GARIS PANDUAN STANDARD DAN KRITERIA KURSUS PENGAJIAN PERINGKAT PASCAIJAZAH (Edisi ketiga)

dokumen-dokumen yang mirip
POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

Tatacara Kelulusan Bagi Kursus Pengajian Institusi Pendidikan Tinggi Swasta LAN-TC-01. Edisi Ke Dua. Disediakan Oleh Lembaga Akreditasi Negara

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

GARIS PANDUAN PROSEDUR, KRITERIA DAN STANDARD KUALITI KURSUS PENGAJIAN YANG DIKENDALIKAN SECARA PENDIDIKAN JARAK JAUH BAGI IPTS

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

KAPS 19 KOD AMALAN PELAKSANAAN PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA CAMPURAN SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN UPNM

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

GARIS PANDUAN PHD INDUSTRI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI MALAYA GARISPANDUAN PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH DOKTOR FALSAFAH MELALUI MOD PENERBITAN (PRIOR PUBLICATION)

GARIS PANDUAN PENCALONAN

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

GARIS PANDUAN PINDAHAN KREDIT & PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PINDAHAN KREDIT PROGRAM PENGAJIAN

GARIS PANDUAN PHD SECARA PENERBITAN (PHD BY PUBLICATION) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (KRITERIA PEMERIKSA) (P )

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN PROGRAM KERJASAMA IPTA / IPTS DI DALAM NEGARA

PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

BAHAGIAN I PERMULAAN. 1. (1) Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) 2015.

POLISI PENGANUGERAHAN IJAZAH, DIPLOMA, SIJIL DAN KEPUJIAN AKADEMIK LAIN SECARA AEGROTAT DAN ANUMERTA

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN INSENTIF PhD Pusat Penyelidikan dan Inovasi/Jabatan Pendaftar

PERATURAN AKADEMIK BUKU PERATURAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA SEPARUH MASA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PENGAJIAN SISWAZAH) Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

Kelulusan Jawatankuasa Pengajian Penubuhan Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut / Program Baru / Pengambilan Pelajar Bil.

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM. ~ Setiap program dan pusat ditawarkan adalah berbeza bagi setiap pengambilan

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

STANDARD KURSUS ASAS (FOUNDATION) 2014

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

Polisi Dan Prosedur Penubuhan, Atribut dan Pembubaran Entiti Akademik. Senat UTM Bil.12/2010/2011 : 8 Ogos 2011

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN. KUiTTHO.PP/10.12/01 (47) 3 Oktober 2006 PEKELILING PENGURUSAN BIL.47/2006

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

GARIS PANDUAN PHD / SARJANA PENYELIDIKAN

MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM5, (Minimum) - RM10, (Maksimum)

Program Doktor Pendidikan Tinggi

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan IPTS yang menawarkan mata pelajaran ODL ataupun pembelajaran secara jarak jauh

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

JAWATAN KOSONG DI PENTADBIRAN NEGERI PERAK. 1. Jawatan : Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J1-2 dan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J1-1

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan penilaian permohonan geran penyelidikan yang diuruskan oleh Pejabat TNCPI.

GARIS PANDUAN DAN KRITERIA KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

1. PENGENALAN 2. TUJUAN

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

GARIS PANDUAN DANA PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN (RAGS)

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Anugerah dan pengiktirafan yang diberikan adalah dalam bentuk berikut:

KELAYAKAN MINIMUM (Kategori Diploma/Setaraf IB,AUSMAT, A Level dan lain-lain) PROGRAM SARJANA MUDA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM UPSI

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SOAL & JAWAB UNIT CUTI BELAJAR BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

The National University of Malaysia PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PENGAJIAN SISWAZAH) Program Sarjana dan Kedoktoran

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

12 Senat Ke Oktober 2009 Min. 2641[B][v] - Pelaksanaan Kaedah Alternatif Pemeriksaan Tesis Doktor Falsafah [Mod Penyelidikan] 1. Prosedur untuk

BUKU LOG LATIHAN. Tahun : Kementerian Kesihatan Malaysia. No. K.P. Gred Jawatan :. Tempat Bertugas :

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM2, (Minimum) - RM 9, (Maksimum)

KAPS-16 Kod Amalan Penyeliaan Jarak Jauh SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

Cabutan Minit Senat: 1 Disember 2009


CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS. a) Gred Lulus minimum adalah Gred C bagi pra siswazah dan Gred B bagi pasca siswazah.

Syarat Khas Program Lepasan Diploma Bagi Sesi Akademik 2016/2017

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TATACARA DAN SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR

GARIS PANDUAN IJAZAH-DUAL DAN IJAZAH BERSAMA SARJANA & KEDOKTORAN

DASAR PROGRAM PERANTARA AKADEMIK UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

MUKA SURAT BAHAGIAN A - PERMULAAN

GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS/DISERTASI KOMPILASI. Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SYARAT ASAS PERMOHONAN KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR GRED KHAS C DAN PROF. MADYA

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : UNIMAP/PEND/101/2-6 (9) TARIKH : 3 OGOS 2012 PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 6 TAHUN 2012

Transkripsi:

