1.1 PB edeposit Bertempoh-i (selepas ini dirujuk sebagai PB etdi ) akan dikendalikan menurut prinsip Syariah Murabahah Komoditi.

dokumen-dokumen yang mirip
TERMA DAN SYARAT KHUSUS BAGI DEPOSIT BERTEMPOH BERASASKAN KOMODITI MURABAHAH (Tarikh Berkuatkuasa: Oktober 2016) [Layak dilindungi oleh PIDM]

Terma dan Syarat bagi Akaun Semasa-i dan Akaun Simpanan-i Hong Leong (Tawarruq CASA-i)

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan,

HONG LEONG BANK BERHAD AKAUN SIMPANAN HARVEST

Terma dan Syarat bagi Akaun Semasa-i dan Akaun Simpanan-i Hong Leong (Tawarruq CASA-i)

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

TERMA DAN SYARAT WANG TUNAI PERIBADI (PERSONAL CASH)

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

TERMA DAN SYARAT YANG MENGAWAL KEMPEN PB GOLDEN FORTUNE

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

Produk Deposit Konvensional MBSB Terma dan Syarat

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 12% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

HONG LEONG BANK BERHAD AKAUN JUNIOR 3 DALAM 1

Fasal-fasal yang dipinda

HONG LEONG BANK BERHAD AKAUN SIMPANAN JUNIOR 3-IN-1

Pengurusan Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD (271809K)

TERMA & SYARAT ( T&S ) ( T&S ):- KELAYAKAN

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

TERMA DAN SYARAT KAD DEBIT HONG LEONG TOUCH N GO (TNG) ZING

Kempen #100 Hari Ceria KAD KREDIT HONG LEONG

Produk Deposit Islamik MBSB Terma dan Syarat

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

PROMOSI GANDAKAN KADAR FAEDAH HONG LEONG

TERMA DAN SYARAT. Bermakna individu atau entiti yang telah meohon atau sedang memohon untuk mana-mana Perkhidmatan Perbankan.

a) Untuk layak menerima Insentif RRP, semua syarat berikut perlu dipenuhi oleh Ejen ("Rujukan Berjaya"):

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

HONG LEONG BANK BERHAD PROMOSI AKAUN SIMPANAN HARVEST

Untuk tujuan kempen ini, Pelanggan yang telah memenuhi semua kriteria di Klausa 2 di atas akan ditakrifkan sebagai Pelanggan Layak.

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

Tempoh yang Diperuntukkan Bag Troli Condotti RM8,000 4 bulan

Terma & Syarat Peti Deposit Keselamatan

TERMA DAN SYARAT AKAUN EMAS BIBDS

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

HONG LEONG BANK PROMOSI DEPOSIT DAN MENANG EMAS

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Peribadi-i

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

TERMA & SYARAT. Kempen Amanah Saham Nasional Berhad Harga Berubah (ASNB HB) & Deposit Tetap atau Komoditi Murabahah Deposit-i (DT/KMD-i) RHB

PROMOSI PENGURANGAN CEK BAGI PEMEGANG AKAUN SEMASA INDIVIDU - STOP THE CHEQUES & GO ONLINE Dikemaskini pada 01 hb April 2017

KEMPEN Perayaan Faedah SIFAR 12 Bulan PINJAMAN PERIBADI HONG LEONG

4. Apakah senario yang mungkin mencetuskan perubahan pada IBR?

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Akaun Pelaburan Pulangan Tetap-i Step Up 12 Bulan CIMB Islamic Bank Berhad TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Penukaran Akaun Deposit Bertempoh Soalan-Soalan Lazim

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

Istilah dan ungkapan yang digunakan dalam Terma dan Syarat ini mempunyai makna seperti berikut:-

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Akaun 360-i OCBC Al-Amin Terma dan Syarat Dijamin oleh PIDM

Pembiayaan Auto CIMB Pembiayaan Kenderaan Khas untuk Bumiputera Terma-terma dan Syarat-syarat

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

Terma & Syarat Kempen Pembaharuan dan Penambahan Deposit Tetap / Deposit Bertempoh (FD/TD)

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

TERMA & SYARAT KEMPEN BUAT TRANSAKSI ONLINE & MENANG OCBC

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN DEPOSIT TETAP (Berkuat kuasa dari 1 Mei 2017)

