Teks Ucapan Yang Berhormat Datuk Liew Vui Keong MP 185 Batu Sapi Sempena Perasmian Mesyuarat Agung PIBG. SMK Elopura 2, Sandakan.

dokumen-dokumen yang mirip
TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

TEKS UCAPAN YB. SENATOR DATUK SERI SYED IBRAHIM BIN KADER SEMPENA PELANCARAN BUKU ALAGE THAMILE SMK RAWANG TAHUN 2016

UCAPAN PERASMIAN DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI KARIAH MASJID AMBANGAN HEIGHT KEDAH BERHAD

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

TEKS PERASMIAN PENUTUPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH BIN HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN MESYUARAT AGUNG

UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN 72/73

DIBACAKAN OLEH: EN. SHAHRUL AZLAN B. MOHD ZULKIFLI PENGURUS BESAR BAHAGIAN OPERASI PERNIAGAAN

UCAPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH BIN HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEVOTEK TAIPING BERHAD

Teks Ucapan Perasmian YBhg. Dato Haji Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA. Seminar Penentu Halatuju Koperasi Sekolah Negeri Terengganu

Yang Berhormat Dato Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi

TEKS UCAPAN. Y.Bhg Encik Mohd Zein Bin Mohd Sahid, Penolong Pengarah Kanan di bahagian Bimbingan Seni Budaya di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff, Timbalan Rektor Akademik dan

Terima Kasih, Saudara/i Pengacara Majlis. Selamat Pagi, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam UnimasKu Sayang

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

Yang Berhormat, Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia,

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PESTA KAAMATAN SABAH PERINGKAT IPTA DAN IPTS KALI KE-9 (4 ogos 2010) Masa:10.00am-11.

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UniMAP PADA 9 FEBRUARI 2009

TEKS UCAPAN. Oleh. Y. Bhg. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon. Naib Canselor. Universiti Malaysia Sabah. Sempena Majlis Perasmian Penutupan

Laman Graduan, Dewan Canselor 27 Julai 2008, jam 8.00 malam.

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

YANG BERBAHAGIA DATO PROF. DR. MOHD NOR BIN HUSAIN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)

TEKS UCAPAN PNC JIM WAKIL. NAIB CANSELOR UTeM

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TEKS UCAPAN ALUAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP BERSEMPENA DIALOG PENYALAHGUNAAN DADAH IMTGT

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

TEKS UCAPAN PENGERUSI KOPSYA YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 5

TALKING POINT YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

Teks Ucapan Perasmian Ybhg Prof Dato Dr Mohamad Kadim Bin Suaidi Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak

TEKS UCAPAN REKTOR SEMPENA PROGRAM MAJLIS TAKLIMAT SISWAZAH

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH

Membina Masa Depan dalam Acuan Sendiri. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

TITAH UCAPAN D.Y.M.M. TUANKU PEMANGKU RAJA PERLIS DI MAJLIS PELANCARAN PALAPES, PBSMM DAN PBK KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA 3 MAC 2005

TARIKH: 03 OKTOBER TEMPAT: DEWAN UTeM 1, KAMPUS INDUSTRI UTeM

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis; Yang Berhormat Dato Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

Yang Berhormat Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan. Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ahli Parlimen. Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kepenggunaan

LAPORAN AKHIR KURSUS KEMAHIRAN KREATIF DAN INOVATIF

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD

PERUTUSAN HARI GURU 2011 MENTERI PELAJARAN MALAYSIA Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-40 TEMA

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Ruj.Kami : STAR 02/07/04 (96) Tarikh : 14 Disember 2015

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Ruj.Kami : STAR 02/07/04 (95) Tarikh : 14 Disember 2015

Bab 7: Struktur Sistem

Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Ilmu Keikhlasan Kecemerlangan UniMAP

Yang Berhormat Dato Sri Sheikh Mohamed Puzi Sheikh Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Peramu Jaya;

Bismillah hirrahman nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia.

