Kandungan. 2 Notis Mesyuarat Agung Tahunan Yang KeEmpat Belas. 62 Pencapaian. 64 Tanggungjawab Sosial Korporat. 4 Surat kepada Para Pemegang Saham

dokumen-dokumen yang mirip
Memperkukuhkan kedudukan pasaran kami sebagai syarikat kewangan utama di Malaysia

LONPAC INSURANCE BHD Tinjauan Insurans Euromoney 2010 Syarikat Insurans Ketiga Terbaik Keseluruhan Mengikut Rantau - Asia

PENYATA KEWANGAN 132 LPI CAPITAL BHD LAPORAN TAHUNAN ANALISIS PENYATA KEWANGAN 137 PENYATA TANGGUNGJAWAB PARA PENGARAH 138 LAPORAN PENGARAH

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

L P I C a p i t a l B h d 129. penyata kewangan

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

Tinjauan Kewangan Kumpulan

Mengkaji kecukupan dan ketelusan kawalan dalaman dan sistem maklumat pengurusan, termasuk sistem bagi pematuhan undangundang

Penyata Pengerusi PERSEKITARAN OPERASI TINJAUAN PRESTASI

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

Akaun Pelaburan Waheed

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Akaun Pelaburan Wafiyah

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH BAHAGIAN A : PENGENALAN

Akaun Semasa Mudarabah

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

Kajian Kewangan Kumpulan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD (KOTA RAJA)

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

PNB MENERBITKAN LAPORAN TAHUNAN AWAM JULUNG KALI BAGI TAHUN KEWANGAN 2017 POSITIF TERHADAP PROSPEK 2018

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

INDEKS & PENEMUAN TADBIR URUS KORPORAT MSWG -ASEAN 2014 UNTUK MALAYSIA PENGIKTIRAFAN DALAM TADBIR URUS KORPORAT

PENYATA KEWANGAN KENYATAAN AHLI SURUHANJAYA SEKURITI

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

BAHAGIAN I PERMULAAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

KEWANGAN. Penyata Kewangan. 183 Analisis Penyata Kewangan 186 Penyata Tanggungjawab Para Pengarah

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Nota-nota Penyata Kewangan (Samb.)

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

Penyata Kewangan. (Dinyatakan Dalam Ringgit Malaysia) Kenyataan Oleh Para Pengarah. Laporan Pengarah. Laporan Juruaudit.

pemegang saham surat kepada para

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

PENYATA KEWANGAN 31 DISEMBER 2001

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

DIMENSIKOOP PENGAUDITAN: TANDA ARAS KEJAYAAN KOPERASI. Norhazilina Abdul Halim Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur

Wang sesuatu koperasi berdaftar boleh diperdapatkan melalui mana-mana atau kesemua yang berikut:

Kami mempunyai sebuah set Prosedur bagi melantik Pengurus-pengurus Dana. Langkah-langkah itu adalah seperti berikut:

Prinsip 2: Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan

SILA LAYARI ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Ke Arah Menjadi Remisier

Ucapan Aluan Pengarah SKM 3. Perutusan Pengerusi KRKB 4-5. Ahli Lembaga Koperasi 6-7. Carta Organisasi 8. Notis Mesyuarat 9. Aturcara Majlis 10

Amanah Saham Panduan Pelabur

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

PANDUAN UNTUK PEMOHON FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN

Akaun Semasa Mudarabah

Penyata Pengerusi PERSEKITARAN OPERASI TINJAUAN PRESTASI

KUB MALAYSIA BERHAD (Nombor Syarikat:6022-D) (Diperbadankan di Malaysia)

GARIS PANDUAN MENGENAI PEROLEHAN HARTANAH OLEH KEPENTINGAN TEMPATAN DAN ASING

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2017

Berkhidmat sebagai badan tertinggi untuk meluluskan semua perbelanjaan kewangan yang penting. Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan

Jawatan 1 : Pengurus Kanan (Perancangan Bisnes) - (1 Kekosongan )

Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 1 D.R. 15/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

Elitelink Pilih perlindungan paling bersesuaian dengan gaya hidup anda dan kemewahan berterusan.

