INTISARI AKTA PENGAMBILAN TANAH menerangkan secara ringkas konsep-konsep penting yang terdapat didalam Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT); dan

dokumen-dokumen yang mirip
Pengambilan Tanah untuk Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura Soalan-soalan Lazim (FAQ)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA PILIHAN RAYA 1958

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 6/2014. Penubuhan Perbadanan Pengurusan Subsidiari

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PROSEDUR PENGELASAN SEMULA REKOD TERPERINGKAT SEBELUM 1972 BAGI JABATAN YANG MASIH BEROPERASI DI BAWAH JAGAAN DAN KAWALAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

Tribunal Tuntutan Pengguna. Written by Administrator Thursday, 13 August :17 -

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Undang-Undang Malaysia

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD. Aturan-Aturan Pinjaman Khas

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/2014

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

) DI BAWAH JAGAAN DAN KAWALAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

Undang-Undang Malaysia

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

PEKELILING KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL. 2 TAHUN 2002 GARIS PANDUAN PEMERIKSAAN DI LAPANGAN BAGI KERJA-KERJA JURUUKUR TANAH BERLESEN

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

PROSES PERMOHONAN PELAN MELALUI KAEDAH SEGERA OLEH JABATAN BANGUNAN, MAJLIS BANDARAYA IPOH

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

Kanun Tanah Negara. Borang 2B. [Seksyen 15] NOTIS SUPAYA MENGEMUKAKAN DOKUMEN. Kepada... beralamat di...

BAB 8 : PROSES DAN PROSEDUR PERANCANGAN

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

ATURAN PAJAKGADAI (AR-RAHN) KOPERASI KAKITANGAN UiTM BERHAD

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

Hakmilik Strata (Pindaan) 1 D.R. 33/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Hakmilik Strata 1985.

D.R. 4/96. Naskhah Sahih Bahasa Kebangsaan RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Angkatan Tentera 1972.

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

TATACARA PENDAFTARAN KES TANGKAPAN SAMAN & WARAN DI MAHKAMAH SYARIAH

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN

GARISPANDUAN PENDAFTARAN URUSNIAGA DAN BUKAN URUSNIAGA TANAH

PENJALANAN IHAN MALAYSIA BERITAPUBLISHINGSDN.BHD.

Bantuan Guaman (Pindaan) 1 D.R. 25/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bantuan Guaman 1971.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

GARIS PANDUAN OPERASI BIL. 2 TAHUN 2016 LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

PINDAAN AKTA 355: ANTARA HARAPAN DAN REALITI

Secara amnya, terdapat dua jenis perlindungan di bawah pelan takaful motor:

STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP) JABATAN DOKUMENTASI JUALAN

Pengambilan balik pinjaman yang melampaui tempoh

Kelayakan Pinjaman ANGGOTA PENTADBIRAN PERSEKUTUAN. Perdana Menteri RM 1,200, Timbalan Perdana Menteri RM 1,200, Menteri RM 720,000.

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH PERATURAN NO. I PERATURAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PERATURAN-PERATURAN MESYUARAT SENAT) 1998

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2002

Diri Semua Risiko Terma & Syarat

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

GARIS PANDUAN PELUPUSAN DOKUMEN PEPERIKSAAN DAN HASIL KERJA AMALI PELAJAR

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 308

a) Untuk layak menerima Insentif RRP, semua syarat berikut perlu dipenuhi oleh Ejen ("Rujukan Berjaya"):

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Tatacara Pengeluaran Bayaran

D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP7B: GARIS PANDUAN PEMBERIAN IBRA (REBAT) BAGI PEMBIAYAAN ISLAM BERASASKAN JUAL BELI BAHAGIAN A: PENGENALAN

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

Perdagangan Strategik (Pindaan) 1 D.R. 3/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Perdagangan Strategik 2010.

