PEJABAT BENDAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. 15 Januari, Semua Dekan/Ketua Jabatan/Ketua Bahagian, Pejabat/Bahagian/Fakulti.

dokumen-dokumen yang mirip
PEKELILING BENDAHARI BIL 2 TAHUN 2008 GARIS PANDUAN BAGI PERBELANJAAN SECARA BERHEMAT

PEKELILING BENDAHARI BILANGAN 1/2008

PEKELILING PEJABAT BENDAHARI BIL. 5 TAHUN 2010 POLISI PERBELANJAAN BERHEMAT

BAYARAN PASPORT DAN VISA BAGI PEGAWAI YANG DILULUSKAN MENGIKUTI KURSUS JANGKA SEDERHANA DAN KURSUS JANGKA PANJANG DI LUAR NEGARA

UTHM/PB/100 6/4/1 (14 ) Tarikh: 25Julai 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 8 / 2008

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

PANDUAN PENDAHULUAN PELBAGAI

POLISI KEMUDAHAN ALAT KOMUNIKASI MUDAH ALIH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :


KERAJAAN MALAYSIA. Garis Panduan Perbelanjaan Secara Berhemat Bagi Mengawal Perbelanjaan Awam

PINDAAN GARIS PANDUAN PELANTIKAN TENAGA PELAWAT AKADEMIK KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKIM TENAGA PELAWAT AKADEMIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEKELILING PENGURUSAN BIL. 32/2008 PELAKSANAAN SKIM CUTI PENEMPATAN INDUSTRI STAF AKADEMIK

PEKELILING BENDAHARI BIL : 6/2003 PEJABAT BENDAHARI PERUNTUKAN PERBELANJAAN MENGURUS TAHUN 2004

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM

1.0 LATAR BELAKANG AKAUN AMANAH DANA KECEMERLANGAN AKADEMIK UiTM

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

KUKTEM.BEND.10.12/3(2) 01 Ogos 2006 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2006

Staf yang ingin mengikuti Latihan Sub Kepakaran hendaklah memenuhi kelayakan berikut:-

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 20 (11 ) Tarikh: 6 April 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2014

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DAN MEMORANDUM PERJANJIAN (MOA)

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SUB SPECIALITY UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SYARAT TAWARAN DAN PERATURAN CUTI BELAJAR / BIASISWA (DALAM NEGARA)

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

SOAL & JAWAB UNIT PERJAWATAN AKADEMIK BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

PEKELILING BENDAHARI BIL. 4 TAHUN 2009 KEMUDAHAN KAD KORPORAT UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

UTHM.PB/100-6/4( 20) 11 November 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 14/2008 GARIS PANDUAN KEWANGAN BAGI MELAKSANAKAN PROGRAM / AKTIVITI PELAJAR

SURAT PEKELILING PEJABAT BENDAHARI BIL. 2 TAHUN 2010 TATACARA PENERIMAAN HADIAH/DERMA DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 2 ( 13 ) Tarikh: 22 Julai 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/2014

PEKELILING BENDAHARI BIL. 4 Tahun 2014 GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN BAGI MELAKSANAKAN PROGRAM/AKTIVITI PELAJAR

PEKELILING PENDAFTAR

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI. UTHM.PB/100-6/4/ 1( 19 ) 06 Oktober 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 13 /2008

TERMA RUJUKAN PERMOHONAN TABUNG LATIHAN UNIVERSITI

Universiti Malaysia PAHANG

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 Tahun 2014 GARIS PANDUAN KEMUDAHAN KAD KORPORAT

GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT KECEMERLANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Sila pastikan perkara di bawah dipatuhi sebelum permohonan tuntutan perjalanan dikemukakan kepada Jabatan Bendahari untuk diproses.

