Terma & Syarat Kad Kredit AFFINBANK

dokumen-dokumen yang mirip
Fasal-fasal yang dipinda

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard.

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Fasal-fasal yang dipinda

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

Terma & Syarat Kad Kredit AFFINBANK ISI KANDUNGAN

ARAHAN TELEKOMUNIKASI

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

2 November Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Mudan (EiPlan) AFFINBANK

Terma & Syarat Kad AFFINBANK Debit MasterCard ISI KANDUNGAN. 1. Takrif. 2. Penerimaan Kad. 3. Kemudahan Kad. 4. PIN dan Bayar. 5.

Terma & Syarat AFFINBANK World MasterCard ISI KANDUNGAN. 1.0 Takrif. 2.0 Penerimaan Kad. 3.0 Kemudahan Kad. 4.0 Penggunaan Kad. 5.

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

Terma & Syarat Kad Kredit AFFINBANK ISI KANDUNGAN. 1.0 Takrif. 2.0 Penerimaan Kad. 3.0 Kemudahan Kad. 4.0 Penggunaan Kad. 5.

Terma & Syarat Kad Kredit AFFINBANK ISI KANDUNGAN. 1.0 Takrif. 2.0 Penerimaan Kad. 3.0 Kemudahan Kad. 4.0 Penggunaan Kad

VERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI

Terma & Syarat Kad AFFINBANK Debit MasterCard ISI KANDUNGAN

Transaksi Runcit Bayaran minimum diterima sebelum atau pada tarikh tamat tempoh bayaran Bayaran minimum diterima selepas tarikh tamat tempoh bayaran

1. Apakah produk ini?

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Perjanjian Maybankard Platinum

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK

Kad Debit-i Visa Bank Islam Team Harimau

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

Pemegang Kad hendaklah membaca dan memahami Terma dan Syarat Kad Debit-i Visa BSN sebelum menggunakan Kad

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 12% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

Cara-cara permohonan Kad Debit i-kopenas/bank Rakyat

Terma dan Syarat Program AFFIN Rewards

Kempen Isi, Leret & Menang. Terma dan Syarat

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

INSURANS KEMALANGAN DIRI PENERBANGAN & PERJALANAN AFFINBANK WORLD MASTERCARD

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

Transaksi ATM bermaksud segala urus niaga yang dilakukan melalui ATM. Cawangan bermaksud cawangan-cawangan AFFINBANK dan AFFIN ISLAMIC.

Syarat-Syarat dan Terma-Terma Kad Bank (PMPC)

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat syarat seperti pada 22 Dec 2016

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

SYNERGY CARDS SDN BHD

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

TERMA DAN SYARAT WANG TUNAI PERIBADI (PERSONAL CASH)

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

AmBank (M) Berhad Perjanjian MasterCard/VISA

TERMA DAN SYARAT Kempen Rebat Tunai CIMB-Sunshine (16hb Mei hb Jun 2018)

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

TERMA DAN SYARAT KAD DEBIT HONG LEONG TOUCH N GO (TNG) ZING

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

Istilah dan ungkapan yang digunakan dalam Terma dan Syarat ini mempunyai makna seperti berikut:-

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

Terma dan Syarat Peraduan untuk 5X Mata BonusLink pada hari Jumaat & Hujung Minggu

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

TERMA DAN SYARAT KHUSUS BAGI DEPOSIT BERTEMPOH BERASASKAN KOMODITI MURABAHAH (Tarikh Berkuatkuasa: Oktober 2016) [Layak dilindungi oleh PIDM]

Terma dan Syarat OCBC SME Access

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kempen MasterCard Guaranteed Overseas Spend CIMB Bank

TERMA DAN SYARAT KEMPEN BAWA PULANG HADIAH LUMAYAN TAHUN BARU 2016

CIMB BANK BERHAD TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KAWAL SELIA PRIME BANKING

KEMPEN RM1,000,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

Bank Islam Malaysia Berhad (98127-X) BICTH/03/2015

UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD (271809K)


2018 Kad UOB ONE Terma dan Syarat

a) Untuk layak menerima Insentif RRP, semua syarat berikut perlu dipenuhi oleh Ejen ("Rujukan Berjaya"):

1. TAFSIRAN 1.1 Perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam dokumen ini mempunyai maksud berikut:

Terma dan Syarat Kad Touch N Go Zing (Credit) Hong Leong

Perlindungan Keahlian Kad Premier Terma dan Syarat

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

TERMA DAN SYARAT KAD-i DEBIT CIMB ISLAMIC

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK DEBIT MASTERCARD 1. TAKRIF

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

(RD/T&C/Debit MasterCard/BM/MAR2018) Muka surat 1 daripada 11

Terma dan Syarat untuk Program Kad Kredit. Terma dan Syarat

1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

Syarat-syarat Penggunaan Kad Prabayar AmBank MasterCard / Visa ( Kad )

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

Terma dan Syarat Kad AmBank Debit MasterCard

Transkripsi:

Terma & Syarat Kad Kredit AFFINBANK ISI KANDUNGAN 1. Takrif 2. Penerimaan Kad 3. Kemudahan Kad 4. Penggunaan Kad 5. PIN dan Bayar 6. Arahan-arahan Telekomunikasi 7. Tanggungjawab dan Liabiliti 8. Kad Tambahan 9. Akaun Kad 10. Kemudahan Kredit 11. Kewajipan Membayar 12. Tempoh Bebas Faedah untuk Transaksi Runcit 13. Caj Kewangan 14. Pindahan Baki 15. Yuran dan Caj 16. Kesilapan/Pertikaian dan Pemberitahuan 17. Pengecualian Liabiliti 18. Hak-hak Terlibat 19. Transaksi Luar Negara 20. Penamatan 21. Lain-lain PERJANJIAN AHLI KAD Atas pertimbangan Affin Bank Berhad (25046-T) (selepas dari ini dirujuk sebagai pihak Bank ) bersetuju memberikan Ahli Kad (Ahli Kad hendaklah bermaksud pemegang Kad AFFINBANK Mastercard Gold, AFFINBANK Visa Gold, AFFINBANK Mastercard Touch n Go Gold, AFFINBANK Mastercard Classic, AFFINBANK Visa Classic, AFFINBANK Mastercard Touch n Go Classic, AFFINBANK Mastercard Basic, AFFINBANK Visa Basic dan AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel' Mastercard Contactless atau apa-apa Kad lain yang dikeluarkan oleh pihak Bank pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa) kemudahan yang ditawarkan oleh pihak Bank, Ahli Kad dengan tanpa boleh batalnya dan tanpa syarat bersetuju dengan terma dan syarat berikut. Adalah penting bagi Ahli Kad untuk membaca dengan teliti dan memahami terma dan syarat di bawah sebelum menggunakan Kad. 1. TAKRIF Perkataan-perkataan dan fasal-fasal yang dirujuk di bawah di dalam Perjanjian Ahli Kad ini (kemudian daripada ini dirujuk sebagai "Perjanjian ini") membawa maksud seperti berikut: 1.1. "Saudagar Berkuasa" hendaklah bermaksud mana-mana peruncit atau lain-lain orang, firma ataupun perbadanan yang bersetuju untuk menerima atau menyebabkan rangkaiannya untuk menerima Kad tersebut apabila diserahkan secara teratur. 1.2. "ATM" hendaklah bermaksud Mesin Pengeluaran Tunai. 1

1.3. "BHPetrol" bermaksud Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd sebagai rakan kongsi jenama bersama AFFINBANK. 1.4. "Tempoh Penyata" hendaklah bermaksud tempoh yang mana semua pembelian barang-barang dan/atau perkhidmatan, Pendahuluan Tunai, yuran-yuran dan caj-caj yang digunakan oleh Ahli Kad direkodkan oleh pihak Bank di dalam Penyata bulanan. 1.5. "Hari Perniagaan" hendaklah bermaksud mana-mana hari yang mana pihak Bank dibuka untuk perniagaan. 1.6. "Kad" hendaklah bermaksud Kad Kredit Generik AFFINBANK Mastercard Gold, AFFINBANK Visa Gold, AFFINBANK Mastercard Touch n Go Gold, AFFINBANK Mastercard Classic, AFFINBANK Visa Classic, AFFINBANK Mastercard Touch n Go Classic, AFFINBANK Mastercard Basic, AFFINBANK Visa Basic dan AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel' Mastercard Contactless yang dikeluarkan oleh pihak Bank. 1.7. "Contactless" bermaksud alat pembayaran tanpa sentuh dengan hanya melayangkan Kad kepada Pembaca Contactless kepada Terminal Tempat Jualan Elektronik. 1.8. "Akaun Kad" hendaklah bermaksud akaun Ahli Kad yang dibuka dengan pihak Bank untuk tujuan Perjanjian ini. 1.9. "Pendahuluan Tunai" merujuk kepada pengeluaran tunai daripada Akaun Kad di Cawangan pihak Bank yang telah ditetapkan, cawangan-cawangan kepada bank-bank ahli Mastercard dan/atau Visa International yang mengambil bahagian ataupun di ATM pihak Bank yang telah ditetapkan dan ATM bank-bank ahli Mastercard dan/atau Visa International. 1.10. "Deraf-deraf Pendahuluan Tunai" hendaklah bermaksud slip-slip pembayaran, borang-borang atau kertas-kertas yang relevan yang dibekalkan oleh pihak Bank kepada Saudagar Berkuasa untuk tujuan merekod, mengesah dan sebagai keterangan terhadap Pendahuluan Tunai oleh Ahli Kad melalui penggunaan Kad yang akan dicaj ke Akaun Kad. 1.11. "Baki Semasa" hendaklah bermaksud baki yang terdahulu dan jumlah pembelian barang-barang dan/atau perkhidmatan, Pendahuluan Tunai yang digunakan oleh Ahli Kad yang mana pihak Bank telah membeli Resit-resit Transaksi dan Deraf-deraf Pendahuluan Tunai dan mana-mana yuran dan caj yang dikenakan oleh pihak Bank ditolak bayaran yang dibuat oleh Ahli Kad dan dikreditkan ke Akaun Kad semasa tempoh Penyata. 1.12. "Kemudahan Kredit" hendaklah bermaksud had yang dikenakan oleh pihak Bank terhadap Ahli Kad di atas penggunaan Kad. 1.13. "Transaksi Tanpa Kad" merujuk kepada bayaran transaksi Kad dimana fizikal Kad tiada di tempat jualan. 2

