000.00 dikenakan bagi Penyedia Latihan swasta atau kerajaan. Yuran proses sebanyak RM700.00 pula dikenakan bagi penambahan setiap cawangan. 6.1.3 Sijil Pendaftaran Kelas C (Borang Pendaftaran - PSMB/PL/1C/02) Sijil ini hanya ditawarkan kepada Penyedia Latihan yang menawarkan kursus/program "soft skills" sahaja. Penyedia Latihan bagi kategori ini hanya dibenarkan melaksanakan latihan di bawah Skim Bantuan Latihan (SBL) atau Skim Pelan Latihan Tahunan (PLT) dan tempat-tempat yang dibenarkan adalah seperti berikut:- Hotel yang menyediakan kemudahan latihan; Premis majikan; dan Menyewa lain-lain premis yang ada kemudahan latihan seperti institusi-institusi pengajian tinggi awam/swasta dan premis penyedia latihan yang berstatus PROLUS. Yuran Proses Permohonan Pendaftaran Penyedia Latihan ialah sebanyak RM700 dikenakan bagi Penyedia Latihan Swasta. Yuran proses sebanyak RM1000 juga dikenakan bagi perpindahan pejabat. Penyedia Latihan akan menawarkan program latihan di bawah Skim Bantuan Latihan (SBL) dimana permohonan awal perlu dibuat sebelum program latihan bermula. 6.2 Syarat-syarat Pendaftaran Sijil Pendaftaran Kelas A dan Sijil Pendaftaran Kelas B Institusi latihan berdaftar @ diperbadankan di Malaysia. Mempunyai premis latihan yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan latihan dan pejabat tetap.(sekurang-kurangnya 1 bilik latihan dengan kapasiti seramai 20 orang). Mempunyai dua (2) orang jurulatih tempatan sepenuh masa dan kakitangan sokongan. Telah menawarkan kursus secara umum sekurang-kurangnya 2 tahun (kecuali bagi kursus berteknologi tinggi atau teknologi maklumat) kepada majikan berdaftar di bawah Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia. 6.3 Syarat-syarat pendaftaran bagi Sijil Pendaftaran Kelas C Mempunyai syarikat berdaftar; Menawarkan kursus/program "soft skills" sahaja; dan Mempunyai pejabat dan sekurang-kurangnya seorang tenaga pengajar yang tetap dan kakitangan sokongan bagi memastikan latihan berterusan dapat dilaksanakan. Telah menawaarkan kursus secara umum / dalaman sekurang-kurangnya 1 tahun kepada majikan berdaftar di bawah Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia. 7.0 PEMBAHARUAN SIJIL PENDAFTARAN 7.1 Sijil Pendaftaran Kelas A dan B 7.1.1 Sijil pendaftaran adalah sah bagi tempoh satu (1) tahun sahaja dan mesti diperbaharui setiap

tahun. Bagi tujuan tersebut, borang PSMB/PRO/1A/01 perlulah dilengkapkan. Walau bagaimanapun, Penyedia Latihan perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) program/kursus yang bertaraf PROLUS. 7.1.2 Bayaran sebanyak RM1200 dikenakan untuk tujuan pembaharuan Sijil Pendaftaran Kelas A dan RM1000 dikenakan bagi pembaharuan Sijil Pendaftaran Kelas B. Bayaran sebanyak RM200 pula dikenakan bagi pembaharuan setiap cawangan penyedia latihan. 7.1.3 Sekiranya Penyedia Latihan gagal memperbaharui Sijil Pendaftaran sebagai Penyedia Latihan yang berdaftar di bawah Skim PROLUS, maka semua program latihan/kursus bertaraf PROLUS akan terbatal dengan serta-merta. 7.2 Sijil Pendaftaran Kelas C 7.2.1 Sijil pendaftaran adalah sah bagi tempoh satu (1) tahun sahaja dan mesti diperbaharui setiap tahun. Bagi tujuan tersebut, borang PSMB/PL/1CA/01 perlulah dilengkapkan. 7.2.2 Sijil Pendaftaran Kelas C dikenakan bayaran pembaharuan sijil sebanyak RM700. 8.0 PERTUKARAN NAMA DAN PREMIS PENYEDIA LATIHAN/CAWANGAN 8.1 Pihak Penyedia Latihan perlu memaklumkan kepada pihak PSMB jika terdapat sebarang pertukaran premis penyedia latihan/cawangan serta pertukaran nama penyedia latihan. 8.2 Bagi sebarang transaksi pertukaran premis penyedia latihan/cawangan serta pertukaran nama penyedia latihan, bayaran sebanyak RM1000.00 akan dikenakan sebagai yuran proses. 9.0 PROGRAM PROLUS/PERLA DIJALANKAN DI LUAR LOKASI LATIHAN YANG DILULUSKAN 9.1 Penyedia Latihan yang telah memperolehi status PROLUS dan memegang Sijil Pendaftaran Kelas A sahaja dibenarkan menawarkan kursus di luar premis penyedia latihan iaitu tempattempat yang telah dinyatakan seperti di para 6.1.1. 