KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA DIRECTOR GENERAL OF HEALTH MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
,ffi, 1. Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA BAHAGIAN HAB HALAL PEKELILING PENSIJILAN HALAL MALAYSIA BIL. 1 TAHUN 2012

BAYARAN PASPORT DAN VISA BAGI PEGAWAI YANG DILULUSKAN MENGIKUTI KURSUS JANGKA SEDERHANA DAN KURSUS JANGKA PANJANG DI LUAR NEGARA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2006

SURAT PEKELILING BENDAHARI

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

1. Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat am seperti berikut : 1.2 Telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM);

GARIS PANDUAN MEMOHON POTONGAN DI BAWAH SEKSYEN 34(6)(ha) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

D.R. 11/97 RANG UNDANG-UNDANG TELEPERUBATAN 1997

BORANG PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian Y.Bhg. Tan Sri/Datuk/Dato /Datin/tuan/puan mengenai perkara di atas.

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2004 SIJIL PENGHARGAAN KEPADA PESARA DAN BEKAS PEGAWAI AWAM

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

MOHD AMRI BIN ABDULLAH

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

PANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 KE GRED DG44 SECARA TIME-BASED

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

KELAYAKAN KEMUDAHAN PERUBATAN UNTUK PESARA (Awam Persekutuan) BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

"KEJUJURAN DAN KETEKUNAN" Ruj. Kami: dlm.ipk.sel Jld.2

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

JPA(S)TT. 71/3/1 ( ) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2009

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

PENUTUPAN AKAUN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) TAHUN 2015

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN LATIHAN PEGAWAI PERUBATAN SISWAZAH SELAMA DUA TAHUN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

PEJABAT BENDAHARI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 4 TAHUN 2014 PENUTUPAN AKAUN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) TAHUN 2014

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERUBATAN

SIJIL SOKONGAN LUAR NEGARA ( Untuk kegunaan kepada pelajar yang berhasrat mengikuti program pengajian di luar negara )

(1) Curriculum Vitae (CV) penuh yang terkini beserta gambar berukuran pasport. CV hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut:

I~ & II~ [ij1msc '-..tntrn..,rtrr.i.

LAPORAN NILAIAN KERJA KAKITANGAN

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

PENYELARASAN WAKTU MENGAJAR BAGI GURU PENYELARAS BESTARI SERTA GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA SEKOLAH (GURU PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH )

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PERMOHONAN KELULUSAN ZONING (LOKASI) BAGI PENUBUHAN UNIT/ PUSAT HEMODIALISIS SWASTA

JPA(L)S. 175/4/1-1 KLT. 8

D.R. 8/94 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TATACARA DAN SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.1 TAHUN 2009

KRITERIA MENJALANI POSTING ELEKTIF DI FASILITI KEMENTERIAN

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 1/1995

Pergigian 1 D.R. 46/2017 RANG UNDANG-UNDANG PERGIGIAN 2017

SKIM PERKHIDMATAN KESIHATAN PELAJAR. (pindaan 2013)

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2006

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

GARIS PANDUAN PELUPUSAN DOKUMEN PEPERIKSAAN DAN HASIL KERJA AMALI PELAJAR

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2007 PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM

Universiti Malaysia PAHANG

Soalan-Soalan Lazim Mengenai Yuran Majlis Peguam

MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi

KERAJAAN MALAYSIA. SURAT PEKELILING AM BIL. 1 TAHUN 2004 Surat Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981 (Tambahan)

MALAYSIA Office of The Registrar

PANDUAN AM MAJLIS KONVOKESYEN UMS KALI KE 17 SELEPAS MAJLIS

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 JLD 11 ( 05 ) 14 November 2011 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 4 TAHUN 2011

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

IKLAN JAWATAN KOSONG JURU X RAY INDIVIDU (WARGANEGARA MALAYSIA) YANG BERKELAYAKAN DIPELAWA UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN DI BAWAH