1.14. "Tarikh Kena Dibayar" hendaklah bermaksud 20 hari dari Tarikh Penyata Kad seperti yang tertera di dalam Penyata. 1.15. "e-perbankan" hendaklah bermaksud pemberian produk dan perkhidmatan perbankan melalui saluran elektronik, termasuk dalam talian, peranti mudah alih, telefon, ATM dan mana-mana saluran elektronik lain. 1.16. "Caj Kewangan" bermaksud Caj Kewangan yang dirujuk dalam Fasal 13. 1.17. "Tempoh Bebas Faedah" merujuk kepada tempoh 20 hari dari Tarikh Penyata dengan syarat tiada jumlah yang belum berbayar di dalam Akaun Kad Ahli. 1.18. "Arahan" merujuk kepada apa-apa notis, arahan tuntutan atau komunikasi lain yang mungkin diberi melalui transaksi telefon, e-mel atau faksimili oleh Ahli Kad atau bagi pihaknya. 1.19. "Bayaran Minimum Kena Dibayar" merujuk kepada jumlah minimum yang perlu dibayar oleh Ahli Kad menjelang Tarikh Tamat Tempoh Bayaran Tarikh Kena Dibayar. 1.20. "Mastercard International" hendaklah bermaksud Mastercard International Incorporated, perbadanan keahlian yang dianjurkan di bawah undang-undang Negeri Delaware, Amerika Syarikat. 1.21. "PIN" hendaklah bermaksud Nombor Pengenalan Peribadi yang diserahkan kepada Ahli Kad untuk membolehkan akses ke transaksi-transaksi Kad melalui ATM ataupun di Terminal Tempat Jualan Elektronik. 1.22. "Penyata" hendaklah bermaksud Penyata Kad Mastercard/Visa berkala yang dikeluarkan oleh pihak Bank kepada Ahli Kad dan/atau Ahli Kad Tambahan yang menunjukkan, antara lain, amaun yang dicaj, Tarikh Kena Dibayar dan proses pengiraan Caj Kewangan. 1.23. "Tarikh Penyata" hendaklah bermaksud hari yang mana Penyata tersebut dikeluarkan. 1.24. "Resit-Resit Transaksi" hendaklah bermaksud slip-slip pembayaran, borang-borang atau kertaskertas yang relevan untuk tujuan merekod, mengesah dan sebagai bukti bagi pembelian barangbarangan ataupun perkhidmatan-perkhidmatan digunakan oleh Ahli Kad melalui penggunaan Kad yang akan dicaj ke Akaun Kad. 1.25. "Visa International" hendaklah bermaksud Pertubuhan Perkhidmatan Visa International, sebuah pertubuhan yang diperbadankan di Negeri Delaware, Amerika Syarikat. 1.26. Perkataan-perkataan yang memberitahukan nombor tunggal meliputi nombor majmuk dan sebaliknya. 1.27. Perkataan-perkataan yang memberitahukan golongan maskulin meliputi feminin. 3

2. PENERIMAAN KAD 2.1. Penggunaan Kad dibataskan kepada sesiapa yang mana Kad dikeluarkan kepadanya ("Ahli Kad") dan Ahli Kad hendaklah menandatangani Kad dengan serta-merta sebaik sahaja menerima Kad tersebut. 2.2. Ahli Kad hendaklah menghubungi pihak Bank untuk mengaktifkan Kad bagi tujuan menguatkuasakan transaksi Kad. 2.3. Pihak Bank hendaklah mengeluarkan PIN untuk Kad tersebut kepada Ahli Kad bagi tujuan menguatkuasakan transaksi ATM dan di Terminal Tempat Jualan Elektronik. 2.4. Dengan penerimaan Kad, Ahli Kad adalah bertanggungjawab untuk: a. patuh kepada terma dan syarat penggunaan Kad; b. mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk memastikan Kad dan PIN selamat setiap masa, termasuk di tempat kediaman Ahli Kad. Ini termasuk tidak: i. mendedahkan butiran Kad atau PIN kepada pihak lain; ii. menyimpan PIN di atas Kad, atau di atas apa-apa yang disimpan berdekatan dengan Kad; iii. menggunakan PIN yang dipilih dari tarikh lahir Ahli Kad, kad pengenalan, lesen memandu atau nombor perhubungan; iv. membenarkan pihak lain menggunakan Kad atau PIN; dan v. Melakukan penipuan c. memaklumkan kepada pihak Bank dengan segera yang munasabah selepas mendapati Kad telah hilang, dicuri, transaksi tidak sah telah berlaku atau PIN telah terjejas; d. memaklumkan kepada pihak Bank dengan segera apabila menerima Khidmat Pesanan Ringkas ( SMS ) amaran transaksi bagi transaksi tidak sah; e. memaklumkan dengan segera kepada pihak Bank mengenai apa-apa pertukaran nombor perhubungan Ahli Kad; f. menggunakan Kad dengan bertanggungjawab, termasuk tidak menggunakan Kad untuk Aktiviti yang tidak dibenarkan; dan g. menyemak Penyata Akaun Kad dan laporkan sebarang pencanggahan tanpa berlengah. 2.5. Sekiranya Ahli Kad tidak mahu terikat kepada terma dan syarat ini, Ahli Kad hendaklah memotong Kad kepada dua dengan melintasi jalur magnetik dan cip untuk memastikan ianya telah dirosakkan sepenuhnya dan serta-merta menghantar kembali kepada pihak Bank, dengan satu notis bertulis bahawa Kad telah dikembalikan bagi pembatalan dilakukan. Meskipun dengan pembatalan Kad, Ahli Kad masih bertanggungjawab ke atas segala obligasi yang mungkin timbul berikutan daripada pembatalan dan juga segala dan kesemua pelanggaran perjanjian kebelakangan. Yuran tahunan dan cukai perkhidmatan atau sebahagian daripadanya tidak akan dikembalikan kepada Ahli Kad. 4

