KOD TATAKELAKUAN AKTIVITI-AKTIVITI POLITIK DI DALAM KAMPUS UNTUK PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

dokumen-dokumen yang mirip
UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 1 D.R. 9/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP13 : GARIS PANDUAN MENGENAI ETIKA CALON ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

BORANG PENGESAHAN LAPOR DIRI PELAJAR IJAZAH SIDANG AKADEMIK :

STATUT UNIVERSITI STATUT XXIII (SIRI BAHARU) STATUT UNIVERSITI MALAYA (BADAN-BADAN PELAJAR) 1979 BAHAGIAN I: PERMULAAN

GARIS PANDUAN PELANTIKAN FELO KOLEJ KEDIAMAN. (1) Kakitangan Pengurusan dan Profesional Universiti Malaya yang berjawatan tetap atau kontrak; atau

BORANG-BORANG PENDAFTARAN HEP1, HEP2, HEP3, HEP4, HEP5 & HEP6

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 1 TAHUN 2011

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

PENGISYTIHARAN PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (MPPUTM) BAGI SESI 2016/2017

~I~~I Msci ~..I,.!~.~ I

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

SURAT PEKELILING BENDAHARI

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

Polisi Dan Prosedur Penubuhan, Atribut dan Pembubaran Entiti Akademik. Senat UTM Bil.12/2010/2011 : 8 Ogos 2011

KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Tujuan Garis Panduan 1.2 Penyediaan Garis Panduan 1.3 Penggunaan Garis Panduan

RANG UNDANG-UNDANG. bernama. .Suatu Akta untuk meminda Akta Institut Teknologi MARA 1976.

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

dikeluarkan oleh Jawatankuasa Induk Pencalonan Universiti Sains Malaysia

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

REKOD PINDAAN DOKUMEN TERKAWAL HALAMAN DIPINDA

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2013 TATACARA PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEMUDAHAN LATIHAN SECARA PAKEJ

2017/2018 [ BUKU PERATURAN DAN TATACARA PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYA SESI 2017/2018]

KUASA PENGUATKUASA. Pekeliling Pentadbiran bil 22/2014. Pekeliling Pentadbiran bil 30/2015

MUKA SURAT BAHAGIAN A - PERMULAAN

Surat Pekeliling Pendaftar Bil 3 Tahun Polisi dan Garis Panduan Penggunaan dan Pelesenan Cap Dagangan Universiti Kebangsaan Malaysia

POLISI UMUM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Garis Panduan Pertukaran Tempat Bertugas Kakitangan Bukan Akademik. (Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Dan Kumpulan Sokongan)

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

FAKULTI KOMPUTERAN PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR

AKU JANJI PEMATUHAN KEPADA ETIKA BERPAKAIAN PELAJAR

GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PAKAIAN SERAGAM DAN PAKAIAN KESELAMATAN STAF UNIVERSITI

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

DASAR PENCEGAHAN PLAGIARISME UNTUK PELAJAR PASCA SISWAZAH

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (ETIKA BERPAKAIAN DAN SAHSIAH RUPADIRI PELAJAR) 2014

TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENCALONAN DARJAH KEBESARAN BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN DAN NEGERI-NEGERI BAGI KAKITANGAN UMS

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 3 ( 2 ) Tarikh: 7 Januari 2016 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2016

PTSS PK PPP 10 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA KETUA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR JAWATAN PENGARAH TARIKH 19 OKTOBER OKTOBER 2016

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA IPG KPM

: 20 Mac Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat untuk pengesahan dalam jawatan Pembantu Keselamatan KP19.

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

BAB 14 AUDIT DALAMAN

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

RUJUKAN: UKM 3.6/224/3 Jld Oktober 2003 PEKELILING PENDAFTAR BIL. 9/2003

Universiti Teknologi MARA 1C / 2010

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

TATACARA DAN PANDUAN PEMILIHAN Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

KEANGGOTAAN DAN PANGKAT

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P006

Tatacara Pencalonan Dekan/Pengarah & Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah Pusat Tanggungjawab Sesi Tahun

: 8 Jun Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat untuk pengesahan dalam jawatan Pembantu Laut A19.

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

BIL SENARAI SEMAK ZON/ SEKSYEN. 4. Tandatangan dan Cop Ketua PTJ yang berkaitan di ruang Melalui ke atas borang permohonan

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN BAGI PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) - GRED N17

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30] Perlembagaan Universiti Sains Malaysia [P.U.(A)107/1998]

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) PERATURAN-PERATURAN LALU LINTAS JALAN USIM 2007

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) Kod Dokumen: UPM/OPR/HEPA/P002

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

OPERASI PERKHIDMATAN DAN SOKONGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANCELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) KOD DOKUMEN: UPM/OPR/HEPA/P001

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA KEWAJIPAN MARUAH INTEGRITI

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI. UTHM.PB/100-6/4/ 1( 19 ) 06 Oktober 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 13 /2008

: 20 Mac Pegawai Yang Layak Menduduki : i) Pembantu Operasi N11, N14 yang telah disahkan dalam perkhidmatan.

