GERAN PENYELIDIKAN PEMADANAN USM-INDUSTRI USM-INDUSTRY COLLABORATIVE RESEARCH MATCHING GRANT GARIS PANDUAN

dokumen-dokumen yang mirip
GARIS PANDUAN GERAN SEPADAN (MATCHING GRANT) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN TIER 1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG ( LRGS ) (pindaan tahun 2013)

GARIS PANDUAN KNOWLEDGE TRANSFER GRANT SCHEME JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (KTGS JINM)

GARIS PANDUAN DANA PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN (RAGS)

GARIS PANDUAN DANA PADANAN KOLABORASI

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN NANOTEKNOLOGI (GPNT)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL IPTA ( FRGS ) (pindaan tahun 2007)

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

PERMOHONAN SKIM GERAN - INDUSTRI -

GARIS PANDUAN DANA PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN (RAGS)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PENDEK SHORT TERM GRANT (STG) PINDAAN TAHUN 2014

GARIS PANDUAN GERAN GALAKAN PENYELIDIKAN INDUSTRI/KOMUNITI. No. Isu No. Semakan Tarikh Kuatkuasa

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP09

GARIS PANDUAN KNOWLEDGE TRANSFER GRANT SCHEME JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (KTGS JINM)

GARIS PANDUAN DANA PENYELIDIKAN STRATEGIK (KRA)

GARIS PANDUAN KNOWLEDGE TRANSFER GRANT SCHEME JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (KTGS JINM)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN SUKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

GARIS PANDUAN GERAN INSENTIF PENYELIAAN (GIP) (PINDAAN TAHUN 2017)

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) TOP DOWN PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

PERMOHONAN SKIM GERAN PROGRAM PEMINDAHAN ILMU

GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN LESTARI (PINDAAN TAHUN 2016)

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP08

GARIS PANDUAN DANA LONJAKAN PENERBITAN (DLP) PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN BESTARI PERDANA (PINDAAN TAHUN 2017)

PERMOHONAN SKIM GERAN PROGRAM PEMINDAHAN ILMU (Knowledge Transfer Programme) - KTP - KOMUNITI - JABATAN PENGAJIAN TINGGI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG ( LRGS )

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN NIC KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (NRGS-KPM) (NICHE RESEARCH GRANT SCHEME)

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP)

GARIS PANDUAN TADBIR URUS UNTUK GERAN PENYELIDIKAN, KHIDMAT PERUNDINGAN DAN PENYELIDIKAN KONTRAK (CONTRACT RESEARCH)

GARIS PANDUAN GERAN GALAKAN PENYELIDIK MUDA (GGPM) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP06

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN UMS Pusat Penyelidikan dan Inovasi

GARIS PANDUAN GERAN BESTARI

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS)

GARIS PANDUAN GERAN BANTUAN PENYELIDIKAN PASCASISWAZAH (UMSGreat)

Garis Panduan GERAN DANA UCS (DUCS) (PINDAAN 2017) Bahagian Penyelidikan & Inovasi UCS Kampus Puncak Alam (03) /4179

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN MTUN COE

GARIS PANDUAN SKIM GERAN INOVASI (SGI) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (Pindaan Tahun 2015)

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

GARIS PANDUAN PROJEK ARUS PERDANA (AP) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP05

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS)

GARIS PANDUAN SKIM GERAN INOVASI MAHASISWA

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

GARIS PANDUAN GERAN GALAKAN PENYELIDIK MUDA (GGPM) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP06

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

GARIS PANDUAN GERAN GALAKAN PENYELIDIK MUDA (GGPM) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP06

GARIS PANDUAN CUTI PENYELIDIKAN. Tarikh KuatKuasa: 10/03/2008 Tarikh Kemaskini: Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia. Nombor Telefon:

GARIS PANDUAN PROJEK ARUS PERDANA (AP) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP05

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN UMS - TOP DOWN (PUSAT KAJIAN/ /UNIT KAJIAN/UNIT PENYELIDIKAN)

