Eastspring Investments Berhad ( U)

dokumen-dokumen yang mirip
PRUlink global fund (Foreign)

Lembaran Fakta Dana. Dana Income Plus Select Balanced Fund Select Bond Fund Select Dividend Fund

TAKAFULINK DANA BON PROFIL DANA 2015

TAKAFULINK DANA EKUITI PROFIL DANA 2015

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

TAKAFULINK DANA SIMPANAN PROFIL DANA 2015

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

Amanah Saham Panduan Pelabur

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

Akaun Pelaburan Wafiyah

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

TAKAFULINK DANA EKUITI DINASTI PROFIL DANA 2015

Elitelink Pilih perlindungan paling bersesuaian dengan gaya hidup anda dan kemewahan berterusan.

Nota-nota Penyata Kewangan (Samb.)

TAKAFULINK DANA URUS PROFIL DANA 2015

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Akaun Pelaburan Waheed

Akaun Semasa Mudarabah

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

DANA GROWTH TAKAFUL IKHLAS

TAKAFUL IKHLAS GROWTH FUND

Bahan Cg Fadzlina - Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online BAB 7: ASET ( PERAKAUNAN UNTUK SUSUT NILAI )

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

PUBLIC ISLAMIC GLOBAL EQUITY FUND

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

PruBSN Warisan. Mampukah dia berdikari tanpamu satu hari nanti?

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

Seminar Unit Amanah. Siti Uraidah Udin

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Akaun Pelaburan Bertempoh

Simpanan. Dapatkan Pemangkin untuk. Manfaat. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Mac 2018

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Peraturan Pelan Saham Kakitangan Wood

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

3756/2 PRINSIP PERAKAUNAN 2

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Kebakaran. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kebakaran.

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

SILA LAYARI ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i

SAHAM KEUTAMAAN: ANTARA HUTANG & EKUITI

SKIM PERSARAAN SWASTA PRIVATE RETIREMENT SCHEMES (PRS)

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

Akaun Pelaburan Wafiyah

Akaun Pelaburan Waheed

UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD (271809K)

DANA GROWTH TAKAFUL IKHLAS

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Disember 2017

Peraturan Pelan Saham Kakitangan Kumpulan Wood

BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

PENYATA KEWANGAN KENYATAAN AHLI SURUHANJAYA SEKURITI

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

Penyata Pengerusi PERSEKITARAN OPERASI TINJAUAN PRESTASI

2. KESAHAN MATA GANJARAN


PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH BAHAGIAN A : PENGENALAN

Laporan Tahunan Jawatankuasa Syariah Rakyat 2016 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Dalam menjalankan peranan dan tanggungjawab

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

PB ISLAMIC ASIA EQUITY FUND

PENYATA KEWANGAN 132 LPI CAPITAL BHD LAPORAN TAHUNAN ANALISIS PENYATA KEWANGAN 137 PENYATA TANGGUNGJAWAB PARA PENGARAH 138 LAPORAN PENGARAH

TAKAFUL IKHLAS DANA GROWTH

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Peribadi-i

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP7B: GARIS PANDUAN PEMBERIAN IBRA (REBAT) BAGI PEMBIAYAAN ISLAM BERASASKAN JUAL BELI BAHAGIAN A: PENGENALAN

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

2003 Kertas 1 Soalan 1 (a) Yang berikut ialah maklumat kewangan bagi Syarikat Mercu Tanda Berhad.

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007 PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2012

Kami mempunyai sebuah set Prosedur bagi melantik Pengurus-pengurus Dana. Langkah-langkah itu adalah seperti berikut:

TERMA & SYARAT. KEMPEN ASNB HB & DT RHB Bank

HELAIAN PENERANGAN PRODUK

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Pengenalan Makroekonomi

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Savings. Dapatkan pemangkin untuk. Manfaat

Transkripsi:

