Pencemaran Udara. Definisi Pencemaran Udara
|
|
- Leony Susanto
- 6 tahun lalu
- Tontonan:
Transkripsi
1 Pencemaran Udara Definisi Pencemaran Udara Definisi pencemaran udara boleh disimpulkan sebagai Apabila sesuatu bahan ataupun kumpulan bahan-bahan dilepaskan ke dalam udara (atmosfera) sehinggakan ia boleh membahayakan atau mempengaruhi manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan ataupun bahan-bahan lain. Ini disebabkan bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah. Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangangan, barah, asma, kekejangan dan anemia. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara. Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain, atau merosakkan alam sekitar, ke dalam dalam atmosfera. Contoh pencemar udara ialah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif. Faktor-faktor Pencemaran Udara Perkembangan ekonomi dunia bergantung kepada industri-industri yang menghasilkan barang untuk dieksport atau untuk aktiviti perniagaan domestik. Namun, ini telah menambah buruk keadaan pencemaran udara dunia. Pelepasan nitrogen, sulfur dioksida, hidrokarbon dan karbon dioksida telah membawa kesan sampingan kepada kehidupan alam sekitar. Industri logam pula bertanggungjawab mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan boleh mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia. Selain itu, bukan sahaja gas-gas pencemar dilepaskan oleh industri, manakala habuk-habuk yang mampu mengakibatkan sesak nafas manusia juga dilepaskan.
2 Kenderaan motor merupakan penyumbang pencemaran utama di dunia. Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, motor, lori, kapal terbang dan sebagainya. Setiap kenderaan motor memerlukan tenaga yang banyak untuk bergerak dan ini perlu melalui proses pembakaran bahan api fosil untuk menghasilkannya. Akibatnya, gas karbon monoksida, nitrus oksida, hydrokarbon dan habuk-habuk. Pada tahun 2004, 14 juta kenderaan telah berdaftar digunakan di Malaysia. Angka ini adalah 2 kali ganda berbanding dengan sedekad lalu. Angka ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun dengan meningkatnya pendapatan, pemindahan luar bandar ke bandar dan kekurangan kemudahan pengangkutan awam yang cekap. Pembakaran terbuka sering berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah, sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan. Pembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk tujuan penanaman semula banyak partikel jelaga. Partikel jelaga ini boleh diterbangkan pada jarak yang jauh oleh angin dan inilah punca jerebu yang kerap menyelubungi ruang udara Malaysia. Api dari pembakaran ini bukan sahaja
3 menghasilkan asap yang mencemarkan tetapi ia juga memusnahkan segala fauna dan flora di sekitarnya. Keadaan tersebut akan menjadi lebih serius pada musim panas panjang kerana ia turut menyumbang kepada masalah jerebu yang mampu menjejaskan kesihatan awam dan mengurangkan jarak penglihatan. Contohnya, masalah jerebu yang melanda Malaysia pada tahun 1997 menyebabkan hampir seluruh negara seolah-olah diselubungi 'asap'. Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara. Kesan-kesan Pencemaran Udara Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada
4 oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paru-paru terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit. Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuhtumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan basil keluarannya akan terancam. Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan setempat. Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana ia akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi.
5 Tidak ketinggalan, pencemaran udara juga memberi kesan kepada bangunan-bangunan. Bangunan-bangunan, khususnya yang diperbuat daripada batu kapur boleh mengalami keretakan dan roboh. Ini kerana bahan-bahan pencemar yang terdiri daripada bahan kimia berbahaya akan lekat dan bertindak balas ke atas batu dan meretakkan bangunan. Bangunan-bangunan akan rapuh, terurai, lemah, pudar dan kotor. Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk membaiki dan memulihkannya. Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahan-bahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan meningkat. Fenomena ini menyebabkan berlakunya pencairan ais di bahagian kutub bumi. Banjir besar akan berlaku atas peningkatan paras air laut. Pencemaran Bunyi Definisi Pencemaran Bunyi Pencemaran bunyi boleh diertikan sebagai sebarang bunyi yang boleh memberi gangguan psikologi dan kesan sosial kepada seseorang atau kumpulan. Contohnya seperti gangguan percakapan, kerja, berehat, rekreasi, tidur dan sebagainya. Bunyi ini boleh tersebar melalui medium udara, air dan bahan pepejal yang lain seperti kayu, besi dan sebagainya.
6 Menurut Bugliarello (1976) dan Freeman (1984), tidak terdapat seorang pun pada hari ini yang boleh terlepas dari pencemaran bunyi bising. Ini adalah kerana bunyi bising telah mengganggu kualiti kehidupan. Ia juga terjadi tanpa mengira batasan politik atau sosial. Walau bagaimanapun, dalam perbincangan mengenai pencemaran didapati pencemaran bunyi bising merupakan pencemaran yang seringkali dilupakan atau diabaikan berbanding dengan pencemaran lain seperti air dan udara. Keadaan ini terjadi mungkin disebabkan pencemaran bunyi bising merupakan suatu pencemaran yang tidak meninggalkan sisa kepada alam sekitar. Faktor faktor Pencemaran Bunyi Pencemaran bunyi berpunca daripada pengangkutan yang boleh dibahagikan kepada tiga punca utama iaitu lalulintas, kapal terbang dan keretapi. Lalu lintas merupakan punca utama pencemaran kebisingan komuniti di bandar-bandar utama. Kenderaan di jalan raya mengeluarkan bunyi hon boleh memekakkan pendengaran terutamanya di jalan sesak. Sejurus itu boleh menggangu ketenteraman masyarakat. Secara umumnya terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kebisingan lalu lintas antaranya adalah permukaan jalan dan jenis jalan, kelajuan kenderaan, nisbah laluan lori, kecerunan dan persimpangan jalan dan keadaan cuaca. Kebisingan kapal terbang amat ketara bagi komuniti yang tinggal berhampiran dengan lapangan terbang. Kebisingan kapal terbang bergantung kepada jenisnya, kuasa enjin dan keadaan operasi di lapangan terbang. Masalah kebisingan dari sumber keretapi lebih ketara di kawasan tertentu sahaja, misalnya di kawasan luar bandar yang biasanya terdapat landasan keretapi yang melaluinya. Punca utama kebisingan adalah daripada roda dan landasan keretapi. Kebisingan daripada operasi industri adalah daripada mesin dan peralatannya. Paras tekanan bising industri adalah sukar ditentukan disebabkan saiz dan bentuk
7 pelbagai industri di samping mempunyai gelombang pelbagai sumber kebisingan. Operasi pembinaan pula bersifat sementara, namun untuk projek besar ia akan memakan masa yang lama. Kebisingan ini biasanya dihasilkan oleh penggunaan jentera dalam proses pembinaan. Penanaman cerucuk biasanya mengeluarkan bunyi yang kuat kerana hentakan besi cerucuk dan enjin mesin hentakan. Kebisingan pembinaan juga dihasilkan oleh mesin pembancuh simen, trak pengangkut dan janakuasa yang digunakan. Kebisingan daripada aktiviti harian manusia dan suara manusia juga menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi. Kebisingan ini termasuklah berpunca daripada radio, televisyen dan sebagainya serta daripada binatang peliharaan seperti anjing. Kebisingan ini amat ketara di kawasan-kawasan perumahan berkepadatan tinggi. Di kawasan kuari pula, pekerja kuari setiap hari terdedah dengan pencemaran bunyi melalui letupan dan pengerudian batu-batan. Frekuensi getaran bunyi yang berpanjangan akibat pemecahan batu bukan sahaja menyakitkan telinga bahkan boleh mendatangkan masalah kurang pendengaran.
