D.R. 30/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997.

dokumen-dokumen yang mirip
Industri Pelancongan (Pindaan) 1 D.R. 44/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Industri Pelancongan 1992.

D.R. 11/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

D.R. 25/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n am a. Suatu Akta untuk meminda Akta Pusat Jagaan DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Perdagangan Strategik (Pindaan) 1 D.R. 3/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Perdagangan Strategik 2010.

Undang-Undang Malaysia

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara D.R. 6/2015

Bantuan Guaman (Pindaan) 1 D.R. 25/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bantuan Guaman 1971.

D.R. 9/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Keretapi DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Mahkamah Rendah (Pindaan) 1 D.R. 21/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Mahkamah Rendah 1948.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan)(No. 2) D.R. 23/2008 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) D.R. 33/2011 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

Pencen (Pindaan) 1 D.R. 32/2011 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Pencen Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 1 D.R. 23/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

RANG UNDANG-UNDANG. bernama. .Suatu Akta untuk meminda Akta Institut Teknologi MARA 1976.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 1 D.R. 15/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 37/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a [ ]

D.R. 20/95 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Penjara (Pindaan) (No. 2) 1 D.R. 10/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Penjara 1995.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan) D.R. 43/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

D.R. 51/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Perbadanan Produktiviti Negara (Pemerbadanan) 1966.

D.R. 7/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Pendidikan (Pindaan) 1 D.R. 29/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Pendidikan 1996.

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 1 D.R. 9/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1 D.R. 4/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

D.R. 10/99 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Penyemakan Undang-Undang DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Pergigian 1 D.R. 46/2017 RANG UNDANG-UNDANG PERGIGIAN 2017

Majlis Keselamatan Negara 1 D.R. 38/2015 RANG UNDANG-UNDANG MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2015

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Ahli Kimia (Pindaan) 1 D.R. 1/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Ahli Kimia 1975.

D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

D.R. 11/97 RANG UNDANG-UNDANG TELEPERUBATAN 1997

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA PILIHAN RAYA 1958

D.R. 44/96 RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN 1996

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Sistem Insurans Pekerjaan 1 D.R. 27/2017 RANG UNDANG-UNDANG SISTEM INSURANS PEKERJAAN 2017

D.R. 8/94 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

D.R. 4/96. Naskhah Sahih Bahasa Kebangsaan RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Angkatan Tentera 1972.

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 1 D.R. 19/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

D.R. 19/90 RANG UNDANG-UNDANG. b ernama. Suatu Akta untuk meminda Akta Eksais [ ]

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

Undang-Undang Malaysia

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 1 D.R. 2/2015 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM 2015

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 8/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n am a. Suatu Akta untuk meminda Akta Paten DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

D.R. 17/99 RANG UNDANG-UNDANG BADAN BERKANUN (KUASA MEMINJAM) 1999

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Undang-Undang Malaysia

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 1 D.R. 33/2010 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA 2010

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Undang-Undang Malaysia

Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 1 D.R. 43/2010

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

Pengangkutan Jalan (Pindaan) 1 D.R. 35/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BAHAGIAN VII AKAUN DAN AUDIT

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 226 AKTA TAMAN NEGARA 1980

D.R. 35/2009 RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2009

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA 1972

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

D.R. 38/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Koperasi DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

BAHAGIAN I PERMULAAN

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Kawalan Harga dan Antipencatutan 1 D.R. 29/2010 RANG UNDANG-UNDANG KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN 2010

D.R. 2/2008 RANG UNDANG-UNDANG AHLI GEOLOGI 2008

Yayasan Labuan 1 D.R. 26/2009 RANG UNDANG-UNDANG YAYASAN LABUAN 2009

D.R. 27/2006 RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA 2006

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 [AKTA 711] NOR FADHILAH AHMAD Penasihat Undang-Undang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

Transkripsi:

D.R. 30/2006 RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a Suatu Akta untuk meminda Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997. DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (Pindaan) 2006. Pindaan seksyen 2 2. Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 [Akta 566], yang disebut "Akta ibu" dalam Akta ini, dipinda dalam takrif "Menteri", dengan menggantikan perkataan "Pendidikan" dengan perkataan "Pengajian Tinggi". Pindaan seksyen 7 3. Seksyen 7 Akta ibu dipinda (a) dalam subseksyen (2) (i) dalam perenggan (d), dengan menggantikan perkataan "Pendidikan" dengan perkataan "Pengajian Tinggi";

Rang Undang-Undang (ii) dengan memasukkan selepas perenggan (d) perenggan yang berikut: "(da) Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran atau wakilnya;"; (iii) dengan menggantikan perenggan (f) dengan perenggan yang berikut: "(f) Ketua Eksekutif; dan"; dan (iv) dalam perenggan (g), dengan menggantikan perkataan "dua" dengan perkataan "lima"; dan (b) dalam subseksyen (3), dengan memotong perkataan "2(f) dan". Pindaan seksyen 11 4. Seksyen 11 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan "berkenaan dengan kanak-kanak di bawah pemeliharaan orang itu atau di bawah jagaan sah orang itu" dengan perkataan "untuk dirinya sendiri atau mana-mana orang lain". Seksyen baru 11A 5. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 11 seksyen yang berikut: "Jaminan kerajaan 11A. Pembayaran balik semua wang yang didepositkan dalam Perbadanan termasuk dividen adalah dijamin oleh Kerajaan dan sekiranya Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan Kumpulan Wang Rizab Perbadanan adalah tidak mencukupi untuk membayar tuntutan yang sah di sisi undang-undang daripada tiap-tiap pendeposit, maka kekurangan itu hendaklah dipertanggungkan pada dan dibayar daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan dan Menteri hendaklah membuat suatu perakuan mengenai kekurangan itu kepada Dewan Rakyat dengan seberapa awal yang mungkin.".

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 3 (Pindaan) Seksyen baru 22A 6. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 22 seksyen yang berikut: "Ketua Eksekutif boleh mengeluarkan perakuan kepada Ketua Polis Negara atau Ketua Pengarah Imigresen untuk melarang pelajar penerima daripada meninggalkan Malaysia dalam hal keadaan tertentu 22A. (1) Ketua Eksekutif boleh, jika dia berpendapat bahawa mana-mana pelajar penerima adalah dijangka atau berkemungkinan untuk meninggalkan Malaysia tanpa membayar apa-apa wang yang kena dibayar kepada Perbadanan, mengeluarkan kepada Ketua Polis Negara atau Ketua Pengarah Imigresen suatu perakuan yang mengandungi amaun yang kena dibayar kepada Perbadanan bersama dengan permintaan supaya pelajar penerima itu dilarang daripada meninggalkan Malaysia melainkan jika dan sehingga dia membayar semua amaun yang kena dibayar kepada Perbadanan atau mengemukakan jaminan yang memuaskan hati Ketua Eksekutif bagi pembayarannya. (2) Tertakluk kepada apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan buang negeri atau imigresen, Ketua Polis Negara atau Ketua Pengarah Imigresen apabila menerima sesuatu permintaan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan mana-mana pelajar penerima hendaklah mengambil atau menyebabkan diambil segala langkah sebagaimana yang perlu untuk melaksanakannya dan langkah yang boleh termasuk penggunaan kekerasan yang munasabah dan penyitaan, pembatalan atau penahanan mana-mana perakuan pengenalan dan apa-apa pasport, permit keluar atau dokumen perjalanan lain yang berhubungan dengan pelajar penerima itu. (3) Jika seseorang pelajar penerima yang berkenaan dengannya suatu perakuan telah dikeluarkan di bawah subseksyen (1) mengemukakan suatu pernyataan bertulis yang ditandatangani pada atau selepas tarikh pengeluaran perakuan itu oleh Ketua Eksekutif atau seorang pegawai diberi kuasa yang bermaksud bahawa wang yang kena dibayar kepada Perbadanan yang dinyatakan dalam perakuan itu telah dibayar

