PUSAT KOKURIKULUM UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG LEBUHRAYA TUN RAZAK, 26300 GAMBANG, KUANTAN, PAHANG TAWARAN SEBAGAI JURULATIH & PEMBANTU JURULATIH SAMBILAN KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT SEMESTER I SESI 2018/2019 & SEMESTER II SESI 2018/2019 1. TAWARAN UNTUK PERMOHONAN Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kokurikulum kini membuka permohonan kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk menjadi Jurulatih & Pembantu Jurulatih Sambilan Kursus Kokurikulum Berkredit bagi Semester I Sesi 2018/2019 dan Semester II Sesi 2018/2019. 2. PENGENALAN Pusat Kokurikulum Universiti Malaysia Pahang telah ditubuhkan pada 16 Januari 2009, sejajar dengan hasrat universiti untuk melahirkan mahasiswa yang seimbang dan bersahsiah tinggi. Ia juga bertindak sebagai pemangkin dalam melahirkan mahasiswa/mahasiswi yang mempunyai semangat jati diri, berinovasi, cekal dan mempunyai sahsiah yang tinggi melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum yang terancang. Pusat ini berperanan dalam penawaran kursus-kursus berkredit kokurikulum universiti agar mahasiswa/mahasiswi mendapat nilai tambah ilmu sepanjang pengajian di Universiti Malaysia Pahang. Pusat Kokurikulum telah menawarkan sebanyak 23 kursus pada semester I sesi 2018/2019 kepada mahasiswa/mahasiswi Universiti Malaysia Pahang sebagai memenuhi keperluan bergraduat di samping membekalkan Kemahiran Insaniah kepada mereka untuk persediaan ke alam pekerjaan kelak. Kursus Kokurikulum Berkredit yang ditawarkan meliputi Tujuh (7) Teras utama iaitu : a) Teras Sukan b) Teras Kebudayaan c) Teras Khidmat Komuniti d) Teras Kesukarelawanan e) Teras Daya Usaha dan Inovasi f) Teras Kepimpinan g) Teras Pengucapan Awam
3. KAEDAH PENGENDALIAN KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT Kaedah pengendalian pembelajaran adalah untuk menerapkan elemen Kemahiran Insaniah (Soft Skills) melalui Kursus Kokurikulum Berkredit. Antara elemen yang akan diterapkan adalah : a) Kemahiran Komunikasi b) Pemikiran Kritis c) Kemahiran Kerja Berpasukan d) Etika dan Nilai Profesional e) Kemahiran Kepimpinan Justeru, bagi memastikan elemen kemahiran insaniah tersebut diperolehi oleh setiap mahasiswa/mahasiswi UMP, maka setiap calon Jurulatih/Pembantu Jurulatih akan melalui proses penyaringan terlebih dahulu sebelum layak dilantik sebagai Jurulatih/Pembantu Jurulatih. A) Peringkat pertama penyaringan akan dibuat berdasarkan borang permohonan bagi jurulatih baru di mana ia akan disemak dan diteliti sama ada memenuhi keperluan / syarat minima yang telah ditetapkan semasa tawaran dikeluarkan. (borang yang tidak lengkap, tidak akan diproses) manakala bagi Jurulatih/Pembantu Jurulatih Semester I & II Sesi 2018/2019, sila isi borang permohonan penyambungan pelantikan sekiranya masih berminat dan kursus yang dimohon ditawarkan pada semester ini. B) Peringkat kedua penyaringan akan dibuat setelah nama-nama calon yang layak disenarai pendekkan dan dipanggil untuk menghadiri bengkel Training of Trainers (TOT). Bengkel ini menitik beratkan tentang pemahaman calon kepada Elemen Kemahiran Insaniah. Calon akan didedahkan dengan elemen tersebut dan bagaimana ia boleh diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Kursus Kokurikulum Berkredit. TOT adalah WAJIB dihadiri oleh calon-calon yang memohon sebagai Jurulatih/Pembantu Jurulatih Pusat Ko Kurikulum. Sijil kehadiran akan dikeluarkan kepada calon yang telah menghadiri T.O.T ini dengan jayanya. 4. SENARAI KURSUS YANG DIBUKA UNTUK PERMOHONAN Berikut adalah senarai kursus yang dibuka untuk permohonan: KO KURIKULUM I: TERAS KESUKARELAWANAN 1 UQB1011 BRIGED SISWA TERAS KESUKARELAWA NAN
