TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Balance Retention

dokumen-dokumen yang mirip
(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

CIMB Islamic Kempen Wealth Starter 3.0 ( Kempen ) Terma-Terma dan Syarat-Syarat

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Website CPL Campaign (1hb Julai 31hb Ogos 2017)

Akaun Pelaburan Pulangan Tetap-i Step Up 12 Bulan CIMB Islamic Bank Berhad TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB Personal Financing Pre-Raya Cash Back (1hb Mei 31hb Ogos 2017)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Tambahan Baki CIMB (Faedah Bonus 3% Setahun)

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

Kempen Hadiah Sehingga RM150 kepada Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

TERMA DAN SYARAT Kempen Rebat Tunai CIMB-Sunshine (16hb Mei hb Jun 2018)

Kempen Wealth Starter CIMB - Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENGAWAL KEMPEN PENYELESAIAN PENGURUSAN KEKAYAAN ( WEALTH MANAGEMENT SOLUTIONS )

Kempen CIMB Bank My First Cash Advance Terma-terma dan Syarat-syarat

Pembiayaan Auto CIMB Pembiayaan Kenderaan Khas untuk Bumiputera Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen RM1 for 1 Swipe CIMB 2016

TERMA & SYARAT. KEMPEN ASNB HB & DT RHB Bank

Terma-terma and Syarat-syarat CIMB Affinity Kad Kredit Pengambilan dan Penggunan yang mengawal Kempen Welcome Gift

Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kempen MasterCard Guaranteed Overseas Spend CIMB Bank

Kempen Seluruh Negara JomPAY Terma-Terma dan Syarat-Syarat Tambahan

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad berkaitan Kempen CIMB Clicks einvest ("Kempen")

Kempen PIN & Win CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat

Terma-terma dan Syarat-syarat bagi Kempen CIMB EVA x JomPAY Memenangi iphone X

TERMA & SYARAT. Kempen Amanah Saham Nasional Berhad Harga Berubah (ASNB HB) & Deposit Tetap atau Komoditi Murabahah Deposit-i (DT/KMD-i) RHB

3. Bank merizab hak untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen Lanjutan dengan memberikan makluman.

Kempen PIN & Win CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Hadiah untuk Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Submit Your EPF Statement CIMB Bank

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen CIMB BANK Pilih Baucar Anda untuk Permohonan Kad Kredit

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. CIMB Islamic - Peraduan Kirim & Menang

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

TERMA DAN SYARAT. Peraduan Debit & ATM Card Replacement

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG MENTADBIR PERADUAN INSURANS TRAVEL CARE - HOKKAIDO

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB-Pay with Points & Win

1. Kempen ini dikendali oleh CIMB Bank dan setiap penyebutan C I M B B a n k merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

1.1. Travel Care Insurance Contest yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (selepas ini dirujuk sebagai CIMB Bank atau Bank ).

TERMA DAN SYARAT Kempen Belanja Tahun Baru Cina 2018 dan Menang Baucar CIMB-Giant (1hb Februari hb Februari 2018)

Go Digital with CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen CIMB BANK Memilih Hadiah untuk Permohonan Kad Kredit

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

4.2 Peserta Layak mestilah memenuhi syarat-syarat berikut bagi Peletakan DT untuk menikmati Kadar Faedah Promosi DT:

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen CashLite CIMB Bank

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang Rebat Tunai CIMB-IKEA (1hb September hb November 2017)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Faedah Bonus CIMB

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja Musim Perayaan dan Menang Kad Hadiah CIMB-IKEA (1 Disember Februari 2018)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD ( BANK ) YANG MENGAWAL KEMPEN KAD KREDIT CIMB PREFERRED ( Kempen )

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Octo Edisi Terhad

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Peraduan Debit to Win It

TERMA DAN SYARAT CABUTAN EXTRAVAGANZA KT 2018

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Octo Edisi Terhad

Termaa-terma dan Syarat-syarat Kempen Akaun Kwik CIMB Bank

Kempen Win RM1,000 Vouchers Daily Overseas & Online Spend Visa CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Octo Edisi Terhad Preferred

Peraduan Fortune 10 CIMB Bank - Terma & Syarat. Terma & Syarat PERADUAN FORTUNE 10 CIMB BANK BERHAD

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD yang mengawal Kempen Belanja dan MenangCIMB-IKEA