8 Kesan Pencemaran Bunyi I. Kesan Pencemaran Bunyi Terhadap Manusia Bunyi yang tidak dikehendaki mampu membawa kesan negatif secara physiological. Pencemaran bunyi mampu memberi tekanan, menghilangkan pendegaran, gangguan tidur serta kesan buruk lain. Tekanan dan hipertansi adalah punca utama masalah kesihatan, di mana telinga berdengung menyebabkan mengalami masalah daya ingatan, serta serangan panik. Selain itu, kesan lain pula pencemaran bunyi mampu menyumbang kepada kesan kardiovaksular. Dimana boleh menyebabkan peningkatan statisik pada tekanan darah serta peningkatan kejadian arteri koronari. Pencemaran bunyi menyebabkan menjejaskan produktiviti. Dimana pekerja tidak dapat menjana idea untuk organisasi apabila pencemaran bunyi berleluasa sehingga menjejaskan pemikiran seseorang. II. Kesan Pencemaran Bunyi Terhadap Alam Sekitar Bunyi bising memberi kesan buruk kepada haiwan. Ia menyebebkan tekanan serta meningkat risiko kematian dan menganggu haiwan berhubung terutamanya berkaitan dengan pembiakan dan navigasi. Dedahan lampau akustik boleh mendorong kepada kehilangan pendengaran sementara atau kekal. Selain itu, kesan bunyi boleh memusnahkan habitat yang disebabkan bunyi bising. Sebagai contoh,pencemaran bunyi menyebabkan kematian speseis paus tertentu akibat terdedah kepada sonar tentera yang kuat.
9 Langkah Mengawal Pencemaran Bunyi Usaha pengawalan bunyi adalah sukar kerana bunyi memberi makna dan berkaitan dengan kehidupan. Bunyi yang kerterlaluan seperti dari kilang-kilang pula mendatangkan kesan tidak baik dan dalam masa yang sama negara menuntut pembangunan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat. Kerajaan diharapkan dapat mewujudkan lebih banyak lagi kawasan dan taman industri yang jauh dari kediaman. Ertinya zon pencemaran bunyi hanya berlaku di kawasan itu sahaja sementara itu mewajibkan pengusaha kilang menyediakan alat penghadang bunyi kepada pekerja yang sentiasa berada di kawasan bunyi bising. Masyarakat boleh membantu pengurangan kadar bunyi bising walaupun tidak secara keseluruhannya dengan memperlahankan bunyi radio, muzik karaoke dan bunyi motorsikal yang telah diubah suai. Perkongsian kereta merupakan strategi serampang tiga mata iaitu mengurangkan kesesakan lalulintas, mengurangkan kos dan mengurangkan pencemaran bunyi. Bunyi empat buah kereta dan ruang jalanraya dan tempat letak kereta bagi empat buah kereta telah diisi oleh sebuah kereta. Cara ini juga sangat digalakkan oleh kerajaan dan rakyat harus menyokong dan mempraktikan saranan itu. Penggunaan alat dan jentera canggih dalam pembinaan mengurangkan kadar bunyi bising berbanding jentera lama. Penggunaan jentera canggih juga lebih mempercepatkan proses pembinaan terutamanya alat menanam cerucuk dan mengerudi. Projek kawasan perumahan berfasa yang memakan masa dan berhampiran dengan penduduk yang sedia ada amatlah perlu menggunakan jentera canggih walaupun iannya dilihat melibatkan kos yang besar. Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Alam Sektar Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Berikut merupakan beberapa langkah yang boleh diambil oleh semua pihak dalam menangani isu alam sekitar yang semakin berleluasa di negara kita.
10 Pertama, penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden, adalah tidak mungkin untuk membersihkan tumpahan minyak di laut. Dengan adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar lama, majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Selain itu, bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh digunakan untuk menghasilkan metana. Selain itu, dengan adanya teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia. Kedua, melalui penerapan Ilmu Pendidikan Alam dalam Kurikulum. Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran. Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar. Ketiga, peranan yang dimainkan oleh pihak Media Massa. Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada
11 membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamaanya. Keempat, mengadakan kempen melindungi alam sekitar. Dengan menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar, ia adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap pesertapesertanya. Pameran tentang alam sekitar juga boleh diadakan untuk memberitahu kepada masyarakat tentang isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesankesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar. Langkah kelima ialah kerajaan perlu mengawal perlepasan asap dan pembuangan toksik bahan kilang dengan efektif. Pengawalan ini boleh dilakukan menerusi tindakan menguatkuasakan undang-undang terutama meningkatkan aspek dendaan dan hukuman penjara kepada pesalah. Rakyat negara ini pasti akan berasa takut apabila mendengar bahawa hukuman mencemarkan alam begitu berat sehingga mereka tidak lagi berani mencemarkan alam. Jadi, kerajaan perlu mengawal pencemaran alam dengan mengetatkan peraturan yang sedia ada.
