MAJLIS ROFESOR NEGARA PERBINCANGAN MEJA BULAT: KEBEBASAN BADAN KEHAKIMAN 10 Jun 2015

dokumen-dokumen yang mirip
UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

TAJUK 6 DEMOKRASI BERPARLIMEN

MUZAKARAH ILMIAH HAKIM-HAKIM SYARIE NEGERI PULAU PINANG LANGKAWI, 26 NOVEMBER 1996 PERANAN HAKIM

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

oleh Dato Abdul Hamid bin Hj. Mohamad Hakim, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Tuan Pengerusi, Dato -Dato, Tuan-Tuan yang saya hormati sekalian,

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

ETIKA MESYUARAT AGUNG

PINDAAN AKTA 355: SOALAN-SOALAN LAZIM. Oleh. Tun Abdul Hamid Mohamad

Bertempat di. Aras 5, Imperial Grand Ballroom 1 Imperial Hotel, Jalan Datuk Tawi Sli Kuching

FUNGSI BADAN EKSEKUTIF

TAJUK 6 Demokrasi Berparlimen. Konsep demokrasi berparlimen Pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

KURSUS TEKNIKAL UNDANG-UNDANG KADI DAN PENDAKWA NEGERI PULAU PINANG 7 Oktober 1992 hingga 8 Oktober 1992

i. Kekeliruan Ejaan: Yang Dipertua, Yang di-pertua, Yang Dipertuan, dan Yang di-pertuan ii. Soal Jawab Masalah Tatabahasa iii.

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

TAJUK 10 KEHAKIMAN. Kehakiman dan undang-undang Struktur dan fungsi mahkamah Hakim. Perlantikan Hakim Tribunal Kod Etika Hakim

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION) No. Pendaftaran 676/88 (Wilayah Persekutuan) UMNO

OBJEKTIF. 100% Pelajar dapat menyenaraikan 3 Bidang Kuasa Badan Kehakiman

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

OLEH AZI RAHIMEE BIN MOHAMED

MULTAQA HAKIM-HAKIM RAYUAN SYARIAH SELURUH MALAYSIA. Hotel Holiday Villa, Subang 13 Ogos 2003

Hakim Mahkamah Sesyen Seluruh Malaysia. Timbalan Pendaftar/Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Seluruh Malaysia. Majistret Seluruh Malaysia

Undang-Undang Malaysia

UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA. Akta 15 AKTA HASUTAN Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

PANDUAN UNDANG-UNDANG : HAK UNTUK BERHIMPUN

NO. AWARD : 900 TAHUN 2016

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

20hb Jun 2002 P.U. (A) 246. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

D.R. 44/96 RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN 1996

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

(c) suatu guaranti dalam suatu amaun yang ditetapkan oleh mahkamah dari plaintif berkenaan tuntutan (b) itu.

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

TAJUK 9 PERUNDANGAN. Parlimen Dewan Rakyat Dewan Negara Penggubalan Undang-Undang

2.2 Sekolah bermaksud semua sekolah menengah di Malaysia. 2.3 Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan adalah individu yang dilantik oleh pihak penganjur.

Fasal 2: Pilihan Raya Umum MASAF

PERATURAN UMUM PERTANDINGAN BAHAS PIALA PERDANA MENTERI HKSBP38

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Pergigian 1 D.R. 46/2017 RANG UNDANG-UNDANG PERGIGIAN 2017

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

KUB MALAYSIA BERHAD (Nombor Syarikat:6022-D) (Diperbadankan di Malaysia)

D.R. 2/2008 RANG UNDANG-UNDANG AHLI GEOLOGI 2008

Undang-Undang Malaysia

KESILAPAN BAHASA DALAM SURAT 43 MENYURAT

PN. MASARIAH BINTI MISPARI

KAJISELIDIK SENTIMEN PENGUNDI MENGENAI EKONOMI, KOS SARA HIDUP DAN INFLASI

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

Aduan Kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Tentang Pencabulan Hak Asasi Manusia oleh Polis Dalam Mengendalikan Perhimpunan Aman BERSIH 5

Mahkamah Rendah (Pindaan) 1 D.R. 21/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Mahkamah Rendah 1948.

