Kempen ini termasuk Promosi A, Promosi B, Peraduan dan Peraduan Visa paywave.

dokumen-dokumen yang mirip
KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 12% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

Kempen 1% Pulangan Tunai Kad Kredit Hong Leong

KEMPEN Perayaan Faedah SIFAR 12 Bulan PINJAMAN PERIBADI HONG LEONG

Kempen #100 Hari Ceria KAD KREDIT HONG LEONG

HONG LEONG BANK BERHAD DAN HONG LEONG ISLAMIC BANK BERHAD

PROMOSI PENGURANGAN CEK BAGI PEMEGANG AKAUN SEMASA INDIVIDU - STOP THE CHEQUES & GO ONLINE Dikemaskini pada 01 hb April 2017

KEMPEN RM1,000,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

TERMA DAN SYARAT Berikut adalah Terma dan Syarat yang ditetapkan untuk Kempen ini ( T&Cs ):-

PROMOSI GANDAKAN KADAR FAEDAH HONG LEONG

Kempen Auto-billing TEMPOH KEMPEN

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

TERM DAN SYARAT Berikut adalah Terma dan Syarat yang ditetapkan untuk Kempen ini ( T&Cs )

HONG LEONG BANK PROMOSI DEPOSIT DAN MENANG EMAS

KEMPEN MENANG BMW ATAU RM10,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

Untuk tujuan kempen ini, Pelanggan yang telah memenuhi semua kriteria di Klausa 2 di atas akan ditakrifkan sebagai Pelanggan Layak.

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

Kempen 30% Pulangan Tunai pada Hujung Minggu Terma dan Syarat ( T&S )

KEMPEN VISA 2018 FIFA WORLD CUP TM

Promosi Hujung Minggu UOB Preferred Platinum Terma dan Syarat

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

HONG LEONG BANK BERHAD AKAUN SIMPANAN HARVEST

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang Rebat Tunai CIMB-IKEA (1hb September hb November 2017)

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

PELUANG UNTUK MEMENANGI BAUCAR HABIB JEWELS BERNILAI SEHINGGA RM8,000 TEMPOH PROMOSI

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Kempen Isi, Leret & Menang. Terma dan Syarat

TERMA DAN SYARAT KAD DEBIT HONG LEONG TOUCH N GO (TNG) ZING

Kempen Pulangan Tunai 5% untuk Makanan & Barangan Runcit Hujung Minggu Kad Preferred Platinum UOBM Terms and Conditions

HONG LEONG BANK BERHAD PROMOSI AKAUN SIMPANAN HARVEST

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja Musim Perayaan dan Menang Kad Hadiah CIMB-IKEA (1 Disember Februari 2018)

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen RM1 for 1 Swipe CIMB 2016

PROMOSI MENABUNG, BERLANJA & MENANG HONG LEONG ISLAMIC

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

2. Kategori mereka yang berikut TIDAK layak menyertai Kempen ini:

Kempen ini terbuka kepada pelanggan bukan individu baru dan sedia ada HLB Akaun Semasa PowerSME ( Pelanggan ).

PELANCARAN KAD DEBIT BARU VISA PAYWAVE HELLO KITTY KIMONO

Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang!

HONG LEONG BANK BERHAD AKAUN SIMPANAN JUNIOR 3-IN-1

TERMA DAN SYARAT Kempen Belanja Tahun Baru Cina 2018 dan Menang Baucar CIMB-Giant (1hb Februari hb Februari 2018)

TERMA & SYARAT ( T&S ) ( T&S ):- KELAYAKAN

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

HONG LEONG BANK BERHAD AKAUN JUNIOR 3 DALAM 1

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

3. Untuk tujuan Kempen ini, hanya Pemegang Akaun utama Pelanggan yang Layak berhak untuk mendapatkan Hadiah

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

TERMA DAN SYARAT KAD KREDIT HONG LEONG BANK INFINITE/ INFINITE

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD ( BANK ) YANG MENGAWAL KEMPEN KAD KREDIT CIMB PREFERRED ( Kempen )

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA DAN SYARAT ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i KAD SWIPE & WIN ("Kempen")

TERMA DAN SYARAT CABUTAN EXTRAVAGANZA KT 2018

O.M.G KINI KEMBALI TERMA DAN SYARAT

Terma dan Syarat untuk Program Kad Kredit. Terma dan Syarat

KEMPEN PEMBELANJAAN PASS PERANTAUAN CELCOM KAD KREDIT HONG LEONG BANK

2018 Kad UOB ONE Terma dan Syarat

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

KAD UOB VISA INFINITE COMPLIMENTARY AIRPORT CAR RIDE Terma & Syarat Kad UOB VISA Infinite. Tempoh Kempen. Perbelanjaan yang layak

1. Tawaran Pengambilan adalah sah untuk setiap permohonan baharu Kad Kredit Hong Leong MATTA yang diserahkan di Pameran MATTA semasa Tempoh Kempen.

3. Untuk tujuan Promosi ini, kedua-dua Kad Kredit dan Kad Debit hendaklah secara kolektif merujuk sebagai "Kad".

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

TERMA DAN SYARAT Kempen Penggunaan Besar-besaran Kad RHB Pertengahan Tahun 2016

KEMPEN SUKU TAHUNAN KAD KREDIT PRVI MILES UOBM TERMA & SYARAT


2. KESAHAN MATA GANJARAN

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Terma dan Syarat Kempen Kad Kredit-i Visa Bank Islam SWIPE & DRIVE FURTHER

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kempen MasterCard Guaranteed Overseas Spend CIMB Bank

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

Jumlah minimum transaksi (RM) (i) Melakukan log masuk kali pertama ke Aplikasi Perbankan Mudah Alih RHB Now*

Terma dan Syarat Program AFFIN Rewards

4.2 Peserta Layak mestilah memenuhi syarat-syarat berikut bagi Peletakan DT untuk menikmati Kadar Faedah Promosi DT:

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

a) Untuk layak menerima Insentif RRP, semua syarat berikut perlu dipenuhi oleh Ejen ("Rujukan Berjaya"):

1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

TERMA DAN SYARAT O.M.G KEMBALI! GANJARAN LEBIH BESAR

TERMA & SYARAT KEMPEN BUAT TRANSAKSI ONLINE & MENANG OCBC

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB-IKEA

Kempen Spot 8 & Menang Sebuah Toyota Vellfire. Terma dan Syarat

Bank" bermaksud Hong Leong Bank Berhad ( HLBB ) dan/atau Hong Leong Islamic Bank Berhad ( HLISB ).

