3WUM SAINS SMK LAKSAMANA PUAN ASMAR
|
|
- Hendra Atmadja
- 6 tahun lalu
- Tontonan:
Transkripsi
1 KEPENTINGAN SISTEM RESPIRASI YANG SIHAT NAMA : KELAS : SUBJECT : SEKOLAH : GURU : SURDISH PERUMALL 3WUM SAINS SMK LAKSAMANA PUAN ASMAR
2 ISI KANDUNGAN TAJUK MUKA SURAT Pengenalan kepada Respirasi 1/12 Objektive 2/12 Bahan Pencemar Udara 3/12 ~ 4/12 Penyakit yang berkaitan dengan Sistem Respirasi Cara untuk Memperbaiki Kualiti Udara Amalan Mengekalkan Udara yang Besih 5/12 ~ 6/12 7/12 ~ 9/12 10/12 ~ 11/12 Penutup 12/12
3 Pengenalan kepada Respirasi Sistem Respirasi atau pernafasan adalah sistem biologi semua organisma yang membabitkan pertukaran gas. Malah tumbuhan juga mempunyai sistem pernafasan, mengambil gas karbon dioksida dan mengeluarkan oksigen ketika siang. Sistem pernafasan manusia adalah sistem pengambilan oksigen (O2) dari udara dan penyingkiran karbon dioksida (CO2) dan wap air. Sistem pernafasan terdiri daripada hidung, trakea, peparu, tulang rusuk, otot interkosta, bronkus, bronkiol, alveolus dan diafragma. Udara disedut ke dalam paru-paru melalui hidung dan trakea. Dinding trakea disokong oleh gelang rawan supaya menjadi kuat dan sentiasa terbuka. Trakea bercabang kepada bronkus kanan dan bronkus kiri yang disambungkan kepada peparu. Kedua-dua bronkus bercabang lagi kepada bronkiol dan alveolus pada hujung bronkiol. Alveolus mempunyai penyesuaian berikut untuk memudahkan pertukaran gas: - diliputi kapilari darah yang banyak - dinding sel yang setebal satu sel (dinding sel yang nipis) - permukaan yang luas dan lembap 1 / 12
4 Objektive Untuk memahami struktur organ pernafasan. Untuk memahami fungsi organ pernafasan dan dapat menjelaskan fungsi organ pernafasan. Untuk mengetahui proses-proses yang berlaku di dalam sistem pernafasan. Untuk mengetahui gangguan atau penyakit yang berlaku di dalam sistem pernafasan. 2 / 12
5 Bahan Pencemar Udara Udara yang kita sedut mungkin mengandungi bahan yang merbahaya yang boleh memberi kesan kepada sistem pernafasan kita. Bahan pencemar udara ini memberi kesan besar kepada kita jika tiada langkah penjagaan yang baik. Antara bahan-bahan pencemar udara yang boleh membahayakan sistem respirasi kita adalah : 1. Asap Rokok Asap rokok mengandungi banyak bahan yang membahayakan. Antaranya adalah nikotin, tar, karsinogen dan karbon monoksida. Nikotin - dadah beracun yang menyebabkan ketagihan dan merosakkan tisu otak Tar - bahan lekit yang membunuh sel dan menyebabkan kanser peparu Karsinogen - agen penyebab kanser Karbon Monoksida - gas beracun tanpa bau dan warna yang menghalang hemoglobin daripada angkut oksigen ke seluruh tubuh * Perengsa - bahan yang menyebabkan rasa tak selesa pada laluan pernafasan. 3 / 12
6 Bahan Pencemar Udara 2. Karbon Monoksida Gas ini biasanya diperolehi daripada asap kenderaan. Gas beracun ini tidak berwarna dan berbau. Kesan gas karbon monoksida akan menyebabkan hemoglobin gagal mengangkut oksigen ke seluruh badan. 3. Toksin Toksin dibebaskan ke udara melalui asap rokok, wasap ekzos kenderaan dan juga pembakaran bahan api. Contoh toksin yang membahayakan adalah sebatian plumbum dan juga oksida nitrogen yang ada dalam udara. Toksin ini menyebabkan keracunan yang boleh membunuh sel, merosakkan otak dan peparu, batuk dan juga penyakit peparu seperti emfisema. 4. Jerebu Jerebu terhasil daripada wasap ekzos kenderaan,pembakaran terbuka dan juga kebakaran hutan.jerebu terdiri daripada zarah pepejal yang sangat halus,seperti habuk dan asap. 5. Sulfur Dioksida Biasanya gas sulfur dioksida ini datangnya daripada asap kilang. Gas ini juga beracun. Tidak mempunyai warna namun mempunyai bau yang menyesakkan! Gas sulfur dioksida menyebabkan rasa tak selesa pada laluan pernafasan, batuk, sukar bernafas, bronkitis dan kanser peparu. *Gas sulfur dioksida juga adalah gas yang sama yang menyebabkan hujan asid 6. Pelupusan Sisa Domestik Pembuangan sisa domestik yang berpunca dari dapur, tandas dan sebagainya boleh mengakibatkan pencemaran udara. Jika ia tidak diuruskan dengan efektif, maka sisa domestik ini boleh menarik perhatian nyamuk yang akan membiak. Ini berbahaya kerana kita boleh terkena dengan penyakit demam denggi. Membakar sisa domestik juga akan mengotorkan udara kita yang bersih. 4 / 12
7 Penyakit yang berkaitan dengan Sistem Respirasi 1. ASMA Penyakit asma berpunca daripada habuk, asap rokok dan juga asap industri. Simptom bagi asma adalah sesak nafas. Pernafasan yang berbunyi kuat dan juga batuk. 2. BRONKITIS Bronkitis pula adalah radang pada bronkus yang disebabkan oleh tar dan bahan perengsa lain dalam asap rokok. Antara gejala bagi sakit ini adalah batuk yang berterusan, sering tercungapcungap dan tidak dapat tidur. 3. EMFISEMA Emfisima adalah penyakit di mana alveoulus pesakit menjadi besar dan rosak. Keadaan ini disebabkan oleh bahan pencemar udara yang tercemar terutamanya asap rokok. Gejala bagi sakit emfisema adalah sesak nafas, sakit ketika bernafas dan keletihan walaupun selepas kerja ringan. 5 / 12
8 Penyakit yang berkaitan dengan Sistem Respirasi 4. KANSER PARU-PARU Kanser paru-paru disebabkan oleh karsinogen ataupun agen penyebab kanser pada asap rokok. Antara gejala kanser peparu adalah batuk yang berterusan, kahak berdarah dan rasa sakit ketika bernafas. 6. Tuberkulosis (TB) Tuberkulosis adalah penyakit jangkitan pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh bakteria. Bakteria ini merupakan bakteria basillus yang sangat kuat sehingga memerlukan waktu lama untuk mengubatinya. Bakteria ini lebih sering menjangkiti organ paru-paru dibandingkan bahagian lain tubuh manusia. Gejala penyakit ini ialah mengalami demam, tetapi tidak terlalu tinggi yang berlangsung agak lama, biasanya pada waktu malam dan pesakit akan berpeluh. Gejala lain, penurunan selera makan dan berat badan, lemah tubuh badan dan batuk yang agak lama hingga lebih daripada 3 minggu disertai dengan kahak berdarah. 6 / Pneumonia Radang paru-paru disebabkan oleh jangkitan mikroorganisma seperti bakteria, virus atau parasit dan bahan-bahan kimia atau kecederaan fizikal pada peparu atau akibat kanser peparu atau pengambilan alkohol yang berlebihan. Gejala radang peparu termasulah batuk, sakit dada, demam dan kesukaran bernafas.