CIMB Auto Finance Promosi untuk Kenderaan Asing Baharu Terma-terma dan Syarat-syarat

Terma-terma & Syarat-syarat Kempen CIMB CLICKS Cash Back. 1. Setiap sebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

3. Untuk tujuan Kempen ini, hanya Pemegang Akaun utama Pelanggan yang Layak berhak untuk mendapatkan Hadiah

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Win A Drive

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Terma & Syarat Promosi Deposit Tetap / Deposit Bertempoh (FD/TD) untuk tempoh 6 bulan dengan hadiah

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

1.1 Kempen ini bermula pada 14 Februari sehingga 14 Ogos 2017, termasuk kedua-dua tarikh ( Tempoh Kempen ).

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Win A Drive

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN AL AWFAR 3Xtra Drive

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB-IKEA

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB-Senheng

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Duit Raya Tesco CIMB Bank

Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat syarat seperti pada 22 Dec 2016

O.M.G KINI KEMBALI TERMA DAN SYARAT

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN AS EASY AS 1, 2, 3

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan,

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

Terma-terma & Syarat-syarat Kempen Perkhidmatan Perbankan Serantau CIMB (Malaysia Singapura)

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

TERMA DAN SYARAT KEMPEN Save, Invest and Win. 1. RHB Bank Berhad (No. Syarikat 6171-M) akan dirujuk sebagai RHB.

Terma-Terma & Syarat- Syarat Kad Kredit Cash Rebate Platinum

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Save and Get

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KEMPEN KAD MASTERCARD DWI-JENAMA CIMB PETRONAS

Tempoh yang Diperuntukkan Bag Troli Condotti RM8,000 4 bulan

TERMA DAN SYARAT Kempen Debit Card RM5 Dining Cash Back

TERMA DAN SYARAT Kempen Ganjaran RM150 RHB Smart Account/-i 2018

CIMB Bank Berhad (13491-P)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KEMPEN CIRI-CIRI DAN FAEDAH-FAEDAH TAMBAHAN KAD MASTERCARD DWI-JENAMA CIMB PETRONAS

Kempen Isi, Leret & Menang. Terma dan Syarat

Transkripsi:

1. Kempen Balance Retention ( Kempen ) adalah dianjurkan bersama oleh CIMB Bank Berhad (13491-P) ( CIMB Bank ) dan ( CIMB Islamic Bank ). Setiap sebutan CIMB merujuk kepada kedua-dua CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank. Tempoh Kempen TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Balance Retention 2. Kempen akan bermula pada 1 Januari 2019 dan tamat pada 30 April 2019, termasuk kedua-dua tarikh ( Tempoh Kempen ). 3. Tempoh sah ( Tempoh Sah ) merujuk kepada tempoh dua (2) bulan dari hari pertama bagi bulan Bulan Kematangan Deposit Kempen CIMB Preferred 6% FD/FRIA-i Bundle with PCA/-i ( Kempen 6% Bundle ) yang bermula pada 1 Oktober 2018 dan tamat pada 31 Disember 2018. Contoh-contoh ditunjukkan di bawah: Kempen 6% Bundle Kempen Balance Retention Bulan Penempatan Bulan Kematangan Tempoh Sah Deposit Deposit Oktober 2018 Januari 2019 1 Januari 28 Februari 2019 November 2018 Februari 2019 1 Februari 31 Mac 2019 Disember 2018 Mac 2019 1 Mac 30 April 2019 4. Kempen ini boleh didapati di semua cawangan CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank ( Cawangan ) di Malaysia. Cawangan CIMB Islamic Bank ditempatkan bersama dengan cawangan CIMB Bank di seluruh negara. 5. CIMB menyimpan hak untuk menukar jangka masa dan/atau tarikh-tarikh permulaan dan/atau penamatan Tempoh Kempen dengan memberikan notis terdahulu empat belas (14) hari kalendar. Kelayakan 6. Kempen ini adalah terbuka kepada pelanggan CIMB Preferred sasaran yang:- a) merupakan peserta terpilih Kempen 6% Bundle ; dan b) mempunyai suatu Akaun Semasa Preferred yang dikekalkan dengan CIMB Bank ( PCA ) atau Akaun Semasa-i Preferred yang dikekalkan dengan CIMB Islamic Bank ( PCA-i ) semasa Tempoh Kempen. ( Peserta Layak ). 7. Bagi mengelakkan keraguan dan tertakluk kepada Klausa 6 di sini, orang/entiti yang berikut TIDAK akan layak untuk menyertai Kempen ini: - a) Pemilikan tunggal, perkongsian, organisasi/persatuan kebajikan/bukan untung, pelanggan korporat dan komersial; atau b) Individu di bawah umur 21 tahun; atau c) Pelanggan yang melakukan pengeluaran atau pengambilan awal penempatan deposit dari Kempen 6% Bundle. Kempen Balance Retention (1 Jan 30 Apr 2019) Muka Surat 1 daripada 8