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG GARIS PANDUAN MENJALANKAN KERJA PERUNDINGAN DAN KHIDMAT TEKNIKAL

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

1.0 LATAR BELAKANG AKAUN AMANAH DANA KECEMERLANGAN AKADEMIK UiTM

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

PANDUAN PERMOHONAN PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN DI LUAR NEGARA BAGI SEMINAR PERINGKAT ANTARABANGSA

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

GARIS PANDUAN. ACADEMIA-BUSINESS COLLABORATION (MyLAB) 1/2017

SULIT PROSEDUR KERJA UNTUK MEMOHON GERAN PRA- PENGKOMERSIALAN & UMP COMMERCIALIZATION SEEDFUND

Garis Panduan Permohonan Latihan Luar Kampus

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PROGRAM. ACADEMIA-BUSINESS COLLABORATION (MyLAB) 1/2016 (PINDAAN MAC 2015)

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN INSENTIF PhD Pusat Penyelidikan dan Inovasi/Jabatan Pendaftar

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Nama calon * :.. UKM (PER) * :.. Jawatan * :... No. Telefon Bimbit dan No. Tel Pejabat * :... TANDAKAN SEMAKAN ADA ( ) DAN TIADA (X) (diisi oleh BSM)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PROGRAM DAN DANA MOBILITI PELAJAR (KE LUAR NEGARA)

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

BAB 2 BAJET Di peringkat Universiti, pengurusan bajet meliputi proses penyediaan bajet, pengagihan peruntukan dan kawalan perbelanjaan.

Garis Panduan ini menerangkan proses pengurusan pelantikan Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik di UPM.

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Keterlibatan Industri

GARIS PANDUAN PENGURUSAN DANA ENDOWMEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 20 ( 12 ) Tarikh: 22 Mei 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2014

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS) (PINDAAN TAHUN 2015)

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan penilaian permohonan geran penyelidikan yang diuruskan oleh Pejabat TNCPI.

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

BIL SENARAI SEMAK ZON/ SEKSYEN. 4. Tandatangan dan Cop Ketua PTJ yang berkaitan di ruang Melalui ke atas borang permohonan

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

Garis Panduan Permohonan Latihan Luar Kampus

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Keterlibatan Industri

PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN / KERJA PMM-PK-PS-04

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TERMA RUJUKAN PERMOHONAN TABUNG LATIHAN UNIVERSITI

Skop penyelidikan adalah merangkumi penyelidikan fundamental dan gunaan dalam bidang mengikut kluster berikut:


Garis panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan permohonan hak harta intelek hasil penyelidikan UPM di dalam dan luar negara.

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

JABATAN PENDIDIKAN TINGGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS) (PINDAAN TAHUN 2018)

GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT KECEMERLANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

DASAR PASCA DOKTORAL UKM-SPKP-CRIM-PK04-GP05

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL / CUTI SANGKUTAN INDUSTRI SECARA INBOUND

Garis panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan permohonan hak harta intelek hasil penyelidikan UPM di dalam dan luar negara.

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

21030 Kuala Terengganu Terengganu, Malaysia

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

Transkripsi:

V-25 Okt 2018 GERAN PENYELIDIKAN PEMADANAN USM-INDUSTRI USM-INDUSTRY COLLABORATIVE RESEARCH MATCHING GRANT GARIS PANDUAN URUSETIA PROGRAM BAHAGIAN JARINGAN INDUSTRI & MASYARAKAT (BJIM) Aras Bawah, Bangunan Canselori II 11800 USM, Pulau Pinang Tel : 604 653 6417/6421 Faks : 604 653 6406 Web : www.usm.my/icn/