12 Keenam, program kitar semula yang diuar-uarkan oleh kerajaan perlu diambil perhatian kerana mampu mempertingkat kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan. Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproses menjadi baja nutrien bagi menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh juga dijadikan tisu. Melalui cara ini, sumber-sumber alam seperti pokok yang digunakan bagi mendapatkan bahan mentah untuk memenuhi keperluan asas manusia dapat dikurangkan. Selain itu, negara juga dapat menjimatkan kos bagi mendapatkan keperluan-keperluan manusia sekaligus dapat memelihara kebersihan alam sekitar.tegasnya, program kitar semula ialah salah satu cara untuk mengatasi pencemaran alam sekitar.
JENIS-JENIS PENCEMARAN. PENCEMARAN BUNYI PENCEMARAN UDARA PENCEMARAN AIR PENCEMARAN TANAH
JENIS-JENIS PENCEMARAN. PENCEMARAN BUNYI PENCEMARAN UDARA PENCEMARAN AIR PENCEMARAN TANAH Kawalan Pencemaran Apa itu pencemaran? Suatu perbuatan mencemarkan (mengotorkan) kebersihan alam sekeliling dengan
Lebih terperinciJenis-jenis Pencemaran. Pencemaran Bunyi Pencemaran Udara Pencemaran Air Pencemaran Tanah
Kawalan Pencemaran Apa itu pencemaran? Suatu perbuatan mencemarkan (mengotorkan) kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam
Lebih terperinci3WUM SAINS SMK LAKSAMANA PUAN ASMAR
KEPENTINGAN SISTEM RESPIRASI YANG SIHAT NAMA : KELAS : SUBJECT : SEKOLAH : GURU : SURDISH PERUMALL 3WUM SAINS SMK LAKSAMANA PUAN ASMAR ISI KANDUNGAN TAJUK MUKA SURAT Pengenalan kepada Respirasi 1/12 Objektive
Lebih terperinciHujan Asid Pulau Haba
CONTOH GEOGRAFI PT3 TUGASAN [INSTRUMEN CONTOH 31/5/2014] -fenomena cuaca dan iklim Bantuan ringkas/ rangka kepada pelajar-pelajar. (Pelajar dikehendaki menghasilkan tugasan yang tepat dan sangat lengkap
Lebih terperinciKESAN NEGATIF AKIBAT PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN TERHADAP ALAM SEKITAR
KESAN NEGATIF AKIBAT PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN TERHADAP ALAM SEKITAR Pencemaran Bunyi Pertambahan kenderaan di kawasan bandar boleh menghasilkan bunyi yang bising dan mencemarkan bunyi di bandar.
Lebih terperinciPERUBAHAN IKLIM (CLIMATE CHANGE)
PERUBAHAN IKLIM (CLIMATE CHANGE) Perubahan iklim merujuk kepada perubahan di dalam iklim dunia yang memberikan impak kepada manusia dan ekosistem sama ada secara langsung atau tidak langsung. Adalah dijangkakan,
Lebih terperinciGEOGRAFI T5 K1 SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 1. A 21. A 2. D 22. D 3. D 23. B 4. B 24. C 5. C 25. A 6. D 26. A 7. A 27. A 8. B 28. D 9. B 29. C 10. D 30. B 11. D 31. B 12. C 32. A 13. B
Lebih terperinci1. Rajah berikut menunjukkan sebiji tabung uji yang diisikan dengan ketulan ais. Cecair X terbentuk pada dinding luar tabung uji.
Tingkatan 1 Sains Bab 5: Soalan 1. Rajah berikut menunjukkan sebiji tabung uji yang diisikan dengan ketulan ais. Cecair X terbentuk pada dinding luar tabung uji. (a) Apakah warna dan rasa cecair X? [2]
Lebih terperinciSOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN LMCK 2811
SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN LMCK 2811 NAMA PENSYARAH: ENCIK ISMAIL BIN UPAWI NAMA PELAJAR: NURUL ASHIKIN BINTI ZULKIFLI NO. MATRIK: A149716 1 BIL PERKARA MUKA SURAT 1.0 Pengenalan 3 2.0 Perincian Program
Lebih terperinci1 SKEMA JAWAPAN GEOGRAFI KERTAS 2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009 BAHAGIAN A 1 (a) 124º / 125º / 126º (2 markah) 123º / 127º (b) 3.9 / 4.0 / 4.1 (2 markah) 3.8 / 4.2 / 3.81-3.89 / 4.11-4.19 (c) 103 meter
Lebih terperinciKesan Rumah Hijau & Pemanasan Global
Kesan Rumah Hijau & Pemanasan Global KANDUNGAN BAB 4: KESAN RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN GLOBAL (Greenhouse effects and global warming) Pengenalan: senario semasa Kesan Rumah Hijau Pengenalan Mekanisme Kesan
Lebih terperinciSKEMA PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 SAINS TINGKATAN 1
SKEMA PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 06 SAINS TINGKATAN NO SKEMA MARKAH MARKAH Sel X Sel tumbuhan Sel Y Sel haiwan SOALAN Bahagian Sel Fungsi ( markah) Membran Sel Mengawal bahan masuk dan bahan
Lebih terperinciPilihan : Soalan (5) : Alam Sekitar atau Pembangunan?
