Kempen CIMB Bank MasterCard Overseas & Online Spend Terma-Terma dan Syarat-Syarat

dokumen-dokumen yang mirip
Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kempen MasterCard Guaranteed Overseas Spend CIMB Bank

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Kempen PIN & Win CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat

Kempen PIN & Win CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat

Kempen Win RM1,000 Vouchers Daily Overseas & Online Spend Visa CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen RM1 for 1 Swipe CIMB 2016

Terma-terma and Syarat-syarat CIMB Affinity Kad Kredit Pengambilan dan Penggunan yang mengawal Kempen Welcome Gift

Kempen Hadiah Sehingga RM150 kepada Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

Kempen CIMB Bank My First Cash Advance Terma-terma dan Syarat-syarat

1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB Personal Financing Pre-Raya Cash Back (1hb Mei 31hb Ogos 2017)

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Website CPL Campaign (1hb Julai 31hb Ogos 2017)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Hadiah untuk Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang Rebat Tunai CIMB-IKEA (1hb September hb November 2017)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Tambahan Baki CIMB (Faedah Bonus 3% Setahun)

TERMA DAN SYARAT Kempen Belanja Tahun Baru Cina 2018 dan Menang Baucar CIMB-Giant (1hb Februari hb Februari 2018)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen CIMB BANK Pilih Baucar Anda untuk Permohonan Kad Kredit

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB-Pay with Points & Win

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen CashLite CIMB Bank

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen CIMB BANK Memilih Hadiah untuk Permohonan Kad Kredit

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD ( BANK ) YANG MENGAWAL KEMPEN KAD KREDIT CIMB PREFERRED ( Kempen )

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja Musim Perayaan dan Menang Kad Hadiah CIMB-IKEA (1 Disember Februari 2018)

TERMA DAN SYARAT Kempen Rebat Tunai CIMB-Sunshine (16hb Mei hb Jun 2018)

Terma-Terma & Syarat- Syarat Kad Kredit Cash Rebate Platinum

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD yang mengawal Kempen Belanja dan MenangCIMB-IKEA

TERMA DAN SYARAT. Peraduan Debit & ATM Card Replacement

Pembiayaan Auto CIMB Pembiayaan Kenderaan Khas untuk Bumiputera Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Faedah Bonus CIMB

CIMB Islamic Kempen Wealth Starter 3.0 ( Kempen ) Terma-Terma dan Syarat-Syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Submit Your EPF Statement CIMB Bank

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB-IKEA

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 12% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

3. Bank merizab hak untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen Lanjutan dengan memberikan makluman.

Kempen Wealth Starter CIMB - Terma-terma dan Syarat-syarat

Kempen Seluruh Negara JomPAY Terma-Terma dan Syarat-Syarat Tambahan

TERMA DAN SYARAT Kempen Debit Card RM5 Dining Cash Back

Terma-terma dan Syarat-syarat bagi Kempen CIMB EVA x JomPAY Memenangi iphone X

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

TERMA DAN SYARAT CABUTAN EXTRAVAGANZA KT 2018

Terma-terma & Syarat-syarat Kempen CIMB CLICKS Cash Back. 1. Setiap sebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. CIMB Islamic - Peraduan Kirim & Menang

Termaa-terma dan Syarat-syarat Kempen Akaun Kwik CIMB Bank

TERMA DAN SYARAT Kempen Penggunaan Besar-besaran Kad RHB Pertengahan Tahun 2016

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Duit Raya Tesco CIMB Bank

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB- IKEA

1.1. Travel Care Insurance Contest yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (selepas ini dirujuk sebagai CIMB Bank atau Bank ).

Terma-terma dan Syarat-syarat untuk program 2-Minit Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) oleh CIMB Bank Berhad

3. Untuk tujuan Kempen ini, hanya Pemegang Akaun utama Pelanggan yang Layak berhak untuk mendapatkan Hadiah

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG MENTADBIR PERADUAN INSURANS TRAVEL CARE - HOKKAIDO

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Go Digital with CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

1. Kempen ini dikendali oleh CIMB Bank dan setiap penyebutan C I M B B a n k merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB MALAYSIA AIRPORTS (NIAGA) SDN BHD 2017

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB-Senheng

Peraduan Fortune 10 CIMB Bank - Terma & Syarat. Terma & Syarat PERADUAN FORTUNE 10 CIMB BANK BERHAD

