METODOLOGI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG DALAM KITAB AL-TIBYAN DALAM MENTAFSIRKAN AL-QURAN (SURAH AL-SAF)

dokumen-dokumen yang mirip
BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

BAB SATU PENGENALAN. topik perbincangan dalam kajian morfologi ( ) perlu diketengahkan. fonologi yang berlaku dalam pembentukan kata bahasa Arab.

BAB I PENDAHULUAN. melampaui batasan Allah, berdakwah kepada Allah, serta melakukan amar makruf dan

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

NEGARA ISLAM PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

ANJURAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS

Zakat ke atas Hartanah: Kajian Tekstual Terhadap Fatawa Jami'ah fi Zakah al- Iqar 1

PENDAHULUAN METODOLOGI PENULISAN HADITH DALAM TAFSIR BAHASA MELAYU : KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA TAFSIR AL-MISHBAH DAN TAFSIR PEDOMAN MUTTAQIN

PERSEPSI MASYARAKAT ISLAM TERHADAP KONSEP ISLAM HADHARI: TINJAUAN AWAL

MODEL PENAKSIRAN ZAKAT DI BANK-BANK ISLAM DI MALAYSIA. Siti Sarah Binti Mohamad Noor Shofian Bin Haji Ahmad

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

PENGARUH KELANCARAN MEMBACA AL-QURAN TERHADAP KELANCARAN MEMBACA TEKS ARAB: KAJIAN KES DI KUIM. Mohd Zahimie Mohd Dzahid 1, Hakim Zainal 2

BAB 5 KESIMPULAN. kesimpulan akan dibuat terhadap kajian kitab Tafsir Quran Marbawi beserta ketokohan

BAB 2 PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN DEFINISI AGAMA DEFINISI AGAMA. Manusia dan Agama (IDA 102) 1/10/2013. Maruwiah Ahmat 1

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Edisi Kedua (TITAS) Bab 1: 1

BAB 1: PENDAHULUAN. Sesungguhnya Allah s.w.t telah menurunkan al-quran al-karim sebagai petunjuk

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

BAB 5 PENUTUP. objektif kajian yang telah dikemukakan dalam Bab 1 pada awal kajian. Pertama;

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH )

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

Surah Al- Alaq, ayat 1-5. Surah Al-Fatihah. Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4. Bismillah. Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-quran)

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

Pengurusan Rasulullah s.a.w. Dalam Mempersaudarakan Masyarakat di Madinah

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

BAB II GAMBARAN UMUM KISAH-KISAH DALAM AL-QUR AN. Quraish Shihab berpendapat bahwa al-qur an secara harfiyah berarti bacaan

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

Tuan-tuan dan Puan-puan. Berbalik semula kepada Pertandingan Membaca Al-Quran tahun ini, saya sukalah mengucapkan setinggi-tmggi penghargaan dan

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

UMMI> DALAM AL-QUR AN

ADAB AMAR MAARUF DAN NAHI MUNKAR

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.

Tamadun Islam & tamadun asia. Sinopsis:

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SEMINAR KEBANGSAAN ISU KETAMADUNAN DAN CABARAN SEMASA (SIKCAS) 2013

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN. Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad s.a.w

Dialog antara agama dari perspektif Al Quran. Sinopsis:

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2

Islam: pemikiran kenegaraan & pemerintahan. Sinopsis:

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH

RASM UTHMANI; HUBUNGANNYA DALAM BIDANG ILMU QIRAAT Oleh: Norazman bin Alias Abdul Muhaimin bin Ahmad Muhammad Hafiz bin Saleh

METODOLOGI KEPIMPINAN MENURUT AL-QUR AN. Ahmad Tarmizi Bin Zakaria Universiti Selangor ABSTRAK

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Ay Al-Qur an dan Ta wilat Ahl Al-Sunnah adalah merupakan dua buah kitab tafsir

Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran. Sinopsis:

BAB 1 PENDAHULUAN. baginda sendiri adalah pentafsir ayat-ayat al-quran yang diturunkan bagi tujuan

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH. Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah

PANDUAN : Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

(KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN

Hadis Sahih. Kamarul Azmi Jasmi

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

EKSTREMISME AGAMA ANCAM KESATUAN UMMAH (06 Oktober 2017 / 15 Muharam 1439)

