PANDUAN MENGISI BORANG PERJANJIAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA AMBILAN JUN 2018
BAHAGIAN A i. Borang ini hendaklah dicetak menggunakan : a) Laser Jet Printer b) Kertas saiz A4 (210mm x 297mm) c) Berat kertas 80 Gsm d) Kertas warna PUTIH e) Satu (1) set mengandungi 9 helaian bercetak. f) Borang Perjanjian perlu dicetak sebanyak LIMA (5) SET. ii. Borang Perjanjian yang lengkap diisi (kecuali ruang yang diminta dikosongkan) hendaklah diserahkan semasa Pendaftaran di IPG Kampus. BAHAGIAN B BIL PERKARA KETERANGAN 1. DAKWAT Sila gunakan pena mata bola BERDAKWAT HITAM sahaja. 2. TULISAN Setiap tempat kosong yang diarah untuk diisi di dalam Borang Perjanjian ini hendaklah diisi dengan TULISAN TANGAN dalam HURUF BESAR. Tidak dibenar membuat salinan pendua (fotostat). Salinan karbon (carbon copies) TIDAK boleh digunakan. 3. CUKAI SETEM Pastikan :- Gunakan SETEM HASIL SAHAJA Setiap salinan perjanjian dikenakan setem hasil bernilai RM10.00 (5 KEPING SETEM HASIL BERNILAI RM10.00). 4. SETEM Setem hasil RM10.00 ditampal di penjuru kanan atas muka hadapan borang (seperti contoh). Setem Hasil TIDAK PERLU dimatikan. 2
5. DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN Sila sertakan dokumen-dokumen berikut bersama-sama dengan Borang Perjanjian. ü Kesemua dokumen yang disenaraikan dibawah perlu diisi dalam 2 set Borang Perjanjian sahaja (i viii). Diisi mengikut turutan dokumen seperti yang disenaraikan (Salinan untuk JHEP dan SHEPHL, IPGM) ü Baki 3 set Borang Perjanjian hanya perlu diisi dengan salinan dokumen no. I hingga v (Salinan untuk Pelajar, Penjamin 1 dan Penjamin 2): i. BORANG BUTIRAN PENJAMIN DAN SAKSI ii. SALINAN KAD PENGENALAN PELAJAR disahkan iii. SALINAN SIJIL KELAHIRAN PELAJAR disahkan iv. SALINAN KAD PENGENALAN PENJAMIN 1 disahkan v. SALINAN KAD PENGENALAN PENJAMIN 2 disahkan vi. SALINAN SIJIL AKADEMIK disahkan semuanya a) SPM / SPMV b) SAP (BM JULAI) Jika ada c) STPM / STAM / DIPLOMA vii. SALINAN SURAT TAWARAN (DARI SURAT ASAL) disahkan (akan diserahkan kemudian) viii. BORANG PEMERIKSAAN KESIHATAN (Pin. 1/2013) 6. PENGESAHAN SALINAN SIJIL Salinan sijil perlu disahkan oleh PEGAWAI KERAJAAN Kumpulan A / PEGAWAI YANG DIBERI KUASA PERUNDANGAN seperti syarat-syarat saksi. (rujuk no. 16) 7. TARIKH PERJANJIAN 8. MAKLUMAT PELAJAR DAN PENJAMIN Dikosongkan (akan dimaklumkan kemudian oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar) Isikan nombor kad pengenalan dan alamat tetap Tidak dibenar menggunakan alamat rumah sewa / kuarters / alamat rumah orang lain. (Sila lihat syarat-syarat penjamin) 9. NOMBOR RUJUKAN SURAT TAWARAN Kosongkan (akan dimaklumkan kemudian oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar) 10. TANDATANGAN Pelajar, penjamin-penjamin dan saksi-saksi hendaklah menurunkan tandatangan di tempat yang betul. JANGAN tandatangan di ruangan bagi PIHAK KERAJAAN. 3
11. TANDATANGAN RINGKAS (INITIAL) Pelajar dan penjamin-penjamin hendaklah menurunkan tandatangan ringkas (initial) di sebelah kiri Fasal 5; Perkara 5.2 (m/s 7) dalam borang perjanjian. 12. CAP RASMI Semua saksi hendaklah menurunkan cap penuh rasmi nama, jawatan dan jabatan. 13. KESILAPAN MENGISI BORANG PERJANJIAN Jika berlaku kesilapan, JANGAN memadamkannya dengan pemadam cecair atau pemadam pensel. Sebarang kesilapan hendaklah dipotong dengan SATU garisan sahaja dan ditandatangani ringkas oleh pelajar, penjamin 1 dan penjamin 2 di bahagian kiri borang ditepi ayat yang digaris. Adalah diingatkan bahawa IPG KPM berhak menolak Borang Perjanjian yang didapati kotor atau terlalu banyak kesilapan. 