KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 1 TAHUN 2018 TATACARA PENGESAHAN PELANTIKAN TETAP

dokumen-dokumen yang mirip
KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 4 TAHUN 2013

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 1TAHUN 2011

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERUBATAN

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009

JPA.BPO(S)324/14/16-4 (14) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2013

JPA(S)324/14/23-3 Klt.8(38) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 33 TAHUN 2013 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Nama dan Permulaan Kuatkuasa

JPA(S) (BPO)324/8/19 Klt 6 (31) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2013

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

JPA.BK(S)71/3/4-11( 47 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2012

JPA(S)324/1 Klt. 36(17) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2005

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM PENAMATAN PERKHIDMATAN) Oleh INA MD. YASIN

IKLAN JAWATAN KOSONG KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK KUMPULAN PERKHIDMATAN PELAKSANA

JPA (K)(S)263/7/6 Klt.8(39) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2016 PANDUAN PERTUKARAN PELANTIKAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2014 BANTUAN UPAH JAHIT

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PAHANG

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 16 TAHUN 2003 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN JURUTEKNIK GRED J17, J22, J26

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PERKHIDMATAN PEGAWAI PENGUAT KUASA MARITIM DAN PEGAWAI LAIN-LAIN PANGKAT PENGUAT KUASA MARITIM

M / S : 1/16 TARIKH : 1 APRIL 2015 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN PENTADBIRAN PINDAAN : 01 UPSI(ISO)/BSM/P09 KELUARAN : A 1.

JPA.BK (S) 43/13/1Jld. 3 (15) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007

PELARASAN GAJI YANG AKHIR DITERIMA BAGI PEGAWAI YANG BERSARA ATAU MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau

SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PERUBATAN DAN KESIHATAN KUMPULAN PERKHIDMATAN : BERSEPADU

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2009

JPA(BPO)(S)324/14/34-1 Klt. 3 (4) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2008

Murid yang layak memohon bantuan yuran adalah terdiri daripada:

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (12) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2016 BAYARAN KHAS TAHUN 2016

PERMOHONAN CUTI TANPA GAJIDAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP (TidaktermasukCutiMenjagaAnak)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PAHANG

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2009 PERUBAHAN NAMA SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PERUBATAN DAN PEMBANTU FARMASI

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian Y.Bhg. Tan Sri/Datuk/Dato /Datin/tuan/puan mengenai perkara di atas.

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2007 PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM

SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN/ PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN

JPA(S)(BPO)256/6/19 Klt.8 (1) No. Siri :

PROSEDUR PERKHIDMATAN

No. Borang Tender :... (Diisi Oleh Petender) Kod Tender :... (Diisi Oleh Petender) KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BORANG TENDER

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

BIL JAWATAN GRED SKIM PERKHIDMATAN JADUAL GAJI A. KUMPULAN PELAKSANA MINIMUM MAKSIMUM

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (1) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2015 BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2015

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

SOAL & JAWAB UNIT PERJAWATAN AKADEMIK BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

A. KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL 1. PUSTAKAWAN (GRED S41) Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut: a) Warganegara Malaysia;

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL.8 TAHUN 2011

Kumpulan Pelaksana Pengawal Keselamatan KP11 10

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2006

MAJLIS BANDARAYA IPOH

KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

PENGARAH (GRED 54) Taraf Jawatan : Tetap Gaji : RM6, RM13, (tidak termasuk imbuhan/elaun) Kekosongan : 1

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN BAGI PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) - GRED N17

JPA(BPO)(S)324/14/21-1 Klt.7( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2008

SKIM PERKHIDMATAN JURURAWAT

PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PEJABAT PENDAFTAR PROSEDUR PERKHIDMATAN PERSONEL. Ringkasan Pindaan Dokumen Dokumen Baru PP(P) TPK (HCM)

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM2, (Minimum) - RM 9, (Maksimum)

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Hidup Ikan (TPI) : Pelupusan Ikan

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH UNIVERSITI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

UPSI (ISO) / BSM / P05 PINDAAN : 01

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P001

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P005 PROSEDUR PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN DAN PEMBERIAN TARAF BERPENCEN

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17

Universiti Malaysia PAHANG

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (4) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2015

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) 2016 KEPADA PELAJAR DAN IPT

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

PENGESAHAN PELANTIKAN CARTA ALIR PROSEDUR KERJA TANGGUNGJAWAB REKOD/DOKUMEN

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 2007

,ffi, 1. Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2002

PANDUAN PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN (LEPASAN SEKOLAH)

