STQS1124 STATISTIK II

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SEMESTER /2015 TUGASAN BERKUMPULAN

CADANGAN MENYEDIAKAN KEMUDAHAN PERKHIDMATAN BAS KEPADA PELAJAR POLITEKNIK SARAWAK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

...U- UNlVERSlTl SAlNS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2003/2004. September / Oktober 2003

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Penerbit UTHM Cetakan Pertama 2011

STATISTIK DALAM PENYELIDIKAN MBE UJIAN T

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

PERSEPSI PENAGIH, IBUBAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP DADAH. oleh

Koperasi Pengangkutan

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. I. Mengenal pasti strategi membaca teks yang paling kerap dan biasa digunakan

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Peranan Industri Penerbitan terhadap Pembangunan Ekonomi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan

PERMASALAHAN DI KALANGAN GURU BERKELUARGA YANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI

Katakunci : pengurusan konflik, peserta program khas pensiswazahan, guru besar

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

JAL 533/ JAJ 433/3 Kajian Ekonomi Lebuhraya & Pengangkutan

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

ATW Statistik Perniagaan ATW Kaedah Kuantitatif

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

LAPORAN PENYELIDIKAN

UNlVERSlTl SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2004/2005. Oktober Masa : 3 jam

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

Sustainable Education 54

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

METODOLOGI KAJIAN TINDAKAN KUANTITATIF

BAB IV TAHAP LITERASI POLITIK DAN KERENGGANGAN TERHADAP PARTI: TINJAUAN TERHADAP DATA-DATA SURVEI SEBELUM PRU 12

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

UNlVERSlTl SAWS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2003/2004. FebruarVMac Masa: [3 jam]

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

OREIENTASI PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM DI PENCAPAIAN DALAM AKADEMIK

TAJUK : OPEN SOURCE SOFTWARE ( PERISIAN SUMBER TERBUKA)

METODOLOGI KAJIAN TINDAKAN KUANTITATIF

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : Nor Azlina binti Abd Rahim. No.Matrik : EDMH Program : Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia)

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

UNlVERSlTl SAlNS. Kursus Semasa Cuti Panjang Sidang Akademik 2003/2004. April Masa : 3 jam

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Faktor-faktor Yang Menyumbang kepada Kecemerlangan Akademik Pelajar di Universiti Teknologi Malaysia

Abstrak PENGENALAN. Latar belakang Kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

SISTEM PENDAFTARAN CITRA

PERSEPSI TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PERSEPSI DAN SIKAP PELAJAR MELAYU TERHADAP MODUL BAHASA KEBANGSAAN A DI KUIS

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA LISAN . KHAMIS, 19 JUN 2014 L11 [PR-1322-L62909]

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

JAL 331/3 Kejuruteraan Pengangkutan dan Lalulintas

Pengupayaan dalam pengurusan moden, merupakan komponen yang memainkan peranan penting ke arah keberkesanan dan kejayaan sesebuah organisasi.

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

Tahap Kefahaman Warga UiTM Terhadap Konsep Wakaf: Kajian Kes di Zon Tengah (Selangor, Perak dan Negeri Sembilan)

Katakunci : persediaan guru pelatih, keperluan modal insan

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

STATISTIK ASAS. Nordin Tahir Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ipoh

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

KAJIAN PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PELAKSANAAN KLINIK 1MALAYSIA

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

AMALAN-AMALAN ISLAM DAN KESANNYA TERHADAP PELAJAR ALIRAN AGAMA KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA PARIT RAJA BATU PAHAT, JOHOR KHAIRIAH BINTI SULAIMAN

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT. i ii iii iv v vi vii xv xviii xix

Fakulti Kejuruteraan Elektrik

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

ABSTRAK. persampelan tersebut yang melibatkan persampelan rawak mudah dan sistematik.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : No. Matrik : Program :

Katakunci : faktor, guru PKPG, melanjutkan pelajaran

ABSTRAK. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan sebuah organisasi yang. unik jika dibandingkan dengan organisasi/badan-badan beruniform yang lain

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Kursus Semasa Cuti Panjang Sidang Akademik 2004/2005. Mei Masa : 3 jam