Akaun Pelaburan Waheed

DANA ENDOWMEN PERPUSTAKAAN UKM

Akaun Pelaburan Wafiyah

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan dan Akaun Kumpulan bagi tahun berakhir 31 Disember 2015.

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

PUNCAK NIAGA HOLDINGS BERHAD KENYATAAN MEDIA PUNCAK NIAGA HOLDINGS BERHAD ( PNHB ATAU SYARIKAT )

KOPERASI GURU-GURU LEPASAN MAKTAB/ PUSAT LATIHAN HARIAN PAHANG (KOGURU) BERHAD. Peraturan-peraturan AKTIVITI KREDIT

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA. Y.B. DATO' ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN [ PADANG BESAR ] minta

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN

Akaun Pelaburan Waheed

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Bahan Cg Fadzlina - Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online BAB 7: ASET ( PERAKAUNAN UNTUK SUSUT NILAI )

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Pengambilan balik pinjaman yang melampaui tempoh

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

SIARAN AKHBAR PRESS STATEMENT

Lembaran Fakta Dana. Dana Income Plus Select Balanced Fund Select Bond Fund Select Dividend Fund

Transkripsi:

Kandungan 2 Notis Mesyuarat Agung Tahunan Yang KeEmpat Belas 4 Surat kepada Para Pemegang Saham 9 Falsafah 10 Sejarah 11 Struktur Korporat Syarikat Subsidiari & Bersekutu 12 Struktur Korporat Kumpulan Perniagaan Utama 13 Lembaga Pengarah & Maklumat Korporat 14 Profil Para Pengarah 21 Pengurusan 22 Pembangunan Korporat 26 Tadbir Urus Korporat Meningkatkan Tahap Kebertanggungjawaban 36 Pematuhan Keperluan Penyenaraian Bursa Securities 38 Menguruskan Risiko 45 Tinjauan Operasi Perniagaan 62 Pencapaian 64 Tanggungjawab Sosial Korporat 66 Takwim Peristiwa-peristiwa Penting Aktiviti Perniagaan 72 Takwim Peristiwa-peristiwa Penting Aktiviti Sosial dan Sukan 77 Kajian Kewangan Kumpulan Perbincangan Pengurusan dan Analisa Peningkatan Kewangan 85 Tinjauan Ekonomi Ulasan dan Tinjauan Ekonomi Malaysia 90 Maklumat Kewangan Penting Kumpulan 91 Kajian Kewangan Lima Tahun Kumpulan 93 Penyata Kewangan 216 Senarai Harta Tanah 220 Struktur Pemegangan Saham dan Waran 230 Direktori Kumpulan 236 Rangkaian Cawangan Kumpulan Borang Proksi AMMB Holdings Berhad Annual Report 2005 1