Pilihan : Soalan (5) Tajuk : Alam Sekitar atau Pembangunan? Pembangunan mengancam Alam sekitar Di Malaysia, pembangunan fizikal adalah tuntutan semasa. Kita memerlukan pelbagai projek besar-besaran sama
Lebih terperinciTAHAP. Apa Gunanya Sampah? Menaakul
TAHAP 2 Apa Gunanya Sampah? Meneroka Orbit Buku Membongkar Sneak Peak! Menaakul Kandungan Sampah...6 Jenis-jenis sampah...8 Pengumpulan sampah...10 Tapak pelupusan...12 Kitar semula...14 Proses kitar semula...16
Lebih terperinciSenario Pencemaran Udara
Kadar pelepasan Karbon Dioksida (CO2) Berdasarkan Penggunaan Tenaga Elektrik Di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan Kesannya Terhadap kesihatan Pekerjaan Pengenalan Pembangunan yang
Lebih terperinciEOH 3101 PRINSIP KESIHATAN PERSEKITARAN ISU-ISU PERSEKITARAN JEREBU
EOH 3101 PRINSIP KESIHATAN PERSEKITARAN ISU-ISU PERSEKITARAN JEREBU Pengenalan Jerebu yang kelihatan di langit negara kita adalah berasal dari partikulat-partikulat halus yang terampai di atmosfera. Pada
Lebih terperinciEzLearn2U.my. Tingkatan 2 Sains Bab 5: Soalan. 1. Rajah di bawah menunjukkan satu aktiviti untuk mengkaji komposisi air.
Tingkatan 2 Sains Bab 5: Soalan 1. Rajah di bawah menunjukkan satu aktiviti untuk mengkaji komposisi air. (a) Namakan proses di atas. [1] (b)(i) Selepas arus elektrik dibiarkan mengalir selama 15 minit,
Lebih terperinciSKEMA PEMARKAHAN UJIAN PENILAIAN AKHIR TAHUN SAINS TINGKATAN SOALAN SKEMA PEMARKAHAN MARKAH (a) 1 K : Sistem Pencernaan
SKEMA PEMARKAHAN UJIAN PENILAIAN AKHIR TAHUN SAINS TINGKATAN 06 SOALAN SKEMA PEMARKAHAN MARKAH (a) K : Sistem Pencernaan L : Sistem Peredaran Darah ( K : Mencernakan makanan kepada bahan yang lebih ringkas
Lebih terperinciBAB 10 KESAN PERUBAHAN PENDUDUK TERHADAP ALAM SEKITAR
BAB 10 KESAN PERUBAHAN PENDUDUK TERHADAP ALAM SEKITAR Bab 10 - Kesan perubahan penduduk terhadap alam sekitar Tema 4 Dinamik Penduduk Pengenalan Pada umumnya, negara di dunia mengalami pertambahan penduduk
Lebih terperincie) Sebatian karbonat - Kebanyakan adalah tidak stabil - Terurai kepada oksida & karbon dioksida apabila dipanaskan - Contohnya:
Mineral di Kerak Bumi 1. Mineral adalah unsur@sebatian yang wujud secara semula jadi di dalam kerak bumi. 2. Kebanyakan mineral adalah sebatian semula jadi yang terbentuk daripada tindak balas kimia di
Lebih terperinciA. Zon dilarang membawa bahan kimia. B. Dilarang merokok. C. Dilarang membawa mancis. D. Dilarang membawa api terdedah.
01 Di bawah Akta Pekerjaan, seseorang pekerja tidak boleh bekerja lebih daripada jam sehari (ini tidak termasuk kerja lebih masa) A. 6 B. 8 C. 9 D. 10 02 Untuk mencegah kebakaran, apakah yang anda mesti
Lebih terperinciKejuruteraan alam sekitar edisi kedua. Kandungan: Pendahuluan. Bab 1 Kejuruteraan Alam Sekitar. Kejuruteraan Awam. Kesihatan Awam. Ekologi.
Kejuruteraan alam sekitar edisi kedua Kandungan: Pendahuluan Bab 1 Kejuruteraan Alam Sekitar Kejuruteraan Awam Kesihatan Awam Ekologi Etika Kejuruteraan Alam Sekitar sebagai Kerjaya Bab 2 Analisis Risiko
Lebih terperinciIklim Perubahan iklim
Perubahan Iklim Pengertian Iklim adalah proses alami yang sangat rumit dan mencakup interaksi antara udara, air, dan permukaan daratan Perubahan iklim adalah perubahan pola cuaca normal di seluruh dunia
Lebih terperinciv. Akar dan kelihatan keluar dari lubang pasu.
TANAMAN HIASAN 1. Pemasuan semula dilakukan untuk menggantikan medium yang kurang dan yang tidak sesuai dengan pertumbuhan pokok. 2. Medium dan pasu baru yang disediakan akan memberi keadaan yang baik
Lebih terperinciOleh: ANA KUSUMAWATI
Oleh: ANA KUSUMAWATI PETA KONSEP Pencemaran lingkungan Pencemaran air Pencemaran tanah Pencemaran udara Pencemaran suara Polutannya Dampaknya Peran manusia Manusia mempunyai peranan dalam pembentukan dan
Lebih terperinciBAHAGIAN D: PENGENALAN KEPADA HAZAD DAN KAWALAN RISIKO.
BAHAGIAN D: PENGENALAN KEPADA HAZAD DAN KAWALAN RISIKO. Pada masa kini kesedaran pihak majikan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerja semakin meningkat. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan
Lebih terperinciSisa Industri: Strategi Mengurangkannya Ke Arah Teknologi Bersih
Sisa Industri: Strategi Mengurangkannya Ke Arah Teknologi Bersih Industri Dan Sisa Yang Dihasilkannya Terdapat pelbagat jenis industri dalam sesebuah negara. Semakin maju sesebuah negara itu semakin pesat
Lebih terperinciLAPORAN KAJIAN KES KELAB TAMAN KITAR SEMULA SEKOLAH KEBANGSAAN KEDAI BULOH 2
LAPORAN KAJIAN KES KELAB TAMAN KITAR SEMULA SEKOLAH KEBANGSAAN KEDAI BULOH 2 1.0 PENGENALAN Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pada 12 Mac 2017 hingga
Lebih terperinciPEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2016 GEOGRAFI KERTAS /1
SULIT NAMA:. TINGKATAN: PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2016 GEOGRAFI KERTAS 1 2280/1 September 1 ¼ jam Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas
Lebih terperinciKERTAS 1 KERTAS 2 NO PENERANGAN MARKAH BAHAGIAN A. (b) Apabila masa bertambah, isipadu gas yang dibebaskan juga bertambah
KERTAS 1 1 B 11 D 21 B 31 B 41 A 2 A 12 A 22 B 32 B 42 C 3 A 13 C 23 B 33 A 43 D 4 A 14 B 24 C 34 D 44 B 5 D 15 B 25 C 35 A 45 C 6 A 16 C 26 A 36 B 46 C 7 C 17 B 27 A 37 A 47 D 8 C 18 C 28 C 38 D 48 A
Lebih terperinciProgram Taklimat berkaitan Langkah-Langkah Penjimatan Air SAINS bersama MARA
Program Taklimat berkaitan Langkah-Langkah Penjimatan Air SAINS bersama MARA Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan air untuk manusia, dan dengan air itu pula setiap makhluk merasakan kehidupannya
Lebih terperinciEzLearn2U.my. Tingkatan 4 Sains Bab 8: BAHAN KIMIA DALAM PERINDUSTRIAN. Soalan
Tingkatan 4 Sains Bab 8: BAHAN KIMIA DALAM PERINDUSTRIAN Soalan 1 Salmah mendapati cincin emasnya mudah bengkok. Apakah cara untuk menjadikan cincin emasnya bertambah keras? A Menambahkan lebih banyak
Lebih terperinciSMA/MA IPS kelas 10 - GEOGRAFI IPS BAB 5. DINAMIKA ATMOSFERLATIHAN SOAL 5.5. La Nina. El Nino. Pancaroba. Badai tropis.