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Nama dan Permulaan Kuatkuasa

Undang-Undang Malaysia

Majlis Keselamatan Negara 1 D.R. 38/2015 RANG UNDANG-UNDANG MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2015

Sistem dan Struktur Pentadbiran Negara

BAYARAN KEPADA PEGUAM YANG DIBAYAR OLEH YBGK

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA 2006 DI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC) 28 FEBRUARI 2008

EzLearn2U.my. Tingkatan 3 Sejarah Bab 4 : Kerjasama antara kaum ke Arah Kemerdekaan. Soalan Objektif. Pilih jawapan yang paling tepat

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

dikeluarkan oleh Jawatankuasa Induk Pencalonan Universiti Sains Malaysia

PAKATAN MURNI. Maksud Pakatan Murni

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-274/15 DI ANTARA TAN POH THIAM DENGAN DAILY FRESH FOODS SDN. BHD. AWARD NO: 308 TAHUN 2017

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

Pada amnya anda mungkin perlu berjumpa peguam untuk:

Ruj. Kami : 20684/135 (/? ) r it W November 2010

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

Ranhill Holdings Berhad KENYATAAN PRIVASI

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

Liabiliti Majikan Terma & Syarat

UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA. Akta 62 AKTA AUDIT Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

BAB 5: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

ARAHAN AMALAN BIL 2 TAHUN 2013 PROSES MEDIASI BAGI KES.KES KEMALANGAN JALANRAYA DI MAHKAMAH MAJISTRET DAN DI MAHKAMAH SESYEN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1 D.R. 4/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PERANAN JAKSA PENDAMAI. Oleh. Dato Abdul Hamid bin Hj. Mohamad Hakim, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang

AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 [AKTA 711] NOR FADHILAH AHMAD Penasihat Undang-Undang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

BORANG 1 DI MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI.. PETISYEN DARIPADA.. (No. KP: )

PINDAAN AKTA 355: ANTARA HARAPAN DAN REALITI

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

POLISI DALAMAN PEMBERIAN MAKLUMAT INTERNAL WHISTLE BLOWER POLICY

POLIS DAN HAK-HAK ASAS ANDA

Transkripsi:

1 MAJLIS ROFESOR NEGARA PERBINCANGAN MEJA BULAT: KEBEBASAN BADAN KEHAKIMAN 10 Jun 2015 KEBEBASAN BADAN KEHAKIMAN: PENGALAMAN PERIBADI SAYA Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad (Mantan Ketua Hakim Negara) Saya bercakap dari pengalaman, bukan dari persepsi atau dari buku. Saya menghabiskan 21 tahun sebagai seorang pegawai dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan memegang pelbagai jawatan, termasuk Ketua Pendakwaan. Saya menghabiskan 18 tahun dalam Badan Kehakiman, menjadikan sejumlah 39 tahun. Saya bersidang dalam semua mahkamah di negara ini dari Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan kepada Mahkamah Persekutuan. Saya juga mempengerusikan Mahkamah Khas dan bersidang sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah. Sebagai Hakim Mahkamah Rayuan, saya mendengar rayuan yang melibatkan Ketua Menteri Barisan Nasional di sebuah Negeri. Penghakiman majoriti yang saya tulis menyebabkan beliau hilang kelayakan untuk mmegang jawatan itu. Sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan, saya mempengerusikan Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan kes liwat pertama Dato Seri Anwar Ibrahim. Penghakiman majoriti yang saya tulis melepas dan membebaskan beliau yang tidak disenangi oleh parti yang berkuasa dan Kerajaan. Sebagai Ketua Hakim Negara, saya mempengerusikan Mahkamah Khas yang mendengar tuntutan sivil terhadap mantan Yang Di Pertuan Agong dan Raja sebuah Negeri yang sedang bertakhta. Penghakiman sebulat suara Mahkamah yang saya tulis memerintahkan baginda membayar US1,000,000 kepada plaintif. (Anda boleh membaca alasan penghakiman saya di laman web saya). Ketepikan kesopanan, saya fikir saya boleh berkata saya adalah lebih layak untuk bercakap dari pengalaman daripada semua orang yang ada di dalam dewan ini, termasuk Dato Mohamad Ariff Mohd Yusof. Sepanjang 21 tahun saya berada dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, termasuk sebagai Ketua Pendakwaan, tidak ada sesiapa yang pernah mengganggu saya dalam membuat keputusan saya. Apa yang berlaku kepada saya selepas saya menyebabkan Ketua Menteri Barisan Nasional hilang kelayakannya? Dalam keadaan biasa, saya telah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. Apa yang berlaku selepas kes yang melibatkan bekas Yang Dipertuan Agong? Pertama, baginda mematuhi perintah itu dan membayar. Tunjukkan kepada saya sebuah negara di mana perkara seperti ini berlaku. Malah Ratu England pun mengatasi undang-undang. Saya telah menghadiri satu Persidangan Hakim-Hakim Mahkamah Perlembagaan di Manila. Seorang Hakim Mahkamah Perlembagaan dari negara jiran berkata, "Di negara saya Menteri pun mengabaikan perintah