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA KEWAJIPAN MARUAH INTEGRITI

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA PEKELILING SETIAUSAHA BILANGAN 1 TAHUN 2008 KADAR BARU PERUNTUKAN RAWATAN PERUBATAN

PANDUAN UNTUK PEMOHON FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN

BUKU LOG LATIHAN. Tahun : Kementerian Kesihatan Malaysia. No. K.P. Gred Jawatan :. Tempat Bertugas :

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 1 TAHUN 2011

JPA(S) (BPO)324/8/19 Klt 6 (31) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2013

SURAT PEKELILING AM BIL. 2 TAHUN 1991

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL.8 TAHUN 2011

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2009

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. Sewa Beli - NonBPA

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 5 TAHUN 2012

(PPG/KDPM KDC-Pin.2/2014) No. Pendaftaran Institut...

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING AM BILANGAN 1 TAHUN 2013 PENYERAGAMAN FORMAT KEPALA SURAT BAGI KEMENTERIAN/JABATAN/AGENSI PERSEKUTUAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Transkripsi:

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA DIRECTOR GENERAL OF HEALTH MALAYSIA No. Ruj. : KKM 87/A4/6-6/0 (28) Aras 12, Blok E7, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62590 Putrajaya Tel : 603-88832545 Faks : 603-88895542 E-mail : ismailmerican@moh.gov.my Tarikh : 13 Oktober 2008. Semua Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Semua Pengarah Institusi Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya Pengarah Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia Y. Bhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan, PEKELILING KETUA PENGARAH KESIHATAN BIL. 15/2008: PENGGUNAAN NAMA PENUH DAN NOMBOR PENDAFTARAN DIBAWAH AKTA PERUBATAN 1971 OLEH PENGAMAL PERUBATAN BERDAFTAR DI DALAM URUSAN RASMI 1. TUJUAN: 1.1. Pekeliling ini bertujuan memaklumkan penggunaan nama penuh dengan nombor pendaftaran dibawah Akta Perubatan 1971 oleh pengamal perubatan berdaftar di dalam urusan rasmi. 2. LATARBELAKANG: 2.1. Dewasa ini, penggunaan gelaran doktor atau singkatan Dr. begitu berleluasa sekali. 2.2. Selain perubatan, graduan dari beberapa bidang pengajian lain seperti veterinar, pergigian dan juga doktor falsafah juga turut menggunakan gelaran tersebut. Penggunaan Nama Penuh & Nombor Pendaftaran dengan MPM oleh Pegawai Perubatan 1

2.3. Disamping itu, bidang pengajian yang formal dan diiktiraf oleh kerajaan dan juga badan-badan pelesenan seperti di perenggan 2.2., graduan dari pelbagai bidang pengajian dari dalam dan juga luar negara yang diragui kesahihannya juga turut menggunakan gelaran Dr. bagi menjalankan pelbagai aktiviti licik. Bagi menyukarkan dikesan pihak berkuasa, mereka menggunakan nama yang disingkatkan. 2.4. Gejala mendorong orang lain mempercayai bahawa beliau adalah seorang profesional yang berdaftar dan berkelayakan untuk mengamal profesion tersebut bukan sahaja ujud di dalam dunia perubatan bahkan juga melibatkan profesion-profesion lain. 2.5 Bagi membendung penyelewengan sebegini, sesetengah profesion mewajibkan penggunaan nombor pendaftaran di dalam semua urusan rasmi. 3. PERKARA YANG DIMAKLUMKAN 3.1 Seksyen 32 Akta Perubatan 1971 menetapkan bahawa tiap-tiap orang yang mendapatkan atau cuba mendapatkan dengan cara tipu supaya dirinya atau mana-mana orang lain didaftarkan dengan membuat atau mengemukakan, atau menyebabkan dibuat atau dikemukakan, sesuatu pernyataan atau akuan palsu atau tipu, sama ada secara lisan atau bertulis, adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini. 3.2 Antara perkara yang ditakrif boleh mendorong seseorang mempercayai individu tersebut pengamal perubatan berdaftar digariskan dibawah seksyen 33(1)(a) hingga (c) Akta Perubatan 1971 seperti berikut: (1) Seseorang yang tidak didaftarkan atau tidak dikecualikan daripada pendaftaran dibawah Akta ini yang- (a) bersengaja dan dengan palsu berpura-pura sebagai didaftarkan di bawah Akta ini atau sebagai berkelulusan menjalankan amalan perubatan atau pembedahan; atau (b) bersengaja dan dengan palsu memakai atau menggunakan nama atau titel seorang tabib, doktor, doktor perubatan dan pembedahan, sarjana muda perubatan dan pembedahan, doktor bedah, pengamal am atau tukang ubat; atau (c) bersengaja dan dengan palsu memakai atau menggunakan sesuatu nama, titel, tambahan atau perihal yang memberi faham bahawa dia adalah didaftarkan dibawah Akta ini atau bahawa dia diiktiraf di sisi undang-undang sebagai tabib atau doktor bedah atau siswazah perubatan dan pembedahan dalam perubatan atau seorang tukang ubat; Penggunaan Nama Penuh & Nombor Pendaftaran dengan MPM oleh Pegawai Perubatan 2

