SET 3 Soalan 1: Rumusan [30 markah]

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "SET 3 Soalan 1: Rumusan [30 markah]"

Transkripsi

1 SET 3 Soalan 1: Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan ibu bapa dalam mengatasi kemerosotan pencapaian akademik pelajar dan kepentingan pencapaian akademik bagi masa depan pelajar. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kebanyakan ibu bapa di negara ini amat mementingkan pencapaian akademik anak mereka. Namun akhir-akhir ini banyak masalah yang mengganggu pencapaian akademik pelajar seperti masalah tidak berminat belajar, ponteng sekolah, dan masalah disiplin. Masalah ini perlu ditangani segera supaya tidak menular sehingga menggugat pembangunan modal insan di negara ini. Masalah tidak berminat terhadap pelajaran bukan sahaja menyebabkan masa depan pelajar menjadi suram malah boleh menjejaskan nilai moral. Hal ini demikian kerana pelajar yang tidak berminat terhadap pelajaran banyak melibatkan diri dalam kes jenayah terutama pelajar yang suka ponteng sekolah. Menurut kajian psikologi, masalah perhubungan dalam keluarga menyebabkan seseorang anak itu tidak mempedulikan pencapaian akademiknya dan melakukan vandalisme malah terjerumus dalam kegiatan jenayah. Begitu juga dengan ibu bapa yang sibuk mengejar kemewahan hidup tidak akan dapat mendidik anak secara sempurna. Tambahan pula, perubahan sistem sosial dan persekitaran mudah mempengaruhi tingkah laku anak-anak menyebabkan mereka melakukan perbuatan negatif, bersikap agresif dan enggan mendengar nasihat. Hal ini mengecewakan ibu bapa mereka. Bagi mengatasi masalah kemerosotan pencapaian akademik ini, ibu bapa perlu memberikan tumpuan kepada punca berlakunya kaemerosotan tersebut. Apabila mengetahui puncanya akan memudahkan masalah itu diatasi. Ibu bapa perlu sedar bahawa peranan mereka amat besar dalam menentukan kejayaan anak-anak. Ibu bapa juga perlu mengutamakan kebahagiaan rumah tangga dan mengelakkan tercetusnya masalah sehingga menjejaskan hubungan kekeluargaan kerana anak-anak ialah kurniaan Tuhan yang tidak ternilai. Dalam dunia realiti, keluarga yang bahagia tidak semestinya melahirkan anak-anak yang bijak. Namun dengan cara menjaga hubungan sesama ahli keluarga agar sentiasa harmoni di samping mendidik anak-anak dengan cara meluangkan banyak masa bersama dengan mereka seperti ketika belajar dan beriadah akan dapat membuahkan hasil yang positif. Tidak kurang pentingnya juga ialah ibu bapa perlu mempelajari cara-cara yang berkesan untuk membimbing anak-anak. Menurut pakar psikologi, langkah praktis yang lain adalah dengan memberikan pujian yang ikhlas atas sesuatu kejayaan terutama dalam pelajaran atau tingkah laku yang baik. Anak-anak juga suka memberikan pendapat mereka, jadi berilah peluang kepada mereka untuk melahirkan pendapat walaupun pendapat itu mungkin kurang munasabah mengikut pandangan orang dewasa. Anak-anak yang selalu diminta memberikan pendapatnya akan berasa diri mereka lebih dihargai. Ibu bapa juga perlu mendengar keluhan anak-anak agar dapat mengatasi masalah emosi mereka. Dalam usaha melahirkan generasi cemerlang, segala usaha perlu bermula daripada institusi keluarga kerana mereka merupakan tonggak penting dalam sesebuah keluarga. (Dipetik dan diubahsuai daripada, Dilema Kemerosotan Pencapaian Akademik, Tam Cai Lian, Dewan Masyarakat, April

2 Soalan 2 : Pemahaman [35 markah] Soalan 2(a) Petikan Umum Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. i) Berikan maksud rangkai kata boleh menjejaskan nilai moral. [2 markah] ii) Apakah punca-punca yang menyebabkan anak-anak mereka melakukan perbuatan negatif? iii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka? [4 markah] 2

3 Soalan 2 (b) - Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Ceper masih keruh airnya, tetapi masih sedikit-sedikit boleh mengalir meskipun langkahnya lambat kalau dibandingkan dengan waktu ibu rancak melompat ke sana dan berlari ke sini dulu. Waktu itu, Ceper bukan main lagi cergasnya bagaikan hendak bertanding dengan kecergasan ibu sendiri, Tetapi semenjak ibu lumpuh dan kemudian ibu mati, Ceper langsung tidak berbusa dan berombak lagi. Tebing-tebingnya pun tidak ditendang lagi. Lubuk-lubuknya pun tidak dikorek lagi, malah arusnya pun rasa-rasanya begitu lambat bergerak ke kuala kerana Ceper mulai kenyang sangat-sangat dengan serbaneka serdak yang bersisa. Sudah kulihat bangkai ayam, bangkai itik, bangkai biawak, bangkai ular, bangkai babi, bangkai ikan yang sudah berlendir, kain-kain buruk yang sudah kusam, sisa-sisa makanan yang berulat, karung-karung plastik warna-warni yang lusuh dan kerunyuk berarak lambatlambat di tengah-tengah dada Sungai Ceper. Baunya sudah mulai naik ke darat dan terus masuk ke dalam lubang-lubang hidung kami. (Dipetik daripada cerpen Ibu dan Ceper oleh Shahnon Ahmad antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka) i) Gambarkan keadaan sungai Ceper semenjak ibu lumpuh. [2 markah] ii) Pada pendapat anda, apakah usaha yang perlu dilakukan bagi mengelakkan pencemaran sungai di negara kita? iii) Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan daripada keseluruhan cerpen. [4 markah] 3