2 mahkamah." Malah, pada persidangan itu, ada seorang Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan di sebuah negara yang tidak mempunyai mahkamah: mahkamahnya telah dihapuskan oleh tentera dalam suatu rampasan kuasa. Rakyat Malaysia perlu belajar untuk menghargai kedudukan dalam negara mereka sendiri. Apakah yang berlaku kepada saya selepas saya melepas dan membebaskan Dato Seri Anwar Ibrahim? Saya akui, parti pemerintah tidak senang dengan saya. Saya adalah Hakim Mahkamah Persekutuan yang paling kanan. Jawatan Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar (Malaya) adalah kosong. Terdapat percubaan untuk memintas saya. Bagi saya iru perkara biasa. Ia berlaku di mana-mana di dunia ini. Katakanlah saya mensabitkan Dato Sri Anwar dan Pakatan Rakyat berkuasa selepas itu, adakah tuan-tuan fikir Kerajaan Pakatan Rakyat akan melantik saya menjadi Ketua Hakim Negara? Tekaan anda adalah sama baik atau seburuk tekaan saya. Biar apa pun, selepas pita video VK Lingam didedahkan, diikuti oleh Suruhanjaya Siasatan, saya telah ditawarkan jawatan Presiden Mahkamah Rayuan dan sebulan kemudian, Ketua Hakim Negara dan tarikh pelantikan saya dikebelakangankan kepada tarikh pelantikan saya sebagai Presiden Mahkamah Rayuan. Apabila saya bersara saya telah dilantik sebagai Pengerusi dan ahli pelbagai Jawatankuasa dan Suruhanjaya yang ditubuhkan oleh Kerajaan. Malah dalam keadaan saya sekarang ini pun, pandangan saya masih diminta, sekali-sekala. Dalam 39 tahun kerjaya saya, tidak pernah sekali pun saya menerima panggilan telefon atau nota daripada, dan tidak seorang pun mendekati saya bagi pihak Pentadbiran, Eksekutif atau ahli-ahli politik untuk mengarahkan, meminta, mencadangankan atau membayangkan bahawa saya patut membuat keputusan dalam sesuatu kes begitu atau begini. Ya, adalah benar bahawa sebelum saya mendengar kes Dato Seri Anwar Ibrahim, ada seorang (bukan ahli politik) pernah berkata kepada saya "Jika kamu melakukannya dengan betul, salah satu jawatan itu boleh menjadi milik kamu." Saya menjawab, "Saya tidak tahu apa keputusan saya kelak. Tetapi saya bersedia untuk bersara sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. Selepas itu, saya berkata Jika ada sesiapa yang cuba untuk mempengaruhi saya, saya akan naik ke mahkamah, saya akan isytiharkan secara terbuka dan menarik diri. Tidak ada sesiapa yang cuba untuk mempengaruhi saya selepas itu. Saya tidak tahu mengenai hakim-hakim lain. Semuanya bergantung kepada kita sendiri. SamaIah seperti rasuah. Saya akan ceritakan satu kisah benar. Semasa saya menjadi seorang Hakim Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang, saya telah membicarakan satu kes sivil yang melibatkan seorang ahli perniagaan Singapura keturunan Cina. Dia datang ke mahkamah dengan rakannya dari Pulau Pinang. Juru bahasa Cina saya terdengar perbualan mereka. Ahli perniagaan Singapura itu bertanya rakannya dari Pulau Pinang, "Adakah kamu fikir Hakim ini boleh disogok?" Rakannya dari Pulau Pinang itu menjawab, "Yang ini, saya tidak fikir boleh." Perhatikan, mereka membuat penilaian sendiri sama ada seseorang Hakim boleh didekati atau tidak. Sekarang, saya merujuk kepada Dato Mohamad Arif. Saya tahu bahawa beliau pernah bertanding pilihan raya sebagai calun PAS dan kalah. Namun demikian, saya