Version 05 Jun 2017 Page 1 PERBANKAN PRIORITI TERMA DAN SYARAT


2. KESAHAN MATA GANJARAN

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

PERBANKAN PRIORITI TERMA DAN SYARAT

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

KEMPEN RM1,000,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat syarat seperti pada 22 Dec 2016

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

HONG LEONG ISLAMIC BANK BERHAD. Akaun Junior-i 3 dalam 1. Terma dan Syarat

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB Personal Financing Pre-Raya Cash Back (1hb Mei 31hb Ogos 2017)

TERMA DAN SYARAT YANG MENGAWAL AKAUN SEMASA MATA WANG ASING

Syarat-Syarat dan Terma-Terma Kad Bank (PMPC)

TERMA & SYARAT. KEMPEN ASNB HB & DT RHB Bank

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Website CPL Campaign (1hb Julai 31hb Ogos 2017)

O.M.G KINI KEMBALI TERMA DAN SYARAT

Kurang RM1, % RM1,000 dan lebih 0.50% PENGIRAAN FAEDAH ASAS. Baki Hujung Hari x Faedah Asas Bilangan Hari Sebenar Tahun Tersebut

Transkripsi:

Layak untuk dilindungi oleh PIDM 1. Am 1.1 PB edeposit Bertempoh-i (selepas ini dirujuk sebagai PB etdi ) akan dikendalikan menurut prinsip Syariah Murabahah Komoditi. 1.2 Pemegang Akaun melantik Bank untuk bertindak selaku ejen terhad Pemegang Akaun dengan kebenaran terhad untuk membeli dan, hanya jika Pemegang Akaun menghendakinya, menjual komoditi itu menurut Terma dan Syarat ini. Bank bertindak selaku ejen dan tidak mengambil obligasi tambahan kepada Pemegang Akaun kecuali yang diberikan secara khusus menurut peruntukan yang dibuat di dalam Terma dan Syarat ini. 1.3 Selaku ejen kepada Pemegang Akaun, Bank akan, apa-apa sepanjang tempoh deposit atau apa-apa pembaharuan dari situ, mempunyai kuasa dan kebenaran yang berikut:- (a) Untuk menjalankan dan melaksanakan semua tindakan berkenaan dengan pembelian komoditi atas dasar menerima dalam apa jua keadaan ( Urus niaga Pembelian ) melalui perjanjian pembelian, sijil dan instrumen lain sepenuhnya seperti yang Pemegang Akaun akan lakukan sendiri dan untuk berunding dengan pedagang atau pembekal komoditi ( Pembekal tersebut ) bagi pihak Pemegang Akaun berkaitan dengannya tetapi tanpa apaapa representasi atau jaminan daripada Bank berkenaan dengan kualiti, keadaan, kuantiti dan butir-butir komoditi dan tanpa liabiliti di pihak Bank bagi apa-apa kerugian, ganti rugi atau kemerosotan dan selepas itu untuk menerima komoditi tersebut bagi pihak Pemegang Akaun; dan (b) Untuk menjual komoditi tersebut kepada Bank atas dasar bayaran tertunda pada harga yang bersamaan dengan amaun deposit ( Amaun Deposit ) termasuk pulangan di atasnya (berserta Harga Jual Murabahah ) bagi pihak Pemegang Akaun dan untuk menjalankan dan melaksanakan semua tindakan berkenaan dengannya ( Urus niaga Jualan ) kecuali Pemegang Akaun memaklumkan sebaliknya kepada Bank. Pemegang Akaun selanjutnya bersetuju bahawa Pemegang Akaun tidak akan membatalkan perantaraan Bank selagi Amaun Deposit diletakkan dengan Bank. Semua tindakan Bank selaku ejen Pemegang Akaun akan terus mengikat ke atas Pemegang Akaun dan tidak terjejas dengan perisiwa yang berlaku yang mungkin memberi kesan kepada pembatalan perlantikan agensi kecuali Bank mempunyai pengetahuan sebenar mengenai peristiwa itu dan pembatalan tersebut diterima oleh Bank menurut terma dan syarat produknya. Sebagai balasan kerana Bank bertindak selaku ejen Pemegang Akaun, Pemegang Akaun bersetuju untuk menanggung rugi Bank daripada semua tindakan, tuntutan, permintaan, liabiliti, kerugian dan ganti rugi, kos dan perbelanjaan dalam apa juga bentuk yang Bank mungkin tanggung atau alami berikutan tindakan ejen Pemegang Akaun. Nota: Harga Jualan Murabahah adalah agregat Amaun Deposit dan pulangan di atasnya yang mana pulangan dikira menurut formula yang berikut:- Amaun Deposit x Kadar x Bilangan Hari ----------------------------------------------------- Bilangan Hari dalam Tahun Berkenaan Muka surat 1 daripada 6