4 Soalan 2(c) - Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Sebaik mendengar khabar itu, Raja Ahmad menghempaskan dirinya, mengoyakngoyak baju serta mencarik-carik kainnya. Raja Ahmad pun terlalu marah. Dengan sertamerta baginda menghimpunkan segala askar lengkap dengan segala senjatanya. Maka pada ketika yang baik, Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhammad. Apabila berhadapan askar kedua-dua itu, mereka pun berperang. Tempik sorak segala hulubalang dan rakyat kedengaran amat hebat. Askar kedua-dua pihak ramai yang mati dan luka sebab beramuk-amuk sesama sendiri. Dalam pergaduhan itu matilah Raja Muhammad dan Raja Ahmad. Tinggallah Merah Silu dengan Merah Hasum berdua saudara dan saki-baki rakyat yang masih hidup. Mereka menyembah mengaku akan taat setia kepada anak raja kedua itu untuk terus tinggal di dalam negeri itu. Tiada beberapa lama kemudian, Merah Silu berkata kepada saudaranya, Merah Hasum itu, Hai saudaraku, betapa bicara kita kerana kita ini hanya dua bersaudara tinggal kerana nenek dan ibu bapa kita telah hilang dalam negeri Semerlangga ini! Jikalau kita diam dalam negeri ini, sekali-kali tiada memberi manfaat kepada kita. Baiklah kita pindah dari negeri ini mencari tempat yang baik supaya kita dapat diam di sana. (Dipetik daripada Merah Silu dalam antologi Harga Remaja, DBP) i) Berikan maksud beramuk-amuk sesama sendiri. [2 markah] ii) Mengapakah Merah Silu mengajak adiknya berpindah ke tempat lain? iii) Sekiranya anda Merah Silu, apakah yang akan anda lakukan untuk mengelakkan berlakunya peperangan antara Raja Ahmad dengan Raja Muhammad? 4

5 Soalan 2 (d) - Sajak Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. ARKITEK KOTA Hanya seniman peka, yang faham akan jiwa laut, kenal lambung gelombangnya, alur sungai serta diam batu, perasaan musim, fiil langit dan sabar bumi, berhak membina kota. Kerana arkitek matang itu anak di taman, perenung di perpustakaan, orang muda pulang bertandang di lorong malam, pemunggah barang pasar di subuh hari, pengadil di bangku bijaksana, dan datuk bandar yang bangga. Dia harus sayangkan lagu burung, pemancing di teduh pohon, pemerhati di tasik, pengawas bintang, dan bunga menjalar di beranda. Pencinta kota ialah pendekar muda dengan langkah berbagai-bagai, kelakar tua yang mengampungkan cerita, orang bercinta yang perlukan bulan. Dia pengukir ruang hidup, penghias suasana sempurna, membenarkan penemuan, memungkinkan kemungkinan. dari Seberang Diri. Muhammad Haji Salleh, Tanah Airku Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka. 5

6 i) Nyatakan maksud rangkap ketiga sajak ini. [2 markah] ii) iii) Pada pandangan anda,mengapakah kita perlu bertanggungjawab jika membangunkan sesebuah kawasan? Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah] 6

7 Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 Markah] Jawab semua soalan (a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, atau menggunakan kata itu sebagai peribahasa atau nama khas. i) hias ii) berhias iii) menghiaskan iv) menghiasi v) perhiasan vi) penghias (b) Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya. (ii) (iii) Masalah alam sekitar perlu ditangani dengan segera oleh pihak berkuasa. Kasut sekolah yang kotor itu telah saya cuci semalam. Sajak-sajak yang baik itu telah ditulis oleh kumpulan penyajak yang masih muda. (c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan bagi setiap ayat. Anda tidak perlu menyalin ayat-ayat itu semula. (ii) (iii) Sejenis spesis baru cendawan yang terbesar di dunia telah ditemui di Mexico barubaru ini. Lintasan keretapi tanpa pagar amat merbahaya kepada penduduk setempat. Kehebatan pasukan bola sepak China yang selalu diwar-warkan oleh media telahdibukti apabila mereka berjaya menewaskan pasukan bola sepak Malaysia. 7

8 (d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (ii) Makluman yang diberi oleh saksi kepada panel-panel hakim adalah bercanggah. Ibu selalu mengata-ngata nama abang belakangan ini kerana ibu sangat rindukan abang. Pak Sudin mengangguk apabila dinyatakan prosedur penggunaan pencukur elektrik itu. (e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan. Persetujuan kerajaan Rusia untuk melatih angkasawan dari Malaysia merupakan satu peluang yang dinanti-nantikan oleh mereka yang berminat menjadi angkasawan dan boleh diumpamakan seperti... Jika dahulu orang mengatakan bahawa usaha ini hanya mimpi, namun kini apa-apa yang kita idamkan bakal menjadi realiti. Pada Oktober nanti angkasawan sulung dari negara kita akan melepasi orbit dan muncul di angkasa lepas. Hal ini, merupakan satu kejayaan besar kepada negara. Program ini menjadikan Malaysia...(ii)... dengan negara-negara maju di dunia. Untuk mencapai matlamat tersebut, kerajaan telah berusaha bersungguh-sungguh dengan menyediakan kursus yang berkaitan aeroangkasa di universiti tempatan kerana...(iii)... 8