4 Rang Undang-Undang atau bahawa jaminan telah dikemukakan bagi pembayarannya, maka pernyataan atau pembayaran itu, tnengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menjadi kuasa yang mencukupi bagi membenarkan pelajar penerima itu meninggalkan Malaysia. (4) Tiada prosiding undang-undang boleh dimulakan atau dikekalkan terhadap Perbadanan, pegawai dan pekhidmatnya, Kerajaan Malaysia, pegawai polls atau mana-mana pegawai awam berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan secara sah di bawah seksyen ini.' Seksyen baru 23A 7. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 23 seksyen yang berikut: "Had masa bagi tindakan yang berasaskan kontrak bagi pinjaman pendidikan 23A. Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, apa-apa tindakan yang berasaskan kontrak bagi pinjaman pendidikan tidak boleh dibawa selepas tamatnya tempoh dua belas tahun dari tarikh kausa tindakan itu terakru.". Pindaan seksyen 29 8. Seksyen 29 Akta ibu dipinda (a) dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan "membantu" perkataan "Perbadanan dan"; dan (b) dalam subseksyen (1) (i) dengan memasukkan selepas perkataan "oleh" perkataan "Perbadanan atau"; (ii) dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan "oleh" perkataan "Perbadanan atau"; dan (iii) dalam perenggan (b), dengan memasukkan selepas perkataan "dipotong itu kepada" perkataan "Perbadanan atau".

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 5 (Pindaan) Pindaan seksyen 32 9. Seksyen 32 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: " (2) Semasa ketiadaan Pengerusi atas apa-apa sebab, Menteri boleh melantik seorang anggota Lembaga, selain Ketua Eksekutif, untuk menjalankan kewajipan-kewajipan Pengerusi.". - Pemotongan seksyen 36, 37, 38, 39, 40, 41, 42, 43 dan 44 10. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 36, 37, 38, 39, 40, 41, 42, 43 dan 44. Pindaan seksyen 49 11. Subseksyen 49(2) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan (h) perenggan yang berikut: "(ha) tanggungjawab, syarat dan tatacara bagi pemberian pinjaman pendidikan kepada mana-mana pelajar penerima;". Seksyen baru 49A 12. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 49 seksyen yang berikut: "Penalti bagi perundangan subsidiari 49A. Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 49 boleh memperuntukkan bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu sebagai suatu kesalahan dan boleh memperuntukkan penalti denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau tempoh pemenjaraan tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya.".

6 Rang Undang-Undang Seksyen baru 58 dan 59 13. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 57 seksyen yang berikut: "Penjalanan prosiding sivil 58. Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, dalam mana-mana prosiding sivil oleh atau terhadap Perbadanan (a) mana-mana orang yang memegang jawatan sebagai Peguam Persekutuan dan diberi kuasa oleh Peguam Negara bagi maksud itu; atau (b) mana-mana pegawai Perbadanan yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh Pengerusi, boleh, bagi pihak Perbadanan, memulakan, menghadiri dan menjalankan prosiding itu dan boleh membuat dan melakukan kesemua kehadiran, tindakan dan permohonan berkenaan dengan prosiding itu. Kuasa untuk mengkompaun 59. (1) Ketua Eksekutif boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya mengkompaunkan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang melakukan kesalahan itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Eksekutif suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu. (2) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang boleh dibenarkan oleh Ketua Eksekutif, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bilabila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 7 (Pindaan) (3) Jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat dan apa-apa benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan atau dilucuthakkan oleh Ketua Eksekutif, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut. (4) Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Eksekutif di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.". HURAIAN Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 ("Akta 566"). 2. Fasal 1 Rang Undang-Undang ini mengandungi tajuk ringkas Akta yang dicadangkan. 3. Fasal 2 bertujuan untuk meminda takrif "Menteri" dalam seksyen 2 Akta 566 untuk merujuk kepada Menteri yang bertanggungjawab bagi pengajian tinggi berikutan dengan penstrukturan semula Kementerian Pendidikan. 4. Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 7 Akta 566 untuk membuat perubahan kepada keanggotaan Lembaga Pengurusan Perbadanan bagi memperuntukkan pelantikan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran dan Ketua Eksekutif sebagai anggota Lembaga Pengurusan Perbadanan. Pindaan juga dibuat untuk membolehkan Menteri melantik lima orang lagi anggota Lembaga Pengurusan Perbadanan dan bukannya dua walaupun sama ada dia merupakan wakil institut pengajian tinggi atau tidak. 5. Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 11 Akta 566 untuk membolehkan Perbadanan menerima deposit daripada warganegara Malaysia bagi maksud menabung untuk pendidikan tinggi bagi dirinya sendiri atau mana-mana orang lain. 6. Fasal 5 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 1 1A ke dalam Akta 566 untuk memperuntukkan bagi jaminan kerajaan pada semua wang yang didepositkan dalam Perbadanan.