3. KEMUDAHAN KAD 3.1. Kad tersebut dikeluarkan bagi tujuan penggunaan yang berkaitan dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa mengikut budibicara mutlak pihak Bank yang termasuk tetapi tidak terbatas kepada yang berikut: a. Pembayaran untuk mana-mana pembelian barang-barang dan/atau perkhidmatan dari Saudagar Berkuasa, yang mana pembayaran tersebut boleh dicajkan kepada akaun Ahli Kad; b. Pendahuluan Tunai daripada mana-mana saluran tunai dibenarkan dan/atau ATM; c. Mana-mana transaksi ATM yang dikuatkuasakan melalui lain-lain akaun Ahli Kad; atau d. Kemudahan-kemudahan yang lain, tertakluk pada pra-perjanjian dengan pihak Bank, jika terpakai. 3.2. Ahli Kad boleh memperolehi Pendahuluan Tunai dalam jumlah yang boleh diterimapakai oleh pihak Bank dari semasa ke semasa, tertakluk pada budi bicara mutlak pihak Bank melalui cara-cara berikut: a. Penyerahan Kad di mana-mana Cawangan pihak Bank ataupun institusi ahli Mastercard International atau Visa International bersama dengan bukti identiti Ahli Kad dan menandatangani rekod transaksi yang perlu/atau memasukkan PIN 6 digit di Terminal Tempat Jualan Elektronik; atau b. menggunakan Kad di mana-mana ATM pihak Bank atau mana-mana bank atau institusi yang lain yang mempunyai perjanjian dengan pihak Bank bagi tujuan penggunaan ATM bank atau institusi tersebut; atau c. Mana-mana Saudagar yang ditetapkan oleh pihak Bank untuk melaksanakan perkhidmatanperkhidmatan tersebut. 4. PENGGUNAAN KAD 4.1. a. Ahli Kad hendaklah memasukkan PIN 6 digit di Terminal Tempat Jualan Elektronik untuk menguatkuasakan sesuatu pembelian kredit melalui penggunaan Kad. b. Ahli Kad hendaklah memberikan maklumat berkaitan Kad beliau seperti yang diminta untuk melengkapkan transaksi dalam talian melalui laman sesawang yang selamat. Apabila diperlukan, kod pengesahan atau One-Time-Password (OTP) akan dihantar ke nombor telefon bimbit Ahli Kad yang berdaftar dengan pihak Bank bagi melengkapkan transaksi dalam talian. Dengan memberikan maklumat tersebut bagi tujuan untuk melaksanakan transaksi dalam talian, ia akan dianggap oleh pihak Bank sebagai satu Transaksi Kad yang ditanggung. c. Untuk menguatkuasakan transaksi Pendahuluan Tunai, Ahli Kad hendaklah memasukkan PIN 6 digit di ATM dan/atau Terminal Tempat Jualan Elektronik atau menandatangani Deraf Pendahuluan Tunai di kaunter. Dokumentasi yang dirakamkan berikutan daripada transaksi Pendahuluan Tunai akan dianggap oleh pihak Bank sebagai satu Transaksi Kad yang digunakan secara berpatutan dan sah. Amaun bagi setiap Pendahuluan Tunai hendaklah dibataskan kepada Akaun Kad/Had Tunai yang sedia ada. 4.2. Ahli Kad dikehendaki menyentuh Kad Tanpa Sentuh ke atas mesin pembaca Contactless yang dihubungkan ke Terminal Jualan Elektronik apabila jumlah pembelian dibuat di bawah RM250. Apabila transaksi melebihi RM250 atau had terkumpul bagi transaksi tanpa sentuh, Ahli Kad hendaklah memasukkan PIN atau menandatangani Resit Transaksi sekiranya PIN tidak disokong atau tidak boleh dilaksanakan bagi transaksi luar negara. 5

4.3. Ahli Kad hendaklah mematuhi segala keperluan, arahan, suruhan dan garis panduan tentang penggunaan Kad yang dikeluarkan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa yang berkait dengan segala kemudahan dan perkhidmatan kredit dan perbankan yang diberikan kepada Ahli Kad. 4.4. a. Pihak Bank adalah berhak untuk menganggap rekod transaksinya melalui penggunaan Kad, termasuk tetapi tidak terhad kepada transaksi yang dilakukan melalui pesanan Mel atau telefon sebagai bukti hutang, yang ditanggung secara sah oleh Ahli Kad untuk Akaun Ahli Kad; dan b. Ahli Kad bersetuju bahawa rekod bagi mana-mana transaksi yang dilakukan dengan menggunakan Kad adalah muktamad dan mengikat Ahli Kad untuk segala tujuan sehingga laporan mengenai kehilangan atau kecurian atau pengunaan yang Kad yang tidak sah telah diterima oleh pihak Bank. 4.5. Walau apa pun yang terkandung dalam Fasal 4.1 di atas, pembelian juga boleh dilakukan dengan memberikan Saudagar Berkuasa nombor Kad bersama butir-butir lain seperti yang tercatat pada Kad dan tanpa keperluan tandatangan Ahli Kad/atau PIN seperti dalam kes pembelian yang dibuat melalui Dagangan Elektronik, Pesanan Mel, Pesanan Telefon. 5. PIN DAN BAYAR ( CIP & PIN ) - PIN DAN PENGGUNAAN KAD YANG MANA BERKENAAN 5.1. Pihak Bank akan memperuntukkan PIN sementara kepada Ahli Kad melalui SMS ke nombor telefon bimbit Ahli Kad yang berdaftar dengan pihak Bank. a. PIN sementara bagi pengeluaran Kad baharu akan dihantar kepada Ahli Kad apabila Kad berjaya diaktifkan. b. Sekiranya Ahli Kad terlupa PIN atau PIN Sementara telah tamat tempoh, PIN sementara baharu akan dikeluarkan dan dihantar melalui SMS atas permintaan Ahli Kad dengan menghubungi pihak Bank di 03-8230 2222. c. PIN sementara hanya sah untuk tempoh 30 hari selepas Ahli Kad menerima PIN sementara. 5.2. Ahli Kad setelah menerima PIN sementara hendaklah menukar PIN sementara di ATM pihak Bank sendiri dan/atau di saluran lain yang dijamin yang dibenarkan oleh pihak Bank. 5.3. Sekiranya Kad hilang atau dicuri, atau nombor PIN telah terdedah kepada mana-mana pihak yang lain, Ahli Kad hendaklah dengan segera menghantar borang pertikaian yang lengkap kepada pihak Bank sekiranya Kad telah digunakan untuk transaksi yang tidak sah. Satu salinan laporan polis hendaklah dihantar kepada pihak Bank dalam tempoh 7 hari dari tarikh transaksi tidak sah berlaku. Kad dan PIN baharu akan dikeluarkan apabila diminta oleh Ahli Kad. Ahli Kad tidak boleh menggunakan PIN yang sedia ada untuk Kad gantian. 5.4. Ahli Kad perlu merahsiakan PIN dan tidak boleh mendedahkan PIN kepada mana-mana pihak di bawah mana-mana keadaan. Sekiranya PIN telah terdedah kepada mana-mana pihak, Ahli Kad hendaklah melaporkan kepada pihak Bank dengan segera. 6