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 2 ( 13 ) Tarikh: 22 Julai 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/2014

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Tadbir Rendah yang dilantik terus;

Bursar Office Rujukan : UKM 3.1/224/8 Jld XI Tarikh : 17 September 2014

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 10 ( 31) 3 Mei 2010 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 31/2010 PELAKSANAAN DASAR CUTI GANTIAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

PERATURAN PEPERIKSAAN

: 20 Mac Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat untuk pengesahan dalam jawatan Penyelia Asrama N19.

NOTIS PENGISYTIHARAN PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG SESI 2011/2012

Transkripsi:

KOD TATAKELAKUAN AKTIVITI-AKTIVITI POLITIK DI DALAM KAMPUS UNTUK PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 1.0 PENGENALAN 1.1. Setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam telah diarahkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk mewujudkan Kod Tatakelakuan Aktiviti-Aktiviti Politik Di Dalam Kampus Untuk Pelajar sebagai mekanisme untuk mengawal selia aktiviti pelajar atau persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dalam aktiviti-aktiviti politik di dalam kampus. 1.2. Kod Tatakelakuan Aktiviti-Aktiviti Politik di Dalam Kampus Untuk Pelajar Universiti Malaysia Sabah ini diwujudkan sebagai respon kepada Pindaan AUKU pada tahun 2012, yang mana menyatakan dalam Seksyen 15 AUKU yang telah dipinda seperti berikut: 15. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, termasuk mana-mana parti politik. (2) Seseorang pelajar Universiti tidak boleh a) menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; b) menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, yang bukannya suatu parti politik, yang ditetapkan oleh Lembaga sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu; c) terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam Kampus. (3) Seseorang pelajar Universiti dan mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, tidak boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap [1/6]

a) mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau b) mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Lembaga sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu. (4) Walau apa pun subseksyen (3), seseorang pelajar Universiti tidak boleh dihalang daripada a) membuat penyataan mengenai sesuatu perkara akademik yang berhubungan dengan perkara yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau penyelidikannya; atau b) menyatakan pendirian mengenai perkara yang disebut dalam perenggan (a) dalam sesuatu seminar, simposium atau majlis seumpamanya yang tidak dianjurkan atau ditaja oleh mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, atau mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Lembaga di bawah perenggan (3)(b) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu. 5) Universiti hendaklah mengawal selia aktiviti pelajar dan persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti di dalam Kampus. 1.3. Berdasarkan undang-undang yang diperuntukkan tersebut, Kod ini disediakan bukan sahaja untuk mengawal selia aktiviti pelajar di dalam kampus, malah agar dapat dijadikan panduan untuk pelaksanaan undangundang oleh pihak Universiti Malaysia Sabah dan juga panduan kepada pelajar untuk memudahkan pergerakan pelajar dalam menjalankan aktiviti di dalam kampus. 2.0 SKOP KOD TATAKELAKUAN Kod Tatakelakuan ini adalah terpakai dan dikuatkuasakan ke atas semua pelajar seperti didefinisikan dalam peruntukan Seksyen 2 AUKU. 3.0 PIHAK YANG MEMBUAT ADUAN Aduan tentang pelanggaran Kod Tatakelakuan ini boleh dibuat oleh:- Warga kampus iaitu pekerja Universiti dan pelajar Universiti; Polis Diraja Malaysia atau Pihak Berkuasa Tempatan; Orang awam; Mana-mana pihak yang berkenaan. [2/6]

4.0 AKTIVITI PELAJAR 4.1 AKTIVITI YANG DIBENARKAN DI LUAR KAMPUS DI DALAM KAMPUS i. Menjadi ahli parti politik; ii. Memegang jawatan dalam parti politik; iii. Bertanding dalam pilihanraya; iv. Menjadi ejen kepada calon parti politik; v. Melibatkan diri dalam kempen pilihanraya. i. memegang jawatan pelajar dalam kampus, termasuklah dalam badan pelajar, kolej kediaman, Majlis Perwakilan Pelajar dan mana-mana organisasi pelajar dan pada masa yang sama memegang jawatan parti politik; ii. Mengambil bahagian dalam seminar atau simposium berkaitan politik yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Sabah; iii. Mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai politik yang berkaitan dengan kajian atau kursus akademik yang diikuti oleh pelajar melalui dan diluluskan oleh Bahagian Perhubungan Korporat (BPK), Universiti Malaysia Sabah; iv. Menganjurkan aktiviti akademik yang melibatkan ahli parti politik dengan kebenaran Universiti Malaysia Sabah; v. Menjemput mana-mana orang yang bukan pelajar atau pekerja Universiti untuk mesyuarat, seminar, bengkel, kuliah, tutorial atau program yang seumpamanya dengan kebenaran Universiti Malaysia Sabah. [3/6]