9 Soalan 4: Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut: (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) Papa (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof Melunas Rindu karya Hartini Hamzah Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah Renyah karya Gunawan Mahmood Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain Kembara Amira karya Amer hamzah L. Kadir Kabus Di Perbukitan karya Mohammad Kholid Hamzah Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan (a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, terdapat nilai kasih sayang yang dipaparkan oleh pengarang. Berikan tiga peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam novel tersebut. [7 markah] (b) Pembacaan novel banyak member kesan kepada pembaca. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, berikan perisitiwa-peristiwa yang memberi teladan kepada pembaca. [8 markah] 9

SET 8. Soalan 1 : Rumusan

SET 8. Soalan 1 : Rumusan SET 8 Soalan 1 : Rumusan Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan pendermaan organ di negara kita dan halangan untuk menderma organ. Panjang rumusan hendaklah

Lebih terperinci

SMK LINGGIU, KOTA TINGGI JOHOR. 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

SMK LINGGIU, KOTA TINGGI JOHOR. 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU SMK LINGGIU, KOTA TINGGI JOHOR OPERASI PENCAPAIAN STANDARD 93 BAHASA MELAYU Kertas 2 OGOS 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi

Lebih terperinci

SET 7 Soalan 1: Rumusan ciri-ciri remaja yang boleh menjadi modal insan yang menjadi harapan negara

SET 7 Soalan 1: Rumusan ciri-ciri remaja yang boleh menjadi modal insan yang menjadi harapan negara SET 7 Soalan 1: Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang ciri-ciri remaja yang boleh menjadi modal insan yang menjadi harapan negara dan langkahlangkah

Lebih terperinci

SET 5 Soalan 1 Rumusan (30 markah)

SET 5 Soalan 1 Rumusan (30 markah) SET 5 Soalan 1 Rumusan (30 markah) Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkahlangkah untuk menangani budaya samseng di sekolah dan sebab-sebab budaya ini patut

Lebih terperinci

Komitmen kerajaan dalam memerangi gejala merokok tidak pernah berakhir. Kempen

Komitmen kerajaan dalam memerangi gejala merokok tidak pernah berakhir. Kempen SET 2 Soalan 1 :Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah menangani gejala merokok dalam kalangan remaja dan akibat-akibat daripada perbuatan

Lebih terperinci

Soalan 1 :Rumusan. (30 markah)

Soalan 1 :Rumusan. (30 markah) SET 1 Soalan 1 :Rumusan (30 markah) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha untuk mendorong pembangunan sektor pelancongan kesihatan dan kesan-kesannya kepada

Lebih terperinci

MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2014 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH) MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 2. Dua jam tiga puluh minit

MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2014 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH) MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 2. Dua jam tiga puluh minit 1103/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Mei 2014 2 ½ jam MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2014 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH) MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN

Lebih terperinci

SULIT 1103/1. Bahagian A. [30 markah] [Masa yang dicadangkan: 45 minit]

SULIT 1103/1. Bahagian A. [30 markah] [Masa yang dicadangkan: 45 minit] 1103/1 Bahagian A [30 markah] [Masa yang dicadangkan: 45 minit] Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor yang menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan

Lebih terperinci

SET 4 Soalan 1 : Rumusan [30 markah]

SET 4 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] SET 4 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan dibawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan Klinik 1Malaysia dan cabaran dalam pelaksanaannya. Panjang rumusan anda hendaklah

Lebih terperinci

Bahagian A. [30 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit]

Bahagian A. [30 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit] 2 Bahagian A [30 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit] Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan sukan. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah

Lebih terperinci

KERTAS PERCUBAAN BAHASA MELAYU SPM

KERTAS PERCUBAAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS PERCUBAAN BAHASA MELAYU SPM BAHASA MELAYU Kertas 1 2 1/4 jam Dua jam lima belas minit 1.Kertas peperiksaan ini mengadungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2.Jawab soalan Bahagian A dan satu

Lebih terperinci

SULIT 1103/2 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH (CAWANGAN PULAU PINANG) MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2013 BAHASA MELAYU KERTAS 2 2 JAM 30 MINIT

SULIT 1103/2 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH (CAWANGAN PULAU PINANG) MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2013 BAHASA MELAYU KERTAS 2 2 JAM 30 MINIT SULIT 1103/2 BAHASA MELAYU KERTAS 2 MASA 2 ½ JAM MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH (CAWANGAN PULAU PINANG) MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2013 BAHASA MELAYU KERTAS 2 2 JAM 30 MINIT JANGAN BUKA KERTAS SOALAN

Lebih terperinci

SULIT 1103/1 Bahasa Melayu Ogos 2012 2 ¼ jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2012 SIJIL PELAJARAN

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA. BAHASA MELAYU KERTAS 2 BAHASA MELAYU 1103/2 KERTAS 2 SEPTEMBER 2 ½ jam Dua jam 30 minit

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA. BAHASA MELAYU KERTAS 2 BAHASA MELAYU 1103/2 KERTAS 2 SEPTEMBER 2 ½ jam Dua jam 30 minit SULIT NAMA : TINGKATAN :.. PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA BAHASA MELAYU KERTAS 2 BAHASA MELAYU 1103/2 KERTAS 2 SEPTEMBER 2 ½ jam Dua jam 30 minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA

Lebih terperinci

Masa: I jam JUL BAHASA MALAYSIA III UNIVERSITI SAINS MALAYSIA JUMLAH : GRED : April2008

Masa: I jam JUL BAHASA MALAYSIA III UNIVERSITI SAINS MALAYSIA JUMLAH : GRED : April2008 Angka Giliran: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2007 12008 JUL 301 - April2008 BAHASA MALAYSIA III Masa: I jam Markah yang diperoleh Soalan Bahagian A: Karangan (60 markah) Soalan

Lebih terperinci

SULIT 1103/2 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH (CAWANGAN PULAU PINANG) MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2015 BAHASA MELAYU KERTAS 2 2 JAM 30 MINIT

SULIT 1103/2 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH (CAWANGAN PULAU PINANG) MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2015 BAHASA MELAYU KERTAS 2 2 JAM 30 MINIT 1 SULIT 1103/2 BAHASA MELAYU KERTAS 2 OGOS 2015 MASA 2 ½ JAM MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH (CAWANGAN PULAU PINANG) MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2015 BAHASA MELAYU KERTAS 2 2 JAM 30 MINIT JANGAN BUKA KERTAS

Lebih terperinci

Bahagian A. (30 markah) Masa dicadangkan: 45 minit USAHA-USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI KRAF TANGAN

Bahagian A. (30 markah) Masa dicadangkan: 45 minit USAHA-USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI KRAF TANGAN SULIT 1103/1 Bahagian A (30 markah) Masa dicadangkan: 45 minit Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada langkah memajukan industri kraftangan. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu

Lebih terperinci

Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah penjimatan minyak dalam pemanduan dan kesan-kesannya kepada masyarakat. Panjang

Lebih terperinci

Unit Peperiksaan Dalaman SMK Narinang, Kota Belud

Unit Peperiksaan Dalaman SMK Narinang, Kota Belud SULIT Unit Peperiksaan Dalaman SMK Narinang, Kota Belud PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos 2013 Masa : Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Lebih terperinci

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (CAWANGAN PULAU PINANG) MODUL PENILAIAN SPM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2012 BAHASA MELAYU

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (CAWANGAN PULAU PINANG) MODUL PENILAIAN SPM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2012 BAHASA MELAYU 1 www.lamanbahasa.wordpress.com SULIT 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 2 ½ jam September 2012 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (CAWANGAN PULAU PINANG) MODUL PENILAIAN SPM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

Lebih terperinci

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SULIT 1103/2 Bahasa Melayu Ogos 2012 2 ¼ jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2012 SIJIL PELAJARAN

Lebih terperinci

SOALAN ULANGKAJI SPM 2012 ANALISIS SOALAN RUMUSAN SPM. TAHUN TAJUK Langkah-langkah mengatasi salah laku pelajar

SOALAN ULANGKAJI SPM 2012 ANALISIS SOALAN RUMUSAN SPM. TAHUN TAJUK Langkah-langkah mengatasi salah laku pelajar 3 [1103/1] [1103/2] Analysis Bahasa Melayu ANALISIS SOALAN RUMUSAN SPM TAHUN 2007 2008 2009 2010 2011 TAJUK Langkah-langkah mengatasi salah laku pelajar Faedah-faedah penerokaan angkasa lepas Tidur dari

Lebih terperinci

BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU SULIT 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Ogos 2013 2 ½ jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2013 BAHASA

Lebih terperinci

1103/2 SULIT. [30 markah]

1103/2 SULIT. [30 markah] Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan berekreasi dalam kalangan remaja dan kekangan yang dihadapi bagi melaksanakannya. Panjang

Lebih terperinci

PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit 1 NAMA : KELAS : SMK SERI BINTANG UTARA KUALA LUMPUR PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013 1103/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Lebih terperinci

www.lamanbahasa.wordpress.com 1103/2 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Percubaan 2014 2 jam ½ BAHASA MELAYU TINGKATAN 5 KERTAS 2 JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi

Lebih terperinci

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak 02/2 BAHASA MELAYU/PERCUBAAN Kertas 2 Ogos 2012 2JAM BAHASA MELAYU Tingkatan 3 Kertas 2 Dua Jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian : Sahagian

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012 1103/2 BAHASA MELAYU / P Kertas 2 September 2012 2 ½ jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012 BAHASA MELAYU Tingkatan 5 KERTAS 2 Dua Jam Tiga Puluh Minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1.

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012 1103/1 1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 September 2012 2 ¼ jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012 BAHASA MELAYU Tingkatan 5 KERTAS 1 Dua Jam Lima Belas Minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Lebih terperinci

SULIT 2 PT3/02. Arahan : Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan satu soalan Bahagian D. BAHAGIAN A [ 25 markah ]

SULIT 2 PT3/02. Arahan : Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan satu soalan Bahagian D. BAHAGIAN A [ 25 markah ] 2 PT3/02 Arahan : Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan satu soalan Bahagian D. BAHAGIAN A [ 25 markah ] 1) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa.