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

UNIT HAL EHWAL MURID SKTM PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

TEKS UCAPAN MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERASMIAN KONVENSYEN TRANSFORMASI MODAL INSAN MIKRO KREDIT : MEMPERKASAKAN EKONOMI ANGGOTA KOPERASI OLEH

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

MATLAMAT KHIDMAT MASYARAKAT

ﻢﯿﺤﺮﻠ ﻤ اﻦ ﺤﺮﻠاﷲاﻢﺴﺒ ﮫﺗﺎگﺮﺒﻮﷲاﺔﻤﺣﺮﻮﻢﻛﯿﻠﻋﻤﻸﺴﻟا

Yang Amat Berhormat, Dato Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis

TEKS ALUAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN PERKHIDMATAN RAJA SEHARI

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

Yang Berusaha En. Joannes Solidau Timbalan Ketua Pengarah Operasi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

PERUTUSAN HARI GURU 2012 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Bismillah hirrahman nirrahim Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan

TEKS UCAPAN YB DATO SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH PERASMIAN HALFEST SEPTEMBER 2014, 2.

Page 1. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ilmu, Keikhlasan dan Kecemerlangan UniMAP,

Profesor profesor, Dekan dekan dan Ketua ketua Pusat Tanggungjawab;

Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS GRADUASI KE - 21

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yang Berbahagia, Encik Mohd Mahyidin Mustakim, Ketua Pengarah FINAS,

TEKS UCAPAN PERASMIAN PRESIDEN ANGKASA DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH PROJEK LAWATAN PKS ISTAC BEST 14 PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

Dewan Resital 29 Julai 2008, jam 8.00 pagi. Yang Berbahagia Datuk Hajjah Rosnani Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Malaysia,

TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATO SERI DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BARAH USUS BESAR

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Mat Isa Sabu, Menteri Besar Perlis dan isteri.

SEMPENA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KE-80 KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD

TEKS UCAPAN PERASMIAN PRESIDEN ANGKASA DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH MAJLIS PERHIMPUNAN HOS TERBAIK PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

TEKS UCAPAN YANG MULIA DATIN PADUKA HAJAH ADINA BINTI OTHMAN PEMANGKU MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Teks Ucapan Perasmian Sambutan Hari Guru Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial Tahun 2010

Prinsip Pembangunan Komuniti

TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL PROF. DATUK SRI PANGLIMA DR KAMARUZAMAN HJ. AMPON

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ALI YEON MD. SHAKAFF, TIMBALAN REKTOR KUKUM,

Yang Dihormati, Datuk Tajuddin Mat Isa, Ketua Polis Kontinjen Perlis dan Yang Berbahagia Datin

Y. Bhg. Brigedier Jeneral Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),

TEKS ALUAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

MAJLIS MAKAN MALAM KELUARGA PERHUBUNGAN ANGKASA NEGERI PAHANG ZON 3 30 SEPTEMBER 2017 CHERENGIN HILLS, JANDA BAIK

ULASAN TENTANG GEJALA PONTENG SEKOLAH

TARIKH AHAD, 1 JULAI 2007 TEMPAT ASTAKA, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor.

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

DRAF TEKS UCAPAN ALUAN PERASMIAN MAJLIS SAMBUTAN PELANCARAN JUBLI EMAS KE 50 TAHUN PENUBUHAN KOPERASI SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

TEKS UCAPAN YBHG DATUK IDRIS BIN HASHIM PENGERUSI PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNS) SEMPENA: SEPETANG MERDEKA PADA: 8 SEPTEMBER 2014 (SELASA) 3 PETANG

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. TAN SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Bagi Kawasam Sungai Lembing; Pengurus Besar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

TEKS UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA PROGRAM JARINGAN PERNIAGAAN BERSAMA YAKULT

Transkripsi:

Teks Ucapan Yang Berhormat Datuk Liew Vui Keong MP 185 Batu Sapi Sempena Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Elopura 2 Sandakan Tahun 2019 PADA 16 FEBRUARI 2019 Selamat Pagi dan Salam Sejahtera. Saudara Pengacara Majlis, Yang Berbahagia, En. Abd Malek bin Abd Rahman, Pegawai Pemerhati PPD Pegawai SISC +, Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan. Yang Berusaha, Encik Tan Peng Sing, Pengetua Cemerlang, SMK Elopura 2, Sandakan. Yang Dihormati, Encik Zainuddin b. Hassan, Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), SMK Elopura 2, Sandakan. Penolong-Penolong Kanan, Ahli Jawatankuasa PIBG, SMK Elopura 2, Sandakan. Guru-guru, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.

Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur kerana dapat kita bersamasama dalam mesyuarat PIBG tahun 2019 pada pagi ini. Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah kepada SMK Elopura 2, Sandakan di bawah pimpinan dan pengurus sekolahnya Encik Tan Peng Sing, Pengetua Cemerlang, dan pengurusan PIBG SMK Elopura 2, Sandakan yang diterajui oleh Encik Zainuddin bin Hassan dan jawatankuasanya yang begitu komited untuk memastikan mesyuarat yang bakal diadakan selepas ini berlangsung dengan jayanya. Sesungguhnya mesyuarat seperti ini amatlah dialu-alukan kerana ianya dapat merapatkan lagi silaturrahim dan bertukartukar pendapat sesama kita. Secara peribadi, saya berasa amat bangga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke mesyuarat pada hari ini, dimana ia jelas membuktikan komitmen dan iltizam yang tinggi terhadap tanggungjawab serta peranan kita dalam organisasi yang dianggotai. Mudah-mudahan menerusi mesyuarat ini, ideaidea baharu akan diperolehi bagi tujuan pembangunan ilmu melalui sekolah ini. Hadirin yang dikasihi sekalian, Sebagaimana kita sedia maklum Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) adalah sebuah organisasi yang cukup signifikan dan penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah. Tidak dapat dinafikan peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah kerana PIBG menjadi medium atau wahana untuk mencetusk halatuju dan matlamat sekolah ke arah kecemerlangan pendidikan. Pengurusan PIBG yang

cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang dan ia bukanlah hanya angan-angan kosong semata-mata malah diharapkan dapat diaplikasikan sepenuhnya bagi mencapai hasrat yang sama-sama kita inginkan. Tuan-tuan/Puan-puan, Kecemerlangan sesebuah organisasi atau persatuan amat bergantung kepada beberapa elemen yang perlu digerakkan secara bersama dan seiring. Oleh itu saya menyeru supaya kita bersama berpadu tenaga dan menyumbang buah fikiran dalam membangunkan dan memajukan PIBG demi kecemerlangan pendidikan anak-anak murid SMK Elopura 2, Sandakan. Elemen perpaduan dalam kalangan ahli adalah sangat penting yang akan membolehkan sesebuah organisasi itu memaksimumkan sumber tenaga, usaha dan buah fikiran ke arah kecemerlangan yang membanggakan. Hadirin yang dikasihi sekalian, Seperti yang ditekankan dalam dasar pendidikan negara iaitu Pendidikan Untuk Semua, suasana pembelajaran yang seronok dan membahagiakan haruslah diterapkan dalam sesebuah sekolah, institusi mahupun universiti. Maka untuk mencapai kearah suasana ini, budaya cinta, kasih atau sayang, kegembiraan dan hormat-menghormati haruslah menjadi asas dalam sesebuah institusi itu agar ilmu dapat diperoleh dan dieksploitasi dengan lebih berkesan, seiring dengan keperluan negara bagi mencapai status negara maju menjelang 2025.

Hadirin yang dikasihi sekalian, Seperti yang kita tahu, setiap manusia mempunyai hak untuk mendapat pendidikan yang terbaik, dimana dengan adanya ilmu pendidikan yang diperolehi, ia secara tidak langsung dapat merubah nasib dan kehidupan seseorang itu. Ini jelas sekali apabila ilmu pendidikan dapat membantu mereka untuk keluar dari belenggu kemiskinan. Selain itu ilmu pendidikan juga dapat membantu seseorang itu untuk membuat keputusan yang lebih bijak dalam satu-satu masalah yang dihadapi, umpanya berkaitan dengan soal kebersihan yang mana antara perkara asas kesedaran sivik yang penting dalam menjalani kehidupan yang lebih baik dan selesa, baik secara berkeluarga mahupun dalam sesebuah komuniti masyarakat. Sebagai contoh, baru-baru ini saya telah melawat sebuah kampung yang dinamakan Kampung Bambangan di daerah ini, dimana saya amat kagum dengan suasana persekitaran yang amat bersih, dan meskipun kampung ini terletak di tepi laut, saya dapati tidak terdapat sebarang sampah pun saya lihat disepanjang lawatan saya disana. Saya juga telah berjumpa dengan Ketua Kampung itu sendiri iaitu En. Awang Bin Ahmad dan berharap usaha mengekalkan kebersihan seperti itu akan terus berkekalan, sebagai salah satu usaha untuk menarik lebih ramai pelancong ke kampung itu baik dari dalam mahupun luar negeri.