SMA/MA IPS kelas 10 - GEOGRAFI IPS BAB 5. DINAMIKA ATMOSFERLATIHAN SOAL 5.5 1. Perubahan iklim global yang terjadi akibat naiknya suhu permukaan air laut di Samudra Pasifik, khususnya sekitar daerah ekuator
Lebih terperinciBahagian A (i) - Ringkasan. [ 20 markah ]
Bahagian A (i) - Ringkasan [ 20 markah ] Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara menanam rasa cinta akan alam sekitar dalam kalangan
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Kepelbagaian biologi atau biodiversiti merupakan suatu unsur penting di dalam sistem pengurusan air sungai. Interaksi di antara pelbagai jenis organisma di dalam sungai
Lebih terperinciSustainable Education 54
Sustainable Education 54 AMALAN PEMBUANGAN SAMPAH DALAM KALANGAN PENSYARAH, PELAJAR & PEKERJA KAFETERIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU- KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM Fazida binti Haji Othman Jabatan Sains Sosial,
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.8 Pengenalan Projek
BAB 1 PENGENALAN 1.8 Pengenalan Projek Kes kecemasan terutamanya kes kebakaran boleh menyebabkan bencana kepada manusia dan harta benda. Bencana yang berlaku adalah seperti kecederaan fizikal dan mental,
Lebih terperinciPEJABAT PELAJARAN DAERAH TUMPAT. PKBS II 4551/2 BIOLOGI /2 jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
NAMA : TINGKATAN :... PEJABAT PELAJARAN DAERAH TUMPAT PKBS II 4551/2 BIOLOGI 2 2015 2 1 /2 jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU MAKLUMAT UNTUK CALON 1. Tulis nama
Lebih terperinciGeografi. Kelas X ATMOSFER VII KTSP & K Iklim Junghuhn
KTSP & K-13 Kelas X Geografi ATMOSFER VII Tujuan Pembelajaran Setelah mempelajari materi ini, kamu diharapkan memiliki kemampuan berikut. 1. Memahami iklim Junghuhn dan iklim Schmidt Ferguson. 2. Memahami
Lebih terperinci02 Jika majikan anda menyuruh anda bekerja untuk majikan lain dalam industri yang berlainan, anda harus
01 Jika anda bekerja di kawasan yang bising, anda mesti. A. Tutup telinga anda dengan tangan. B. Teruskan bekerja. C. Sumbat telinga anda dengan kapas D. Pakai penyumbat telinga atau pelindung telinga
Lebih terperinciMSOC - Malay Sample Questions Set
01 Apakah yang harus dilakukan oleh seseorang pekerja jika dia tidak memahami langkah-langkah untuk mengendalikan mesin yang dinyatakan dalam Prosedur Keselamatan Kerja (SWP)? A. Periksa dengan penyelia
Lebih terperinciSKEMA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 GEOGRAFI KERTAS 2
SKEMA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 GEOGRAFI KERTAS 2 1 a) 2.5 km² b) (i) padi (ii) getah c) (i) pamah (ii) bekalan air (iii) banyak buruh (iv) jalan raya baik [4 markah] 2 a) Bt.Kayu [1 markah] b) 462
Lebih terperinciKHATIB BILAL Sempena sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia yang diadakan pada 2 hingga 7 Oktober 2017, mimbar pada hari ini akan membincangkan khutbah yang bertajuk: Islam melarang umatnya dari
Lebih terperinci01 Apakah maksud gambar berikut ini? A. Jangan menghampiri pintu keluar. B. Awas kepala anda C. Pintu keluar kecemasan. D. Tidak dibenarkan berjalan.
01 Apakah maksud gambar berikut ini? A. Jangan menghampiri pintu keluar. B. Awas kepala anda C. Pintu keluar kecemasan. D. Tidak dibenarkan berjalan. 02 Gas (wap) yang dikeluarkan oleh cemar (sludge) petroleum
Lebih terperinciGARIS PANDUAN KEPERLUAN KELENGKAPAN PELINDUNG DIRI
GARIS PANDUAN KEPERLUAN KELENGKAPAN PELINDUNG DIRI PUSAT PENGURUSAN RISIKO, KELESTARIAN & KESIHATAN PEKERJAAN (ROSH-UKM) SEMAKAN BIL1/2017 GARIS PANDUAN KEPERLUAN KELENGKAPAN PELINDUNG DIRI PENGENALAN
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Tumbuh-tumbuhan merupakan sumber makanan yang penting bagi manusia yang mana mengandungi pelbagai nutrien yang diperlukan oleh badan untuk menjalani proses tumbesaran
Lebih terperinciUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI Kod Dokumen : OPR/TPU/BP/TERNAKAN/Ayam Pedaging BUKU PANDUAN TERNAKAN AYAM PEDAGING TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TARIKH
Lebih terperinciKARANGAN 1 Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Udara Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan kepada kita. - perlu dipulihara keindahannya daripada tercemar - banyak berlaku pencemaran dewasa ini - pencemaran
Lebih terperinciEmosi dan Perkembangan
BAB 11 Emosi dan Perkembangan Pengenalan Emosi didefinisikan sebagai suatu ekspresi perasaan naluri yang kuat seperti sayang, gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya. Iaitu kehebatan dan kesensitifan
Lebih terperinci2280/1 Geografi Skema Kertas 1 Ogos 2011 PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH NEGERI KEDAH DARUL AMAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2011 SKEMA GEOGRAFI Kertas 1 KERTAS 1 1. B 21. C 2.
