FUCHS PETROLUBE (MALAYSIA) SDN. BHD., B-02-01, Level 2, Block B, PJ 8, Jalan Barat, Petaling Jaya, Malaysia

dokumen-dokumen yang mirip
UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD (271809K)

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

TERMA DAN SYARAT AKAUN EMAS BIBDS

Terma dan Syarat Peraduan untuk 5X Mata BonusLink pada hari Jumaat & Hujung Minggu

PERJANJIAN PENYELENGGARAAN. Bertarikh. Antara. CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (No Syarikat H) ("Bank") dan. ("Pelanggan")

Mighty Dine UOBM. Terma Penggunaan

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

Terma dan Syarat untuk Program Kad Kredit. Terma dan Syarat

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

VERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan,

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB Personal Financing Pre-Raya Cash Back (1hb Mei 31hb Ogos 2017)

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

Promosi TMgo Double Raya merupakan promosi khas untuk pengguna TMgo menikmati kuota berganda sehingga 12GB dengan setiap tambah nilai RM50.

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

Pengambilan balik pinjaman yang melampaui tempoh

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

TERMA & SYARAT. KEMPEN ASNB HB & DT RHB Bank

TERMA DAN SYARAT Kempen Ganjaran RM150 RHB Smart Account/-i 2018

Terma & Syarat Promosi Deposit Tetap / Deposit Bertempoh (FD/TD) untuk tempoh 6 bulan dengan hadiah

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

REF: ROT-GCP-MALAY-2017

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

2.2. Semua harga yang ditawarkan oleh wakil-wakil Rapid Data Recovery adalah tidak termasuk VAT (pada kadar 17.5% daripada jumlah boleh dibayar.

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Website CPL Campaign (1hb Julai 31hb Ogos 2017)

TERMA & SYARAT PERADUAN

a) Kempen Let s Go E Rezeki Draw ini dibuka kepada semua pelanggan yang berdaftar dengan PruBSN Touch.

Promosi Beli dan Menang Senheng (Peraduan) dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd.

KEMPEN PENEBUSAN BIJIRIN SARAPAN NESTLÉ STAR WARS BB-8

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

Jadual Keempat. (Subperenggan 6(l)(m)(ii)) AKTA INDUSTRI PELANCONGAN PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PELANCONGAN (PERNIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN DAN

Borang Cadangan Insurans Mesin

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

Liabiliti Majikan Terma & Syarat

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN AS EASY AS 1, 2, 3

TERMA & SYARAT. Kempen Amanah Saham Nasional Berhad Harga Berubah (ASNB HB) & Deposit Tetap atau Komoditi Murabahah Deposit-i (DT/KMD-i) RHB

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

TERMA DAN SYARAT KHUSUS BAGI DEPOSIT BERTEMPOH BERASASKAN KOMODITI MURABAHAH (Tarikh Berkuatkuasa: Oktober 2016) [Layak dilindungi oleh PIDM]


2. KESAHAN MATA GANJARAN

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Kebakaran. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kebakaran.

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

1. Promosi akan berlangsung mulai 01/03/2016 jam 00:00 (GMT+8) hingga 30/04/2016 jam 23:59 (GMT+8).

3. Untuk tujuan Kempen ini, hanya Pemegang Akaun utama Pelanggan yang Layak berhak untuk mendapatkan Hadiah

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

Kempen Isi, Leret & Menang. Terma dan Syarat

AKTA PERLINDUNGAN PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

a) Untuk layak menerima Insentif RRP, semua syarat berikut perlu dipenuhi oleh Ejen ("Rujukan Berjaya"):

Terma dan Syarat Kad Kredit MRCA Hong Leong ("Terma dan Syarat")

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

KAD UOB VISA INFINITE COMPLIMENTARY AIRPORT CAR RIDE Terma & Syarat Kad UOB VISA Infinite. Tempoh Kempen. Perbelanjaan yang layak

Terma & Syarat Kempen MyDebit dengan agensi agensi Kerajaan Negeri Sabah

Terms & Conditions NOTIS UNDANG-UNDANG PENTING. Pendahuluan

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kempen MasterCard Guaranteed Overseas Spend CIMB Bank

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN AL AWFAR 3Xtra Drive

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat syarat seperti pada 22 Dec 2016

Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang!

