DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK 913 Psikologi Perkembangan Manusia dari Perspektif Islam & Barat Pertumbuhan dan kemunduran Perkembangan Manusia dari perspektif Psikologi Islam & Barat (Minggu 3) Pensyarah: Ustazah Dr Nek Mah Bte Batri - PhD
Objektif Pembelajaran Di akhir modul para peserta: 1. Dapat memahami pengertian pertumbuhan dan kemunduran dari manusia dari perspektif Psikologi Islam dan Barat. 2. Dapat mengetahui bagaimana mengenali diri sendiri dan klien. 3. Dapat mengetahui visi dan misi manusia dalam Islam dari aspek psikologi
Pertumbuhan dan Kemunduran dari Perspektif Islam Manusia dilahirkan dalam keadaan kosong (tidak memiliki pengetahuan). ل ت ع ل م و ن Allah membekalkan potensi (khalifatullah fil ardh) dalam rangka beribadah atau mengabdi kepadanya melalui pancindera serta daya nalar (af-idah) Af-Idah menurut Ibnu Katsir adalah kalbu atau akal. Berdasarkan kajian psokoligis kognitif, qalb diandaikan sebagai potensis sistem memori manusia. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah bersabda: ك ل م و ل ود ي و ل د ع ل ى الف ط ر ة ف أ ب و اه ي ه و د ان ه أ و ي ن ص ر ان ه ي م ج س ان ه )رواه مسلم) Tiap-tiap anak dilahirkan menurut fitrohnya (bakatnya orang tualah yang menjadikan Yahudi, Nasrani, atau Majusi). (H.R Muslim)
Prinsip Dasar Psikologi Pertumbuhan dan Kemunduran dari Perspektif Islam Surah Ar Ruum:54 Pertumbuhan Lemah Kuat Kembali Lemah ا ه لل الهذ ي خ ل ق ك م م ن ض ع ف ث هم ج ع ل م ن ب ع د ض ع ف ق هوة ث هم ج ع ل م ن ب ع د ق هوة ض ع ف ا و ش ي ب ة ي خ ل ق م ا ي ش اء و ه و ال ع ل يم ال ق د ير Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.
ANDA DAN DIRI ANDA Klien biasanya terperanjat dan tergamam untuk menjawab. Kebanyakan mereka ragu-ragu untuk menyatakan tentang diri mereka. Bincangkan?
MENGENAL DIRI ANDA? Kerohanian -Dari mana kita datang - Mengapa kita berada didunia - Apakah perkara yg perlu dilakukan & perkara yang perlu dijauhi - Kemana tempat akhir tujuan kita? Pemikiran Adakah anda seorang yang suka berfikir secara biasa (peringkat rendah), secara merenung dan refleksi atau secara ilmiah dan saintifik (peringkat tinggi). Perasaan Adakah anda seorang yang selalunya periang, ceria, gembira, tenang, puas atau muram, dukacita, sedih, berputus asa? Pemikiran Adakah anda seorang yang suka berfikir secara biasa (peringkat rendah), secara merenung dan refleksi atau secara ilmiah dan saintifik (peringkat tinggi).
Merenung Siapakah Orang-orang Yang Penting Dalam Hidup Anda? bersaing secara sihat idola semangat Kekuatan pengaruh-kesedaran-wujud watak dan personaliti
Minta Pandangan Dari Ahli Keluarga Atau Kawan-kawan Tanya mereka siapakah anda pada pandangan mereka. Respons mereka akan memberi anda sebahagian dari persoalan anda tentang diri anda Mereka adalah cermin hidup anda. Jika anda berlapang dada terhadap pandangan dan kritikan mereka maka anda boleh memperbaiki kesilapan yang berlaku di dalam diri anda tetapi jika anda tidak mahu menerima pandangan dan kritikan mereka bermakna anda tidak dapat menerima diri anda sebenarnya dan anda tidak akan mengubah apa-apa di dalam diri anda. Akhirnya anda tidak akan memahami diri anda dan anda akan berasa keliru tentang diri anda sendiri.