Kempen Isi, Leret & Menang. Terma dan Syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KEMPEN KAD MASTERCARD DWI-JENAMA CIMB PETRONAS

Akaun Pelaburan Pulangan Tetap-i Step Up 12 Bulan CIMB Islamic Bank Berhad TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Peraduan Debit to Win It

KEMPEN RM1,000,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen HADIAH PUSAT MEMBELI BELAH DENGAN PEMBELIAN CIMB 2014

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

KEMPEN Perayaan Faedah SIFAR 12 Bulan PINJAMAN PERIBADI HONG LEONG

KEMPEN MENANG BMW ATAU RM10,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

CIMB Auto Finance Promosi untuk Kenderaan Asing Baharu Terma-terma dan Syarat-syarat

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Win A Drive

Kempen #100 Hari Ceria KAD KREDIT HONG LEONG

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

1. Setiap penyebutan C I M B merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Win A Drive

b) e-mandate merujuk kepada kemudahan Direct Debit secara elektronik melalui dalam talian yang disediakan oleh PayNet.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

Kempen Pulangan Tunai 5% untuk Makanan & Barangan Runcit Hujung Minggu Kad Preferred Platinum UOBM Terms and Conditions

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KEMPEN CIRI-CIRI DAN FAEDAH-FAEDAH TAMBAHAN KAD MASTERCARD DWI-JENAMA CIMB PETRONAS

4.2 Peserta Layak mestilah memenuhi syarat-syarat berikut bagi Peletakan DT untuk menikmati Kadar Faedah Promosi DT:

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

Terma dan Syarat Peraduan untuk 5X Mata BonusLink pada hari Jumaat & Hujung Minggu

Terma-terma & Syarat-syarat Kempen Perkhidmatan Perbankan Serantau CIMB (Malaysia Singapura)

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Octo Edisi Terhad Preferred

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

3. Untuk tujuan Promosi ini, kedua-dua Kad Kredit dan Kad Debit hendaklah secara kolektif merujuk sebagai "Kad".

TERMA DAN SYARAT TAMBAHAN KEMPEN JomPAY Nationwide

Terma dan Syarat Kempen Kad Kredit-i Visa Bank Islam SWIPE & DRIVE FURTHER

CIMB Bank Kempen Live Your Dream Terma-Terma dan Syarat-Syarat

Promosi Hujung Minggu UOB Preferred Platinum Terma dan Syarat

Kempen Perbankan Untuk Berjuta Terma-terma & Syarat-syarat ( T&C ) untuk CIMB Bank Konvensional

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

Transkripsi:

Kempen CIMB Bank MasterCard Overseas & Online Spend Terma-Terma dan Syarat-Syarat 1. Kempen CIMB Bank MasterCard Overseas & Online Spend ( Kempen ) adalah dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (13491-P) ( CIMB Bank ). Tempoh Kempen 2. Kempen akan berlangsung dari 1 Jun 2016 hingga 28 Ogos 2016, termasuk kedua-dua tarikh ( Tempoh Kempen ). 3. CIMB Bank menyimpan hak dengan memberikan notis terdahulu tidak kurang daripada empat belas (14) hari kalendar untuk menukar jangka masa dan/atau tarikh penamatan Tempoh Kempen. Kelayakan 4. Kempen ini adalah terbuka kepada pemegang kad kredit MasterCard utama terpilih (kecuali Kad Perniagaan Platinum dan Kad Perkongsian CIMB) yang dikeluarkan oleh CIMB Bank di Malaysia dan mempunyai nombor telefon mudah alih yang berdaftar dengan pembekal perkhidmatan telekomunikasi Maxis, Celcom, Digi atau U-Mobile dan dikekalkan dalam rekod CIMB Bank ( Peserta Yang Layak ). Peserta Yang Layak yang menghantar SMS daripada nombor telefon mudah alih yang tidak dikekalkan dalam rekod CIMB Bank tidak akan layak untuk menyertai Kempen ini. Akaun kad kredit MasterCard CIMB Bank bagi Peserta Yang Layak selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai Akaun Kad Kredit. 5. Kategori perseorangan yang berikut tidak layak untuk menyertai Kempen ini:- i) Kakitangan atau pekerja tetap, kontrak dan/atau sambilan CIMB Bank (termasuk subsidiari-subsidiari dan syarikat-syarikat berkenaannya) dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka (iaitu pasangan, anak, ibu bapa dan adik-beradik); dan/atau ii) Wakil dan/atau ejen (termasuk ejen pengiklanan dan promosi) CIMB Bank dan MasterCard Worldwide, sebuah syarikat yang ditubuhkan di State of Delaware yang mempunyai pejabat dan tempat perniagaan utamanya di 2000 Purchase Street, Purchase, New York, NY 10577-2509, United States of America ( MasterCard ) (termasuk subsidiari-subsidiari dan syarikat-syarikat berkenaan mereka masing-masing). 6. Untuk menyertai Kempen ini, Peserta Yang Layak terpilih mesti mendaftarkan penyertaannya dalam Kempen ini sama ada:- (a) (b) dengan membalas khidmat pesanan ringkas ( SMS ) CIMB Bank yang dihantar ke nombor telefon mudah alihnya yang dikekalkan dalam rekod CIMB Bank dan menaip CASH atau CASH4 dan menghantarnya ke 62666 semasa Tempoh Kempen; atau dengan menghantar SMS dan menaip CASH2 atau CASH3 atau CASH5 <jarak> 6 angka terakhir Kad Pengenalan Pendaftaran Negara dan menghantar ke 62666 semasa Tempoh Kempen dengan menggunakan nombor telefon mudah alih yang dikekalkan dalam rekod CIMB Bank; atau