Bank" bermaksud Hong Leong Bank Berhad ( HLBB ) dan/atau Hong Leong Islamic Bank Berhad ( HLISB ).

PERADUAN MAGGI LEBIH MASAK LEBIH GEMPAK RAYA TERMA DAN SYARAT

Perlindungan Keahlian Kad Premier Terma dan Syarat

Terma & Syarat Peti Deposit Keselamatan

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA

TERMA DAN SYARAT YANG MENGAWAL KEMPEN PB GOLDEN FORTUNE

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

KEMPEN RM1,000,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

Overdraf. November 2017

Perjanjian Microsoft Cloud

Istilah dan ungkapan yang digunakan dalam Terma dan Syarat ini mempunyai makna seperti berikut:-

TERMA DAN SYARAT YANG MENGAWAL BIL KREDIT YANG DIBELI

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG MENTADBIR PERADUAN INSURANS TRAVEL CARE - HOKKAIDO

Terma dan Syarat OCBC SME Access

Transkripsi:

FUCHS PETROLUBE (MALAYSIA) SDN. BHD., B-02-01, Level 2, Block B, PJ 8, Jalan Barat, 46200 Petaling Jaya, Malaysia Versi 06/2018 Terma dan Syarat Umum Jualan dan Pembekalan (GTC) Terguna pakai pada urus niaga perniagaan dengan syarikat-syarikat, entiti-entiti undang-undang awam dan aset-aset undang-undang awam berasingan. 1. Umum 1.1 Versi Terma dan Syarat Umum Jualan dan Pembekalan ini (selepas ini dirujuk sebagai GTC ) sah dari 1 April 2018 dan mengatasi semua versi-versi sebelumnya. 1.2 Tiada penyimpangan dari GTC ini akan diterima melainkan diluluskan dengan jelas secara bertulis. Ia juga kekal mengatasi jika kami menjalankan penghantaran kepada pembeli tanpa syarat dengan pengetahuan bahawa syarat-syarat pelanggan adalah berlawanan atau berbeza dari GTC ini. 1.3 GTC ini, termasuk dengan Terma-terma dan Syarat-syarat terkandung dalam ini, membentuk keseluruhan perjanjian antara pihak-pihak berhubung dengan perkara yang dibincangkan dan mengatasi semua perjanjian, pemahaman, dan komunikasi sebelum ini atau yang serentak dengannya berkenaan perkara yang dibincangkan, sama ada secara bertulis atau lisan. Melainkan ditetapkan secara spesifik dalam dokumen ini, GTC ini, termasuk Terma-terma dan Syarat-syaratnya, tidak boleh dipinda melainkan secara bertulis dan ditandatangani oleh kedua-dua pihak 2. Penghantaran Tawaran dan Pesanan 2.1 Tawaran kami tertakluk pada perubahan tanpa notis. 2.2 Pesanan-pesanan pertama dikira sebagai diterima hanya jika ia telah dihantar secara bertulis. Perjanjian seterusnya dikira sebagai sudah dimasuki hanya apabila disahkan secara bertulis. 3. Penarikan, Force Majeure 3.1 Pembeli tidak mempunyai hak untuk menarik diri dari kontrak melainkan kami gagal memenuhi kewajipan kami selepas dia telah menetapkan tempoh masa yang wajar untuk menjalankan perkhidmatan-perkhidmatan di bawah kontrak. 3.2 Kami berhak untuk menarik diri dari kontrak jika pembeli gagal untuk memenuhi kewajipan bayarannya kepada kami atau pihak-pihak ketiga selepas tempoh masa yang wajar tamat. Hak-hak berkanun penjual atau pembekal untuk menamatkan kontrak dengan ini tidak akan terkesan dengannya. 3.3 Sekiranya Force Majeure berlaku dan, secara khususnya, sekiranya langkah-langkah tertentu diambil oleh pihak berkuasa, dengan kekurangan, kelengahan dan sekatan yang tidak boleh dielak, oleh itu memberi kesan terhadap pembekalan bahan-bahan mentah, item tambahan, barang guna habis, kuasa, air dan tenaga lain, sekiranya tiada cara untuk mengangkut atau disebabkan gangguan trafik yang tidak disebabkan oleh kami, sekiranya berlaku pertengkaran buruh, perang, kekacauan awam dan insiden yang sama, kami berhak untuk mengehadkan atau memberhentikan penghantaran untuk tempoh berlakunya kejadian Force Majeure atau membatalkan kontrak.