1.1 Kempen ini bermula pada 14 Februari sehingga 14 Ogos 2017, termasuk kedua-dua tarikh ( Tempoh Kempen ).

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD yang mengawal Kempen Belanja dan MenangCIMB-IKEA

TERMA DAN SYARAT Kempen Rebat Tunai CIMB-Sunshine (16hb Mei hb Jun 2018)

Terma dan Syarat Peraduan untuk 5X Mata BonusLink pada hari Jumaat & Hujung Minggu

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Tambahan Baki CIMB (Faedah Bonus 3% Setahun)

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

Terma-terma and Syarat-syarat CIMB Affinity Kad Kredit Pengambilan dan Penggunan yang mengawal Kempen Welcome Gift

Kad PRVI Miles UOBM 2018 Terma dan Syarat

Peraduan Fortune 10 CIMB Bank - Terma & Syarat. Terma & Syarat PERADUAN FORTUNE 10 CIMB BANK BERHAD

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB-Pay with Points & Win

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB Personal Financing Pre-Raya Cash Back (1hb Mei 31hb Ogos 2017)

b) e-mandate merujuk kepada kemudahan Direct Debit secara elektronik melalui dalam talian yang disediakan oleh PayNet.

Transkripsi:

Kempen EasyMenang TEMPOH KEMPEN Kempen EasyMenang ( Kempen ) Hong Leong Bank Berhad (97141-X) ( HLB ) bermula pada 1 Ogos 2018 pada 00:00:00 jam (12:00 pagi) dan berakhir pada 18 Disember 2018 pada 23:59:59 jam (11:59 mlm), termasuk kedua-dua tarikh ( Tempoh Kempen ), melainkan diumumkan di sini atau diberitahu sebaliknya. Kempen ini termasuk Promosi A, Promosi B, Peraduan dan Peraduan Visa paywave. TERMA DAN SYARAT Terma dan syarat Kempen adalah seperti berikut ( T&Cs ):- KEMPEN PEROLEHAN KAD KREDIT ( PROMOSI A ) KELAYAKAN PROMOSI A 1. Promosi A ini bermula pada 1 Ogos 2018 pada 00:00:00 jam (12:00 pagi) dan berakhir pada 30 November 2018 pada 23:59:59 jam (11:59 mlm), termasuk kedua-dua tarikh ( Tempoh Promosi A ), melainkan diberitahu sebaliknya dan ia terbuka untuk penyertaan oleh Pemegang Kad Kredit Prinsipal Baharu-kepada-Kad ( NTC ) yang memohon Pilihan 1 atau Pilihan 2 bagi kad-kad kredit HLB ( Kad Layak ) sertaan seperti berikut semasa Tempoh Kempen dan Kad Layak itu berjaya mendapat kelulusan pada atau sebelum 31 Disember 2018 ( Pemegang Kad Layak Promosi A ). Pilihan 1 Pilihan 2 Kad Kredit MasterCard Hong Leong Kad Kredit Visa Infinite Hong Leong DAN ATAU Kad Kredit Visa Hong Leong Kad Kredit Visa Infinite Doctor s Edition Hong Leong Kad Layak Visa Mastercard Infinite P Platinum Business Infinite The Store Gold/ Platinum Infinite Doctor s Edition Pacific Gold/ Platinum Sutera Platinum Sutera Platinum GSC Gold/ Platinum GSC Gold/ Platinum Gold Gold Essential I'm Fortune WISE Gold/ Platinum Bagi mengelakkan keraguan, untuk Pilihan 1, kedua-dua Kad Layak mestilah diluluskan agar Pemegang Kad NTC dapat menyertai Promosi A ini. 1