PEKELILING BENDAHARI BIL : 4/2008

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 JLD 11 ( 100 ) 31 Julai 2014 PEKELILING PENGURUSAN BIL.9 TAHUN 2014

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP)

SURAT PEKELILING BENDAHARI

PEKELILING BENDAHARI BIL : 2 / 2007 PEJABAT BENDAHARI

PEKELILING KEPADA MAHASISWA DIPLOMA BIL.18/2017

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 3 ( 2 ) Tarikh: 7 Januari 2016 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2016

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

PENYEDIAAN CADANGAN ANGGARAN BELANJA MENGURUS UNTUK DUA TAHUN (TAHUN 2008 DAN 2009) Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

UTHM/PB/100 6/4 (23) Tarikh: 24 April 2009 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 / 2009

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2013 TATACARA PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEMUDAHAN LATIHAN SECARA PAKEJ

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

PENGAMBILAN PEMERIKSA LUAR PK.UniMAP.(O).32

UTHM/PB/100-6/4Jld 3 ( 9 ) Tarikh: 26 September 2017 PEKELILING BENDAHARI BIL. 6/2017 PENGISIAN TUNTUTAN PERJALANAN DALAM NEGERI SECARA ATAS TALIAN

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 20 ( 12 ) Tarikh: 22 Mei 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2014

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

Sila pastikan perkara di bawah dipatuhi sebelum permohonan tuntutan perjalanan dikemukakan kepada Jabatan Bendahari untuk diproses.

KEMENTERIAN KEWANGAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 7 TAHUN 2008

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

SYARAT PERMOHONAN PERUNTUKAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI SEMINAR/KONFERENSI/BENGKEL/LAWATAN LUAR NEGARA

PEKELILING BENDAHARI BILANGAN 5/2007

Garis Panduan Permohonan Latihan Luar Kampus

INDUSTRY/ COMMUNITY IN THE CLASSROOM (INDUSTRI/ KOMUNITI DALAM KULIAH)

SULIT PROSEDUR KERJA UNTUK MEMOHON GERAN PRA- PENGKOMERSIALAN & UMP COMMERCIALIZATION SEEDFUND

PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2006

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA N a t i o n a l U n i v e r s i t y o f M a l a y s i a

GARIS PANDUAN CUTI PENYELIDIKAN. Tarikh KuatKuasa: 10/03/2008 Tarikh Kemaskini: Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia. Nombor Telefon:

MALAYSIA PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2002

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

GARIS PANDUAN SKIM GERAN INOVASI (SGI) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (Pindaan Tahun 2015)

TERMA RUJUKAN PERMOHONAN TABUNG LATIHAN AKADEMIK

KOLEJ UNKOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA PEKELILING BENDAHARI BILANGAN 2/2007

BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN

RINGKASAN PERMOHONAN KEGIATAN PELAJAR AKADEMIK / ILMIAH KEPIMPINAN KHIDMAT MASYARAKAT PATRIOTISME KREATIF / INOVASI KEMAHIRAN KOMUNIKASI

PROSEDUR. PK.UiTM.CNS(P).08

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA KEWAJIPAN MARUAH INTEGRITI

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PENTADBIR AKADEMIK

GARIS PANDUAN GERAN GALAKAN PENYELIDIKAN INDUSTRI/KOMUNITI. No. Isu No. Semakan Tarikh Kuatkuasa

GARIS PANDUAN PELANTIKAN FELO KOLEJ KEDIAMAN. (1) Kakitangan Pengurusan dan Profesional Universiti Malaya yang berjawatan tetap atau kontrak; atau

SYARAT PERMOHONAN MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

BAB 2 BAJET Di peringkat Universiti, pengurusan bajet meliputi proses penyediaan bajet, pengagihan peruntukan dan kawalan perbelanjaan.

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

GARIS PANDUAN HADIAH LATIHAN SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB)/SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

GARIS PANDUAN PROGRAM KERJASAMA IPTA / IPTS DI DALAM NEGARA

PEKELILING PENDAFTAR

M / S : 1/12 TARIKH : 5 MEI 2017 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN UPSI UPSI(ISO)/BSM/P07 PINDAAN : 00 KELUARAN : A 1.