PELEPASAN WAKTU BEKERJA KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENJALANKAN TUGAS RONDAAN DI BAWAH SKIM RONDAAN SUKARELA KAWASAN RUKUN TETANGGA

Transkripsi:

SPP(S).100-1/6/1 KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 1 TAHUN 2018 TATACARA PENGESAHAN PELANTIKAN TETAP TUJUAN 1. Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan tatacara urusan pengesahan pelantikan tetap Anggota Perkhidmatan Pendidikan (APP) di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). LATAR BELAKANG 2. Pada masa ini, SPP melaksanakan urusan pengambilan bagi APP berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A)1/2012] dan peraturan-peraturan lain yang berkuat kuasa. 3. Urusan pengambilan yang dilaksanakan oleh SPP pada masa ini adalah berdasarkan kepada keperluan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). SPP dalam melaksanakan urusan pengambilan akan menawarkan pelantikan tetap sebagai APP kepada calon yang berjaya dalam temu duga dan mereka perlu melengkapkan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) dalam tempoh 30 hari mulai tarikh melapor diri bertugas. 1

4. PSTT mengandungi dokumen-dokumen berikut yang perlu dilengkapkan dan dikembalikan oleh calon kepada SPP sebagai syarat penerimaan tawaran bagi membolehkan surat pengesahan pelantikan dikeluarkan: (i) (ii) Surat Setuju Terima Tawaran Pelantikan; Borang Permohonan Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam (Pin.1/2013); (iii) Surat Akuan Berkanun (Akta Akuan Berkanun 1960); (iv) Surat Aku Janji (Jadual Pertama [subperaturan 20(3)] P.U.(A) 1/2012); dan (v) Penyata Perubahan Mengenai Pendapatan Seseorang Pegawai (Kew.8). 5. Pengesahan pelantikan tetap bertujuan untuk menentukan perkara-perkara berikut: (i) (ii) (iii) (iv) Pegawai telah menerima tawaran pelantikan; Pegawai telah memenuhi syarat pelantikan yang ditetapkan dalam surat tawaran; Tarikh pegawai melapor diri bertugas; dan Tarikh bagi penetapan pengesahan dalam perkhidmatan, pelanjutan tempoh percubaan dan pemberian taraf berpencen. DEFINISI 6. Bagi maksud pekeliling ini: Anggota Perkhidmatan Pendidikan bermaksud Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi dan Anggota Kumpulan Pelaksana lantikan SPP; 2

Buku Perkhidmatan Kerajaan bermaksud buku perkhidmatan pegawai; Calon bermaksud seseorang yang ditawarkan pelantikan secara tetap oleh SPP; Pegawai bermaksud pegawai yang dilantik secara tetap oleh SPP; Ketua Jabatan bermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia atau mana-mana pegawai yang diwakilkan kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan untuk bertindak bagi pihaknya seperti yang berikut: (i) Pegawai yang berkhidmat di Agensi dan Bahagian di bawah KPM, Ketua Jabatan ialah Ketua Pengarah, Pengarah atau Setiausaha Bahagian yang berkenaan; (ii) Pegawai yang berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan kampus-kampusnya, Ketua Jabatan ialah Rektor IPGM atau Pengarah bagi IPG Kampus yang berkenaan; (iii) Pegawai yang berkhidmat di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kolej Matrikulasi, Ketua Jabatan ialah Pengarah di institusi yang berkenaan; (iv) Pegawai yang berkhidmat di Jabatan Pendidikan Negeri, Ketua Jabatan ialah Pengarah Pendidikan Negeri; (v) Pegawai yang berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah, Ketua Jabatan ialah Pegawai Pendidikan Daerah; 3

(vi) Pegawai yang berkhidmat di Kolej Vokasional, Ketua Jabatan ialah Pengarah Kolej Vokasional yang berkenaan; dan (vii) Pegawai yang berkhidmat di sekolah menengah atau rendah, Ketua Jabatan ialah Pengetua atau Guru Besar sekolah yang berkenaan. TANGGUNGJAWAB CALON 7. Calon yang ditawarkan pelantikan ke sesuatu jawatan dan menerima tawaran tersebut adalah tertakluk dengan syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan oleh SPP seperti yang diperuntukkan dalam Peraturan 20 [P.U.(A)1/2012]. 8. Calon dikehendaki untuk melengkapkan dokumen-dokumen seperti yang berikut: (i) Sebelum melapor diri bertugas: (a) Menandatangani Surat Setuju Terima Tawaran Pelantikan; (b) Diperiksa dan diperakui sihat oleh Pengamal Perubatan Berdaftar dengan menggunakan Borang Permohonan Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam seperti mana yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2013 - Pemeriksaan Kesihatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam. Borang ini hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan pada hari pegawai melapor diri bertugas seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 2 Tahun 2017 - Pelaksanaan Peraturan Pengendalian Laporan Pemeriksaan Kesihatan Oleh Ketua Jabatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Pendidikan; dan 4