Nota: Pemegang Kad NTC adalah pemegang kad baharu yang tidak memegang sebarang Kad Kredit Prinsipal HLB sedia ada (termasuk Mach) dan tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan dalam Fasal 2 di bawah. 2. Golongan berikut tidak dianggap Pemegang Kad NTC, oleh itu TIDAK layak untuk menyertai Promosi A: (a) Pemegang bagi sebarang Kad Kredit Prinsipal HLB yang setia ada; (b) Pemegang Kad yang tidak lagi memegang sebarang Kad Kredit HLB yang sah dan/atau Pemegang Kad yang akaun Kad Kredit HLB mereka yang delinkuen; (c) Pemegang Kad yang telah membatalkan Kad Kredit HLB mereka dan telah memohon semula Kad Kredit HLB baharu (termasuk Kad Layak) sebagai pemegang kad kredit prinsipal dalam masa dua belas (12) bulan dari tarikh pembatalan tersebut; dan (d) Pemegang Kad yang telah melakukan atau disyaki melakukan penipuan atau kesalahan undang-undang berkaitan dengan mana-mana kemudahan yang diberi oleh HLB dan/atau Hong Leong Islamic Bank ( HLISB ) atau telah diisytiharkan muflis (menurut petisyen oleh sama ada bank atau mana-mana pihak ketiga) atau bakal dikenakan prosiding kemuflisan pada bila-bila masa sebelum, semasa atau selepas Tempoh Kempen. Bagi mengelakkan keraguan, Pemegang Kad NTC hendaklah memberi maklumat yang terkini dan tepat (termasuk tetapi tidak terhad kepada alamat surat-menyurat dan maklumat hubungan) kepada HLB apabila memohon Kad Layak, dan Pemegang Kad berkewajipan menghubungi HLB sekiranya tidak menerima Kad Layak yang diluluskan dalam masa 60 hari dari tarikh permohonan, jika tidak Pemegang Kad dianggap telah menerima Kad Layak dan HLB tidak akan bertanggungjawab sekiranya Pemegang Kad tidak dapat menyertai Promosi A ini atas apa jua sebab sekalipun. MEKANISMA PROMOSI A 3. Pemegang Kad Layak Promosi A akan layak menikmati tawaran berikut dengan syarat memenuhi kriteria yang ditetapkan di bawah ( Pemegang Kad Layak Promosi A ): (a) Pengecualian Fi Tahunan Pemegang Kad Layak Promosi A yang melakukan minimum satu (1) Perbelanjaan Runcit ( seperti ditakrif dalam Fasal 31 di bawah ) bagi setiap Kad Layak yang diluluskan dan dikeluarkan oleh HLB di bawah Promosi A dalam masa empat puluh lima (45) hari dari tarikh kelulusan Kad Layak akan berhak menikmati pengecualian fi tahunan untuk tahun pertama bagi setiap Kad Layak. Bagi mengelakkan keraguan, Kad Layak seperti dinyatakan dalam Pilihan 1, Pemegang Kad Layak Promosi A mestilah melakukan sekurang-kurangnya satu (1) Perbelanjaan Runcit atas kedua-dua kad dalam masa 45 hari dari tarikh kelulusan Kad Layak untuk melayakkan diri menikmati Pengecualian Fi Tahunan untuk tahun pertama. (b) Pulangan Tunai 25% ( Pulangan Tunai ) i. Pemegang Kad Layak Promosi A mestilah melakukan Perbelanjaan Runcit terkumpul sekurang-kurangnya RM300 dalam masa 45 hari dari tarikh kelulusan kad dengan salah satu (1) atau lebih daripada satu (1) Kad Layak yang diluluskan di bawah Promosi A. 2

ii. iii. Pulangan Tunai setiap Pemegang Kad Layak Promosi A dihadkan pada RM200 sepanjang Tempoh Kempen, tanpa mengira bilangan Kad Layak yang dipohon. Jumlah peruntukan Pulangan Tunai bagi Promosi A ini dihadkan pada RM2,000,000, atas dasar siapa cepat dia dapat. Sekiranya Pemegang Kad Layak Promosi A telah memenuhi syarat seperti dinyatakan dalam Fasal 3(b)(i) di atas, maka Pulangan Tunai akan dikreditkan ke dalam akaun Prinsipal Pemegang Kad Layak Promosi A dalam masa empat (4) bulan dari tarikh kelulusan kad. Pemegang Kad Layak Promosi A akan diberitahu oleh HLB melalui penyiaran senarai Pemegang Kad Layak Promosi A dalam laman web HLB di www.hlb.com.my/easy ( Laman Web HLB ) selewat-lewatnya 1 March 2019 ( Pemberitahuan ). iv. Pemegang Kad Layak Promosi A hendaklah memberitahu HLB dalam masa lima (5) bulan dari tarikh kelulusan Kad Layak sekiranya Pulangan Tunai tidak diterima, jika gagal berbuat demikian maka Pemegang Kad Layak Promosi A dianggap telah menerima Pulangan Tunai dan sebarang rayuan untuk mendapat bayaran ganti Pulangan Tunai tidak akan dilayani. v. HLB tidak berkewajipan memberitahu Pemegang Kad Layak Promosi A seandainya Pulangan Tunai mencapai Peruntukan Pulangan Tunai Maksimum semasa Tempoh Kempen. Pengecualian Fi Tahunan dan Pulangan Tunai bagi Promosi A tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana pihak ketiga dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai atau manfaat barangan. KEMPEN PENGGUNAAN KAD KREDIT & DEBIT ( PROMOSI B ) KELAYAKAN PROMOSI B 4. Promosi B ini bermula pada 1 Ogos 2018 pada 00:00:00 jam (12:00 pagi) dan berakhir pada 30 November 2018 pada 23:59:59 jam (11:59 mlm), termasuk kedua-dua tarikh ( Tempoh Promosi B ), melainkan diberitahu sebaliknya dan ia terbuka kepada Pemegang Kad Kredit Prinsipal dan Pemegang Kad Debit Utama HLB yang baharu dan sedia ada termasuk semua Kad Kredit/Debit Hong Leong Mach sedia ada yang dikeluarkan oleh HLB ( Kad-kad HLB ) yang tidak dikecualikan daripada menyertai Promosi B ini seperti yang ditetapkan dalam Fasal 5 di bawah ( Pemegang Kad Layak HLB ). 5. Pemegang Kad Layak HLB tidaklah termasuk golongan berikut: (a) Pemegang Kad yang memiliki Kad-kad HLB yang TIDAK dikeluarkan di Malaysia; (b) Pemegang Kad yang akaun Kad-kad HLB mereka TIDAK berkedudukan baik, tidak aktif, dipautkan kepada Akaun Semasa atau Akaun Simpanan ( CASA ) yang telah ditutup, tidak aktif atau yang melanggar mana-mana terma dan syarat akaun Kad Kredit dan/atau Debit dan/atau CASA HLB pada bila-bila masa semasa Tempoh Kempen; (c) Pemegang Kad yang akaun Kad-kad HLB mereka dipercayai telah dikendalikan secara tipu, menyalahi undang-undang dan/atau Kad-kad HLB mereka tidak sah atau dibatalkan menurut takrif HLB pada bila-bila masa dalam Tempoh Kempen sehingga berakhirnya pemenuhan syarat; dan/atau (d) Pemegang Kad yang telah melakukan atau disyaki melakukan penipuan atau kesalahan undang-undang berkaitan dengan mana-mana kemudahan yang diberi oleh HLB/ HLISB atau telah diisytiharkan muflis atau bakal dikenakan prosiding kemuflisan pada bila-bila masa sebelum, semasa atau selepas Tempoh Kempen. 3