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

Gaya Pembelajaran Guru Pelatih Kursus Pengajian Lepasan Ijazah Maktab Perguruan Batu Lintang. oleh. Nazamud-din Bin Alias Jabatan Penyelidikan ABSTRAK

Haji Sulaiman bin Kaiat, Ketua Bahagian Sistem Maklumat dan Puan Kamariah binti Abu Samah, Ketua Pusat Dokumentasi Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka

Laporan. Kajian Pengesanan Graduan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. LAPORAN SKPG 2015 (Graduan 2014)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

BAB 1 PEYEMAKAN SEMULA SENARAI NILAIAN DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

Transkripsi:

STQS1124 STATISTIK II KAJIAN MENGENAI BILANGAN KENDERAAN (KERETA DAN MOTOSIKAL) YANG DIMILIKI OLEH KELUARGA PELAJAR PPSM TAHUN 2 DISEDIAKAN OLEH: KUMPULAN: 1G BIL. NAMA NO. MATRIKS 1. NOOR FAZIRAH BINTI JAMAL@JAMALUDIN A154202 2. NUR HIDAYAH BINTI RAZALI A152879 3. NUR SYAHIRA LYANA BINTI MOHAMAD NOOR LEE A153962 4. SITI AIDA BINTI MUHAMAD A152797 DISEDIAKAN UNTUK: PUAN ROFIZAH BINTI MOHAMMAD

1.0 Abstrak Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat tentang bilangan kenderaan, iaitu kereta dan motosikal bagi keluarga pelajar PPSM Tahun 2 dan hubungannya terhadap masalah kesesakan lalu lintas. Kaji selidik telah dijalankan dalam kalangan pelajar Pusat Pengajian Sains Matematik Tahun 2, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan sebanyak 30 orang pelajar telah dipilih secara rawak berkadar sebagai sampel kajian. Hasil kajian mendapati bahawa kesesakan lalu lintas yang berlaku dipengaruhi oleh bilangan kenderaan yang dimiliki oleh sesebuah keluarga. Selain itu, hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti daripada pengguna tidak bersedia untuk mempertimbangkan penggunaan pengangkutan awam sebagai alternatif kepada penggunaan pengangkutan persendirian. Hal ini turut menyumbang kepada masalah kesesakan lalu lintas. Kajian turut mendapati bahawa majoriti responden memiliki bilangan kereta yang tinggi dan bilangan motosikal yang rendah. 2.0 Pendahuluan Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mendapatkan bilangan kenderaan, iaitu kereta dan motosikal yang dimiliki oleh sesebuah keluarga bagi pelajar Pusat Pengajian Sains Matematik Tahun 2, UKM dan hubungannya terhadap masalah kesesakan lalu lintas. Bilangan kenderaan yang dimiliki oleh sesebuah keluarga mempengaruhi kekerapan penggunaan kenderaan tersebut. Dalam era modenisasi, setiap isi rumah memerlukan kenderaan sendiri untuk tujuan masing-masing. Jadi, purata kenderaan yang dimiliki oleh sesebuah keluarga dapat dianggarkan melalui purata isi rumah. Pengangkutan merupakan perkhidmatan yang penting dalam kehidupan untuk mengangkut barangan dan manusia. Kebanyakan negara sedang membangun percaya bahawa jaringan jalan raya dan perkhidmatan pengangkutan untuk penumpang dan barangan merupakan syarat mutlak untuk mendaki ke puncak ketinggian tamadun dan keselesaan hidup (Abd Rahim Md Nor & Mazdi Marzuki, 2000;251). Di bandar, sebahagian besar penyediaan kemudahan adalah untuk memenuhi permintaan bergerak daripada pengguna, dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Antaranya untuk menghubungkan pengguna ke tempat kerja, pusat perkhidmatan, sekolah dan institusi pengajian, dan sebagainya. Penyediaan mod pengangkutan yang pelbagai adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk memilih mod pengangkutan yang lebih mesra pengguna, selamat, selesa dan ekonomik. Pengangkutan juga dilihat sebagai pemangkin yang mampu melonjakkan