3 mengesyorkan beliau untuk dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman dan ia telah dipersetujui oleh Kerajaan. Adakah tuan-tuan fikir Kerajaan Pakatan Rakyat akan melantik seorang UMNO yang menjadi calun Barisan Nasional dan kalah untuk menjadi seorang Hakim? Tekaan anda adalah sama baik atau seburuk tekaan saya. Dato Arif telah disahkan sebagai Hakim dan kemudian dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Rayuan. Terus terang saya katakan, saya kecewa dengan beberapa penghakiman beliau. Saya hanya boleh berharap bahawa mahkamah yang lebih tinggi akan mengubah (reverse) penghakiman beliau. Itu sistem kita. Sekarang, saya minta beliau memberitahu kita pengalamannya: sama ada manamana ahli politik atau sesiapa sahaja yang berkuasa ke atasnya atau yang mewakili Pentadbiran pernah mengarahkan, mencadangkan atau membayangkan kepada beliau untuk membuat keputusan kes yang memihak kepada Kerajaan atau sama ada beliau pernah menerima apa-apa ancaman, ugutan, amaran atau peringatan daripada mereka atau sama ada sesiapa yang berkuasa pernah cuba untuk campur tangan dalam membuat keputusan beliau. Sampai kepada tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Berapa orang daripada tuantuan dan puan-puan yang mempunyai pengalaman peribadi di mana tuan-tuan dan puan-puan telah kalah kes di mahkamah kerana Hakim itu tidak bebas? Berapa ramai daripada tuan-tuan dan puan-puan yang membaca penghakiman sesuatu kes kontroversi sebelum berkata mahkamah tidak bebas? Saya yakin bahawa kebanyakan orang telah pun membuat pendirian bagaimana keputusan kes itu patut dibuat tidak kira keterangan yang dikemukakan di mahkamah dan undang-undang yang terpakai. Jika keputusan itu memihak kepada mereka, soal kebebasan badan kehakiman tidak timbul. Jika tidak dan jika pihak yang satu lagi adalah kerajaan, alasan yang paling mudah adalah bahawa Mahkamah tidak bebas. Ramai orang semata-mata bergantung kepada apa yang ditulis oleh akhabar online dan penulis blog. Saya akan memberitahu satu pengalaman saya. Apabila saya ditawarkan jawatan Pengerusi suatu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan, saya berkata, mereka perlu menghantar kereta untuk menjemput saya dari rumah saya ke mesyuarat dan menghantar saya balik. Sebuah akhbar online melaporkan, "Beliau meminta sebuah kereta." (Untuk maklumat anda, saya membuat permintaan yang sama kepada UiTM untuk datang ke sini hari ini, bahkan saya juga meminta seorang pegawai untuk membantu saya. Adakah saya meminta sebuah kereta lagi dan juga seorang pembantu?) Tidak ada sesiapa dalam sejarah perundangan Malaysia yang telah mempersoalkan kebebasan badan kehakiman lebih daripada Dato Seri Anwar Ibrahim, itu pun hanya apabila keputusan mahkamah tidak memihak kepadanya. Di hadapan saya, pada hari pertama rayuan beliau didengar, beliau mahu saya menarik diri daripada membicarakan kesnya, mungkin kerana saya datang Permatang Tinggi Bakar Bata yang lebih dekat dengan Permatang Bertam, kampung Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri ketika itu daripada Cherok Tok Kun, kampung beliau. (Peguam-peguamnya cuba memberikan beberapa sebab lain). Apabila saya menolak permohonannya, beliau bangun dan mengkritik saya dan mendakwa bahawa mahkamah tidak bebas. Apabila, pada akhir kes itu, saya membebaskan beliau, beliau bangun dan berkata, "Terima kasih, Yang Arif. Semoga Allah memberkati Yang Arif." Peguam beliau berdiri untuk membuat ucapan memuji saya. Saya mengarah mereka untuk duduk kerana saya tahu bahawa mereka tidak akan