9 Cara untuk Memperbaiki Kualiti Udara Sebuah negara yang mencapai kemajuan serta meningkatkan taraf hidup dalam pelbagai aktiviti ekonomi yang telah dijalankan.dalam kemajuan negara ini, kita tidak menyedari kesan-kesan yang berlaku terhadap alam sekitar serta turut menjejaskan kehidupan manusia,tumbuhan dan haiwan.akibat daripada aktiviti manusia yang membuang toksik ke merata tempat akan menyebabkan pencemaran alam sekitar. Selain itu, ia turut memberi perubahan kepada iklim dunia serta meningkatkan kadar suhu dunia. Oleh itu, keadaan ini harus ditangani dengan segera agar masalah ini dapat diatasi dengan secepat yang mungkin. Perlakuan dan amalan kita yang betul dapat menjamin untuk mengamalkan udara yang sihat. Seperti yang kita sedia maklum, udara yang sihat dan tidak tercemar juga memberikan kesihatan kepada sistem respirasi kita. Antara beberapa amalan yang boleh mengekalkan udara yang sihat adalah dengan:- 1) Mewajibkan semua kilang menggunakan penapis asap Pihak berwajib harus memastikan kilang dan syarikat yang terlibat dengan aktiviti membebaskan asap kilang ke udara agar memasang penapis apas pada cerobong kilang masing-masing. Ini adalah bagi memastikan tiada bahan berbahaya yang disebarkan bersama-sama asap kilang tadi dan juga mengurangkan kuantiti asap yang dikeluarkan. 2) Menganjurkan kempen kesedaran kepada masyarakat Kempen kesedaran boleh dianjurkan bagi mendidik masyarakat dalam menangani isu ini dengan lebih baik. Sekurang-kurangnya kempen cinta alam sekitar seperti ini dapat meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai perihal pentingnya menjaga alam sekitar. 3) Gunakan kenderaan yang diselenggara dengan baik Kenderaan yang digunakan seharusnya diselenggara dengan lebih baik. Ini bagi memastikan kenderaan yang kita gunakan dapat meminimumkan pengeluaran gas yang terhasil. Kenderaan yang kerap diselenggara lebih sedikit menghasilkan asap berbanding kenderaan yang jarang diselenggara. 7 / 12
10 Cara untuk Memperbaiki Kualiti Udara 4) Gunakan petrol tanpa plumbum Penggunaan petrol tanpa plumbum juga dapat meminimumkan pembebasan logam berbahaya ke udara. Sekalipun petrol tanpa plumbum adalah lebih mahal berbanding petrol berplumbum, namun sekiranya kesemua kita mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap alam sekitar, kita boleh bekerjasama bersama-sama mengurangkan pencemaran. 5) Berkongsi kenderaan Amalan berkongsi kenderaan juga merupakan amalan yang dapat mengurangkan pencemaran udara. Dengan jumlah kenderaan yang sedikit berada di jalanraya, sudah tentu jumlah bahan cemar yang dibebaskan ke udara juga adalah lebih sedikit. Selain dapat mengurangkan pembebasan bahan cemar ke udara, amalan berkongsi kenderaan ini juga dapat menjimatkan wang. 6) Menggunakan pengangkutan awam Penggunaan kenderaan pengangkutan awam juga mampu meminimumkan penghasilan bahan cemar udara. Seperti berkongsi kenderaan, penggunaan pengangkutan awam jelas mengurangkan bilangan kenderaan persendirian yang berada di jalanraya. Sekaligu ini dapat mengurangkan bahan cemar yang terbebas ke udara. 7) Tanam lebih banyak pokok Usaha menanam lebih banyak pokok juga dapat memperbaiki kualiti udara kita. Dengan jumlah pokok yang lebih banyak, bermaksud kuantiti gas karbon dioksida dapat dikurangkan. Malah kuantiti gas oksigen yang dibebaskan oleh tumbuhan juga dapat diperbanyakkan lagi. 8) Denda yang tinggi bagi yang melanggar undang-undang Sebagai satu lagi langkah mendidik masyarakat agar bertindak dengan lebih baik, denda yang tinggi boleh dikenakan kepada mereka yang melanggar undang-undang. Sikap mereka ini seharusnya dijadikan pengajaran kepada pihak lain agar lebih berhati-hati dalam menangani hal yang melibatkan kualiti udara. 8 / 12
11 Cara untuk Memperbaiki Kualiti Udara 9) Penggunaan TEKNOLOGI HIJAU Teknologi Hijau merupakan satu teknologi yang mesra alam dan merupakan teknologi yang rendah karbon bagi mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara yang menyebabkan antara lainnya fenomena perubahan cuaca dunia. Antara kesan-kesan fenomena perubahan cuaca dunia yang kita rasai pada masa kini ialah cuaca yang melampau seperti keadaan cuaca panas yang sedang kita hadapi pada masa ini. Selain itu, kejadian bencana alam seperti ribut taufan, kecairan ais di Kutub Utara dan Selatan, kenaikan paras dan suhu air laut, kepupusan spesis flora dan fauna dan sebagainya juga merupakan kesan-kesan fenomena perubahan cuaca dunia yang prominen pada masa sekarang. Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut : ia meminimumkan degrasi persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan; Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui. 9 / 12
12 Amalan Mengekalkan Udara yang Besih Bagi memastikan kita sentiasa menggunakan udara yang sihat, kita perlu mengambil langkah bagi memperbaiki kualiti udara yang sedia ada. Antara langkah yang kita boleh ambil untuk memperbaiki kualiti udara adalah dengan: 1) Tidak melakukan pembakaran terbuka Jika kita tidak melakukan pembakaran terbuka, maka udara kita akan lebih bersih dan dingin. Jadi tumbuhan-tumbuhan boleh menjalankan proses fotosintesis. 2) Kitar semula secara berterusan Mengitar semula bahan buangan secara berterusan dapat menjimatkan bahan api fosil. Udara lebih bersih dan alam sekitar lebih selamat. Haiwan juga dapat menjalankan habitat mereka tanpa gangguan. 3) Menggunakan teknik kawalan biologi Teknik kawalan biologi seharusnya digunakan dalam sektor pertanian kerana ia selamat untuk digunakan selain tidak mencemarkan alam sekitar. Menggunakan teknik kawalan biologi lebih baik daripada menggunakan fertiliser. Fetiliser menimbulkan masalah alam sekitar dan masalah pelupusan. 4) Mengurangkan penggunaan Klorofluorokarbon (CFC) Mengurangkan penggunaan CFC seperti peti sejuk, penghawa dingin dan penyembur serangga dapat menjamin keselamatan lapisan ozon. Penggunaan Peti Sejuk yang berkonsepkan tenaga elektrik sangat digalakkan. 10 / 12
