Terma-terma dan Syarat-syarat. Kempen CIMB Clicks 10% Cash Back On Bill Payment

dokumen-dokumen yang mirip
(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

Kempen Seluruh Negara JomPAY Terma-Terma dan Syarat-Syarat Tambahan

1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

Kempen CIMB Bank My First Cash Advance Terma-terma dan Syarat-syarat

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Website CPL Campaign (1hb Julai 31hb Ogos 2017)

Kempen Hadiah Sehingga RM150 kepada Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

TERMA DAN SYARAT Kempen Rebat Tunai CIMB-Sunshine (16hb Mei hb Jun 2018)

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB Personal Financing Pre-Raya Cash Back (1hb Mei 31hb Ogos 2017)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen RM1 for 1 Swipe CIMB 2016

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

Terma-terma dan Syarat-syarat bagi Kempen CIMB EVA x JomPAY Memenangi iphone X

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen CashLite CIMB Bank

Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kempen MasterCard Guaranteed Overseas Spend CIMB Bank

Terma-terma and Syarat-syarat CIMB Affinity Kad Kredit Pengambilan dan Penggunan yang mengawal Kempen Welcome Gift

Terma-terma & Syarat-syarat Kempen CIMB CLICKS Cash Back. 1. Setiap sebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Hadiah untuk Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Tambahan Baki CIMB (Faedah Bonus 3% Setahun)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD ( BANK ) YANG MENGAWAL KEMPEN KAD KREDIT CIMB PREFERRED ( Kempen )

Pembiayaan Auto CIMB Pembiayaan Kenderaan Khas untuk Bumiputera Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Submit Your EPF Statement CIMB Bank

CIMB Islamic Kempen Wealth Starter 3.0 ( Kempen ) Terma-Terma dan Syarat-Syarat

Kempen PIN & Win CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen CIMB BANK Pilih Baucar Anda untuk Permohonan Kad Kredit

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen CIMB BANK Memilih Hadiah untuk Permohonan Kad Kredit

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB CLICKS JomPAY TM. 1. Setiap sebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

3. Bank merizab hak untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen Lanjutan dengan memberikan makluman.

Kempen PIN & Win CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

TERMA DAN SYARAT Kempen Belanja Tahun Baru Cina 2018 dan Menang Baucar CIMB-Giant (1hb Februari hb Februari 2018)

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB-Pay with Points & Win

Go Digital with CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

TERMA DAN SYARAT Kempen Debit Card RM5 Dining Cash Back

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang Rebat Tunai CIMB-IKEA (1hb September hb November 2017)

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Akaun Pelaburan Pulangan Tetap-i Step Up 12 Bulan CIMB Islamic Bank Berhad TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Kempen Wealth Starter CIMB - Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KEMPEN KAD MASTERCARD DWI-JENAMA CIMB PETRONAS

TERMA DAN SYARAT. Peraduan Debit & ATM Card Replacement

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG MENTADBIR PERADUAN INSURANS TRAVEL CARE - HOKKAIDO

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja Musim Perayaan dan Menang Kad Hadiah CIMB-IKEA (1 Disember Februari 2018)

Jumlah minimum transaksi (RM) (i) Melakukan log masuk kali pertama ke Aplikasi Perbankan Mudah Alih RHB Now*

TERMA DAN SYARAT CABUTAN EXTRAVAGANZA KT 2018

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KEMPEN CIRI-CIRI DAN FAEDAH-FAEDAH TAMBAHAN KAD MASTERCARD DWI-JENAMA CIMB PETRONAS

Termaa-terma dan Syarat-syarat Kempen Akaun Kwik CIMB Bank

1.1. Travel Care Insurance Contest yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (selepas ini dirujuk sebagai CIMB Bank atau Bank ).

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. CIMB Islamic - Peraduan Kirim & Menang

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD yang mengawal Kempen Belanja dan MenangCIMB-IKEA

CIMB Bank Berhad (13491-P)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Peraduan Debit to Win It

Peraduan Fortune 10 CIMB Bank - Terma & Syarat. Terma & Syarat PERADUAN FORTUNE 10 CIMB BANK BERHAD

1. Kempen ini dikendali oleh CIMB Bank dan setiap penyebutan C I M B B a n k merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

Kempen Win RM1,000 Vouchers Daily Overseas & Online Spend Visa CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB-IKEA

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 12% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang!

