GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PENDEK (GPJP)KUIM Pihak pengurusan UPPI akan menawarkan geran penyelidikan yang dikenali sebagai Geran Penyelidikan jangka pendek bagi kakitangan akademik KUIM yang berminat dalam bidang penyelidikan. UPPI akan menawarkan GPJP kepada mereka yang layak dengan jumlah syiling sebanyak Lima Ribu Ringgit Sahaja (RM 5000.00) KLUSTER PENYELIDIKAN Mulai tahun 2017, penyelidikan mestilah berdasarkan kepada kluster dan sub-kluster. Pemohon perlu memilih salah satu sub kluster yang disenaraikan. Ini adalah bagi memastikan penyelidikan di KUIM meliputi bidang tertentu dan terarah kepada kepakaran ahli akademik dalam melakukan sesuatu penyelidikan. Kluster penyelidikan merupakan kolaborasi kumpulan penyelidikan merentas disiplin yang terdiri daripada penyelidik-penyelidik dari pelbagai fakulti, pusat dan institusi yang terlibat dalam menjalankan penyelidikan rentas disiplin.penentuan kluster dan sub-kluster bergantung kepada permasalahan utama dalam sesuatu penyelidikan. Geran Penyelidikan Jangka Pendek (GPJP) 2018 Page 1
Kluster dan sub-kluster penyelidikan KUIM adalah seperti berikut: Kluster Pembangunan Sosial & Kesejahteraan Kelestarian Teknologi Pengurusan Insan Fiqh & Kepenggunaan Sub-kluster 1. Pembangunan Komuniti 2. Pendidikan 3. Komunikasi 4. Sejarah 5. Tamadun & Sosiologi 1. Teknologi Inovasi 2. Kesihatan 1. Psikologi 2. Pengurusan Pentadbiran 3. Perundangan 4. Hospitaliti 5. Perniagaan 1. Pengajian Islam Penyelidikan perlulah memfokuskan kepada aspek permasalahan yang berlaku di luar ruang lingkup KUIM. Tujuannya adalah untuk memberi impak kepada masyarakat dan kerajaan negeri khususnya bagi setiap penyelidikan yang dijalankan di KUIM. PERATURAN PERMOHONAN 1. Permohonan untuk GPJP perlu melalui borang yang boleh dimuat turun di laman sesawang UPPI menggunakan borang KUIM/UPPI/B/01. 2. Permohonan untuk GPJP perlu memenuhi kategori & kriteria yang di tetapkan dan terbuka kepada semua kakitangan akademik KUIM sahaja berdasarkan syarat-syarat di bawah. A)Ketua Penyelidik Geran Penyelidikan Jangka Pendek (GPJP) 2018 Page 2
Terdiri daripada pensyarah KUIM yang mempunyai kelulusan sekurangkurangnya Ijazah Sarjana. B) Ahli Terdiri daripada kakitangan akademik KUIM sahaja. Bilangan Ahli tidak melebihi empat (4) orang. Hanya satu (1) orang sahaja penyelidik dari luar yang di benarkan dalam setiap kumpulan. 3. Tempoh masa penyelidikan adalah selama satu (1) tahun sahaja. 4. Permohonan perlu melalui penyelaras penyelidikan fakulti dan dekan sebelum dihantar ke UPPI 5. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak dihantar pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan. GARIS PANDUAN PERBELANJAAN GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PENDEK 1. Perbelanjaan perjalanan dan sara hidup. Perbelanjaan perjalanan merangkumi semua perjalanan dan pengangkutan domestik yang berkaitan dengan penyelidikan. Jumlah kos perbatuan dan elaun sara hidup tertakluk kepada pekeliling yang dikeluarkan oleh bendahari KUIM. 2. Perkhidmatan profesional/upah Upah Pembantu Kerja Lapangan/upah khidmat pakar/upah lain-lain tertakluk mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh Senat Penyelidikan. 3. Perhubungan dan Utiliti (Telefon, Faks, Pos, dll) Perbelanjaan bil telefon, faks, penghantaran melalui pos bagi tujuan penyelidikan. Geran Penyelidikan Jangka Pendek (GPJP) 2018 Page 3