PERATURAN PEMBAYARAN YANG MEMERLUKAN KEBENARAN KHAS (AP58)

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

JABATAN BENDAHARI DOKUMEN/SEMAKAN YANG PERLU DIBUAT

GARIS PANDUAN DANA PENYELIDIKAN STRATEGIK (KRA)

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

Transkripsi:

PEJABAT BENDAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 15 Januari, 1998. Semua Dekan/Ketua Jabatan/Ketua Bahagian, Pejabat/Bahagian/Fakulti. Saudara, PEKELILING PEJABAT BENDAHARI BIL 1/98 1.0 TUJUAN 1.1 Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua Ketua Jabatan mengenai langkahlangkah yang perlu diambil bagi mengurangkan dan mengawal perbelanjaan Universiti. 2.0 LATARBELAKANG 2.1 Keadaan ekonomi serantau telah merosot semenjak pertengahan tahun 1997. Akibat daripada kemerosotan ini peruntukan belanja mengurus Universiti telah dikurangkan. 2.2 Selaras dengan ini semua Ketua Jabatan adalah dikehendaki melaksanakan beberapa langkah bagi mengurangkan dan mengawal perbelanjaan Universiti. 3.0 STRATEGI MENGAWAL PERBELANJAAN Selaras dengan surat Pekeliling Perbendaharaan bil. 4 Tahun 1997 bertarikh 22 September, 1997 dan Pekeliling Perbendaharaan bil. 6 Tahun 1997 bertarikh 20 Disember, 1997, semua Ketua Jabatan adalah dikehendaki mematuhi garis panduan mengenai kawalan ke atas perbelanjaan. Garis panduan dan langkah yang perlu diambil perhatian adalah seperti berikut:- 3.1 Gaji dan Emolumen 3.1.1 Pengisian jawatan kosong perlu ditangguhkan melainkan bagi jawatan yang amat kritikal sahaja. 3.1.2 Semua jawatan kontrak perlu disemak bagi mempastikan hanya jawatan yang kritikal sahaja yang perlu diisi. Pegawai-Pegawai kontrak yang akan tamat tempoh perkhidmatan mereka tidak akan disambung perkhidmatan kecuali jawatan yang kritikal. http://www.utm.my/bendahari/pekeliling/pb198.htm (1 of 7)4/21/2006 9:47:52 AM

3.1.3 Semua pennohonan persaraan awal atas pilihan sendiri oleh pegawai dan kakitangan ditangguhkan buat sementara waktu. 3.2 Elaun Lebih Masa 3.2.1 Elaun lebih masa dibenarkan secara selektif, kenalpasti kategori jawatan kritikal sahaja untuk melakukan kerja lebih masa, kakitangan lain mungkin hanya diluluskan 'book off sahaja. 3.2.2 Elaun lebih masa Pemandu perlu secara selektif. Pengambilan dan penghantaran kakitangan ke Lapangan Terbang dibuat secara kumpulan dan satu masa tertentu sahaja. 3.2.3 Pembayaran elaun lebih masa dapat dikurangkan dengan mengadakan 'flexi time" bagi masa bertugas pemandu dan juga kakitangan kritikal yang lain. 3.3 Perjalanan dan Pengangkutan Orang 3.3.1 Semua mesyuarat yang diadakan di Skudai atau di Kuala Lumpur perlu dimulakan pukul 9.30 atau 10.00 pagi. Ini untuk membolehkan perjalanan dilakukan pada sebelah pagi tarikh mesyuarat diadakan, Kecuali atas kes tertentu yang memerlukan kerja di peringkat urusetia mesyuarat atau panggilan mesyuarat oleh orang luar UTM lebih awal dari masa yang dicadangkan. 3.3.2 Mesyuarat yang dihadiri di Kuala Lumpur atau di Skudai jika boleh digabungkan dengan mesyuarat lain untuk memunafaatkan masa. 3.3.3 Jemputan untuk menghadiri majlis rasmi seperti perasmian seminar atau kursus menyaksikan Majlis MOU tidak perlu dijemput pegawai dari Kuala Lumpur jika majlis diadakan di Johor Bahru atau sebaliknya pegawai dari Johor Bahru jika majlis diadakan di Kuala Lumpur. Jemputan memadai dilakukan kepada pegawai dan kakitangan yang berada di tempat majlis diadakan. 3.3.4 Mesyuarat rasmi yang dihadiri samada di dalam atau di luar UTM yang melibatkan pegawai dari Johor Bahru atau Kuala Lumpur tidak perlu membawa bersama pegawai lain untuk membantu menyampaikan maklumat. Wakil Jurucakap Jabatan/Fakulti perlu mengumpulkan segala maklumat yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat. Perkukuhkan proses komunikasi penyampaian maklumat atau keputusan yang dicapai dalam mesyuarat atau perbincangan. 3.3.5 Perjalanan ke luar negeri kerana tugas rasmi untuk menghadiri persidangan kursus dan seminar dan mesyuarat diperingkat antarabangsa hendaklah ditangguhkan buat sementara waktu kecuali atas kes tertentu dengan kuasa kelulusan Naib Canselor sahaja. http://www.utm.my/bendahari/pekeliling/pb198.htm (2 of 7)4/21/2006 9:47:52 AM

