KAEDAH PENGAJIAN PROGRAM ASASI SAINS UMS KAEDAH PENGAJIAN PROGRAM ASASI SAINS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

dokumen-dokumen yang mirip
ISI KANDUNGAN. BAHAGIAN 2 KEMASUKAN KE UNIVERSITI 2.1 Syarat Kemasukan Ijazah Sarjana Muda Status Pelajar... 4

ISI KANDUNGAN. BAHAGIAN 2 KEMASUKAN KE UNIVERSITI 2.1 Syarat Kemasukan Ijazah Sarjana Muda Status Pelajar... 4

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

PERATURAN-PERATURAN AKADEMIK AHMAD NAZRI DAGANG

PERATURAN AKADEMIK BUKU PERATURAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA SEPARUH MASA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PERATURAN PEPERIKSAAN

Akta dan Peraturan-peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Sarjanamuda) 1990

MUKA SURAT BAHAGIAN A - PERMULAAN

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

PERATURAN AKADEMIK PERATURAN AKADEMIK BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA DAN DIPLOMA UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA KANDUNGAN

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GARIS PANDUAN PINDAHAN KREDIT & PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN UPNM

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

PERATURAN AKADEMIK: AMALAN DAN PEMATUHAN

PERATURAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SEPENUH MASA)

ROHANA TAN BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK

PERATURAN AKADEMIK PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPENUH MASA

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

MUKA SURAT BAHAGIAN A PERMULAAN

BAHAGIAN I PERMULAAN. 1. (1) Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) 2015.

PERATURAN AKADEMIK (SARJANA MUDA DAN DIPLOMA)

The National University of Malaysia PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PENGAJIAN SISWAZAH) Program Sarjana dan Kedoktoran

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

KANDUNGAN. 1. Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Penggubalan Item 3

TAKLIMAT PEPERIKSAAN. i. Purata Nilaian Mata (PNM) atau Grade Point Average (GPA) ii. Himpunan Purata Nilaian Mata (HPNM) atau Cumulative Grade Point

FAKULTI KOMPUTERAN PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR

BAHAGIAN 1 PERMULAAN 1.1 Nama, Mula Berkuatkuasa dan Pemakaian Pemansuhan Tafsiran

PANDUAN DAN PERATURAN PEPERIKSAAN CALON PEPERIKSAAN

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM. ~ Setiap program dan pusat ditawarkan adalah berbeza bagi setiap pengambilan

PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 2010

PINDAHAN KREDIT PROGRAM PENGAJIAN

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM

SEKSYEN 1 PERATURAN AKADEMIK PROGRAM SARJANA MUDA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. (UPM ET)

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PENGAJIAN SISWAZAH) Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

NOTIS MENGENAI PEPERIKSAAN AKHIRSEMESTER I SESI 2014/2015 (PROGRAM PRASISWAZAH SEPENUH MASA)

PERATURAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA SECARA PENYELIDIKAN

POLISI, DASAR DAN PERATURAN-PERATURAN AKADEMIK

Akta Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Sarjanamuda) 1990

PERATURAN AKADEMIK PROGRAM ASASI UiTM

PERATURAN- PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

POLISI PENGANUGERAHAN IJAZAH, DIPLOMA, SIJIL DAN KEPUJIAN AKADEMIK LAIN SECARA AEGROTAT DAN ANUMERTA

KAPS 19 KOD AMALAN PELAKSANAAN PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA CAMPURAN SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

BUKU PERATURAN AKADEMIK PROGRAM ASAS, DIPLOMA DAN SARJANA MUDA (PINDAAN PERTAMA)

ARAHAN-ARAHAN PEPERIKSAAN DAN DAN KAEDAH

BUKU PERATURAN AKADEMIK PROGRAM ASAS, DIPLOMA DAN SARJANA MUDA

GARIS PANDUAN KOD KURSUS DAN PARAMETER KURSUS

Sidang Akademik 2017/2018 Pengambilan Pelajar UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SYARAT AM. Syarat Am Universiti

BAHAGIAN 1 PERMULAAN 1.1 Nama, Mula Berkuatkuasa dan Pemakaian Pemansuhan Tafsiran