Lebih terperinci

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA BELUD. 2 jam 30 minit Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA BELUD. 2 jam 30 minit Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU SULIT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA BELUD SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014 1103/2 Peperiksaan Percubaan SPM Bahasa Melayu Kertas 2 Ogos 2014 2 jam 30 minit Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN

Lebih terperinci

BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Ogos 2012 2 ½ jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM SELARAS NEGERI MELAKA 2012 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU Kertas

Lebih terperinci

Bahagian A (i) - Ringkasan. [ 20 markah ]

Bahagian A (i) - Ringkasan. [ 20 markah ] Bahagian A (i) - Ringkasan [ 20 markah ] Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara menanam rasa cinta akan alam sekitar dalam kalangan

Lebih terperinci

SMK NARINANG NO.1 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 1103/1. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

SMK NARINANG NO.1 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 1103/1. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU SULIT NAMA:... KELAS :... SMK NARINANG NO.1 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 1103/1 PERCUBAAN SPM 2012 BAHASA MELAYU Kertas 1 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN II TAHUN AKADEMIK 2014 TAHAP II MASA : 2 JAM 30 MINIT

PEPERIKSAAN II TAHUN AKADEMIK 2014 TAHAP II MASA : 2 JAM 30 MINIT PEPERIKSAAN II TAHUN AKADEMIK 2014 TAHAP II MEI 2014 MASA : 2 JAM 30 MINIT KOD SUBJEK : 1032/2 TAJUK SUBJEK : BAHASA MELAYU ARAHAN : 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan.

Lebih terperinci

JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH

JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH 1 NAMA : KELAS :... JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 1103/2 EXCEL 2 BAHASA MELAYU Kertas 2 OGOS 2011 2 JAM 30 MINIT Dua jam tiga puluh minit ==================================================================

Lebih terperinci

SULIT 1103/2 BAHASA MELAYU KERTAS 2 MASA 2 ½ JAM www.lamanbahasa.wordpress.com MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH (CAWANGAN PULAU PINANG) MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2014 BAHASA MELAYU KERTAS 2 2 JAM 30 MINIT

Lebih terperinci

SM SAINS TAPAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2 SPM

SM SAINS TAPAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2 SPM SULIT 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 2014 2½ jam SM SAINS TAPAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2 SPM BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini

Lebih terperinci

bermain layanglayang tidak memberi perhatian mengalami kecederaan terjatuh SELESAI

bermain layanglayang tidak memberi perhatian mengalami kecederaan terjatuh SELESAI Arahan : Perhatikan gambar bersiri di bawah ini dengan teliti. Tuliskan sebuah karangan yang tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Kamu boleh menggunakan kata-kata bantuan di bawah ini jika perlu.

Lebih terperinci

Soalan 1 : Rumusan. [30 markah]

Soalan 1 : Rumusan. [30 markah] SULIT 2 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah mewujudkan tabiat pemakanan yang sihat dalam kalangan anak dan kepentingannya.

Lebih terperinci

Soalan 1 Rumusan (30 markah)

Soalan 1 Rumusan (30 markah) Soalan 1 Rumusan (30 markah) Baca petikan di bawah dengan telitinya. Kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan negatif penggunaan internet dan langkah-langkah untuk membendung penyalahgunaannya. Panjang

Lebih terperinci

Dapatkan Skema di

Dapatkan Skema di 1103/2 1103/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Mei 2011 2 ½ jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011 TINGKATAN 5

Lebih terperinci

Bahagian A. [ 30 markah ]

Bahagian A. [ 30 markah ] Bahagian A. Gambar rajah di bawah menunjukkan persediaan-persediaan yang diperlukan oleh seseorang sebelum memasuki alam pekerjaan. Huraikan pendapat anda tentang persediaan-persediaan yang diperlukan

Lebih terperinci

SULIT 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 www.lamanbahasa.wordpress.com Ogos 2014 2 ½ Jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2014 PERCUBAAN

Lebih terperinci

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS SULIT JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS PRAPENILAIAN MENENGAH RENDAH 2012 02/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos 2012 2 Jam Dua jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas

Lebih terperinci

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) SOALAN 1 5 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang

Lebih terperinci

HKA 101 PENGANTAR KESUSASTERAAN

HKA 101 PENGANTAR KESUSASTERAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2007/2008 Oktober/November 2007 HKA 101 PENGANTAR KESUSASTERAAN Masa : 3 jam Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi

Lebih terperinci

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU SULIT LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013 BAHASA MELAYU Kertas 2 Jun 1103/2 2 I. 2 Jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Lebih terperinci

SULIT 02/2 Bahasa Melayu Ogos Jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SULIT 02/2 Bahasa Melayu Ogos Jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SULIT 02/2 Bahasa Melayu Ogos 2012 2 Jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2012 PERCUBAAN PENILAIAN

Lebih terperinci

BAHASA MELAYU KERTAS 2

BAHASA MELAYU KERTAS 2 1103/2 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK Dua Jam Tiga Puluh Minit MOCK TEST 2 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) BAHASA MELAYU KERTAS 2 JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM SELARAS NEGERI MELAKA BAHASA MELAYU Kertas 1 Dua jam lima belas minit

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM SELARAS NEGERI MELAKA BAHASA MELAYU Kertas 1 Dua jam lima belas minit www.munsyibm.blogspot 1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 Ogos 2012 2 ¼ jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM SELARAS NEGERI MELAKA 2012 BAHASA MELAYU Kertas 1 Dua jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI

Lebih terperinci

MODUL PENILAIAN SPM /1 BAHASA MELAYU Kertas 1 September 2 ¼ Jam Dua jam lima belas minit

MODUL PENILAIAN SPM /1 BAHASA MELAYU Kertas 1 September 2 ¼ Jam Dua jam lima belas minit www.lamanbahasa.wordpress.com MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL PENILAIAN SPM 2012 1103/1 BAHASA MELAYU Kertas 1 September 2 ¼ Jam Dua jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS

Lebih terperinci

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (CAWANGAN MELAKA) PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2010 BAHASA MELAYU

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (CAWANGAN MELAKA) PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2010 BAHASA MELAYU 1 SULIT 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 2 ½ jam Sept. 2010 PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (CAWANGAN MELAKA) PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2010 BAHASA MELAYU

Lebih terperinci

(8) umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga. diperoleh MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

(8) umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga. diperoleh MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) Arahan: Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang

Lebih terperinci

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 20XX

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 20XX SULIT 6351/1 NO. KAD PENGENALAN/ NO. SIJIL KELAHIRAN ANGKA GILIRAN LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 20XX BAHASA MELAYU PEMAHAMAN Bahagian B JANGAN BUKA

Lebih terperinci

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SULIT LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 BAHASA MELAYU Kertas 2 Nov./Dis. 1103/2 2 I. 2 Jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 I 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 September 2011 1103/2 2~jam MAKTAB RENDAH SAINS MARA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 BAHASA MELA YU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

Lebih terperinci

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 SET B BAHASA MELAYU 2 jam MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) NEGERI KEDAH DARUL AMAN MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 BAHASA MELAYU KERTAS 2 Dua jam JANGAN BUKA KERTAS

Lebih terperinci

Page 1 of 10 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Page 1 of 10 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) Arahan: Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang

Lebih terperinci

SMK SUNGAI MANIK TELUK INTAN, PERAK PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2015 BAHASA MELAYU. Kertas 2. Dua jam tiga puluh minit

SMK SUNGAI MANIK TELUK INTAN, PERAK PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2015 BAHASA MELAYU. Kertas 2. Dua jam tiga puluh minit SULIT 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 2015 2½ jam SMK SUNGAI MANIK 36000 TELUK INTAN, PERAK PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2015 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA

Lebih terperinci

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN SULIT 1103/1 1103/1 BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos 2017 2 ¼ jam MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH) MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

Lebih terperinci

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011 TINGKATAN 5 BAHASA MELAYU Kertas 2 UNTUK KEGUNAAN

Lebih terperinci

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014 BAHASA MELAYU Kertas 2 Noy.lDis.

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014 BAHASA MELAYU Kertas 2 Noy.lDis. SULIT LEMBAGA PEPERIKSAA:\ KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA I SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014 BAHASA MELAYU Kertas 2 Noy.lDis. 2 1 1" Jam 1103/2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA

Lebih terperinci

MAJLlS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH (CAWANGAN PULAU PINANG) MODUL LATIHAN BERFOKUS PMR 2013 BAHASA MELAYU KERTAS2 2 JAM

MAJLlS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH (CAWANGAN PULAU PINANG) MODUL LATIHAN BERFOKUS PMR 2013 BAHASA MELAYU KERTAS2 2 JAM SULIT BAHASA MELAYU KERTAS 2 MASA2JAM 0212 MAJLlS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH (CAWANGAN PULAU PINANG) MODUL LATIHAN BERFOKUS PMR 2013 BAHASA MELAYU KERTAS2 2 JAM JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Lebih terperinci

SOALAN ULANGAJI SPM ANALISIS SOALAN RUMUSAN SPM TAHUN Faedah-faedah penerokaan angkasa lepas

SOALAN ULANGAJI SPM ANALISIS SOALAN RUMUSAN SPM TAHUN Faedah-faedah penerokaan angkasa lepas SOALAN ULANGAJI SPM 2013 1 [1103/1] [1103/2] Analysis Bahasa Melayu ANALISIS SOALAN RUMUSAN SPM 2008-2012 TAHUN 2008 2009 2010 2011 2012 TAJUK Faedah-faedah penerokaan angkasa lepas ANALISIS SOALAN 2008-2012

Lebih terperinci

MODUL PENILAIAN SPM 2012 BAHASA MELAYU Kertas /1

MODUL PENILAIAN SPM 2012 BAHASA MELAYU Kertas /1 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL PENILAIAN SPM 2012 BAHASA MELAYU Kertas 1 1103/1 BAHASA MELAYU Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan

Lebih terperinci

IMBUHAN (10 markah) 1 (1) bertujuan (2) dituju

IMBUHAN (10 markah) 1 (1) bertujuan (2) dituju IMBUHAN (10 markah) Arahan: Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu di dalam kurungan yang disediakan.

Lebih terperinci

==================================

================================== SULIT 1 1103/2 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Ogos 2013 2 Jam 30 Minit ================================== PEPERIKSAAN PRASPM SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH 2013 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit

Lebih terperinci

SULIT 1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 SEPTEMBER 2009 2 ¼ jam 1103/1 (PPcb) PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM BAHASA MELAYU Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN

Lebih terperinci

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (LMCK 1621 SET 8 ETIKA DAN PROFESIONAL) SEMESTER 1 SESI 2016/2017 (TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA) PENSYARAH : DR. MARINA BINTI ZAHARI NAMA

Lebih terperinci

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) Arahan: Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang

Lebih terperinci

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU SULIT 1103/1(PP) JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2012 BAHASA MELAYU Kertas 1 OGOS 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN GURU / PEMERIKSA SAHAJA

Lebih terperinci

Prosa Tradisional (Merah Silu)

Prosa Tradisional (Merah Silu) Prosa Tradisional (Merah Silu) Sinopsis Kisah bermula apabila Merah Gajah yang berkahwin dengan Puteri Betong telah dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Merah Silu dan Merah Hasum. Pada awalnya Merah

Lebih terperinci

Soalan 1 : Rumusan. (30 markah)

Soalan 1 : Rumusan. (30 markah) Soalan 1 : Rumusan (30 markah) Baca petikan di bawah kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah pengurusan masa dengan berkesan dan kekangan untuk menguruskan masa bagi seseorang pelajar. Panjang

Lebih terperinci

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2008

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2008 PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2008 SKEMA BAHASA MELAYU Kertas 1 dan Kertas 2 JAWAPAN KERTAS 1 1 D 11 D

Lebih terperinci

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) ARAHAN: Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa paling sesuai daripada senarai diberikan.