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

TERMA DAN SYARAT TAMBAHAN KEMPEN JomPAY Nationwide

KEMPEN Perayaan Faedah SIFAR 12 Bulan PINJAMAN PERIBADI HONG LEONG

Terma & Syarat Kempen Bila-bila Masa, Di Mana Jua dengan affinonline

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Win A Drive

Kempen Isi, Leret & Menang. Terma dan Syarat

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Win A Drive

Terma-Terma & Syarat- Syarat Kad Kredit Cash Rebate Platinum

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

4.2 Peserta Layak mestilah memenuhi syarat-syarat berikut bagi Peletakan DT untuk menikmati Kadar Faedah Promosi DT:

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Faedah Bonus CIMB

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

CIMB Auto Finance Promosi untuk Kenderaan Asing Baharu Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA & SYARAT. KEMPEN ASNB HB & DT RHB Bank

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

Terma-terma dan Syarat-syarat untuk program 2-Minit Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) oleh CIMB Bank Berhad

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

TERMA DAN SYARAT Kempen Penggunaan Besar-besaran Kad RHB Pertengahan Tahun 2016

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

3. Untuk tujuan Kempen ini, hanya Pemegang Akaun utama Pelanggan yang Layak berhak untuk mendapatkan Hadiah

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Duit Raya Tesco CIMB Bank

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat syarat seperti pada 22 Dec 2016

TERMA DAN SYARAT Kempen Ganjaran RM150 RHB Smart Account/-i 2018

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

KEMPEN RM1,000,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB-Senheng

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

TERMA & SYARAT. Kempen Amanah Saham Nasional Berhad Harga Berubah (ASNB HB) & Deposit Tetap atau Komoditi Murabahah Deposit-i (DT/KMD-i) RHB

TERMA & SYARAT KEMPEN BUAT TRANSAKSI ONLINE & MENANG OCBC

b) e-mandate merujuk kepada kemudahan Direct Debit secara elektronik melalui dalam talian yang disediakan oleh PayNet.

1. Setiap penyebutan C I M B merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Terma dan Syarat untuk Program Kad Kredit. Terma dan Syarat

Untuk tujuan kempen ini, Pelanggan yang telah memenuhi semua kriteria di Klausa 2 di atas akan ditakrifkan sebagai Pelanggan Layak.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB- IKEA

Transkripsi:

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB Clicks 10% Cash Back On Bill Payment 1. Kempen CIMB Clicks 10% Cash Back On Bill Payment ( Kempen ) dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (13491-P) ( CIMB Bank ). Tempoh Kempen 2. Kempen ini akan berlangsung dari 1hb September 2018 sehingga 30hb November 2018, termasuk kedua-dua tarikh ( Tempoh Kempen ). 3. CIMB Bank menyimpan hak dengan memberi notis terdahulu tidak kurang dari empat belas (14) hari kalendar untuk menukar tempoh dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen. Kelayakan 4. Kempen ini terbuka kepada individu-individu terpilih yang merupakan pengguna berdaftar CIMB Clicks dan yang telah menerima e-mel atau Perkhidmatan Pesanan Ringkas ("SMS") atau mesej melalui Messenger CIMB dalam aplikasi mudah alih CIMB Clicks atau CIMB EVA atau mesej daripada CIMB Bank mengenai Kempen ini kecuali kategori orang yang disenaraikan dalam Klausa 5 (selepas ini dirujuk sebagai "Peserta Layak"). 5. Kategori-kategori orang yang berikut TIDAK layak menyertai Kempen ini: I. Kakitangan tetap, kontrak dan/atau sambilan atau pekerja-pekerja CIMB Bank (termasuk subsidiari-subsidiari dan syarikat-syarikat yang berkaitan) dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka (iaitu pasangan, anak, ibu bapa dan adik-beradik); dan/atau II. Wakil dan/atau ejen (termasuk ejen pengiklanan dan kempen, penjual pihak ke-3 dan pembekal perkhidmatan) CIMB Bank (termasuk subsidiari-subsidiari dan syarikat-syarikat berkenaan) dan kakitangan atau pekerja tetap dan/atau sambilan mereka serta ahli-ahli keluarga terdekat mereka (iaitu pasangan, anak, ibu bapa dan adik-beradik); dan/atau III. Individu-individu di bawah umur 18 tahun. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Layak memberi representasi dan mengesahkan bahawa Peserta Layak bukan di bawah kategori orang di atas. 1