Ciri-ciri Dana Objektif Dana Strategi Pelaburan & Pendekatan Peruntukan Aset Piawaian Prestasi Pengurus Dana adalah dana yang diuruskan secara aktif dan berusaha memaksimumkan pendapatan dalam jangka masa sederhana ke panjang. Matlamat ini dicapai dengan melabur dalam syer, sekuriti faedah tetap dan instrument pasaran kewangan di rantau Asia Pasifik tidak termasuk Jepun dan melalui mana-mana dana PRUlink global yang mungkin disediakan pada masa depan atau secara tidak langsung melalui subdana yang diurus oleh Eastspring Investments (Singapore) Limited atau mana-mana pengurus dana lain yang ditentukan dari masa ke semasa. Strategi Pelaburan Melabur dalam saham-saham, sekuriti faedah tetap dan instrumen pasaran kewangan di rantau Asia Pasifik kecuali Jepun, lazimnya melalui Eastspring Investments Asian Equity Fund dan Eastspring Investments Asian Bond Fund. Pendekatan Pelaburan Eastspring Investments - Asian Equity Fund Proses pelaburan menggunakan proses penilaian, penyelidikan dengan konstruksi portfolio yang disiplin pada asasnya. Fokus asasnya adalah pada pemilihan stok, yang selalunya terbukti sebagai punca pulangan lebihan. Terdapa dua langkah dalam proses: Pilihan stok dan pembinaan portfolio. Kerja penyelidikan dan penilaian akan fokus pada pemahaman dorongan jangka masa panjang nilai syarikat-syarikat yang diikuti. Konstruksi portfolio adalah berbeza dari pemilihan stok dengan objektif eksplisit untuk memaksimumkan pulangan untuk suatu bajet risiko. Proses kajian semula dan maklum balas adalah untuk memastikan portfolio kekal true to label untuk kepercayaan dan proses pelaburan serta memastikan portfolio tersebut adalah patuh dengan semua mandat, dari semua aspek. Pendekatan Pelaburan untuk Eastspring Investments - Asian Bond Fund Pengurus Dana menggunakan pendekatan nilai untuk pelaburan yang konsisten untuk semua dana yang diurus. Pengurus Dana akan melihat nilai pelaburan sebagai proses hargasensitif yang mengambil kesempatan penetapan harga aset yang salah yang berlaku akibat pertukaran sentimen pelabur yang mendadak dan kadar faedah dalam jangka masa lebih panjang dan trend penyelerakan kredit di sekeliling kitaran ekonomi. Proses Pengurus Dana menbenarkan mereka untuk mengambil kesempatan trend dalam kadar faedah dan penyelerakan kredit pada kitaran ekonomi yang yang naik dan turun. Harga pasaran juga tidak selalunya memaparkan nilai asas kerana ia mungkin meluru terlalu banyak atau terlalu sedikit. Harga aset akan ditetapkan dengan salah apabila pelabur sanggup membayar harga yang tinggi untuk kesenangan hati dan kaitannya dengan kejayaan, tetapi sekuriti yang tidak popular akan dijual tidak kira nilainya. Kelakuan yang berat sebelah ini adalah simetrik dan boleh diambil kesempatan dengan pelabur yang disiplin dan dalam jangka masa panjang. Dalam mengurus portfolio Pendapatan Tetap Asian, Pengurus Dana akan memberi pulangan dengan nilai tambahan dari pengurusan tiga sumber utama, di mana faktor asas, teknikal dan penilaian akan diambil untuk pertimbangan. Peruntukan pasaran bon & strategi jangka masa Strategi kredit Strategi pengurusan mata wang Dana akan melabur di antara 60% ke 80% Dana NAV dalam ekuiti melalui Dana-Sub yang ditetapkan oleh Pengurus Dana. Dana juga akan melabur di antara 20% dan 40% Dana NAV dalam pendapatan tetap melalui Dana-Sub yang ditetapkan oleh Pengurus Dana. Dana NAV yang lebih akan dilabur ke dalam aset cair. 70% MSCI Asia Ex-Japan Index + 30% JP Morgan Asia Credit Index Untuk maklumat lanjut berkenaan penanda aras, sila layari www.msci.com and www.jpmorganindices.com/indices/listing Eastspring Investments Berhad (531241-U) Yuran & Caj Caj Pengurusan Dana 1.35% setiap tahun Caj-caj lain, jika ada Tiada Sila ambil perhatian bahawa dana PRUlink global bukanlah produk patuh Syariah dan prestasi pelaburan dana PRUlink global tidak dijamin.