8. Berhubungan dengan Akaun Penyertaan Bersama, hanya pemegang akaun pertama yang dinamakan iaitu pemegang akaun utama yang akan layak untuk menyertai Kempen ( Pemegang Akaun Utama ). Bagi tujuan Kempen ini, pemegang-pemegang akaun bersama selain daripada Pemegang Akaun Utama tidak akan layak untuk menyertai Kempen ini. 9. Tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini, kakitangan tetap atau kontrak CIMB yang merupakan pelanggan Preferred sasaran adalah layak untuk menyertai Kempen. Mekanik Kempen 10. Kempen terdiri daripada penempatan deposit yang dilakukan oleh Peserta Layak semasa Tempoh Sah dalam tawaran-tawaran yang berikut: a) Tawaran 1: Deposit Tetap ( FD ) dan/atau Akaun Pulangan Pendapatan Tetap-i ( FRIA-i ) b) Tawaran 2: FD dan/atau FRIA-i c) Tawaran 3: Gabungan FD ( FD bundle ) dengan PCA dan/atau Gabungan FRIA-i ( FRIA-i bundle ) dengan PCA-i ( PCA-i ); dan/atau d) Tawaran 4: FD bundle dengan Tabung Unit Amanah Konvensional ( UT ) dan/atau FRIA-i bundle dengan Tabung Unit Amanah patuh Syariah ( IUT ). 11. Untuk menyertai Kempen ini dan layak kepada Kadar Istimewa FD/FRIA-i seperti yang ditakrifkan dalam Klausa-Klausa 13 dan 20 di sini, Peserta Layak mesti memenuhi kriteria berikut sepanjang Tempoh Sah ( Kriteria Kelayakan ): Tawaran 1 Tawaran 2 Tawaran 3 Tawaran 4 a) Kekal sebagi seorang pelanggan Preferred; DAN b) Memiliki PCA dan/atau PCA-i. a) Kekal sebagi seorang pelanggan Preferred; DAN b) Memiliki PCA dan/atau PCA-i. a) Kekal sebagi seorang pelanggan Preferred; DAN b) Memiliki PCA dan/atau PCA-i; DAN c) Mendepositkan jumlah minimum yang ditunjukkan di Klausa 13 di sini ke dalam PCA dan/atau PCA-i ( Akaun Penyertaan ) dalam satu transaksi; DAN d) Mengekalkan jumlah yang didepositkan seperti dalam Klausa 13 di sini dalam Akaun Penyertaan selama tiga (3) bulan dari tarikh penempatan deposit ( Peruntukan ); DAN e) Penempatan peruntukan minimum bagi PCA dan/atau PCA-i DAN penempatan bagi FD/FRIA-i adalah RM50,000 masing-masing; DAN f) Tidak melebihi jumlah pengehadan maksimum RM500,000 yang ditetapkan bagi penempatan FD/FRIA-i setiap Peserta Layak sepanjang Tempoh Kempen. a) Kekal sebagi seorang pelanggan Preferred; DAN b) Memiliki PCA dan/atau PCA-i; DAN c) Melaburkan jumlah minimum yang ditunjukkan di Klausa 20 di sini ke dalam UT/IUT ( Pelaburan ) dalam satu transaksi; DAN d) Pelaburan minimum bagi UT/IUT DAN penempatan FD/FRIA-i minimum adalah RM50,000 masing-masing. Kempen Balance Retention (1 Jan 30 Apr 2019) Muka Surat 2 daripada 8