Notis Mesyuarat Agung Tahunan Yang KeEmpat Belas DENGAN INI DIMAKLUMKAN bahawa Mesyuarat Agung Tahunan AMMB Holdings Berhad ( Syarikat ) yang KeEmpat Belas akan diadakan di Dewan AmBank Group, Tingkat 7, Bangunan AmBank Group, 55 Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur pada hari Isnin, 26 September 2005, jam 10.30 pagi untuk tujuan-tujuan berikut: Perkara Agenda Resolusi di Borang Proksi SEBAGAI URUSAN BIASA 1. Untuk menerima Akaun-Akaun Teraudit bagi tahun berakhir 31 Mac 2005 serta Laporan Pengarah dan Laporan Juruaudit mengenainya. 2. Untuk meluluskan dividen pertama dan akhir sebanyak 4.0% tolak cukai bagi tahun berakhir 31 Mac 2005. 3. Untuk meluluskan bayaran yuran para Pengarah bagi tahun berakhir 31 Mac 2005. 4. Untuk memilih semula Pengarah-pengarah berikut yang bersara mengikut giliran menurut Artikel 89 Tataurusan Syarikat: (a) Y Bhg Dato' Azlan Hashim (b) Y A Bhg Tun Mohammed Hanif bin Omar (c) Y Bhg Prof Tan Sri Dato Dr Mohd Rashdan bin Haji Baba (d) Encik Soo Kim Wai 5. Untuk memilih semula Pengarah Y Bhg Tan Sri Dato Dr Lim Kok Wing, yang bersara menurut Artikel 97 Tataurusan Syarikat. 6. Untuk melantik semula Tetuan Ernst & Young, Juruaudit yang telah tamat tempohnya, dan untuk memberi kuasa kepada para Pengarah bagi menentukan ganjaran mereka. (Resolusi No. 1) (Resolusi No. 2) (Resolusi No. 3) (Resolusi No. 4) (Resolusi No. 5) (Resolusi No. 6) (Resolusi No. 7) (Resolusi No. 8) (Resolusi No. 9) SEBAGAI URUSAN KHAS Untuk mempertimbangkan dan jika difikir sesuai, meluluskan resolusi yang berikut sebagai Resolusi Biasa: 7. Kuasa untuk Menerbitkan Saham Menurut Seksyen 132D Akta Syarikat, 1965 BAHAWA tertakluk kepada kelulusan daripada pihak-pihak berkuasa yang berkenaan, di mana kelulusan tersebut diperlukan, para Pengarah adalah dengan ini diberikan kuasa sepenuhnya mengikut Seksyen 132D Akta Syarikat, 1965, untuk menerbitkan saham dalam modal Syarikat, pada bila-bila masa di bawah syaratsyarat dan bagi tujuan-tujuan tersebut sepertimana mengikut pertimbangan yang dianggap layak oleh Lembaga Pengarah, asalkan jumlah saham terkumpul yang akan diterbitkan menurut resolusi ini, tidak melebihi sepuluh peratus daripada modal saham terbitan Syarikat buat sementara. (Resolusi No. 10) 8. Untuk membincangkan lain-lain perkara yang mana notis sewajarnya telah pun diterima. 2 Laporan Tahunan AMMB Holdings Berhad 2005