Menulis Jurnal Tentang Diri Meminta persetujuan klien agar menulis jurnal tentang dirinya setiap hari. Mencatatkan pengalamannya berasaskan harian. Kaunselor juga boleh melakukkan yang sama. Sebagai tambahan catatkan juga tentang perasaan, persepsi dan matlamat anda pada hari itu. Jika matlamat anda tercapai tuliskan mengapa dan jika matlamat tidak tercapat tuliskan juga mengapa. Ini bukan sahaja dapat merekodkan peristiwa, pengalaman, pemikiran dan perasaan anda tetapi anda juga dpat memperbaiki dan meningkatkan kesedaran tentang kualiti hidup anda yang lebih baik.
Usah Gusar Tentang Kritikan Perkara yang paling ditakuti oleh kebanyakan orang ialah menerima kritikan. Ramai klien yang tidak rela diri mereka dikritik. Apabila dikritik kebanyakan mereka akan menunjukkan reaksi yang menentang, melawan dan ada yang merajuk. Kesemua reaksi tersebut adalah reaksi yang negatif. Ia tidak akan membantu meningkatkan imej diri yang lebih baik dan akan menyekat kesedaran ke arah imej diri yang positif. Klien/Kaunselor perlu berlapang dada dan menerima kritikan secara ikhlas sebagaimana mereka yang mengkritik anda secara jujur. Sahabat yang hanya pandai menjaga hati bukanlah sahabat yang boleh memperbaiki kesilapan yang anda lakukan.
Apa Yang Anda Nampak
VISI Manusia Dalam Islam VISI Manusia Seorang manusia harus mempunyai tujuan hidup yang jelas dan tujuan hidup manusia yang paling pasti datangnya adalah kematian kerana setiap makhluk yang bernyawa pasti akan mati sebagaimana sabda Rasulullah saw. Aku berlindung dengan keagungan-mu yang tiada Tuhan kecuali Engkau yang tidak mati, sedangkan manusia dan jin semuanya mati. (HR. Muslim). Dunia Lahir-hidup-mati Alam Barzakh Padang Masyar Syurga/Neraka
Misi Manusia Dalam Islam Manusia memiliki misi yang dibatasi oleh waktu hidup manusia tersebut di dunia. Misi yang dimaksud disini adalah sebagaimana yang tertulis dalam surat Al-Ashr ayat 1-3 sebagaimana berikut: 1. Demi masa. 2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, 3. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. Misi manusia yang paling utama adalah menjadi orang yang beriman dan berbuat kebaikan dan saling menasi hati dalam kebenaran dan kesabaran.
NASIHAT TENTANG KEHIDUPAN Menyuruh kepada yang makruf orang yang menyuruh kepada yang makruf maka pahalanya sama seperti orang yang melakukannya. (HR. Bukhari)
NASIHAT TENTANG KEHIDUPAN Mencegah dari yang munkar Dari Abu Said Al-Khudzri, Rasulullah bersabda, Siapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah ia ubah dengan tangannya, dan jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya, dan jika tidak mampu, dengan hatinya, maka itulah iman yang paling lemah. (HR. Muslim) Bersabar atas setiap musibah Allah berfirman pada al-qur an surat al-baqarah ayat 153: Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. Hadits qudsi; jika Aku menguji hamba-ku dengan dua hal yang ia sukai, kemudian ia bersabar. Maka baginya surga (HR Bukhari)
TUGASAN INDIVIDU Sediakan checklist ( 20 soalan ) menggunakan skala Likert untuk digunakan dalam sesi kaunseling dari apek psikologi. Soalan soalan berkaitan dengan mengenali diri untuk memberi kesadaran kepada kaunselor/klien dari perspektif psikologi Barat dan Islam.