12. Istilah Dana Sedia Ada hendaklah bermaksud wang atau dana yang didepositkan ke dalam akaun penyertaan yang dinyatakan dalam Kempen 6% Bundle menurut terma-terma dan syarat-syarat kempen tersebut. Dana yang telah dikeluarkan atau diambil dari Kempen 6% Bundle tidak akan layak untuk digunakan atau didepositkan dalam Kempen. Tawaran 1, 2 dan 3 Kempen 13. Tertakluk kepada Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini, Peserta Layak akan layak untuk melakukan jumlah penempatan deposit bagi tempoh tetap ( Kadar Istimewa FD/FRIA-i ) seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah. Peserta Layak akan layak kepada Kadar Istimewa FD/FRIA-i bagi FD/FRIA-i dengan syarat bahawa syarat-syarat yang dinyatakan dalam Klausa 11 di sini dipatuhi dengan sewajarnya: Tawaran 1: Kadar Istimewa FD/FRIA-i 4.40% setiap tahun 12 bulan Tempoh FD/FRIA-i FD/FRIA-i Minimum FD/FRIA-i Maksimum Minimum RM10,000 setiap transaksi Tiada pengehadan maksimum Contoh: Peserta Layak A boleh menempatkan Dana Sedia Ada RM500,000 dari Kempen 6% Bundle di FD/FRIA-i bagi 12 bulan dan menikmati Kadar Istimewa FD/FRIA-i 4.4% setiap tahun. Tawaran 2: Kadar Istimewa FD/FRIA-i 4.30% setiap tahun 6 bulan Tempoh FD/FRIA-i FD/FRIA-i Minimum FD/FRIA-i Maksimum Minimum RM10,000 setiap transaksi Tiada pengehadan maksimum Contoh: Peserta Layak B boleh menempatkan Dana Sedia Ada RM500,000 dari Kempen 6% Bundle di FD/FRIA-i bagi 6 bulan dan menikmati Kadar Istimewa FD/FRIA-i 4.3% setiap tahun. Tawaran 3: Produk FD/FRIA-i PCA/-i Kadar Istimewa FD/FRIA-i 5% setiap tahun bagi Kadar Faedah/Keuntungan 12-bulan sehingga 3% setiap tahun Tempoh Penempatan bagi 12 bulan Peruntukan bagi 3 bulan Nisbah 50% 50% Penempatan Minimum RM50,000 RM50,000 Pengehadan Maksimum Setiap Peserta Layak RM500,000 RM500,000 Contoh 1: Peserta Layak C yang memperuntukkan Dana Sedia Ada RM50,000 dari Kempen 6% Bundle ke dalam PCA/PCA-i beliau bagi 3 bulan adalah layak untuk menempatkan maksimum RM50,000 (juga dari Dana Sedia Ada dari Kempen 6% Bundle ) di FD/FRIA-i bagi 12-bulan dan menikmati Kadar Istimewa FD/FRIA-i 5% setiap tahun. Kempen Balance Retention (1 Jan 30 Apr 2019) Muka Surat 3 daripada 8