Prestasi Dana 210.00 Jadual Prestasi Dana vs 70% MSCI Asia Ex-Japan Index + 30% JP Morgan Asia Credit Index 70% MSCI Asia Ex-Japan Index + 30% JP Morgan Asia Credit Index 210.00 Pertukaran peratusan sejak permulaan 180.00 150.00 120.00 90.00 60.00 30.00 180.00 150.00 120.00 90.00 60.00 30.00 0.00 0.00 (30.00) (30.00) Nota : Graf-graf adalah bagi tujuan penjelasan sahaja. Prestasi masa lalu bukan tanda prestasi masa depannya. Tahun Prestasi Piawaian Prestasi 70% MSCI Asia ex Japan Index + 30% JP Morgan Asia Credit Index 2013 2014 2015 2.49% 12.39% 6.67% 9.27% 13.22% 16.25% 2016 8.20% 10.79% 2017 15.58% 17.40% Sumber: Lipper IM dan Bloomberg, 31 Disember 2017 Amaran: Ini hanya adalah prestasi dana perlaburan tersebut dan bukan pulangan dari sumbangan yang dibayar oleh produk insurans berkaitan pelaburan itu. Asas kiraan prestasi masa lalu: = Nilai Aset Bersih pada akhir Tahun n Nilai Aset Bersih pada akhir Tahun n-1-1 % Maklumat tambahan untuk dilabur ke dalam Eastspring Investments Asian Equity Fund dan Eastspring Investments Asian Bond Fund. Pengurus dana Eastspring Investments Asian Equity fund dan Eastspring Investments Asian Bond Fund adalah Eastspring Investments (Singapore) Limited. Yuran pengurusan mungkin dikenakan ke atas Dana dan / atau Dana-Sub. Mohon ambil perhatian bahawa anda akan dikenakan caj maksima sebanyak 1.35%, sebagai caj pengurusan dana gabungan ke atas Dana dan Dana-Sub. Dana- Sub dengan strategi pelaburan yang melabur dalam Dana Dagangan Pertukaran ("ETF") atau Skim Pelaburan Kolektif lain yang mungkin menanggung perbelanjaan tambahan dalam Dana-Sub yang diambil kira sebagai sebahagian daripada pertimbangan strategi pelaburan bagi mencapai prestasi dana.