BUKU PANDUAN AKADEMIK SISWA SESI 2011/2012

ARAHAN-ARAHAN PEPERIKSAAN DAN KAEDAH PENILAIAN

GARIS PANDUAN PROGRAM KERJASAMA IPTA / IPTS DI DALAM NEGARA

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1/6 RASMI (MASA) 2 hari September 2016 Fakulti / Bendahari / PPS / PTM / Pelajar

PANDUAN SISTEM PERATURAN AKADEMIK

PERATURAN PENGAJIAN PASCASISWAZAH

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

JADUAL AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

GARIS PANDUAN HADIAH LATIHAN SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB)/SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM UPSI

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

Peraturan Akademik Program Sarjana Muda Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Tahun 2014

GARIS PANDUAN SKIM BANTUAN PASCASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. 1.1 Pemohon mengikuti program pengajian secara Penyelidikan Sepenuh Masa.

KAEDAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (PERKARA AKADEMIK) 2008 (BAGI PROGRAM PERINGKA T DIPLOMA) PINDAAN 2018

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003 GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

doktor panel ertinya pengamal perubatan yang bertauliah yang bertugas di klinik panel;

Peraturan Akademik Universiti Teknologi MARA Program Pra Diploma Pindaan 2011 (Bilangan 1)

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. (UPM ET) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

MUKADIMAH. Panduan dan Syarat Penganugerahan

(MASA) Hari terakhir bekerja sebelum semester bermula

Polisi Dan Prosedur Penubuhan, Atribut dan Pembubaran Entiti Akademik. Senat UTM Bil.12/2010/2011 : 8 Ogos 2011

POLISI, DASAR DAN PERATURAN-PERATURAN AKADEMIK

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

GARIS PANDUAN CUTI PENYELIDIKAN. Tarikh KuatKuasa: 10/03/2008 Tarikh Kemaskini: Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia. Nombor Telefon:


PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA JARING

KEMENTERIAN MALAYSIA. Ruj. Kami: KPT.JPP(0) 601-1/2/14 ( ) Tarikh : L\Disember Semua Pengarah Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia.

KAPS-12 Kod Amalan Syarat Kemasukan Khas - Bahasa Inggeris, Kesihatan SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

Transkripsi:

KAEDAH PENGAJIAN PROGRAM ASASI SAINS UMS 1.0 BAHAGIAN 1 PERMULAAN KAEDAH PENGAJIAN PROGRAM ASASI SAINS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Suatu peraturan untuk menyelaras, mengurus, menyelia dan mentadbir hal-ehwal akademik bagi program pengajian yang membawa kepada pengurniaan sijil asasi yang ditawarkan oleh Universiti Malaysia Sabah dan perkara lain yang berkaitan dengannya. Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 37 Perlembagaan Universiti Malaysia Sabah [P.U (A) 460/2010], Lembaga setelah dicadangkan oleh Senat membuat kaedah yang berikut: 1.1 Nama, Mula Berkuatkuasa dan Pemakaian Kaedah ini dinamakan Kaedah Pengajian Program Asasi Universiti Malaysia Sabah 2014 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Lembaga. 1.1.1 Peraturan ini hendaklah terpakai kepada program pengajian yang membawa kepada pengurniaan sijil asasi secara sepenuh masa. 1.1.2 1.2 Takrifan "amali" ertinya sesi pembelajaran di makmal atau di lapangan bagi sesuatu kursus. "Bumiputera" ertinya yang ditakrifkan dalam perkara 160(2) atau perkara 161A (6)(a) atau perkara 161A (6)(b) Perlembagaan Persekutuan. "kecurangan akademik" ertinya kesalahan yang dilakukan oleh pelajar di bawah kaedah 6 (Larangan terhadap plagiarisme) dan kaedah 8 (Kelakuan semasa peperiksaan) kaedah-kaedah Universiti Malaysia Sabah (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1999 [P.U (A) 210/1999]. "Kementerian" ertinya Kementerian Pendidikan Malaysia. "kredit" ertinya ukuran nilai beban yang berasaskan jumlah jam yang diambil oleh pelajar untuk mencapai sesuatu set hasil pembelajaran. Bagi satu (1) unit kredit adalah bersamaan dengan empat puluh (40) jam belajar pelajar (JBP) atau "Student Learning Time" (SLT) setara selama satu semester pengajian. "kuliah" ertinya kelas pembelajaran sesuatau kursus. [1/10]