13 Amalan Mengekalkan Udara yang Besih 5) Melakukan penghutanan semula/perladangan hutan Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini kelenbapan suhu dapat dikekalkan dan seterusnya masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan terutamanya di kawasan bandar-bandar besar. Seperti pokok-pokok pokok jenis pain, batai, dan sesenduk. 6) Penguatkuasaan undang-undang yang berterusan Sebagai satu lagi langkah mendidik masyarakat agar bertindak dengan lebih baik, denda yang tinggi boleh dikenakan kepada mereka yang melanggar undang-undang. Sikap mereka ini seharusnya dijadikan pengajaran kepada pihak lain agar lebih berhati-hati dalam menangani hal yang melibatkan kualiti udara. 11 / 12
14 Penutup Kita sepatutnya bersyukur kerana diberi peluang untuk hidup dan terus bernafas. Kita harus sentiasa menjaga alam sekitar terutama udara kita supaya tidak tercemar mahupun peparu kita. Bahan cemar udara harus dikurangkan penggunaannya supaya udara lebih selamat. Meskipun mempunyai banyak jenis ubat-ubatan, namun penyakit sentiasa ada. Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, kita mesti kerap bersihkan bumi kita ini. Kita harus mengikuti cara-cara untuk memperbaiki kualiti udara dan selalu melakukannya. Dengan cara ini, hidup kita dijamin lebih selamat dan bersih. Ini menunjukkan bahawa pentingnya sistem respirasi ini adalah melebihi segalanya untuk meneruskan hidup kita. 12 / 12
PERUBAHAN IKLIM (CLIMATE CHANGE)
PERUBAHAN IKLIM (CLIMATE CHANGE) Perubahan iklim merujuk kepada perubahan di dalam iklim dunia yang memberikan impak kepada manusia dan ekosistem sama ada secara langsung atau tidak langsung. Adalah dijangkakan,
Lebih terperinciSOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN LMCK 2811
SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN LMCK 2811 NAMA PENSYARAH: ENCIK ISMAIL BIN UPAWI NAMA PELAJAR: NURUL ASHIKIN BINTI ZULKIFLI NO. MATRIK: A149716 1 BIL PERKARA MUKA SURAT 1.0 Pengenalan 3 2.0 Perincian Program
Lebih terperinci1. Rajah berikut menunjukkan sebiji tabung uji yang diisikan dengan ketulan ais. Cecair X terbentuk pada dinding luar tabung uji.
Tingkatan 1 Sains Bab 5: Soalan 1. Rajah berikut menunjukkan sebiji tabung uji yang diisikan dengan ketulan ais. Cecair X terbentuk pada dinding luar tabung uji. (a) Apakah warna dan rasa cecair X? [2]
Lebih terperinciHujan Asid Pulau Haba
CONTOH GEOGRAFI PT3 TUGASAN [INSTRUMEN CONTOH 31/5/2014] -fenomena cuaca dan iklim Bantuan ringkas/ rangka kepada pelajar-pelajar. (Pelajar dikehendaki menghasilkan tugasan yang tepat dan sangat lengkap
Lebih terperinciJENIS-JENIS PENCEMARAN. PENCEMARAN BUNYI PENCEMARAN UDARA PENCEMARAN AIR PENCEMARAN TANAH
JENIS-JENIS PENCEMARAN. PENCEMARAN BUNYI PENCEMARAN UDARA PENCEMARAN AIR PENCEMARAN TANAH Kawalan Pencemaran Apa itu pencemaran? Suatu perbuatan mencemarkan (mengotorkan) kebersihan alam sekeliling dengan
Lebih terperinciPencemaran Udara. Definisi Pencemaran Udara
Pencemaran Udara Definisi Pencemaran Udara Definisi pencemaran udara boleh disimpulkan sebagai Apabila sesuatu bahan ataupun kumpulan bahan-bahan dilepaskan ke dalam udara (atmosfera) sehinggakan ia boleh
Lebih terperinciBAHAGIAN D: PENGENALAN KEPADA HAZAD DAN KAWALAN RISIKO.
BAHAGIAN D: PENGENALAN KEPADA HAZAD DAN KAWALAN RISIKO. Pada masa kini kesedaran pihak majikan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerja semakin meningkat. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan
Lebih terperinciKONTRAK BELAJAR PROGRAM STUDI PENDIDIKAN PROFESI NERS STIKES NGUDI WALUYO. Kriteria Waktu Setelah. Strategi Pembelajaran. 1.
KONTRAK BELAJAR PROGRAM STUDI PENDIDIKAN PROFESI NERS STIKES NGUDI WALUYO Nama Mahasiswa NIM Nama Pembimbing Topik Sub Topik Ruang : DANDI HERMAWANSA : 07011b007 : Puji Purwaningsih, S.Kep. Ns : Asuhan
Lebih terperinciJenis-jenis Pencemaran. Pencemaran Bunyi Pencemaran Udara Pencemaran Air Pencemaran Tanah
Kawalan Pencemaran Apa itu pencemaran? Suatu perbuatan mencemarkan (mengotorkan) kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam
Lebih terperinciKesan Rumah Hijau & Pemanasan Global
Kesan Rumah Hijau & Pemanasan Global KANDUNGAN BAB 4: KESAN RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN GLOBAL (Greenhouse effects and global warming) Pengenalan: senario semasa Kesan Rumah Hijau Pengenalan Mekanisme Kesan
Lebih terperinciPenembusan Mendalam Ke Dalam Kulit Anda, Semburan Ajaib Untuk Memadamkan Tanda- Tanda Penuaan ~ H+
Penembusan Mendalam Ke Dalam Kulit Anda, Semburan Ajaib Untuk Memadamkan Tanda- Tanda Penuaan ~ H+ KESIHATAN KULIT Penembusan mendalam ke dalam kulit anda, semburan ajaib untuk memadamkan tanda-tanda penuaan
Lebih terperinciKUALITI UDARA DALAMAN. Lecture 4
KUALITI UDARA DALAMAN Lecture 4 Kandungan Pengenalan Punca Pencemaran Kesan ke atas Kesihatan Teknologi Kawalan Kualiti udara dalaman dan Kehendak Persekitaran Bangunan yang direka bentuk untuk beroperasi
Lebih terperinciSKEMA PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 SAINS TINGKATAN 1
SKEMA PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 06 SAINS TINGKATAN NO SKEMA MARKAH MARKAH Sel X Sel tumbuhan Sel Y Sel haiwan SOALAN Bahagian Sel Fungsi ( markah) Membran Sel Mengawal bahan masuk dan bahan
Lebih terperinciPilihan : Soalan (5) : Alam Sekitar atau Pembangunan?