NOTIS KELAYAKAN DAN PEMBAYARAN DIVIDEN DENGAN INI DIMAKLUMKAN bahawa dividen pertama dan akhir sebanyak 4.0% tolak cukai bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2005, jika diluluskan oleh pemegang-pemegang saham di Mesyuarat Agung Tahunan yang KeEmpat Belas akan dibayar pada 17 Oktober 2005 kepada pemegang-pemegang saham yang tersenarai dalam Rekod Pendeposit pada 3 Oktober 2005. Seseorang pendeposit hanya layak untuk hak sekiranya: a. Saham dipindah ke akaun sekuriti pendeposit sebelum 4.00 petang pada 3 Oktober 2005 bagi pindahan biasa; dan b. Saham dibeli di Bursa Malaysia Securities Bhd atas dasar kelayakan mengikut Peraturan-peraturan Bursa Malaysia Securities Bhd. Dengan Perintah Lembaga Pengarah RAVINDRA KUMAR THAMBIMUTHU (LS 0000902) Setiausaha Kumpulan Syarikat Kuala Lumpur 2 September 2005 Nota-nota (1) Seorang pemegang saham yang berhak hadir dan mengundi adalah berhak melantik seorang proksi untuk hadir dan mengundi bagi pihaknya. Seorang proksi atau wakil yang diberi kuasa tidak semestinya seorang pemegang saham Syarikat. Di bawah Seksyen 149(1) Akta Syarikat, 1965, jika seorang proksi bukan seorang pemegang saham, ia mestilah merupakan seorang peguam, seorang juruaudit syarikat bertauliah atau seorang yang mendapat kebenaran Pendaftar Syarikat dalam kes tertentu. (2) Seorang Nomini Sah seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Industri Sekuriti (Simpanan Pusat) 1991, boleh melantik seorang proksi bagi setiap akaun sekuriti yang dipegangnya di mana saham biasa Syarikat dikreditkan dalam akaun sekuriti tersebut. Seorang proksi yang dilantik haruslah pemilik benefisial saham dalam akaun sekuriti tersebut atau seorang sebagaimana tersebut di bawah Seksyen 149(1) Akta Syarikat, 1965. (3) Suratcara pelantikan seorang proksi bagi individu mestilah ditandatangani oleh pelantik atau wakil yang diberi kuasa dan bagi sebuah perbadanan, suratcara pelantikan seorang proksi atau proksi-proksi mestilah disempurnakan di bawah meterai syarikat atau ditandatangani oleh pegawai atau wakil yang diberi kuasa berbuat demikian. (4) Borang proksi yang telah disempurnakan mestilah dihantar kepada Pejabat Berdaftar Syarikat di Tingkat 22, Bangunan AmBank Group, 55 Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur tidak kurang daripada 48 jam sebelum waktu Mesyuarat yang ditetapkan. (5) Nota Penjelasan berkenaan Resolusi No. 10 - Kuasa untuk Menerbitkan Saham Menurut Seksyen 132D Akta Syarikat, 1965 Resolusi biasa no. 10, jika diluluskan, akan memberi para Pengarah Syarikat, daripada tarikh Mesyuarat Agung, kuasa untuk memperuntukkan dan menerbitkan saham biasa daripada modal saham Syarikat yang belum diterbitkan sehingga jumlah terkumpul tidak melebihi 10 peratus daripada modal saham terbitan Syarikat buat sementara, apabila perlu atau peluang perniagaan timbul dan dianggap akan memanfaatkan Syarikat oleh para Pengarah. Kuasa ini, kecuali ditarik balik atau dipelbagaikan di Mesyuarat Agung, akan tamat pada Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang. Penyata Mengiringi Notis Mesyuarat Agung Tahunan Pengarah-pengarah Yang Menawarkan Diri Untuk Dipilih Semula Di Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat Yang KeEmpat Belas Pengarah-pengarah yang bersara mengikut giliran menurut Artikel 89 Tataurusan Syarikat dan menawarkan diri untuk dipilih semula adalah seperti berikut: Y Bhg Dato' Azlan Hashim Y A Bhg Tun Mohammed Hanif bin Omar Y Bhg Prof Tan Sri Dato Dr Mohd Rashdan bin Haji Baba Encik Soo Kim Wai Pengarah yang telah dilantik ke Lembaga sejak Mesyuarat Agung Tahunan yang lepas, akan bersara menurut Artikel 97 Tataurusan Syarikat dan menawarkan diri untuk dipilih semula adalah seperti berikut: Y Bhg Tan Sri Dato Dr Lim Kok Wing (dilantik pada 1 November 2004) Butir-butir mengenai kelima-lima Pengarah yang menawarkan diri untuk dipilih semula dibentangkan dalam profil masing-masing di Profil Para Pengarah dan pegangan sekuriti mereka di dalam Syarikat dan subsidiari-subsidiarinya dibentangkan dalam Struktur Pemegangan Saham dan Waran di Laporan Tahunan ini. Laporan Tahunan AMMB Holdings Berhad 2005 3