Lebih terperinci

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) Arahan: Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang

Lebih terperinci

MODUL BAHASA MELAYU (MURID LEMAH) SOALAN

MODUL BAHASA MELAYU (MURID LEMAH) SOALAN 1 MODUL BAHASA MELAYU (MURID LEMAH) SOALAN 25 2016 2 SET a b c d Jumlah Skor (2m) (1m) (1m) (3m) (7m) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 3 MODUL BAHASA MELAYU (MURID CEMERLANG) SOALAN 25 SET 1 Baca mutiara kata di bawah,

Lebih terperinci

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL Semester I 2016-2017 TUGASAN INDIVIDU NAMA : QHAIRUN IZZATY BINTI AZIZ NO MATRIK : A149099 SET KURSUS : 6 1. Apakah perbezaan antara adab dan etika? Adab adalah suatu istilah

Lebih terperinci

Masa: 2 jam JUL 4OI _ BAHASA MALAYSIA IV UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. April2008

Masa: 2 jam JUL 4OI _ BAHASA MALAYSIA IV UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. April2008 Angka Giliran: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2007 12008 April2008 JUL 4OI _ BAHASA MALAYSIA IV Masa: 2 jam Markah yang diperoleh Soalan Bahagian A: Karangan (70 markah) Soalan

Lebih terperinci

BAHASA MELAYU LANJUTAN

BAHASA MELAYU LANJUTAN MONTFORT JUNIOR SCHOOL UJIAN PRELIMINARI 2016 PRIMARI 6 BAHASA MELAYU LANJUTAN KERTAS 2 Nama: Kelas: Darjah 6 Waktu yang diberi: 1 jam 20 min Marks Obtained Max. Marks 60 Tanda Tangan Waris ARAHAN UNTUK

Lebih terperinci

SULIT 1103/1 PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1. Tujuan Pengujian : Untuk menguji kebolehan calon dalam;

SULIT 1103/1 PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1. Tujuan Pengujian : Untuk menguji kebolehan calon dalam; PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1 1. TUJUAN PENGUJIAN Tujuan Pengujian : Untuk menguji kebolehan calon dalam; 1.1 Membina, mengumpul, memilih dan menyusun atur idea-idea, hujah-hujah dan

Lebih terperinci

UJIAN BERTULIS. ARAHAN: 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan angka giliran anda pada ruang yang disediakan.

UJIAN BERTULIS. ARAHAN: 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan angka giliran anda pada ruang yang disediakan. LOGO SEKOLAH Nama Sekolah UJIAN BERTULIS 2 Jam ARAHAN: 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan angka giliran anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada

Lebih terperinci

EzLearn2U.my. Tingkatan 4 Pendidikan Moral. Soalan struktur

EzLearn2U.my. Tingkatan 4 Pendidikan Moral. Soalan struktur Tingkatan 4 Pendidikan Moral Soalan struktur. Kekayaan bumi ini boleh musnah akibat tindakan manusia yang tamak dan yang tidak percaya kepada kuasa Tuhan yang mencipta alam ini. (a) Berdasarkan pernyataan

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PRASPM 2013

PEPERIKSAAN PRASPM 2013 NSKP 2013 SULIT 1 PEPERIKSAAN PRASPM 2013 1103/1(PP) SIJIL PELAJARAN MALAYSIA Bahasa Melayu Kertas 1 Peraturan Pemarkahan Ogos UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan pemarkahan ini SULIT.Kegunaannya

Lebih terperinci

JENIS-JENIS PERENGGAN DEDUKTIF, INDUKTIF, dan GABUNGAN

JENIS-JENIS PERENGGAN DEDUKTIF, INDUKTIF, dan GABUNGAN JENIS-JENIS PERENGGAN DEDUKTIF, INDUKTIF, dan GABUNGAN PERENGGAN PENDAHULUAN Terdapat dua jenis ayat dalam perenggan pendahuluan iaitu: Ayat Rangsangan - Ayat yang merangsang pembaca dan meninggalkan kesan

Lebih terperinci

ULASAN TENTANG GEJALA PONTENG SEKOLAH

ULASAN TENTANG GEJALA PONTENG SEKOLAH ULASAN TENTANG GEJALA PONTENG SEKOLAH FAKTOR Seorang guru di Puchong, Bibiana John mengatakan bahawa terdapat beberapa punca yang menjadi peluru kepada berlakunya sikap ponteng sekolah dalam kalangan pelajar.