4. Bekalan bahan penyelidikan serta bahan mentah dan bahan-bahan untuk penyelenggaraan dan pembaikan. Hanya perbelanjaan dan bahan-bahan yang berkaitan dengan penyelidikan sahaja seperti alat tulis, kertas A4, toner, membaiki dan menyelenggara peralatan yang sedia ada (bagi yang meminjam aset UPPI) dan lain-lain. Bahan bahan mentah yang diperlukan untuk menjalankan penyelidikan. 5. Sewaan Sewaan bangunan, bilik, dewan seminar, sewaan kenderaan, sewaan barangan dan lain lain yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan. 6. Perbentangan kertas kerja/bengkel Setiap ahli dihadkan satu (1) kali sahaja permohonan bagi menghadiri kursus memantapkan kemahiran melakukan penyelidikan menggunakan bajet geran. Bagi kumpulan yang berminat untuk menimba pengalaman menghadiri konferen pembentangan kertas kerja, UPPI hanya akan meluluskan permohonan pembentangan kerts kerja mengikut pertimbangan dari aspek kewangan dan sumbangan terhadap markah Malaysia Research Assessment Instrument (MyRA). Setiap kumpulan WAJIB menyertai semua aktiviti berkaitan penyelidikan yang dianjurkan oleh UPPI 7. Pembelian Aksesori dan Peralatan Pembelian asset berikut tidak dibenarkan: o Laptop o Desktop o Digital kamera / kamera o Perakam suara o Mesin pencetak (printer) o Scanner o Perakam video o Pointer Geran Penyelidikan Jangka Pendek (GPJP) 2018 Page 4
o Telefon bimbit o Tablet PC o Headphone Keperluan penyelidikan seperti laptop boleh dipinjam dari pihak UPPI Pembelian peralatan seperti external hard disk, pendrive dan alatan-alatan kecil yang lain diluluskan mengikut kesesuaian LAPORAN PERKEMBANGAN DAN AKHIR PENYELIDIKAN 1. Setiap kumpulan perlu menyerahkan laporan perkembangan pada bulan ke enam (6) dan laporan akhir pada bulan ke dua belas (12). 2. Kegagalan menyerahkan laporan perkembangan dan laporan akhir kajian akan menyebabkan UPPI akan mengambil tindakan seperti berikut. I. Nasihat II. Amaran III. Surat tunjuk sebab IV. Dalam keadaan di mana penyelidik masih gagal mengemukakan penyelidikan tersebut: A. Penyelidikan akan di batalkan B. Penyelidikan akan disenaraian hitamkan daripada menerima geran penyelidikan Kolej Universiti selama dua (2) tahun; dan/atau C. Penyelidik dituntut bagi pembayaran balik keseluruhan perbelanjaan yang telah dikeluarkan/digunakan. HASIL PENYELIDIKAN 1. Penerbitan: Semua kumpulan yang dianugerahkan geran GPJP DIWAJIBKAN menerbitkan 1 artikel jurnal KUIM dan satu (1) artikel jurnal sekurang-kurangnya seperti dibawah : - Web Of Science (WOS) - SCOPUS - ERA Geran Penyelidikan Jangka Pendek (GPJP) 2018 Page 5
- Malaysia Citation Index (MyCite) atau - Bab dalam buku 2. Setiap artikel yang ditulis perlu menjelaskan hasil penyelidikan mereka merupakan tajaan daripada GPJP KUIM. PENAFIAN 1. Tertakluk kepada kes (case by case basic), apa-apa penafian terhadap garis panduan ini hanya boleh diputuskan oleh Naib Canselor. 2. Diharapkan Garis Panduan Geran Penyelidikan Jangka Pendek (GPJP) ini dapat dijadikan panduan kepada semua penyelidik dalam menghasilkan kualiti penyelidikan yang terbaik. Geran Penyelidikan Jangka Pendek (GPJP) 2018 Page 6