pembangunan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi sejajar dengan matlamat untuk meningkatkan pengeluaran barangan dan perkhidmatan, penjanaan, guna tenaga dan pembangunan masyarakat seluruhnya (Abd Rahim Md Noor 2002). Namun, pengangkutan yang wujud turut memberi impak yang negatif. Penggunaan kenderaan bermotor merupakan penyumbang kepada masalah kesesakan lalu lintas, meningkatkan risiko kemalangan jalan raya serta mewujudkan isu-isu alam sekitar, seperti penipisan lapisan ozon, hujan asid, pencemaran bunyi, pencemaran udara dan kesan rumah hijau. Jika dilihat pada jumlah kereta yang didaftarkan di Malaysia, pada tahun 2008, lebih daripada 500,000 kereta baru telah didaftarkan. Bilangan kereta yang didaftarkan terus meningkat sehingga tahun 2012, di mana sebanyak 628,239 kereta baru telah didaftarkan. Namun, pada tahun 2013 berlaku sedikit penyusutan sebanyak 45,179 (Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, http://www.jpj.gov.my/statistik-pendaftaran-motokar, 2016). Bagi pelajar Pusat Pengajian Sains Matematik Tahun 2, setiap ahli keluarga secara purata memiliki tiga buah kereta dan dua buah motosikal. Angka ini menunjukkan bahawa hampir setiap keluarga mempunyai lebih daripada sebuah kereta dan lebih daripada sebuah motosikal. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa sesetengah orang mungkin tidak selalu memandu disebabkan keperluan, tetapi kerana pilihan (Handy, Weston & Mokhtarian, 2005). Ini adalah kerana ciri-ciri kereta itu sendiri yang mempunyai nilai psiko-sosial, yang boleh mempengaruhi semua orang untuk menggunakan kereta dan tidak mahu menggunakan mod pengangkutan yang lain (Garling & Axhausen, 2003). Justeru, pihak kerajaan perlulah meningkatkan dasar pengangkutan yang mengurangkan pergantungan memandu kereta dan motosikal dengan menyediakan alternatif selain daripada memandu. 3.0 Objektif Kajian Secara keseluruhannya, kajian ini dijalankan untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas dengan: 1. Mendapatkan maklumat mengenai bilangan kenderaan, iaitu kereta dan motosikal yang dimiliki oleh keluarga pelajar PPSM Tahun 2 yang terpilih. 2. Mengkaji hubungan antara bilangan kenderaan yang dimiliki oleh keluarga pelajar PPSM Tahun 2 terhadap masalah kesesakan lalu lintas.

3. Mengkaji hubungan antara bilangan kenderaan yang dimiliki oleh keluarga pelajar PPSM Tahun 2 terhadap kekerapan penggunaan pengangkutan awam. 4. Menganalisis perkadaran bilangan kereta bagi keluarga pelajar PPSM Tahun 2. 5. Menganalisis perkadaran bilangan motosikal bagi keluarga pelajar PPSM Tahun 2. 4.0 Kaedah Kajian Seramai 30 responden telah dipilih untuk kajian ini dengan menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah. Pemilihan sampel telah dibuat berdasarkan jumlah pelajar Pusat Pengajian Sains Matematik Tahun 2 seramai 90 orang (dengan 95% aras keyakinan dan 5% ralat margin). Borang soal selidik diedarkan kepada setiap pelajar yang terpilih. Responden diberi borang kaji selidik dengan beberapa soalan untuk mendapatkan maklumat mengenai bilangan kereta dan motosikal yang dimiliki. Antara pemboleh ubah yang digunakan sebagai instrumen kajian adalah seperti berikut: Jenis kenderaan yang dimiliki oleh keluarga. Bilangan kenderaan yang dimiliki oleh keluarga. Kekerapan penggunaan kenderaan tersebut oleh keluarga. Jenama kenderaan yang dimiliki oleh keluarga serta jenama kenderaan yang diminati oleh responden. Penggunaan pengangkutan persendirian atau pengangkutan awam.