"semester" ertinya tempoh pengajian di dalam sesuatu sesi yang ditentukan oleh universiti. "Senat" ertinya Senat Universiti. "pelajar" ertinya seseorang pelajar berdaftar yang mengikuti kursus pengajian program asasi di universiti yang membawa kepada penganugerahan sijil. "penilaian" ertinya sebarang bentuk pengukuran pencapaian pelajar bagi kursus yang diambil oleh pelajar (sama ada berbentuk kuiz, ujian, ujian pertengahan semester, tugasan, kerja kursus atau sebagainya) yang ditetapkan oleh Pusat. "peperiksaan akhir" ertinya peperiksaan yang dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan di akhir setiap semester. "PNGK" ertinya purata mata nilai gred kumulatif yang diperoleh oleh pelajar bagi semua semester yang telah diikutinya. "PNGS" ertinya purata mata nilai gred yang diperoleh oleh pelajar bagi sesuatu semester. "Pengarah" ertinya Pengarah Pusat yang dilantik oleh Naib Canselor. "Program Asasi" ertinya Program Asasi Sains, Asasi Teknologi Maklumat atau mana-mana program yang ditawarkan oleh Pusat yang telah diluluskan oleh Senat. "Pusat" ertinya Pusat Persediaan Sains dan Teknologi Universiti Malaysia Sabah. "tawaran semula" ertinya peluang kedua yang diberikan sekali sahaja dalam satu-satu tempoh pengajian kepada pelajar untuk memulakan pengajian dalam program yang sama atau berbeza dengan memansuhkan keputusankeputusan PNGS dan PNGK yang diperolehi pada sesi yang terdahulu. "tutorial" ertinya sesi perbincangan yang diadakan antara pelajar dan tutor/pensyarah. [2/10]

2.0 BAHAGIAN 2 SYARAT KEMASUKAN KE PROGRAM ASASI 2.1 Syarat Kemasukan 2.1.1 Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat kemasukan ke Program Asasi seperti berikut: (a) (b) Pemohon hendaklah bertaraf Bumiputera; Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia pada tahun semasa dengan mendapat sekurang-kurangya lima (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus mata pelajaran Sejarah; Dan (a) Bagi kemasukan ke Program Asasi Sains Mendapat sekurang-kurangnya Gred B+ dalam pelajaran Matematik dan mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ dalam TIGA (3) matepelajaran berikut: (i) Fizik (ii) Kimia (iii) Biologi dan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Matematik Tambahan. 3.0 BAHAGIAN 3 PENDAFTARAN MASUK PUSAT 3.1 Pendaftaran 3.1.1 Pemohon yang ditawarkan untuk mengikuti Program Asasi, dan menerima tawaran tersebut akan diberi status sebagai pelajar Pusat selepas mendaftarkan diri pada masa yang ditetapkan oleh Universiti. 3.1.2 Pelajar yang tidak memohon penangguhan sebelum berakhir minggu pertama (1) semester akan digantung pengajian pada semester berkenaan. Tempoh gantung pengajian diambil kira dalam pengiraan tempoh maksimum pengajian pelajar keseluruhannya. Pelajar mesti mendaftar semula pada semester berikutnya. Sekiranya pelajar gagal mendaftar semula pada semester berikutnya sebelum berakhir minggu pertama (1) dan tidak memohon penangguhan, maka pelajar tersebut akan diberhentikan. 3.1.3 Pelajar yang menangguh pengajian dalam semester berkenaan dikehendaki mengulang semester tersebut pada sesi yang akan datang. 3.2 Penangguhan Pengajian Kerana Masalah Kesihatan 3.2.1 Permohonan untuk penangguhan pengajian bagi sesuatu semester hendaklah dimajukan kepada Pengarah Pusat untuk pertimbangan. Kelulusan penangguhan pengajian adalah berdasarkan semester ke semester dan tidak melebihi dua (2) semester berturut-turut. [3/10]