12.1 DAKWAH SATU : PENGENALAN MUQADDIMAH

Jilid 13 Bil. 2 Disember 2013 ISSN: KK:

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

Di antaranya pemahaman tersebut adalah:

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN. penyelidikan. Hasil kajian yang diperolehi juga sangat bergantung kepada metodologi

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TASAWWUR ISLAM. Kertas 1. Satu jam lima belas minit

Abstrak. Penggunaan S 2 TAMP 2 D dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kepelbagaian Ayat. Zaetun Abbas

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5

Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam (Ali Imran: 19)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud

PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH

27 Mac 2015 (Jumaat) / 6 Jamadilakhir 1436H

Kepimpinan Mengikut Perspektif Islam

Shamrahayu A. Aziz, 2016, Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia, 88 halaman, ISBN

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB 5 PENUTUP. telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur,

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

BAB 5 PENUTUP. Kajian ini telah membincangkan mengenai topik-topik yang berkaitan dengan konsep

Manhaj Ahl al-hadith: Peranan dan Sumbangannya dalam Ketamadunan Islam

Transkripsi:

METODOLOGI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG DALAM KITAB AL-TIBYAN DALAM MENTAFSIRKAN AL-QURAN (SURAH AL-SAF) SAHLAWATI ABU BAKAR sahlawati@kuis.edu.my Jabatan al-quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ABSTRAK Penulisan tafsir di Malaysia telah dilakukan semenjak kurun yang ke 16 lagi. Ianya bermula dengan usaha para ulama tanahair menterjemahkan beberapa kitab tafsir berbahasa Arab ke bahasa Melayu. Kemudian ulama ini meneruskan penterjemahan tadi kepada penulisan kitab-kitab tafsir yang lebih terperinci. Namun begitu terdapat juga ulama yang menulis tafsir berdasarkan kepada surah-surah terpilih. Justeru itu kertas ini akan membincangkan mengenai metodologi kitab al- Tibyan Dalam Mentafsirkan al-quran oleh Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang. Kajian juga akan meniliti beberapa aspek penulisan seperti rujukan kepada hadis dan sumber pentafsiran. Kitab ini memfokuskan tafsiran surah al-saf. Metode yang digunakan ialah analisis dokumen yang dibuat secara induktif. Dapatan kajian mendapati bahawa kitab tafsir ini dibahagikan kepada lima tema iaitu muqaddimah, kewajipan mengotakan apa yang dikata, wajib berada dalam jemaah Islamiyyah, pengajaran daripada kisah kaum yang menolak kebenaran dan kemenangan hanya diperoleh melalui pengorbanan. Kajian juga mendapati pengarang merujuk kepada hadis dalam menjelaskan ayat yang hendak ditafsir dan ayat-ayat lain dalam al- Quran yang mempunyai tema yang sama. Kata kunci: Abdul Hadi Awang, kitab al-tibyan, Surah al-saf 109