4 Laporan Tahunan AMMB Holdings Berhad 2005

Surat kepada Para Pemegang Saham Tahun kewangan yang berakhir 31 Mac 2005 menandakan satu lagi mercu tanda di dalam usaha kami bagi menentukan kedudukan Kumpulan AmBank untuk pembangunan akan datang. Di samping pelaburan berterusan ke atas tenaga insan dan infrastruktur, kami juga telah melengkapkan pelaksanaan tiga proses korporat yang penting: penswastaan pemegangan saham AMFB Holdings Berhad pada bulan Mac 2005; penyenaraian operasi perbankan pelaburan di bawah Kumpulan AmInvestment pada 17 Mei 2005; dan penggabungan operasi-operasi perbankan komersil dan syarikat kewangan Kumpulan ke dalam satu entiti yang sah, iaitu AmBank (M) Berhad, pada 1 Jun 2005. Struktur korporat Kumpulan mencerminkan strategi pelbagai bidang dalam industri perkhidmatan kewangan domestik bagi menawarkan rangkaian produk berinovatif dan perkhidmatan berkualiti yang komprehensif. Kumpulan AmInvestment memberi tumpuan kepada aktiviti pasaran modal dan perbankan pelaburan; AmBank memberi perhatian terhadap perbankan runcit, komersil dan perbankan Islam, manakala AmAssurance menyediakan produk dan perkhidmatan insurans am dan hayat. Tujuan kami adalah untuk meningkatkan saiz francais kami yang sememangnya kukuh di negara ini dengan sentiasa memperbaiki perkhidmatan pelanggan dan kecekapan kami. Kejayaan kami tidak berpunca daripada mana-mana produk tetapi ia berdasarkan keupayaan untuk menyediakan kemudahan perkhidmatan yang lengkap. Pencapaian Kami Meskipun keputusan masih belum mencerminkan kesan keseluruhan langkah-langkah yang telah diambil bagi meletakkan asas untuk masa akan datang, kami berjaya merekodkan hasil, pendapatan bersih dan pendapatan yang lebih tinggi untuk sesaham. Kami mendapatkan bahagian pasaran yang bermakna dalam perbankan runcit, perbankan pelaburan dan produk-produk insurans utama, yang membuktikan keberkesanan model perniagaan kami. Kumpulan AmInvestment merangkul tempat pertama di dalam Jadual Liga Pengurus Utama Bloomberg 2004 (Bloomberg s Lead Managers League Tables 2004) dengan penerbitan 21.1% bon-bon korporat, dan di tempat ketiga dalam Jadual Liga Malaysia M&A Bloomberg 2004 (Bloomberg s Malaysian M&A League Table 2004), dengan urus niaga berjumlah RM4.2 bilion atau 13.5% bahagian dalam pasaran. Ia juga merangkul beberapa anugerah pada tahun 2004, termasuk Urus niaga Ekuiti Malaysia Tahun 2004, Urus niaga Bon Tahun 2004 dan berada di tempat kedua dalam Jadual Liga Bon Islam Global, dengan penerbitan 16.8% saham bon Islam. Meskipun sibuk dengan proses penggabungan bank komersil dan syarikat kewangan, kami masih berjaya meneruskan usaha mengukuhkan posisi utama dalam perbankan runcit, sebagai pembiaya terbesar kenderaan bermotor, serta menambah bahagian pasaran pinjaman gadai janji dan pembiayaan kad kredit. Laporan Tahunan AMMB Holdings Berhad 2005 5

