DASAR PENANGGUHAN BALIK PELAJAR-PELAJAR TAJAAN KERAJAAN DI LUAR NEGARA

dokumen-dokumen yang mirip
BAYARAN PASPORT DAN VISA BAGI PEGAWAI YANG DILULUSKAN MENGIKUTI KURSUS JANGKA SEDERHANA DAN KURSUS JANGKA PANJANG DI LUAR NEGARA

KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

JPA(L)S. 175/4/1-1 KLT. 8

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

JPA(S)324/1 Klt. 36(17) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2005

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

KERAJAAN MALAYSIA. SURAT PEKELILING AM BIL. 1 TAHUN 2004 Surat Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981 (Tambahan)

PELARASAN GAJI YANG AKHIR DITERIMA BAGI PEGAWAI YANG BERSARA ATAU MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 28 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERUBATAN

PELEPASAN WAKTU BEKERJA KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENJALANKAN TUGAS RONDAAN DI BAWAH SKIM RONDAAN SUKARELA KAWASAN RUKUN TETANGGA

,ffi, 1. Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI YANG SEDANG DISIASAT DAN TELAH DIKENAKAN HUKUMAN TATATERTIB

JPA(S) (BPO)324/8/19 Klt 6 (31) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2013

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 20 TAHUN 2008

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2006 IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI 2006

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2006

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2002

KEMUDAHAN PERLINDUNGAN INSURANS KESIHATAN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG BERADA DI LUAR NEGARA ATAS URUSAN PERSENDIRIAN

JPA(S)TT. 71/3/1 ( ) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2009

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2004 SIJIL PENGHARGAAN KEPADA PESARA DAN BEKAS PEGAWAI AWAM

JPA(BPO)(S)324/14/21-1 Klt.7( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2008

JPA.BK(S)71/3/4-11( 47 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2012

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PERKHIDMATAN PEGAWAI PENGUAT KUASA MARITIM DAN PEGAWAI LAIN-LAIN PANGKAT PENGUAT KUASA MARITIM

JPA(L)S. 175/4/1-1 KLT. 17 ( ) Siri No.

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (4) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2015

JPA(S)324/14/23-3 Klt.8(38) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 33 TAHUN 2013 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (1) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2015 BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2015

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

KELAYAKAN KEMUDAHAN PERUBATAN UNTUK PESARA (Awam Persekutuan) BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

1. Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat am seperti berikut : 1.2 Telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM);

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 2007

JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2006

BORANG PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN

PEMBERIAN SUBSIDI YURAN PENGASUHAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK DI TEMPAT KERJA SEKTOR AWAM

LAMPIRAN A. A. Kaedah Lapor Diri bagi Staf dalam Pengajian: Di Bahagian Kemajuan Kerjaya (BKK):

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

SYARAT-SYARAT TAWARAN BIASISWA SUB KEPAKARAN & PASCA KEDOKTORAN BAGI KURSUS IJAZAH LANJUTAN DI UNIVERSITI-UNIVERSITI DALAM & LUAR NEGARA

iii. Pekeliling Perkhidmatan Bil.29 Tahun 2009; iv. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.5 Tahun 2009; v. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2007 PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2013

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 1TAHUN 2011

JPA.BPO(S)324/14/16-4 (14) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2013

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.1 TAHUN 2009

JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011 PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA

IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI 2004

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 4 TAHUN 2013

JPA.BK (S) 43/13/1Jld. 3 (15) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

JPA(S)K. 256/6/27 KLT.2 ( 31 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING AM BILANGAN 1 TAHUN 2013 PENYERAGAMAN FORMAT KEPALA SURAT BAGI KEMENTERIAN/JABATAN/AGENSI PERSEKUTUAN

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 1998 KEMUDAHAN CUTI PEGAWAI BERSALIN

GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

TAKLIMAT UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR DI JEPUN (TAMAT PENGAJIAN 2013)

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

"KEJUJURAN DAN KETEKUNAN" Ruj. Kami: dlm.ipk.sel Jld.2

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2006

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 / 2003 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR. KUiTTHO.(PB) 10.12/04 (14) 15 Oktober 2003

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL.8 TAHUN 2011

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2000 SKIM PERKHIDMATAN JURUTEKNIK KOMPUTER DAN PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

1. PENGENALAN 2. TUJUAN

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2014 BANTUAN UPAH JAHIT

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 38 TAHUN 2013

BAHAGIAN LATIHAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM ARAHAN PENTADBIRAN BAHAGIAN LATIHAN BILANGAN 1 TAHUN 2008

JPA.BK(S)250/1( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN

Transkripsi:

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2007 DASAR PENANGGUHAN BALIK PELAJAR-PELAJAR TAJAAN KERAJAAN DI LUAR NEGARA TUJUAN 1. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan dasar yang telah ditetapkan oleh Kerajaan bagi penangguhan balik pelajar tajaan Kerajaan di luar negara. DEFINISI 2. Bagi tujuan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini: Agensi penajaan Kerajaan bermaksud agensi atau jabatan Kerajaan Persekutuan yang telah diberi kuasa untuk menaja pelajar-pelajar mengikuti pengajian di luar negara. 1

Penangguhan balik pelajar tajaan Kerajaan di luar negara bermaksud kelulusan yang diberi kepada pelajar-pelajar tajaan Kerajaan yang telah menamatkan pengajian di luar negara untuk menangguhkan kepulangan ke Malaysia atas sebab yang dibenarkan. LATAR BELAKANG 3. Kebenaran penangguhan balik pelajar-pelajar tajaan Kerajaan di luar negara telah pun wujud namun pelaksanaannya ditentukan oleh agensi penaja masingmasing. Keadaan ini telah menimbulkan kekeliruan kepada sebahagian pelajar yang ditaja oleh pelbagai pihak. Sehubungan dengan itu, Kerajaan telah memutuskan supaya satu dasar penangguhan balik yang seragam diwujudkan dan digunapakai oleh semua agensi penaja Kerajaan. 4. Kerajaan juga berpandangan bahawa kebenaran penangguhan balik pelajar tajaan Kerajaan di luar negara adalah wajar berikutan peningkatan persaingan dalam bidang-bidang tertentu di pasaran pekerjaan tempatan dan memberi peluang kepada pelajar-pelajar tajaan menimba pengetahuan, pengalaman dan kemahiran sebelum kembali ke tanah air. 5. Walau bagaimanapun, Kerajaan perlu mengambil kira bidang-bidang tertentu yang amat diperlukan oleh negara dan pelajar-pelajar di dalam bidang tersebut perlu kembali ke tanah air untuk menyumbang khidmat bakti mereka kepada masyarakat dan negara bagi memastikan penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat tidak terjejas. 6. Pelajar-pelajar yang ditaja oleh Kerajaan di luar negara terdiri dari dua kategori iaitu: 2

(i) pelajar yang ditaja secara Biasiswa di mana pelajar dikenakan syarat perjanjian untuk berkhidmat dengan Kerajaan setelah tamat pengajian; dan (ii) pelajar yang ditaja secara Pinjaman Pelajaran di mana pelajar tidak dikenakan syarat berkhidmat dengan Kerajaan tetapi perlu membayar balik sejumlah wang sama ada sebahagian atau sepenuhnya daripada jumlah wang yang telah diberikan untuk menaja pengajian mereka. DASAR YANG DITETAPKAN 7. Pelajar-pelajar perubatan, pergigian dan farmasi yang ditaja oleh agensi penajaan Kerajaan sama ada secara Biasiswa atau Pinjaman Pelajaran hendaklah kembali ke Malaysia untuk menjalani housemanship setelah tamat pengajian. 8. Pelajar-pelajar perubatan, pergigian dan farmasi yang telah ditaja dengan Biasiswa boleh dipertimbangkan penangguhan balik di atas sebab-sebab berikut : (i) melanjutkan pengajian ke peringkat kepakaran; atau (ii) menunggu pasangan (suami/isteri) yang ditaja oleh agensi Kerajaan untuk menamatkan pengajian; 9. Pelajar-pelajar perubatan, pergigian dan farmasi yang ditaja secara Pinjaman Pelajaran, boleh dipertimbangkan penangguhan balik untuk melanjutkan pengajian dalam bidang yang sama tertakluk kepada penaja berpuas hati dengan kaedah dan prestasi pembayaran balik pinjaman mereka. 10. Penangguhan balik kepada pelajar-pelajar selain bidang perubatan, pergigian dan farmasi boleh dipertimbangkan dalam keadaan berikut: (i) melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi; atau 3

(ii) bekerja dalam bidang berkaitan dengan pengajian dan dibenarkan penaja; atau (iii) menunggu pasangan (suami/isteri) menamatkan pengajian yang ditaja oleh agensi Kerajaan. 11. Kelulusan penangguhan balik adalah untuk maksud satu tujuan sahaja iaitu salah satu sebab seperti di perenggan 8 untuk pelajar bidang perubatan, pergigian dan farmasi atau di perenggan 9 bagi pelajar lain-lain bidang dan tidak boleh menggunakan kemudahan ini untuk dua sebab sama ada secara serentak atau berturutan. Walau bagaimanapun, bagi penangguhan untuk tujuan menunggu pasangan menamatkan pengajian, agensi penaja boleh menimbangkan pelajar untuk melanjutkan pengajian dengan syarat tempoh yang dibenarkan tidak melebihi tempoh pasangan mereka menamatkan pengajian. TEMPOH PENANGGUHAN BALIK 12. Tertakluk kepada persetujuan agensi penaja, tempoh penangguhan balik yang dibenarkan adalah seperti berikut: (i) untuk tujuan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu di peringkat Sarjana atau PhD atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau peringkat kepakaran bagi pelajar perubatan, pergigian dan farmasi adalah mengikut tempoh pengajian sebenar; atau (ii) untuk mendapatkan pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan pengajian ialah selama dua tahun dan boleh dilanjutkan dari setahun ke setahun sehingga tempoh maksimum empat tahun; atau 4