1.0 PENGENALAN Penulisan kitab-kitab tafsir di Malaysia telah lama dilakukan oleh ulama tanahair semenjak kurun ke 16 lagi. Terdapat banyak kitab-kitab tafsir yang ditulis oleh mereka seperti kitab Tafsir al-quran al-hakim oleh Syeikh Mustafa Abdul Rahman, Tafsir Nurul Ihsan oleh Tuan Haji Muhammad Said Omar, Tafsir al-rawi oleh Haji Yusuf Rawa dan lain-lain. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang juga mengambil langkah yang sama dalam menghasilkan kitab tafsir berbahasa Melayu pada kurun ke 20 ini. Kertas ini akan membincangkan metodologi Tuan Guru dalam penulisan kitab tafsir beliau bagi surah al-saf iaitu kitab al-tibyan Dalam Mentafsirkan al-quran. 2.0 LATAR BELAKANG KITAB AL-TIBYAN Nama pengarang kitab ini ialah al-fadhil Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Beliau merupakan seorang pemimpin utama salah sebuah parti politik di Malaysia. Penglibatan beliau dalam politik tidak membataskan ruang masa beliau untuk menghasilkan penulisan-penulisan karya yang baik. Kitab tafsir yang dibahaskan dalam kajian ini memfokuskan kepada tafsiran Surah al-saf yang mengandungi 14 ayat keseluruhannya. Kitab tafsir ini mempunyai 73 halaman. Ianya diterbitkan oleh Jundi Resources dan dicetak oleh Pencetakan Zafar Sdn. Bhd pada tahun 2011 dan telah diulang cetak pada tahun 2017. 3.0 METODOLOGI PENTAFSIRAN Terdapat lima tema yang dibahagikan dalam surah al-saf. i. Muqaddimah. Pada bahagian ini pengarang menjelaskan perkara-perkara yang asas bagi permulaan surah seperti madaniyyah surah, sebab penamaan surah serta penerangan mengenai sinopsis surah secara keseluruhan. Dalam sinopsis surah ini pengarang mengemukakan penjelasan mengenai permulaan surah yang dimulakan dengan tasbih menyuci dan memuliakan Allah SWT. Kemudian pendirian orang-orang Yahudi mengenai dakwah Nabi Musa dan Isa AS. Seterusnya surah ini membahaskan mengenai sunnatullah dalam perkara Allah SWT membantu agamanya, nabi-nabinya dan wali-walinya. Surah Saf ini diakhiri dengan pengajaran yang dapat diambil daripada kisah 110

Nabi Isa AS menyeru golongan Hawariyyun supaya menjadi penolong agama Allah SWT. ii. iii. Kewajipan mengotakan apa yang dikata. Pada tema yang kedua ini pengarang kitab menetapkan ayat satu hingga ayat tiga surah al-saf sebagai topik perbincangan. Dalam topik ini ketiga-tiga ayat dikupas bermula dengan menyentuh mengenai semua makhluk bertasbih memuji Allah SWT dan mengemukakan pendapat Imam Fakrur al-razi tentang rubbubiyyah Allah SWT. Wajib berada dalam jemaah Islamiyyah. Pada tema yang ketiga ini pula pengarang kitab menetapkan ayat empat sahaja sebagai topik perbincangan. Topik ini dikupas panjang berbanding topik-topik yang lain. Dalam topik ini pengarang kitab mengemukakan contoh peperangan orang Islam menentang tentera Rom dan perang Uhud. Ketika mengulas ayat empat ini juga pengarang memberikan perumpamaan satu barisan (saf) itu adalah seperti sebuah bangunan yang teguh dan disusun daripada batu-batu kecil, pasir-pasir halus serta simen utnuk sokongmenyokong di antara satu sama lain. Tuan Guru juga menyatakan kewajiban umat Islam mewujudkan jemaah Islamiyyah dan seterusnya mengemukakan lima matlamat khusus dan empat matlamat umum dalam jemaah Islamiyyah. Lima matlamat khusus tersebut ialah: a. Melahirkan individu muslim dan mengembalikan keperibadaian Islam yang tulen kepadanya. b. Membina keluarga Islam yang benar-benar memberi saham dalam pembentukan individu Muslim dan masyarakat Islam. c. Membina masyarakat Islam yang mencerminkan Islam kepada masyarakat yang belum menerima Islam. d. Mendirikan negara Islam. e. Menyatukan semula umat Islam yang berpecah-pecah sebagaimana yang ada pada hari ini. Manakala empat matlamat umum pula ialah: a. Mengabdikan diri manusia kepada Allah Yang Esa seperti firman Allah SWT dalam surah al-zariyat ayat 56. b. Mempelopori kerja-kerja amar makruf nahi mungkar seperti firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 110. c. Menyampaikan risalah Islam kepada manusia seluruhnya seperti firman Allah SWT dalam surah al-baqarah ayat 143. 111

