LAPORAN JAWATANKUASA PENYIASATAN HAPUSKIRA KEHILANGAN DISEBABKAN OLEH PEMBAYARAN LEBIH BAGI:- KES : GEMULAH SURAYA BINTI -xx-xxxx (BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA) AMAUN HAPUS KIRA : RM 1251.28 1. LATAR BELAKANG Gemulah Suraya binti Abdul Manaf telah terlibat dengan emolumen terlebih bayar semasa pertukaran ke Jawatan Kumpulan Bahagian Pembangunan Sumber Manusia pada 16 Julai 2008. Lebihan bayaran emolumen terlebih bayar yang tidak dapat dikutip sebanyak RM 1251.28. 2. JAWATANKUASA SIASATAN Jawatankuasa ini telah dilantik oleh Tan Sri Dr. Madinah binti -xx-xxxx melalui surat bertarikh 06 Jun 2014 rujukan surat :Ruj:KP(BKEW)(H)1593/90/D/A-03(10). Pelantikan ini adalah selaras dengan Arahan Perbendaharaan 327(c). 3. TUGAS TUGAS SIASATAN Berikut adalah tugas tugas siasatan yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa ini selaras dengan Arahan Perbendaharaan 327 dan Tatacara Pengurusan Wang Awam WP 10.3/2013. a) Mengenal pasti pegawai-pegawai yang bertanggungjawab ke atas pembayaran lebih/ salah. - Surat kelulusan persaraan atas sebab kesihatan diterima oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor pada 3 Disember 2009 dimana proses bayaran gaji pada bulan tersebut telah dilaksanakan. - Sebarang perubahan gaji menggunakan borang SG20 perlu dikemukakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia. b) Mendapatkan keterangan mengapa pembayaran berkenaan tidak patut didapatkan sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Berikut adalah sebab-sebab pembayaran berkenaan tidak patut didapatkan semula : Bil Sebab-sebab 1. Gemulah Suraya Binti -xx-xxxx telah meninggal dunia pada 13 April 2012. (rujukan :Sijil Kematian no.daftar D 909220 bertarikh 17 April 2012) 2. Suami/ waris gemulah enggan memberi kerjasama dan gagal dihubungi walaupun telah diberi peringatan.
c) Mendapatkan maklumat bahawa penerima bayaran dengan suci hati (bukti penerima tidak berniat untuk menerima bayaran berkenaan). Penerima bayaran adalah tidak terlibat secara langsung memandangkan tugas hakiki beliau hanya kepada proses Pengajaran dan Pembelajaran sekolah sahaja. d) Menyoal siasat pegawai-pegawai yang terlibat. Berikut adalah pegawai-pegawai yang telah disoal siasat. Hasil siasatan adalah seperti yang dilampirkan: NAMA JAWATAN TARIKH MULA BERKHIDMAT TARIKH MULA BERKHIDMAT DI BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA JUSTIFIKASI PEGAWAI YANG TERLIBAT Puan Mas Ayu S. Asmah Hani binti -xx-xxxx No.KP 811108-xx-xxxx Setiausaha (M 44) 20 Julai 2008 2 September 2013 hingga sekarang. Setiausaha yang menguruskan kutipan balik lebihan bayaran Puan Rozidah binti -xx-xxxx No. KP 670726-xx-xxxx Akauntan (W 32) 1 September 1991 23 Jun 2014 hingga sekarang. Akauntan yang membantu dalam urusan kutipan balik lebihan bayaran Fazlina bt. -xxxxxx No. KP 851028-xx-xxxx Pembantu Tadbir (W17) 19 November 2009 19 November 2009 hingga sekarang. Pembantu Tadbir (Kewangan) yang menguruskan surat menyurat bagi kutipan balik lebihan bayaran e) Meneliti rekod-rekod dan menyediakan kronologi kes. - Lebihan bayaran emolumen yang berkaitan dengan Gemulah Suraya binti -xxxxxx berpunca daripada emolumen terlebih bayar bagi tempoh 19 November 2009 sehingga 31 Disember 2009 berikutan persaraan atas sebab kesihatan. Jawatankuasa juga telah menyemak rekod berkaitan lebihan bayaran emolumen ini.