5.5. Dalam memilih PIN, Ahli Kad TIDAK BOLEH memilih PIN yang jelas atau mudah diramal, termasuk: a. mewakili tarikh lahir beliau; b. selaku PIN abjad, sebahagian di mana namanya dikenali; c. terdiri daripada nombor urutan (contohnya 123456, 654321 dan sebagainya; d. terdiri daripada semua nombor yang sama (contohnya 111111); atau e. terdiri daripada nombor yang berulang (contohnya 112233, 123123). 5.6. Ahli Kad hendaklah memastikan bahawa amaun transaksi adalah betul sebelum menandatangani sebarang Resit Transaksi atau rekod transaksi dan sebelum memasukkan PIN Ahli Kad pada manamana Terminal Tempat Jualan Elektronik yang memerlukan kemasukan PIN Ahli Kad. Dengan menandatangani Resit Transaksi atau rekod transaksi atau memasukkan PIN Ahli Kad atau sebaliknya menggunakan Kad Ahli Kad pada mana-mana Terminal Tempat Jualan Elektronik, Ahli Kad dianggap telah bersetuju dengan transaksi dan mengesahkan amaun adalah betul. 5.7. Ahli Kad memberi kebenaran dan bersetuju bahawa PIN adalah sebagai satu cara untuk mengesahkan transaksi Ahli Kad di bawah terma-terma dan syarat-syarat di Terminal Tempat Jualan Elektronik. 6. ARAHAN TELEKOMUNIKASI 6.1. Pihak Bank akan menentusahkan identiti Ahli Kad dan kata laluan melalui proses sekuriti yang dilaksanakan oleh pihak Bank (yang boleh ditukar dari semasa ke semasa). 6.2. Pihak Bank mempunyai kuasa untuk menurut atau tidak arahan-arahan Ahli Kad tetapi tidak akan bertanggungjawab ke atas kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh Ahli Kad. 6.3. Ahli Kad hendaklah mengakui bahawasanya: a. Pihak Bank boleh merekod semua perbualan telefon di antara Ahli Kad dan wakil pihak Bank bagi tujuan pengawasan dan penilaian untuk mengelakkan timbulnya sebarang kekeliruan; dan b. Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab sekiranya pihak ketiga yang tidak dibenarkan mendengar perbualan telefon tersebut. 6.4. Pemberian kuasa untuk Arahan Telefon, Telefon Bimbit, e-mel dan Faksimili. a. Ahli Kad memberi kuasa kepada Bank untuk bergantung kepada dan bertindak bersesuaian dengan apa-apa notis, arahan tuntutan atau komunikasi lain yang mungkin diberi melalui transaksi telefon, e-mel atau faksimili oleh Ahli Kad atau bagi pihaknya dan Bank berhak untuk menganggap Arahan tersebut sebagai pemberian kuasa penuh oleh Ahli Kad dan Bank hendaklah mengambil apa-apa langkah bergantung kepada Arahan tersebut seperti yang Bank fikirkan sesuai. b. Ahli Kad memberi kuasa kepada pihak Bank untuk berkomunikasi dengan Ahli Kad melalui pelbagai saluran, termasuk melalui telefon, e-mel atau SMS maklumat yang berkaitan dengan Akaun Kad Ahli Kad dengan pihak Bank. 7