d. Menghapuskan fitnah dan kekufuran daripada berkuasa di muka buni ini seperti firman Allah SWT dalam surah al-anfal ayat 39. Selanjutnya pengarang kitab mengemukakan pula ciri-ciri jemaah Islmaiyyah, sifat-sifat hizbullah, sifat-sifat jemaah Islamiyyah, tujuan gerakan Islam dan usaha-usaha yang perlu dilaksanakan bagi merealisasikan semua tuntutan jemaah Islmiyyah. Pengarang kitab juga menjelaskan faktor-faktor kehancuran penubuhan jemaah Islam yang baru. Di antara faktor tersebut ialah: a. Tuduhan, cabaran dan kesalahan yang dijangka tidak akan mengenainya maka perkara itu jugalah yang dihadapinya seratus peratus. b. Kecacatan dan keaiban yang selama ini dilihat berada pada orang lain yang menyebabkan dia menubuhkan jemaah Islam yang baruitu sebenarnya telah berlaku dan berada pula pada mereka, sedang ia telah mencetuskan satu macam perpecahan dalam masyarakat Islam. c. Usaha dan kerja yang dilakukan semua pertubuhan yang baru lahir itu tidak lebih daripada apa yang telah dikerjakan dan dilaksanakan oleh jemaah sedia ada. d. Pertubuhan yang baru menjadi semacam gerakan dhirar yang bekerja untuk meragukan masyarakat Islam terhadap kemampuan Islam menyelesaikan masalah ummah. Pada bahagian akhir topik ini pengarang kitab memberikan tujuh garis panduan yang boleh diambil kira bagi persatuan yang bersetuju mendirikan daulah Islamiyyah. iv. Pengajaran daripada kisah kaum yang menolak kebenaran. Pada tema yang keempat ini pula pengarang kitab menetapkan ayat yang ke lima sehingga ayat ke enam sebagai topik perbincangan. Dalam topik ini pengarang membahaskan mengenai perihal Nabi Musa AS dan Bani Israel. v. Kemenangan hanya diperoleh melalui pengorbanan. Pada tema yang kelima ini pula pengarang kitab menetapkan ayat ke tujuh sehingga ayat keempat belas sebagai topik perbincangan. Dalam topik yang terakhir ini pengarang kitab menjelaskan tafsiran mengenai golongan yang cuba menjatuhkan Islam iaitu golongan Yahudi, Nasrani, musyrikin Mekah dan ulama ussu. 112

4.0 PERBINCANGAN Pada bahagian ini pengkaji akan mengemukakan beberapa perkara yang perlu dibahaskan bersama bagi menambah baik penulisan kitab tafsir ini. Perkara-perkara tersebut ialah: i. Aspek metodologi. Metode penulisan kitab tafsir ini boleh dikategorikan sebagai metode al- Tafsir al-maudu i kerana pengarang membahagikan surah al-saf ini kepada beberapa tema dan mengemukakan juga ayat-ayat al-quran yang lain yang mempunyai isu yang sama sebagai huraian dan penjelasan kepada ayat yang dibahaskan. Sebagai contoh ketika mentafsirkan kisah Nabi Musa AS dalam ayat lima Surah al-saf pengarang mendatangkan ayat lain dalam Surah al- Maidah ayat 24 dan 26 yang juga mengkisahkan Nabi Musa AS. Namun begitu jika dibandingkan dengan pembahagian tema yang dilakukan oleh Sayyid Qutb(2012) dalam tafsir Fi Zilal al-quran, pembahagian Tuan Guru lebih sedikit. Sayyid Qutb dalam mentafsirkan surah al-saf membahagikan surah ini kepada enam tema iaitu: a. Ayat 1: Muqaddimah b. Ayat 2-4: Kecaman terhadap reaksi sebahagian golongan Muslimin ketika difardukan jihad. c. Ayat 5-6: Kisah Musa AS dan kaumnya. d. Ayat 7-9: Kaum Yahudi dan Kaum Kristian melancarkan perseteruan yang sengit terhadap Islam dan kaum Muslimin sejak dahulu hingga sekarang. e. Ayat 10-13: Allah SWT sifatkan jihad sebagai perniagaan yang paling menguntungkan orang-orang yang beriman. f. Ayat 14: Penutup Mengikut metodologi al-tafsir al-maudu i bagi surah yang dikemukakan oleh Dr. Salah al-khalidi (1997) pada akhir topik perbincangan ahli tafsir hendaklah memberikan kesimpulan atau pengajaran yang dapat diambil daripada intipati keseluruhan surah supaya pembaca dapat memperolehi faedah daripada surah. Namun Tuan Guru tidak mengemukakan kesimpulan atau istinbat keseluruhan surah. ii. iii. Aspek rujukan kepada hadis. Hadis-hadis yang terdapat dalam kitab tidak ditakhrij dengan lengkap. Aspek penjelasan sebab nuzul ayat. Pada halaman yang ke tujuh dalam menjelaskan ayat kedua dan ketiga Surah al-saf menggunakan perkataan ayat ini diturunkan bersempena dengan 113