(c) Membuat Akuan Berkanun di hadapan Pesuruhjaya Sumpah/ Majistret/ Hakim Mahkamah Sesyen dengan menggunakan borang seperti mana yang ditetapkan dalam Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 2 Tahun 2016 - Akuan Berkanun Bagi Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Pelajaran. (ii) Semasa/ Selepas melapor diri bertugas: (a) Menandatangani Surat Aku Janji di hadapan Ketua Jabatan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2001 - Penguatkuasaan Surat Aku Janji Untuk Pegawai Awam; dan (b) Menjalani dan lulus tapisan keselamatan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (KPKK) seperti mana yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2011 - Pindaan Pelaksanaan Tapisan Keselamatan Bagi Pegawai Yang Dilantik Dalam Perkhidmatan Awam. 9. Calon hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen yang telah lengkap seperti mana ditetapkan di Perenggan 4 kepada SPP tidak lewat daripada 30 hari mulai tarikh pegawai melapor diri bertugas. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 10. Ketua Jabatan hendaklah melaksanakan tindakan seperti yang berikut: (i) memastikan dokumen-dokumen yang dinyatakan di Perenggan 4 dikemukakan oleh calon dalam tempoh 30 hari dari tarikh calon melapor diri bertugas kecuali bagi Borang Permohonan Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam yang perlu dikemukakan pada hari lapor diri; 5

(ii) (iii) memperakukan pengesahan pelantikan tetap calon kepada SPP dengan serta-merta. Senarai semak PSTT adalah seperti di LAMPIRAN; memastikan calon (bagi pegawai kumpulan Gred 29 ke atas atau setaraf) memohon untuk menjalani tapisan keselamatan oleh KPKK seperti yang dinyatakan di Perenggan 8(ii)(b); dan (iv) merekodkan pengesahan pelantikan tetap ke dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai sebaik sahaja memperolehi kelulusan daripada SPP. PENGECUALIAN 11. Sebarang pengecualian daripada mana-mana peruntukan dalam Pekeliling ini hendaklah mendapat pertimbangan dan kelulusan Suruhanjaya. PEMAKAIAN 12. Pekeliling ini terpakai untuk semua APP yang dilantik oleh SPP di bawah bidang kuasanya. Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama dengan Peraturanperaturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A)1/2012], Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 2 Tahun 2016 - Akuan Berkanun Bagi Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Pelajaran dan Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 2 Tahun 2017 - Pelaksanaan Peraturan Pengendalian Laporan Pemeriksaan Kesihatan Oleh Ketua Jabatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Pendidikan dan peraturan-peraturan lain yang berkuat kuasa. 6

SENARAI EDARAN: Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia Pengarah Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia Semua Pengarah Pendidikan Negeri Semua Pegawai Pendidikan Daerah Semua Pengarah Politeknik/ Kolej Komuniti/ Kolej Matrikulasi 8

SENARAI SEMAK PERAKUAN URUSAN PENGESAHAN PELANTIKAN TETAP SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN LAMPIRAN Nama Pegawai: No. Kad Pengenalan: Jawatan: Gred: Tandakan [ / ] pada petak yang berkenaan BIL. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN 1. Surat Setuju Terima Tawaran Pelantikan (Asal) 2. Surat Akuan Berkanun (Asal) 3. Surat Aku Janji (Asal atau Salinan yang disahkan) 4. Borang Permohonan Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam (Pin.1/2013) oleh Pengamal Perubatan Berdaftar Kerajaan atau Swasta (Asal) 5. Penyata Perubahan Mengenai Pendapatan Seseorang Pegawai (Kew. 8) yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan yang mencatatkan tarikh lapor diri pelantikan (Asal atau Salinan yang disahkan) 6. Surat Arahan Penempatan daripada KPM/ JPN/ PPD (Salinan yang disahkan) 9