Tempoh 3-bulan 6-bulan 1-tahun 3-tahun 5-tahun Sejak penubuhan Asas Bukan-Tahunan Tahunan Prestasi Bersih 7.81% 14.33% 39.35% 7.63% 5.26% 8.85% Nota: Pulangan atas adalah bagi Eastspring- Asian Equity Fund (Class D) Tempoh 3-bulan 6-bulan 1-tahun 3-tahun 5-tahun Sejak penubuhan Asas Bukan-Tahunan Tahunan Prestasi Bersih 0.56% 2.03% 6.01% 4.88% 4.31% 6.56% Nota: Pulangan atas adalah bagi Eastspring- Asian Bond Fund (Class D) Pulangan adalah berdasarkan harga unit pihak ketiga, nilai bersih tanpa yuran dengan dividen dilabur, jika ada, dan dilaporkan dalam USD. Asas kiraan prestasi masa lalu: = Nilai Aset Bersih pada akhir Tahun n Nilai Aset Bersih pada akhir Tahun n-1-1 % Risiko-risiko Pelaburan untuk Dana ini tertakluk kepada risiko-risiko pelaburan termasuk kemungkinan kehilangan amaun pokok yang dilaburkan. Nilai unit mungkin turun dan juga naik. Selain itu, Dana ini juga tertakluk kepada risiko tertentu termasuk dan tidak terhad kepada: Risiko Mata Wang Dana ini berdenominasi dalam MYR, manakala Dana-Sub mungkin berdenominasi dalam mata wang lain. Prestasi Dana mungkin dipengaruhi oleh pergerakan dalam kadar penukaran antara mata wang USD dan mata wang Dana-Sub. Di mana berkenaan, lindung nilai mata wang atau kelas dana yang melindungi nilai mata wang mungkin digunakan untuk meminimumkan risiko mata wang. Pelaburan dasar Dana Sasaran atau Dana-Sub mungkin berdenominasi dalam mata wang tempatannya, yang mungkin berbeza daripada mata wang Dana Sasaran atau Dana-Sub. Prestasi Dana Sasaran atau Dana-Sub mungkin dipengaruhi oleh pergerakan kadar penukaran antara mata wang tempatan pelaburan dasar dan mata wang denominasi Dana Sasaran atau Dana-Sub. Risiko Derivatif Derivatif mungkin digunakan untuk melindung nilai daripada sebarang risiko yang mungkin dikaitkan dengan melabur dalam Dana-Sub, seperti, tetapi tidak terhad kepada, risiko mata wang. Pengurus Dana Sasaran atau Pengurus Dana-Sub mungkin melabur dalam derivatif yang akan tertakluk kepada risiko. Walaupun penggunaan derivatif secara bijaksana oleh pengurus-pengurus pelaburan profesional boleh mendatangkan manfaat, namun derivatif melibatkan risiko yang berbeza daripada, dan dalam sesetengah hal, lebih tinggi daripada risiko yang terdapat dalam pelaburan sekuriti yang lebih tradisional. Antara risiko yang dikaitkan dengan derivatif ialah risiko pasaran, risiko pengurusan, risiko kredit, risiko kecairan dan risiko keumpilan. Pelaburan dalam derivatif mungkin memerlukan wang pendahuluan atau margin permulaan dan margin tambahan dengan notis yang singkat jika pasaran bergerak berlawanan dengan kedudukan pelaburan. Jika tiada peruntukan dibuat bagi margin yang diperlukan dalam tempoh masa yang ditetapkan, maka pelaburan itu mungkin dicairkan pada harga yang merugikan. Justeru itu, pelaburan dalam derivatif perlu sekali diawasi dengan rapi. Pengurus Dana Sasaran atau Pengurus Dana-Sub mempunyai kawalan yang diperlukan bagi pelaburan dalam derivatif dan mempunyai sistem-sistem yang sesuai untuk mengawasi kedudukan derivatif bagi Dana Sasaran atau Dana-Sub ini. Pengurus Dana Sasaran atau Pengurus Dana-Sub tidak berhasrat untuk menggunakan urus niaga derivatif bagi tujuan spekulasi atau keumpilan tetapi mungkin menggunakannya untuk pengurusan portfolio yang cekap dan/atau pengurusan risiko. Risiko mata wang merupakan salah satu risiko pasaran yang akan dihadapi oleh dana ini dan nilai boleh dilindung dengan menggunakan derivatif seperti kontrak depan/niaga hadapan pertukaran asing. Selalunya risiko mata wang pendasar mungkin ditanggung akibat membeli ekuiti atau bon pendasar. Jika Pengurus Dana Sasaran atau Pengurus Dana-Sub tidak mahu menanggung risiko mata wang yang dikaitkan dengan aset pendasar ini, Dana Sasaran atau Dana-Sub ini boleh menggunakan kontrak Depan Pertukaran Asing untuk melindung nilai sebarang risiko mata wang yang timbul daripada pemegangan kedudukan mata wang bukan asas. Pada dasarnya, penggunaan kontrak depan mata wang ini ialah untuk melindung nilai dana daripada risiko mata wang dalam Dana Sasaran atau Dana-Sub. Penggunaan kontrak depan pertukaran asing untuk aktiviti lindung nilai ini pula boleh menimbulkan risiko pengendalian dan garis panduan tambahan dan risiko-risiko ini dihuraikan dalam keterangan terperinci mengenai pengurusan risiko derivatif dan prosedur penggunaan kami yang dilampirkan, di mana lindung nilai mata wang merupakan satu bahagian kecil.