(iii) untuk menunggu pasangan yang ditaja oleh agensi Kerajaan menamatkan pengajian adalah mengikut tempoh pengajian pasangan tersebut. SYARAT-SYARAT PENANGGUHAN BALIK 13. Syarat-syarat yang ditetapkan dalam mempertimbang dan meluluskan permohonan penangguhan balik adalah seperti berikut: (i) penangguhan balik bagi pelajar perubatan, pergigian dan farmasi untuk tujuan melanjutkan pengajian ke peringkat kepakaran adalah tertakluk kepada keperluan negara dan perlu mendapat perakuan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia; (ii) penangguhan balik tidak akan menyebabkan gangguan dalam perancangan tenaga manusia agensi Kerajaan atau menyebabkan penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada masyarakat terjejas; (iii) kebenaran untuk penangguhan balik selepas menamatkan pengajian tidak diberi secara keseluruhan (blanket approval) tetapi adalah berdasarkan merit kes demi kes. Permohonan hendaklah dibuat kepada agensi penaja sebelum tempoh pengajian asal tamat; (iv) walaupun penangguhan balik diluluskan, pelajar perlu bersedia pada bila-bila masa untuk pulang sekiranya diarahkan berbuat demikian oleh Kerajaan; (v) bagi pemegang Biasiswa yang terikat dengan syarat berkhidmat dengan Kerajaan/penaja, kelulusan penangguhan balik bermaksud syarat tempoh berkhidmat akan turut ditangguhkan tanpa mengurangkan tempoh yang ditetapkan oleh agensi penaja. Mereka 5

perlu memenuhi semua tempoh perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam perjanjian apabila diperlukan oleh Kerajaan; (vi) pelajar yang ditaja secara Pinjaman Pelajaran yang diluluskan penangguhan balik kerana melanjutkan pengajian dibenarkan menangguhkan bayaran balik pinjaman bagi sepanjang tempoh penangguhan balik tidak melebihi tempoh maksimum empat tahun. Walau bagaimanapun, sekiranya penangguhan diluluskan kerana mendapatkan pengalaman bekerja atau menunggu pasangan, bayaran balik hendaklah dimulakan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian atau mendapat pekerjaan, yang mana terdahulu; (vii) Kerajaan berhak membatalkan penangguhan balik pada bila-bila masa dan pelajar perlu mematuhi arahan tersebut; (viii) setelah penangguhan balik diluluskan, Kerajaan tidak lagi terikat dengan sebarang obligasi yang berkaitan dengan kemudahan yang terkandung dalam syarat-syarat perjanjian biasiswa atau pinjaman yang belum lagi dilaksanakan (misalnya tambang perjalanan balik ke Malaysia serta visa untuk tinggal lebih lama di negara berkenaan). Walau bagaimanapun tanggungjawab pelajar seperti yang terkandung dalam perjanjian adalah kekal dan pelajar perlu memenuhinya sama ada pada ketika itu atau setelah tamat tempoh penangguhan balik; dan (ix) sepanjang tempoh penangguhan balik, pelajar adalah bertanggungjawab untuk mengemukakan laporan kepada agensi penaja akan status terkini dan alamat tempat tinggal yang boleh dihubungi sekurang-kurangnya setahun sekali. Kegagalan pelajar untuk mengemaskini status dan maklumat mereka boleh menyebabkan tindakan penguatkuasaan perjanjian boleh diambil dan sebarang tindakan menggunakan maklumat terakhir yang diterima oleh penaja hendaklah dianggap tepat dan sah. 6

PERTANYAAN 14. Sebarang pertanyaan berkaitan dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini hendaklah dirujuk kepada: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Bahagian Latihan Aras 6, Blok C1, Komplek C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 PUTRAJAYA No Telefon : 03-88853000/03-88854000 Faks : 03-88810743 Email : dasarlatihan@jpa.gov.my TARIKH KUAT KUASA 15. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai daripada tarikh ianya dikeluarkan. PEMAKAIAN 16. Pemakaian Surat Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Berkuasa Berkanun tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ( TAN SRI ISMAIL ADAM ) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Malaysia 7

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PUTRAJAYA 30 Mac 2007 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Tempatan Semua Pihak Berkuasa Berkanun 8