GARIS PANDUAN STANDARD DAN KRITERIA KURSUS PENGAJIAN PERINGKAT PASCAIJAZAH (Edisi ketiga) Kursus pengajian pada peringkat ijazah sarjana (Masters) dan doktor falsafah (Ph.D) yang ingin ditawarkan oleh Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dikehendaki melalui proses sebagaimana yang dilalui bagi Kelulusan pengendalian kursus pengajian, Standard Minimum atau Perakuan Akreditasi bagi peringkat sijil, diploma dan ijazah sarjana muda. Namun begitu, terdapat beberapa maklumat tambahan yang perlu disediakan oleh pemohon berkaitan pengurusan pengendalian kursus pengajian pada peringkat pascaijazah. Di bawah ini dirumuskan beberapa syarat, keperluan dan garis panduan mengenai pengendalian kursus pengajian di peringkat pascaijazah. 1.0 PENGALAMAN PENGENDALIAN KURSUS PENGAJIAN PADA PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA DALAM BIDANG YANG BERKAITAN Sebelum sesebuah IPTS membuat permohonan untuk mengendalikan kursus pengajian pada peringkat pascaijazah, iaitu sarjana dan doktor falsafah, IPTS tersebut hendaklah menunjukkan keupayaan mengendalikan kursus pengajian tersebut dengan memenuhi syarat-syarat berikut: 1.1 Peringkat Sarjana Mempunyai kursus pengajian pada peringkat sarjana muda dalam bidang yang sama atau yang berkaitan yang telah dikendalikan dengan memuaskan. 1.2 Peringkat Doktor Falsafah Mempunyai kursus pengajian pada peringkat sarjana dalam bidang yang sama atau yang berkaitan yang telah dikendalikan dengan memuaskan. 2.0 PUSAT PASCAIJAZAH Setiap IPTS yang mengendalikan atau ingin mengendalikan kursus pengajian pada peringkat ijazah sarjana dan doktor falsafah dikehendaki menubuhkan atau mempunyai satu unit khas untuk mengendalikan kursus pengajian pada peringkat tersebut. Unit ini bertujuan untuk memastikan pengurusan pengendalian kursus pengajian dijalankan dengan licin dan teratur. 1 / 18

Struktur organisasi, fungsi dan objektif pusat atau unit tersebut hendaklah diterangkan dengan jelas supaya dapat memberikan gambaran tentang sistem pemantauan pengendalian kursus pengajian tersebut. 3.0 KELAYAKAN MASUK PELAJAR IPTS perlu mempunyai peraturan bertulis yang boleh dirujuk oleh orang awam tentang syarat-syarat dan kelayakan memasuki sesuatu kursus pengajian. Setiap IPTS dikehendaki menyediakan peraturan terperinci mengenai kelayakan masuk ke sesuatu kursus pengajian. Panduan berikut merupakan standard dan kriteria yang ditetapkan untuk kelayakan masuk calon ke kursus pengajian di peringkat pascaijazah. Sarjana Peringkat Pengajian Doktor Falsafah Kelayakan Kemasukan Ijazah Sarjana Muda (kepujian) atau kelayakan lain yang setara yang diiktiraf oleh LAN. Ijazah Sarjana atau kelayakan lain yang setara yang diiktiraf oleh LAN. 4.0 PENGENDALIAN KURSUS PENGAJIAN 4.1 Struktur Disarankan setiap IPTS membentuk kursus pengajian pascaijazah mengikut salah satu daripada 3 struktur pengendalian kursus pengajian seperti berikut: i. Struktur A : Penyediaan tesis ii. Struktur B : Campuran pengambilan mata pelajaran dan penyediaan tesis. iii. Struktur C : Pengambilan mata pelajaran sebagai asas kursus pengajian dan penyediaan kertas projek. Kaedah pengiraan jam kredit di peringkat pascaijazah adalah berasaskan 3 jam kredit bagi satu mata pelajaran untuk tempoh 14 minggu. Jumlah mata pelajaran dan jam kredit bergantung kepada bidang dan disiplin kursus pengajian yang dipohon atau dicadangkan oleh IPTS berkenaan. IPTS juga dikehendaki menyediakan satu garis panduan atau peraturan tatacara penulisan tesis; bagi mana-mana yang berkaitan. 2 / 18

i. Struktur A Dalam struktur A, pengendalian kursus pengajian bergantung kepada penyelidikan sepenuhnya. Pada lazimnya, calon tidak diperlukan mengambil mata pelajaran. Namun begitu calon-calon yang tidak mempunyai latar belakang yang kukuh dalam sesuatu lapangan pengajian diwajibkan mengambil mata pelajaran yang berkaitan. Ini bermakna calon boleh diminta untuk mengambil mata pelajaran tertentu bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu bidang untuk membantunya dalam menjalankan penyelidikan dan penyediaan tesis. Mata pelajaran Kaedah dan Etika Penyelidikan, Kaedah Teknik Kuantitatif dan Kualitatif (termasuk mata pelajaran Reka Bentuk Eksperimen, Statistik, Ekonometrik, Simulasi dan sebagainya yang berkaitan dengan bidang penyelidikan) boleh ditawarkan kepada calon. Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan, calon dikehendaki menyediakan tesis sebagai prasyarat untuk mendapatkan ijazah. Tesis yang disediakan oleh calon mestilah berkualiti dan mempunyai potensi untuk diterbitkan di dalam jurnal-jurnal. Jam kredit untuk struktur ini tidak ditetapkan. Bagi pelajar sepenuh masa, tempoh minimum untuk menamatkan kursus pengajian pada peringkat sarjana ialah 1 tahun, manakala tempoh minimum untuk menamatkan kursus pengajian pada peringkat doktor falsafah ialah 2 tahun. Tempoh maksimum pula ialah 4 tahun bagi peringkat sarjana dan 6 tahun bagi peringkat doktor falsafah. Bagi pelajar separuh masa, tempoh minimum untuk menamatkan kursus pengajian pada peringkat sarjana ialah 2 tahun, manakala tempoh minimum untuk menamatkan kursus pengajian pada peringkat doktor falsafah ialah 4 tahun. Tempoh maksimum bagi pelajar separuh masa pula ialah 6 tahun bagi peringkat sarjana dan 8 tahun bagi peringkat doktor falsafah. Selain menyediakan tesis yang mendalam, pihak IPTS disarankan menyediakan beberapa kaedah bagi menilai pencapaian pelajar dan standard pengajian yang ditawarkan. Salah satu kaedah adalah dengan mengadakan "Peperiksaan Kelayakan" dan persembahan "Cadangan Penyelidikan". Cadangan Penyelidikan boleh dijadikan media bagi Peperiksaan Kelayakan. Kaedah ini merupakan kriteria untuk menentukan pelajar berkeupayaan sahaja yang layak meneruskan pelajaran pada peringkat pascaijazah. Permohonan pengendalian kursus pengajian hendaklah dibuat mengikut bidang kursus pengajian. Sebagai contoh, Ijazah Sarjana Sains merupakan kelayakan akademik pada peringkat sarjana sains 3 / 18