Pulangan Tunai dan Kriteria Kelayakan 6. Jumlah pulangan tunai untuk Kempen ini adalah RM300,000. Tempoh Kempen terdiri daripada 3 bulan penyertaan seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah ("Bulan Penyertaan") dan pulangan tunai yang diperuntukkan untuk setiap Bulan Penyertaan adalah dihadkan pada RM100,000. Bulan Penyertaan Tarikh Had Maksimum Pulangan Tunai yang diperuntukkan 1 1hb September 2018 30hb September 2018 RM100,000 2 1hb Oktober 2018 31hb Oktober 2018 RM100,000 3 1hb November 2018 30hb November 2018 RM100,000 Jumlah RM300,000 7. CIMB Bank tidak bertanggungjawab untuk memaklumkan Peserta Layak sekiranya pulangan tunai telah mencapai had maksimum pulangan tunai yang diperuntukkan. 8. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di sini, Peserta Layak yang melakukan Transaksi Layak (seperti yang ditakrifkan dalam Klausa 9) dalam apa-apa jumlah dalam Tempoh Kempen akan mendapat 10% pulangan tunai ("Pulangan Tunai") pada jumlah Transaction Layak atas dasar siapa cepat dia dapat berdasarkan waktu transaksi, tertakluk kepada ketersediaan amaun pulangan tunai bulanan yang diperuntukkan. Pengesanan Transaksi Layak adalah berdasarkan tarikh dan masa transaksi (Waktu Malaysia). 9. Transaksi Layak di bawah Kempen ini bermaksud bayaran yang dibuat oleh Peserta Layak dengan log masuk ke laman web CIMB Clicks (www.cimbclicks.com.my) atau aplikasi mudah alih CIMB Clicks atau aplikasi mudah alih CIMB EVA dan melakukan transaksi pembayaran bil di bahagian 'Pay Bills' atau 'JomPAY' menggunakan mana-mana akaun Semasa atau Simpanan CIMB atau CIMB Islamic Peserta Layak, akaun Kad Kredit CIMB, akaun Kad Debit CIMB atau akaun Kwik CIMB ("Akaun Penyertaan") yang didaftarkan untuk kemudahan perbankan dalam talian CIMB Clicks. E- pembayaran atau e-pembayaran FPX di laman web luar tidak akan dianggap sebagai Transaksi Layak di bawah Kempen ini. 10. Peserta Layak mengakui dan bersetuju bahawa penentuan oleh CIMB Bank mengenai sama ada apaapa transaksi tertentu layak sebagai Transaksi Layak adalah muktamad dan tidak akan dicabar dengan apa jua cara. 11. Pulangan Tunai adalah dihadkan pada RM20 bagi setiap Peserta Layak sepanjang Tempoh Kempen. Amaun Pulangan Tunai akan diambil berdasarkan 2 perpuluhan seperti sedia ada dan tidak akan dibundarkan ke atas atau dibundarkan ke bawah. 2

Contoh: Amaun Transaksi Layak RM150.85 RM185.00 RM250.85 Amaun 10% Pulangan Tunai RM15.08 RM18.50 RM20.00 Pemenuhan Pulangan Tunai 12. Pulangan Tunai akan dikreditkan ke dalam Akaun Penyertaan Peserta Layak yang berkenaan dalam tempoh sepuluh (10) minggu selepas tamat Tempoh Kempen. 13. CIMB Bank akan memaklumkan Peserta Layak melalui komunikasi elektronik yang dipaparkan di laman web CIMB Clicks di www.cimbclicks.com.my atau melalui SMS atau melalui sebarang cara pemberitahuan lain, yang mana CIMB Bank boleh memilih mengikut budi bicara mutlaknya selepas Pulangan Tunai telah dikreditkan ke dalam Akaun Penyertaan mereka yang berkenaan. Pulangan Tunai juga akan ditunjukkan dalam penyata bulanan berikutnya bagi Akaun Penyertaan Peserta Layak yang berkenaan selepas pengkreditan Pulangan Tunai. 14. Pulangan Tunai tidak boleh dipindahkan kepada mana-mana pihak ke-3, ditukar untuk hadiah yang berbeza atau ganjaran yang mempunyai sama nilai atau mana-mana alternatif lain dalam apa jua keadaan. CIMB Bank tidak akan melayan apa-apa permintaan Peserta Layak untuk mengkreditkan Pulangan Tunai ke dalam akaun Simpanan atau Semasa CIMB atau CIMB Islamic, akaun Kad Kredit CIMB, akaun Kad Debit CIMB atau akaun Kwik CIMB Peserta Layak yang lain atau mana-mana Akaun semasa atau Simpanan CIMB atau CIMB Islamic, akaun Kad Kredit CIMB, akaun Kad Debit CIMB atau akaun CIMB Kwik pihak ketiga. 15. Ia adalah tanggungjawab Peserta Layak untuk memastikan nombor telefon dan alamat e-mel yang diberikan adalah terkini dan dikemaskini dengan CIMB Bank. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerugian (termasuk kehilangan peluang atau kehilangan Pulangan Tunai) yang dialami sekiranya nombor telefon atau alamat e-mel Peserta Layak dalam rekod CIMB Bank bukan terkini atau tidak betul. 16. CIMB Bank menyimpan hak untuk menarik balik Pulangan Tunai sekiranya terdapat pembalikan pembayaran bagi Transaksi Layak. Terma-Terma dan Syarat-Syarat Am 17. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Layak dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat oleh Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini serta memberi persetujuan kepada CIMB Bank 3