Tuan-tuan/Puan-puan yang dihormati sekalian. Bercakap mengenai kebersihan, sudah tentu ia berkaitan juga dengan sistem pengurusan sampah. Sekiranya sampah tidak diuruskan dengan baik, maka akan berlakulah suasana persekitaran yang kotor dan seterusnya menghasilkan bau yang busuk dan kesanya amatlah tidak menyenangkan dari segi pengudaraan sekitar. Maka apa yang harus kita lakukan ialah dengan mengurus sampah-sampah itu dengan baik, dimana sampah daripada rumah atau sekitarnya hendaklah dibungkus ke dalam beg plastik sebelum ia dikumpul dan diangkut oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS). Ini penting bagi mengelakkan berlaku pencemaran udara dengan longgokkan sampah yang tidak terurus, yang boleh menggugat tahap kesihatan masyarakat dan tahap kebersihan Daerah Sandakan sendiri. Demikian juga dalam aspek pengurusan sesebuah PIBG, dimana aspek ini juga tidak harus dipandang mudah dalam merealisasikan dasar pendidikan negara. Pengurusan PIBG harus cekap dan berkesan bagi menghadapi perubahan-perubahan semasa. PIBG boleh melaksanakan banyak aktiviti yang dirancang dan disusun mengikut keperluan sekolah. Program seperti kelas tambahan, kem motivasi untuk pelajar dan waris, gotong royong, kursus kredibiliti, seminar dan sebagainya adalah antara aktiviti yang boleh dilaksanakan sepanjang tahun. Apa yang penting adalah, pengurusan PIBG yang cekap dan berkesan akan mencerminkan kualiti kepimpinan yang berwibawa dan seterusnya dapat menjamin kejayaan segala matlamat dan objektif persatuan tercapai.

Kita percaya bahawa pelaksanaan aktiviti yang dirancang dengan teliti akan dapat dijayakan sekiranya kita mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Sumber-sumber kewangan perlu diperoleh dan diurus secara bijaksana agar program yang hendak dilaksanakan akan mendapat natijahnya ke arah kecemerlangan pendidikan anak-anak kita. Oleh itu, segala peluang yang boleh menambahkan dana persatuan ini harus dicari dan ditambah dengan inisiatif dan kerjasama pucuk pimpinan dan semua ahli persatuan. Hadirin dan hadirat sekalian, Dalam melaksanakan sesuatu objektif agar lebih berjaya dan berkesan, hubungan baik antara ibu bapa dan guru juga harus dititikberatkan. Peranan dan hubungan baik antara ibu bapa, guru dan masyarakat setempat seharusnya sentiasa terjalin dan kukuh. Hubungan dan kerjasama ini sudah semestinya akan mewujudkan pemuafakatan yang saling memerlukan ibarat aur dengan tebing bagi menjana kecemerlangan sekolah. Selain itu, PIBG juga dapat menjadi pemangkin kepada terjalinnya hubungan rapat dengan jabatan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan ke arah mewujudkan pemuafakatan dan perkongsian bijak demi kebaikan bersama. Hadirin sekalian. Permasalahan sosial sejak kebelakangan ini juga cukup membimbangkan kita semua. Gejala sosial dan keruntuhan moral yang melibatkan remaja dan

pelajar sekolah sangat mencemaskan hati kita. Banyak faktor yang menyumbang berlakunya gejala tidak sihat ini. Justeru, kita tidak seharusnya saling menuding jari mencari kesalahan mana-mana pihak, sebaliknya permasalahan ini perlulah dipandang serius oleh semua pihak. Di sinilah terletaknya peranan dan tanggungjawab PIBG untuk sama-sama berganding bahu dengan pihak pengurusan sekolah. Selain itu didikan agama dan penerapan nilai-nilai murni, kasih sayang dan jati diri serta nilai modal insan juga harus diberikan secukupnya kepada anak-anak agar gejala-gejala negatif dapat dihindarkan lebih awal. Tuan-tuan/ Puan-puan yang dihormati sekalian, Di majlis ini saya juga ingin mengambil kesempatan sekali lagi menyeru agar PIBG di sekolah ini dapat bergerak secara aktif dan terancang agar kewujudannya dapat memberi sumbangan bermakna lagi berkesan ke arah kecemerlangan yang diharapkan. Budaya ilmu dan budaya kerja cemerlang perlulah dipupuk dan disemai agar persatuan PIBG ini terus relevan dan menjadi penyumbang kepada kecemerlangan pendidikan anak-anak. Akhir kata, saya dengan sukacitanya merasmikan Mesyuarat PIBG SMK Elopura 2, Sandakan bagi tahun 2019 pada hari ini. Sekian, terima kasih. TAMAT