MEKANISMA PROMOSI B 6. Pemegang Kad Layak HLB akan berpeluang memenangi Pulangan Tunai sebanyak RM18 berpandukan kriteria yang ditunjukkan dalam jadual di bawah: Bulan Kalendar Kelayakan Peruntukan Maksimum Kriteria Pulangan Tunai RM18 1 Ogos 2018 31 Ogos 2018 RM500,004 Pemegang Kad-kad HLB yang melakukan minimum RM50 Perbelanjaan Runcit Promosi 1 Sept 2018 30 Sept 2018 RM500,004 B ( seperti ditakrif dalam Fasal 7 di bawah ) dalam satu resit dan mempunyai slip terminal pedagang dengan APP CODE (Kod Kelulusan) 1 Okt 2018 31 Okt 2018 RM500,004 berakhirkan nombor 88 akan berpeluang 1 Nov 2018 30 Nov 2018 RM500,004 memenangi Pulangan Tunai RM18 bagi setiap Bulan Kalendar Kelayakan, tertakluk pada Fasal 9-11 di bawah ( Pemegang Kad Layak Promosi B Disaring ) 7. Perbelanjaan Runcit Promosi B bermaksud pembelian runcit yang dilakukan dalam Ringgit Malaysia (RM) dan/atau mata wang lain di tempat jualan atau bersemuka (kehadiran kad) di pusat runcit berkenaan yang telah berjaya dicaj kepada Kad-kad HLB. Perbelanjaan Runcit Promosi B yang dibuat dalam mata wang selain RM akan ditukar kepada dan dikira dalam RM berdasarkan kadar penukaran yang ditentukan oleh HLB pada masa urus niaga. Bagi mengelakkan keraguan, Perbelanjaan Runcit Promosi B TIDAK TERMASUK yang berikut: a) Apa-apa perbelanjaan runcit yang dilakukan tanpa kehadiran kad (iaitu dalam talian, pesanan mel, pesanan telefon, pengebilan auto, dll.); b) Pengeluaran tunai melalui apa jua cara [iaitu Mesin Juruwang Automatik (ATM), kaunter, kuasi-tunai, dll.]; c) Produk portfolio seperti Pindahan Baki (BT), Call-For-Cash Plus (CFC+), Call-For-Cash (CFC) dn Pelan Pembayaran Fleksi (FPP); d) Transaksi yang dibayar balik, dipertikaikan, tidak berjaya, dibalikkan, tanpa kebenaran, melibatkan penipuan atau menyalahi undang-undang; dan/atau e) Apa-apa bentuk perkhidmatan atau fi pelbagai, termasuk caj kewangan dan fi seperti fi tahunan kad kredit, caj bayaran lewat dan cukai perkhidmatan kerajaaan, yang dikenakan oleh HLB. 8. Perbelanjaan Runcit Promosi B yang dibuat oleh Pemegang Kad Kredit Tambahan di bawah akaun HLB Pemegang Kad Kredit Prinsipal yang sama juga akan dimasukkan dalam pengiraan kelayakan Pemegang Kad Kredit Prinsipal untuk menerima Pulangan Tunai RM18. 9. Pemegang Kad Layak Promosi B Disaring akan menerima Khidmat Pesanan Ringkas ( SMS ) daripada penyedia perkhidmatan SMS lantikan HLB iaitu M3 Technologies (Asia) Berhad ( M3 Tech ), mengandungi satu (1) soalan dan arahan untuk menjawab, melalui nombor telefon mereka yang terkini seperti yang diberi kepada HLB dan seperti yang terdapat dalam rekod HLB. 10. Pemegang Kad Layak Promosi B Disaring yang membalas melalui SMS dengan jawapan yang betul dan dalam format yang betul seperti diarahkan dalam SMS yang dihantar oleh HLB akan berpeluang memenangi Pulangan Tunai RM18 atas dasar siapa cepat dia dapat berpandukan 4