yang antaranya ke atas perkara-perkara yang berlaku sekali sahaja, seperti pertukaran syarikat kewangan kepada bank komersil. Nisbah pendapatan bukan-faedah dan jumlah pendapatan Kumpulan berada pada 36.6%, yang melebihi 30.0% untuk tiga tahun berturut-turut. Kami juga telah menaiki satu lagi anak tangga dalam industri insurans disebabkan oleh pertumbuhan sebanyak 30.0% dalam premium insurans baru kepada RM700 juta. Dalam industri insurans am, AmAssurance menduduki tempat kedua dengan sebanyak 6.1% bahagian pasaran, dan di tempat ke-7 dalam industri insurans hayat dengan sebanyak 4.9% bahagian pasaran. Di samping itu, dengan pelancaran dana-dana unit amanah runcit yang baru dan rekod cemerlang kami di segi pengurusan dana-dana institusi, kami berjaya mengekalkan kedudukan di tempat ketiga dengan dana yang diurus berjumlah RM6.9 bilion, iaitu sebanyak 12.0% bahagian pasaran. Kesemua pertumbuhan kami dari segi kedudukan di pasaran adalah hasil penyediaan rangkaian produk dan perkhidmatan yang berlainan serta sifat responsif kami terhadap keperluan para pelanggan. Di dalam Surat Kepada Para Pemegang Saham saya pada tahun lalu, kami telah menekankan bahawa Kumpulan menggunakan strategi pelbagai bidang dalam membangunkan sumber-sumber hasil yang berpelbagai dan stabil, serta untuk mendapatkan kelebihan tambahan untuk memastikan prestasi berdaya tahan dan nilai kepada para pemegang saham. Kumpulan beraspirasi untuk bertanding dalam pasaran-pasaran di mana kami percaya kami boleh menambah nilai tertentu, menjadi yang terbaik antara yang terbaik, dan mencapai posisi utama dalam produk-produk utama dalam setiap jenis perniagaan ini. Kumpulan mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM489.7 juta bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Mac 2005, peningkatan memuaskan sebanyak 42.9% berbanding tahun kewangan yang lepas. Keuntungan sebelum cukai bertambah baik walaupun peruntukan tambahan sebanyak RM244.7 juta diketepikan disebabkan oleh perkara-perkara berikut: pengamalan polisi penklasifikasian pinjaman yang lebih ketat, iaitu hutang yang tidak dibayar selepas 90 hari diklasifikasikan sebagai Pembiayaan Tidak Berbayar (NPL); perletakan nilai kosong kepada harta cagaran untuk NPL yang melebihi tujuh tahun; dan perbelanjaan overhed yang lebih tinggi, Dividen Di akhir Mac 2005, nisbah modal diimbangi risiko Kumpulan berada pada 11.6%, yang melebihi kadar minima berkanun sebanyak 8.0%. Sebagai mengiktiraf kedudukan kewangan kami yang kukuh dan sejajar dengan komitmen kami untuk memberi nilai kepada para pemegang saham, Lembaga Pengarah anda mencadangkan pembayaran dividen akhir sebanyak 4.0% ditolak cukai. Ini akan menyaksikan pembayaran kira-kira RM61.36 juta kepada para pemegang saham, atau 30.4% daripada keuntungan bersih selepas percukaian dan faedah minoriti sebanyak RM201.94 juta. Kumpulan juga akan mengamalkan polisi untuk membayar sekurang-kurangnya 25.0% daripada keuntungan bersih Kumpulan setiap tahun sebagai dividen. Prestasi Harga Saham Walaupun keputusan ini mengesahkan keberkesanan strategi Kumpulan: untuk pembangunan dan kepelbagaian perniagaan; untuk mencari model perniagaan berfokuskan pelanggan; untuk mengekalkan disiplin di dalam cara kita mengurus perbelanjaan dan modal; dan untuk menguatkan budaya korporat, namun pencapaian ini masih belum terbukti oleh prestasi harga saham. Pada akhir Julai 2005, permodalan pasaran kita adalah sebanyak RM6.03 bilion, penurunan marginal sebanyak 2.0% daripada Jun tahun 2004, yang meletakkan kami sebagai syarikat ke-23 besar di Bursa Malaysia Securities Berhad. Seperti yang anda sedia maklum, harga saham mengalami tekanan di sepanjang tiga bulan pertama tahun 2005 disebabkan oleh kenaikan modal berbayar Syarikat sebanyak 15.0% menerusi penerbitan kira-kira 272 juta saham baru pada bulan Mac 2005. Sejumlah 189 juta saham baru diterbitkan sebagai sebahagian daripada pembayaran imbalan belian untuk penswastaan pemegangan saham AMFB Holdings Berhad; sejumlah 70 juta saham baru diterbitkan disebabkan oleh proses Waran 2003/2008, dan kira-kira 13 juta saham baru juga diterbitkan berikutan Skim Opsyen Saham Pekerja Syarikat. Sumber: Berita Harian (Seksyen: Ekonomi, muka surat B1) Khamis, 19 Mei 2005. 6 Laporan Tahunan AMMB Holdings Berhad 2005