1. PENGENALAN Dalam menghadapi cabaran mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, transformasi pendidikan tidak boleh lagi dielakkan. Universiti masa kini tidak lagi relavan dalam menghasilkan mahasiswa yang memenuhi permintaan pasaran dan penyelidikan yang berimpak tinggi secara bersendirian tanpa penglibatan pihak industri dalam persekitaran dunia global yang penuh persaingan dan perubahan. Justeru, selaras dengan hasrat Universiti Sains Malaysia yang telah dinobatkan dengan status Universiti Penyelidikan, Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat (BJIM) mengambil inisiatif dalam memadankan ilmu/ kepakaran, kemudahan dan sumber yang terdapat di dalam universiti dengan keperluan, aspirasi serta harapan pihak industri serta merapatkan hubungan antara keduadua belah pihak ke arah kolaborasi yang lebih bermanfaat dan lestari sama ada di peringkat negeri, negara, serantau mahupun antarabangsa. Salah satu inisiatif yang telah diperkenalkan adalah Geran Penyelidikan Pemadanan Kolaborasi USM-Industri untuk mewujudkan platform bagi penyelidikan melalui pertukaran idea kreatif dan inovatif, hasil penyelidikan, pengalaman dan kemahiran. 2. SYARAT PERMOHONAN Syarat umum dan kriteria Geran Penyelidikan Pemadanan USM-Industri yang telah diperakukan oleh Universiti adalah seperti berikut: a) Terbuka kepada semua staf akademik Universiti Sains Malaysia (USM); dan b) Bagi bukan warganegara, dimestikan mempunyai ahli bersama warganegara Malaysia; dan c) Staf akademik (Ketua Projek) USM yang bertaraf kontrak, dimestikan mempunyai ahli projek bersama bertaraf tetap dari USM; atau d) Staf akademik USM yang bercuti belajar/cuti Sabatikal atau akan cuti belajar/cuti Sabatikal dalam tempoh projek berjalan tidak dibenarkan menjadi ketua projek atau ahli projek; dan e) Cadangan projek yang dilaksanakan mestilah mempunyai unsur jaringan/kolaborasi dalam bentuk pertukaran idea kreatif dan inovatif, hasil penyelidikan, pengalaman dan kemahiran dalam universiti; dan f) Mempunyai rakan industri yang merupakan penerima manfaat daripada kerjasama university-industri.

Syarat khusus dan kriteria Geran Penyelidikan Pemadanan USM-Industri yang telah diperakukan oleh Universiti adalah seperti berikut: a) Berunsurkan penyelidikan yang menunjukkan outcome dan impak positif kepada industri; dan b) Mempunyai elemen penyelidikan trans-disciplinary, dan digalakkan untuk mempunyai ciri demand driven dan market driven kepada isu kelestarian,capacity building dan mempunyai ciri-ciri yang boleh direplika; dan c) Kos kepada program ini akan ditanggung oleh Geran Penyelidikan Pemadanan USM- Industri dan rakan industri dalam nisbah 50% (geran): 50% (industri). d) one off projek tidak akan dipertimbangkan; dan e) Tempoh pelaksanaan projek mestilah tidak melebihi tempoh maksimum 12 bulan; serta f) Jumlah peruntukan yang dipohon hendaklah tidak melebihi siling yang telah ditetapkan iaitu RM 50,000.00. 3. PERATURAN PERMOHONAN GERAN LIBATSAMA UNIVERSITI-INDUSTRI a) Permohonan untuk Geran Penyelidikan Pemadanan USM-Industri perlu menggunakan borang yang terkini dari Bahagian Jaringan Masyarakat (BJIM). b) Permohonan untuk Geran Penyelidikan Pemadanan USM-Industri dibuka kepada projek yang menepati syarat permohonan yang telah diperakukan oleh universiti. c) Permohonan perlu disertakan dengan surat dari rakan industry untuk persetujuan kolaborasi. d) Permohonan tidak akan dipertimbangkan sekiranya projek kolaborasi telah mendapat geran lain dari USM. e) Tarikh penting hebahan pembukaan geran dan hantar permohonan Geran Penyelidikan Pemadanan USM-Industri akan dibuat oleh pihak BJIM melalui pentadbir emel USM. f) Semua permohonan hendaklah disemak, dinilai dan diperaku oleh Dekan/Pengarah/Ketua Jabatan yang bertanggungjawab dan hanya permohonan yang disokong sahaja akan diterima. 4. PERATURAN KEWANGAN a) Perbelanjaan yang terlibat/berkaitan dengan projek sahaja dibenarkan. Setiap ahli projek perlu mematuhi prosedur semasa perolehan Universiti bagi setiap perbelanjaan.