5.0 Analisis Kajian Hasil analisis menunjukkan bahawa 80% keluarga responden menggunakan kereta sebagai pengangkutan utama berbanding 20% yang menggunakan motosikal. Keputusan ini menunjukkan bahawa keluarga responden sangat bergantung pada penggunaan kereta dalam kehidupan seharian (Rajah 1). Rajah 1. Kekerapan penggunaan kereta dan motosikal bagi keluarga pelajar PPSM Tahun 2. Daripada hasil kajian, didapati bahawa sebanyak 15 buah keluarga memiliki kereta dan motosikal buatan tempatan dan selebihnya memiliki kereta dan motosikal buatan tempatan dan luar negara. Tiada keluarga yang mempunyai kenderaan buatan luar negara sahaja (Rajah 2). Rajah 2. Jenis kenderaan yang dimiliki oleh keluarga pelajar PPSM Tahun 2.

Seterusnya, majoriti responden mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk memiliki kenderaan buatan luar negara. Hal ini dipengaruhi oleh faktor-faktor kenderaan itu sendiri seperti reka bentuk, keselesaan, keselamatan, kualiti serta kecanggihan teknologi yang digunakan pada kenderaan tersebut. Namun, terdapat responden yang memilih kenderaan buatan tempatan disebabkan oleh harga yang berpatutan serta sokongan mereka terhadap barangan buatan tempatan. Sebahagian besar keluarga responden menggunakan kenderaan persendirian sebagai mod pengangkutan utama. Hanya sebuah keluarga yang menggunakan pengangkutan awam yang merupakan alternatif kepada penggunaan kenderaan persendirian. 5.1 Pengujian hipotesis bagi min Kesesakan lalu lintas yang berlaku adalah disebabkan oleh pertambahan bilangan kenderaan dalam sesebuah keluarga. Majoriti isi rumah memerlukan kenderaan sendiri untuk tujuan masing-masing. Berdasarkan Laporan Kajian Indeks Kesejahteraan Keluarga di Malaysia, 67% responden mempunyai bilangan ahli isi rumah sebanyak 5 orang. Maka, purata bagi bilangan kereta dan motosikal yang dimiliki oleh sesebuah keluarga adalah 5 dan situasi ini didakwa akan menyebabkan kesesakan lalu lintas. Sebagai bukti, satu sampel rawak bersaiz 30 telah dipilih dan diuji dan didapati purata bilangan kereta dan motosikal adalah 5 dengan varians 6.62. Uji dakwaan tersebut pada = 0.05. H0 : 5 H1 : 5 = 0.05 Ujian Min populasi, Pemboleh ubah rawak, X Bilangan kenderaan bagi sesebuah keluarga. Ujian 2-hujung Saiz n Min Varians S 2 Nilai-Z (statistik ujian) Kb (nilai-p) 30 5 6.62 0.0000 1.0000 Jadual 1. Ujian-Z bagi menunjukkan min sampel bilangan kenderaan bagi keluarga pelajar PPSM Tahun 2.

Berdasarkan Teorem Had Memusat, jika 2 tidak diketahui dan n 30, maka taburan Normal digunakan bagi memperoleh statistik ujian. Jadual 1 menunjukkan hasil ujian-z bagi min sampel bilangan kenderaan yang dimiliki oleh keluarga pelajar PPSM Tahun 2. Memandangkan nilai-z = 0.000 adalah lebih kecil daripada nilai genting=1.96 dengan nilai-p = 1.000 lebih besar daripada nilai- = 0.05, maka kita gagal untuk menolak H0. Terdapat bukti yang cukup untuk menyokong dakwaan bahawa bilangan kenderaan bagi keluarga pelajar PPSM Tahun 2 mempengaruhi kesesakan lalu lintas di Malaysia pada aras keertian 0.05. 5.2 Pengujian hipotesis bagi varians Majoriti penduduk di Malaysia lebih gemar menggunakan pengangkutan persendirian berbanding pengangkutan awam. Dakwaan bahawa kekerapan penggunaan pengangkutan persendirian dipengaruhi oleh bilangan kenderaan yang dimiliki oleh sesebuah keluarga dengan min dan varians masing-masing adalah 6. Dalam satu sampel rawak dengan n=30, nilai min dan sisihan piawai bagi bilangan kereta dan motosikal ialah 5 dan 6.62. Berdasarkan maklumat ini, uji dakwaan bahawa kekerapan penggunaan pengangkutan persendirian adalah lebih besar daripada 6 dengan menggunakan = 0.05. H0 : 2 6 H1 : 2 6 = 0.05 Ujian Varians populasi, 2 Pemboleh ubah rawak, X Kekerapan penggunaan pengangkutan persendirian bagi keluarga. sesebuah Ujian 1-hujung (sebelah kanan) Saiz n Min Varians S 2 2 Nilai- (statistik ujian) Kb (nilai-p) 30 5 6.62 31.9967 0.30 2 Jadual 2. Ujian- bagi menunjukkan varians kekerapan penggunaan pengangkutan persendirian bagi sesebuah keluarga.