untuk memproses dan mendedahkan data peribadi mereka menurut Notis Privasi Kumpulan CIMB yang terdapat di www.cimbbank.com.my dan bersetuju bahawa semua keputusan yang dilakukan secara adil dan munasabah oleh CIMB Bank berkenaan dengan setiap aspek Kempen ini, termasuk Pulangan Tunai yang diberikan, hendaklah muktamad, terikat dan konklusif. 18. Akaun Penyertaan Peserta Layak (i) MESTI TIDAK memungkiri mana-mana terma-terma dan syaratsyarat yang mengawal Akaun Penyertaan DAN (ii) MESTI tidak ditamatkan atau ditutup atau dijadikan tertakluk kepada sebarang penahanan, perintah bertentangan yang dibuat oleh Mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa yang dibenarkan oleh undang-undang, delinkuen, dan/atau tidak sah atau dibatalkan seperti yang ditentukan oleh CIMB Bank semasa Tempoh Kempen dan/atau pada masa pengkreditan Pulangan Tunai, jika tidak Peserta Layak akan dilucutkan kelayakan daripada menyertai Kempen ini dan/atau Pulangan Tunai akan ditarikbalik. 19. CIMB Bank menyimpan hak untuk menggunakan budi bicara tunggalnya untuk melucutkan kelayakan mana-mana Peserta Layak yang ia tentukan akan mengganggu proses penyertaan, atau bertindak memungkiri atau berpotensi memungkiri Terma-terma dan Syarat-syarat ini. 20. CIMB Bank menyimpan hak untuk menggantikan Pulangan Tunai dengan mana-mana barangan yang mempunyai kos setara dan/atau melanjutkan, memendekkan, menghentikan, membatalkan, menamatkan atau menggantungkan Kempen ini dengan memberikan notis terdahulu empat belas (14) hari kalendar kepada Peserta Layak. Bagi mengelakkan keraguan, apa-apa pelanjutan, pemendekan, pemberhentian, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen ini oleh CIMB Bank tidak akan melayakkan mana-mana Peserta Layak atau mana-mana jua orang lain kepada apaapa tuntutan atau pampasan terhadap CIMB Bank bagi apa-apa kerugian atau kehilangan yang dialami atau ditanggung oleh Peserta Layak akibat secara langsung atau tidak langsung oleh tindakan pelanjutan, pemendekan, pemberhentian, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen ini. 21. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Layak dengan ini bersetuju bahawa CIMB Bank tidak akan dalam apa cara sekalipun dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab kepada Peserta Layak sekiranya CIMB Bank tidak dapat melaksanakan keseluruhan atau sebahagian kewajipannya di sini, disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh kegagalan mana-mana peranti mekanikal atau elektronik, sistem pemprosesan data, talian penghantaran, kegagalan elektrik, pertikaian industri, perang, mogok, rusuhan, apa-apa bencana alam ( act of God ) di luar kawalan CIMB Bank atau akibat daripada apa-apa faktor dalam bentuk force majeure yang berada di luar kawalan munasabah CIMB Bank. 22. CIMB Bank shall tidak akan bertanggungjawab kepada Peserta Layak atau mana-mana pihak bagi apa-apa kehilangan atau kerugian apa jua sifat sekalipun yang dialami (termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, secara langsung atau tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau ganti rugi khas mana-mana pihak) yang timbul, berkenaan dengan penyertaan atau bukan penyertaan dalam Kempen ini termasuk disebabkan tidak menerima atau kelewatan dalam menerima SMS atau e-mel oleh Peserta Layak melainkan jika ia timbul daripada dan disebabkan secara langsung oleh kecuaian melampau dan keingkaran sengaja CIMB Bank. 4