Pilihan : Soalan (5) Tajuk : Alam Sekitar atau Pembangunan? Pembangunan mengancam Alam sekitar Di Malaysia, pembangunan fizikal adalah tuntutan semasa. Kita memerlukan pelbagai projek besar-besaran sama
Lebih terperinci01 Apakah maksud gambar berikut ini? A. Jangan menghampiri pintu keluar. B. Awas kepala anda C. Pintu keluar kecemasan. D. Tidak dibenarkan berjalan.
01 Apakah maksud gambar berikut ini? A. Jangan menghampiri pintu keluar. B. Awas kepala anda C. Pintu keluar kecemasan. D. Tidak dibenarkan berjalan. 02 Gas (wap) yang dikeluarkan oleh cemar (sludge) petroleum
Lebih terperinciSKEMA PEMARKAHAN UJIAN PENILAIAN AKHIR TAHUN SAINS TINGKATAN SOALAN SKEMA PEMARKAHAN MARKAH (a) 1 K : Sistem Pencernaan
SKEMA PEMARKAHAN UJIAN PENILAIAN AKHIR TAHUN SAINS TINGKATAN 06 SOALAN SKEMA PEMARKAHAN MARKAH (a) K : Sistem Pencernaan L : Sistem Peredaran Darah ( K : Mencernakan makanan kepada bahan yang lebih ringkas
Lebih terperinciSDS Risalah Data Keselamatan
G-PLANTER SDN BHD SDS Risalah Data Keselamatan BASE 15-11-11+1.5 MgO BAHAGIAN 1 - PENGENALPASTIAN PRODUK KIMIA DAN MAKLUMAT SYARIKAT Nama & Alamat Pengilang : Talian Kecemasan: 03-77223180 G-Planter Sdn
Lebih terperinciPANDUAN BINA AYAT DENGAN TETINGKAP MAKLUMAT
1 BM BHG A (20 Soalan) Gambar di bawah menunjukkan langkah-langkah menjaga keselamatan di rumah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang langkah-langkah menjaga keselamatan di rumah Kita perlulah memasang
Lebih terperinciGEOGRAFI T5 K1 SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 1. A 21. A 2. D 22. D 3. D 23. B 4. B 24. C 5. C 25. A 6. D 26. A 7. A 27. A 8. B 28. D 9. B 29. C 10. D 30. B 11. D 31. B 12. C 32. A 13. B
Lebih terperinciSMP JENJANG KELAS MATA PELAJARAN TOPIK BAHASAN IX (SEMBILAN) ILMU PENGETAHUAN ALAM (IPA) SISTEM PERNAPASAN MANUSIA. A. Organ-Organ Pernapasan
JENJANG KELAS MATA PELAJARAN TOPIK BAHASAN SMP IX (SEMBILAN) ILMU PENGETAHUAN ALAM (IPA) SISTEM PERNAPASAN MANUSIA A. Organ-Organ Pernapasan Bernapas merupakan proses yang sangat penting bagi manusia.
Lebih terperinci02 Jika majikan anda menyuruh anda bekerja untuk majikan lain dalam industri yang berlainan, anda harus
01 Apakah makna tanda keselamatan ini? A. Topi keledar putih mesti dipakai. B. Topi mesti dipakai. C. Perlindungan kepala mesti dipakai. D. Perisai muka mesti dipakai. 02 Jika majikan anda menyuruh anda
Lebih terperinciLuka Terbakar dan Melecur
Luka Terbakar dan Melecur Apakah itu luka terbakar dan melecur? Luka terbakar adalah kecederaan tisu yang berpunca dari pendedahan kepada haba, bahan kimia, arus elektrik atau agen radioaktif terlalu lama.
Lebih terperinciRajah 1. (a) Pada rajah 1 di atas, tulis anter, stigma dan filamen untuk melabel bahagian-bahagian tertentu pada bunga itu.
1. Rajah 1 menunjukkan struktur sekuntum bunga. Rajah 1 (a) Pada rajah 1 di atas, tulis anter, stigma dan filamen untuk melabel bahagian-bahagian tertentu pada bunga itu. [3 markah] (b) Pendebungan bunga
Lebih terperinciBAB I PENDAHULUAN. A.Mekanisma ini terbahagi kepada tarikan nafas dan hembusan nafas. B.Ia melibatkan perubahan kepada :
KATA PENGANTAR Puji syukur penulis panjatkan kehadirat Allah SWT, yang telah memberikan rahmat dan hidayah-nya sehingga penulis dapat menyelesaikan makalah ini tepat pada waktunya. Makalah ini merupakan
Lebih terperinci5. Paru-paru dibungkus oleh dua selaput yang dinamakan... a. pleura b. bronkus c. alveolus d. trakea
1. Terjadinya inspirasi pada proses pernapasan manusia adalah karena diafragma.... a. melengkung, tulang rusuk dan dada terangkat b. melengkung, tulang rusuk dan dada turun c. mendatar, tulang rusuk dan
Lebih terperinci1 SKEMA JAWAPAN GEOGRAFI KERTAS 2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009 BAHAGIAN A 1 (a) 124º / 125º / 126º (2 markah) 123º / 127º (b) 3.9 / 4.0 / 4.1 (2 markah) 3.8 / 4.2 / 3.81-3.89 / 4.11-4.19 (c) 103 meter
Lebih terperinciBeberapa jangkitan, yang mungkin tidak tersebar secara seksual, boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius bagi orang-orang HIV.
Jangkitan Bersama Beberapa jangkitan, yang mungkin tidak tersebar secara seksual, boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius bagi orang-orang HIV. Hepatitis Jangkitan virus hepatitis B atau hepatitis
Lebih terperinciBAB 7. Rajah 1. Antara bahagian berikut, yang manakah tidak benar tentang penerangannya?