Peruntukan Pulangan Tunai RM18 Maksimum RM18 bagi setiap Bulan Kalendar Kelayakan ( Pemenang Promosi B ). 11. Sekiranya Pemegang Kad Layak Promosi B Disaring memberi jawapan yang salah dan / atau tidak membalas soalan yang dihantar oleh HLB melalui SMS dalam masa satu (1) hari kalendar akan terlucut kelayakannya. 12. Pemegang Kad Layak Promosi B Disaring akan menanggung sendiri kos jawapan SMS mereka apabila menyertai Promosi B ini. 13. HLB tidak akan bertanggungjawab atas kegagalan atau kelewatan dalam penghantaran atau penerimaan mesej SMS kepada atau daripada mana-mana penyedia perkhidmatan telco yang mungkin menyebabkan Pemegang Kad Layak Promosi B Disaring terlepas dari menyertai Promosi B ini. PEMENUHAN PROMOSI B 14. Akaun Kad HLB Pemenang Promosi B mestilah sah / aktif, berkedudukan baik pada masa pemberian Pulangan Tunai RM18 itu; jika tidak dia akan terlucut kelayakannya daripada menerima Pulangan Tunai RM18 dalam Promosi B. 15. Pulangan Tunai RM18 akan dikreditkan dalam masa empat (4) minggu setelah tamatnya setiap Bulan Kalendar Kelayakan. Pemenang Promosi B berkewajipan memaklumkan HLB secara bertulis sekiranya tidak menerima Pulangan Tunai RM18 dalam tempoh 60 hari dari Tempoh Promosi berakhir, jika tidak Pemegang Promosi B dianggap telah dapat Pulangan Tunai RM18 tersebut dan sebarang rayuan/permintaan untuk bayaran ganti Pulangan Tunai RM18 tidak akan dilayani. 16. Pengumuman Pemenang Promosi B (contoh, nama dan nombor MyKad / pasport ( KP ) dalam bentuk terselindung) akan dilakukan dalam Laman Web HLB dalam masa empat (4) minggu setelah tamatnya setiap Bulan Kalendar Kelayakan. PERADUAN KAD HONG LEONG ( PERADUAN ) TEMPOH PERADUAN 17. Peraduan Kad Hong Leong HLB ( Peraduan ) bermula pada 15 Ogos 2018 pada 00:00:00 jam (12:00 pagi) dan berakhir pada 18 Disember 2018 pada 23:59:59 jam (11:59 mlm), termasuk kedua-dua tarikh ( Tempoh Peraduan ), melainkan diberitahu sebaliknya. KELAYAKAN PERADUAN 18. Peraduan terbuka kepada Pemegang Kad Kredit Prinsipal dan Pemegang Kad Debit Utama HLB yang baharu dan sedia ada termasuk semua Kad Kredit/Debit Hong Leong Mach sedia ada yang dikeluarkan oleh HLB ( Kad-kad HLB ) yang tidak dikecualikan daripada menyertai Peraduan ini seperti ditetapkan dalam Fasal 5 di atas ( Pemegang Kad Layak Peraduan ). 19. Pemegang Kad Layak Peraduan tidak meliputi kakitangan HLB dan HLISB sama ada secara tetap atau kontrak, kakitangan mana-mana wakil atau ejen HLB dan HLISB (termasuk juruaudit luar, 5

vendor, pembekal, egensi pengiklanan dan peraduan) dan ahli-ahli keluarga terdekat masingmasing (contoh, suami/isteri, anak-anak, ibu bapa, adik-beradik). MEKANISMA PERADUAN 20. Pemegang Kad Layak Peraduan yang memenuhi Kriteria Peraduan semasa Tempoh Peraduan akan menerima Penyertaan Peraduan seperti tertera di bawah ( Jadual 1 ). Pemegang Kad Layak Peraduan akan memperoleh dan mengumpulkan Penyertaan Peraduan dan berpeluang memenangi Hadiah Peraduan ( Jadual 2 ) pada akhir Tempoh Peraduan: Jadual 1 Kriteria Peraduan Setiap pendaftaran Connect baharu Setiap Pemegang Kad Kredit Prinsipal Baharu atau Pemegang Kad Kredit Tambahan atau Pemegang Kad Debit yang diluluskan Setiap Perbelanjaan Runcit RM50 ( seperti ditakrif dalam Fasal 31 ) dalam satu transaksi Setiap penukaran/pindahan RM1,000 atas Pindahan Baki (BT), Call-for-Cash Plus (CFC+), Call-for-Cash (CFC) atau Pelan Pembayaran Fleksi (FPP) (bagi Pemegang Kad Kredit Prinsipal sahaja) Jadual 2 Hadiah Peraduan Hadiah Utama Hadiah Bulanan Hadiah Mingguan Tarikh Peraduan 15 Ogos 2018 18 Dis 2018 15 Ogos 2018-11 Sep 2018 12 Sep 2018-16 Okt 2018 17 Okt 2018-20 Nov 2018 21 Nov 2018-18 Dis 2018 15 Ogos 2018-21 Ogos 2018 22 Ogos 2018-28 Ogos 2018 29 Ogos 2018-4 Sep 2018 5 Sep 2018-11 Sep 2018 12 Sep 2018-18 Sep 2018 19 Sep 2018-25 Sep 2018 26 Sep 2018-2 Okt 2018 3 Okt 2018-9 Okt 2018 10 Okt 2018-16 Okt 2018 17 Okt 2018-23 Okt 2018 24 Okt 2018-30 Okt 2018 31 Okt 2018-6 Nov 2018 7 Nov 2018-13 Nov 2018 14 Nov 2018-20 Nov 2018 21 Nov 2018-27 Nov 2018 Penyertaan Peraduan bagi Pemegang Kad Visa Pulangan Tunai RM100,000 dalam Tempoh Peraduan RM10,000 setiap bulan RM1,000 setiap minggu Penyertaan Peraduan bagi Pemegang Kad Mastercard 10 penyertaan 10 penyertaan 2 penyertaan 1 penyertaan 1 penyertaan Peruntukan Pulangan Tunai Maksimum RM100,000 RM40,000 RM18,000 Bilangan Pemenang Peraduan Satu (1) pemenang Empat (4) pemenang (1 pemenang setiap bulan) Lapan Belas (18) pemenang (1 pemenang setiap minggu) 6