Lebih terperinciPENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Februari Julai
TERHAD 3/ LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PENILAIAN MENENGAH RENDAH 0 3/ GEOGRAFI KERJA KURSUS Februari Julai. Kerja Kursus ini mengandungi dua tugasan: Tugasan dan Tugasan.. Setiap
Lebih terperinciDATA PEMBUATAN TAHUNAN
DATA PEMBUATAN TAHUNAN LATAR BELAKANG Mulai MSIC 2000 (selang 3 tahun) 30% daripada jumlah pertubuhan individu tanpa wajaran Data tahunan yang dibekalkan terdiri daripada tahun: 2003 2006 2009 2012 MSIC
Lebih terperinciPenyelidikan keatas pengurusan bahan buangan dalam industri pembinaan telah menjuruskan bagaimana amalan kerja-kerja sediada
BAB 1 PENGENALAN Pembangunan industri pembinaan telah menjadi dasar pembangunan utama bagi negara Malaysia kini. Dalam mencapai negara maju, telah wujud berbagai-bagai industri pembinaan di negara Malaysia
Lebih terperinciSAINS 55 PENTAKSIRAN 2 MEI SMK SRI AMAN. 2 Jam ARAHAN
1 SMK SRI AMAN PENTAKSIRAN 2 MEI 2 Jam ARAHAN SAINS 55 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan kelas anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang
Lebih terperinciSAINS MAJOR KDPM SABK 12 BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
SAINS MAJOR KDPM SABK 12 BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH HJ SHAARI HJ OMAR KJ JABATAN SAINS MONOMER Molekul-molekul ringkas yang boleh digabungkan bersama untuk membentuk polimer. Contohnya glukosa. POLIMER
Lebih terperinci2017 UPSR BAHASA MELAYU TIPS TAMBAHAN
2017 UPSR BAHASA MELAYU TIPS TAMBAHAN ULASAN 1 Kita mestilah menjaga kebersihan diri agar hidup dengan sihat tanpa penyakit. Beberapa tindakan perlulah dilakukan. Kita hendaklah membuang sampah di tempat
Lebih terperinciISU-ISU PERSEKITARAN:
EOH3101 PRINSIP KESIHATAN PERSEKITARAN (PRINCIPLES OF ENVIRONMENTAL HEALTH) ISU-ISU PERSEKITARAN: LAPISAN OZON Pengenalan Lapisan ozon ialah satu lapisan nipis gas ozon (O 3 ) setebal 4 inci (10 cm) dan
Lebih terperinciR32 LANGKAH KESELAMATAN (Tambahan)
R32 LANGKAH KESELAMATAN (Tambahan) Pemasangan (Ruang) Pastikan pemasangan kerja paip berada pada tahap minimum. Elak menggunakan paip yang kemik dan jangan benarkan lenturan tirus. Pastikan kerja paip
Lebih terperinciSMP kelas 9 - FISIKA BAB 4. SISTEM TATA SURYALatihan Soal 4.10
SMP kelas 9 - FISIKA BAB 4. SISTEM TATA SURYALatihan Soal 4.10 1. Akhir-akhir ini suhu bumi semakin panas dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya karena efek rumah kaca. Faktor yang mengakibatkan semakin
Lebih terperinciTINGKATAN 5 EKONOMI BAB 2 MALAYSIA DAN EKONOMI GLOBAL
TINGKATAN 5 EKONOMI BAB 2 MALAYSIA DAN EKONOMI GLOBAL 2.3.1 Komposisi Dagangan dan Arah Aliran Perdagangan Malaysia Komposisi eksport Barang dan perkhidmatan yang dijual oleh Malaysia kepada rakyat di
Lebih terperinciPerdagangan Antarabangsa. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1
Perdagangan Antarabangsa oleh Dr Zulkiply Omar Fello Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Sepanjang tahun lepas eksport kasar negara tumbuh pada kadar 1.9%. Ini merupakan satu
Lebih terperinciKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI SAINS TINGKATAN 1
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI SAINS TINGKATAN 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
Lebih terperinciSD kelas 6 - ILMU PENGETAHUAN ALAM BAB 10. PELESTARIAN LINGKUNGANLatihan soal 10.4
SD kelas 6 - ILMU PENGETAHUAN ALAM BAB 10. PELESTARIAN LINGKUNGANLatihan soal 10.4 1. Penanaman pohon bakau di pinggir pantai berguna untuk mencegah.. Abrasi Erosi Banjir Tanah longsor Jawaban a Sudah
Lebih terperinciATMOSFER & PENCEMARAN UDARA
ATMOSFER & PENCEMARAN UDARA Pengelolaan lingkungan diperlukan agar lingkungan dapat terus menyediakan kondisi dan sumber daya yang dibutuhkan oleh makhluk hidup. Lingkungan abiotis terdiri dari atmosfer,
Lebih terperinciBAB I PENDAHULUAN. utama pencemaran udara di daerah perkotaan. Kendaraan bermotor merupakan
BAB I PENDAHULUAN 1.1. Latar Belakang Aktivitas transportasi khususnya kendaraan bermotor merupakan sumber utama pencemaran udara di daerah perkotaan. Kendaraan bermotor merupakan kendaraan yang digerakan
Lebih terperinciPencemaran Bunyi dan Kawalan (NOISE AND HEARING CONTROL)
Pencemaran Bunyi dan Kawalan (NOISE AND HEARING CONTROL) Topik Pengenalan Keadaan fizikal bunyi (noise Physical) Logarithm & Decibel Noise Dissemination Kawalan bunyi Pengenalan Pengenalan Seseorang manusia
Lebih terperinciGeografi LINGKUNGAN HIDUP DAN PEMBANGUNAN BERKELANJUTAN II. K e l a s. xxxxxxxxxx Kurikulum 2006/2013
xxxxxxxxxx Kurikulum 2006/2013 Geografi K e l a s XI LINGKUNGAN HIDUP DAN PEMBANGUNAN BERKELANJUTAN II Tujuan Pembelajaran Setelah mempelajari materi ini, kamu diharapkan memiliki kemampuan berikut. 1.