3.3 Seksyen 33(2) pula menjelaskan: (a) pemakaian atau penggunaan oleh seseorang akan perkataan doktor atau klinik atau dispensari atau hospital atau sesuatu perkataan yang bersamaan dengan perkataan itu dalam sesuatu bahasa lain berhubungan dengan menjalankan amalan perubatan atau pembedahan hendaklah disifatkan sebagai pemakaian atau penggunaan akan sesuatu nama, titel, tambahan atau perihal yang dimaksudkan untuk mendorong seseorang mempercayai bahawa dia berkelulusan menjalankan amalan perubatan atau pembedahan mengikut kaedah-kaedah sains yang moden 3.4 Bagi mereka yang sabit diatas kesalahan mengelirukan orang ramai ekoran penyalahgunaan atau pemakaian nama atau titel Dr., seksyen 35 Akta Perubatan 1971 menetapkan: (1) (a) bagi kesalahan pertama, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit; dan (b) bagi kesalahan kali kedua atau kali kemudian, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau di dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; (2) Berkenaan dengan sesuatu kesalahan yang berterusan orang itu boleh dikenakan penalti selanjutnya sebanyak lima puluh ringgit bagi tiap-tiap satu hari kesalahan itu diteruskan sebagai tambahan kepada penalti di bawah subseksyen (1) (a) dan (b) itu masing-masing. 3.5 Seringkali, Majlis Perubatan Malaysia (MPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima pertanyaan berkaitan kesahihan sijil cuti sakit dan laporan perubatan serta pendaftaran pengamal perubatan. Namun, ekoran ketiadaan nama penuh serta maklumat lain individu berkenaan, pengesahan tidak dapat dilaksanakan. Ini bukan sahaja menjejaskan imej dan kredibiliti MPM dan juga KKM tetapi menyulitkan pihak pemohon maklumat tersebut. 3.6 Penyamaran dan penipuan ini juga mendatangkan pelbagai implikasi negatif. Selain pelbagai kemudaratan dan kesengsaraan kepada orang ramai, kewibawaan pengamal perubatan berdaftar menjadi tergugat, kualiti perkhidmatan kesihatan akan merosot, penjagaan kesihatan pesakit terjejas dan kesihatan orang ramai akan terancam. Seterusnya, dikhuatiri keadaan ini juga akan memberi impak negatif kepada industri kesihatan pelancongan negara. 3.7 Menyedari keperluan membendung gejala sebegini dari terus berleluasa, MPM yang bersidang pada 10 September 2008 lalu memutuskan semua pengamal perubatan yang berdaftar penuh perlu menggunakan nama penuh serta memasukkan nombor Perakuan Pendaftaran Penuh di dalam semua urusan Penggunaan Nama Penuh & Nombor Pendaftaran dengan MPM oleh Pegawai Perubatan 3