Lebih terperinci

BAHAGIAN A : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan [ 30 markah ] KRITERIA PENSKORAN

BAHAGIAN A : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan [ 30 markah ] KRITERIA PENSKORAN BAHAGIAN A : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan [ 30 markah ] KRITERIA PENSKORAN PERINGKAT MARKAH KRITERIA CEMERLANG 26-30 (28 30) (26 27) - Karangan menepati tema bahan rangsangan - Bahasa gramatis

Lebih terperinci

1 PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2012 SKEMA BAHASA MELAYU KERTAS 1 1 B 11 A 21 A 31 A 2 B 12 B 22 C 32 A 3 C 13 A 23 C 33 D 4 D 14 B 24 D 34 B 5 D 15 D 25 B 35 C 6 C 16 B 26 A 36 B 7 D

Lebih terperinci

Tajuk : Agama merupakan aspek terpenting dalam menangani masalah sosial dan kepincangan keluarga

Tajuk : Agama merupakan aspek terpenting dalam menangani masalah sosial dan kepincangan keluarga Tajuk : Agama merupakan aspek terpenting dalam menangani masalah sosial dan kepincangan keluarga Name:Lee Eik Kian Vivakanantha a/l Viswanathan No.Pend:12DEE15F1025 12DEE15F1012 Isi Kandungan Pengenalan

Lebih terperinci

Drama Cempaka Berdarah (A.Rahim Abdullah)

Drama Cempaka Berdarah (A.Rahim Abdullah) Drama Cempaka Berdarah (A.Rahim Abdullah) Sinopsis Babak 1 Drama Cempaka Berdarah mengisahkan Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah. Mereka menanti kepulangan Zaman yang belajar di sebuah universiti

Lebih terperinci

MELEPAK DAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI JOHOR

MELEPAK DAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI JOHOR PEMBINAAN INDEKS PERLAKUAN MELEPAK DAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI JOHOR PROF.MADYA DR.HJ. AZIZI HJ YAHAYA Prof Madya Dr. Raja Roslan Raja Abd Rahman

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 BAHASA MELAYU. 2jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 BAHASA MELAYU. 2jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU Bahasa Melayu Kertas 2 Ogos 2013 2jam MAKTAB RENDAH SAINS MARA I, PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 BAHASA MELAYU Kertas 2 2jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas

Lebih terperinci

1. SKEMA SEKOLAH BERASRAMA PENUH

1. SKEMA SEKOLAH BERASRAMA PENUH CADANGAN JAWAPAN 3 (b) 1. SKEMA SEKOLAH BERASRAMA PENUH Golongan remaja terlalu asyik melayari internet. Golongan remaja seringkali menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer. Keadaan ini mengakibatkan

Lebih terperinci

BAHAGIAN B. Dari SOALAN 24 hingga SOALAN 41, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan di Kertas Soalan ini.

BAHAGIAN B. Dari SOALAN 24 hingga SOALAN 41, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan di Kertas Soalan ini. BAHAGIAN B Dari SOALAN 24 hingga SOALAN 41, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan di Kertas Soalan ini. GOLONGAN KATA ( 16 markah ) Isi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah

Lebih terperinci

UNlVERSITI SAINS MALAYSIA. Mengenal Pasti dan Menggalurkan Struktur Frasa

UNlVERSITI SAINS MALAYSIA. Mengenal Pasti dan Menggalurkan Struktur Frasa UNlVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Kedua Sidang 1993/94 April 1994 HMT 302 Sintaksis Bahasa Melavu Masa: [3 jam] KERTAS PEPERIKSAAN INI MENGANDUNGI ENAM [6] SOALAN DI DALAM ENAN [6] MUKA SURAT.

Lebih terperinci

MAJLlS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN KLANG JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

MAJLlS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN KLANG JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU www.lamanbahasa.wordpress.com MAJLlS PENGETUA SEKOLAH MALAYSA CAWANGAN KLANG MODUL TEM BERFOKUS (2) DAERAH KLANG KBAT (KEMAHRAN BERFKR ARAS TNGG). SJL PELAJARAN MALAYSA 2014 1103/2 BAHASA MELAYU Kertas

Lebih terperinci

PROJEK WARGA: KERJA SOSIAL YANG DIPERTANDINGKAN. Noor Azam bin Abdul Rahman, Mohd Azmir bin Mohd Nizah, Mohd Ariff Ahmad Tarmizi, Mohd Zin Mokhtar.

PROJEK WARGA: KERJA SOSIAL YANG DIPERTANDINGKAN. Noor Azam bin Abdul Rahman, Mohd Azmir bin Mohd Nizah, Mohd Ariff Ahmad Tarmizi, Mohd Zin Mokhtar. PROJEK WARGA: KERJA SOSIAL YANG DIPERTANDINGKAN Noor Azam bin Abdul Rahman, Mohd Azmir bin Mohd Nizah, Mohd Ariff Ahmad Tarmizi, Mohd Zin Mokhtar. Abstrak : Kertas kerja ini akan membincangkan berkaitan

Lebih terperinci

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) CAWANGAN PULAU PINANG JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGADIBERITAHU

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) CAWANGAN PULAU PINANG JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGADIBERITAHU "' MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) CAWANGAN PULAU PINANG MODUL PENILAIAN PMR BAHASA MELAYU Kertas 2 OGOS 2012 2jam 02/2 Duajam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGADIBERITAHU 1. Kertas soalan

Lebih terperinci

Bahagian 1: Imbuhan (10 markah)

Bahagian 1: Imbuhan (10 markah) Bahagian 1: Imbuhan (10 markah) Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu di dalam kurungan yang disediakan.

Lebih terperinci