9.1.1 Program "soft skills" Bagi program "soft skills", syarat-syarat seperti berikut perlu dipatuhi:- Bilangan pelatih untuk setiap sesi mestilah di antara 15 hingga 25 orang. Terdapat kelengkapan kemudahan latihan seperti bilik latihan yang lengkap dengan kemudahan media latihan & audio visual, jika diadakan di tempat-tempat yang telah dinyatakan seperti dipara 6.1.1. Jumlah yuran latihan bagi keseluruhan bilangan pelatih tidak melebihi pengiraan di bawah Skim SBL atau Skim PROLUS yang man lebih rendah, jika dijalankan di premis majikan. Bagi program latihan/kursus yang dijalankan di hotel/institusi-institusi pengajian tinggi awam/swasta/premis penyedia latihan yang berstatus PROLUS, yuran latihan hendaklah mengikut kadar yang ditetapkan di bawah Skim PROLUS (yuran yang telah diluluskan). 9.1.2 Program "Hard Skills" Bagi program "hard skills", syarat-syarat seperti berikut perlu dipatuhi:- Bilangan maksimum pelatih untuk setiap sesi mestilah di antara 15 hingga 20 orang. Terdapat peralatan/kemudahan untuk menjalankan program "hard skills".

Bagi program latihan/kursus yang dijalankan di hotel/institusi-institusi pengajian tinggi awam/swasta/premis penyedia latihan yang berstatus PROLUS, yuran latihan hendaklah mengikut kadar yang ditetapkan di bawah Skim PROLUS (yuran yang telah diluluskan). Jumlah yuran latihan bagi keseluruhan bilangan pelatih tidak melebihi pengiraan di bawah Skim SBL atau Skim PROLUS yang mana lebih rendah, jika dijalankan di premis majikan. 9.2 Penyedia Latihan yang telah memperolehi status PROLUS dan memegang Sijil Pendaftaran Kelas B tidak dibenar menawarkan program PROLUS/PERLA di luar lokasi latihan yang telah diluluskan. 10.0 PENDAFTARAN BUTIR-BUTIR PROGRAM LATIHAN (BORANG PENDAFTARAN - PSMB/PRO/1/01) 10.1 Sebelum mengemukakan sesuatu program latihan untuk diberi taraf PROLUS, program latihan berkenaan hendaklah telah dijalankan sekurang-kurangnya dua kali semasa memohon taraf tersebut. Penyedia Latihan dikehendaki mengemukakan borang penilaian bagi program latihan berkenaan dan 1 naskah manual latihan beserta butir-butir berikut:- 10.1.1 1 borang asal beserta 12 salinan borang fotostat PSMB/PRO/2/01. 10.1.2 13 salinan ringkasan program latihan yang mengandungi: Objektif Program Latihan Kandungan kursus Kumpulan Sasar 10.1.3 13 salinan biodata tenaga pengajar 10.1.4 Yuran pemprosesan sebanyak RM300 dikenakan bagi setiap permohonan yang dikemukakan. 11.0 PROGRAM LATIHAN BERTARAF PROLUS/ATP DI BAWAH SKIM PROLUS YANG KURANG DARI TUJUH (7) JAM 11.1 Bagi program PROLUS/ATP yang diluluskan sebelum ini dengan tempoh kurang dari 7 jam, Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Pemberian taraf PROLUS/ATP telah membuat keputusan pada 26 Februari 1999 bahawa Penyedia Latihan yang mempunyai kelulusan tempoh jam latihan kurang daripada 7 jam adalah diminta supaya meningkatkan tempoh jam menjadi 7 jam. Peningkatan ini adalah selaras dengan Pekeliling Bil 11/98 yang menyatakan bahawa sebarang permohonan geran latihan bagi kursus-kursus yang tempoh keseluruhan jam latihan kurang daripada 7 jam tidak akan diberi pertimbangan. 12.0 PROGRAM LATIHAN BERTARAF PROLUS/ATP DI BAWAH SKIM PROLUS YANG MELIPUTI SATU JANGKAMASA YANG PANJANG 12.1 Bagi program latihan yang meliputi satu jangkamasa yang panjang misalnya setahun atau lebih, Penyedia Latihan adalah digalakkan menstruktur program latihan yang panjang kepada modul supaya tuntutan boleh dibuat apabila tamatnya sesuatu modul. 12.2 Bagi tujuan tersebut, mana-mana Penyedia Latihan yang belum menstruktur program latihan kepada modul/semestar, adalah diminta untuk mengemukakan permohonan kepada Unit PROLUS supaya kelulusan dapat diberikan. Perlu diingatkan bahawa yuran keseluruhan adalah sama seperti yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pemberian Taraf PROLUS dahulu. 12.3 Tempoh latihan bagi sesuatu program latihan mestilah dijalankan tidak kurang dari 7 jam. Tempoh latihan bagi program peringkat sijil (bukan sijil kehadiran), mestilah tidak kurang daripada 36 jam dan program latihan peringkat diploma ialah tidak kurang daripada 250 jam.