3.3.6 Lawatan sambil belajar ke luar negeri dan lawatan ke luar negeri yang berkaitan dengan perlaksanaan projek atau sesuatu kontrak hendaklah ditangguhkan kecuali atas kes tertentu dengan kuasa Naib Canselor sahaja. 3.3.7 Penganjuran seminar/persidangan/pameran/antarabangsa hanya dibenarkan jika menjana pendapatan kepada Universiti. 3.3.8 Pengambilan kemudahan tambang percuma (privileged leave) ke luar negara adalah ditangguhkan. 3.3.9 Kelayakan tambang perjalanan luar negara yang layak untuk penerbangan kelas pertama diturunkan kepada kelas Bisness manakala kelas ekonomi adalah menggunakan ekonomi apex. 3.3.10 Pertukaran pegawai dan kakitangan daripada kampus Skudai ke Kuala Lumpur atau sebaliknya tidak digalakkan. 3.4 Pengangkutan Barang-Barang 3.3.1 Kurangkan penghantaran dokumen secara courier service. 3.3.2 Budayakan penghantaran dokumen ke Kuala Lumpur atau Johor Bahru dikirim melalui pegawai/ kakitangan yang menjalankan tugas rasmi luar pejabat. 3.5 Perhubungan dan Utiliti 3.5.1 Budayakan langkah penjimatan penggunaan utiliti seperti api, air dan telefon disemua pejabat :- i) Tutup api waktu makan tengahari. ii) Hawa dingin di pejabat dimulakan pukul 8.30 pagi hingga 4.15 petang. iii) Kaji semula untuk dipertingkatkan kadar bayaran sewa asrama. iv) Pergiatkan kemudahan menyewa seperti dewan, dewan serbaguna kemudahan sukan dan lain-lain kemudahan kepada orang luar dan agensi Kerajaan. http://www.utm.my/bendahari/pekeliling/pb198.htm (3 of 7)4/21/2006 9:47:52 AM

3.6 Bekalan dan Bahan untuk Penyelenggaraan dan Pembaikan 3.6.1. Perbelanjaan untuk semua bekalan dan bahan untuk penyelenggaraan dan pembaikan hendaklah dikawal secara berhemah. 3.7 Penyelenggaraan dan Pembaikan Kecil Yang Dibeli 3.7.1. Penswastaan kerja-kerja penyelenggaraan yang baru hendaklah ditangguh 3.7.2 Kerja penyenggaraan kecil yang mampu dibuat sendiri oleh Fakulti/ Bahagian adalah digalakkan serta di kawal secara berhemah. 3.8 Perkhidmatan lktisas/hospitaliti 3.8.1. Semua majlis rasmi Universiti yang diadakan dibuat secara sederhana tanpa melibatkan kewangan yang banyak. 3.8.2. Bayaran syarahan sambilan bagi program perdana perlu diperketatkan dengan mengubah cara pembelajaran dan pengajaran 3.8.3. Kaji semula kelas penggunaan telefon yang dibekalkan di bilik pegawai/kakitangan. 3.9 Sewaan 3.9.1 Kekalkan penyewaan kemudahan dan perkhidmatan yang sedia ada tanpa perlu apa tambahan skop atau peningkatan. 3.9.2 Tangguh penyewaan perabot asrama yang belum melakukan penyewaan perabot. Jika terdesak pilih perabot yang benar-benar perlu sahaja. 3.9.3 Ambil tindakan sewajarnya untuk mempastikan semua asrama mempunyai 'occupancy capicity' yang maksima semasa tempoh pengajian pelajar. 3.9.4 Buat pemasaran yang berkesan untuk mendapatkan penyewa kepada penghuni luar semasa luar tempoh sesi pengajian pelajar. http://www.utm.my/bendahari/pekeliling/pb198.htm (4 of 7)4/21/2006 9:47:52 AM