b) Ketua Projek diwajibkan memantau dan membuat perbelanjaan berdasarkan peruntukan yang telah diluluskan mengikut vot sahaja. Sebarang perbelanjaan melebihi peruntukan yang telah diluluskan harus ditanggung oleh Ketua Projek. Peruntukan yang tidak habis digunakan dalam tempoh yang ditetapkan akan LUPUT. c) Setiap kelulusan dan pembelian aset/inventori perlu dikemukakan semasa pemantauan Geran Penyelidikan Pemadanan USM-Industri. Setiap pembelian aset/inventori perlu melalui PTJ (setiap aset/inventori di PTJ adalah di bawah tanggungjawab Pegawai Aset PTJ) untuk tujuan penerimaan, pendaftaran, pemantauan dan rekod PTJ. d) Perbelanjaan geran adalah secara kawalan vot. Jika terdapat keperluan untuk pindaan vot, permohonan akan dipertimbangkan/dibenarkan setahun sekali sahaja. Perbelanjaan yang dibenarkan seperti berikut; VOT DEFINISI CATATAN Pelajar PhD (maksima RM2500) Pelajar MSc (maksima RM1800) Vot 11000 (Upah/Gaji dan Elaun GRA) Vot 21000 (Perjalanan & Pengangkutan) Vot 23000 (Perhubungan dan Utiliti) Vot 24000 (Sewaan) Vot 27000 (Bekalan & Bahan Penyelidikan) Upah/ Gaji bagi Pegawai Penyelidik/ Pembantu Penyelidik dan elaun bagi Pembantu Penyelidik Siswazah sahaja Perjalanan bagi tujuan kerja lapangan/bengkel atau forum tempatan sahaja Perbelanjaan bagi penggunaan telefon, faks, pos dan lain lagi yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan. Bagi peralatan, pengangkutan, bangunan dan barangan yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan. Bahan mentah dan bahan berkaitan projek sahaja. Maksima 2 orang Pegawai Penyelidik atau yang sama nilai emolumennya sahaja boleh dilantik bagi tempoh aktif projek. Emolumen pekerja dari industri dibayar oleh pihak industri dan diambilkira sebagai sumbangan dalam bentuk in-kind 1. Tidak melebihi 10% daripada jumlah keseluruhan peruntukan projek. 2. Justifikasi khas/ kukuh perlu diberikan jika permohonan melebihi 10% daripada jumlah peruntukan projek. Menyatakan secara terperinci Sekiranya, bahan mentah dan bahan berkaitan projek adalah untuk keperluan industri - -

berkenaan, industri perlulah menyediakan. Vot 28000 (Penyelenggaraan dan Ubah Suai) Vot 29000 (Perkhidmatan Ikhtisas) Vot 35000 (Peralatan dan Aksesori) Vot 52000 (Bayaran-bayaran lain) 1. Perbelanjaan baik pulih & pengubahsuaian kecil bangunan, makmal, peralatan berkaitan projek 2. Penyelenggaraan peralatan sedia ada juga dibenarkan. Perkhidmatan seperti percetakan, honorarium, konsultansi, khidmat kepakaran, suntingan bahasa dll. Perkhidmatan khas seperti kos dan bengkel, bayaran penerbitan dll. Pembelian alatan dan eksesori untuk Pelaksanaan projek sahaja Perbelanjaan lain seperti caj bank, pembaharuan lesen perisian dan cukai. 1. Pembayaran honorarium kepada Ketua Projek atau Ahli Projek tidak dibenarkan. 2. Yuran persidangan tidak dibenarkan 1. Tidak melebihi 40% dari jumlah keseluruhan peruntukan projek. 2. Perlu kemukakan senarai justifikasi dan sebutharga bagi setiap alatan. 3. Pihak Universiti boleh mengagihkan semula peralatan yang diluluskan di bawah geran RUI seandainya terdapat penyelidik lain yang memerlukan peralatan tersebut selepas projek tamat. 4. Wang geran USM tidak boleh digunakan untuk membeli alatan untuk pihak industri. 5. Peralatan yang dibeli tidak boleh ditempatkan di industri. - 5. KEBERHASILAN PROJEK