BAB 7 SOALAN OBJEKTIF. Rajah 2 menunjukkan bahagian-bahagian R,P,Q dan S dalam sistem respirasi seekor lipas. Maklumat di bawah menunjukkan penerangan tentang bahagian-bahagian itu. Q R P Rajah Antara
Lebih terperinciKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI SAINS TINGKATAN 1
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI SAINS TINGKATAN 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
Lebih terperinciKESAN NEGATIF AKIBAT PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN TERHADAP ALAM SEKITAR
KESAN NEGATIF AKIBAT PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN TERHADAP ALAM SEKITAR Pencemaran Bunyi Pertambahan kenderaan di kawasan bandar boleh menghasilkan bunyi yang bising dan mencemarkan bunyi di bandar.
Lebih terperinciLAMPIRAN 3.1 Senarai bagi Pernyataan Bahaya. Bahaya Fizikal
LAMPIRAN.1 Senarai bagi Pernyataan Bahaya Bahaya Fizikal Kod H H200 H201 H202 H20 H204 H205 H220 H221 H222 H22 H224 H225 H226 H228 H240 H241 H242 H250 H251 H252 H260 H261 H270 H271 H272 H280 H281 H290
Lebih terperinciKERTAS 1 KERTAS 2 NO PENERANGAN MARKAH BAHAGIAN A. (b) Apabila masa bertambah, isipadu gas yang dibebaskan juga bertambah
KERTAS 1 1 B 11 D 21 B 31 B 41 A 2 A 12 A 22 B 32 B 42 C 3 A 13 C 23 B 33 A 43 D 4 A 14 B 24 C 34 D 44 B 5 D 15 B 25 C 35 A 45 C 6 A 16 C 26 A 36 B 46 C 7 C 17 B 27 A 37 A 47 D 8 C 18 C 28 C 38 D 48 A
Lebih terperinciPEJABAT PELAJARAN DAERAH TUMPAT. PKBS II 4551/2 BIOLOGI /2 jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
NAMA : TINGKATAN :... PEJABAT PELAJARAN DAERAH TUMPAT PKBS II 4551/2 BIOLOGI 2 2015 2 1 /2 jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU MAKLUMAT UNTUK CALON 1. Tulis nama
Lebih terperinciSenario Pencemaran Udara
Kadar pelepasan Karbon Dioksida (CO2) Berdasarkan Penggunaan Tenaga Elektrik Di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan Kesannya Terhadap kesihatan Pekerjaan Pengenalan Pembangunan yang
Lebih terperinciA. Zon dilarang membawa bahan kimia. B. Dilarang merokok. C. Dilarang membawa mancis. D. Dilarang membawa api terdedah.
01 Di bawah Akta Pekerjaan, seseorang pekerja tidak boleh bekerja lebih daripada jam sehari (ini tidak termasuk kerja lebih masa) A. 6 B. 8 C. 9 D. 10 02 Untuk mencegah kebakaran, apakah yang anda mesti
Lebih terperinciRajah 1. Antara berikut yang manakah diperlukan oleh tumbuhan di atas untuk terus hidup?
2 1 Rajah 1 menunjukkan sejenis tumbuhan. Rajah 1 ntara berikut yang manakah diperlukan oleh tumbuhan di atas untuk terus hidup? Tanah Nutrient Makanan ahaya Matahari 2 Rajah 2 menunjukkan tiga jenis haiwan,
Lebih terperinciR32 LANGKAH KESELAMATAN (Tambahan)
R32 LANGKAH KESELAMATAN (Tambahan) Pemasangan (Ruang) Pastikan pemasangan kerja paip berada pada tahap minimum. Elak menggunakan paip yang kemik dan jangan benarkan lenturan tirus. Pastikan kerja paip
Lebih terperinciTidak dibenarkan mengambil sesuatu kecuali gambar dan jangan meninggalkan apa jua melainkan kesan tapak kaki anda.
PERATURAN-PERATURAN DI HUTAN LIPUR. Di larang sama sekali kegiatan pugut (vandalisme), merosak, memusnah tumbuh-tumbuhan dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di dalam kawasan hutan lipur. Tidak dibenarkan
Lebih terperinciSerat Mikro Kaca Bukan Tenunan
BAHAGIAN 0. MAKLUMAT AM Produk ini merupakan barangan menurut Artikel 3.3 peraturan (EC) Bil. 1907/2006 (REACH). Ia tidak mengandungi kandungan bertujuan untuk dibebaskan di bawah keadaan penggunaan yang
Lebih terperinciEOH 3101 PRINSIP KESIHATAN PERSEKITARAN ISU-ISU PERSEKITARAN JEREBU
EOH 3101 PRINSIP KESIHATAN PERSEKITARAN ISU-ISU PERSEKITARAN JEREBU Pengenalan Jerebu yang kelihatan di langit negara kita adalah berasal dari partikulat-partikulat halus yang terampai di atmosfera. Pada
Lebih terperinciLAPORAN PROJEK KUMPULAN LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN PENYELESAIAN MASALAH SESI 2016/2017 TAJUK: KEMPEN JOM SIHAT NAMA PENSYARAH: DR NORA MUDA
LAPORAN PROJEK KUMPULAN LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN PENYELESAIAN MASALAH SESI 2016/2017 TAJUK: KEMPEN JOM SIHAT NAMA PENSYARAH: DR NORA MUDA NAMA PELAJAR: NURFATIN BT CHE YAHYA A149927 1.0 PENGENALAN
Lebih terperinciEOH3101 PRINSIP KESIHATAN PERSEKITARAN. Pencemaran dan Sanitasi Makanan
EOH3101 PRINSIP KESIHATAN PERSEKITARAN Pencemaran dan Sanitasi Makanan http://nutritioneducationstore.com/images/products/116.png Pengenalan 1. Kawalan makanan dan minuman dari agen penyebab penyakit adalah
Lebih terperinciEmosi dan Perkembangan
BAB 11 Emosi dan Perkembangan Pengenalan Emosi didefinisikan sebagai suatu ekspresi perasaan naluri yang kuat seperti sayang, gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya. Iaitu kehebatan dan kesensitifan
Lebih terperinciUJIAN TAHUN 6 (MEI 2016) DAERAH KENINGAU SAINS 018/2 Kertas 2 Mei jam Satu jam
PEJABAT PELAJARAN DAERAH KENINGAU JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH UJIAN TAHUN 6 (MEI 2016) DAERAH KENINGAU SAINS 018/2 Kertas 2 Mei 2016 1 jam Satu jam KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) SAINS KERTAS
Lebih terperinciDISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA TEKNOLOGI HIJAU KMB
DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA TEKNOLOGI HIJAU KMB Mengurangkan kesan negatif alam sekitar oleh aktiviti ditempat kerja Menerap nilai-nilai murni kepada anggota Menerajui Amalan Hijau Ejen kesedaran dan
Lebih terperinciSDS Lembaran Data Keselamatan
SEKSYEN 1 PENGENALPASTIAN BAHAN DAN MAKLUMAT SYARIKAT Nama dan Alamat Syarikat : G-Planter (SCC) Sdn Bhd (854104-X) 11 A Jalan Mahsuri Kaw. Industri, Jalan Mersing, 86000 Kluang, Johor Telefon kecemasan
Lebih terperinci1. Tenaga adalan penting untuk melakukan aktiviti harian. Tenaga wujud dalam pelbagai bentuk. [3] Spring diregang. Bahan api fosil.
