SYARAT, PERATURAN DAN KRITERIA PEMILIHAN TOKOH NILAM DAERAH JOHOR BAHRU 2019 1. Penilaian ini dibuka kepada murid-murid yang memasuki sekolah kerajaan, termasuk Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Agama Kerajaan dan telah berjaya menjalankan aktiviti NILAM di peringkat sekolah. 2. Setiap sekolah hendaklah menghantar calon-calon yang layak mewakili sekolah mengikut kategori berikut : 2.1 Anugerah NILAM Bahasa Malaysia Sekolah Rendah 2.2 Anugerah NILAM Bahasa Inggeris Sekolah Rendah 2.3 Anugerah NILAM Bahasa Malaysia Sekolah Menengah 2.4 Anugerah NILAM Bahasa Inggeris Sekolah Menengah 3. Semua calon Anugerah Tokoh NILAM hendaklah dipilih berdasarkan tahap berikut : i. Murid Tahun 6 (Sekolah Rendah) ii. Murid Tingkatan 5 (Sekolah Menengah) 4. Calon yang dipilih mestilah boleh berhujah dan berdebat dengan lancar. 5. Setiap calon perlu mendaftar secara online dan menyerahkan video persembahan pada 10/02/2019 hingga 20/02/2019. 6. Setiap calon yang dipilih hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa terlebih dahulu dengan mengisi borang kebenaran ibu bapa (BTP/BSP-NILAM03) dan dihantar pada hari pertandingan akhir nanti. 7. Calon-calon juga hendaklah memberikan : i. Profil Peribadi berbentuk folio mengikut format yang disertakan (BTP/BSP-NILAM04) yang mengandungi : a) Salinan kad pengenalan. b) Salinan sijil-sijil akademik dan kokurikulum terutamanya salinan sijil penyertaan aktiviti NILAM dan pengiktirafan lain. (5 aktiviti terbaik sahaja) c) Buku asal rekod bacaan NILAM ii. Semua salinan dokumen berkenaaan hendaklah ditandatangani oleh Pengetua atau Guru Besar berserta cop sekolah calon. Profil berbentuk folio ini perlu diserahkan kepada urusetia pendaftaran pada hari pertandingan akhir. Folio tidak perlu dihias cantik. 8. Membawa 5 buah buku kegemaran semasa pertandingan akhir.
TATACARA PEMILIHAN DAN PENILAIAN DIADAKAN Ujian Saringan 1. Ujian saringan akan dijalankan dengan menilai video persembahan yang dihantar oleh sekolah. 2. Video persembahan perlulah mengandungi: 1 minit pengenalan diri dan 3 minit persembahan. 3. Video persembahan tidak perlu diubahsuai (cut edit). 4. Video tersebut perlulah dimuat naik ke laman You Tube. 5. Kriteria yang perlu ada dalam persembahan video 1 minit - Pengenalan diri (Nama, sekolah, jawatan di sekolah dan lain-lain yang bersesuaian) 3 minit - Satu Judul buku yang pernah dibaca (Tunjukkan buku sekali) - Nama pengarang - Tarikh penerbitan - Wacana buku / Resensi buku - Nilai murni, motivasi, pengajaran 6. Seramai 16 calon hanya akan dipilih yang terdiri daripada 4 peserta dalam 1 kategori untuk ke peringkat seterusnya (peringkat akhir)
Ujian Lisan 1. Ujian Lisan diadakan mengikut kategori (BMSR/BMSM/BISR/BISM) dan terbahagi kepada 2 ujian lisan iaitu ujian lisan individu dan ujian lisan berkumpulan. 2. Soalan Lisan berkumpulan akan diberikan awal sebelum hari pertandingan. 3. Calon perlulah bersedia dengan semua soalan yang diberikan mengikut kategori masingmasing. 4. Hanya 5 soalan lisan berkumpulan akan diberikan untuk calon bersedia mengikut tema seperti berikut: ESTETIK, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN EKONOMI, KEWANGAN & KEUSAHAWANAN ISU SOSIAL PERTANIAN KESELAMATAN KEKELUARGAAN PERPADUAN KEBERSIHAN DAN KESIHATAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI PATRIOTISME, JATI DIRI DAN KEWARGANEGARAAN A. Ujian Lisan Individu Menyediakan dan membawa 5 buah buku yang paling digemari sama ada daripada bahan bercetak atau bukan bercetak (e-book). Mendaftar 5 judul buku yang digemari secara online. Calon digalakkan memilih bahan bacaan daripada pelbagai jenis buku. Ciri-ciri buku yang dipilih adalah seperti berikut: a) Melebihi 50 muka surat. b) Bahan bacaan yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut: - komik, majalah, buku hasutan, kitab-kitab agama, mempunyai unsur-unsur keganasan dan seksualiti, buku tidak diiktiraf / underground book. Nyatakan jumlah sebenar bahan bacaan yang telah dibaca. Penilaian hakim: - Sebuah buku akan dipilih oleh hakim. - Calon diberi masa selama 8 hingga 10 minit untuk mengulas buku tersebut. - Sesi soal jawab 3-5 minit. Markah penilaian menggunakan borang penilaian individu