a) Outcome dan Impak Projek Bertanggungjawab memastikan keberhasilan projek berdasarkan kepada sasaran yang ditetapkan: i. Hasil kepada syarikat atau industri (contoh : produk/proses/teknologi baru, pertambahan jualan syarikat atau keuntungan). ii. Melaksanakan projek-projek dengan industri secara berterusan dan mempunyai hasil yang boleh diukur. iii. Peningkatan kapasiti industri penerima atau kumpulan sasaran (Pembangunan modal insan) iv. Kerjasama strategik v. Pulangan kepada universiti sebagai contoh pengiktirafan kepada ahli akademik vi. Pembangunan modal insan kepada industri/kumpulan sasaran/pelajar vii. Jenis ilmu yang telah dipindahkan dan penambahbaikan atau ilmu yang diterima (relearn, co-learn, co-create) viii. Hasil tangible atau intangible yang berkaitan dengan projek yang dilaksanakan. b) Memorandum Perjanjian (MoA) Bertanggungjawab untuk mengadakan Perjanjian Kolaborasi antara Universiti dan Industri dengan mementerai Memorandum Perjanjian (MoA) antara USM dengan rakan industri terlibat bagi menjalankan Penyelidikan Translasional. Dokumen perjanjian MoA ini perlu dimenterai dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh surat kelulusan dikeluarkan. Sekiranya MoA telah dimenterai sebelum projek dimulakan, Ketua Projek perlulah memaklumkan kepada urusetia. b) Penerbitan i. Setiap projek perlu menerbitkan sekurang-kurangnya tiga (2) penerbitan iaitu: Penerbitan dalam Science Citation Index ISI Journals oleh USM atau dalam dalam Indexed-Journals Such as WoS or Scopus. Menghasilkan penerbitan menerusi International e-journal of Community and Industry Engagement (IeJCIE) dengan merujuk kepada Garis Panduan Penerbitan e-jurnal BJIM. ii. Merakamkan penghargaan kepada Universiti Sains Malaysia. Sila pastikan nombor akaun/rujukan geran dicatatkan pada acknowledgement penerbitan yang dihasilkan. Nama Universiti juga perlu ditulis/ditaip dengan penuh/lengkap iaitu Universiti Sains Malaysia. c) Harta Intelek i. Harta Intelek hasil projek menjadi hak milik bersama Kerajaan Malaysia, industri dan IPTA tertakluk kepada persetujuan bersama menerusi: Pengurusan Harta Intelek adalah menjadi tanggungjawab IPTA. Hasil pengkomersilan dari projek program yang dibiayai oleh Geran Penyelidikan Pemadanan USM-Industri dan sumber lain hendaklah dikongsi bersama mengikut pecahan pembiayaan geran dan sumbangan dalam bentuk lain bagi projek tersebut. ii. Untuk IPTA, hasil pengkomersilan perlulah diagihkan mengikut Polisi Pengkomersilan sedia ada.