Risiko Kadar Faedah & Kredit Pelaburan dalam portfolio pendapatan tetap akan tertakluk kepada risiko-risiko biasa yang wujud dalam pelaburan bon dan sekuriti pendapatan tetap lain. Bon dan sekuriti pendapatan tetap lain adalah tertakluk kepada risiko turun naik kadar faedah dan risiko kredit, seperti risiko kemungkiran oleh penerbit. Pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap adalah tertakluk kepada perubahan yang buruk dalam keadaan kewangan penerbit, atau dalam keadaan ekonomi am, atau kedua-duanya sekali, atau kenaikan kadar faedah yang di luar jangkaan, yang boleh menjejaskan kemampuan penerbit untuk membuat bayaran faedah dan pokok, terutamanya jika penerbit itu berkeumpilan tinggi. Kemampuan penerbit untuk menunaikan obligasi hutangnya juga boleh terjejas oleh ramalan perniagaan terunjur yang tertentu, atau ketiadaan pembiayaan tambahan. Kemerosotan ekonomi atau kenaikan kadar faedah juga boleh meningkatkan potensi kemungkiran oleh penerbit-penerbit sekuriti ini. Risiko Portfolio Dana ini disasarkan kepada pelabur yang boleh menerima risiko-risiko yang dikaitkan dengan melabur terutamanya dalam jenis sekuriti yang dipegang dalam Dana ini. Pelaburan dalam ekuiti akan tertakluk kepada risiko-risiko yang dikaitkan dengan ekuiti dan sekuriti berkaitan ekuiti, termasuk turun naik harga pasaran, maklumat penerbit atau maklumat pasaran yang tidak menggalakkan dan hakikat bahawa hak bayaran faedah ekuiti dan berkaitan ekuiti adalah kurang penting berbanding dengan sekuriti korporat lain, termasuk sekuriti hutang. Begitu juga, pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap akan tertakluk kepada risiko yang dikaitkan dengan sekuriti hutang, termasuk risiko kredit dan kadar faedah, dan risiko tambahan yang dikaitkan dengan sekuriti hutang kadar hasil tinggi, penyertaan pinjaman dan sekuriti derivatif. Selain itu, pelabur juga hendaklah menyedari tentang risiko-risiko yang dikaitkan dengan teknik pengurusan aktif yang dijangka digunakan oleh Dana ini. Risiko Negara Pelaburan dalam Dana mungkin menerima kesan buruk daripada ketakstabilan politik serta kawalan pertukaran, perubahan dalalam percukaian, dasar-dasar pelaburan asing serta sekatan dan kawalan lain yang mungkin dikenakan oleh pihak-pihak berkuasa yang berkaitan. Risiko Pasaran Baru Muncul Dana ini melabur dalam pasaran baru muncul yang mungkin tertakluk kepada risiko politik, risiko kawal selia dan risiko kecairan yang lebih tinggi daripada pasaran maju. Disebabkan banyak pasaran baru muncul mengalami pertumbuhan pesat, maka kuranglah peraturan dan mungkin juga kurang maklumat awam mengenai syarikat-syarikat yang tersenarai di pasaran sedemikian berbanding dengan pasaran saham lain. Pelabur hendaklah mengambil kira bahawa volum dagangan dalam pasaran baru muncul mungkin kurang daripada dalam pasaran saham utama dunia dan mungkin perlu diurusniagakan pada harga yang tidak menguntungkan. Pelaburan dalam pasaran baru muncul juga tertakluk kepada risiko pemindahan keluar. Banyak pasaran baru muncul mempunyai dasar pelaburan asing yang menyekat walaupun liberalisasi berterusan. Pasaran baru muncul mungkin tidak mempunyai perkhidmatan penyimpan dan penyelesaian yang betul-betul lengkap dan sempurna dan justeru itu pelaburan dalam pasaran sedemikian tertakluk kepada tahap risiko yang lebih tinggi. Risiko Syarikat Kecil Pelaburan dalam sekuriti syarikat-syarikat kecil boleh melibatkan risiko yang lebih tinggi daripada risiko yang biasanya dikaitkan dengan syarikat yang lebih besar dan lebih mantap. Syarikat-syarikat kecil mempunyai barisan produk, pasaran atau sumber kewangan yang terhad dan mungkin bergantung kepada bilangan individu penting yang terhad untuk pengurusannya. Risiko Caj Ke Atas Modal Apabila objektif pelaburan Dana ialah untuk memberi keutamaan yang lebih tinggi atau setara (dalam jangka panjang) kepada penjanaan pendapatan berbanding dengan pertumbuhan modal, maka kesemua atau sebahagian daripada yuran dan caj, setelah ditolak kesan cukai atribut, mungkin dikenakan ke atas modal dan bukannya ke atas pendapatan dan boleh mengekang pertumbuhan modal Dana. Risiko-risiko di atas tidak harus dianggap sebagai senarai lengkap risiko yang harus pertimbangkan oleh bakal pelabur sebelum melabur dalam mana-mana Dana. Bakal pelabur hendaklah menyedari bahawa pelaburan dalam Dana boleh terdedah kepada risiko-risiko lain yang bersifat luar biasa dari semasa ke semasa. Perkara di atas tidak sepatutnya dianggap sebagai senarai risiko-risiko lengkap yang sepatutnya diambil kira oleh pelabur berpotensi sebelum melabur di dalam Dana. Pelabur berpotensi sepatutnya sedar bahawa sebarang pelaburan di dalam Dana mungkin terdedah kepada risiko-risiko lain yang bersifat luar biasa dari semasa ke semasa.