3.10 Harta Tetap 3.10.1 Pembelian harta tetap yang kurang kritikal ditangguh pembeli annya. 3.10.2 Penggantian perabot yang sedia ada ditangguh, selenggara mana yang boleh. Jawatankuasa pelupusan Universiti perlu mengambil tindakan membendung masalah ini. 3.10.3 Pembelian peralatan tambahan untuk kegunaan di makmal dan di pejabat di tangguh pembeliannya. 3.10.4 Pembelian buku/majalah/jernal perpustakaan dikurangkan unitnya. 3.10.5 Ubahsuai yang kurang kritikal ditangguhkan. 3.10.6 UTM disyor mengkaji polisi pembelian kereta kakitangan. Jika perlu Profesor berjawatan Dekan atau Timbalan Dekan sahaja yang dibekalkan kereta rasmi sebagaimana diamalkan oleh USM dan juga Universiti yang akan mengikutinya. 3.11. Biasiswa 3.11.1 Pada tahun 1998 Universiti dijangka mengalami kesulitan untuk mengekalkan perbelanjaan biasiswa kepada kakitangan UTM yang melanjutkan pelajaran di luar negara. Ini disebabkan beberapa faktor:- i) Kenaikan kadar pertukaran matawang asing. ii) Kenaikan kadar yuran pengajian. iii) Kenaikan elaun keluarga kerana kebanyakan kakitangan cuti belajar mempunyai ahli keluarga yang perlu ditanggung. iv) Pembelian SLAB akan dikurangkan 35% dalam tahun 1998. UTM akan cuba merayu supaya SLAB membiayai sepenuhnya kos yang perlu dibayar oleh Universiti. 3.11.2 Jumlah perbelanjaan biasiswa untuk menampung kakitangan yang sedang cuti belajar luar dan dalam negara samada dibiayai oleh SLAB atau UTM adalah dijangka sebanyak RM15 juta. 3.11.3 Sebagai langkah penjimatan sementara adalah disyorkan untuk tindakan berikut dilaksanakan:- i) Kelulusan cuti belajar kakitangan akademik keluar negeri bagi tahun 1998 ditangguh buat sementara. ii) Kelulusan cuti belajar bagi kakitangan pentadbiran bagi tahun 1998 ditangguhkan buat sementara http://www.utm.my/bendahari/pekeliling/pb198.htm (5 of 7)4/21/2006 9:47:52 AM

waktu iii) UTM perlu memperketatkan polisi perlanjutan tempoh pengajian cuti belajar kakitangan. Jika perlu perlanjutan selepas tempoh wajib diluluskan tanpa biasiswa 3.12 Bayaran Pindahan (out right grant) 3.12.1 UTM disyor supaya tidak memberikan 'out right grant' kepada mana pusat/institut/biro atau Unit yang telah ditubuhkan atau yang baru hendak ditubuhkan. 3.12.2 Pembiayaan untuk menganjurkan majlis sosial seperti Hari Keluarga, perjumpaan Hari Raya, Penganjuran Basikal Solar jika perlu ditangguhkan. 4.0 Kuatkuasa Pekeliling Pekeliling ini berkuatkuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan. Sekian, dimaklumkan. Terima kasih. Yang benar, MOHAMED BIN ABDULLAH Bendahari s.k. I) Y.B. Naib Canselor II) Timbalan Naib Canselor (A) III) Timbalan Naib Canselor (P) IV) Timbalan Naib Canselor (HEP) V) Pendaftar http://www.utm.my/bendahari/pekeliling/pb198.htm (6 of 7)4/21/2006 9:47:52 AM

http://www.utm.my/bendahari/pekeliling/pb198.htm (7 of 7)4/21/2006 9:47:52 AM