(c) dengan pendaftaran-automatik melalui SMS yang dihantar oleh CIMB ke nombor telefon mudah alihnya yang dikekalkan dalam rekod CIMB yang menyatakan bahawa beliau akan didaftarkan secara automatik untuk menyertai Kempen ini. 7. Peserta Yang Layak akan menanggung caj telekomunikasi tetap yang dikenakan pada setiap SMS yang dihantar oleh Peserta Yang Layak. 8. Setelah pendaftaran penyertaan Kempen telah berjaya, Peserta Yang Layak akan menerima SMS pengesahan dari CIMB Bank. 9. Sekiranya pendaftaran SMS tidak lengkap, SMS akan dihantar kepada Peserta Yang Layak memberitahu mereka supaya berdaftar semula melalui SMS. Peserta Yang Layak mesti memastikan bahawa mereka telah memasuki 6 angka terakhir Kad Pengenalan Pendaftaran Negara mereka yang betul dalam SMS. 10. Setelah Peserta Yang Layak telah mendaftarkan penyertaan mereka dalam Kempen (seperti yang dijelaskan dalam Klausa 6 di sini), semua Akaun Kad Kredit beliau akan dikesan secara automatik bagi tujuan menjadualkan bilangan penyertaan Kempen ini. Kriteria 11. Setelah pendaftaran telah berjaya seperti Klausa 6 di atas, Peserta Yang Layak mesti melakukan salah satu (1) transaksi berikut dengan menggunakan Akaun Kad Kredit mereka bagi mendapat peluang memenangi salah sebuah Hadiah Mingguan (ditakrif dalam Klausa 19): i) Transaksi mata wang asing melalui saluran runcit dan/atau atas talian ( Perbelanjaan Luar Negara ); dan/atau ii) Transaksi mata wang tempatan melalui saluran atas talian sahaja ( Perbelanjaan Atas Talian ) secara kolektif dikenali sebagai ( Transaksi Yang Layak ). 12. Saluran runcit adalah bermaksud jumlah transaksi runcit dan/atau dalam stor manakala saluran atas talian adalah bermaksud jumlah transaksi yang dilaksanakan melalui laman web. 13. Transaksi Yang Layak mesti ditanggung untuk kegunaan peribadi dan tidak akan termasuk yang berikut:- i) Transaksi yang dilakukan pada Kad Perniagaan Platinum dan Kad Perkongsian CIMB Bank; ii) Transaksi Tunai Kuasi (contoh: transaksi pertaruhan dan/atau perjudian); iii) Ansuran bulanan di bawah mana-mana kemudahan pembayaran ansuran yang dibekalkan oleh CIMB Bank; iv) Perkhidmatan arahan tetap/ pembayaran automatik; v) Pembayaran fi tahunan atau caj perkhidmatan, caj penghantaran, pembayaran tunai, fi penggantian kad, cukai perkhidmatan kerajaan, caj pertikaian, caj penipuan atau apaapa fi, caj atau penalti lain sama ada dikenakan oleh CIMB Bank atau selainnya; vi) Transaksi untuk pembayaran yang dibuat ke atas premium insurans dan/atau sumbangan takaful dalam apa jua sekalipun; vii) Transaksi untuk pembayaran yang dilakukan ke atas pesanan mel & pesanan telefon (MOTO)