B. Ujian Lisan Berkumpulan 4 orang satu kumpulan Calon bersedia dengan kesemua 5 soalan yang akan diberikan sebelum hari pertandingan. Hanya 1 soalan sahaja daripada 5 soalan akan dipilih secara rawak oleh hakim semasa hari pertandingan. 2 tugasan akan diberikan dalam satu kumpulan. a) Tugasan 1: - Setiap calon diberi masa 3 minit untuk mengupas tajuk mengikut peranan masingmasing. b) Tugasan 2: - Membuat rumusan dalam kumpulan. - 10 minit perbincangan. Markah penilaian menggunakan borang penilaian kumpulan 5. Perlakuan tatasusila juga diberikan penekanan seperti berpakaian kemas, duduk sopan, bahasa yang sopan (tidak kasar), member salam atau selamat sejahtera kepada hakim dan menunjukan personaliti yang baik sepanjang pertandingan diadakan. 6. Ketepatan masa menyumbang sebahagian markah penilaian. Diharapkan Guru Pengiring dapat membawa calon Tokoh Nilam ketempat pertandingan tepat pada masanya dengan selamat. 7. Keputusan panel hakim anugerah NILAM adalah muktamad. PERTANYAAN Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi urus setia pertandingan: PKG Tasek Utara, Jalan Tun Abdul Razak, Susur 7, 80604 Johor Bahru. Azhaar Bin Md Ali (016-7526462 / 07-2362209) Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid (013-7107705 / 07-2381385) Mohd Yazid Bin A. Hamid (013-7554999 / 07-2243223) Tan Siow Hoon (019-7778285 / 07-5101843)
Pertandingan Anugerah NILAM Daerah Johor Bahru 2019 CARTA ALIR DOKUMEN SOKONGAN / CATATAN MULA PENDAFTARAN SECARA ONLINE & PENGHANTARAN PERSEMBAHAN ONLINE Tarikh : 10/02/2019 HINGGA 20/02/2019 Makluman pendaftaran di web PPDJB http://ppdjb.edu.my/v3/ Borang pendaftaran secara online : http://gg.gg/anugerahnilampkgjb2019 Maklumat calon Muat naik video persembahan ke Youtube PENILAIAN 24-25/02/2019 GAGAL LULUS SURAT PANGGILAN PESERTA AKHIR DAN EDARAN SOALAN INDIVIDU DAN KUMPULAN 26/02/2019 Sila layari http://ppdjb.edu.my/v3/ Semak calon yang terpilih (16 peserta) Muat turun surat panggilan, borang NILAM 03, borang NILAM 04, tatacara penilaian, soalan dan jadual Daftar 5 buku kegemaran: http://gg.gg/favbooknilamjb2019 Calon bersedia dengan mengulas 5 buah buku kegemaran Calon bersedia dengan semua soalan lisan Kumpulan. UJIAN LISAN INDIVIDU & BERKUMPULAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH JB 06/03/2019 TAMAT Pakaian formal sekolah Sila bawa : i. 5 buah buku kegemaran ii. Alat tulis iii. iv. Borang NILAM 03 (kebenaran IbuBapa) Borang NILAM 04 (folio NILAM) - Maklumat calon - Salinan kad pengenalan - Salinan sijil kokurikulum (5 salinan yang tertinggi sahaja serta disahkan oleh Guru Besar/Pengetua) - Buku NILAM
BORANG KEBENARAN IBU BAPA/ PENJAGA CALON TOKOH NILAM DAERAH JOHOR BAHRU BTP/PSP NILAM 03 No. Keluaran : 02/2019 Saya ibu / bapa / penjaga kepada murid yang bernama. daripada Sekolah.. bersetuju untuk membenarkan / tidak membenarkan anak saya atau murid di bawah jagaan saya menyertai Anugerah NILAM Daerah Johor Bahru, seperti butiran berikut : Tarikh / Masa 6 Mac 2019 7.30 pg 2 ptg Tempat Pusat Kegiatan Guru Majidee, JKR 413, Jalan Glandening, 80100 Johor Bahru. 2. Saya faham bahawa pihak penganjur telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menjamin keelamatan anak jagaan saya, tetapi saya tidak akan mengambil sebarang tindakan mahkamah kepada pihak penganjur atau pegawai yang berkaitan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini semasa dia mengikuti program tersebut. Tandatangan ibu/bapa/penjaga Nama : Tarikh : sila potong mana yang tidak berkenaan
FOLIO CALON TOKOH NILAM DAERAH JOHOR BAHRU 2019 BTP/PSP NILAM 04 No. Keluaran : 01 Sekolah :... A. BUTIRAN CALON 1. Nama : 2. Tahun / Tingkatan : 3. Nombor Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan : 4. Jantina : * Lelaki / Perempuan ( *potong mana yang tidak berkenaan) 5. Nama dan Alamat Sekolah : 6. No. Tel. Sekolah : Fax : 7. Alamat Rumah : 8. No. Tel. Rumah : E-mail murid : 9. Kategori sekolah : Tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan Sekolah Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Sekolah Menengah
B. MAKLUMAT KESIHATAN Tandakan ( ) pada ruang yang berkaitan. Mengidap sebarang penyakit khusus: Tiada Ada Jika ada, nyatakan jenis penyakit :... Jenis Darah :... Butiran maklumat kekeluargaan yang perlu dihubungi jika berlaku kecemasan : Nama :... No. Telefon :... Hubungan :... C. MAKLUMAT TENTANG NILAM CALON 1. Jumlah buku yang dibaca :... buku. ( sila bawa buku NILAM semasa pertandingan) 2. Senaraikan 5 buah buku yang digemari: i)... ii)... iii)... iv)... v)... ( sila bawa buku kegemaran semasa pertandingan) 3. Nyatakan pencapaian pertandingan ko-kurikulum yang pernah dimenangi. Lima (5) pencapaian yang tertinggi sahaja. i)... ii)... iii)... iv)... v)... ( sila lampirkan salinan sijil ko-kurikulum) *salinan sijil perlu mendapat pengesahan Pengetua/Gurubesar/Penolong kanan Sekolah