yang generik yang tidak mempunyai bidang pengkhususan. Justeru permohonan untuk Ijazah Sarjana Sains hendaklah berasaskan bidang pengkhususan umum seperti Ijazah Sarjana Sains Kejuruteraan atau Ijazah Sarjana Sains Perubatan. Permohonan pengendalian kursus pengajian Ijazah Sarjana Sains Kejuruteraan merupakan satu permohonan untuk mendapatkan kelulusan pengendalian kursus pengajian dan merangkumi penganugerahan kelayakan akademik bagi Ijazah Sarjana Sains Kejuruteraan major dalam Elektrik, Elektronik, Mekanikal, Awam dan sebagainya. Begitu juga dengan Ijazah Sarjana Sains Perubatan yang merangkumi penganugerahan kelayakan akademik Ijazah Sarjana Sains Perubatan major dalam Anatomi, Histologi, Neurologi, Osteologi dan sebagainya. Dalam keadaan yang lain pula, Ijazah Sarjana Sains boleh diguna pakai bagi kursus pengajian dalam bidang sains tulen seperti Kimia, Fizik, Biologi, Zoologi, Matematik dan Statistik. Namun begitu, permohonan yang berasingan hendaklah dibuat, sekiranya IPTS ingin mengendalikan Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Kejuruteraan dan Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Sains Tulen. Bidang major bagi setiap ijazah sarjana boleh ditulis dalam skrol atau memadai ditulis dalam transkrip pelajar. Begitu juga dengan kursus pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah; permohonan hendaklah dibuat mengikut bidang pengkhususan seperti yang dinyatakan di atas bagi peringkat Ijazah Sarjana. ii. Struktur B Pengendalian kursus pengajian bagi Struktur B pula merupakan kombinasi antara penyediaan tesis (melalui penyelidikan) dan pengambilan mata pelajaran sebagai prasyarat untuk lulus. Untuk kursus pengajian di peringkat sarjana, calon dikehendaki mengambil mata pelajaran teras (core) dan/atau elektif. Jam kredit bagi keseluruhan kursus pengajian pada peringkat ini bergantung kepada bidang yang diambil. Disarankan supaya jumlah jam kredit minimum bagi Struktur B pada peringkat sarjana dalam bidang sains Sosial, Sains dan Sains Bersekutu tidak kurang daripada 18 jam kredit. Di samping itu, calon dikehendaki membuat penyelidikan yang mendalam dan menghasilkan tesis sebagai satu keperluan untuk mendapatkan ijazah. Pada peringkat doktor falsafah pula, calon dikehendaki mengambil mata pelajaran teras (core) dan/atau elektif tidak kurang daripada 18 jam kredit selepas kelayakan akademik peringkat sarjana bagi bidang Sains Sosial, dan Sains Bersekutu selepas kelayakan akademik peringkat sarjana. Calon juga dikehendaki membuat penyelidikan 4 / 18

yang mendalam dan menghasilkan tesis sebagai satu keperluan untuk mendapat ijazah. Jumlah jam kredit untuk penyediaan tesis bergantung kepada keperluan struktur pengendalian kursus pengajian. Di cadangkan jumlah minimum jam kredit bagi penyediaan tesis ialah 12 jam. Tempoh minimum dan maksimum penyediaan tesis bagi peringkat sarjana dan doktor falsafah untuk pelajar sepenuh masa dan separuh masa adalah sama seperti yang digariskan dalam pengendalian kursus pengajian secara Struktur A. iii. Struktur C Kursus pengajian yang memprogramkan pengendaliannya dalam bentuk Struktur C hanya boleh diguna pakai untuk kursus pengajian pada peringkat sarjana sahaja. Struktur ini menekankan kaedah calon mengambil mata pelajaran dan tidak membuat tesis. Jam kredit bagi mata pelajaran yang wajib diambil bergantung kepada bidang. Disarankan jam kredit minimum bagi Struktur C tidak kurang daripada 40 jam bagi bidang Sains Sosial dan 30 jam bagi bidang Sains dan Sains Bersekutu. Kurikulum yang digubal bagi Struktur C hendaklah mengandungi elemen penyelidikan dengan memasukkan kertas projek atau kajian kes. Namun demikian, penyelidikan yang dilakukan untuk penyediaan kertas projek atau kajian kes tidaklah sebegitu mendalam sebagaimana terdapat dalam Struktur A dan B. Ini bertujuan untuk mendedahkan calon kepada kaedah penyelidikan dan penulisan ilmiah. iv. Beban Jam Belajar Pelajar Bagi pelajar separuh masa yang mengikuti kursus pengajian sarjana dan doktor falsafah struktur B dan C, beban jam belajar pelajar (jam kredit pengambilan mata pelajaran) hendaklah separuh daripada beban jam belajar pelajar bagi pelajar sepenuh masa. Jadual 1 menunjukkan ringkasan tempoh dan jam kredit bagi kursus pengajian peringkat sarjana dan doktor falsafah. v. Keperluan Badan Profesional Sistem dan jumlah jam kredit untuk lulus yang dinyatakan adalah untuk kursus pengajian pascaijazah secara umum. Namun begitu, sekiranya sesuatu kursus pengajian yang mempunyai kaitan dengan badan profesional yang berkehendakkan sistem pengendalian kursus pengajian berlainan daripada apa yang dinyatakan, pihak IPTS hendaklah menyatakan sistem dan keperluan badan profesional yang 5 / 18