7. TANGGUNGJAWAB DAN LIABILITI 7.1. Kad adalah kekal sebagai harta pihak Bank pada setiap masa dan Ahli Kad tidak boleh memindahmilikkan atau sebaliknya melepaskan kawalan atau pegangan Kad bagi sebarang penggunaan atau tujuan yang tidak dibenarkan oleh pihak Bank. 7.2. Sekiranya Kad tersebut hilang dan/atau dicuri ataupun PIN telah terdedah kepada sesiapa yang tidak mempunyai kuasa, Ahli Kad hendaklah dengan serta-merta, memberitahu pihak Bank melalui telefon, e-mel, faksimili ataupun melalui pemberitahuan secara bertulis. Satu salinan laporan polis hendaklah dihantar kepada pihak Bank dalam tempoh 7 hari dari tarikh transaksi tidak sah berlaku. 7.3. Ahli Kad tidak boleh dipertanggungjawabkan oleh pihak Bank terhadap: a. Transaksi Kad tidak sah dimana pengesahan PIN diperlukan, kecuali Ahli Kad terbukti telah: i. melakukan penipuan; ii. kelewatan yang munasabah memaklumkan kepada pihak Bank selepas mengetahui kehilangan atau penggunaan Kad tidak sah; iii. mendedahkan PIN dengan sengaja kepada pihak lain; atau iv. menyimpan PIN di atas Kad, atau di atas apa-apa yang disimpan berdekatan dengan Kad dan kemungkinan hilang atau dicuri bersama Kad. b. Transaksi Kad tidak sah dimana pengesahan tandatangan diperlukan atau penggunaan Kad tanpa sentuh, kecuali Ahli Kad terbukti telah: i. melakukan penipuan; ii. kelewatan yang munasabah untuk memaklumkan kepada pihak Bank selepas mengetahui kehilangan atau penggunaan Kad tidak sah; iii. meninggalkan Kad atau barang mengandungi Kad tanpa dijaga, di tempat yang boleh dilihat dan diakses oleh pihak lain, kecuali di tempat kediaman Ahli Kad. Walau bagaimanapun, Ahli Kad diharapkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi Kad walaupun di tempat kediaman Ahli Kad; atau iv. secara sengaja membenarkan pihak lain menggunakan Kad. c. Transaksi e-perbankan, kecuali Ahli Kad terbukti telah: i. melakukan penipuan; ii. sengaja mendedahkan kata laluan (ID) dan kod laluan kepada mana-mana pihak, melalui e- mell yang tidak dikenali atau di laman sesawang selain dari laman sesawang rasmi pihak Bank; iii. tidak mengambil langkah yang munasabah untuk melindungi peranti keselamatan selamat setiap masa; atau iv. gagal melaksanakan kewajipan untuk melaporkan pelanggaran keselamatan kod laluan atau kehilangan peranti keselamatan kepada pihak Bank dengan segera yang munasabah, apabila Ahli Kad menyedari tentang pelanggaran keselamatan kod laluan atau kehilangan peranti keselamatan. d. Transaksi Tanpa Kad, kecuali Ahli Kad terbukti telah: i. melakukan penipuan; atau ii. gagal melaksanakan kewajipan untuk melaporkan sebarang transaksi tidak sah kepada pihak Bank dengan segera yang munasabah, apabila Ahli Kad menyedari tentang transaksi tidak sah tersebut. 8

7.4. Ahli Kad hendaklah memberitahu pihak Bank dengan dalam masa 14 hari dari tarikh Penyata sekiranya Ahli Kad menyedari tentang kewujudan transaksi-transaksi yang tidak sah. 7.5. Pihak Bank di atas permintaan Ahli Kad boleh tetapi tanpa mempunyai obligasi di bawah undangundang, menggantikan Kad yang hilang atau dicuri sebaik sahaja bayaran penalti sebanyak RM50 dilakukan untuk mana-mana kehilangan atau kecurian Kad yang dilaporkan. 7.6. Sekiranya Kad hilang atau dicuri, PIN telah terdedah kepada mana-mana pihak lain dan/atau berlaku pengunaan Kad tidak sah, Ahli Kad hendaklah menghubungi pihak Bank dengan segera di 03-8230 2222. 7.7. Ahli Kad hendaklah memulangkan Kad yang dipotong kepada dua dengan melintasi jalur magnetik dan cip kepada pihak Bank dengan serta-merta sebaik sahaja tamat tempoh, atau sekiranya berlaku pembatalan, pemansuhan atau penggantungan (yakni dituntut oleh pihak Bank) ataupun sebaik sahaja Kad ditemui selepas pemberitahuan mengenai kehilangannya dibuat dan Ahli Kad dengan ini hendaklah tidak mempunyai hak lanjutan untuk menggunakan Kad tersebut. 7.8. Rekod Bank tentang mana-mana transaksi yang dikuatkuasakan melalui penggunaan Kad adalah muktamad dan mengikat Ahli Kad. 7.9. Ahli Kad hendaklah bertanggungjawab ke atas semua transaksi yang dicajkan ke atas Ahli Kad dan Ahli Kad Tambahan. 7.10. Aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang - Ahli Kad tidak dibenarkan menggunakan Kad beliau untuk apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti pertaruhan di dalam talian. Pihak Bank berhak, mengikut budi bicaranya, pada bila-bila masa, dengan notis terlebih dahulu yang mencukupi, memutuskan untuk tidak memperbaharui, membatalkan atau memansuhkan Kad, atau menggantung atau mengehadkan penggunaan Kad oleh Ahli Kad dan/atau Kad Tambahan sekiranya Ahli Kad didapati telah menggunakan Kad untuk perbuatan yang menyalahi undang-undang. 7.11. a. Di mana terpakai, Ahli Kad hendaklah patuh dengan Notis Peraturan Pentadbiran Pertukaran Asing (Peraturan Pentadbiran Pertukaran Asing) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berkaitan dengan mana-mana transaksi, termasuk transaksi luar negara, sebagaimana dinyatakan di dalam laman sesawang BNM. b. Ahli Kad dengan ini memberi kuasa kepada pihak Bank untuk mengambil apa-apa langkah untuk mematuhi yang berkaitan dan Peraturan Pentadbiran Pertukaran Asing semasa dan peraturan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dari semasa ke semasa berkenaan dengan apa-apa transaksi Kad. Di mana berkenaan, Ahli Kad hendaklah mematuhi Peraturan Pentadbiran Pertukaran Asing sedia ada yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan menggunakan Kad dalam had dan peruntukan yang dikenakan oleh Bank Negara Malaysia sebagai 'Pihak Berkuasa Kawalan Pertukaran. c. Ahli Kad akan bertanggungjawab untuk mematuhi apa-apa peraturan dan had, dan pindaan dan Ahli Kad hendaklah menanggung rugi dan melindungi Bank daripada dan terhadap semua tuntutan, liabiliti dan kerosakan yang timbul daripada kegagalan Ahli Kad untuk mematuhi sedemikian. d. Ahli Kad hendaklah bertanggungjawab di atas pencabulan atau ketidakpatuhan terhadap peraturan-peraturan tersebut dan sebarang pindaan terhadapnya. 9