viii) Transaksi pendahuluan/pengeluaran/deposit tunai; dan Perbelanjaan Luar Negara akan ditukarkan ke Ringgit Malaysia (RM) bagi tujuan pengiraan jumlah perbelanjaan dan akan berdasarkan kepada kadar pertukaran semasa CIMB Bank. Sekiranya kos Perbelanjaan Luar Negara telah ditukarkan ke Ringgit Malaysia oleh Peserta Yang Layak melalui Pertukaran Mata Wang Dinamik ( Dynamic Currency Conversion, DCC), transaksi bentuk ini akan dikategorikan sebagai transaksi mata wang tempatan dan bukannya Perbelanjaan Luar Negara dan tidak akan layak untuk pengiraan transaksi. Bagi mengelakkan keraguan, transaksi akan dianggap sebagai Perbelanjaan Luar Negara sekiranya kod mata wang transaksi dilakukan adalah dalam mana-mana mata wang asing melainkan Ringgit Malaysia. Apa-apa penentuan oleh CIMB berkenaan dengan apa yang merupakan Perbelanjaan Luar Negara, Perbelanjaan Atas Talian dan/atau Transaksi Yang Layak adalah konklusif dan tidak akan dicabar dalam mana-mana cara sekalipun, melainkan kesilapan yang nyata. 14. Peserta Yang Layak adalah berhak memperolehi satu penyertaan bagi setiap Transaksi Yang Layak yang dilakukan semasa Tempoh Kempen untuk mendapat peluang memenangi Hadiah Mingguan. Tiada jumlah perbelanjaan minimum yang perlu dilakukan oleh setiap Transaksi Yang Layak. Contohnya seperti di bawah: Transaksi Yang Layak Perbelanjaan Luar Negara dan/atau Perbelanjaan Atas Talian Keperluan Perbelanjaan Minimum Tiada keperluan perbelanjaan minimum Bil. Transaksi Yang Layak Yang Dilakukan Bil. 1 1 penyertaan 15. Peserta Yang Layak adalah layak untuk memperolehi penyertaan berdasarkan bilangan Transaksi Yang Layak yang dilakukan tanpa mengira jumlah perbelanjaan setiap Transaksi Yang Layak. Contohnya seperti di bawah: Peserta Yang Layak Bil. Transaksi Yang Layak Yang Dilakukan Jumlah Keseluruhan Terkumpul Jumlah Perbelanjaan Transaksi Yang Layak Bil. Yang Diperolehi A 1 RM15,000 1 B 3 RM10,000 3 C 5 RM1,000 5 16. adalah dikira berdasarkan jumlah keseluruhan terkumpul Transaksi Yang Layak Peserta Yang Layak di atas Akaun Kad Kredit (utama dan tambahan) mereka. Sekiranya Peserta Yang Layak mempunyai pelbagai akaun kad kredit MasterCard, Transaksi Yang Layak yang dilakukan di atas semua Akaun Kad Kredit oleh pemegang kad kredit utama dan tambahan akan digabungkan dan tidak dilihat secara individu. Contohnya seperti di bawah: Peserta Yang Layak A mempunyai 1 kad kredit MasterCard CIMB utama dan 2 kad kredit MasterCard CIMB tambahan. Semua Transaksi Yang Layak yang dilakukan di atas semua kad kredit tersebut akan digabungkan untuk menjadualkan jumlah penyertaan yang diperolehi untuk Kempen ini.