Oleh kerana penswastaan itu disempurnakan pada bulan Mac 2005, iaitu bulan terakhir dalam tahun kewangan, pengembangan dana-dana para pemegang saham Kumpulan tidak diiringi oleh peningkatan yang sama daripada peningkatan sumbangan operasi syarikat kewangan. Jika tidak kerana peningkatan ekuiti para pemegang saham ini, Kumpulan sebenarnya mencatatkan pulangan ekuiti yang lebih tinggi sebanyak 6.5% berbanding 4.5% yang dilapurkan bagi TK2005. Mengukuhkan Kunci Kira-kira Kami Kami juga meneruskan usaha untuk mengukuhkan kunci kira-kira. Dengan jumlah aset bernilai RM61.9 bilion dan dana-dana pemegang saham sebanyak RM4.78 bilion pada akhir Mac 2005, Kumpulan AmBank telah pun disenaraikan sebagai bank yang kelima terbesar di negara ini. Apa yang lebih penting lagi adalah pertukaran AmFinance kepada sebuah bank komersil membolehkan Kumpulan mencapai pertumbuhan hasil dengan lebih cepat. Ini membolehkan kami menawarkan rangkaian perkhidmatan perbankan komersil yang komprehensif dan produk-produk inovatif bagi memenuhi keperluankeperluan pengurusan kewangan dagangan dan modal kerja SME; serta jumlah pelanggan runcit kami yang melebihi 2 juta di 171 cawangan, 228 ATM dan perbankan Internet; mengurangkan kos-kos pendanaan dengan menggerakkan permintaan deposit; dan mencapai penjimatan kos hasil daripada penyatuan operasi-operasi pejabat sokongan. pinjaman runcit kini melibatkan 66.0% daripada jumlah portfolio pinjaman Kumpulan. Di sepanjang tahun kewangan 2005, jumlah pinjaman runcit berkembang sebanyak hampir 15.0% setiap tahun atau sebanyak RM3.0 bilion kepada RM28.0 bilion. Kumpulan membayar hampir sejumlah RM7.2 bilion pinjaman kereta, meluluskan sebanyak RM2.3 bilion pinjaman perumahan, sementara peredaran kad kredit meningkat kepada 362,000 ahli. Pengembangan pesat dalam aktiviti peminjaman runcit berpunca daripada penggunaan tekonologi, model skor kredit dan pembaikan dalam proses dan prosedur kerana para pelanggan masih meminta agar masa gerak tindak dikurangkan. Susulan kelonggaran kawal selia bursa, Kumpulan mengambil kesempatan ke atas francais perbankan pelaburan dan runcitnya yang telah lama bertapak untuk memperkenalkan produk-produk mata wang asing, danadana unit amanah yang inovatif, dana-dana ekuiti persendirian dan amanah pelaburan hartanah. Di samping itu, untuk mengikut langkah para pelanggan korporat kami, Kumpulan juga sedang mengembangkan kehadiran serantaunya di Singapura dan Indonesia. Kami juga sedang berusaha untuk melaksanakan strategi dwi-cabang untuk mengembangkan perniagaan insurans: menggabungkan produk-produk insurans hayat dan am untuk dijual kepada para pelanggan runcit dan korporat; dan pengembangan rangkaian agensi untuk mencapai sasaran premium insurans bernilai RM1.0 bilion dalam TK2006. Di samping itu, usaha-usaha pemulihan yang lebih intensif di bawah satu Unit Pemulihan Kumpulan yang berpusat untuk menstruktur semula Pembiayaan Tidak Bergerak (NPL) korporat yang telah dilanjutkan sebelum Krisis Asia, melaksanakan sistem berpusat Pengutipan Runcit, serta persekitaran ekonomi yang bertambah baik, telah menyumbang kepada penurunan tahap keseluruhan NPL, kerana Kumpulan mengamalkan pengklasifikasian 3 bulan daripada 13.8% pada bulan Mac 2005 kepada 48.9% pada bulan Jun 2005. Kerugian pinjaman telah meningkat pulih dari kadar 43.4% pada Mac, 2005 hingga ke 48.9% pada Jun 2005. Pelaburan yang bermakna dalam sistem-sistem perkadaran risiko kredit dan sistem skor kredit runcit terbukti sesuai dalam mempertingkatkan keupayaan kami untuk menilai dan meluluskan peningkatan permintaan kemudahan kredit yang baru, terutamanya memandangkan Kami yakin bahawa kejayaan strategi ini untuk memastikan pengekalan pendapatan, serta usaha untuk menjajarkan tenaga kerja ke dalam satu budaya dan nilai tetap yang dikongsi akan akhirnya terbukti dalam peningkatan prestasi kewangan dan harga saham Kumpulan. Urus Tadbir Korporat Kami terus menekankan amalan tadbir urus yang baik untuk memastikan disiplin korporat dan fiscal dan untuk mencapai prestasi kewangan yang konsisten, serta melindungi kepentingan para pemegang saham dan pelanggan. Walaupun kami percaya yang ini bermula di peringkat Lembaga, kami ingin memupuk prinsip-prinsip urus tadbir dan pengurusan risiko ini di dalam budaya warga kerja kami. Adalah menjadi budaya kita untuk memberi dorongan dan ganjaran kepada kakitangan di atas usaha keras, kreativiti dan semangat kerjasama Laporan Tahunan AMMB Holdings Berhad 2005 7