1.4 Pemegang Akaun dan Bank mengakui bahawa komoditi tersebut boleh dihantar dengan tangan. Pemegang Akaun boleh memohon penghantaran komoditi berkenaan dengan syarat Bank menerima permohonan tersebut semasa ia menerima arahan daripada Pemegang Akaun bagi pembelian komoditi dan Bank telah menerima Amaun Deposit. Semua kos dan perbelanjaan berkaitan dengan penghantaran komoditi tersebut akan ditanggung dan dibayar oleh Pemegang Akaun. Sekiranya Bank tidak menerima permohonan Amaun Deposit tersebut, Bank diberi kuasa secara nyata oleh Pemegang Akaun untuk melupuskan komoditi itu pada waktu dan dengan cara yang akan ditentukan oleh Bank dan Pemegang Akaun akan membayar semula dan membayar kepada Bank semua kerugian, ganti rugi, kos dan perbelanjaan yang ditanggung atau dialami oleh Bank dalam jumlah penuh. 1.5 Bank akan membeli komoditi bagi pihak Pemegang Akaun dan selepas itu Pemegang Akaun mungkin menjual komoditi itu kepada Bank pada Harga Jualan Murabahah atas dasar pembayaran tertunda. Harga Jualan Murabahah merangkumi:- (a) Amaun Deposit; dan (b) Pulangan di atasnya. 1.6 Sekiranya Pemegang Akaun membuat tuntutan awal bagi pembayaran Harga Jualan Murabahah sebelum tarikh matang deposit tersebut, Pemegang Akaun dengan ini mengakui dan bersetuju bahawa Pemegang Akaun akan melepaskan kesemua atau sebahagian daripada pulangan tersebut yang termasuk dalam Harga Jualan Murabahah seperti yang ditetapkan oleh Bank. Penetapan sedemikian oleh Bank, hendaklah, kecuali bagi kesilapan nyata, muktamad, konklusif dan mengikat ke atas Pemegang Akaun. 1.7 Pemegang Akaun dan Bank bersetuju bahawa tiada prosid daripada jualan komoditi atau urus niaga yang dicadangkan di dalam ini akan dilaburkan dalam sekuriti, instrumen kewangan atau aktiviti yang tidak patuh Syariah. 1.8 Tiada urus niaga boleh dibuat berkenaan dengan emas, perak atau apa-apa produk yang tidak patuh Syariah. 1.9 Pemegang Akaun dan Bank bersetuju bahawa hak dan obligasi masing-masing di dalam ini bertujuan dan bersesuaian dengan Syariah seperti yang ditetapkan dari semasa ke semasa mengikut peraturan-peraturan Jawatankuasa Syariah dan/atau Majlis Penyeliaan Syariah Bank. 1.10 Bank dan Pemegang Akaun dengan ini memberi keizinan masing-masing kepada pihak lain untuk menggunakan maklumat peribadi berkaitan dengan mereka setakat mana ia diperlukan oleh Terma dan Syarat ini atau seperti yang dimaklumkan oleh kedua-dua belah pihak dari semasa ke semasa. 1.11 Pemegang Akaun dengan ini melantik Bank sebagai ejen bagi tujuan terhad yang digariskan di atas dan, berikutan daripadanya, Bank hendaklah sepanjang tempoh deposit atau apaapa pembaharuan, mempunyai kuasa dan kebenaran yang berikut:- (a) Untuk menjalankan dan melaksanakan semua tindakan berkenaan Urus niaga Pembelian melalui perjanjian pembelian, sijil dan instrumen lain dan untuk berunding dengan Pembekal bagi pihak Pemegang Akaun berkaitan dengannya dan selepas itu menerima penghantaran komoditi yang dibeli itu; dan/atau (b) Untuk menjual komoditi tersebut atas dasar pembayaran tertunda kepada Bank pada Harga Jual Murabahah bagi pihak Pemegang Akaun dan untuk menjalankan serta melaksanakan semua tindakan berkenaan Urus niaga Jualan kecuali Pemegang Akaun telah memaklumkan sebaliknya kepada Bank. Muka surat 2 daripada 6