Pengurusan Risiko Pengurus Dana mempunyai pengurusan risiko dan kawalan pematuhan untuk mengurus risiko-risiko: a) Pematuhan Sebelum Perdagangan Di mana-mana yang mungkin, semua akitiviti-aktiviti Instrumen Kewangan Derivatif (FDI) dan pendedahan-pendedahan diawasi dengan suatu system pematuhan sebelum perdagangan bagi kesemua perniagaan itu. Peraturan-peraturan dan garis panduan ditetapkan dalam sistem supaya pelanggaran yang mungkin berlaku boleh dikenal pasti sebelum suatu perdagangan dibuat. Satu proses escalate dibuat untuk memastikan bahawa parti-parti yang terlibat diberitahu apabila suatu isu buruk berpotensi menjadi. b) Risiko Portfolio Pengurus Dana akan menggunakan teknik kuantitatif untuk mengenal pasti kesesuaian menggunkan FDI. Kumpulan pelaburan akan menggunakan beberapa cara untuk membina portfolio dan mengendalikan analisis risiko yang melibatkan sifar-sifat risiko/pulangan. Kumpulan pelaburan akan mengenal pasti, mengurus dan mengawas risiko pelaburan dengan matlamat mencapai objektif Subdana. c) Risiko Kounterparti Pengurus Dana mempunyai pengurusan risiko kredit dan prosedur kawalan untuk menaksir, mengawas dan lingkungan kredit dan risiko kounterparti bagi semua kelas aset dan bes pelanggan. Kajian semula kounterparti dibuat selalu untuk mentaksir mana-mana perubahan dalam nilai kredit dan kemampuan untuk mencapai kewajipan kontraknya. d) Risiko Kesilapan Tambahan pula, Pengurus Dana mempunyai kumpulan risiko pelaburan bebas yang bekerja dengan setiap kumpulan pelaburan untuk memastikan bahawa semua kawalan risiko yang perlu dan metriks risiko ditempatkan. Kumpulan risiko pelaburan akan membuat laporan kepada jawatankuasa daerah yang mempunyai tanggungjawab untuk memastikan setiap unit perniagaan menjalankan operasi mengikut polisi pengurusan risiko dan rangkaian yang disediakan. Pengurus Dana akan memastikan bahawa pengurusan risiko dan tatacara pematuhan dan kawalan yang diambil adalah mencukupi dan ia mempunyai kepakaran untuk mengawal dan mengurus risiko-risiko berkaitan dengan penggunaan FDI. Pengurus Dana mungkin menukarkan pengurusan risiko dan tatacara pematuhan dan kawalan yang diambil dari masa ke semasa untuk kebaikan Subdana.