14. PERTUKARAN ALAMAT Pertukaran alamat pelajar dan penjamin-penjamin perlu dimaklumkan dengan segera kepada IPG KAMPUS (u.p Jabatan Hal Ehwal Pelajar). 15. SYARAT-SYARAT PENJAMIN WARGANEGARA Hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia. PENJAMIN I : v Jika penjamin dari kalangan keluarga ibu atau bapa atau penjaga Ø tiada had umur atau pendapatan Ø Hanya salah seorang ibu atau bapa sahaja boleh jadi penjamin I atau penjamin II. Ø Jika Penjaga: perlu disertakan surat akuan sebagai penjaga. v Jika selain dari ibu atau bapa: Ø Umur hendaklah tidak melebihi 45 tahun Ø Pendapatan mestilah melebihi RM500.00 sebulan PENJAMIN 2 : v Had umur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh perjanjian dimeterai v Pendapatan lebih daripada RM500.00 sebulan (rujuk PUU) 4
16. SYARAT-SYARAT SAKSI WARGANEGARA Semua saksi hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia. JAWATAN i. Saksi yang terdiri daripada PEGAWAI KERAJAAN, hendaklah menjawat jawatan tetap sahaja seperti di dalam senarai saksi di bawah. ii. Bagi saksi yang bukan Pegawai Kerajaan, mereka hendaklah yang diberi kuasa perundangan. SENARAI SAKSI : i. KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (Gred 41 dan ke atas / Kumpulan A ke atas). Semua Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas / Kumpulan A dan ke atas di Kementerian / Jabatan Persekutuan dan Negeri / Pejabat Daerah. ii. PEGAWAI PENDIDIKAN (a) Pensyarah di IPG / IPTA / Politeknik/ Matrikulasi / Kolej Komuniti. (b) Pegawai Pendidikan Negeri / Daerah Gred 41 ke atas. (c) Pengetua di Sekolah Menengah Kerajaan sahaja. (d) Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Kerajaan sahaja. iii. PEGAWAI PERKHIDMATAN PERUBATAN/KESIHATAN (a) Semua doktor yang bertugas di hospital Kerajaan dan di Pusat Kesihatan Kerajaan sahaja. iv. PEGAWAI KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN (a) Semua pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berkhidmat dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan Kerajaan. (Contoh : Hakim, Majistret, Peguam Persekutuan, Penasihat Undang-Undang dan Pendaftar Mahkamah). (b) Semua Peguambela dan Peguamcara. (c) Semua Pesuruhjaya Sumpah. (d) Jaksa Pendamai. 5
v. PEGAWAI BERUNIFORM (a) Tentera Pangkat Kapten ke atas (b) Polis (ASP / Penolong Penguasa dan ke atas / Nombor Kad Pengenalan (bermula huruf G) (c) Pegawai Penjara (Penguasa Penjara dan ke atas) (d) Pegawai Bomba (Penguasa Bomba dan ke atas) (e) Jabatan Perhutanan (Pemelihara Hutan Gred 1 / Pegawai Hidupan Liar) (f) Jabatan Laut (Jurutera Laut dan ke atas). (g) Kastam (Penguasa Kastam dan ke atas). vi) LAIN-LAIN (a) Wakil Rakyat / Senator (b) Penggawa / Penghulu / Ketua Kampung / Ketua Masyarakat / Sidang / Pegawai Pembangunan Mukim / Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) sahaja. (c) SABAH DAN SARAWAK Ketua Kaum / Ketua Anak Negeri / Kapitan / Pemanca / Pegawai Taman Sabah / Tuai Rumah (d) Pengurus FELDA / Pengerusi JKKR (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan) sahaja. (e) Ahli-ahli Majlis Kerajaan Tempatan. * Nota : Cap Rasmi jawatan bagi pihak (b.p) TIDAK DITERIMA v Semua jawatan di syarikat Government Linked Company (GLC), jawatan politik adalah TIDAK LAYAK menjadi saksi. 17 PENGHANTARAN BORANG PERJANJIAN 1. BPPG hendaklah dihantar ke JHEP, pada 24/25 Jun 2018. 2. Kegagalan menyerahkan BPPG dalam tempoh yang ditetapkan, tawaran akan dibatalkan 6