Lebih terperinciMinda lestari : pembangunan negara dan pemuliharaan alam sekitar (kulit keras)
Minda lestari : pembangunan negara dan pemuliharaan alam sekitar (kulit keras) Sinopsis: Minda Lestari menyediakan bahan segar bagi tatapan golongan pencinta alam dan mereka yang prihatin terhadap pelestarian
Lebih terperinciTAHAP. Kelenyapan Ais. Menaakulwww.orbitbuku.com.my
TAHAP 3 Kelenyapan Ais Meneroka Orbit Membongkar Buku Sneak Peak! Menaakul Kandungan Dunia kutub...6 Persekitaran berais...8 Kehidupan di atas ais...10 Ais dan glasier...12 Bukti pencairan air...14 Mengapa
Lebih terperinciBAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Keperluan asas dalam kehidupan manusia boleh dihasilkan melalui tanah seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Semua keperluan ini dapat diperolehi melalui usaha-usaha
Lebih terperinciMODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013
SET B BAHASA MELAYU 2 jam MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) NEGERI KEDAH DARUL AMAN MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 BAHASA MELAYU KERTAS 2 Dua jam JANGAN BUKA KERTAS
Lebih terperinci04 Jika seseorang pekerja jatuh sakit dan perlu mengambil cuti sakit, beliau harus
01 Di limbungan kapal, sebelum anda diizinkan menjalankan sebarang kerja panas, anda mesti. A. melaporkan kepada pengawal keselamatan B. memberitahu formen C. minum lebih banyak air D. membuat permohonan
Lebih terperinciKERUSAKAN LINGKUNGAN
bab i KERUSAKAN LINGKUNGAN A. KONSEP KERUSAKAN LINGKUNGAN Kerusakan lingkungan sangat berdampak pada kehidupan manusia yang mendatangkan bencana saat ini maupun masa yang akan datang, bahkan sampai beberapa
Lebih terperinciTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN Markah penuh 30 dibahagikan kepada: Isi - 20 markah Bahasa - 10 markah Panduan mengira perkataan Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan: - nama khas (Kota Bharu) - perkataan
Lebih terperinciGARIS PANDUAN KESELAMATAN UMUM PENGGUNAAN AUTOKLAF
GARIS PANDUAN KESELAMATAN UMUM PENGGUNAAN AUTOKLAF 1.0 TUJUAN 2.0 SKOP Garis panduan ini disediakan bertujuan untuk memberi panduan kepada pengurusan Universiti diperingkat induk atau Pusat Tanggungjawab
Lebih terperinciLAMPIRAN 3.1 Senarai bagi Pernyataan Bahaya. Bahaya Fizikal
LAMPIRAN.1 Senarai bagi Pernyataan Bahaya Bahaya Fizikal Kod H H200 H201 H202 H20 H204 H205 H220 H221 H222 H22 H224 H225 H226 H228 H240 H241 H242 H250 H251 H252 H260 H261 H270 H271 H272 H280 H281 H290
Lebih terperinci/.skisi-kisi INSTRUMEN SOAL PRETEST POSTTEST Lingkunganku Tercemar Bahan Kimia Dalam Rumah Tangga. Indikator Soal Soal No soal
/.skisi-kisi INSTRUMEN SOAL PRETEST POSTTEST Lingkunganku Tercemar Bahan Kimia Dalam Rumah Tangga Mata Pelajaran : IPA (Ilmu Pengetahuan Alam) Standar Kompetensi : 1.7. Memahami saling ketergantungan dalam
Lebih terperinciBAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA
BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA 1.1 Pendahuluan Para pekerja adalah antara aset penting negara dan menjadi tulang belakang proses pembangunan dimana tanpa sumbangan
Lebih terperinciLuka Terbakar dan Melecur
Luka Terbakar dan Melecur Apakah itu luka terbakar dan melecur? Luka terbakar adalah kecederaan tisu yang berpunca dari pendedahan kepada haba, bahan kimia, arus elektrik atau agen radioaktif terlalu lama.
Lebih terperinciPOLISI PELABUHAN HIJAU LPJ ISI KANDUNGAN 1. PERUTUSAN PENGURUS BESAR LEMBAGA PELABUHAN JOHOR (LPJ)
ISI KANDUNGAN 1. PERUTUSAN PENGURUS BESAR LEMBAGA PELABUHAN JOHOR (LPJ) 2. POLISI PELABUHAN HIJAU LEMBAGA PELABUHAN JOHOR (LPJ) 3. ELEMEN-ELEMEN POLISI PELABUHAN HIJAU LPJ 4. OBJEKTIF KESELURUHAN DAN PROGRAM
Lebih terperinciCSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 4
01 Apa yang patut anda lakukan jika anda nampak rakan sekerja anda bekerja di tingkat 20 tanpa memasang susur di sisi yang terbuka? A. Tidak mempedulikannya dan teruskan bekerja. B. Bantu mereka untuk
Lebih terperinciI Makanan tambahan ternakan. i -daripada sisa sawit.
I Makanan tambahan ternakan i -daripada sisa sawit. ZEOPKC boleh menjadi alternatif kepada bahan makanan ternakan haiwan. -,- Oleh LAUPAJUNUS untuk menghasilkan bahan yang berguna sudah menjadi satu PENGGUNAAN
Lebih terperinciTingkatan 4 Bab 1: Pengenalan Kepada Ekonomi
Tingkatan 4 Bab 1: Pengenalan Kepada Ekonomi Pengertian Ekonomi Maksud Ekonomi Sains sosial yang mengkaji usaha-usaha manusia mengagihkan sumber ekonomi yang terhad untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan
Lebih terperinci1. Tenaga adalan penting untuk melakukan aktiviti harian. Tenaga wujud dalam pelbagai bentuk. [3] Spring diregang. Bahan api fosil.