2. Kelayakan 2.1 PB etdi adalah akaun deposit tetap patuh Syariah yang membolehkan pembukaan Akaun, peletakan dan pengeluaran dijalankan secara dalam talian melalui Perbankan Dalam Talian PBe (selepas ini dirujuk sebagai PBe ). 2.2 PB etdi adalah produk deposit tetap Islam. 2.3 PB etdi hanya disediakan untuk pelanggan individu berumur lapan belas (18) tahun ke atas dan empunya tunggal, yang telahpun mempunyai Akaun Semasa atau Akaun Simpanan/Akaun Semasa-i atau Akaun Simpanan-i persendirian konvensional/islam (CASA/CASA-i) dan yang telah mendaftar bagi PBe (selepas ini dirujuk sebagai Pemegang Akaun ). PB etdi tidak disediakan untuk CASA/CASA-i bersama. 2.4 Bukan individu iaitu perkongsian, entiti korporat, persatuan, kelab dan pertubuhan TIDAK layak untuk membuka atau mengendalikan PB etdi. 3. Pembukaan Akaun dan Peletakan 3.1 PB etdi hanya boleh dibuka dan diurusniagakan secara dalam talian melalui PBe. 3.2 Urus niaga di kaunter adalah TIDAK dibenarkan. 3.3 CASA/CASA-i mesti dipilih semasa pembukaan akaun PB etdi (selepas ini dirujuk sebagai CASA yang Ditetapkan ) dan dirangkaikan ke Akaun PB etdi bagi tujuan peletakan/ pengeluaran/pengkreditan keuntungan. 3.4 PB etdi akan dipautkan pada CASA yang Ditetapkan di mana peletakan PB etdi yang pertama dibuat. 3.5 Maklumat mengenai Pemegang Akaun PB etdi adalah sama dengan maklumat yang diambil daripada CASA yang Ditetapkan. 3.6 Peletakan berganda ke dalam PB etdi adalah dibenarkan. Bagaimanapun, peletakan hanya boleh dibuat melalui PBe antara pukul enam (6) pagi hingga dua belas (12) tengah malam, tujuh (7) hari seminggu, atau pada waktu-waktu yang ditetapkan oleh Public Islamic Bank Berhad (selepas ini dirujuk sebagai Bank ) di PBe. 3.7 Peletakan setiap PB etdi mesti dibuat bagi tempoh antara satu (1) bulan hingga dua puluh empat (24) bulan, tiga puluh enam (36) bulan, empat puluh lapan (48) bulan dan enam puluh (60) bulan atau tempoh lain dan pada kadar keuntungan yang ditetapkan oleh Bank pada bilabila masa. 3.8 Pemegang Akaun hendaklah meletakkan deposit minimum sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ribu (RM1,000) bagi PB etdi untuk semua tempoh. 3.9 Tiada resit Deposit Bertempoh (TD-i) akan dikeluarkan bagi peletakan PB etdi. Dengan ketiadaan resit TD-i itu, peletakan yang ditunjukkan dalam talian akan mengikat ke atas pemegang Akaun dan Bank. 3.10 Apabila peletakan berjaya dibuat, Slip Peletakan/Pembaharuan PB etdi yang mengandungi butir-butir mengenai peletakan berkenaan akan dikeluarkan. Urus niaga dalam PB etdi juga akan ditunjukkan dalam penyata suku tahunan PB etdi, yang akan disediakan dalam talian melalui PBe. 3.11 Sumber dana bagi peletakan PB etdi akan didebitkan daripada CASA yang Ditetapkan. 3.12 CASA yang Ditetapkan itu tidak dibenarkan untuk ditutup kecuali kesemua peletakan PB etdi yang masih ada telah dikeluarkan dan prosid daripada pengeluaran tersebut telah dikreditkan dalam CASA yang Ditetapkan. Muka surat 3 daripada 6