berkenaan, sebagai contoh, badan profesional Perubatan, Kejuruteraan dan Perakaunan. 4.2 Bahasa Kebangsaan dan Mata Pelajaran Wajib Calon-calon pada peringkat pascaijazah dikecualikan daripada mengambil Bahasa Kebangsaan dan Mata Pelajaran Wajib walaupun pada peringkat ijazah sarjana muda mereka tidak pernah mengambil mata pelajaran tersebut. Jadual 1: Ringkasan Tempoh Pengajian Dan Jam Kredit Kursus Pengajian Peringkat Sarjana Dan Doktor Falsafah. Peringkat Bidang Struktur A Struktur B Struktur C Sarjana: Sains Sosial Tempoh Minimum: 1 tahun bagi calon sepenuh masa dan 2 tahun bagi calon separuh masa. 18 jam kredit + tesis 40 jam kredit + kertas projek atau kajian kes Sains dan Sains Bersekutu Tempoh Minimum 1 tahun bagi calon sepenuh masa dan 2 tahun bagi calon separuh masa. 18 jam kredit + tesis 30 jam kredit + kertas projek atau kajian kes Doktor Falsafah: Sains Sosial Tempoh Minimum 2 tahun bagi calon sepenuh masa dan 4 tahun bagi calon separuh masa 18 jam kredit + tesis - Sains dan Sains Bersekutu Tempoh Minimum 2 tahun bagi calon sepenuh masa dan 4 tahun bagi calon separuh masa. 18 jam kredit + tesis - Badan Profesional Kursus pengajian peringkat pascaijazah yang mempunyai kaitan dengan keperluan badan profesional hendaklah mengikut sistem dan garis panduan yang dinyatakan oleh badan tersebut. 4.3 Pecahan Mata Pelajaran Bagi kursus pengajian di bawah struktur B dan C yang mewajibkan calon mengambil mata pelajaran sebagai satu syarat untuk lulus, pecahan mata 6 / 18

pelajaran sama ada mata pelajaran teras major (core) dan juga mata pelajaran bidang pengkhususan yang tertentu, iaitu elektif major, hendaklah diterangkan dengan jelas. Di bawah ini diberikan penjelasan mengenai kategori pecahan mata pelajaran yang ditawarkan oleh IPTS. Mata pelajaran teras asas ialah mata pelajaran yang wajib diambil oleh pelajar sebelum memilih bidang major. Mata pelajaran teras major ialah mata pelajaran yang diambil oleh pelajar untuk membuat pengkhususan dalam sesuatu bidang tertentu. Mata pelajaran elektif major merupakan pilihan beberapa mata pelajaran yang menjurus kepada pengkhususan yang tertentu dalam sesuatu major. Mata pelajaran ini juga merupakan pilihan dalam sesuatu bidang. Tidak semua struktur kurikulum pada peringkat pascaijazah mempunyai pecahan seperti yang tersebut di atas. Namun begitu, IPTS diminta mengkategorikan mata pelajaran yang ditawarkan bagi sesuatu kursus pengajian mengikut pecahan yang disarankan. Jadual 2 menunjukkan ringkasan kumpulan mata pelajaran. Jadual 2: Kumpulan Mata Pelajaran Kursus Pengajian Kumpulan mata pelajaran Teras asas dan teras major Ulasan Wajib diambil oleh semua pelajar sebagai satu keperluan untuk mendapat ijazah. Elektif major Pelajar boleh membuat pilihan mata pelajaran dalam bidang major untuk menjurus kepada sesuatu pengkhususan. 4.4 Bahasa Penghantar Bahasa penghantar pengendalian kursus pengajian pada peringkat pascaijazah hendaklah Bahasa Melayu. Kelulusan daripada Menteri hendaklah diperoleh sekiranya IPTS ingin mengendalikan kursus pengajian dalam bahasa lain. 5.0 SISTEM PENILAIAN Satu dokumen polisi sistem penilaian pencapaian pelajar yang telus hendaklah disediakan untuk kursus pengajian yang dipohon dan mengikut struktur yang dipilih. Di bawah ini diberikan beberapa kriteria dan panduan yang boleh digunakan untuk menilai pencapaian pelajar bagi peringkat pascaijazah. 7 / 18