KO KURIKULUM II: TERAS DAYA USAHA & INOVASI 1 UQD2011 ROBOCON 2 UQD2021 CREATIVE ART TERAS KEBUDAYAAN 1 UQN2011 MUZIK KOMPANG 2 UQN2021 NASYEED 3 UQN2031 ANYAMAN TERAS KEPIMPINAN 1 UQP2011 KAUNSELOR SISWA 2 UQP2021 IQRA 3 UQP2061 KEPIMPINAN 4 UQP2071 PENGURUSAN MAJLIS 5 UQP2081 PENGURUSAN BENCANA TERAS PENGUCAPAN AWAM 1 UQP2031 DEBATE (BAHASA MELAYU) TERAS KESUKANAN 1 UQS2011 KAYAK 2 UQS2021 TREKKING 3 UQS2031 SILAT OLAHRAGA 4 UQS2041 BOLA SEPAK 5 UQS2051 HOKI 2 6 UQS2061 BOLA BALING 7 UQS2081 ARCHERY 8 UQS2091 FITNESS 9 UQS2121 PAINTBALL 10 UQS2151 GOLF 11 UQS2161 FUTSAL
5. PELAKSANAAN KURSUS Bagi calon-calon yang BERJAYA, surat lantikan akan dikeluarkan oleh Pusat Kokurikulum. Pelaksanaan Kursus Kokurikulum Berkredit Semester I dan II Sesi 2018/2019 adalah seperti maklumat berikut :- Tarikh : Mulai 12 September 2018 21 Disember 2018 (Semester I Sesi 2018/2019) Mulai 28 Januari 2019 10 Mei 2019 (Semester II Sesi 2018/2019) Hari : i) Setiap hari Rabu (Hari Kokurikulum) a) 3.00 5.00 petang ; atau b) 5.00 7.00 petang ; atau ii) Setiap hari Sabtu 6. BAYARAN KEPADA JURULATIH/PEMBANTU JURULATIH Kadar bayaran bagi Jurulatih/Pembantu Jurulatih adalah seperti berikut: JURULATIH Kategori Khidmat Syarahan (S) Amali (A) Kadar Bayaran RM80.00 sejam RM40.00 sejam Tertakluk pada bayaran maksimum RM1400.00 bagi setiap seksyen per satu semester PEMBANTU JURULATIH Kategori Khidmat Kadar Bayaran Amali (A) RM40,00 sejam Outdoor (OD) RM25.00 sejam Tertakluk pada bayaran maksimum RM700.00 bagi setiap seksyen per satu semester 7. SYARAT PERMOHONAN i. Warganegara Malaysia ii. Berumur tidak kurang dari 21 tahun dan ke atas iii. Boleh membaca, menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. iv. Pelajar IPT yang masih berada dalam pengajian (Ijazah dan kebawah) adalah tidak layak memohon. v. Memiliki Diploma/Ijazah atau sijil - sijil yang berkaitan atau pengalaman mengikut bidang kursus yang dipohon. vi. Sihat tubuh badan (Keutamaan diberikan kepada calon yang berkebolehan mengendalikan kursus dan latihan serta dapat memberi komitmen yang tinggi terhadap mahasiswa).
8. CARA MEMOHON Pemohon yang berminat diminta mengemukakan permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Jurulatih / Pembantu Jurulatih yang boleh diperolehi dari PUSAT KOKURIKULUM, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG atau di pautan http://saffad.ump.edu.my/index.php/en/muat-turun/ko-q Sila sertakan bersama resume dan sijil- sijil yang berkaitan. Permohonan tersebut hendaklah dialamatkan kepada; Dekan Pembangunan Pelajar Pusat Kokurikulum Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Malaysia Pahang Lebuhraya Tun Razak 26300, Gambang, Kuantan PAHANG DARUL MAKMUR (u.p Eksekutif Kanan) Permohonan juga boleh dikemukakan melalui e-mel kepada pihak Pusat Kokurikulum, Universiti Malaysia Pahang. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar SEBELUM ATAU PADA 31 JULAI 2018 (SELASA) 9. PERTANYAAN Sebarang pertanyaan dan maklumat boleh menghubungi : 1. Puan Roshaidah Binti Mahusin (09-5493158) / aida@ump.edu.my 2. Encik Darolhisam Bin Darus (09-5493160) / darolhisam@ump.edu.my 3. Cik Nur Rusydah binti Mohd Ashuri (09-4245713) / nurrusydah@ump.edu.my 10. PERHATIAN (i) (ii) (iii) Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima atau tidak mengikut peraturan yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Calon yang dipilih dalam penyaringan akan dipanggil untuk menghadiri bengkel Training of Trainers (T.O.T) melalui surat atau email. Permohonan yang tidak mendapat apa apa jawapan selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Sekian, terima kasih.