Nilai statistik ujian 2 31. 9967 adalah lebih kecil berbanding nilai genting = 42.557, iaitu nilai-p = 0.30 > = 0.05. Maka, kita gagal untuk menolak H0. Terdapat data yang mencukupi untuk menyokong dakwaan bahawa kekerapan penggunaan kenderaan persendirian dipengaruhi oleh bilangan kenderaan yang dimiliki oleh keluarga pelajar PPSM Tahun 2 pada aras keertian = 0.05. 5.3 Pengujian hipotesis bagi perkadaran bilangan kereta Laporan Statistik Pengangkutan Malaysia 2015 mengatakan bahawa sebanyak 59% buah kereta yang berdaftar terdapat di Malaysia. Bagi menguji dakwaan tersebut, satu sampel rawak 30 pelajar Pusat Pengajian Sains Matematik Tahun 2 telah diambil dan diuji. Didapati bahawa perkadaran sampel adalah 63% di mana jumlah bilangan kenderaan adalah sebanyak 142. Bolehkah kita simpulkan bahawa perkadaran bilangan kereta di Malaysia adalah berbeza daripada laporan berkenaan? Uji pada aras keyakinan 0.05. H0 : p 0. 59 H1 : p 0. 59 = 0.05 Ujian populasi, p Pemboleh ubah rawak, X Bilangan kereta yang terdapat di Malaysia. Ujian 2-hujung Saiz n populasi, p p Nilai- Z (statistik ujian) Kb (nilai-p) 142 0.59 0.63 0.97 0.332 Jadual 3. Ujian-Z bagi menunjukkan perkadaran bilangan kereta yang terdapat di Malaysia. Nilai statistik ujian-z = 0.97 adalah lebih kecil daripada nilai genting = 1.96, iaitu nilai-p = 0.332 adalah lebih besar daripada nilai- = 0.05, maka kita gagal untuk menolak H0. Data ini tidak memberikan bukti yang mencukupi untuk menolak dakwaan bahawa sebanyak 59% kereta yang terdapat di Malaysia pada aras keertian 0.05.

5.4 Pengujian hipotesis bagi perkadaran bilangan motosikal Laporan Statistik Pengangkutan Malaysia 2015 mengatakan bahawa sebanyak 41% buah motosikal yang berdaftar terdapat di Malaysia. Bagi menguji dakwaan tersebut, satu sampel rawak 30 pelajar Pusat Pengajian Matematik Tahun 2 telah diambil dan diuji. Didapati bahawa perkadaran sampel adalah 37% di mana jumlah bilangan kenderaan adalah sebanyak 142. Bolehkah kita simpulkan bahawa perkadaran bilangan motosikal di Malaysia adalah berbeza daripada laporan berkenaan? Uji pada aras keyakinan 0.05. H0 : p 0. 41 H1 : p 0. 41 = 0.05 Ujian populasi, p Pemboleh ubah rawak, X Bilangan motosikal yang terdapat di Malaysia. Ujian 2-hujung Saiz n populasi, p p Nilai- Z (statistik ujian) Kb (nilai-p) 142 0.41 0.37-0.97 0.332 Jadual 4. Ujian-Z bagi menunjukkan perkadaran bilangan motosikal yang terdapat di Malaysia. Nilai statistik ujian-z 0. 97 adalah lebih kecil daripada nilai genting=1.96, iaitu nilai-p = 0.332 adalah lebih besar daripada nilai- = 0.05, maka kita gagal untuk menolak H0. Data ini tidak memberikan bukti yang mencukupi untuk menolak dakwaan bahawa sebanyak 41% motosikal yang terdapat di Malaysia pada aras keertian 0.05.