17. Pengesanan Transaksi Yang Layak dan/atau penyertaan adalah berdasarkan kepada tarikh dan/atau masa (waktu Malaysia) transaksi seperti yang ditangkap dalam rekod transaksi CIMB Bank semasa Tempoh Kempen. 18. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kegagalan dan/atau kelewatan penghantaran bukti transaksi jualan oleh MasterCard, penubuhan perniagaan atau mana-mana pihak lain. Hadiah dan Proses Pemilihan Pemenang 19. Hadiah yang berikut akan disediakan kepada Pemenang Hadiah Mingguan terpilih Kempen ini berdasarkan Minggu yang berikut:- Bulan Minggu Minggu Bil. Hadiah Mingguan Hadiah Minggu 1 1 Jun 5 Jun 2016 10 Minggu 2 6 Jun 12 Jun 2016 10 Jun Minggu 3 13 Jun 19 Jun 2016 10 Minggu 4 20 Jun 26 Jun 2016 10 Minggu 5 27 Jun 3 Julai 2016 10 Minggu 6 4 Julai 10 Julai 2016 10 Julai Minggu 7 11 Julai 17 Julai 2016 10 Minggu 8 18 Julai 24 Julai 2016 10 Minggu 9 25 Julai 31 Julai 2016 10 Minggu 10 1 Ogos 7 Ogos 2016 10 Ogos Minggu 11 8 Ogos 14 Ogos 2016 10 Minggu 12 15 Ogos 21 Ogos 2016 10 Minggu 13 22 Ogos 28 Ogos 2016 10 Jumlah Pemenang Hadiah Mingguan 130 100% Pulangan Tunai Ke Atas Semua Transaksi Yang Layak Yang Terkumpul Bagi Satu Minggu Terpilih (Terhad kepada RM1,000 Setiap Pemenang Hadiah Mingguan) 20. Peserta Yang Layak adalah layak memperolehi penyertaan bermula dari hari pertama Minggu (seperti yang ditakrifkan dalam Klausa 19 di sini) mereka berjaya berdaftar sehingga penamatan Tempoh Kempen. Contohnya seperti di bawah. Peserta Yang Layak Tarikh Peserta Yang Layak Berjaya Berdaftar A 1 Jun 2016 B 5 Jun 2016 C 13 Julai 2016 D 28 Ogos 2016 Minggu Pendaftaran Yang Berjaya 1 5 Jun 2016 (Minggu 1) 1 5 Jun 2016 (Minggu 1) 11 17 Julai 2016 (Minggu 7) 22 28 Ogos 2016 (Minggu 13) Tempoh Kempen Peserta Yang Layak Mula Memperolehi 1 Jun 28 Ogos 2016 1 Jun 28 Ogos 2016 11 Julai - 28 Ogos 2016 22 28 Ogos 2016

21. Berdasarkan penyertaan yang diperolehi oleh Peserta Yang Layak semasa Tempoh Kempen, Peserta Yang Layak akan dipilih secara rawak oleh sebuah sistem pemilihan automatik bagi Hadiah Mingguan berdasarkan proses berikut:- Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di sini, Bank akan memilih sepuluh (10) pemenang berpotensi bagi setiap Minggu, sehingga jumlah maksimum seratus tiga puluh (130) pemenang berpotensi bagi Hadiah Mingguan ( Pemenang Hadiah Mingguan Berpotensi ) pada penamatan Tempoh Kempen. Pemberitahuan SMS akan dihantar hanya sekali kepada Pemenang Hadiah Mingguan Berpotensi dan mereka perlu menjawab satu (1) soalan dengan membalas SMS tersebut dengan jawapan yang betul dalam dua (2) hari bekerja dari tarikh SMS dihantar kepada mereka. Tarikh akhir (iaitu tarikh dan masa) untuk menjawab soalan akan dinyatakan dalam SMS. Pemenang Hadiah Mingguan Berpotensi yang membalas dengan jawapan yang betul akan disahkan sebagai pemenang Hadiah Mingguan ( Pemenang Hadiah Mingguan ). Sekiranya seorang Pemenang Hadiah Mingguan Berpotensi tidak menjawab dengan betul atau tidak membalas dalam tarikh akhir yang diberi, beliau akan dilucutkan kelayakan daripada memenangi Hadiah Mingguan dan Hadiah Mingguan akan dirampas. Hadiah yang dirampas tidak akan diberi kepada pemenang berpotensi seterusnya. Bagi mengelakkan keraguan, caj telekomunikasi tetap bagi balasan SMS akan dikenakan dan ditanggung oleh Pemenang Hadiah Mingguan Berpotensi. 22. Hadiah Mingguan 100% pulangan tunai akan berdasarkan Transaksi Yang Layak Perbelanjaan Luar Negara dan/atau Perbelanjaan Atas Talian Pemenang Hadiah Mingguan yang terkumpul semasa Minggu di mana penyertaan mereka akan dipilih sebagai Pemenang Hadiah Mingguan, dan adalah terhad kepada maksimum RM1,000 pulangan tunai setiap Pemenang Hadiah Mingguan. Contohnya seperti di bawah: Peserta Yang Layak A B C Tarikh Diperolehi Jumlah Perbelanjaan Tarikh Yang Terpilih Sebagai Pemenang Hadiah Mingguan Berpotensi 2 Jun 2016 5 Jun 2016 RM100 RM100 2 Jun 2016 27 Jun 2016 RM200 28 Jun 2016 RM200 28 Jun 2016 4 Julai 2016 RM200 16 Ogos 2016 RM300 17 Ogos 2016 RM300 18 Ogos 2016 RM300 19 Ogos 2016 RM300 18 Ogos 2016 Minggu Bagi Yang Terpilih Sebagai Pemenang Hadiah Mingguan Berpotensi 1 5 Jun 2016 (Minggu 1) 27 Jun 3 Julai 2016 (Minggu 5) 15 21 Ogos 2016 (Minggu 12) Jumlah Pulangan Tunai RM200 (RM100 + RM100) RM400 (RM200 + RM200) RM1,000 (RM1,000 terhad bagi setiap Pemenang Hadiah Mingguan)