8. KAD TAMBAHAN 8.1. Pihak Bank hendaklah mengeluarkan Kad Tambahan kepada ahli keluarga terdekat Ahli Kad sahaja, yakni ibubapa, isteri atau suami, anak-anak dan adik-beradik Ahli Kad. 8.2. Ahli Kad Tambahan hendaklah bertanggungiawab untuk semua caj yang dikenakan kepada Ahli Kad Tambahan sahaja di bawah Akaun Kad. 8.3. Ahli Kad hendaklah bertanggungjawab memastikan bahawa Ahli Kad Tambahannya mematuhi semua terma-terma, syarat-syarat dan obligasi-obligasi yang dikenakan. 8.4. Kad Tambahan yang dikeluarkan boleh dibatalkan di atas permintaan Ahli Kad dan dipulangkan (dengan dipotong dua melintasi jalur magnetik dan cip) kepada pihak Bank dengan syarat pembatalan tersebut hendaklah tidak menjejaskan hak-hak, tanggungjawab-tanggungjawab dan kewajipan-kewajipan pihak-pihak yang terlibat dalam Perjanjian ini sebelum pembatalan tersebut. 8.5. Sebaik sahaja penggunaan Kad tersebut dibatalkan di atas permintaan Ahli Kad ataupun di bawah apa jua hal keadaan, penggunaan semua Kad Tambahan hendaklah juga dibatalkan. 9. AKAUN KAD 9.1. Semua bayaran untuk pembelian barang-barang atau perkhidmatan yang dikuatkuasakan melalui penggunaan Kad, yuran tahunan, Caj Kewangan, penalti bayaran lewat ataupun caj-caj tambahan hendaklah didebitkan ke Akaun Kad di dalam Penyata bulanan. 9.2. Pendahuluan Tunai, yuran dan caj yang dikenakan oleh Ahli Kad termasuk sebarang bayaran atau kredit yang dilakukan akan direkodkan oleh pihak Bank di dalam Penyata bulanan. 9.3. Rekod-rekod dan kemasukan-kemasukan ke dalam Akaun Kad yang tertera di dalam Penyata bulanan hendaklah dianggap benar dan mengikat Ahli Kad kecuali pemberitahuan melalui telefon, e- mel atau faksimili diterima oleh pihak Bank dalam masa 14 hari dari Tarikh Penyata. Dalam keadaankeadaan tertentu, seperti bagi membantu siasatan, Ahli Kad dikehendaki untuk menghantar laporan polis disertai dengan pengesahan bertulis kepada pihak Bank. 9.4. Atas penerimaan pemberitahuan tersebut yang diberikan oleh Ahli Kad dalam tempoh yang ditetapkan, pihak Bank akan meneliti Akaun Kad Ahli Kad untuk membuat penyelarasan dan pembetulan yang perlu, jika ada. Operasi fasal ini, tidak boleh dengan apa-apa cara menjejaskan kewajipan Ahli Kad di Fasal 11. dengan syarat bahawa sebarang wang yang perlu dibayar kepada atau diterima daripada Ahli Kad hendaklah dikreditkan atau didebitkan ke dalam Akaun Kad Ahli Kad. 10. KEMUDAHAN KREDIT 10.1. Pihak Bank hendaklah di atas budi bicara tunggalnya menentukan Had Kredit Ahli Kad dengan pihak Bank. 10.2. Sekiranya Ahli Kad memiliki dua atau lebih Akaun Kad dengan pihak Bank, satu Had Kredit bergabung akan diperuntukkan kepada Ahli Kad, yang mewakili Had Kredit keseluruhan yang diberikan untuk meliputi penggunaan semua Kad yang dipegang oleh Ahli Kad dan Ahli Kad Tambahannya, jika ada. 10