Contoh 2: Peserta Layak D yang memperuntukkan Dana Sedia Ada RM500,000 dari Kempen 6% Bundle ke dalam PCA/PCA-i beliau bagi 3-bulan adalah layak untuk menempatkan maksimum RM500,000 (juga dari Dana Sedia Ada dari Kempen 6% Bundle ) di FD/FRIA-i bagi 12-bulan dan menikmati Kadar Istimewa FD/FRIA-i 5% setiap tahun. Sekiranya Peserta Layak gagal memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam Klausa 11 di sini selepas penempatan FD/FRIA-i (termasuk tetapi tidak terhad kepada syarat untuk mengekalkan jumlah Peruntukan), Peserta Layak tidak akan layak untuk memperolehi Kadar Istimewa FD/FRIA-i di FD/FRIA-i dan CIMB menyimpan hak untuk mengambil penempatan FD/FRIA-i tanpa notis kepada Peserta Layak. 14. Bagi Tawaran 1, 2 dan 3, Kadar Istimewa FD/FRIA-i adalah terpakai untuk penempatan FD/FRIA-i bagi satu (1) kitaran sahaja. 15. Faedah/Keuntungan akan dibayar selepas penamatan Tempoh FD/FRIA-i dengan mengkreditkan yang sama ke dalam akaun Peserta Layak atau ditambah ke prinsipal FD/FRIA-i. 16. Sekiranya Peserta Layak ingin mengeluarkan atau mengambil FD/FRIA-i sebelum kematangan FD/FRIA-i, pengeluaran atau pengambilan penuh ke atas baki dalam akaun FD/FRIA-i mesti dilakukan. Pengeluaran atau pengambilan separa FD/FRIA-i sebelum kematangan adalah tidak dibenarkan. 17. Pembaharuan: Selepas kematangan Tempoh FD/FRIA-i, Kadar Istimewa FD/FRIA-i akan terhenti terpakai dan Peserta Layak dengan ini bersetuju dan membenarkan CIMB secara automatik memperbaharui atau meletakkan semula ( renew or roll over ) jumlah prinsipal FD/FRIA-i pada Tempoh FD/FRIA-i yang sama tertakluk kepada kadar semasa CIMB yang terpakai pada masa pembaharuan atau peletakan semula ( renewal or roll over ) deposit. 18. Pengeluaran Awal dan/atau Separa FD/FRIA-i: Sekiranya Peserta Layak mengeluarkan atau mengambil FD/FRIA-i sebelum penamatan Tempoh FD/FRIA-i, Peserta Layak tidak akan layak untuk memperolehi apa-apa jua faedah/keuntungan. 19. FD/FRIA-i dan PCA/PCA-i adalah layak untuk perlindungan oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Tawaran 4 Kempen 20. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di sini, Peserta Layak akan layak memperolehi Kadar Istimewa FD/FRIA-i seperti yang dijadualkan dalam Jadual A di bawah sekiranya Peserta Layak mendepositkan/melaburkan dalam Gabungan Pelaburan ( Investment Bundles ) berikut semasa Tempoh Kempen. 21. Mendepositkan minimum RM50,000 sahaja dalam FD/FRIA-i bagi suatu tempoh 12-bulan DAN melaburkan minimum RM50,000 dalam mana-mana UT/IUT terpilih. Jumlah pelaburan hendaklah diambil dari Dana Sedia Ada dari Kempen 6% Bundle dan nisbah pelaburan bagi FD/FRIA-i dan UT/IUT terpilih mestilah di atas dasar 1:1. Kempen Balance Retention (1 Jan 30 Apr 2019) Muka Surat 4 daripada 8

Jadual A Jumlah pelaburan minimum dalam UT/IUT terpilih Caj jualan yang berkenaan ke atas UT/IUT terpilih Jumlah Penempatan FD /FRIA-i Minimum Kadar Istimewa FD / FRIA-i 12- bulan (setiap tahun) Jumlah Pelaburan (UT/IUT + FD/FRIA-i terpilih) RM50,000 1.80% RM50,000 5.00% setiap tahun RM100,000 22. UT/IUT terpilih adalah terhad kepada dana-dana yang pada asalnya mengenakan caj jualan 3% dan ke atas terhadap jumlah yang dilaburkan (seperti yang ditetapkan dalam memorandum prospektus / maklumat memorandum UT/IUT berkenaan). Senarai UT/IUT terpilih adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa seperti yang ditentukan oleh CIMB di atas budi bicara tunggal dan mutlaknya, dan boleh termasuk semua UT/IUT baru yang dilancarkan semasa Tempoh Kempen. Bagi melayakkan kepada Tawaran 4, Peserta Layak mesti memenuhi syarat-syarat berikut:- a. deposit/pelaburan dalam FD/FRIA-i dan UT/IUT Bundles mesti dilakukan serentak pada hari yang sama; dan b. pelabur UT/IUT terpilih dan pemegang akaun FD/FRIA-i mestilah orang yang sama yang merupakan Pemegang Akaun Utama dengan nama yang sama. 23. Caj jualan terpakai yang kena dibayar oleh Peserta Layak hendaklah ditetapkan pada 1.80% ke atas jumlah yang dilaburkan dalam UT/IUT terpilih. Pada masa pelaburan dalam UT/IUT terpilih, sebarang tawaran dan/atau promosi lain dan/atau caj jualan yang lebih rendah yang diiklankan oleh CIMB tidak lagi terpakai terhadap Peserta Layak. 24. Bagi Tawaran 4, Kadar Istimewa FD/FRIA-i adalah terpakai untuk penempatan FD/FRIA-i bagi satu (1) kitaran sahaja. 25. Faedah/Keuntungan akan dibayar selepas penamatan Tempoh FD/FRIA-i dengan mengkreditkan yang sama ke dalam akaun Peserta Layak atau ditambah ke prinsipal FD/FRIA-i. 26. Sekiranya Peserta Layak ingin mengeluarkan atau mengambil FD/FRIA-i sebelum kematangan FD/FRIA-i, pengeluaran atau pengambilan penuh ke atas baki dalam akaun FD/FRIA-i mesti dilakukan. Pengeluaran atau Pengambilan separa FD/FRIA-i sebelum kematangan adalah tidak dibenarkan. 27. Pembaharuan: Selepas kematangan Tempoh FD/FRIA-i, Kadar Istimewa FD/FRIA-i akan terhenti terpakai dan Peserta Layak dengan ini bersetuju dan membenarkan CIMB secara automatik memperbaharui atau meletakkan semula ( renew or roll over ) jumlah prinsipal FD/FRIA-i pada Tempoh FD/FRIA-i yang sama tertakluk kepada kadar semasa CIMB yang terpakai pada masa pembaharuan atau perletakan semula ( renewal or roll over ) deposit. 28. Pengeluaran Awal dan/atau Separa FD/FRIA-i: Sekiranya Peserta Layak mengeluarkan atau mengambil FD/FRIA-i sebelum penamatan Tempoh FD/FRIA-i, Peserta Layak tidak akan layak untuk memperolehi apa-apa jua faedah/keuntungan. Kempen Balance Retention (1 Jan 30 Apr 2019) Muka Surat 5 daripada 8