23. Pada masa pemilihan Pemenang Hadiah Mingguan dan/atau mengkreditkan hadiah pulangan tunai, Akaun Kad Kredit Peserta Yang Layak MESTI berada dalam keadaan baik dan MESTI TIDAK memungkiri mana-mana terma-terma dan syarat-syarat perjanjian kad kredit CIMB Bank atau delinkuen, dan/atau tidak sah atau dibatalkan dalam definisi CIMB Bank, jika tidak mereka akan dilucutkan kelayakan daripada menyertai atau menerima hadiah pulangan tunai daripada Kempen ini. 24. Setiap Peserta Yang Layak adalah layak untuk memenangi maksimum satu (1) Hadiah Mingguan sepanjang Tempoh Kempen tanpa mengira jumlah pulangan tunai yang layak untuk minggu yang terpilih. 25. Hadiah pulangan tunai akan dikreditkan ke dalam Akaun Kad Kredit utama terpilih Pemenang Hadiah Mingguan dalam dua belas (12) minggu dari penamatan Tempoh Kempen. 26. Pemenang Hadiah Mingguan akan menerima pemberitahuan SMS daripada CIMB Bank setelah hadiah pulangan tunai dikreditkan ke dalam akaun kad kredit utama CIMB Bank Pemenang masing-masing. Hadiah pulangan tunai akan dicerminkan dalam penyata bulanan kad kredit berikut Pemenang selepas pengkreditan hadiah pulangan tunai. 27. Hadiah Mingguan tidak boleh ditukarmilik kepada pihak ke-3, ditukarkan dengan hadiah atau ganjaran berlainan yang mempunyai nilai setara atau apa-apa alternatif lain dalam apa-apa keadaan. Terma-Terma dan Syarat-Syarat Am 28. Dengan menyertai Kempen, Peserta Yang Layak dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat oleh Terma-Terma dan Syarat-Syarat yang dinyatakan di sini dan bersetuju bahawa apa-apa dan semua keputusan yang dilakukan secara adil dan munasabah oleh CIMB Bank berkenaan dengan setiap aspek Kempen adalah muktamad dan konklusif. 29. CIMB Bank akan berhak untuk menggantikan Hadiah Mingguan yang ditawarkan di bawah Kempen ini dengan hadiah atau ganjaran yang mempunyai nilai setara dan/atau melanjutkan, mengubahsuaikan, memendekkan, menghentikan, membatalkan, menamatkan atau menggantungkan Kempen dengan memberikan notis terdahulu empat belas (14) hari kalendar kepada Peserta Yang Layak. Tiada pampasan tunai atau dalam sebarang bentuk akan diberi kepada Peserta Yang Layak untuk apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Peserta Yang Layak secara langsung atau tidak langsung akibat daripada penggantian Hadiah Mingguan dan/atau pelanjutan, pengubahsuaian, pemendekkan, pemberhentian, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen ini melainkan ianya adalah disebabkan oleh kecuaian melampau atau keingkaran sengaja CIMB Bank. 30. CIMB Bank adalah berhak untuk meminda, mengubahsuai, menggugur atau menambah ( Pindaan ) mana-mana Terma-Terma dan Syarat-Syarat dengan memberikan notis terdahulu dua puluh satu (21) hari kalendar kepada Peserta Yang Layak. Pemberitahuan kepada Peserta Yang Layak berkenaan dengan Pindaan akan dilaksanakan mengikut budi bicara mutlak CIMB Bank melalui mana-mana satu kaedah komunikasi berikut, iaitu, dengan mel biasa yang dihantar ke alamat terakhir yang diketahui Peserta Yang Layak atau dengan mempamerkan notis berkenaan dengan Pindaan di setiap cawangan CIMB Bank di mana peruntukan terperinci berkenaan dengan Pindaan boleh dibekalkan dalam notis tersebut atau boleh dibekal kepada Peserta Yang Layak