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

SYARAT-SYARAT JUALAN

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

PENDAKWAAN DI MAHKAMAH BAHAGIAN UNDANG-UNDANG KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

JPA (K)(S)263/7/6 Klt.8(39) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2016 PANDUAN PERTUKARAN PELANTIKAN

ii) Harta Tak Alih/Tanah dan harta alih seperti wang tunai, saham,kwsp,asn,asb, dan sebagainya; dan 1. TUJUAN 1.1 Tujuan buku ini diterbitkan ialah:-

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Hidup Ikan (TPI) : Pelupusan Ikan

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

PERTIMBANGAN PERMOHONAN PEMBANGUNAN BERSKALA KECIL RUMAH KEDIAMAN DAN PEMANTAUAN SEMASA PEMBINAAN

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 1/1995

Transkripsi:

INTISARI AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960 TUJUAN: Esei ini disediakan adalah bertujuan untuk:- (a). menerangkan secara ringkas konsep-konsep penting yang terdapat didalam Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT); dan (b) membincangkan peruntukan perlindungan terhadap hartanah dibawah Perlembagaan Persekutuan (PP) dan keperluan undang-undang didalam APT 1960. Malaysia adalah merupakan sebuah negara demokrasi yang menjunjung tinggi hak-hak asasi kemanusiaan. Diantara hak asasi manusia yang didukong tinggi ialah hak untuk bersuara, berparti politik dan memilikki hartanah, sekadar menyebut beberapa contoh. Didalam kontek pemilikan hartanah, Artikel 13 PP menegaskan bahawa tiada seorangpun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang dan tiada sesuatu undang-undang boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta dengan paksa tanpa membayar pampasan yang mencukupi. APT adalah merupakan satu set undang-undang yang digubal khas untuk mengambil balik tanah milik dengan syarat iaitu dipatuhi segala peruntukan yang sedia ada dan pembayaran pampasan yang mencukupi dibuat. Sayogia diingatkan penggunaan APT tidak boleh diamalkan sewenangwenangnya. SMS2007 1

1. LATAR BELAKANG Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT), Akta 34 telah mula berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia semenjak 13.10.1960. Akta ini telah melalui beberapa proses pindaan sejak mula ia berkuatkuasa. Pada tahun 1992, Akta ini telah disemak semula dan ia dikenali sebagai APT 1960, Akta 486. Mengikut Perlembagaan Persekutuan (PP), item 2(d), Senarai Negeri, Jadual Ke 9, tanah adalah di bawah bidang kuasa eksekutif Kerajaan Negeri. Walaubagaimanapun artikel 76 (4) PP membenarkan Parlimen menggubal satu undang-undang tanah dengan tujuan untuk keseragaman dan kesamaan polisi diantara Negeri. Justru APT 1960 telah digubal oleh Parlimen, akan tetapi kuasa-kuasa eksekutif didalamnya masih lagi dipegang oleh pihak Negeri. Tujuan utama APT ini ialah untuk memproses pengambilan balik tanah dan membayar pampasan yang mencukupi. Maka pengwujudannya adalah selaras dengan kehendak artikel 13(2) PP, yang menyatakan tiada undang-undang yang boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau mengguna harta benda dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi. 2. SUMBER KUASA: APT 1960 memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk mengambil tanah milik yang diperlukan:- (a). untuk sesuatu maksud awam; (b). oleh mana-mana orang atau badan bagi apa-apa maksud yang pada pendapat PBN adalah berfaedah untuk pembangunan ekonomi Malaysia atau mana-mana bahagian daripadanya atau kepada orang ramai amnya atau mana-mana kelas orang ramai; atau SMS2007 2