3.4 Tanpa mengehadkan apa yang disebut di atas, kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kelewatan atau gangguan dalam melaksanakan kewajipan di bawah GTC ini, yang disebabkan oleh sebarang keadaan di luar kawalan kami, termasuk, namun tidak terhad pada, mogok, rusuhan, keganasan, bencana alam, kegagalan kuasa, telekomunikasi atau kegagalan ketersambungan, kerosakan komputer, undang-undang atau peraturan kerajaan yang menyekat dan ketiadaan bahan-bahan dan barangan yang digunakan dalam Produk. 4. Liabiliti 4.1 Sekiranya kami wajib untuk membayar kerosakan; liabiliti kami terhad pada niat salah dan kecuaian melampau. Liabiliti untuk kerosakan yang tidak boleh dijangka, tidak langsung dan lanjutan dikecualikan. 4.2 Had-had liabiliti ini tidak terguna pakai sekiranya pelanggaran kewajipan kontrak yang memastikan pelaksanaan kontrak dengan baik berlaku dan pembeli lakukan dan dibenarkan untuk bergantung padanya dan yang mana sekiranya tidak dipenuhi meletakkan tujuan kontrak dalam risiko. 5. Penghantaran, Penentuan Kuantiti 5.1 Tarikh penghantaran hanya mengikat jika ia disahkan secara bertulis dengan jelas. Kewajipan kami untuk membekalkan pembeli bergantung pada pemenuhan kewajipan yang tepat pada masa dan baik oleh pembeli. 5.2 Biarpun dalam kes angkutan dibayar dan penghantaran CIF, risikonya akan dipindahkan ke pembeli seperti berikut: Jika satu pedagang bebas meminta penghantaran ke satu tempat yang lain dari tempat pelaksanaan, risikonya dipindahkan ke pembeli sebaik saja barangan tersebut sedia untuk dihantar atau telah dikutip. Jika penghantaran dengan kapal dan/atau penghantaran darat lewat untuk sebab-sebab tertentu yang disebabkan oleh pembeli atau jika pembeli melambatkan penerimaan disebabkan alasanalasan lain, risikonya berpindah ke dia. 5.3 Kuantiti barangan akan ditentukan oleh kami. Ianya terikat pada pembeli dan menjadi asas pengiraan harga. 6. Bekas 6.1 Bekas-bekas yang boleh dipulangkan yang disediakan secara percuma sehingga 90 hari kekal menjadi harta benda kami. Ia tidak boleh digunakan untuk tujuan lain dan hendaklah dipulangkan ke gudang kami secara percuma, tanpa kerosakan, kosong dan dengan semua penyumbat dan pili penutup di tempatnya. Kami berhak untuk meminta caj deposit bagi bekas-bekas yang tidak dipulangkan dalam 90 hari. Jika bekas-bekas tidak dipulangkan dalam masa yang diberikan atau hilang, kos penggantian akan dicajkan. 6.2 Bekas-bekas yang dibekalkan oleh pembeli (termasuk tangki) hendaklah dipulangkan ke kemudahan pengisian kami dalam keadaan bersih dan sedia untuk diisi. Jika penghantaran dibuat dalam bekasbekas yang diberikan oleh pembeli, kami tidak wajib untuk memeriksa bekas-bekas tersebut untuk kesesuaian atau kebersihannya. Bekas-bekas tersebut akan digunakan atas risiko pembeli. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk pencemaran barangan disebabkan oleh bekas-bekas yang kotor.