3.13 Tarikh kuat kuasa peletakan PB etdi adalah pada hari yang sama peletakan dibuat jika peletakan tersebut berjaya dibuat melalui PBe. 3.14 Semua peletakan di bawah Akaun PB etdi TIDAK boleh digunakan sebagai cagaran bagi tujuan pengakucagaran. 4. Kadar Keuntungan dan Pembayaran Keuntungan 4.1 Keuntungan bagi PB etdi ini akan dihentikan pada tarikh matang. Keuntungan terakru bagi PB etdi adalah tertakluk pada hak Bank untuk memegang jumlah seperti yang diperlukan sebagai pegangan atau cukai, levi atau pengenaan yang lain dari semasa ke semasa. 4.2 Tempoh dan kaedah pembayaran keuntungan yang disediakan adalah seperti yang berikut:- Tempoh Pembayaran Keuntungan 1 12 bulan Kredit dalam CASA yang Ditetapkan setiap bulan; atau Kredit dalam CASA yang Ditetapkan apabila matang; atau Tambah kepada amaun pokok apabila matang 13-24, 36, 48 dan 60 bulan Kredit dalam CASA yang Ditetapkan setiap bulan. 4.3 Kaedah pembayaran keuntungan hendaklah dipilih semasa peletakan PB etdi itu dibuat. 4.4 Keuntungan dikira berdasarkan bilangan hari sebenar. 5. Pengeluaran 5.1 Pengeluaran PB etdi hanya boleh dilakukan melalui PBe dan pengeluaran sebahagian manamana PB etdi adalah TIDAK dibenarkan. 5.2 Apabila PB etdi dikeluarkan, amaun pokok dan keuntungan yang diperoleh daripadanya (jika ada), akan dikreditkan secara automatik ke dalam CASA yang Ditetapkan. 5.3 PB etdi boleh dikeluarkan pada hari yang sama peletakan dibuat. Bagaimanapun, kedua-dua urus niaga peletakan dan pengeluaran pada hari berkenaan tidak akan ditunjukkan dalam penyata suku tahunan PB etdi. 6. Pengeluaran Sebelum Matang 6.1 Pengeluaran sebelum matang PB etdi ini hanya boleh dibuat melalui PBe. 6.2 Tertakluk pada peruntukan dalam butiran 6.4 bersama-sama ini, bagi PB etdi bertempoh satu (1) bulan, tiada keuntungan akan dibayar bagi peletakan yang dikeluarkan sebelum matang. 6.3 Tertakluk pada peruntukan dalam butiran 6.4 bersama-sama ini, bagi PB etdi yang melebihi satu (1) bulan, yang berikut akan diterima pakai:- a) Tiada keuntungan akan dibayar bagi PB etdi yang dikeluarkan sebelum berakhirnya tempoh satu (1) bulan. Bagi PB etdi yang dikeluarkan sebelum matang, selepas berakhirnya tempoh satu (1) bulan, keuntungan akan dikira dan dibayar sebanyak 50% daripada kadar terkontrak asal bagi setiap bulan penuh. b) Bagi pemegang Akaun yang memilih untuk pengkreditan keuntungan secara bulanan ke dalam CASA yang Ditetapkan, Bank akan menolak amaun perbezaan di antara kadar pengeluaran sebelum matang dengan kadar terkontrak asal dengan menolak perbezaan tersebut daripada amaun pokok sebelum perolehan daripada pengeluaran itu dikeluarkan dalam CASA yang Ditetapkan. Muka surat 4 daripada 6