5.1 Penilaian Berterusan Institusi mestilah mempunyai satu sistem penilaian berterusan bagi setiap mata pelajaran. Sebaik-baiknya penilaian dilakukan sebanyak tiga kali bagi setiap mata pelajaran sepanjang satu semester pengajian. 5.2 Kaedah Sistem Penilaian IPTS hendaklah mempunyai beberapa kaedah penilaian bagi setiap mata pelajaran kursus pengajian. Kaedah ini hendaklah diterangkan dengan jelas dan terperinci. Berikut ialah panduan tentang beberapa cara penilaian yang boleh diikuti: i. Pemeriksa melakukan penilaian yang membolehkan pelajar menjawab secara lisan soalan-soalan atau menyelesaikan masalah berdasarkan tajuk-tajuk yang telah diliputi dalam pengajaran. ii. iii. iv. Pelajar menjawab soalan atau menyelesaikan masalah secara bertulis. Pengajar menilai proses dan hasil kerja-kerja amali, demonstrasi, persembahan atau portfolio pelajar. Pelajar menyediakan esei, projek atau laporan kerja lapangan. v. Kombinasi antara i. hingga iv. dan kaedah yang bersesuaian mengikut tatacara pengendalian kursus pengajian. Untuk calon-calon yang memilih Struktur A atau B, selain i v (di mana yang berkaitan), penilaian juga hendaklah dilakukan melalui: vi. vii. viii. ix. Menduduki Peperiksaan Kelayakan; dan Persembahan Cadangan Penyelidikan; atau Gabungan antara vi dan vii, iaitu persembahan Cadangan Penyelidikan sebagai Peperiksaan Kelayakan. Pemeriksaan tesis hendaklah dilakukan oleh sekurang-kurangnya seorang pemeriksa luar bagi peringkat sarjana. Bagi peringkat doktor falsafah pula, pemeriksaan tesis hendaklah dilakukan oleh sekurangkurangnya 2 orang pemeriksa. Salah satu pemeriksa hendaklah merupakan pemeriksa luar yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang yang dinilai daripada IPT awam (IPTA) atau IPT luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, dan seorang pemeriksa lagi boleh dilantik di kalangan staf akademik dalam bidang berkaitan yang tidak terlibat di dalam penyeliaan tesis pelajar; dan Garis Panduan Standard dan Kriteria Kursus Pengajian Peringkat Pascasiswazah, Lembaga Akreditasi Negara, Sept 2004 8 / 18

x. Menduduki peperiksaan Viva. Peperiksaan viva hendaklah dipengerusikan oleh individu yang bebas di kalangan ahli akademik yang berkelayakan dan berpengalaman dalam fakulti atau jabatan yang tidak terlibat semasa penyeliaan tesis dalam bidang yang berkaitan. 5.3 Pencapaian Pelajar Di samping itu, IPTS juga dikehendaki memastikan sistem penilaian untuk mendapat ijazah pada peringkat pascaijazah adalah seperti yang berikut (bagi sistem penilaian yang berlainan daripada sistem mata jam kredit, sila sertakan kesetaraannya dengan mata jam kredit): Kursus Pengajian Struktur C Pencapaian tidak kurang daripada CGPA 3.0 dan mendapat gred memuaskan bagi kertas projek. Kursus Pengajian Struktur B Pencapaian tidak kurang daripada CGPA 3.0; dan i. Lulus Peperiksaan Kelayakan. Peperiksaan Kelayakan boleh dilakukan dengan cara: a. Bertulis; atau b. Lisan, atau c. Kedua-duanya (a) dan (b) Peperiksaan Kelayakan ini boleh digredkan dengan penggredan Memuaskan dan Tidak Memuaskan atau penggredan abjad A, B, C, D, E dan F. ii. iii. Sebagaimana yang dinyatakan terdahulu, sekiranya Cadangan Penyelidikan merupakan Peperiksaan Kelayakan, maka lulus peperiksaan tersebut membolehkan pelajar melanjutkan perancangan penyelidikan bagi penyediaan tesis. Setelah tamat menyediakan tesis, pelajar dikehendaki menduduki peperiksaan viva dan lulus. Kursus Pengajian Struktur A i. Sebagaimana dengan Struktur B, Peperiksaan Kelayakan boleh dilakukan menerusi persembahan Cadangan Penyelidikan atau menduduki peperiksaan. 9 / 18

Peperiksaan Kelayakan struktur A ini boleh digredkan dengan penggredan Memuaskan dan Tidak Memuaskan. Disyorkan supaya pelajar diberi tiga peluang untuk menduduki Peperiksaan Kelayakan. Sekiranya pelajar gagal mencapai tahap memuaskan pada kali yang ketiga, pelajar dianggap gagal dan diberhentikan. ii. Setelah lulus Peperiksaan Kelayakan, pelajar boleh meneruskan pelajaran dengan menyediakan tesis yang diselia oleh jawatankuasa penyeliaan tesis. iii. Setelah tamat menyediakan tesis, pelajar dikehendaki menduduki peperiksaan viva dan lulus. Pihak IPTS dikehendaki menyediakan garis panduan yang jelas mengenai tatacara sistem penilaian pengendalian kursus pengajian peringkat pascaijazah yang munasabah dan mengikut panduan yang disarankan dalam Seksyen 5. Kursus Pengajian Berkaitan Badan Profesional Bagi kursus pengajian yang perlu memenuhi keperluan badan profesional yang berlainan daripada apa yang dinyatakan dalam sistem penilaian, maka IPTS dikehendaki menerangkan sistem dan tatacara penilaian yang diamalkan oleh badan profesional tersebut. 6.0 PENYELIDIKAN DAN PENYELIAAN 6.1 Kursus Pengajian Struktur A dan B Penyelidikan merupakan teras bagi pengendalian kursus pengajian struktur A dan B pada peringkat sarjana dan doktor falsafah. Oleh sebab itu, kemudahan dan peralatan penyelidikan memainkan peranan yang penting dalam pengendalian kursus pengajian tersebut. Disarankan supaya setiap IPTS yang ingin mengendalikan kursus pengajian pada peringkat sarjana dan doktor falsafah mengikut struktur ini mengadakan kemudahan dan peralatan yang lengkap bagi tujuan penyelidikan dan pembelajaran. Penyeliaan terhadap penyelidikan (penulisan tesis) yang dijalankan oleh calon hendaklah dilakukan oleh pegawai akademik yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang yang diikuti. Penyelarasan penyeliaan hendaklah dilakukan oleh jawatankuasa yang dilantik dan dipengerusikan oleh pegawai akademik yang tetap. 10 / 18