6.3 Tangki-tangki yang dipinjamkan disediakan untuk penghantaran secara bebas sewa dan hendaklah dipulangkan ke stesen pengisian dalam tempoh selewat-lewatnya 48 jam. Selepas itu sewa akan dicaj. Kos-kos memulangkan tangki-tangki kosong akan ditanggung oleh pembeli. Pembeli akan bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan pada bekas-bekas dan tangki biarpun ia disebabkan oleh Force Majeure. 6.4 Sekiranya penghantaran dalam tangki jalan raya, pembeli hendaklah memastikan pemunggahan segera boleh dilakukan. Pembeli bertanggungjawab untuk semua kos dan kerosakan yang disebabkan oleh kelewatan pemunggahan tangki. Jika baki kargo berjumlah lebih dari 10% kuantiti pesanan, satu nota kredit mencerminkan harga jualan akan dikeluarkan. Jika baki tersebut disebabkan oleh pembeli, kos yang timbul dari membekalkan dan membuang baki tersebut akan dicaj kepada pembeli. 7. Pemberian Sampel dan Butiran Kualiti Data analisis dan butiran kualiti lain diberikan penuh kepercayaan, segaris dengan teknologi terkini dan perkembangan kami. Sampel mencerminkan keadaan biasa barangan tersebut melainkan ciri-ciri produk yang spesifik telah dipersetujui untuk satu tempoh masa yang ditetapkan. 8. Rungutan kualiti 8.1 Kecacatan yang jelas, cth. kecacatan hak atau kecacatan material, kuantiti yang tidak tepat atau penghantaran yang salah serta kekurangan kualiti atau ketahanan yang mungkin telah dijamin oleh kami berhubung barangan yang dibekalkan atau perkhidmatan yang diberikan (kecacatan), hendaklah dilaporkan dengan serta-merta tetapi tidak lebih dari 7 hari selepas penerimaan barangan; kecacatan yang tidak boleh dikesan semasa pemeriksaan penerimaan berkala juga hendaklah dilaporkan dengan segera secara bertulis tetapi tidak lebih dari 7 hari selepas pengesanan. Produk tersebut hendaklah masih dalam bekas asal dan masih terletak di titik penghantaran. Pembeli akan mengekalkan sebarang hak untuk mendapatkan bantuan yang dia mungkin ada terhadap syarikat pengangkutan. Jika rungutan dibuat tentang kualiti produk yang dihantar, satu sampel seberat sekurang-kurangnya satu kilogram hendaklah dipulangkan dan semua baki produk termasuk mana-mana barangan dalam penggunaan hendaklah disimpan dalam tempat yang selamat. Penjual hendaklah diberi peluang untuk mengambil semua langkah yang perlu bagi memeriksa item yang dipersoalkan di tapak. 8.2 Sekiranya rungutan mempunyai justifikasi, kami berhak untuk bersama dengan pedagang-pedagang bebas, pada budi bicara kami, untuk menyelesaikan kecacatan tersebut atau membekalkan barangan yang bebas dari kecacatan kepada pembeli (pelaksanaan seterusnya). Jika pelaksanaan seterusnya gagal atau tidak boleh diterima oleh pembeli, pembeli boleh sama ada membatalkan kontrak atau mengurangkan harga pembelian. Tuntutan lanjut akibat dari kecacatan hanya boleh dilakukan oleh pembeli mengikut klausa 4; ia hendaklah dikecualikan untuk semua kes-kes selebihnya. 8.3 Jika pembeli bukan pedagang bebas dan jika penghantaran gantian yang dibuat oleh kami gagal, pembeli berhak untuk mengurangkan harga atau membatalkan kontrak atas budi bicaranya. 8.4 Tempoh masa pengehadan tuntutan bagi kerosakan ialah enam tahun selepas keadaan yang menyebabkan tuntutan tersebut diketahui atau enam tahun dari hari pembeli sepatutnya, tanpa kecuaian melampau, sedar akan keadaan-keadaan ini. 9. Harga