6.4 Mulai, tiada keuntungan akan dibayar bagi pengeluaran pramatang PB etdi yang diletakkan atau diperbaharui pada atau selepas 1 Mei 2018. Dari segi ilustrasi, bayaran keuntungan itu, jika ada, adalah seperti yang berikut:- Tarikh Peletakan atau Pembaharuan Sebelum 1 Mei 2018 Mulai 1 Mei 2018 Tarikh Pengeluaran Pramatang Sebelum Mulai Sebelum Mulai Pembayaran Keuntungan Keuntungan tidak akan dibayar bagi PB etdi yang dikeluarkan sebelum genap satu (1) bulan. Bagi PB etdi yang dikeluarkan sebelum matang, selepas genap satu (1) bulan, keuntungan akan dikira dan dibayar sebanyak 50% daripada kadar berkontrak asal bagi setiap bulan penuh. Tiada keuntungan akan dibayar. 7. Pembaharuan 7.1 Apabila matang, PB etdi akan diperbaharui secara automatik untuk tempoh yang sama pada kadar keuntungan semasa. 8. Hak Tolak Selesai 8.1 Bank boleh pada bila-bila masa dengan notis awal selama tujuh (7) hari kepada Pemegang Akaun untuk menolak selesai atau memindahkan apa-apa jumlah yang terdapat dalam kredit Akaun PB etdi bagi memenuhi apa-apa liabiliti, secara bersama atau berasingan, bagi akaun lain milik Pemegang Akaun. 9. Penyata Akaun 9.1 Penyata akaun suku tahunan yang menyenaraikan setiap PB etdi dan urus niaga yang berkaitan akan dikeluarkan oleh Bank dan disediakan dalam talian melalui peti mel PBe. 9.2 Pemegang Akaun hendaklah menyemak dengan teliti kesemua entri dalam penyata dengan segera dan melaporkan dengan serta-merta kepada Bank mengenai apa-apa kesilapan atau percanggahan yang terdapat di dalamnya. Jika Bank tidak menerima apa-apa makluman secara bertulis dalam tempoh dua puluh satu (21) hari kalendar dari tarikh penyata mengenai apa-apa kesilapan atau percanggahan berkenaan dengan urus niaga pengeluaran atau peletakan pada penyata tersebut, anda akan dianggap telah menerima entri berkenaan yang dibuat sehingga tarikh entri terakhir dalam penyata sebagai betul, mengikat, terakhir dan konklusif dan dengan itu menerima semua pengeluaran atau debit-debit lain dalam akaun berkenaan. 10. Akta Wang Tidak Dituntut 1965 10.1 Menurut Akta Wang Tidak Dituntut 1965, pembaharuan automatik PB etdi akan dikelaskan sebagai wang tidak dituntut tujuh (7) tahun dari tarikh urus niaga terakhir dalam Akaun PB etdi. 10.2 Pemegang Akaun perlu datang sendiri ke Bank sebelum berakhirnya tahun ke-7 itu untuk mengaktifkan semula akaun tersebut. Jika tidak, pada tahun ke-7, Bank akan memberi notis awal selama dua puluh satu (21) hari sebelum mengambil tindakan untuk memindahkan baki dana dalam Akaun PB etdi itu kepada Pendaftar Wang Tidak Dituntut. Muka surat 5 daripada 6

11. Am 11.1 Walau apapun peruntukan di dalam ini, Bank berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menghalang pengendalian atas Akaun PB etdi ini sekiranya Bank mengesyaki bahawa akaun tersebut digunakan untuk apa juga tujuan yang menyalahi undang-undang. 11.2 Terma dan syarat di dalam ini hendaklah tertakluk pada peruntukan dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI) dan apa-apa perubahan lain dari semasa ke semasa, serta apaapa arahan daripada Bank Negara Malaysia. Selanjutnya, Bank mempunyai hak untuk mengubah, meminda atau menyemak apa-apa terma dan syarat yang dinyatakan di dalam ini, ciri-ciri dan manfaat Akaun PB etdi dengan mempamerkan notis mengenai semakan tersebut di premis dan laman web Bank sebelum semakan itu dikuatkuasakan. 11.3 Pemegang Akaun mengesahkan dan mengaku janji bahawa ia:- (a) Telah menerima, membaca dan memahami dan dengan ini bersetuju untuk mematuhi peraturan-peraturan Bank, terma dan syarat yang mengawal pengendalian deposit dan bersetuju untuk mematuhi kesemuanya; dan (b) Tidak tertakluk pada apa-apa prosiding atau petisyen bagi ketaksolvenan, komposisi, penggulungan, liquidasi atau relif yang serupa di bawah apa-apa ketaksolvenan atau undang-undang yang serupa dalam apa-apa bidang kuasa yang Pemegang Akaun perlu patuhi. [RUANG DI BAWAH INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG] Muka surat 6 daripada 6