(c). untuk tujuan perlombongan atau kediaman, pertanian,perdagangan, industri atau tujuan rekreasi ataupun kombinasi daripada tujuan-tujuan tersebut. 3. PROSEDUR PENGAMBILAN: Oleh kerana APT itu sendiri adalah merupakan undang-undang prosedural, maka untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas mengenai kandungan APT, adalah bertepatan sekali perbincangan mengenainya dibuat dengan cara melihat bagaimana prosedur pengambilan balik tanah dijalankan. Pada kasarnya dan untuk tujuan penulisan esei ini, proses asas pengambilan dapat dibahagikan kepada tiga keadaan iaitu:- (a) (b) (c) Pra pengambilan Pengambilan Pasca Pengambilan Tiap-tiap keadaan ini adalah saling berkaitan dan perlu difahami dengan sepenuhnya bagi mendapatkan gambaran yang jelas tentang tatacara pengambilan balik tanah dibuat dan perlu dipatuhi sepenuhnya sebelum melangkah ke keadaaan yang seterusnya. 4. PRA PENGAMBILAN Didalam peringkat ini terdapat beberapa aktiviti/gerak kerja yang penting iaitu permohonan, pemeriksaan dan pengwartaan tanah yang hendak diambil balik. Permohonan boleh terus dibuat kepada Pihak Berkuasa Negeri dan Pejabat Tanah dimana tanah yang hendak diambil balik terletak. Didalam keadaan-keadaan tertentu dimana sesuatu tanah itu perlu diperiksa atau disiasat terlebih dahulu sebelum dipastikan kesesuaiannya bagi sesuatu projek dan juga untuk mengelakkan perlakuan tidak jujur oleh pihak SMS2007 3

yang berkepentingan untuk menuntut bayaran pampasan yang berlebihan, maka tindakan pengwartaan dibawah seksyen 4 adalah sesuai sekali. Apabila kelulusan dibawah S. 4 ini telah diperolehi daripada PBN, pemberitahuan dalam Borang A hendaklah disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri. Disamping itu Pentadbir Tanah (PT) hendaklah juga menyiarkan kepada pihak awam mengenai notis dalam Borang A itu dengan cara menampal ditempat tempat tertentu. Jika didapati adalah perlu siasatan tanah yang lebih terperinci dilakukan, Pengarah Tanah dan Galian Negeri (PTG) boleh mengeluarkan surat kebenaran didalam Borang B, membenarkan mana-mana orang atau pegawai untuk memasuki tanah tersebut bagi membuat kajian kesesuaian tanah. Jika sesuatu tanah telah dipastikan untuk diambil bagi sesuatu projek dan pemeriksaannya tidak diperlukan ataupun sudah diwartakan dibawah seksyen 4, maka tindakan seterusnya ialah mengisytiharkan dibawah pengambilan dibawah seksyen 8. Dalam hal ini PT akan menyediakan kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan diiringi dengan Borang C dan D yang mengandungi senarai lot lot tanah, nama pemilik tanah, keluasan yang diambil dan juga pelan pengambilan. Setelah mendapat kelulusan PBN, pengisytiharan dibawah seksyen 8 hendaklah disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri dengan menggunakan Borang D. Sebaik sahaja diisytiharkan dalam warta kerajaan, sebagaimana yang dikehendaki oleh seksyen 9, PT hendaklah menandakan atau menyebabkan ditanda kawasan yang terlibat dengan pengambilan diatas tanah itu melainkan jika ini telah dilakukan dengan memuaskan hati PT. Juga PT dikehendaki membuat nota atau menyebabkan dibuat nota tentang pengambilan di atas dokumen hakmilik yang berkaitan. 5. PENGAMBILAN Selepas itu dibawah seksyen 10, PT akan mengeluarkan Notis Awam dalam Borang E yang menetapkan tarikh siasatan, tempat dan masa bagi mendengar segala tuntutan pampasan keatas tanah yang terlibat. SMS2007 4