28 Nov 2018-4 Dis 2018 5 Dis 2018-11 Dis 2018 12 Dis 2018-18 Dis 2018 Bagi mengelakkan keraguan, Penyertaan Peraduan yang diperolehi daripada Pemegang Kad Kredit Tambahan akan digabungkan dengan Penyertaan Peraduan yang diperolehi daripada Pemegang Kad Kredit Prinsipal bagi tujuan Peraduan ini. 21. Jumlah peruntukan Hadiah Peraduan bagi Peraduan ini dihadkan pada RM158,000 (23 pemenang). 22. Setiap Pemegang Kad Layak Peraduan berpeluang untuk memenangi satu (1) Hadiah Mingguan sahaja. Tetapi, Pemenang Hadiah Mingguan masih berpeluang untuk memangi Hadiah Bulanan dan/atau Hadiah Utama. Bagi mengelakkan keraguan, setial Pemegang Kad Layak Peraduan, hanya berpeluang untuk memenangi satu (1) Hadiah Bulanan sahaja. 23. Pemilihan dan Pemenuhan Pemenang Peraduan: (a) Berdasarkan Penyertaan Peraduan yang diperolehi, sepuluh (10) Pemegang Kad Layak Peraduan akan disaring berdasarkan sistem pemilihan rambang berkomputer selepas berakhirnya minggu, bulan dan/atau Tempoh Peraduan ( Pemegang Kad Layak Peraduan Disaring ). Pemegang Kad Layak Peraduan Disaring akan dihubungi oleh HLB atau pengurusan peraduan lantikannya, Dynamic Search Sdn. Bhd. (136574-V) ( Dynamic Search ) atas dasar usaha terbaik melalui nombor telefon terkini yang diberi oleh Pemegang Kad Layak Peraduan Disaring seperti terdapat dalam rekod HLB pada bila-bila masa dalam waktu pejabat (9:00 pagi hingga 5:00 petang) untuk sesi Soal Jawab untuk menjawab dua (2) soalan dengan betul sebelum diumumkan sebagai pemenang Hadiah Utama, Hadiah Bulanan dan Hadiah Mingguan ( Pemenang Peraduan ). (b) Pemegang Kad Layak Peraduan berkewajipan memastikan nombor telefon mereka yang diberi adalah terkini dan sah dan HLB/Dynamic Search tidak akan bertanggungjawab sekiranya HLB/Dynamic Search tidak dapat mengubungi Pemegang Kad Layak Peraduan Disaring atas sebarang sebab. (c) Jika percubaan pertama untuk menghubungi Pemegang Kad Layak Disaring yang pertama dikenal pasti bagi setiap Hadiah Peraduan gagal, iaitu atas apa jua sebab sekalipun seperti tidak menjawab panggilan, nombor telefon bimbit tidak aktif, tiada hubungan talian atau apa jua sebab, maka dua (2) lagi percubaan akan dibuat untuk menghubungi Pemegang Kad Layak Peraduan Disaring itu. Jika percubaan ketiga juga tidak berjaya, maka Pemegang Kad Layak Peraduan DIsaring yang dikenal pasti seterusnya akan dihubungi. Proses ini akan diteruskan sehinggalah Pemenang Peraduan telah dikenal pasti. (d) Hadiah Peraduan akan dikreditkan kepada akaun Pemegang Kad Kredit Prinsipal/Debit Utama Pemenang Peraduan dalam masa dua (2) bulan pada akhir Tarikh Peraduan masingmasing. Pemenang Peraduan akan diberitahu oleh HLB melalui penyiaran senarai Pemenang Peraduan dalam Laman Web HLB sebelum 1 March 2019 ( Pemberitahuan ). (e) Sekiranya Hadiah Peraduan tidak diterima, Pemenang Peraduan hendaklah memberitahu HLB dalam masa satu (1) bulan dari tarikh Pemberitahuan, jika gagal berbuat demikian Pemenang Peraduan dianggap telah menerima Hadiah Peraduan dan sebarang rayuan untuk mendapat bayaran ganti Hadiah Peraduan tersebut tidak akan dilayani. (f) HLB tidak berkewajipan untuk memaklumkan kepada Pemegang Kad Layak Peraduan seandainya Hadiah Peraduan telah mencapai Peruntukan Pulangan Tunai Maksimum semasa Tempoh Peraduan. 7

(g) Hadiah Peraduan tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana pihak ketiga dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai atau manfaat barangan. PERADUAN VISA PAYWAVE ( Peraduan Visa paywave ) TEMPOH PERADUAN VISA PAYWAVE 24. Peraduan Visa paywave HLB bermula pada 15 Ogos 2018 pada 00:00:00 jam (12:00 pagi) dan berakhir pada 18 Disember 2018 pada 23:59:59 jam (11:59 mlm), termasuk kedua-dua tarikh ( Tempoh Peraduan Visa paywave ), melainkan diberitahu sebaliknya. KELAYAKAN PERADUAN VISA PAYWAVE 25. Peraduan Visa paywave terbuka kepada Pemegang Kad Kredit Visa Prinsipal dan Pemegang Kad Debit Visa Utama HLB yang baharu dan sedia dan termasuk semua Kad Kredit/Debit Visa Hong Leong Mach sedia ada yang dikeluarkan oleh HLB ( Kad Visa HLB ) yang tidak dikecualikan daripada menyertai Peraduan Visa paywave ini seperti ditetapkan dalam Fasal 5 di atas ( Pemegang Kad Layak Visa ). MEKANISMA PERADUAN VISA PAYWAVE 26. Pemegang Kad Layak Visa akan berpeluang memenagi Pulangan Tunai RM100 berdasarkan kriteria yang dinyatakan dalam Jadual 3 di bawah: Jadual 3 Hadiah Peraduan Visa paywave Pulangan Tunai RM100 setiap hari Kriteria 10 Pemegang Kad Layak Visa teratas yang mempunyai jumlah transaksi Visa paywave tertinggi dengan menggunakan Kad Visa HLB mereka atas setiap Perbelanjaan Runcit (seperti yang ditakrifkan dalam Fasal 7 di atas) dengan minimum RM50 dalam satu resit tunggal akan digelar pemenang untuk Peraduan Visa paywave ini ("Pemenang Visa paywave") Pulangan Tunai RM100 10 Pemenang Visa paywave setiap hari Peruntukan Maksimum Pulangan Tunai RM100 Bilangan Pemenang Visa paywave RM126,000 1,260 Untuk mengelakkan keraguan, sekiranya berlaku perhitungan transaksi Visa paywave tertinggi, 10 Pemegang Kad Layak Visa teratas dengan jumlah tertinggi terkumpul dari transaksi-transaksi Visa paywave mereka akan dianggap sebagai Pemenang Visa paywave. Setiap Pemegang Kad Layak Visa berpeluang untuk memenangi sehingga 10 kali Pulangan Tunai RM100 sepanjang Tempoh Peraduan Visa paywave. 27. Perbelanjaan Runcit yang dibuat oleh Pemegang Kad Kredit Tambahan di bawah akaun HLB Pemegang Kad Kredit Prinsipal yang sama juga akan dimasukkan dalam pengiraan kelayakan Pemegang Kad Kredit Prinsipal untuk berpeluang memenangi Pulangan Tunai RM100 setiap hari. 8