Tingkatan 1 Sains Bab 6: Soalan 1. adalan penting untuk melakukan aktiviti harian. wujud dalam pelbagai bentuk. [3] (a) Padankan bentuk tenaga dengan contohnya. Keupayaan Kinetik Kimia Spring diregang.
Lebih terperinciSakit kepala adalah gejala yang kerap berlaku dikalangan rakyat Malaysia. Ia biasanya tidak menggambarkan suatu penyakit yang serius.
Sakit kepala adalah gejala yang kerap berlaku dikalangan rakyat Malaysia. Ia biasanya tidak menggambarkan suatu penyakit yang serius. Ia melibatkan semua peringkat umur dan hampir semua diantara kita mengalaminya.
Lebih terperinciSerat kaca bukan tenunan
BAHAGIAN 0. MAKLUMAT AM Produk ini merupakan barangan menurut Artikel 3.3 peraturan (EC) Bil. 1907/2006 (REACH). Ia tidak mengandungi kandungan bertujuan untuk dibebaskan di bawah keadaan penggunaan yang
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.8 Pengenalan Projek
BAB 1 PENGENALAN 1.8 Pengenalan Projek Kes kecemasan terutamanya kes kebakaran boleh menyebabkan bencana kepada manusia dan harta benda. Bencana yang berlaku adalah seperti kecederaan fizikal dan mental,
Lebih terperinci04 Jika seseorang pekerja jatuh sakit dan perlu mengambil cuti sakit, beliau harus
01 Di limbungan kapal, sebelum anda diizinkan menjalankan sebarang kerja panas, anda mesti. A. melaporkan kepada pengawal keselamatan B. memberitahu formen C. minum lebih banyak air D. membuat permohonan
Lebih terperinciPenyelidikan keatas pengurusan bahan buangan dalam industri pembinaan telah menjuruskan bagaimana amalan kerja-kerja sediada
BAB 1 PENGENALAN Pembangunan industri pembinaan telah menjadi dasar pembangunan utama bagi negara Malaysia kini. Dalam mencapai negara maju, telah wujud berbagai-bagai industri pembinaan di negara Malaysia
Lebih terperinciOBJEKTIF DAN AKTIVITI SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMS) MS ISO UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
0 OBJEKTIF DAN SASARAN OBJEKTIF DAN SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMS) MS ISO 14001 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Bil Objektif Base line Sasaran Peneraju Tanggungjawab Penjimatan penggunaan kertas (Berdasarkan
Lebih terperinciPertukaran gas antara sel dengan lingkungannya
Rahmy Sari S.Pd PERNAPASAN/RESPIRASI Proses pengambilan oksigen, pengeluaran karbondioksida (CO 2 ), dan menghasilkan energi yang dibutuhkan tubuh) Pertukaran gas antara sel dengan lingkungannya Pernapasan
Lebih terperinciISU-ISU PERSEKITARAN:
EOH3101 PRINSIP KESIHATAN PERSEKITARAN (PRINCIPLES OF ENVIRONMENTAL HEALTH) ISU-ISU PERSEKITARAN: LAPISAN OZON Pengenalan Lapisan ozon ialah satu lapisan nipis gas ozon (O 3 ) setebal 4 inci (10 cm) dan
Lebih terperinciSMP kelas 8 - BIOLOGI BAB 5. SISTEM PERNAPASAN PADA MANUSIALatihan Soal 5.2 TBC. Bronkitis. Asfiksi. Pneumonia
SMP kelas 8 - BIOLOGI BAB 5. SISTEM PERNAPASAN PADA MANUSIALatihan Soal 5.2 1. Berikut ini penyakit yang disebabkan oleh bakteri Mycobacterium tuberuolosis adalah... TBC Bronkitis Kunci Jawaban : A TBC
Lebih terperinciOleh Saiful Bahri Kamaruddin Foto Abd Ra'ai bin Osman
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin Foto Abd Ra'ai bin Osman PULAU TIOMAN, PAHANG, 20 Apr 2014 - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sedang mempelopori penyelidikan mengumpul baka haiwan laut bagi menubuhkan
Lebih terperinciUNIT HAL EHWAL MURID SKTM PROGRAM SEKOLAH SELAMAT
UNIT HAL EHWAL MURID SKTM PROGRAM SEKOLAH SELAMAT ELEMEN SEKOLAH SELAMAT 2012 1. Keselamatan pelajar pergi balik sekolah. 2. Keselamatan warga sekolah. DEFINISI Sekolah Selamat didefinisikan sebagai persekitaran
Lebih terperinciPOLISI PELABUHAN HIJAU LPJ ISI KANDUNGAN 1. PERUTUSAN PENGURUS BESAR LEMBAGA PELABUHAN JOHOR (LPJ)
ISI KANDUNGAN 1. PERUTUSAN PENGURUS BESAR LEMBAGA PELABUHAN JOHOR (LPJ) 2. POLISI PELABUHAN HIJAU LEMBAGA PELABUHAN JOHOR (LPJ) 3. ELEMEN-ELEMEN POLISI PELABUHAN HIJAU LPJ 4. OBJEKTIF KESELURUHAN DAN PROGRAM
Lebih terperinciProgram Taklimat berkaitan Langkah-Langkah Penjimatan Air SAINS bersama MARA
Program Taklimat berkaitan Langkah-Langkah Penjimatan Air SAINS bersama MARA Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan air untuk manusia, dan dengan air itu pula setiap makhluk merasakan kehidupannya
Lebih terperinciPENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Februari Julai
TERHAD 3/ LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PENILAIAN MENENGAH RENDAH 0 3/ GEOGRAFI KERJA KURSUS Februari Julai. Kerja Kursus ini mengandungi dua tugasan: Tugasan dan Tugasan.. Setiap
Lebih terperinciFAQ REISHI GOLD & EXCELLIUM GOLD
FAQ REISHI GOLD & EXCELLIUM GOLD 1. Apa itu Reishi Gold? Reishi Gold adalah produk makanan kesihatan keluaran Gano Excel yang dihasilkan daripada kombinasi 6 spesis Ganoderma lucidum berteraputik tinggi
Lebih terperinciSAINS 55 PENTAKSIRAN 2 MEI SMK SRI AMAN. 2 Jam ARAHAN
1 SMK SRI AMAN PENTAKSIRAN 2 MEI 2 Jam ARAHAN SAINS 55 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan kelas anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang
Lebih terperinciEzLearn2U.my. Tingkatan 2 Sains Bab 5: Soalan. 1. Rajah di bawah menunjukkan satu aktiviti untuk mengkaji komposisi air.