12.4 Pada masa ini, hanya satu kadar yuran program latihan perlu dikemukakan iaitu kadar yuran bagi Penyedia Latihan yang berpesatuan/pertubuhan latihan, kadar yuran bagi ahli juga boleh dikemukakan. Kadar yuran program latihan yang dikenakan oleh pihak Penyedia Latihan hendaklah berpatutan. 12.5 Bagi item "Butir-butir kursus yang dikendalikan sebelum ini", program latihan tersebut mestilah pernah dijalankan sebanyak dua kali atau lebih mengendalikan sekurang-kurangnya sekali bagi kursus bersijil. Walau bagaimanapun, program latihan berteknologi tinggi, teknologi maklumat atau diploma yang tidak pernah dijalankan sebelum ini, boleh dipertimbangkan oleh PSMB. 12.6 Semua permohonan taraf PROLUS yang lengkap akan dimajukan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemberian Taraf PROLUS. Sayugia diingatkan penilaian dibuat berdasarkan kepada bahan-bahan berikut:- 12.6.1 Borang PSMB/PRO/2/01 yang telah dilengkapkan. 12.6.2 Manual latihan @ manual pengajar, atau/dan manual pelatih yang dikemukakan hendaklah komprehensif dan terperinci. 12.6.3 Ringkasan program latihan perlu mengandungi tajuk, objektif kursus dan kumpulan sasar yang spesifik serta ringkas kandungan kursus yang selari dengan manual latihan. Contoh ringkasan program latihan adalah seperti di Lampiran I. 12.6.4 Borang penilaian bagi dua kursus yang telah dijalankan. 12.6.5 Tenaga pengajar hendaklah mempunyai kelayakan akademik serta pengalaman dalam aktiviti harian. 12.7 Setiap program latihan mesti mempunyai dua orang tenaga pengajar yang berkelayakan seta mempunyai pengalaman dalam aktiviti latihan. Sekiranya program latihan adalah dari luar negeri, salah seorang tenaga pengajar mestilah warganegara Malaysia. Biodata tenaga pengajar perlulah ringkas dan mengandungi maklumat-maklumat dari segi kelayakan akademik, pengalaman pekerjaan yang berkaitan dan pengalaman dalam aktiviti latihan. Penyedia Latihan dikehendaki menggunakan format di Lampiran II. 12.8 Program latihan yang ditawarkan kepada umum dan memenuhi keperluan latihan majikan adalah layak dipertimbangkan untuk diberi taraf PROLUS. Walau bagaimanapun, bagi program latihan yang berbentuk Open Learning dan Distance Learning, hanya program latihan di peringkat diploma sahaja yang akan dipertimbangkan. 12.9 Seminar, forum, taklimat persidangan, tayangan video/kaset bagi latihan persendirian tidak akan dipertimbangkan. 13.0 PERLANJUTAN TEMPOH SAH PROGRAM PROLUS (BORANG PERMOHONAN - PSMB/PRO/2A/01 ) 13.1 Taraf PROLUS untuk setiap program latihan adalah sah untuk tempoh tiga (3) tahun dan mesti diperbaharui selepas tempoh tersebut. Bagi melanjutkan tempoh sah program PROLUS, borang PSMB/PRO/2A/01 (1 salinan) perlu dikemukakan untuk setiap program latihan. Hanya program latihan yang aktif sahaja layak dilanjutkan taraf PROLUSnya.