PEMENUHAN PERADUAN VISA PAYWAVE 28. Akaun Pemegang Kad Layak Visa mestilah sah/aktif, berkedudukan baik pada masa pemberian Hadiah Visa paywave, jika tidak dia akan terlucut kelayakannya daripada menerima Pulangan Tunai RM100. 29. Pulangan Tunai RM100 akan dikreditkan setiap minggu sepanjang Tempoh Peraduan Visa paywave. Pemenang Visa paywave berkewajipan memaklumkan HLB secara bertulis sekiranya tidak menerima Pulangan Tunai RM100 dalam tempoh 60 hari dari Tempoh Peraduan Visa paywave berakhir, jika tidak Pemegang Visa paywave dianggap telah dapat Pulangan Tunai RM100 tersebut dan sebarang rayuan/permintaan untuk bayaran ganti Pulangan Tunai RM100 tidak akan dilayani. 30. Pengumuman Pemenang Visa PayWave (contoh: nama dan nombor KP dalam bentuk terselindung) juga akan dilakukan dalam Laman Web HLB setiap minggu. UMUM 31. Perbelanjaan Runcit adalah berdasarkan kriteria berikut: (a) hendaklah termasuk pembelian runcit dan dalam talian, arahan tetap dan Pelan Pembayaran Ansuran (IPP) yang diurusniaga di dalam dan luar negara; (b) hendaklah tidak termasuk pengeluaran wang tunai melalui apa jua cara (iaitu Mesin Juruwang Automatik, melalui kaunter, kuasi-tunai, dll.); (c) hendaklah tidak termasuk produk portfolio seperti Pindahan Baki (BT), Call-For-Cash Plus (CFC+), Call-For-Cash (CFC) dan Pelan Pembayaran Fleksi (FPP); (d) hendaklah tidak termasuk transaksi yang dibayar balik, dipertikaikan, tidak berjaya, dibalikkan, tanpa kebenaran, melibatkan penipuan atau menyalahi undang-undang; dan/atau (e) hendaklah tidak termasuk apa-apa bentuk perkhidmatan atau fi pelbagai, termasuk caj kewangan dan fi seperti fi tahunan kad kredit, caj bayaran lewat dan cukai perkhidmatan kerajaan, yang dikenakan oleh HLB. 32. Dengan menyertai Kempen dan/atau Peraduan ini, Pemegang Kad NTC, Pemegang Kad Layak, Pemegang Kad Layak Peraduan dan/atau Pemegang Kad Layak Visa: (a) Bersetuju bahawa mereka telah membaca, memahami dan bersetuju untuk mematuhi T&Cs di dalam ini, Terma dan Syarat Am Perjanjian Pemegang Kad Kredit/Debit yang boleh disemak di Laman Web HLB; (b) Bersetuju bahawa semua rekod transaksi di dalam atau di luar Malaysia yang terdapat dalam sistem HLB dalam Tempoh Kempen, Tempoh Peraduan dan/atau Tempoh Peraduan Visa paywave ini adalah tepat dan muktamad; (c) Bersetuju bahawa keputusan HLB atas segala hal berkaitan dengan Kempen ini adalah muktamad dan mengikat ke atas semua Pemegang Kad Layak Promosi A, Pemegang Kad Layak HLB, Pemegang Kad Layak Peraduan dan Pemegang Kad Layak Visa. Sebarang rayuan dan / atau surat-menyurat tidak akan dilayani; (d) Bersetuju bahawa sebarang pembalikan transaksi akan dikecualikan; (e) Bersetuju bahawa pulangan tunai tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana pihak ketiga dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai atau manfaat barangan; (f) Bersetuju untuk mengakses Laman Web HLB dari semasa ke semasa untuk menyemak T&Cs Kempen ini, untuk memastikan sentiasa mengikuti apa-apa perubahan atau pindaan 9