4 membuat ucapan yang sama jika penghakiman saya tidak memihak anak guam mereka. Ketika beliau dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes liwat kedua, beliau tidak berkata mahkamah tidak bebas. Tetapi apabila Mahkamah Persekutuan mensabitkan beliau, badan kehakiman tidak bebas semula. Kesilapan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar kes itu ialah mereka keluar dari mahkamah memberi gambaran bahawa mereka lari. Mereka sepatutnya meminta beliau menunjukkan sebab mengapa beliau tidak patut dihukum kerana menghina mahkamah di hadapan mahkamah. Selalunya, orang-orang yang mengkritik kebebasan badan kehakiman itu sendiri tidak bebas. Bagi mereka mahkamah adalah "bebas" apabila ia memberi keputusan yang memihak kepada mereka tetapi "tidak bebas" apabila ia memberi keputusan yang tidak memihak kepada mereka, terutama sekali jika pihak yang menang itu Kerajaan? Apabila mahkamah melentok ke belakang atau pun menulis semula undang-undang atas alasan membuat tafsiran, mereka memanggilnya "kreativiti kehakiman." Jika mahkamah melakukan hal yang serupa untuk memihak kepada kerajaan (saya percaya ia tidak pernah berlaku di negara ini) saya pasti mereka akan berkata bahawa mahkamah telah melebihi bidang kuasanya! Kebebasan badan kehakiman bukan jalan sehaja. "Jika pengasingan kuasa hendak mempunyai apa-apa makna, ketiga-tiga cabang kerajaan perlulah menghormati bidang kuasa masing-masing. Tidak ada gangguan, tidak ada perampasan kuasa patut berlaku di antara satu sama lain. Itulah apa yang saya katakan dalam kes Karunairajah Rasiah v Punithambigai Ponniah (2004) 2 CLJ 321 (juga boleh didapati di laman web saya), Penghakiman Mahkamah Persekutuan. Pelantikan Hakim-Hakim biasanya adalah prerogatif Perdana Menteri atau Presiden. Di Malaysia, terdapat pula Majlis Raja-Raja yang bukan hanya getah chop dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman. Saya pernah menjadi seorang anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman selama dua penggal selepas persaraan saya. Saya ktakan bahawa tidak ada politik di sana. Benar, Perdana Menteri tidak terikat untuk menagikut syor Suruhanjaya. Tetapi, sepanjang tempoh saya menjadi ali Suruhanjaya itu, setakat yang saya ingat, tidak ada kes di mana Perdana Menteri menolak syor Suruhanjaya. Semasa lawatan saya ke Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat, saya bertanya sama ada Presiden pernah menolak nama yang dicadangkan oleh jawatankuasa yang serupa dengan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman kita. Jawapannya adalah, "Nama-nama itu telah diluluskan oleh Presiden sebelum mereka di bawa ke jawatankuasa itu." (Nampaknya Presiden Amerika Syarikat lebih bijak dalam hal ini.) Jangan fikir bahawa Hakim yang dipilih melalui pilihanraya adalah lebih baik. Dalam lawatan yang sama, sebagai jawapan kepada soalan saya, kami diberitahu bahawa kebanyakan hakim-hakim yang telah disabitkan dengan kesalahan rasuah adalah hakim-hakim yang dipilih melalui pilihanraya. Saya bertanya kepada hakim yang memberi taklimat kepada kami: "Jika tuan diberi tugas untuk menulis semula Perlembagaan Amerika Syarikat, adakah tuan akan mengesyorkan bahawa hakimhakim dipilih melalui pilihanraya?" Jawabnya, "Tidak sekali-kali.

5 Saya akhiri ucapan saya dengan apa yang Tun Mohd Suffian pernah berkata kepada saya dalam 1970an semasa saya menjadi Timbalan Pendaftar. Katanya, "Kamu tahu Hamid, apabila Majlis Peguam berkata kita pro-kerajaan dan Kerajaan kata kita anti-kerajaan, itu bermakna kita bebas." Isu ini bukan baru. i Terima kasih. tunabdulhamid@mail.com http://www.tunabdulhamid.my https://www.tunabdulhamid.me i Terjemahan saya sendri.