9.1 Melainkan sesuatu harga telah dipersetujui dengan pembeli, bil akan, secara umumnya, dibuat berdasarkan harga yang boleh diguna pakai pada hari semasa pesanan tersebut dilakukan. Kami berhak untuk menyelaraskan harga tersebut jika kos bahan mentah, tenaga dan pengeluaran serta cukai dinaikkan. Pembeli berhak untuk membatalkan atau menamatkan kontrak jika kenaikan tersebut menjadikan harga yang sekurang-kurangnya 5% lebih tinggi dari harga yang sah pada hari pesanan tersebut dilakukan. Semua harga termasuk penghantaran percuma ke alamat pembeli jika barangan dihantar dengan lori dan, sekiranya penghantaran kereta api, ia dihantar secara percuma ke stesen penerima. Semua harga tidak termasuk Cukai Jualan masing-masing. 9.2 Tertakluk pada bahagian 3 dan melainkan dipersetujui secara bertulis, harga yang disahkan adalah sah untuk selama 30 hari. 9.3 Kami berhak untuk menukar harga, biarpun dalam kes persetujuan harga terakhir atau sudah ditetapkan, pada bila-bila masa tanpa notis, jika dan sebaik saja cukai fiskal (seperti cukai minyak mineral, levi minyak buangan, dsb.), kos pengangkutan yang diikat di bawah persetujuan kolektif, harga bahan-bahan mentah dan kos-kos lain berubah dengan ketara. Selepas tempoh yang telah disahkan tamat, persetujuan harga baru akan dimasuki. Sehinggan ia telah dimasuki, harga-harga yang dinyatakan di atas akan terus kekal sah. Jika kenaikan tersebut lebih dari 5% harga yang telah dipersetujui, pelanggan berhak untuk menarik diri dari kontrak (hak untuk menamatkan atau membatalkan kontrak). 9.4 Kami berhak untuk memberi invois surcaj tambah Cukai Jualan untuk kuantiti-kuantiti kecil, dan dalam kes kuantiti yang sangat kecil kami hanya menghantar berdasarkan pembayaran waktu terima. 10. Bayaran 10.1 Terma bayaran tertakluk pada keputusan pengurusan FUCHS PETROLUBE (MALAYSIA) SDN. BHD. 10.2 Jika bayaran tidak diterima sebelum tarikh tamat, kami akan berhak: (1) untuk mengecaj bunga pada jumlah tertunggak pada kadar 18% (lapan belas peratus) setahun dan (2) memerlukan Pembeli untuk membuat bayaran pendahuluan untuk mana-mana penghantaran yang masih belum dilakukan. 10.3 Pengimbangan serta penggunaan lien atau hak pemegangan terhadap kami hanya dibenarkan dalam kes tuntutan yang telah diiktiraf oleh kami atau yang telah ditetapkan secara ikatan undangundang oleh mahkamah dengan syarat ianya hasil dari hubungan kontrak yang sama. 10.4 Hanya kakitangan syarikat kami yang dibenarkan untuk mengutip bayaran berhak untuk mengutip jumlah yang diinvoiskan. 10.5 Tempat pelaksanaan bagi bayaran ialah di Petaling Jaya, Malaysia. 11. Pemegangan Hak 11.1 Sehingga bayaran penuh dibuat, kami memegang hak untuk semua barangan yang dibekalkan semasa hubungan perniagaan. Oleh itu, semasa tempoh tersebut, pembeli tidak berhak untuk menggunakan barangan tersebut bagi tujuan selain dari untuk menjalankan perniagaan biasanya, dan juga tidak berhak menjanjikannya kepada pihak ketiga atau memindahkannya sebagai cagaran. Pembeli menetapkan tuntutannya terhadap bayaran harga pembelian barangan jualan yang mana kami pegang haknya, kepada kami sebagai cagaran bagi tuntutan harga pembelian kami.