PT boleh menunda siasatan-nya atau menangguhkan perbicaraannya dari semasa ke semasa. Sebab-sebab penundaan atau penangguhan itu hendaklah direkodkan. PT diberikuasa untuk mendapatkan laporan bertulis mengenai nilaian tanah dan juga untuk memanggil dan memeriksa saksi-saksi, mentadbir sumpah atau pengakuan dan memaksa supaya dokumen-dokumen (termasuk dokumen hakmilik keluaran dan dokumen-dokumen lain yang membuktikan hakmilik) dikemukakan dan diserahkan kepadanya.(seksyen 13). Setelah selesai membuat siasatan dibawah seksyen 12, PT hendaklah menyediakan award bertulis didalam Borang G bagi tanah yang terlibat dan mmmenyatakan jumlah pampasan yang perlu dibayar bagi setiap orang yang terlibat mengikut kepentingan masing-masing. Setiap award ini hendaklah difailkan dan merupakan bukti muktamad yang mengikat keputusan PT. Setelah membuat award bertulis, PT hendaklah membuat tawaran pampasan dengan cara menyerah atau menyebabkan diserah notis dalam bentuk Borang H kepada tiap-tiap orang yang berkepentingan. Pemilikan tanah secara rasmi dibuat di bawah seksyen 22 dengan cara mengeluarkan notis Borang K dengan menyampaikan-nya kepada penduduk tanah itu, jika ianya tidak dijumpai hendaklah mengeposkan notis tersebut. Salinan notis ini hendak-lah juga disampaikan kepada pemilik tanah, orang-orang yang berkepentingan dan agensi pemohon. Juga salinan dihantar kepada pihak berkuasa pendaftaran untuk diendoskan didalam hakmilik tanah yang terlibat. Apabila Borang K didaftarkan dengan sempurnanya didalam hakmilik maka tanah yang terjadual yang terlibat dengan pengambilan dengan sendirinya menjadi tanah kerajaan. Penarikan balik pengambilan hanya boleh dibuat sebelum Borang K didaftarkan didalam hakmilik. Penarikan balik pengambilan boleh dibuat di bawah seksyen 35 dan hendaklah diisytiharkan didalam Warta Kerajaan. Akibat daripada penarikan ini PT akan menentukan amaun pampasan yang kena dibayar apa-apa kerosakan pada tanah itu (jika ada). SMS2007 5

6. PASCA PENGAMBILAN Sekiranya pengambilan balik tanah melibatkan sebahagian daripada lot tanah, PT hendaklah mengemukakan permohonan ukur kepada Jabatan Ukur supaya baki lot tanah itu diukur semula. Pindaan cukai tanah ke atas baki lot perlu dibuat berdasarkan anggaran keluasan tanah yang tidak diambil dan dibayar pada tahun kalendar yang berikutnya. Selepas baki lot diukur oleh Pejabat Ukur, bagi tanah yang dipegang dibawah hakmilik kekal, Pejabat Ukur akan mengeluarkan hakmilik sambungan yang berkaitan dan diserahkan kepada PT/Pendaftar (mana yang berkenaan) untuk dilengkapkan dan didaftarkan. Bagi baki lot yang dipegang dibawah hakmilik sementara, PT dikehendaki membuat pindaan keatas sempadan lot yang baru pada hakmilik berkaitan. Semasa menjalankan siasatan, adakalanya PT menemui jalan buntu untuk menentukan kesahehan sesuatu hakmilik, suratcara yang dibawa atau pun orang yang layak menerima pampasan. Justru PT dibolehkan membuat rujukan ke Mahkamah dengan menggunakan Borang M sebagaimana dinyatakan dibawah seksyen 36. Perlu diperhatikan bahawa PT hendaklah berusaha untuk mendapatkan perintah mahkamah sebelum tamat tempoh pengwartaan seksyen 8, iaitu dua tahun bagi membolehkannya membuat tawaran pampasan. Dibawah seksyen 37 mana-mana orang yang berkepentingan keatas tanah boleh membuat bantahan terhadap :- (a) ukuran tanah (b) jumlah pampasan (c ) siapa yang layak menerima (d) pembahagian pampasan 7. KESIMPULAN:- Demikian secara ringkas tindakan-tindakan utama yang terkandung didalam proses pengambilan balik tanah. Pada peringkat awal, ketentuan mengenai tanah, keluasan yang terlibat, jumlah pampasan dan mereka yang menerima pampasan telah dipastikan. Prosedur-prosedur yang seterusnya SMS2007 6

selepas itu ialah tindakan-tindakan susulan saperti pindaan cukai, pengeluaran hakmilik sambungan dan pemilikan secara rasmi dibuat. Sesungguhnya pengambilan balik tanah perlu diuruskan secara berhati-hati kerana jika salah urus ia mungkin akan dicabar kesahihannya di Mahkamah. Prinsip asas undang-undang tentang hak individu keatas hartanah perlu didukung, justru itu PT perlulah prihatin dan berwaspada semasa menguruskan pengambilan tanah supaya setiap tindakan yang diambil tidak melampaui Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. tq Instun Mac2007-02-22 Sehari selembar benang SMS2007 7