6. PENILAIAN GERAN a) Permohonan Geran Penyelidikan Pemadanan USM-Industri akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian yang telah ditetapkan. Jawatankuasa ini dianggotai oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa yang diiktiraf sebagai individu yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam Penyelidikan Translasional. b) Penilaian oleh Jawatankuasa Penilaian adalah berdasarkan kepada syarat, peraturan dan kriteria bagi Geran Penyelidikan Pemadanan USM-Industri yang tersebut di atas. c) Penilaian adalah secara saringan awal dan bagi permohonan yang terpilih akan dipanggil ke sesi penilaian akhir yang akan dimaklumkan kemudian. d) Makluman keputusan penilaian akhir akan dibuat kepada pemohon dan sebarang keputusan adalah muktamad. 7. KEPUTUSAN & PENAWARAN GERAN a) Pemohonan yang berjaya akan ditawarkan surat tawaran geran bersama dengan nombor akaun geran. Ketua Projek perlu menandatangani Borang Perakuan Penerimaan Geran sebelum geran diaktifkan. b) Ketua Projek perlu memastikan perjanjian MoA dengan rakan industri dimenterai dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh surat lantikan projek dikeluarkan. Ketua Projek juga bertanggungjawab memastikan perkara yang terkandung dalam perjanjian MoA dipatuhi oleh kedua pihak. 8. PEMANTAUAN GERAN a) Semua projek yang diluluskan di bawah Geran Penyelidikan Pemadanan USM-Industri akan dipantau dari aspek prestasi projek dan prestasi kewangan seperti berikut: i. Geran aktif yang telah mencapai tempoh 3/6/9/12 bulan dari tarikh mula geran akan dijemput untuk membentangkan pencapaian dalam bengkel pemantauan. ii. Geran aktif yang telah mencapai tempoh 6/12 bulan dari tarikh mula geran perlu menyediakan laporan kemajuan berkala menggunakan format laporan yang telah ditetapkan oleh BJIM. iii. Setiap penerima geran perlu mengemukakan bukti pelaksanaan projek dalam bentuk gambar kepada BJIM. iv. Sekiranya didapati pencapaian prestasi projek dan prestasi kewangan tidak memuaskan atau pelaksanaan projek tidak memberi outcome yang releven, Panel Pemantauan Geran boleh mencadangkan geran tersebut untuk ditutup. Keputusan ini akan dibentangkan untuk kelulusan peringkat universiti. 8. PELANJUTAN GERAN

a) Sekiranya tempoh geran telah berakhir tetapi projek tidak dapat disempurnakan atas justifikasi yang jelas serta kukuh, Ketua Projek bertanggungjawab untuk mengemukakan surat permohonan pelanjutan 3 bulan sebelum tarikh tamat tempoh geran. b) Tempoh maksima yang dibenarkan untuk pelanjutan setiap projek ialah selama 3 bulan sahaja. 9. PENUTUPAN/PENAMATAN GERAN a) Semua Penyelidik Utama bertanggungjawab untuk menutup geran yang telah diluluskan dengan menghantar laporan akhir yang boleh dimuat turun melalui laman web Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat (BJIM). Laporan akhir ini perlu disampaikan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan selepas tamat tempoh projek ke Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat (BJIM). Laporan akhir yang tidak lengkap atau tidak ditandatangani tidak akan diterima dan akan dikembalikan semula sehingga syarat tersebut dipenuhi. b) Semua pembelian aset/inventori perlu diisytihar dan dikembalikan (melalui Borang Penyerahan Aset/Inventori dan salinan Kew.PA-2/Kew.PA-3) sebagai alatan guna sama yang diletakkan di bawah pengawasan Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat (BJIM) dan merupakan hak milik USM. c) Bagi pertukaran lokasi alatan/pelupusan/kehilangan harta yang telah didaftarkan di bawah PTJ semasa pembelian/perolehan melalui peruntukan projek/geran perlulah melalui prosedur semasa Universiti melalui Jabatan Bendahari. d) Kegagalan mengemukakan Laporan Akhir Geran juga akan menjejaskan permohonan baru Geran Dalaman Universiti pada masa depan. Ketua Projek juga berkemungkinan besar disenarai hitam sekiranya laporan tersebut tidak dikemukakan selepas dua (2) peringatan dihantar. e) Ketua Projek, Ahli Projek dan semua yang terlibat dengan geran/projek adalah tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Perlembagaan Universiti Sains Malaysia, Statut, Akta, Peraturan, Pekeliling, Syarat, Polisi Harta Intelek Universiti, Peraturan Pengurusan Kewangan Penyelidikan Universiti dan PeraturanPeraturan lain yang berkuatkuasa di Universiti Sains Malaysia dan yang termaktub dalam perjanjian MoA yang dimenterai. -TAMAT-