3.2.2 Pelajar yang sakit boleh diberi penangguhan pengajian tertakluk kepada perakuan daripada Pegawai Perubatan Universiti atau Hospital Kerajaan. Dalam kes pelajar yang mengalami gangguan mental, kebenaran untuk menangguhkan pengajian adalah tertakluk kepada perakuan Pegawai Perubatan Universiti atau Hospital Kerajaan yang berkenaan. 3.2.3 Walau apa pun yang dinyatakan dalam kaedah 3.2.2, ibu bapa atau waris seseorang pelajar yang menghadapi masalah kesihatan yang berpanjangan, boleh memohon bagi pihak pelajar berkenaan dengan menyertakan perakuan daripada Pegawai Perubatan Universiti atau Hospital Kerajaan kepada Pengarah Pusat pelajar itu untuk menangguhkan pengajian bagi sesuatu semester dalam tempoh yang munasabah. 3.2.4 Selepas kelulusan penangguhan diberikan, semua kursus yang telah didaftar pada semester berkenaan akan terbatal. 3.2.5 Sekiranya pelajar memerlukan penangguhan melebihi 2 semester berturut-turut, hendaklah dirujuk kepada Lembaga Perubatan Universiti. Senat akan membuat keputusan berdasarkan kepada syor Lembaga Perubatan. 3.2.6 Tempoh penangguhan pengajian di bawah yang diluluskan di bawah kaedah 3.2 ini tidak akan diambil kira sebagai tempoh pengajian yang dibenarkan. 3.3 Penangguhan Pengajian Selain Masalah Kesihatan 3.3.1 Pelajar yang menghadapi masalah selain daripada yang dinyatakan pada kaedah 3.2 boleh memohon secara bertulis kepada Pengarah Pusat berkenaan untuk menangguhkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan. 3.3.2 Kelulusan penangguhan pengajian adalah tidak melebihi satu (1) semester sahaja. 3.3.3 Sekiranya pelajar memerlukan penangguhan melebihi satu (1) semester berturut-turut, hendaklah dirujuk kepada Senat untuk pertimbangan. 3.3.4 Selepas kelulusan penangguhan diberikan, semua kursus yang telah didaftar pada semester berkenaan akan terbatal. 3.3.5 Tempoh penangguhan pengajian yang diluluskan di bawah kaedah 3.3 ini akan diambil kira sebagai tempoh pengajian yang dibenarkan. 3.4 Status Pelajar 3.4.1 Pelajar yang telah diberi penangguhan pengajian akan hilang tarafnya sebagai pelajar Pusat selama tempoh penangguhan tersebut. 4.0 BAHAGIAN 4 - STRUKTUR PENGAJIAN 4.1 Pelajar hendaklah mengikuti minimum 50 kredit kursus atau yang ditetapkan oleh Senat untuk layak dianugerahi sijil asasi. 4.2 Kalender Akademik Program Asasi UMS dibahagikan kepada tiga semester. 4.3 Pelajar mestilah mengikuti program asasi selama tidak kurang daripada tiga (3) semester dan tidak lebih daripada enam (6) semester dikira dari tarikh pendaftaran masuk Pusat. 4.4 Pelajar boleh menukar program pengajian dengan kebenaran Pengarah setelah mengikuti suatu program tidak kurang daripada dua (2) semester. [4/10]