Tingkatan 2 Sains Bab 5: Soalan 1. Rajah di bawah menunjukkan satu aktiviti untuk mengkaji komposisi air. (a) Namakan proses di atas. [1] (b)(i) Selepas arus elektrik dibiarkan mengalir selama 15 minit,
Lebih terperinci2280/1 Geografi Skema Kertas 1 Ogos 2011 PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH NEGERI KEDAH DARUL AMAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2011 SKEMA GEOGRAFI Kertas 1 KERTAS 1 1. B 21. C 2.
Lebih terperinciBAB 7 PENGURUSAN STOR
BAB 7 PENGURUSAN STOR 7.1 Pendahuluan 7.1.1 Pengurusan Stor hendaklah dilaksanakan secara teratur, cekap dan berkesan bagi memastikan Stok sentiasa ada apabila dikehendaki dan menepati kehendak pelanggan
Lebih terperinci02 Jika majikan anda menyuruh anda bekerja untuk majikan lain dalam industri yang berlainan, anda harus
01 Jika anda bekerja di kawasan yang bising, anda mesti. A. Tutup telinga anda dengan tangan. B. Teruskan bekerja. C. Sumbat telinga anda dengan kapas D. Pakai penyumbat telinga atau pelindung telinga
Lebih terperinciMSOC - Malay Sample Questions Set
01 Apakah yang harus dilakukan oleh seseorang pekerja jika dia tidak memahami langkah-langkah untuk mengendalikan mesin yang dinyatakan dalam Prosedur Keselamatan Kerja (SWP)? A. Periksa dengan penyelia
Lebih terperinciO 2 + Zat Makanan CO 2 + H 2 O + Energi
ALAT PERNAFASAN PADA MANUSIA Oleh : Maulana Hudan Daromi, S.Pd Reaksi kimia pernafasan O 2 + Zat Makanan CO 2 + H 2 O + Energi Energi berfungsi untuk memberikan kekuatan manusia dalam beraktifitas Alat
Lebih terperinciSISTEM PERNAPASAN PADA MANUSIA
SISTEM PERNAPASAN PADA MANUSIA Pernapasan manusia meliputi proses inspirasi dan ekspirasi Inspirasi : pemasukan udara luar ke dalam tubuh melalui alat pernapasan Ekspirasi :pengeluaran udara pernapasan
Lebih terperinci5.10 GARIS PANDUAN AKTIVITI PERTANIAN
5.10 GARIS PANDUAN AKTIVITI PERTANIAN Garis panduan ini dikhususkan kepada kawasan aktiviti tanaman, penternakan haiwan dan akuakultur. Skim/ Panduan utama yang harus dirujuk dan dipatuhi adalah seperti:
Lebih terperinciPENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA ( PT3 ) SAINS
PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA ( PT3 ) SAINS Masa: Dua Jam (2 Jam) Arahan: 1. Kertas ini mengandungi 14 soalan. 2. Jawab soalan pada ruang yang disediakan. Soalan Markah Markah Markah Soalan Penuh Diperoleh
Lebih terperinci05 Jika majikan anda menyuruh anda bekerja untuk majikan lain dalam industri yang berlainan, anda harus
01 Sesiapa sahaja yang mabuk dan membuat kacau di tempat-tempat awam di Singapura boleh A. diberikan surat amaran sahaja B. dipenjarakan atau didenda C. diberi hadiah wang tunai D. tiada apa yang akan
Lebih terperinciGaris Panduan Pengurusan Makmal Komputer
Konfigurasi Rangkaian M1-1 Bab 1 : Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer 1.1 Pengurusan Makmal Komputer Bidang pengurusan makmal komputer menekankan beberapa aspek yang harus diberi perhatian khusus
Lebih terperinciGARIS PANDUAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI PEJABAT
UPSI/PEND/AD/597/2/1(3/08) 2 APRIL 2008 25 RABIULAWAL 1429 SPP UPSI BIL. 3 TAHUN 2008 Semua Ketua Pusat Tanggungjawab Universiti Pendidikan Sultan Idris GARIS PANDUAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
Lebih terperinciSMP kelas 8 - BIOLOGI BAB 11. SISTEM EKSKRESI MANUSIALatihan Soal 11.4
SMP kelas 8 - BIOLOGI BAB 11. SISTEM EKSKRESI MANUSIALatihan Soal 11.4 1. Pasang yang tepat antara alat ekskresi dan zat yang dikeluarkan adalah... Hati menghasilkan hormon Paru-paru mengeluarkan uap air
Lebih terperinciAlkohol. Merosakkan tindak balas refleks mental dan fizikal. Kanser otak, lidah, mulut, esofagus, larink dan pundi kencing.
Alkohol KETAGIHAN ALKOHOL Dari segi perubatan, pengambilan sedikit alkohol boleh menyembuhkan penyakit tertentu tetapi jika diambil berlebihan ia dianggap sebagai penyalahgunaan alkolhol dan boleh membawa
Lebih terperinciPROSEDUR PENGURUSAN TENAGA POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA
POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA PROSEDUR PENGURUSAN TENAGA POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA Laporan prosedur pengurusan tenaga ini disediakan selaras dengan kehendak Jawatankuasa Pengurusan Tenaga Politeknik Merlimau
Lebih terperinciSisa Industri: Strategi Mengurangkannya Ke Arah Teknologi Bersih
Sisa Industri: Strategi Mengurangkannya Ke Arah Teknologi Bersih Industri Dan Sisa Yang Dihasilkannya Terdapat pelbagat jenis industri dalam sesebuah negara. Semakin maju sesebuah negara itu semakin pesat
Lebih terperinciv. Akar dan kelihatan keluar dari lubang pasu.
TANAMAN HIASAN 1. Pemasuan semula dilakukan untuk menggantikan medium yang kurang dan yang tidak sesuai dengan pertumbuhan pokok. 2. Medium dan pasu baru yang disediakan akan memberi keadaan yang baik
Lebih terperinciA. Mewujudkan Jawatankuasa Penjimatan Utiliti Universiti.