Maklumat Lain Pasaran Sasaran Pelabur yang mencari nilai modal yang meningkat. Daya toleransi risiko sederhana ke tinggi. Pengalaman pelaburan dalam jangkamasa sederhana ke panjang. Dasar & Kekerapan Penghargaan unit dibuat setiap hari. Harga unit bagi dana PRUlink global tertentu pada sebarang Tarikh Penilaian hendaklah bersamaan Nilai Dana dibahagi dengan bilangan Unit yang dikeluarkan pada Tarikh Penilaian. Nilai Dana ialah nilai semua aset dana PRUlink global selepas memotong belanja untuk menguruskan, memperolehi, menyenggaraan, pengkekalan dan penilaian aset Dana, cukai atau levi mengikut undang-undang yang ditanggung oleh Syarikat ke atas pendapatan pelaburan atau keuntungan modal aset dana dan sebarang pendapatan terakru atau dijangkakan. Syarikat akan menilai dana-dana PRUlink global tersebut pada akhir hari perniagaan (Tarikh Penilaian). Walaubagaimanapun, nilai dana-dana PRUlink global yang dilaburkan dalam syer, sekuriti faedah tetap dan instrumen pasaran wang pada akhir suatu Tarikh Penilaian hanya akan diketahui satu hari perniagaan nanti. Harga Unit dana PRUlink global akan ditentukan oleh Syarikat pada suatu Tarikh Penilaian hanya akan dibuat dan diberitahu kepada Orang Diinsuranskan selepas 2 hari perniagaan nanti (T+2). Untuk mendapatkan balik kos memperoleh dan membuang aset-aset, pembetulan kos urus niaga mungkin dibuat untuk Nilai Unit untuk memulihkan sebarang jumlah yang telah atau dijangka akan dibayar oleh dana untuk penghasilan dan pembatalan unit-unit. Keadaan-keadaan luar biasa Syarikat tidak dipaksa untuk menebus atau menukar pada Hari Penilaian lebih daripada 10% dana PRUlink global yang lebih pada suatu Hari Penilaian. Syarikat juga berhak dalam keadaan pengecualian (sebagai contoh, bila terdapat jumlah jualan pelaburan jangka masa yang pendek) untuk menangguhkan penukaran atau penebusan Unit-unit dan/atau penyerahan Polisi untuk tempoh tidak melebihi enam (6) bulan dari tarikh permohonan. Syarikat mungkin menangguhkan penghargaan unit dan urusniaga polisi jika mana-mana penukaran di mana dana dilaburkan ditunda dari berdagang untuk sementara. Dalam keadaan tersebut, suatu notis untuk penangguhan mungkin diterbit dan mungkin diberitahu kepada orang diinsuranskan apabila tokokan, penukaran, penebusan atau pengeluaran ke/dari mana-mana dana PRUlink global. Senarai keadaan-keadaan luar biasa di atas tidak lengkap. Sila rujuk kepada dokumen polisi anda untuk butir-butir yang lengkap.