Nota : 1. Kebenaran oleh Universiti Malaysia Sabah boleh diberikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) atau wakilnya. 2. Kelulusan oleh Bahagian Perhubungan Korporat boleh diberikan oleh Pengarah atau wakilnya. Peringatan: Pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti parti politik di luar Kampus perlu menjaga adab sopan dan kelakuan masing-masing. Sekiranya didapati pelajar terlibat dalam perkara yang memudaratkan dan mencemarkan nama Universiti Malaysia Sabah, pelajar masih tertakluk kepada peraturan Universiti Malaysia Sabah sedia ada. Universiti Malaysia Sabah tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa perkara yang berlaku terhadap pelajar semasa pelajar menjalankan aktiviti parti politik. 4.2 AKTIVITI YANG TIDAK DIBENARKAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG TIDAK DIBENARKAN i. terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam Kampus, termasuklah menyebarkan maklumat, propaganda atau ideologi berkaitan parti politik melalui ceramah, taklimat, menyebarkan risalah, mempamerkan sepanduk, poster atau dalam apa jua bentuk penyebaran secara lisan atau apa-apa bentuk dokumen. ii. menyatakan sokongan atau simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik melalui penggunaan mana-mana simbol atau apa-apa yang melambangkan parti politik termasuklah dengan pakaian, topi, lencana dan sebagainya, di dalam Kampus. menyatakan sokongan atau simpati atau bangkangan terhadap mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang sama ada didalam atau di luar Malaysia; atau mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Lembaga sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti Malaysia Sabah. [4/6]

iii. iv. memakai atau membawa atau dalam apa-apa cara menggunakan logo atau simbol Universiti Malaysia Sabah dalam penglibatan pelajar dalam aktiviti parti politik di luar Kampus. Menganjurkan apa-apa aktiviti parti politik di luar kampus menggunakan nama Universiti Malaysia Sabah. 5.0 KAEDAH PELAKSANAAN Sekiranya Universiti mendapati wujudnya pelanggaran terhadap peruntukan peraturan yang dinyatakan dalam Kod ini, pelajar adalah dianggap telah melakukan kesalahan di bawah Perenggan 15 (2) (c) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan Universiti boleh mengenakan tindakan tatatertib. 6.0 JAWATANKUASA ADJUDIKASI 6.1 Jawatankuasa Adjudikasi mempunyai kuasa dan fungsi untuk menyiasat aduan salah laku di bawah Kod ini. Sekiranya Jawatankuasa Adjudikasi mendapati bahawa terdapat kes terhadap pelajar, kes tersebut hendaklah dirujuk kepada Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar Universiti Malaysia Sabah. 6.2 Keanggotaan : Pengerusi : Seorang Timbalan Dekan Sekolah/Pusat yang dilantik oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Ahli : : Dua (2) orang ahli akademik yang dilantik oleh Pengerusi : Mana-mana kakitangan Pengurusan dan Profesional yang dilantik oleh Pengerusi (jika perlu) Urusetia : Seorang kakitangan Pengurusan dan Profesional 6.3 Tatacara Siasatan : Tatacara siasatan adalah mengikut Pekeliling Pendaftar Bil.12/2010 bertarikh 15 Disember 2010 bernombor rujukan UMS/PN2.1/P5/2 'Garis Panduan Proses Penyiasatan dan Penyediaan Laporan bagi Jawatankuasa Siasatan'. 7.0 ARAHAN PENTADBIRAN Naib Canselor boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan arahan yang difikirkan perlu dan suaimanfaat untuk tujuan pelaksanaan dan penguatkuasaan Kod Tatakelakuan ini. [5/6]

1.0 TANGGUNGJAWAB PELAJAR DAN ORGANISASI PELAJAR DALAM MEMATUHI KOD TATAKELAKUAN 8.1 Berdasarkan Seksyen 15 (5) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 Kod Tatakelakuan ini diwujudkan untuk mengawal selia aktiviti pelajar dan persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dalam aktiviti politik. Selain itu, Kod Tatakelakuan ini juga bertujuan untuk memastikan keamanan dan keharmonian komuniti kampus dapat sentiasa dijaga dan dipelihara. 8.2 Pelajar atau organisasi pelajar yang didapati melanggar peruntukan peraturan seperti yang terkandung dalam Kod Tatakelakuan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib oleh Universiti di bawah Kod Tatakelakuan ini. 9.0 PENUTUP Bagi memastikan pelajar dan organisasi pelajar tidak melakukan sesuatu perbuatan yang melanggar peruntukan dalam Kod Tatakelakuan ini, maka adalah wajar bagi setiap pelajar untuk memahami, menghayati dan seterusnya mengamalkan nilai-nilai yang baik dan perilaku yang tidak bertentangan dengan peraturan Kod Tatakelakuan ini serta peraturan Universiti yang lain. Penghayatan sepenuhnya ini bukan sahaja boleh menghindarkan pelajar daripada terlibat dalam perilaku yang bertentangan dengan undang-undang, malah boleh mempertingkatkan martabat pelajar dan seterusnya menyumbang kepada penjagaan nama baik dan imej Universiti. [6/6]