8 RangUndang-Undang 7. Fasal 6 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 22A ke dalam Akta 566 untuk memberi kuasa kepada Ketua Eksekutif untuk mengeiuarkan perakuan kepada Ketua Polis Negara atau Ketua Pengarah Imigresen untuk melarang mana-mana pelajar penerima daripada meninggalkan Malaysia dalam hal keadaan tertentu khususnya apabila sesuatu pinjaman pendidikan tidak dibayar balik atau tertunggak. 8. Fasal 7 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 23A ke dalam Akta 566 untuk melanjutkan tempoh had masa daripada enam tahun di bawah Akta Had Masa 1953 kepada dua belas tahun untuk mendapatkan sesuatu pinjaman pendidikan di bawah Akta ini. 9. Fasal 8 bertujuan untuk meminda seksyen 29 Akta 566 untuk membolehkan majikan membantu Perbadanan di samping Lembaga Hasil Dalam Negeri dengan memotong daripada gaji pelajar penerima pada tiap-tiap bulan bagi menjelaskan pinjaman pendidikannya. 10. Fasal 9 bertujuan untuk meminda seksyen 32 Akta 566 untuk membenarkan Menteri melantik mana-mana anggota Lembaga Pengurusan Perbadanan kecuali Ketua Eksekutif untuk menjalankan kewajipan Pengerusi termasuk mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga Pengurusan Perbadanan semasa ketiadaan Pengerusi atas apa-apa sebab. 11. Fasal 10 bertujuan untuk meminda Akta 566 dengan memotong seksyen 36, 37, 38, 39, 40, 41, 42, 43 dan 44 Akta itu memandangkan bahawa Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 terpakai bagi Perbadanan berkenaan dengan perkara yang berhubungan dengan tatatertib, penamatan perkhidmatan demi kepentingan awam dan surcaj bagi pegawai dan pekhidmat Perbadanan. 12. Fasal II bertujuan untuk meminda seksyen 49 Akta 566 untuk memberi kuasa kepada Perbadanan untuk membuat peraturan-peraturan berhubung dengan tanggungjawab, syarat dan tatacara bagi pemberian pinjaman pendidikan kepada pelajar penerima. 13. Fasal 12 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 49A ke dalam Akta 566 untuk memperuntukkan penalti berkenaan dengan kesalahan di bawah perundangan subsidiari. 14. Fasal 13 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 58 dan 59 ke dalam Akta 566. Seksyen baru 58 bertujuan untuk membenarkan Peguam Persekutuan atau mana-mana pegawai Perbadanan bertindak bagi pihak Perbadanan dalam mana-mana prosiding sivil. Seksyen baru 59 bertujuan untuk membolehkan Ketua Eksekutif dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya mengkompaunkan apa-apa kesalahan di bawah Akta atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (Pindaan) 1MPLIKASI KEWANGAN Rang Undang-Undang ini akan melibatkan Kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya belum dapat ditentukan sekarang ini. [PN(U 2 )2424]