11.2 Pembeli mempunyai hak untuk mengutip mana-mana tuntutan yang ditetapkan selagi mana dia memenuhi kewajipan bayaran kontraknya kepada kami. Jika pembeli gagal untuk memenuhi kewajipankewajipan ini, kami mempunyai hak ke atas jumlah yang dikutip, yang mana perlu diasingkan dari yang selebihnya. 11.3 Jika pembeli meneruskan untuk bekerja dengan atau memproseskan barangan yang tertakluk pada pemegangan hak, dia hendaklah berbuat demikian bagi pihak kami tanpa tindakan-tindakan tersebut menyebabkan sebarang kewajipan ke atas kami. Sekiranya dia memproses, menggabung, mencampur atau mengadunkan barangan tersebut dengan barangan lain yang tidak dibekalkan oleh kami, kami memperoleh pemilikan bersama barangan yang baru dicipta tersebut yang mana kadarnya akan berdasarkan perbezaan antara nilai invois barangan yang dibekalkan dan nilai barangan yang telah diproseskan tersebut sewaktu ia diproses, digabung, dicampur atau diadunkan. Jika pembeli, menurut kuasa undang-undang, memperoleh pemilikan tunggal item tersebut, dia menyerahkan kepada kami hak pemilikan bersama item baru tersebut dengan segera pada kadar yang dinyatakan sebelum ini dan berjanji untuk menyimpan item tersebut untuk kami secara percuma. Bahagian 1 dan 2 akan terguna pakai dengan sewajarnya. 11.4 Jika nilai tuntutan dan cagaran yang ditetapkan kepada kami melebihi nilai tuntutan kami lebih dari 20%, kami berjanji untuk melepaskan cagaran masing-masing atas budi bicara kami jika pembeli memintanya. 12. Eksport Disebabkan peruntukan-peruntukan embargo berkanun (cth. di Jerman, EU atau US) kami memaklumkan anda secara eksplisit bahawa produk-produk yang dibekalkan oleh kami tertakluk pada sekatan-sekatan eksport yang spesifik. Pelanggaran sekatan-sekatan eksport boleh mempunyai akibat di bawah undang-undang jenayah. Jika pembeli berhasrat untuk menggunakan barangan tersebut untuk tujuan eksport, dia wajib untuk memberitahu negara penerimanya sebelum menghantar barangan tersebut. 13. Bidang Kuasa, Tempat Pelaksanaan dan Tempat yang Sah 13.1 Undang-undang Malaysia akan terguna pakai. Tambahan lagi, versi akhir Incoterms yang sah akan terguna pakai bagi urus niaga kami dengan negara-negara lain melainkan ianya berbeza dari GTC ini dan mana-mana perjanjian berasingan yang lain. 13.2 Jika mana-mana peruntukan dari syarat-syarat ini dan mana-mana perjanjian lanjut yang dimasuki akan menjadi atau menjadi tidak berkesan, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, dengan ini kesahan peruntukan-peruntukan lain tidak akan terkesan darinya. 13.3 Tempat pelaksanaan berhubung penghantaran adalah sentiasa menjadi lokasi dari mana penghantaran berlaku. 14. Peruntukan-peruntukan umum

14.1. Jika mana-mana peruntukan dari syarat-syarat ini dan mana-mana perjanjian lanjut yang dimasuki akan menjadi atau menjadi tidak berkesan, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, dengan ini kesahan peruntukan-peruntukan lain tidak akan terkesan darinya. 14.2. Syarat-syarat Pembelian Umum ini boleh didapati dalam Bahasa Malaysia dan dalam bahasa Inggeris. Sekira terdapat perbezaan, versi bahasa Inggeris Syarat-syarat Pembelian Umum akan mengatasi. 14.3. Berkenaan hubungan kontrak, undang-undang Malaysia akan terguna pakai secara eksklusif kecuali peruntukan-peruntukan Percanggahan Undang-undang dan Konvensyen Kontrak Negara-negara Bersatu bagi Jualan Barangan Antarabangsa (CISG). 15. Perlindungan Data Peribadi 15.1 Pembeli mengakui dan memahami bahawa data peribadi para pemegang saham, pengarah, kakitangan, kontraktor dan/atau ejen ( Orang Berkaitan ) boleh dikumpul dan diproses oleh kami untuk tujuan berkaitan dengan pelaksanaan perjanjian ini dan tujuan perniagaan lain yang sah ( Tujuan ). Sekiranya data peribadi didedahkan kepada kami, pihak pembekal menunjukkan dan menjamin bahawa kebenaran-kebenaran yang sesuai telah diperolehi dari Orang-orang Berkaitan atau ia berhak untuk memberikan data peribadi kepada kami dan membenarkan kami memproses data peribadi tersebut untuk Tujuan tersebut. 15.2 Terma data peribadi dan proses akan mempunyai maksud yang telah ditetapkan dalam Bahagian 4 Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 ( PDPA ).