6.2 Kursus Pengajian Struktur C Bagi kursus pengajian Struktur C yang memerlukan kertas projek atau kajian kes yang disarankan sebagai satu keperluan kursus, penyeliaan hendaklah dilakukan oleh pegawai akademik yang berkelayakan dan berpengalaman. 6.3 Sistem Penyeliaan Tesis dan Kertas Projek Satu sistem dan garis panduan penyeliaan tesis atau kertas projek diperlukan untuk memastikan penyeliaan dijalankan dengan baik dan kualiti tesis atau kertas projek mencapai "standard" kursus pengajian yang diikuti oleh pelajar. Garis panduan berikut boleh digunakan dalam menentukan sistem dan kaedah penyeliaan tesis atau kertas projek. 1. Penentuan tajuk tesis atau kertas projek. 2. Penentuan penyelia utama. 3. Pembentukan jawatankuasa penyeliaan (selain penyelia utama) i. sekurang-kurangnya seorang bagi peringkat sarjana ii. sekurang-kurangnya 2 orang bagi peringkat doktor falsafah 4. Pelantikan pemeriksa luar (daripada IPTA atau IPT luar negara) i. sekurang-kurangnya seorang bagi peringkat sarjana ii. sekurang-kurangnya 2 orang bagi peringkat doktor falsafah 5. Proses penentuan kelulusan; dan 6. Perkara-perkara lain yang berkaitan. Pelantikan penyelia utama, ahli jawatankuasa penyelia dan pemeriksa luar hendaklah dilakukan oleh pusat pascaijazah yang ditubuhkan (Seksyen 2). 6.4 Penyelidikan dan Penyeliaan Bersama dengan Pihak Kedua Bagi kursus pengajian pada peringkat sarjana dan doktor falsafah (Struktur A dan B) yang mempunyai perkongsian dalam menjalankan penyelidikan dari segi peralatan, penyeliaan dan kepakaran, satu sistem penyeliaan dan penyelidikan hendaklah diadakan oleh IPTS berkenaan. Di bawah ini ialah garis panduan bagi sistem penyelidikan dan penyeliaan bersama: 6.4.1 Penyelidikan di Tempat Berlainan i. Penyewaan Peralatan 11 / 18

Sekiranya pihak IPTS tidak mempunyai peralatan yang mencukupi dan bersesuaian untuk penggunaan pelajar pascaijazah menjalankan penyelidikan dan bercadang untuk menyewa di tempat lain, maka IPTS hendaklah menyediakan satu sistem pengurusan penggunaan peralatan dan penyeliaan pelajar berkenaan. Ini adalah untuk memastikan penyelidikan pelajar tidak tergendala disebabkan sistem penyewaan peralatan yang tidak mantap di antara IPTS dengan pihak penyewa peralatan. Dari segi penyeliaan, pelajar hendaklah diselia secara bersemuka sekurang-kurangnya sebanyak 2 kali sebulan di tempat penyelidikan dijalankan. ii. Penyelidikan dan Penyeliaan Bersama dengan Agensi Kerajaan atau Bukan Kerajaan Sekiranya pelajar, sama ada pelajar sepenuh atau separuh masa (yang sedang bekerja), ingin membuat penyelidikan di tempat kerjanya sendiri dengan menggunakan peralatan yang sedia ada di tempat kerjanya, maka satu mekanisme penggunaan peralatan dan penyeliaan bersama hendaklah diwujudkan di antara agensi/industri yang berkaitan. Ini adalah untuk memastikan bahawa pelajar berkenaan tidak mempunyai masalah untuk menggunakan peralatan dan mendapat penyeliaan yang baik. Dari segi penyeliaan pelajar, pihak IPTS dikehendaki melantik seorang penyelia bersama di tempat penyelidikan dijalankan. Di samping itu, penyelia utama hendaklah menyelia pelajar secara bersemuka sekurang- kurangnya 1 kali dalam sebulan di tempat penyelidikan dijalankan. 6.4.2 Penyelidikan di Luar Negara Sekiranya terdapat pelajar luar negara yang ingin menjalankan penyelidikan di negaranya, maka satu mekanisme hendaklah diwujudkan supaya penyelidikan yang dijalankan diselia dengan baik. Bagi kes yang sedemikian, IPTS hendaklah mengenal pasti seorang pensyarah/penyelidik yang berkelayakan daripada universiti tempatan di luar negara yang boleh dilantik sebagai penyelia bersama. Di samping itu, satu peruntukan hendaklah dibuat untuk membolehkan penyelia utama membuat penyeliaan secara bersemuka dengan pelajar (di luar negara) sekurang-kurangnya sekali semasa pelajar berada di negaranya. 12 / 18