13.2 Yuran pemprosesan sebanyak RM300 hendaklah disertakan bersama borang permohonan (PSMB/PRO/2A/01). 14 TANGGUNGJAWAB PENYEDIA LATIHAN 14.1 Tanggungjawab Penyedia Latihan Kelas A & B a) Adalah menjadi tanggungjawab Penyedia Latihan untuk mengagihkan borang tuntutan PSMB/PRO/T/01 dan senarai kehadiran PSMB/PRO/4/01 kepada pelatih-pelatih berkenaan pada penghujung program latihan. b) Penyedia Latihan juga mestilah memastikan kesemua pelatih yang mengikuti latihan di bawah Skim PROLUS mengisi borang penilaian (PSMB/ATP/1/01) bagi tujuan menilai keberkesanan sesuatu program yang diikuti. Borang-borang yang telah disempurnakan hendaklah disimpan dengan baik dan teratur kerana dokumen-dokumen berkaitan perlu dihantar kepada Urusetia pada Januari dan Julai setiap tahun. c) Penyedia latihan juga hendaklah sentiasa bersedia bagi sebarang naziran yang akan dijalankan oleh pihak PSMB dari masa ke semasa. d) Selain daripada tanggungjawab Penyedia Latihan seperti mana yang terkandung dalam risalah bagi Skim PROLUS, setiap Penyedia latihan yang berdaftar hendaklah bertindak secara profesional dengan rasa penuh tanggungjawab dalam memberi khidmat kepada majikan. Urusetia PSMB telah menerima banyak rungutan dan maklumbalas daripada majikan berdaftar tentang sesetengah Penyedia Latihan yang sewenang-wenangnya memberi maklumat yang berlainan/bercanggah daripada yang diluluskan oleh PSMB. e) Urusetia PSMB memandang berat tentang tingkahlaku Penyedia Latihan yang terbabit dan berharap perbuatan yang tidak diingini tersebut diberhentikan dengan serta merta. Jika perbuatan ini diteruskan, ianya boleh menyebabkan pendaftaran Penyedia Latihan berkenaan dibatalkan. f) Pihak Penyedia Latihan perlu memaklumkan kepada pihak PSMB jika terdapat sebarang perubahan alamat/pindah dan penambahan cawangan serta pertukaran nama penyedia latihan. 14.2 Tanggungjawab Penyedia Latihan Kelas C a) Penyedia Latihan dibenarkan menawarkan latihan kepada majikan berdaftar. Kelulusan di bawah Skim Bantuan Latihan (SBL) atau Skim Pelan Latihan Tahunan (PLT) hendaklah diperolehi oleh majikan terlebih dahulu sebelum kursus bermula. Peraturan ini adalah penting bagi mengelakkan tuntutan majikan ditolak. b) Penyedia Latihan perlu memastikan bahawa kadar yuran tidak boleh melebihi RM3,500 sehari bagi program latihan ditawarkan di bawah Skim SBL atau PLT. c) Pihak Penyedia Latihan perlu memaklumkan kepada pihak Majlis jika terdapat sebarang perubahan alamat/pindah dan penambahan cawangan serta pertukaran nama penyedia latihan.

d) Penyedia latihan yang berdaftar hendaklah bertindak secara profesional dengan rasa penuh tanggungjawab dalam memberi khidmat kepada majikan. 15 PENUTUP 15.1 Urusetia PSMB berharap pihak Penyedia latihan dapat memberi kerjasama yang sepenuhnya bagi menjayakan Skim-skim di bawah Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia. 15.2 Pekeliling Penyedia Latihan Bil. 4/2002 berkuatkuasa mulai 1 Januari 2003. Pekeliling ini membatalkan Pekeliling Penyedia Latihan Bil. 3/2001. Sekian, terima kasih. "PEKERJA TERLATIH MENJANA KECEMERLANGAN NEGARA" "K-PEKERJA PEMANGKIN KECEMERLANGAN NEGARA" Yang Ikhlas, (DATUK YAU DE PIYAU) Ketua Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia Berhad s.k : Semua Majikan Berdaftar dengan PSMB