29. Kempen tidak terpakai ke atas dana atau wang yang dikeluarkan daripada skim Pelaburan KWSP. 30. Kempen adalah tidak sah bersempena dengan sebarang tawaran dan promosi lain (sekiranya ada) yang ditawarkan oleh CIMB berhubungan dengan pelaburan dalam UT/IUT terpilih. 31. UT/IUT atau apa-apa wang yang dikeluarkan dari deposit yang diinsuranskan bagi tujuan pembelian mana-mana unit dalam UT/IUT tidak diinsuranskan oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Akan tetapi, FD/FRIA-i adalah layak kepada perlindungan yang ditawarkan oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). 32. Pelaburan dalam UT/IUT bukan merupakan tanggungjawab, tidak dijamin atau diinsuranskan oleh CIMB dan tertakluk kepada risiko pelaburan, termasuk kemungkinan kehilangan jumlah prinsipal yang dilaburkan. Peserta Layak dinasihatkan untuk membaca, memahami dan menerima termaterma dan syarat-syarat UT/IUT sebelum melabur yang sama. Peserta Layak juga harus mempertimbangkan semua fi dan caj yang terlibat sebelum melabur UT/IUT. Prestasi terdahulu UT/IUT bukan merupakan petunjuk prestasi masa depan yang sama dan pengagihan pendapatan UT/IUT tidak terjamin. Peserta Layak harus bergantung pada penilaiannya sendiri untuk menilai merit dan risiko sebarang pelaburan. Peserta Layak yang mempunyai keraguan berkenaan dengan tindakan yang akan diambil haruslah berunding dengan penasihat profesional bebasnya dengan serta merta. Peserta Layak dikehendaki mematuhi semua terma-terma dan syarat-syarat berkenaan dengan pelaburannya di UT / IUT. 33. Peserta Layak tidak dilindungi oleh dana pampasan di bawah Seksyen 158 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (CMSA) 2007. Dana pampasan tidak dilanjutkan kepada Peserta Layak yang telah mengalami kerugian kewangan akibat penggelapan, penipuan atau penyalahgunaan wang atau harta lain, oleh pengarah, pegawai, pekerja atau wakil CIMB. Sekiranya Peserta Layak mengalami kerugian kewangan dalam keadaan di atas yang berkaitan dengan tindakan pekerja CIMB, Peserta Layak boleh membuat aduan dengan Unit Resolusi Pelanggan (CRU) CIMB seperti yang dinyatakan dalam Klausa 48 Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini. Peserta Layak yang tidak berpuas hati dengan keputusan CRU CIMB boleh merujuk kes ke Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti (SIDREC) dan/atau Biro Pengaduan Persekutuan Pengurus-Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) dan/atau Ombudsman Perkhidmatan Kewangan dalam 6 bulan menerima keputusan muktamad dari CRU CIMB atau selepas 60 hari kalendar dari tarikh aduan difailkan dengan CRU CIMB di mana tiada jawapan sepadan diterima oleh Peserta Layak. Peserta Layak juga boleh mengarahkan aduan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan Suruhanjaya Sekuriti walaupun Peserta Layak telah memulakan proses penyelesaian pertikaian dengan SIDREC. Terma-Terma dan Syarat-Syarat Am 34. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Layak dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat oleh Terma-Terma dan Syarat-Syarat serta memberi kuasa kepada CIMB untuk memproses dan mendedahkan data peribadi beliau menurut Notis Privasi Kumpulan CIMB yang boleh didapati di www.cimbbank.com.my atau www.cimbislamicbank.com.my dan bersetuju bahawa semua keputusan yang dilakukan secara adil dan munasabah oleh CIMB berkenaan dengan setiap aspek Kempen ini hendaklah muktamad, terikat dan konklusif. Kempen Balance Retention (1 Jan 30 Apr 2019) Muka Surat 6 daripada 8