mereka dalam memberi gerak tindak yang cepat dan fleksibel terhadap segala perubahan keperluan pelanggan dan pasaran. Untuk menggerakkan rangka kerja yang tepat untuk membuat keputusan, sebahagian besar daripada ahli-ahli Lembaga terdiri daripada ahli-ahli lembaga bebas yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang diperlukan untuk membimbing dan menasihati Kumpulan. Lembaga disokong oleh empat Jawatankuasa utama Pencalonan, Ganjaran, Audit dan Pemeriksaan dan Pengurusan Risiko yang bermesyuarat pada jadual yang ditetapkan. Kumpulan juga mempunyai sistem kawalan dalaman dan pengurusan risiko serta eksekutif profesional dan pengurus-pengurus kanan yang berkebolehan untuk memimpin pelbagai Bahagian Perniagaan Kumpulan. Keupayaan Kumpulan untuk mencipta yang baru dan menyesuaikan diri adalah faktor utama dalam usaha pembangunan jangka sederhana dan panjang. Kami faham bahawa perniagaan kami dipengaruhi oleh banyak faktor dan kejayaan kami akan ditentukan oleh keupayaan kami untuk menjangka dan bertindak terhadap cabaran-cabaran ini. Dari sudut ini, kami dengan sukacitanya menyatakan bahawa di sebalik ketidak tentuan global, ekonomi negara sedang menuju pertumbuhan KDNK pada kadar 5.5% yang akan menyediakan persekitaran ekonomi yang positif untuk membantu Kumpulan mengekalkan pergerakan pertumbuhannya. Penghargaan Kemajuan kami dalam beberapa tahun kebelakangan ini mungkin sukar dicapai tanpa kepercayaan dan kerjasama para pelanggan, komitmen, dedikasi dan integriti kakitangan bank; serta bimbingan daripada Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, dan yang terpenting sekali, sokongan berpanjangan para pemegang saham kami. Maju ke Depan Kekukuhan pencapaian kami mengesahkan keberkesanan strategi Kumpulan. Bagi pihak Lembaga, saya mengucapkan tahniah kepada Pengarah Urusan Kumpulan, Cheah Tek Kuang, serta pasukan pengurusan beliau dan semua kakitangan Kumpulan di atas pencapaian satu lagi tahun yang cemerlang dan mengucapkan terima kasih di atas sumbangan mereka yang bermakna. Saya menjamin bahawa kita akan dapat mengekalkan tumpuan terhadap usaha meningkatkan nilai untuk para pemegang saham, dan tujuan kami adalah untuk mencapai sasaran-sasaran berikut bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Mac 2006: Memperbaiki kualiti aset dan mengurangkan nisbah pembiayaan tidak bergerak kepada kurang daripada 10.0%; Mengurangkan nisbah overhed dan pendapatan kepada sebanyak 36.0%; Mengurangkan kos pendanaan dengan menggerakkan permintaan deposit; dan Memperbaiki perkhidmatan pelanggan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran Tan Sri Lim Kok Wing sebagai ahli Lembaga, dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato Malek Merican yang bersara tahun ini, setelah satu dekad lamanya beliau menjadi ahli Lembaga. Saya mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang telah sama-sama membantu menjadikan tahun ini tahun yang cemerlang. Sambil kita mencarta perjalanan untuk masa akan datang, kami tetap teruja oleh segala peluang serta cabaran akan datang, dan berpandangan optimistik tentang prospek pertumbuhan kami. Tan Sri Dato Azman Hashim Pengerusi Bukan-Eksekutif Kuala Lumpur 8 Ogos 2005 8 Laporan Tahunan AMMB Holdings Berhad 2005