atas permintaan atau dengan melaksanakan iklan berkenaan dengan Pindaan dalam surat khabar pilihan CIMB Bank, atau melalui laman web CIMB Bank atau melalui mel elektronik atau apa-apa kaedah notis lain yang boleh dipilih oleh CIMB Bank dan Pindaan akan dianggap terikat ke atas Peserta Yang Layak dari tarikh pemberitahuan Pindaan atau dari tarikh lain seperti yang boleh dinyatakan oleh CIMB Bank dalam pemberitahuan. 31. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana pihak, termasuk Peserta Yang Layak atas apa-apa kehilangan atau kerugian apa jua sifat sekalipun yang dialami oleh Peserta Yang Layak atau mana-mana pihak (termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa kecederaan atau kematian, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, secara langsung atau tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau ganti rugi khas mana-mana pihak) yang timbul, berhubungan dengan penyertaan atau bukan penyertaan dalam Kempen termasuk timbul daripada apa-apa kegagalan penerimaan atau kelewatan penerimaan SMS oleh Peserta Yang Layak terpilih. 32. CIMB Bank tidak akan dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab kepada Peserta Yang Layak dalam apa cara sekalipun sekiranya CIMB Bank tidak dapat melaksanakan apa-apa kewajipannya yang ditetapkan di sini di mana ketidakupayaan tersebut adalah disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh apa-apa bencana alam ( Act of God ), pertikaian industri, peperangan, mogok, rusuhan, kegagalan teknikal atau sistem atau apa-apa yang berada di luar kawalan munasabah CIMB Bank. 33. Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini (di mana ianya boleh dipinda dari semasa ke semasa menurut Klausa 30) akan mengatasi mana-mana terma-terma, syarat-syarat, peruntukanperuntukan atau representasi-representasi tidak selaras yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi dan/atau pengiklanan lain berkenaan dengan Kempen. 34. Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini akan dibaca bersama dengan terma-terma dan syaratsyarat semasa yang mengawal akaun kad kredit CIMB Bank dan/atau Akaun Kad Kredit dan/atau produk dan perkhidmatan berkaitan lain yang berkenaan dengan Kempen dan akan mengatasi mana-mana terma-terma, syarat-syarat, peruntukan-peruntukan atau representasi-representasi tidak selaras yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi dan/atau pengiklanan lain berkenaan dengan Kempen. 35. Sekiranya terdapat sebarang ketidaksejajaran, percanggahan, kesamaran atau kepincangan di antara versi Bahasa Malaysia dan versi Bahasa Inggeris atau versi bahasa lain Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini, versi Bahasa Inggeris Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini akan mengatasi yang lain. Walau apa pun yang dinyatakan di atas di mana permintaan telah dibuat oleh Peserta Yang Layak dan dicatat dan diakui oleh CIMB Bank dalam rekodnya bahawa versi Bahasa Malaysia terma-terma dan syarat-syarat akan mengawal operasi Akaun Kad Kredit, maka versi Bahasa Malaysia Terma-Terma dan Syarat-Syarat akan mengatasi yang lain. 36. Untuk maklum balas dan/atau aduan berkenaan dengan Kempen, Peserta Yang Layak boleh menghubungi Unit Resolusi Pelanggan CIMB Bank yang mempunyai alamat, nombor-nombor telefon dan faksimile yang berikut (atau mempunyai alamat, nombor-nombor telefon dan faksimile lain sepertimana yang boleh ditukarkan oleh CIMB Bank melalui pemberitahuan kepada Peserta Yang Layak): Unit Resolusi Pelanggan, Tingkat 19, Menara Bumiputra- Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur Tel: 603 6204 7788 /Faks: 603 2691 3248 / cru@cimb.com.