35. Keputusan CIMB ke atas semua perkara berkenaan dengan Kempen ini, termasuk penentuan Peserta Layak dan hak untuk Kadar Istimewa FD/FRIA-i adalah muktamad, terikat dan konklusif dengan syarat yang sama mestilah kelihatan adil dan munasabah. Surat-menyurat, pertanyaan, protes atau percubaan untuk mempertikaikan perkara yang sama tidak akan dilayan melainkan yang sama adalah disebabkan oleh kecuaian melampau atau keingkaran sengaja CIMB. 36. Semua terma-terma dan syarat-syarat yang mengawal pengendalian akaun FD/FRIA-i dan Akaun Semasa dan Akaun Simpanan/ Akaun Semasa-i dan Akaun Simpanan-i ( CASA/CASA-i ) Peserta Layak hendaklah terus terpakai kecuali dan melainkan jika atau di mana yang sama dengan nyata telah diubah atau dipinda oleh Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini. Sekiranya terdapat sebarang ketidakselarasan antara Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini dan terma-terma dan syarat-syarat yang mengawal pengendalian akaun FD/FRIA-i dan/atau CASA/CASA-i dan/atau UT/IUT, Terma- Terma dan Syarat-Syarat di sini hendaklah diguna pakai bagi tujuan Kempen ini. 37. Akaun Penyertaan dan akaun FD/FRIA-i dan UT/IUT Peserta Layak (i) MESTI tidak memungkiri termaterma dan syarat-syarat yang mentadbir kegunaannya; DAN (ii) MESTI merupakan terkini dan tidak dibatalkan atau ditutup atau tertakluk kepada sebarang penahanan, perintah bertentangan yang dibuat oleh Mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa yang dibenarkan oleh undang-undang, delinkuen, atau tidak sah atau dibatalkan sepertimana yang ditentukan oleh CIMB, jika tidak Peserta Layak akan dilucutkan kelayakan untuk menyertai Kempen ini dan/atau layak kepada Kadar Istimewa FD/FRIA-i. 38. CIMB menyimpan hak atas budi bicara tunggalnya untuk melucutkan kelayakan mana-mana Peserta Layak yang ia tentukan telah bertindak memungkiri atau berpotensi memungkiri Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini. 39. Bagi mengelakkan sebarang keraguan, sebarang perlanjutan, pemendekkan, pemberhentian, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen ini oleh CIMB tidak akan melayakkan manamana Peserta Layak atau mana-mana orang lain kepada apa-apa tuntutan atau pampasan terhadap CIMB bagi sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Peserta Layak atau mana-mana orang lain akibat secara langsung atau tidak langsung daripada tindakan perlanjutan, pemendekan, pemberhentian, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen ini. 40. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Layak dengan ini bersetuju bahawa CIMB tidak akan dalam apa jua cara bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan kepada Peserta Layak sekiranya CIMB tidak dapat melaksanakan secara keseluruhan atau sebahagian daripada mana-mana kewajipannya di sini, akibat secara langsung atau tidak langsung daripada kegagalan sebarang peralatan mekanikal atau elektronik, sistem pemprosesan data, talian penghantaran, kegagalan elektrik, pertikaian industri, peperangan, mogok, rusuhan, sebarang tindakan act of God di luar kawalan munasabah CIMB atau akibat daripada sebarang faktor dalam sifat force majeure di luar kawalan munasabah CIMB. 41. CIMB tidak bertanggungjawab kepada mana-mana Peserta Layak atau mana-mana pihak lain bagi sebarang kerugian atau kerosakan dalam apa jua sifat yang dialami (termasuk tetapi tidak terhad kepada, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, secara langsung atau tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau ganti rugi khas mana-mana pihak) walau bagaimanapun timbul, berkenaan dengan penyertaan atau bukan penyertaan dalam Kempen ini melainkan perkara yang sama timbul daripada dan disebabkan secara langsung oleh kecuaian melampau atau keingkaran sengaja CIMB. Kempen Balance Retention (1 Jan 30 Apr 2019) Muka Surat 7 daripada 8

