Tatacara Permohonan Majlis Konvokesyen Ke 6, 2018 Politeknik Hulu Terengganu TAHNIAH dan SYABAS kepada graduan sekalian kerana berjaya menamatkan sesi pengajian di Politeknik Hulu Terengganu serta berjaya di dalam kerjaya masing-masing. Kami warga Politeknik Hulu Terengganu, mengalu-alukan kehadiran para graduan ke Majlis Konvokesyen Ke 6 pada 14 Ogos 2018 ini bertempat di Dewan Permata, Hotel Permai, Kuala Terengganu. Permohonan untuk Hadir/Tidak Hadir majlis konvokesyen adalah dengan mendaftar secara online melalui laman sesawang www.pht.edu.my. Bersama ini disertakan tatacara untuk permohonan Hadir/Tidak Hadir majlis konvokesyen. Langkah 1 : Membuat Pembayaran Konvokesyen. Sebelum melakukan proses pendaftaran secara online, graduan hendaklah membuat Pembayaran Konvokesyen seperti butiran dibawah: 1. Bayaran konvokesyen adalah : 1.1 Semua graduan dikenakan Bayaran Konvokesyen, bayarannya adalah RM250.00 (Bayaran pengurusan Diploma/Sijil sebanyak RM200.00 dan yuran seumur hidup Alumni sebanyak RM50.00) 1.2 Bagi graduan yang tidak hadir Majlis Konvokesyen, bayarannya adalah sebanyak RM140.00 (Bayaran pengurusan Diploma sebanyak RM90.00 dan yuran seumur hidup Alumni sebanyak RM50.00 dalam satu resit bayaran) 2. Pembayaran hendaklah dibuat atas nama KOPERASI POLITEKNIK HULU TERENGGANU BERHAD di mana-mana cawangan Maybank seperti yang dinyatakan dibawah. Bil. Nama Bank Nombor Akaun 1. Maybank 563037051155 3. Bayaran boleh dibuat melalui: 3.1 Bayaran di kaunter bank Atau 3.2 CDM (Cash Deposit Machine) Atau 3.3 Fund Transfer (di ATM) 4. Slip asal pembayaran adalah bukti pembayaran Majlis Konvokesyen. Graduan disarankan untuk membuat salinan fotokopi slip pembayaran bagi tujuan keselamatan dokumen. 4.1 Slip pembayaran hendaklah dihantar melalui aplikasi whatsapp kepada No. Telefon Urusetia Konvo PHT iaitu 019 9140916. Sila catatkan Nama, No. Pendaftaran dan No. Kad Pengenalan anda pada slip pembayaran tersebut. 4.2 Graduan mesti melengkapkan Borang Jawapan Penyertaan Konvokesyen melalui pautan utama laman sesawang PHT. 4.3 Urusetia akan mengesahkan status kehadiran dan graduan boleh menyemak secara dalam talian (online). 4.4 Tarikh akhir pengesahan hadir adalah pada 1 Ogos 2018 (Rabu) 5. Slip asal pembayaran/salinan slip pembayaran dan Borang Jawapan Penyertaan Konvokesyen hendaklah dibawa dan dikemukakan kepada urusetia semasa Pendaftaran Graduan.
Langkah 2 : Kaedah Mengakses Sistem. Buka Browser Internet dan taipkan www.pht.edu.my seperti rajah dibawah: Paparan utama akan dihasilkan. Klik pada banner Untuk Permohonan Menghadiri Konvokesyen Kali Ke 6 (Tahun 2018) untuk login graduan. Menu login graduan akan dipaparkan seperti dibawah. Para graduan diminta memasukkan Nombor Kad Pengenalan Dan Nombor Pendaftaran untuk proses permohonan hadir/ tidak hadir. Sekiranya graduan terlupa nombor pendaftaran, sila rujuk pada slip peperiksaan atau berhubung terus Urusetia konvokesyen. Setelah memasukkan maklumat diatas, sila klik butang Mohon untuk memaparkan menu pengesahan dan seterusnya. Pada menu ini, para graduan diminta membaca dengan teliti Peraturan dan Syarat Majlis Konvokesyen dan Tatacara Permohonan melalui online. Ini boleh dicapai dengan meng klik menu Peraturan dan Syarat Majlis Konvokesyen dan menu Tatacara Permohonan Hadir/Tidak Hadir Melalui Online.
Untuk proses permohonan, graduan diminta meng klik menu Permohonan Menghadiri Konvokesyen. Hasilnya adalah seperti dibawah. Sila Pilih samada graduan bersetuju atau tidak bersetuju menghadiri konvokesyen. Sila Buat Pilihan: Hadir/Tidak Hadir Sekiranya graduan Bersetuju/Tidak Bersetuju, maklumat seterusnya perlulah dilengkapkan :. Setelah semua maklumat dimasukkan, sila klik butang Setuju untuk proses seterusnya. Proses yang berjaya akan memaparkan menu seperti dibawah.
Seterusnya, graduan diminta klik menu untuk kembali ke Menu Utama untuk proses mencetak borang permohonan atau Cetak Surat Hadir/Tidak Hadir Konvo untuk dihantar ke PHT. Langkah 3: Mencetak Borang Permohonan. Kembali ke Menu Utama untuk mencetak borang permohonan untuk hadir/tidak hadir ke majlis konvokesyen. Sila lihat rajah dibawah. Hasil cetakan adalah seperti berikut. - CONTOH -
Graduan juga perlu mencetak Borang Kajian Pengesanan Graduan TVET 2018 dan lengkapkan maklumat pada borang berkenaan. Langkah 5 : Proses Menghantarkan Borang Jawapan Bagi Graduan yang TIDAK HADIR Setelah selesai semua proses diatas dilaksanakan, semak senarai dokumen yang perlu dihantar kepada Urusetia Konvokesyen PHT. Borang berserta salinan asal slip pembayaran melalui bank (sila catatkan Nama, No. Pendaftaran & No. Kad Pengenalan graduan di atas slip bayaran tersebut) hendaklah dihantar ke alamat berikut: Urusetia, Majlis Konvokesyen Ke 6 Politeknik Hulu Terengganu 21700, Kuala Berang Terengganu Sila tuliskan jabatan pengajian pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat jawapan dan kembalikan surat ini kepada Urusetia sebelum atau pada 1 Ogos 2018 (Rabu). Sebarang pertanyaan: sila hubungi talian 09-682 555 atau 019 9140916 (En. Afandi bin Fikri). Harap Maklum