Berikut adalah kronologi kes ini : TARIKH AKTIVITI CATATAN 24.6.2008 Surat pemberitahuan pertukaran ke KP(PP)5090/143110(19) jawatan Kumpulan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia berkuatkuasa 16 Julai 2008 seperti di Lampiran A. 23.11.2009 Surat kelulusan persaraan atas sebab kesihatan berkuatkuasa 19 November 2009 daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia seperti di Lampiran B. RUJ:JPA/PEN/0096575 19.11.2009 - Lebihan bayaran emolumen bagi Jumlah keseluruhan RM 8451.28 31.12.2009 tempoh 19.11.2009 31.12.2009. 31.12.2009 Surat tuntutan balik emolumen RUJ:KP(PP)5090/143110(61) terlebih bayar kepada pegawai berjumlah RM8451.28 seperti di Lampiran C. 18.11.2010 Surat daripada Jabatan Perkhidmatan Awam memaklumkan pungutan balik lebihan emolumen melalui potongan pencen sebanyak RM300.00 seperti di RUJ:JPA/PEN/0096575(13) (Bayaran balik lebihan telah dibuat melalui kiriman wang dan potongan Lampiran D. pencen bulanan sebanyak RM7200.00 dan baki yang tidak dapat dikutip selepas pegawai meninggal 13.4.2012 Gemulah Suraya Binti -xx-xxxx telah meninggal dunia dan pengesahan kematian seperti di Lampiran E. 31.12.2009-30.12.2013 Unit Kewangan telah mengeluarkan 6 surat peringatan menggunakan pos berdaftar seperti di Lampiran F. 11.2.2014 Surat kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan pengesahan kematian Gemulah Suraya binti Abdul Manaf seperti di Lampiran G. 10.3.2014 Terima surat pengesahan kematian bersama salinan sijil mati daripada Jabatan Pendaftaran Negara seperti di Lampiran H. 21.7.2014 Jawatankuasa penyiasat telah datang untuk menyemak dokumen berkaitan kes Lebihan Bayaran Gaji dan Emolumen (LBGE). dunia adalah sebanyak RM 1251.28) Sijil Kematian nombor daftar D 909220 bertarikh 17 April 2012. RUJ:KP(PP)5090/143110(61) RUJ:KP(PP)0131/22/2 JLD 2(6) RUJ:KP(PP)0131/22/2 JLD 8(48) RUJ:KP(PP)0131/22/2 JLD 9(87) RUJ:KP(PP)0131/42 JLD 9(22) RUJ:KP(PP)0131/42 JLD 9(60) RUJ:KP(PP)0131/42JLD 10(9) RUJ:(68)dlm.JPN.LM.163/790/3.Klt.63 Siasatan dijalankan di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dengan meneliti rekod dan menemubual pegawai yang terlibat.
f) Mengenal pasti sama ada Arahan Perbendaharaan dan lain-lain peraturan yang dikeluarkan Perbendaharaan dipatuhi. Arahan Perbendaharaan dan peraturan kewangan yang berkenaan telah dipatuhi semasa proses pembayaran dilakukan. g) Mengesyorkan langkah-langkah kawalan bagi mengelak berulangnya kejadian tersalah atau terlebih bayar. Surat makluman awal perlu dikemukakan kepada mana-mana pegawai yang memohon bersara awal dengan menyatakan bahawa sebarang pembayaran gaji yang diterima selepas tarikh kelulusan persaraan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam perlu dibayar semula kepada pusat pembayar gaji. h) Menyediakan dan menandatangani Lampiran L Lampiran L yang telah lengkap adalah seperti dilampirkan. 4. PENEMUAN DARI SIASATAN Jawatankuasa ini mendapati bahawa waris kepada Gemulah iaitu Tajurahim bin Mohamad (suami) tidak dapat dihubungi dan enggan memberi kerjasama walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mendapatkan semula lebihan bayaran emolumen sebanyak RM1251.28 dan berharap agar permohonan hapuskira ini dapat diluluskan. 5. PENGESYORAN BERKENAAN TINDAKAN TATATERTIB/SURCAJ Berdasarkan kepada penemuan seperti yang dilaporkan di atas, Jawatankuasa ini mengesyorkan pegawai seperti di bawah dibuat permohonan Hapuskira. Bil Nama No. KP Jawatan Gred Pegawai Gemulah Suraya binti 620614-xx-xxxx Perkhidmatan DG44 (KUP) 1. -xx-xxxx Pendidikan Siswazah 6. PENUTUP Laporan ini diangkat kepada Pegawai Pengawal untuk tindakan selanjutnya.
Disediakan oleh Jawatankuasa Penyiasat, Pengerusi, (NURHIDAYAH BINTI RAMLI) Tarikh : Setiausaha (M44) Ahli-ahli, (SITI HAJAR BINTI ABU BAKAR) Tarikh : Pegawai Tadbir (N27) (NORLIAH BINTI SARIAT) Tarikh : Ketua Pembantu Tadbir (W22)