7.0 KELAYAKAN GURU 7.1 Kelayakan Akademik Staf akademik yang berkelayakan dan berpengalaman adalah penting bagi mengendalikan kursus pengajian peringkat pascaijazah. Staf akademik juga dikehendaki mempunyai bidang pengkhususan dalam mata pelajaran yang diajarkan atau penyelidikan dan persediaan tesis yang diselia. Di samping itu, staf akademik juga dikehendaki melibatkan diri dalam penyelidikan isu-isu semasa bagi bidang pengkhususannya dan penyebaran ilmu dalam penerbitan-penerbitan ilmiah tempatan atau luaran. Staf akademik juga digalakkan membentang kertas kerja di seminar, persidangan, bengkel atau simposium, sama ada dalam atau luar negara. Jadual 3 menerangkan panduan yang diguna pakai untuk menentukan kelayakan staf dalam pengajaran kursus pengajian pascaijazah: Jadual 3: Kelayakan Akademik Guru Bagi Pengajaran Peringkat Kelayakan Pengajar Sarjana 1. Ph.D. 2. Sarjana dengan 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan. Doktor Falsafah 1. Ph.D. Jadual 4 pula menunjukkan panduan kelayakan penyelia yang diguna pakai bagi penyeliaan tesis dan penyelidikan pelajar pascaijazah. 13 / 18

Jadual 4: Panduan Penyeliaan Tesis dan Penyelidikan Peringkat Kelayakan Penyelia Tesis dan Penyelidikan Sarjana 1. Ph.D. dalam bidang pengajian berkaitan dan pengalaman penyelidikan. 2. Sarjana atau kelayakan yang setara dengan 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang pengajian berkaitan dan pengalaman penyelidikan. 3. Individu yang tidak mempunyai kelayakan akademik yang formal tetapi telah menunjukkan kepakaran dan kemahiran dalam bidang tertentu. Doktor Falsafah 1. Ph.D. dalam bidang pengajian berkaitan dan pengalaman penyelidikan. 2. Individu yang tidak mempunyai kelayakan akademik yang formal tetapi telah menunjukkan kepakaran dan kemahiran dalam bidang tertentu. 7.2 Beban Mengajar dan Bilangan Guru Disarankan agar beban mengajar bagi guru-guru yang terlibat dalam pengajaran kursus pengajian pada peringkat pascaijazah tidak melebihi dua (2) mata pelajaran bagi seorang guru. Ini berasaskan bahawa mata pelajaran bagi peringkat pascaijazah menjurus kepada pengkhususan dan memerlukan perbincangan yang mendalam dan persediaan yang rapi. Oleh itu, jika guru dibenarkan mengajar lebih daripada dua mata pelajaran, tahap konsentrasi dan persediaan mungkin terjejas. Begitu juga dengan penyeliaan tesis atau kertas projek. Setiap guru dikehendaki menyelia bilangan pelajar yang berpatutan (lihat Seksyen 7.3). Juga disarankan agar bilangan guru tetap keseluruhan bagi mengendalikan kursus pengajian pada peringkat pascaijazah ialah sebanyak 60%, dan 40% merupakan guru sambilan daripada jumlah guru yang diperlukan. Daripada keseluruhan bilangan guru yang mengendalikan kursus pengajian pascaijazah, 60% daripadanya mestilah yang mempunyai kelayakan Ph.D. atau kelayakan yang setara dengannya dan 50% daripada mereka mestilah guru yang berstatus tetap. Jadual 5 di bawah ini menunjukkan contoh kiraan bilangan guru, status dan kelayakan akademik mengikut kriteria dan standard yang telah ditetapkan. 14 / 18

Jadual 5: Contoh Kiraan Keperluan Guru Mengajar Panduan Kiraan Bagi Penawaran 12 Mata Pelajaran Jumlah minimum guru bagi sekurang-kurangnya 12 mata pelajaran (berasaskan 2 mata pelajaran bagi setiap guru) 60% status tetap (daripada jumlah keseluruhan guru) Jumlah minimum guru berkelayakan Ph.D (60% daripada jumlah keseluruhan guru) Jumlah minimum guru berkelayakan Ph.D berstatus tetap (50 % daripada jumlah guru tetap) Bilangan Guru 6 4 4 2 Contoh di atas menunjukkan kursus pengajian pascaijazah pada peringkat sarjana yang menawarkan 12 mata pelajaran mempunyai bilangan guru atau staf akademik tidak kurang daripada 6 orang. Sekurang-kurangnya 4 orang daripadanya berstatus tetap (sama ada berkelayakan Sarjana atau Ph.D.). Daripada jumlah keseluruhan guru tersebut, 4 orang daripadanya (sama ada berstatus tetap atau sambilan) mestilah mempunyai kelayakan akademik pada peringkat Ph.D. atau yang setara dengannya. Dua (2) orang yang berkelayakan Ph.D. mestilah merupakan guru berstatus tetap. Pengiraan keperluan bilangan guru hendaklah dikaitkan dengan panduan kelayakan akademik di para 7.1. 7.3 Nisbah Guru : Pelajar Nisbah bilangan guru dan pengajaran atau nisbah bilangan guru dan penyeliaan tesis bagi kursus pada peringkat pascaijazah ini juga bergantung dan tertakluk kepada bidang dan disiplin kursus pengajian tersebut. Nisbahnya mestilah dalam lingkungan nisbah yang munasabah. Bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran, panduan berikut seperti yang terdapat pada Jadual 6 hendaklah diikuti. Jadual 6: Nisbah bagi Tujuan Pengajaran dan Pembelajaran Mengikut Bidang Pengajian Bidang Nisbah Guru : Pelajar * Sains Sosial 1 : 12 Sains 1 : 9 Kejuruteraan 1 : 6 Perubatan 1 : 2 15 / 18