Tingkatan 1 Sains Bab 6: Soalan 1. adalan penting untuk melakukan aktiviti harian. wujud dalam pelbagai bentuk. [3] (a) Padankan bentuk tenaga dengan contohnya. Keupayaan Kinetik Kimia Spring diregang.
Lebih terperinciTidak dibenarkan mengambil sesuatu kecuali gambar dan jangan meninggalkan apa jua melainkan kesan tapak kaki anda.
PERATURAN-PERATURAN DI HUTAN LIPUR. Di larang sama sekali kegiatan pugut (vandalisme), merosak, memusnah tumbuh-tumbuhan dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di dalam kawasan hutan lipur. Tidak dibenarkan
Lebih terperinciFakulti Seni Gunaan Dan Kreatif
Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif MEREKA BENTUK PEMBERSIH UDARA MENGGUNAKAN TEKNOLOGI CATALYTIC CONVERTER YANG DIJANA KUASAKAN MENGGUNAKAN KUASA ELEKTRIK Moriss Ninkan IJAZAH SARJANA MUDA SENI REKA INDUSTRI
Lebih terperinci6 Tips Membeli Aircond Dan Penghawa Dingin Untuk Rumah
6 Tips Membeli Aircond Dan Penghawa Dingin Untuk Rumah Cuaca panas di Malaysia sama biarpun waktu bertukar dari pagi ke malam. Anda sebagai penduduk di Malaysia mungkin perlu mempertimbangkan untuk mendapatkan
Lebih terperinci(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (LMCK 1621 SET 8 ETIKA DAN PROFESIONAL) SEMESTER 1 SESI 2016/2017 (TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA) PENSYARAH : DR. MARINA BINTI ZAHARI NAMA
Lebih terperinciSoalan Kuiz Cari perkataan tersembunyi dengan menjawab soalan di bawah. Soalan Kuiz Cari perkataan tersembunyi dengan menjawab soalan di bawah.
Tahun 3 : Tahun 3 : Cari perkataan tersembunyi dengan menjawab soalan di bawah. a i r x i w t r i b u d f o h n i d u a p u l u h f i a w e m a o w w x o y q r e d k u a c s i m e n a t a l e s u e n t
Lebih terperincib. Dampak Pencemaran oleh Nitrogen Oksida Gas Nitrogen Oksida memiliki 2 sifat yang berbeda dan keduanya sangat berbahaya bagi kesehatan.
1. Sejarah Perkembangan Timbulnya Pencemaran Kemajuan industri dan teknologi dimanfaatkan oleh manusia untuk meningkatkan kualitas hidupnya. Sudah terbukti bahwa industri dan teknologi yang maju identik
Lebih terperinciHHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SEMESTER /2015 TUGASAN BERKUMPULAN
HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SEMESTER 1 2014/2015 TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK KAJIAN: MASALAH PENGANGKUTAN DI BANDAR DISEDIAKAN OLEH: DANIEL DAVID CHUA (A146069)
Lebih terperinciJURUSAN TEKNOLOGI INDUSTRI PERTANIAN FAKULTAS TEKNOLOGI PERTANIAN UNIVERSITAS BRAWIJAYA
JURUSAN TEKNOLOGI INDUSTRI PERTANIAN FAKULTAS TEKNOLOGI PERTANIAN UNIVERSITAS BRAWIJAYA PENCEMARAN Polusi atau pencemaran lingkungan adalah masuknya atau dimasukkannya makhluk hidup, zat energi, dan atau
Lebih terperinciPENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Tanah merupakan salah satu sumber yang terhad penawarannya. Akan tetapi permintaan terhadap penggunaannya adalah terlalu tinggi. Hal ini dapat dilihat di dalam sektor pembangunan
Lebih terperinciSIJIL PELAJARAN MALAYSIA 1511/2 SKEMA JAWAPAN
NO. KAD PENGENALAN - - ANGKA GILIRAN SOALAN PRAKTIS BESTARI PROJEK JAWAB UNTUK JAYA (JUJ) 04 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 5/ SCIENCE Kertas / Set SKEMA JAWAPAN (a) (i) Jenis logam / Magnesium, P, Q, R (a)
Lebih terperinciBAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 PENGENALAN Wakaf sebagai sebuah institusi sosioekonomi telah dibangunkan dan berkembang sehingga berfungsi sebagai sumber pembiayaan dalam pembangunan masyarakat Islam.
Lebih terperinciSoalan SPM Berpotensi Tingkatan 4 Bab 1 & 2
Soalan SPM Berpotensi Tingkatan 4 Bab 1 & 2 1. (a) Apa itu nilai faedah? Nilai faedah - keupayaan sesuatu barang atau perkhidmatan untuk memuaskan kehendak manusia (b) Terangkan empat jenis nilai faedah
Lebih terperinciPolusi. Suatu zat dapat disebut polutan apabila: 1. jumlahnya melebihi jumlah normal 2. berada pada waktu yang tidak tepat
Polusi Polusi atau pencemaran lingkungan adalah masuknya atau dimasukkannya makhluk hidup, zat energi, dan atau komponen lain ke dalam lingkungan, atau berubahnya tatanan lingkungan oleh kegiatan manusia
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan industri yang amat penting dalam menggerakkan pembangunan di Malaysia dan seterusnya menjana perkembangan ekonomi di negara ini. Industri ini
Lebih terperinciPenembusan Mendalam Ke Dalam Kulit Anda, Semburan Ajaib Untuk Memadamkan Tanda- Tanda Penuaan ~ H+
Penembusan Mendalam Ke Dalam Kulit Anda, Semburan Ajaib Untuk Memadamkan Tanda- Tanda Penuaan ~ H+ KESIHATAN KULIT Penembusan mendalam ke dalam kulit anda, semburan ajaib untuk memadamkan tanda-tanda penuaan
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Perindustrian merupakan salah satu sektor penting dalam pembangunan harta tanah di Malaysia pada masa kini. Satu sistem perancangan yang baik untuk sektor perindustrian
Lebih terperinci