23. CIMB Bank menyimpan hak dengan memberikan notis terdahulu dua puluh satu (21) hari kalendar untuk meminda (sama ada penambahan, pemadaman, pengubahsuaian, pindaan atau apa-apa jua) ( Pindaan ) mana-mana Terma-terma dan Syarat-syarat di sini. Notifikasi kepada Peserta Layak berkenaan dengan Pindaan boleh dilaksanakan mengikut budi bicara mutlak CIMB Bank melalui mana-mana satu kaedah komunikasi berikut, iaitu, dengan paparan komunikasi elektronik di laman web CIMB Clicks di www.cimbclicks.com.my atau laman web CIMB Bank di mana peruntukan terperinci mengenai Pindaan itu boleh diberikan dalam notis itu sendiri atau boleh diberikan kepada Peserta Layak atas permintaan; atau melalui iklan mengenai Pindaan dalam satu surat khabar pilihan CIMB Bank atau melalui apa-apa kaedah notifikasi lain yang boleh dipilih oleh CIMB Bank dan Pindaan akan dianggap terikat ke atas Peserta Layak dari tarikh notifikasi tersebut atau dari tarikh lain seperti yang boleh dinyatakan oleh CIMB Bank dalam notifikasi. Peserta Layak mengakui dan bersetuju untuk mengakses laman web CIMB Bank pada selang masa yang tetap untuk menyemak Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen ini dan memastikan bahawa mereka sentiasa mengikuti apa-apa perubahan atau pindaan kepada Terma-terma dan Syarat-syarat ini. 24. Tiada pampasan dalam tunai atau apa jua jenis akan diberikan kepada Peserta Layak untuk sebarang kerugian atau kehilangan yang dialami atau ditanggung oleh Peserta Layak sebagai akibat langsung atau tidak langsung daripada pindaan, perubahan, pemadaman, penambahan atau pengubahan Terma-terma dan Syarat-syarat di sini. 25. Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini (seperti yang dipinda dari semasa ke semasa menurut Klausa 23) akan mengatasi mana-mana peruntukan atau representasi yang terdapat dalam mana-mana bahan promosi lain yang mengiklankan Kempen ini. Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini hendaklah dibaca bersama dengan terma-terma dan syarat-syarat semasa Perjanjian Perbankan Internet CIMB Clicks dan terma-terma dan syarat-syarat yang mengawal Akaun Penyertaan yang akan digunapakai sebagai tambahan kepada Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini. 26. Apa-apa pertanyaan, maklumbalas, kebimbangan, isu atau aduan oleh Peserta Layak berkaitan dengan akaun Semasa atau Simpanan di bawah CIMB Islamic Bank hendaklah ditujukan kepada CIMB Islamic Bank dan CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa perkara yang berkaitan dengan akaun Semasa atau Simpanan di bawah CIMB Islamic Bank. 27. Terma-terma dan Syarat-syarat ini tertakluk kepada pemakaian mana-mana undang-undang, garis panduan, arahan, notis, peraturan semasa yang digubal dan / atau mana-mana undang-undang bertulis lain atau yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana perbadanan lain yang mempunyai kuasa penyeliaan ke atas CIMB Bank berhubung dengan atau yang terpakai bagi Kempen atau apa-apa perkara yang terkandung di sini. 28. Sekiranya terdapat sebarang ketidaksejajaran, percanggahan, kesamaran atau kepincangan di antara versi Bahasa Malaysia dan versi Bahasa Inggeris Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini, versi Bahasa Inggeris Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini akan mengatasi yang lain. Walau apa pun yang dinyatakan di atas di mana permintaan telah dibuat oleh Peserta Layak dan dicatat dan diakui oleh CIMB Bank dalam rekodnya bahawa versi Bahasa Malaysia Perjanjian Perbankan Internet CIMB Clicks telah dipilih oleh Peserta Layak untuk mengawal operasi penggunaan CIMB Clicks oleh Peserta Layak, maka versi Bahasa Malaysia Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini akan mengatasi yang lain. 5

29. Bagi maklum balas dan/atau aduan berkenaan dengan Kempen ini, Peserta Layak boleh menghubungi Unit Resolusi Pelanggan CIMB Bank yang mempunyai alamat, nombor-nombor telefon dan faksimile yang berikut (atau mempunyai alamat, nombor-nombor telefon dan faksimile lain sepertimana yang boleh ditukarkan oleh CIMB Bank melalui pemberitahuan kepada Peserta Layak): Unit Resolusi Pelanggan, Tingkat 19, Menara Bumiputra-Commerce, 11, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur /Tel: 603 6204 7788/Faks: 603 2691 3248/Emel: cru@cimb.com 6