perbualan beberapa kalangan orang-orang yang beriman. Walaubagaimanapun pengkaji berpendapat adalah lebih baik seandainya pengarang kitab menjelaskan secara langsung mengenai sebab penurunan ayat serta mengemukakan riwayat sebab turunnya. Ini merupakan kaedah tafsir yang digunakan oleh ulama tafsir iaitu mengemukakan sebab penurunan ayat dalam pentafsirannya. iv. Aspek sumber rujukan kepada tafsir. Pengarang kitab kurang menjelaskan rujukan beliau dalam mentafsirkan ayat. Hanya terdapat seorang sahaja ulama tafsir yang dirujuk oleh pengarang kitab iaitu Imam Fakrur Razi. Selain itu tidak terdapat juga senarai rujukan kitabkitab yang digunakan dalam kitab tafsir ini. v. Aspek teknikal. Semakan pada kesalahan ejaan perlu diteliti agar tidak mendatang kekeliruan pada pembaca. Ini adalah kerana berdasarkan penelitian pengkaji kesalahan ejaan boleh membawa kepada maksud yang berbeza. Sebagai contoh pada halaman 14 perkataan makruf dieja makruh dalam ayat mempelopori kerjakerja amar makruh nahi mungkar. Bagi pembaca yang kurang arif mengenai bahasa Arab akan mengalami kesulitan memahami penyataan ini. Tidak semua pembaca mempunyai latar belakang agama yang baik dalam mengetahui maksud makruf dan makruh. Juga didapati beberapa perkataan Islam juga tidak dieja dengan huruf besar. Kesalahan ini kadangkala dipandang kecil atau remeh oleh sebahagian orang tetapi pengkaji berpendapat kesalahan-kesalahan pada kesalahan ejaan mencerminkan ketelitian pengarang dan penerbit kitab ini. 5.0 KESIMPULAN Kitab tafsir al-tibyan karangan Tuan Guru Hajhi Abdul Hadi Awang ini merupakan sebuah kitab tafsir yang memberikan hala tuju yang jelas bagi jemaah yang hendak ditubuhkan. Kupasan Tuan Guru mengenai surah al-saf terutamanya pada ayat keempat jelas membuktikan bahawa beliau memberikan penekanan yang serius mengenai penubuhan jemaah Islamiyyah bagi umat Islam. Kitab ini telah diulang cetak pada tahun 2017 menunjukkan permintaan yang tinggi terhadap kitab ini oleh masyarakat Islam. Dari aspek metodologi pula kitab tafsir ini menggunakan metode tematik atau maudu i berdasarkan pembahagian surah kepada beberapa tema. Namun metode 114

tematik ini tidak diaplikasikan secara menyeluruh. Beberapa penambahbaikan perlu dilakukan bagi menambahkan kualiti karya ini. RUJUKAN Abdul Hadi Awang. 2017. Al-Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran: Surah al-saff. Kuala Lumpur: Jundi Resources. Ahmad Qusyairi Suhail. 2008. Al-Mufassir: Syurutuh wa Adabuh wa Masadiruh. Al-Daghamin, Ziyad Khalil Muhammad. 1995. Manhajiyatul Bahthi fi al-tafsir al- Maudhu i li al-quran al-karim. Al-Khalidi, Salah 'Abd al-fattah. 1997. Al-Tafsir al-maudhu i:bayna al-nazhariyah wa al-tatbiq. Amman: Dar al-nafais. Al-Qardawi, Yusuf. 1993. Malamih al-mujtama al-muslim. Kaherah: Maktabah Wahbah. Fadhal Hassan Abbas. 2007. Al-Mufassirun Madarisuhum wa manahijuhum. Sayyid Qutb. 2012. Fi Zilal al-quran.beirut 115