4.5 Bagi kes pelajar gagal dan diberhentikan yang diluluskan oleh Senat untuk meneruskan pengajian, semua semester yang telah diambil oleh pelajar akan diambil kira sebagai tempoh pengajian yang dibenarkan. 5.0 BAHAGIAN 5 - PENDAFTARAN KURSUS 5.1 Pelajar akan didaftarkan secara automatik kursus-kursus yang perlu diambil untuk setiap semester. 5.2 Pelajar hendaklah mengikuti semua jenis penilaian bagi semua kursus yang telah didaftarkan termasuk ujian, tugasan, amali dan peperiksaan. 6.0 BAHAGIAN 6 - KETIDAKHADIRAN SEMASA SEMESTER 6.1 Seseorang pelajar wajib menghadiri semua kuliah/tutorial/amali pada minggu kuliah. 6.2 Sekiranya pelajar tidak dapat menghadiri kuliah/tutorial/amali atas sebab kesihatan, sijil cuti sakit perlu dikemukakan kepada Pengarah Pusat seberapa segera yang boleh. 6.3 Sekiranya pelajar tidak dapat menghadiri kuliah/tutorial/amali atas sebab-sebab lain selain daripada 6.2, pelajar hendaklah mengemukakan permohonan bertulis dengan menyatakan sebab-sebab yang munasabah untuk pertimbangan Pengarah Pusat. 6.4 Pelajar yang tidak menghadiri sesuatu kursus tanpa sebab-sebab tertentu yang dapat diterima oleh Pengarah Pusat akan diberikan peringatan dan amaran secara bertulis. 6.5 Pelajar yang tidak menghadiri sesuatu kuliah/tutorial/amali tanpa kebenaran melebihi daripada 10% daripada jumlah semua kelas pembelajaran suatu kursus akan dihalang daripada mengambil peperiksaan bagi kursus tersebut. 7.0 BAHAGIAN 7: PEPERIKSAAN 7.1 Keperluan Peperiksaan 7.1.1 Seseorang pelajar perlu mempunyai slip menduduki peperiksaan bagi setiap peperiksaan yang diambil. 7.1.2 Seseorang pelajar tidak dibenarkan untuk mengambil peperiksaan sesuatu kursus sekiranya Pengarah Pusat telah memperakui bahawa pelajar berkenaan gagal mematuhi peraturan 6.1 atau 6.5 atau gagal memenuhi syarat keperluan sesuatu kursus. [5/10]

7.1.3 Pelajar yang tidak dapat menduduki peperiksaan akhir atas alasan kesihatan hendaklah mengemukakan sendiri atau melalui waris permohonan penangguhan peperiksaan secara bertulis berserta bukti sijil sakit atau laporan perubatan dikeluarkan oleh Doktor Klinik Pusat Warga Universiti atau Klinik Panel Universiti atau Hospital Kerajaan kepada Pengarah Pusat tidak lewat dari tempoh 48 jam selepas tamat peperiksaan bagi kursus berkenaan. 7.1.4 Pelajar yang tidak dapat menduduki peperiksaan akhir atas alasan kebajikan hendaklah mengemukakan sendiri permohonan penangguhan peperiksaan secara bertulis berserta bukti kepada Pengarah Pusat tidak lewat dari tempoh 48 jam selepas tamat peperiksaan bagi kursus berkenaan. 7.1.5 Perkataan "kebajikan" yang disebut dalam 7.1.4 termasuklah kes-kes kematian saudara terdekat, kebakaran, bencana alam dan seumpamanya. 7.2 Peperiksaan Gantian 7.2.1 Seseorang pelajar yang dibenarkan menangguhkan peperiksaan seperti yang ditetapkan dalam 7.1.3 atau 7.1.4 boleh menduduki peperiksaan gantian yang akan ditetapkan oleh Pusat. 7.2.2 Peperiksaan gantian hendaklah diadakan bagi pelajar yang diluluskan penangguhan peperiksaan dalam tempoh dua (2) minggu selepas tamat peperiksaan bagi kursus berkenaan. 7.2.3 Sekiranya pelajar tidak menduduki peperiksaan gantian yang ditetapkan tersebut, pelajar adalah dianggap gagal dan hendaklah mendaftar semula kursus tersebut pada semester berikutnya. 7.3 Peperiksaan Akhir Ulangan 7.3.1 Pelajar yang gagal pada kali pertama untuk sesuatu kursus pada manamana semester wajib menduduki peperiksaan akhir ulangan yang boleh diambil sekali sahaja bagi setiap kursus. 7.3.2 Jika pelajar gagal peperiksaan akhir ulangan yang ditetapkan pada 7.3.1, maka pelajar hendaklah mengambil semula kursus tersebut pada semester berikutnya. 7.4 Peperiksaan Ulangan Khas 7.4.1 Seorang pelajar yang gagal satu (1) kursus yang diambil pada semester terakhir pengajiannya boleh dipertimbangkan untuk menduduki peperiksaan ulangan khas. Peperiksaan tersebut hanya boleh diambil sekali sahaja dalam pengajian. 7.4.2 Penilaian Peperiksaan Ulangan Khas hendaklah 100% berdasarkan peperiksaan tersebut. [6/10]