rasmi mereka berkuatkuasa 01 Januari 2009. Ini merangkumi penggunaan cop nama dan kad panggilan. 3.8 Bagi pengamal yang hanya berdaftar sementara dibawah seksyen 16 Akta Perubatan 1971, mereka boleh menggunakan nombor Perakuan Amalan Sementara. Namun, mereka masih perlu menggunakan nama penuh. 3.9 Bagi pengamal perubatan yang belum berdaftar penuh, mereka boleh menggunakan nombor Perakuan Pendaftaran Sementara semasa menjalani latihan siswazah dan mereka masih terikat menggunakan nama penuh. Walaubagaimanpun golongan ini samasekali tidak dibenarkan memperakukan sebarang dokumen rasmi seperti sijil cuti sakit, laporan perubatan, sijil kematian dan sebagainya kerana ini adalah bertentangan dengan seksyen 27 Akta Perubatan 1971 yang termaktub seperti berikut: 27. Tiada sesuatu perakuan atau sesuatu suratan lain yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang bertulis supaya ditandatangani oleh seseorang pengamal perubatan yang berkelulusan dengan sepatutnya dan yang diberi selepas Akta ini mula berkuatkuasa boleh menjadi sah melainkan jika ditandatangani oleh seorang pengamal perubatan berdaftar penuh. 3.10 Berdasarkan nama penuh dan nombor pendaftaran seseorang pengamal perubatan, orang ramai boleh mengesahkan pendaftaran mereka dengan melayari laman web MPM di alamat: http://mmc.gov.my/ pada bahagian Medical Register. 3.11 Diyakini pendekatan sebegini akan dapat mengurangkan gejala penyamaran dan penipuan oleh individu yang tidak berkelayakan dan bertanggung-jawab mengguna gelaran Dr bagi menjalankan pelbagai aktiviti licik. 4. PELAKSANAAN/TINDAKAN 4.1. Adalah menjadi tanggung-jawab setiap Ketua Jabatan untuk: a. Memaklumkan pelaksanaan Pekeliling ini kepada semua pengamal perubatan berdaftar dibawahnya; b. Membekal cop nama (atau rubber stamp) yang mengandungi butiran nama penuh berserta nombor pendaftaran dibawah Akta Perubatan 1971 kepada semua pengamal perubatan berdaftar dibawahnya; dan c. Memastikan semua pengamal perubatan berdaftar menggunapakai nama penuh dengan nombor pendaftaran dibawah Akta Perubatan 1971 di dalam semua urusan rasmi berkuatkuasa 01 Januari 2009. Penggunaan Nama Penuh & Nombor Pendaftaran dengan MPM oleh Pegawai Perubatan 4

5. PEMAKAIAN DAN TARIKH KUATKUASA 5.1. Pelaksanaan Surat Pekeliling ini adalah berkuatkuasa pada 01 Januari 2009. 6. PERTANYAAN: 6.1. Sebarang pertanyaan mengenai Pekeliling ini boleh dirujuk kepada: Setiausaha, Majlis Perubatan Malaysia, Aras 2, Blok E-1, Blok E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62518 PUTRAJAYA. No. Tel : 03 8883 1400 atau 1410 No. Fax : 03 8883 1406 E-mail : admin@mmc.gov.my Sekian. Terima kasih. Yang ikhlas, TAN SRI DATO SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL MERICAN Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia s.k. Ketua Setiausaha Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan) Penggunaan Nama Penuh & Nombor Pendaftaran dengan MPM oleh Pegawai Perubatan 5

Pengarah Perkembangan Perubatan Pengarah Amalan Perubatan Setiausaha Majlis Perubatan Malaysia Penggunaan Nama Penuh & Nombor Pendaftaran dengan MPM oleh Pegawai Perubatan 6