6.0 Kesimpulan Kajian ini menunjukkan bahawa bilangan kenderaan yang dimiliki oleh keluarga pelajar Pusat Pengajian Sains Matematik Tahun 2 mempengaruhi kesesakan lalu lintas. Situasi ini menyebabkan jumlah kenderaan di atas jalan raya meningkat lalu menyebabkan masalah kesesakan lalu lintas. Kajian turut mendapati bahawa bilangan kenderaan yang dimiliki oleh sesebuah keluarga itu mempengaruhi kekerapan penggunaan pengangkutan persendirian. Apabila bilangan kenderaan dalam sesebuah keluarga meningkat, kekerapan untuk menggunakan pengangkutan awam adalah berkurangan. Hal ini berlaku disebabkan oleh kecukupan bilangan kenderaan yang boleh digunakan oleh setiap ahli keluarga dan hal ini turut menyumbang kepada masalah kesesakan lalu lintas. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa bilangan kereta di Malaysia adalah tinggi dan bilangan motosikal adalah rendah. Hal ini berlaku disebabkan oleh faktor kereta itu sendiri, iaitu faktor keselamatan dan keselesaan serta faktor pendapatan seseorang. Bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas ini, pihak kerajaan perlulah menambahbaik dasar pengangkutan yang sedia ada supaya dapat mengurangkan kadar pergantungan terhadap penggunaan kenderaan persendirian dengan menyediakan alternatif lain selain daripada memandu. 7.0 Rujukan Bahagian Kependudukan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Laporan Kajian Indeks Kesejahteraan Keluarga Malaysia 2011. www.lppkn.gov.my. November 2013. Haryati Shafii & Sharifah Meryam Shareh Musa. Pengangkutan di Bandar: Isu dan Penyelesaian. http://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/jts/article/viewfile/324/201. 2008. Mazdi Marzuki & Abdul Jalil Ishak. Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar Sekolah: Kajian Kes di Majlis Daerah Tanjong Malim. http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/413/1/. 2006. Na asah Nasrudin, Katiman Rostam & Rosniza Aznie Che Rose. Persepsi Penduduk Shah Alam Terhadap Dasar Pengangkutan dan Kesediaan Menggunakan Pengangkutan Mampan. http://www.ukm.my/geografia/images/upload/12a.geografia-apr2014-naasah1-ed katam.pdf. 2014. Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Jumlah Pendaftaran Motokar Mengikut Tahun. http://www.jpj.gov.my/statistik-pendaftaran-motokar.

8.0 Lampiran KAJIAN MENGENAI BILANGAN KENDERAAN (KERETA DAN MOTOSIKAL) YANG DIMILIKI OLEH KELUARGA PELAJAR PPSM TAHUN 2. BAHAGIAN A: DEMOGRAFI 1. Jantina : Lelaki Perempuan 2. Fakulti/tahun pengajian : 3. Kursus pengajian : 4. Bilangan ahli keluarga : BAHAGIAN B: SOAL SELIDIK 1. Jenis kenderaan yang dimiliki oleh keluarga anda : Kereta Motosikal Kedua-duanya 2. Bilangan kenderaan yang dimiliki oleh keluarga anda : i. Kereta : ii. Motosikal : 3. Kenderaan yang sering digunakan oleh keluarga anda : Kereta Motosikal 4. Jenis kenderaan : Tempatan Luar negara Kedua-duanya 5. Pada pendapat anda, apakah jenis kenderaan yang lebih anda gemari? Tempatan Luar negara Sebab : 6. Pengangkutan manakah yang sering digunakan oleh keluarga anda? Pengangkutan awam (bas, teksi, LRT, dll) Pengangkutan persendirian (kereta dan motosikal)