7.4.3 yang gagal dalam sesuatu kursus dan menduduki peperiksaan akhir ulangan atau peperiksaan ulangan khas, keputusan yang diberikan hanya lulus/gagal sahaja. 7.4.4 Seseorang pelajar yang menduduki peperiksaan akhir ulangan atau peperiksaan ulangan khas yang diberikan keputusan lulus akan mendapat gred maksimum "D" sahaja. 7.5 Semakan Semula Gred Kursus 7.5.1 Pelajar boleh membuat permohonan semakan semula gred kursus (kecuali peperiksaan ulangan khas) kepada Pengarah Pusat dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh keputusan peperiksaan diumumkan. 7.5.2 Setiap permohonan semakan semula akan dikenakan bayaran pemprosesan sebanyak RM200.00 setiap kursus. Bayaran ini tidak boleh dituntut semula. 7.5.3 Satu Jawatankuasa Pemeriksa akan ditubuhkan bagi tujuan semakan semula gred kursus. 7.5.4 Pengarah Pusat hendaklah menubuhkan suatu Jawatankuasa Pemeriksa yang terdiri daripada: (a) Pengarah Pusat atau wakil sebagai Pengerusi atau Timbalan Pengarah yang menjalankan fungsi akademik dalam keadaan di mana Pengarah tidak berupaya menjalankan tugasnya atau berkepentingan dalam kertas yang disemak semula; (b) Penyelaras Kursus yang berkaitan; (c) Pemeriksa asal kursus berkenaan; (d) Dua (2) ahli lain dalam bidang yang sama; dan (e) Pendaftar Pusat sebagai Setiausaha. 7.5.5 Jawatankuasa Pemeriksa hendaklah memastikan keseluruhan penilaian pelajar (projek, kuiz, tugasan, peperiksaan pertengahan semester dan sebagainya) termasuk skrip jawapan peperiksaan akhir dan telah disemak berdasarkan skema pemarkahan dan diberikan markah secara konsisten dan betul. Skrip jawapan kursus berkenaan tidak akan dinilai semula. 7.5.6 Keputusan Senat berhubung permohonan semakan gred kursus semula itu adalah muktamad. 8.0 BAHAGIAN 8 - STRUKTUR PENILAIAN 8.1 Pemberian Nilai Gred 8.1.1 Pemberian nilai gred bagi setiap kursus adalah meliputi kerja kursus sepanjang semester dan penilaian-penilaian lain di sepanjang semester dan termasuk peperiksaan akhir semester. 8.1.2 Pemberian nilai gred untuk sesuatu kursus yang ditawarkan oleh Pusat selain daripada kursus-kursus tanpa peperiksaan akhir semester adalah [7/10]

dengan cara penilaian berterusan dan peperiksaan akhir semester tidak kurang 30% dan tidak melebihi 50%. 8.1.3 Gred dan nilai gred yang diberikan kepada sesuatu kursus adalah seperti berikut: A 80-100 /4.00 / Cemerlang A- 75-79 /3.67 /Cemerlang B+70-74/3.33/Kepujian B 65-69 /3.00 /Kepujian B- 60-64 /2.67 /Kepujian C+ 55-59 /2.33 /Lulus C 50-54 /2.00 /Lulus C- 45-49 /1.67 /Lulus D+ 40-44 /1.33/Lulus D 35-39 /1.00/Lulus E 0-34 /0.00 /Gagal 8.2 Status tanpa nilai gred: TP Tangguh Peperiksaan iaitu status yang diberikan kepada pelajar yang menangguhkan peperiksaan dengan kebenaran Pengarah Pusat. XX Status yang diberikan jika seseorang pelajar itu disyaki melakukan kecurangan akademik bagi sesuatu kursus. Status ini akan kekal sehingga Pihak Berkuasa Tatatertib membuat keputusan. X Tidak hadir iaitu gred yang diberikan kepada pelajar yang gagal hadir pada sebarang penilaian sesuatu kursus. 8.3 Penentuan status taraf pengajian mengikut PNGK 8.3.1 Status taraf pengajian mengikut PNGK adalah seperti berikut: PNGK & PNGS 0.0 1.49 Gagal dan diberhentikan /Gagal dan diberhentikan daripada pengajian 1.0 1.50 1.99 Lulus bersyarat /Layak meneruskan pengajian dan diberikan amaran 2.00 4.00 Lulus belum tamat dan layak meneruskan pengajian 8.3.2 Pelajar yang menerima PNGK berstatus lulus bersyarat sebanyak dua (2) kali berturut-turut adalah dianggap gagal dan diberhentikan dari pengajian. [8/10]