GARIS PANDUAN PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK (UPM/ISO-EMS/PPPA/GP01) 1. Tujuan Garis panduan ini bertujuan untuk memberi panduan kepada semua staf UPM mengenai langkah-langkah yang boleh diambil dalam menguruskan
Lebih terperinciSMP kelas 9 - BIOLOGI BAB 18. SISTEM PERNAPASANLATIHAN SOAL BAB 18
SMP kelas 9 - BIOLOGI BAB 18. SISTEM PERNAPASANLATIHAN SOAL BAB 18 1. Perhatikan gambar berikut! Image not found http://www.primemobile.co.id/assets/uploads/materi/bio9-18-01.png Bagian yang ditunjukkan
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Tumbuh-tumbuhan merupakan sumber makanan yang penting bagi manusia yang mana mengandungi pelbagai nutrien yang diperlukan oleh badan untuk menjalani proses tumbesaran
Lebih terperinciCSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 4
01 Apa yang patut anda lakukan jika anda nampak rakan sekerja anda bekerja di tingkat 20 tanpa memasang susur di sisi yang terbuka? A. Tidak mempedulikannya dan teruskan bekerja. B. Bantu mereka untuk
Lebih terperinciOleh: ANA KUSUMAWATI
Oleh: ANA KUSUMAWATI PETA KONSEP Pencemaran lingkungan Pencemaran air Pencemaran tanah Pencemaran udara Pencemaran suara Polutannya Dampaknya Peran manusia Manusia mempunyai peranan dalam pembentukan dan
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan industri yang amat penting dalam menggerakkan pembangunan di Malaysia dan seterusnya menjana perkembangan ekonomi di negara ini. Industri ini
Lebih terperinciBAHAGIAN A: JAWAP SEMUA SOALAN (20 markah)
BAHAGIAN A: JAWAP SEMUA SOALAN (20 markah) (1) Pandangan ahli sains yang optimis tentang populasi manusia yang semakin meningkat ialah? (a) Perlu mengawal populasi supaya ruang dan sumber sentiasa mencukupi
Lebih terperinciEnergy Life Water. Nilai ph dalam badan yang sihat adalah di antara
Nilai ph dalam badan yang sihat adalah di antara 7.35-7.45. Kajian-kajian medikal yang dilakukan membuktikan bahawa kekejangan otot akan berlaku apabila nilai ph dalam bendalir darah mencapai 7.1; manusia
Lebih terperinciPATIENT INFORMATION LEAFLET MEDICINE TO TREAT: DIABETES UBAT UNTUK MERAWAT: DIABETES. Insulin
PATIENT INFORMATION LEAFLET MEDICINE TO TREAT: DIABETES UBAT UNTUK MERAWAT: DIABETES Insulin Penggunaan ubat-ubat ini telah terbukti selamat dan berkesan. Namun demikian, ubat-ubat ini mampu membahayakan
Lebih terperinciKaedah biasa yang digunakan untuk mencerunkan dasar parit adalah : a) Penggunaan ROD ARAS b) Penggunaan timbang air dan kayu lurus
COMPETENCY 2 : SISTEM SALIRAN Pemasangan Paip Saliran Mencerunkan dasar Parit Saluran sanitasi biasanya dipasang dibawah permukaan tanah. Oleitu parit sementara perlu digali dan parit ini mesti dicerunkan.
Lebih terperinciMSOC - Malay Sample Questions Set 4
01 Apakah maklumat yang TIDAK dimasukkan ke dalam Lembaran Data Keselamatan (SDS)? A. Nama bahan kimia B. Harga bahan kimia C. Langkah-langkah memadamkan api D. Bahaya-bahaya kesihatan 02 Apakah denda
Lebih terperinciRisalah Data Keselamatan
Risalah Data Keselamatan Mukasurat: 1/6 1. Pengenalpastian syarikat dan sediaan/bahan Irgalite Rubine 4BFP Kegunaan: komponen pewarna Syarikat: BASF (Malaysia) Sdn Bhd No 2, Jalan U8/87, Seksyen U8, Bukit
Lebih terperinciKISI KISI SOAL PRETEST DAN POST TEST. Ranah Kognitif Deskripsi Soal Jawaban
KISI KISI SOAL PRETEST DAN POST TEST No Tujuan Pembelajaran 1 1. Menjelaskan pengertian sistem. 2. Menuliskan organ-organ 3. Menjelaskan fungsi organorgan yang terlibat dalam sistem Ranah Kognitif Deskripsi
Lebih terperinciISI KANDUNGAN. Kata-kata aluan Objektif Produk Latar Belakang Produk Keistimewaan Produk Gambar Produk Cara Penggunaan 5 Tips Kekal Sihat
ISI KANDUNGAN Kata-kata aluan Objektif Produk Latar Belakang Produk Keistimewaan Produk Gambar Produk Cara Penggunaan 5 Tips Kekal Sihat 1 KATA-KATA ALUAN Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah
Lebih terperinciMasalah Ketika Hamil
Masalah Ketika Hamil Keguguran Keadaan ini berlaku apabila janin dilahirkan sebelum ia berkembang secukupnya untuk hidup di luar tubuh ibu. Tanda-tanda awal masalah ini adalah seperti pendarahan dan kekejangan.
Lebih terperinciSMP kelas 8 - BIOLOGI BAB 5. SISTEM PERNAPASAN PADA MANUSIALATIHAN SOAL
1. Perhatikan gambar berikut! SMP kelas 8 - BIOLOGI BAB 5. SISTEM PERNAPASAN PADA MANUSIALATIHAN SOAL Bagian yang ditunjukan nomor 2 dan 4 adalah... Bronkiolus dan alveolus Bronkus danalveolus Bronkus
Lebih terperinciKucing, arnab dan kura-kura berkaki empat sementara ikan tidak berkaki
Jawab semua soalan 1. i antara berikut, yang manakah bukan kemahiran saintifik? Mengelas Meramal Memerhati Membanding-beza 2. Kucing, arnab dan kura-kura berkaki empat sementara ikan tidak berkaki Merujuk
Lebih terperinciSOAL SELIDIK BUKAN PEROKOK DEWASA
ID Penemubual: - Kementerian Kesihatan Malaysia Pusat Racun Negara Universiti Sains Malaysia Penilaian Kempen Tak Nak Dan Tinjauan Polisi Pengawalan Tembakau Antarabangsa SOAL SELIDIK BUKAN PEROKOK DEWASA
Lebih terperinciMenurut Dr. Ahmad, kos. ISMAIL Semenanjung Malaysia sejak pad a
BIARPUN pelbagai kaedah rawatan digunakan untuk memusnahkan siput gondang emas. sifat haiwan itu yang tahan lasak menyebabkan serangannya sentiasa berulang. KAWASAN lapang ditengah-tengah petak sawah ini
Lebih terperinciA. dilatih dan lulus dalam MSOC B. dilatih dan lulus dalam OPSOC C. dilatih dan lulus dalam SSIC D. dilatih dan lulus dalam CSOC
01 Trak angkat susun (forklift) hanya boleh dikendalikan oleh A. Pengurus atau penyelia sahaja. B. Pekerja yang sudah mendapat latihan yang betul untuk mengendalikan trak angkat susun sahaja. C. Pekerja
Lebih terperinci