kepada T&Cs Kempen ini dan untuk membuat susulan dengan HLB jika mereka telah disenaraikan untuk layak menerima pulangan tunai; (g) Memberi keizinan kepada HLB untuk mendedahkan nama, nombor KP (dalam bentuk terlindung) dan/atau foto mereka dalam Laman Web HLB; dan (h) Membenarkan HLB untuk mendedahkan maklumat peribadi mereka iaitu nombor telefon kepada M3 Tech dan/atau Dynamic Search atas budi bicara HLB bagi tujuan Kempen ini. 33. HLB berhak: (a) Menolak atas budi bicara mutlaknya mana-mana permohonan Kad Layak yang dikemukakan tanpa memberi sebarang sebab; (b) Melucutkan kelayakan mana-mana Pemegang Kad Layak atas budi bicara mutlaknya daripada menyertai Kempen ini; (c) Menolak kelayakan mana-mana Pemegang Kad Layak Promosi A, Pemegang Kad Layak HLB, Pemegang Kad Layak Peraduan dan Pemegang Kad Layak Visa atas apa jua sebab sekalipun yang difikir wajar menurut budi bicara mutlaknya. Khususnya, HLB mempunyai hak mutlak menolak kelayakan Pemegang Kad Layak Promosi A, Pemegang Kad Layak HLB, Pemegang Kad Layak Peraduan dan Pemegang Kad Layak Visa yang telah melakukan Perbelanjaan Runcit menurut pengertian T&Cs ini, dengan cara atau pola yang menurut HLB adalah di luar kebiasaan, di luar aturan dan / atau menunjukkan suatu percubaan untuk beroleh kelebihan yang tidak adil atas Pemegang Kad Layak Promosi A, Pemegang Kad Layak HLB, Pemegang Kad Layak Peraduan dan Pemegang Kad Layak Visa lain yang mempunyai cara atau pola pembelanjaan yang biasa/teratur, dan keputusan HLB dalam hal ini adalah muktamad dan mengikat ke atas semua Pemegang Kad Layak Promosi A, Pemegang Kad Layak HLB, Pemegang Kad Layak Peraduan dan Pemegang Kad Layak Visa; (d) Melupuskan dan/atau menolak balik Pengecualian Fi Tahunan, Pulangan Tunai, Pulangan Tunai 18, Hadiah Peraduan dan/atau Pulangan Tunai RM100 dalam keadaan apabila berlaku pembalikan Perbelanjaan Runcit atau penamatan Kad Layak semasa Tempoh Kempen dan/atau Peraduan dan/atau pada masa pemberian Pengecualian Fi Tahunan, Pulangan Tunai, Pulangan Tunai 18, Hadiah Peraduan dan/atau Pulangan Tunai RM100 atau ketidakpatuhan T&Cs di dalam ini; (e) Meminda jumlah Pengecualian Fi Tahunan, Pulangan Tunai, Pulangan Tunai 18, Hadiah Peraduan dan/atau Pulangan Tunai RM100 dan/atau mengganti Pengecualian Fi Tahunan, Pulangan Tunai, Pulangan Tunai 18, Hadiah Peraduan dan/atau Pulangan Tunai RM100 di dalam ini dengan hadiah lain yang sama nilainya atas budi bicara mutlaknya, dengan cara menyiarkannya dalam Laman Web HLB atau dengan apa-apa cara lain yang dianggap wajar oleh HLB, untuk membolehkan notis awal diberi kepada Pemegang Kad Layak Promosi A, Pemegang Kad Layak HLB, Pemegang Kad Layak Peraduan dan Pemegang Kad Layak Visa; dan (f) Menambah, menggugurkan atau meminda T&Cs di dalam ini, secara keseluruhan atau sebahagian, atau menamatkan Kempen ini, menurut budi bicara mutlaknya, dengan cara menyiarkannya dalam Laman Web HLB, atau dengan apa-apa cara lain yang dianggap wajar oleh HLB, untuk membolehkan notis awal diberi kepada Pemegang Kad Layak Promosi A, Pemegang Kad Layak HLB, Pemegang Kad Layak Peraduan dan Pemegang Kad Layak Visa tentang perkara menambah, menggugurkan atau meminda T&Cs atau penamatan Kempen ini. 10

34. HLB tidak akan dipertanggungjawabkan dan bertanggungjawab terhadap kegagalan atau kelewatan dalam penghantaran dan / atau pemprosesan permohonan Kad Layak dan / atau transaksi jualan oleh Visa international Incorporated, MasterCard Worldwide, syarikat Peniaga, penyedia perkhidmatan pos atau mana-mana pihak yang mungkin menyebabkan Pemegang Kad Layak Promosi A, Pemegang Kad Layak HLB, Pemegang Kad Layak Peraduan dan Pemegang Kad Layak Visa tertinggal daripada Kempen dan / atau Kempen ini. 35. Akaun Pemegang Kad Layak Promosi A, Pemegang Kad Layak HLB, Pemegang Kad Layak Peraduan dan Pemegang Kad Layak Visa mestilah sah/aktif, berkedudukan baik dan mestilah tidak melanggar mana-mana T&Cs Kempen dan / atau Peraduan ini, dan / atau Terma dan Syarat Am Perjanjian Pemegang Kad Kredit / Debit pada masa pemberian Pengecualian Fi Tahunan, Pulangan Tunai, Pulangan Tunai 18, Hadiah Peraduan dan/atau Pulangan Tunai RM100. Bagi mengelakkan keraguan, Pulangan Tunai, Hadiah Peraduan dan/atau Pulangan Tunai RM100 akan dikreditkan ke Pemegang Kad Layak Promosi A, Pemenang Promosi B, Pemenang Peraduan atau Pemenang Visa paywave akaun Kad Kredit Hong Leong sebagai pemenuhan akaun utama jika Pemegang Kad Layak Promosi A, Pemenang Promosi B, Pemenang Peraduan atau Pemenang Visa paywave memiliki akaun-akaun Kad Kredit Prinsipal/ Kad Debit Utama HLB. 36. T&Cs di dalam ini adalah tertakluk kepada dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia dan Pemegang Kad Layak bersetuju untuk akur kepada bidang kuasa Mahkamah-mahkamah Malaysia. 37. Selain terma-terma yang dinyatakan di atas, Pemegang Kad Layak Promosi A, Pemegang Kad Layak HLB, Pemegang Kad Layak Peraduan dan Pemegang Kad Layak Visa bersetuju bahawa Terma dan Syarat Am Perjanjian Pemegang Kad Kredit/Debit hendaklah dibaca bersama-sama T&Cs di dalam ini sebagai suatu perjanjian keseluruhan. Sebarang percanggahan antara T&Cs ini dengan Terma dan Syarat Am Perjanjian Kad Kredit / Debit, maka terma-terma tertentu di atas hendalah diutamakan setakat percanggahan tersebut. 38. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara T&Cs ini berbanding dengan bahan pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan-bahan lain berkaitan atau bersabit dengan Kempen dan/atau Peraduan ini, maka terma dan syarat muktamad yang dipaparkan dalam Laman Web HLB hendaklah diutamakan. 11