8.4 Pengiraan PNGK dan PNGS 8.4.1 Semua kursus kecuali kursus yang diberi pengecualian oleh Senat akan diambil kira untuk mengira Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK). 8.4.2 Kursus-kursus yang mendapat gred "E" juga diambil kira untuk menentukan PNGS dan PNGK. 8.4.3 Penjanaan semula PNGK pelajar yang mengulang kursus yang gagal dengan menggantikan gred kursus asal dengan menggunakan gred kursus ulangan, yang mana lebih baik tanpa mengubah PNGS bagi semester kursus asal diambil. 8.4.4 Pelajar yang didapati bersalah dan dijatuhi hukuman di bawah Kaedah Universiti Malaysia Sabah (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999 yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran kursus yang diambil oleh pelajar akan diberikan gred "E" bagi kursus berkenaan melainkan Senat memutuskan sebaliknya. 8.5 Kaedah Pengiraan Purata Nilai Gred Semester dan Kumulatif 8.5.1 Pengiraan Purata Nilai PNGS adalah seperti berikut; PNGS = Jumlah nilai gred sesuatu semester Jumlah jam kredit bagi semua kursus pada semester semasa 8.5.2 Purata Nilai PNGK adalah seperti berikut: PNGK = Jumlah nilai gred semua semester Jumlah jam kredit terkumpul bagi semua semester 8.6 Tawaran semula 8.6.1 Pelajar yang gagal dan diberhentikan boleh mengemukakan rayuan bagi memohon mengulang pengajian kepada Pengarah Pusat. 8.6.2 Keputusan rayuan subkaedah 8.6.1 di atas adalah tertakluk kepada pengesahan Senat dan keputusan Senat adalah muktamad. 8.6.3 Tawaran semula akan diberikan bagi pelajar yang diluluskan untuk mengulang pengajian. 8.6.4 Tawaran semula memberi pelajar peluang kedua untuk memulakan pengajian dalam program yang sama atau berbeza dengan memansuhkan keputusan/rekod akademik pada sesi yang terdahulu. [9/10]

9.0 BAHAGIAN 9: PENGANUGERAHAN SIJIL ASASI 9.1 Syarat penganugerah sijil asasi 9.1.1 Seseorang pelajar mestilah memenuhi SEMUA syarat dan keperluan Pusat seperti berikut untuk dikurniakan sijil asasi: (a) Lulus semua kursus dan melengkapi jumlah kredit yang ditetapkan mengikut keperluan Pusat yang telah diluluskan oleh Senat dalam tempoh yang ditetapkan; (b) Mencapai PNGK sekurang-kurangnya 2.00; (c) Menyempurnakan tempoh minimum yang ditetapkan bagi program pengajiannya; dan (d) Diperakukan oleh Senat; 9.1.2 Seorang pelajar yang telah dianugerahkan sijil asasi layak memohon untuk mengikuti program-program sarjana muda di Universiti Malaysia Sabah sahaja. 10.0 BAHAGIAN 10: PERUNTUKAN AM 10.1 Kaedah ini dan semua tafsiran mengenainya yang dibuat oleh Senat akan berkuat kuasa serta merta. 10.2 Sebarang garis panduan, manual dan kaedah pelaksanaan selanjutnya boleh dibuat di bawah mana-mana peruntukan Kaedah ini dan hendaklah dipatuhi. 10.3 Walau bagaimanapun, Senat berhak untuk mengubahnya dari masa ke semasa apabila keadaan memerlukannya. 10.4 Senat mempunyai kuasa membenarkan apa-apa pengecualian yang difikirkan sesuai daripada kehendak-kehendak kaedah ini dari semasa ke semasa. [10/10]