* Nisbah juga tertakluk kepada keperluan badan profesional bagi kursus pengajian yang berkaitan. Bagi tujuan penyeliaan tesis dan penyelidikan serta penyediaan kertas projek atau kajian kes, nisbah guru pelajar, bergantung kepada jawatan akademik yang disandang oleh guru. Jadual 7 menunjukkan panduan bagi nisbah guru dengan pelajar untuk penyeliaan tesis dan kertas projek. Nisbah yang disarankan di bawah ini merupakan nisbah yang maksimum bagi seseorang guru sebagai penyelia utama untuk tujuan penyeliaan tesis, kertas projek atau kajian kes yang diguna pakai bagi setiap bidang pengajian dalam sesuatu masa. Jadual 7: Nisbah Guru dan Pelajar bagi Penyeliaan Tesis, Kertas Projek dan Kajian Kes Jawatan Akademik Nisbah Guru : Pelajar* Profesor 1 : 10 Profesor Madya 1 : 7 Penolong Profesor / Pensyarah Kanan 1 : 5 Pensyarah 1 : 3 Pakar (seperti yang didefinisikan dalam Subseksyen 7.1) atau Profesor Adjunct 1 : 2 * Nisbah juga tertakluk kepada keperluan badan profesional bagi kursus pengajian yang berkaitan. 7.4 Bidang Kepakaran dan Penyelidikan Sebagai institusi pendidikan tinggi yang mengendalikan kursus pengajian pada peringkat pascaijazah, penting bagi IPTS tersebut mempunyai bidang kepakaran atau penyelidikan yang khusus. Perkara ini hendaklah dinyatakan dengan jelas dalam menyediakan dokumentasi mengenai pengurusan pengendalian kursus pengajian. Ini juga berkait rapat dengan penyeliaan tesis bagi Struktur A dan B dan penyeliaan kertas projek bagi Struktur C. Jika mana-mana IPTS yang mempunyai grant penyelidikan bagi caloncalon pascaijazah, perkara ini hendaklah dinyatakan, yang merupakan kelebihan kepada IPTS berkenaan. 16 / 18

8.0 PROGRAM KERJASAMA KURSUS PENGAJIAN PADA PERINGKAT PASCAIJAZAH Program kerjasama di peringkat sarjana dan doktor falsafah juga tertakluk kepada syarat dan panduan yang telah dibincangkan di atas. Sebagaimana program kerjasama pada peringkat sijil, diploma dan ijazah sarjana muda, program kerjasama pada peringkat pascaijazah dikehendaki memohon untuk mendapat Kelulusan pengendalian kursus pengajian. 9.0 BORANG LAN-TC-02: TATACARA KELULUSAN BAGI KURSUS PENGAJIAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA - PASCAIJAZAH (Edisi Kedua) Permohonan untuk mendapat Kelulusan pengendalian kursus pengajian hendaklah dikemukakan melalui borang JPS Kur(I) bagi permohonan yang baru, borang JPS Kur(II) bagi permohonan penambahan kursus pengajian dan borang JPS Kur(III) bagi permohonan membaharui kelulusan. Di samping itu juga, pemohon dikehendaki mengisi borang LAN-TC-02: Tatacara Kelulusan Bagi Kursus Pengajian Institusi Pendidikan Tinggi Swasta Pascaijazah (Edisi Kedua). Borang ini ialah borang dokumentasi maklumat kursus pengajian yang hendak dikendalikan oleh IPTS berkenaan. Dokumen-dokumen yang dikehendaki diisi dalam borang tersebut adalah seperti yang berikut: 1. Dokumen Pengenalan: Maklumat Umum IPTS 2. Dokumen 1: Maklumat Umum Kursus Pengajian. 3. Dokumen 2: Maklumat Tentang Guru. 4. Dokumen 3: Maklumat Tentang Semua Mata Pelajaran. 5. Dokumen 4: Maklumat Tentang Kemudahan. 6. Dokumen 5: Maklumat Tentang Sistem Pengurusan. 7. Dokumen 6: Rasional Bagi Mengadakan Kursus Pengajian. Contoh untuk menyediakan setiap dokumen yang tersebut di atas boleh dirujuk dalam Tatacara Penyediaan Dokumen Permohonan Kursus Pengajian IPTS : Kelulusan, Standard Minimum dan Perakuan Akreditasi dan Garis Panduan Kriteria dan Standard Kursus Pengajian IPTS dengan beberapa perubahan sebagaimana yang terdapat pada borang LAN-TC-02: Tatacara Kelulusan Bagi Kursus Pengajian Institusi Pendidikan Tinggi Swasta Pascaijazah (Edisi Kedua). 17 / 18

10.0 PENUTUP Buku Garis Panduan Standard Dan Kriteria Kursus Pengajian Peringkat Pascaijazah ini ditulis untuk menetapkan kriteria dan standard yang perlu dipatuhi oleh IPTS yang ingin mengendalikan kursus pengajian peringkat pascaijazah seperti ijazah sarjana dan doktor falsafah. Kriteria dan standard ini perlu untuk memastikan bahawa kursus pengajian di peringkat pascaijazah mempunyai kualiti yang tinggi dan setanding dengan kursus pengajian peringkat pascaijazah di universiti terkemuka di dunia. Garis Panduan Standard dan Kriteria Kursus Pengajian Peringkat Pascasiswazah, Lembaga Akreditasi Negara, Sept 2004 18 / 18