42. CIMB menyimpan hak dengan memberikan notis terdahulu empat belas (14) hari kalendar untuk meminda (sama ada melalui penambahan, pemadaman, pengubahsuaian, pindaan atau apa-apa jua) ( Pindaan ) mana-mana Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini. Pemberitahuan kepada Peserta Layak berkenaan dengan Pindaan boleh dilaksanakan mengikut budi bicara mutlak CIMB melalui mana-mana satu kaedah komunikasi berikut, iaitu, melalui paparan komunikasi elektronik di laman web CIMB dan cawangan CIMB atau kaunter Pertukaran Mata Wang CIMB di mana peruntukan terperinci berkenaan dengan Pindaan boleh diberikan dalam notis sendiri atau boleh diberikan kepada Peserta Layak atas permintaan atau melalui iklan berkenaan Pindaan dalam satu surat khabar pilihan CIMB atau melalui apa-apa kaedah pemberitahuan lain yang boleh dipilih oleh CIMB dan Pindaan akan dianggap terikat ke atas Peserta Layak atau mana-mana orang jua selepas penamatan tempoh notis yang dinyatakan dalam Klausa ini atau dari tarikh lain seperti yang boleh dinyatakan oleh CIMB dalam pemberitahuan. Peserta Layak mengakui dan bersetuju untuk mengakses laman web CIMB secara berkala untuk menyemak Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kempen dan memastikan bahawa beliau sentiasa mengikuti apa-apa perubahan atau pindaan ke atas Terma- Terma dan Syarat-Syarat. 43. Tiada pampasan dalam tunai atau apa jua jenis akan diberikan kepada Peserta Layak bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Peserta Layak akibat secara langsung atau tidak langsung oleh Pindaan Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini. 44. Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini (seperti yang dipinda dari semasa ke semasa menurut Klausa 42) akan mengatasi mana-mana peruntukan atau representasi yang terdapat dalam mana-mana bahan promosi lain yang mengiklankan Kempen ini. Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini akan dibaca bersama dengan terma-terma dan syarat-syarat semasa FD/FRIA-i dan UT/IUT yang akan digunapakai sebagai tambahan kepada Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini. 45. Terma-terma dan syarat-syarat yang terpakai bagi Kempen ini boleh didapati di www.cimbbank.com.my atau www.cimbislamicbank.com.my. 46. Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini hendaklah tertakluk kepada pemakaian mana-mana undangundang, garis panduan, arahan, notis, peraturan semasa yang digubal dan/atau mana-mana undangundang bertulis lain atau yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana badan lain yang mempunyai kuasa penyeliaan ke atas CIMB berkenaan dengan atau terpakai terhadap Kempen atau apa-apa perkara di sini. 47. Sekiranya terdapat apa-apa ketidaksejajaran, percanggahan, kesamaran atau kepincangan antara versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini, versi Bahasa Inggeris Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini akan mengatasi yang lain. Walau apa pun yang dinyatakan di atas di mana permintaan telah dibuat oleh Peserta Layak dan dicatat dan diakui oleh CIMB dalam rekodnya bahawa versi Bahasa Malaysia Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini telah dipilih oleh Peserta Layak untuk mengawal pengendalian Kempen ini, maka versi Bahasa Malaysia Terma- Terma dan Syarat-Syarat ini akan mengatasi yang lain. 48. Bagi maklum balas dan/atau aduan berkenaan dengan Kempen ini, Peserta Layak boleh menghubungi CRU CIMB yang mempunyai alamat, nombor-nombor telefon dan faksimile yang berikut (atau mempunyai alamat, nombor-nombor telefon dan faksimile lain sepertimana yang boleh ditukarkan oleh CIMB melalui pemberitahuan kepada Peserta Layak): CIMB Bank Berhad / CIMB Islamic Bank Berhad, Unit Resolusi Pelanggan (CRU), P.O. Box 10338, GPO Kuala Lumpur, 50710 Wilayah Persekutuan. Tel: 603-6204 7788 /Faks: 603-2283 5302 /E-mel: cru@cimb.com. Kempen Balance Retention (1 Jan 30 Apr 2019) Muka Surat 8 daripada 8