10.3. Ahli Kad tidak dibenarkan melebihi Had Kredit tersebut tanpa kebenaran bertulis pihak Bank diperolehi terlebih dahulu dan dengan serta-merta membayar balik pihak Bank sebaik sahaja Penyata bulanan diterima dan/atau notis lain yang diberikan oleh pihak Bank menunjukkan lebihan tersebut, mengikut Fasal 11.1 (b) (ii). 11. KEWAJIPAN MEMBAYAR 11.1. Ahli Kad dikehendaki membuat bayaran seperti berikut: a. Membayar keseluruhan jumlah Baki Semasa pada atau sebelum Tarikh Kena Dibayar. b. Sebagai alternatif, membuat Bayaran Minimum seperti berikut: i. Di mana Baki Semasa berada di dalam lingkungan Had Kredit, tidak kurang daripada 5% daripada Baki Semasa tertakluk pada Bayaran Minimum RM50 sahaja. ii. Di mana Baki Semasa melebihi Had Kredit, keseluruhan jumlah lebihan bersama-sama dengan 5% daripada Had Kredit, dengan syarat Bayaran Minimum hendaklah meliputi jumlah kena dibayar yang terdahulu (seperti yang tertera di dalam Penyata bulanan). 11.2. Sebarang pembayaran kepada Akaun Kad Ahli Kad yang melebihi ("Bayaran Berlebihan") USD 50,000 akan dikembali kepada Ahli Kad dalam masa 60 hari dari tarikh pembayaran. Bayaran Berlebihan tidak merujuk kepada baki kredit melibatkan caj-caj yang dipertikaikan tetapi termasuk baki kredit yang terhasil daripada barang dagangan yang dipulangkan. 12. TEMPOH BEBAS FAEDAH UNTUK TRANSAKSI RUNCIT 12.1. "Tarikh Diposkan" hendaklah bermaksud hari di mana transaksi-transaksi yang dilaksanakan di tempat-tempat saudagar dipindahkan oleh saudagar kepada pihak Bank. 12.2. "Tempoh Bebas Faedah" merujuk kepada tempoh 20 hari dari Tarikh Penyata dengan syarat tiada jumlah yang belum berbayar di dalam Akaun Kad Ahli. 13. CAJ KEWANGAN 13.1. Caj Kewangan akan dikenakan ke atas baki semasa transaksi Pendahuluan Tunai bermula dari tarikh transaksi sehinggalah bayaran penuh dibuat. 13.2. Caj Kewangan akan dikenakan ke atas baki semasa bukan tunai yang tidak dibayar pada Tarikh Tamat Tempoh Bayaran tarikh kena dibayar menurut Tarikh Penyata bila mana transaksi telah diposkan, dan dikira dari tarikh transaksi tersebut sehinggalah bayaran penuh dibuat. 13.3. Caj Kewangan tidak akan dikenakan ke atas transaksi bukan tunai yang dilakukan sebelum Tarikh Penyata dengan syarat tiada baki belum jelas jumlah yang belum berbayar di dalam Kad Ahli pada Tarikh Tamat Tempoh Bayaran Tarikh Kena Dibayar. 13.4. Caj Kewangan tidak akan dikenakan sekiranya baki transaksi bukan pendahuluan tunai dari Penyata bulan terdahulu telah diselesaikan sepenuhnya pada Tarikh Tamat Tempoh Bayaran Tarikh Kena Dibayar. 11

13.5. Caj Kewangan atau Faedah boleh dikenakan dengan menggunakan formula berikut: f = F = F Jumlah (f) f B P D R (B) x (P/D) x (R) Jumlah (f) adalah jumlah Caj Kewangan yang dikenakan untuk bulan berkenaan. adalah jumlah kesemua Caj Kewangan yang dikirakan berdasarkan baki-baki berlainan yang boleh dikenakan dengan Caj Kewangan ke atas tempoh-tempoh berfaedah yang terpakai dalam bulan tersebut. adalah Caj Kewangan untuk baki B tertentu yang dikira ke atas tempoh P hari. ialah baki yang dikenakan dengan Caj Kewangan. ialah sesuatu tempoh berfaedah dalam kiraan hari yang mana baki B dikenakan dengan Caj Kewangan. adalah bilangan hari yang digunakan sebagai asas untuk kadar tahunan. adalah kadar tahunan Caj Kewangan nominal yang dinyatakan. 13.6. Caj Kewangan akan dikenakan pada kadar harian. 13.7. Caj Kewangan Kad Kredit Keadaan Caj Kewangan AFFINBANK Mastercard Gold, AFFINBANK Visa Gold, AFFINBANK Mastercard Touch n Go Gold, AFFINBANK Mastercard Classic, AFFINBANK Visa Classic, AFFINBANK Mastercard Touch n Go Classic, AFFINBANK Mastercard Basic dan AFFINBANK Visa Basic AFFINBANK BHPetrol 'Touch & Fuel' Mastercard Contactless Transaksi Runcit Bayaran Minimum diterima sebelum atau pada Tarikh Tamat Tempoh Bayaran Bayaran Minimum diterima selepas Tarikh Tamat Tempoh Bayaran (setahun) Rebat Caj Kewangan (setahun) 12% * 5.5% 17.5% Transaksi Pendahuluan Tunai 17.5% Transaksi Runcit Bayaran Minimum diterima sebelum atau pada Tarikh Tamat Tempoh Bayaran Bayaran Minimum diterima selepas Tarikh Tamat Tempoh Bayaran Transaksi Pendahuluan Tunai Tiada Tiada 12% * 3% 15% 15% *Caj Kewangan yang ditunjukkan adalah selepas Rebat Caj Kewangan ditolak. Tiada Tiada 12

13.8. Caj Kewangan dikira pada kadar harian: a. Ke atas baki yang belum dijelaskan seperti di dalam Penyata (Baki Semasa) sehinggalah semua pembayaran balik telah dikreditkan ke Akaun Kad dan kemudiannya, ke atas baki yang telah dikurangkan. b. Transaksi Runcit yang baru sebelum Tarikh Penyata tidak akan dikenakan Caj Kewangan. c. Ahli Kad yang membuat sekurang-kurangnya Bayaran Minimum sebelum atau pada Tarikh Tamat Tempoh Bayaran akan menerima rebat Caj Kewangan yang terpakai bagi bulan (bulan) yang terlibat. d. Ahli Kad yang membuat pembayaran kurang daripada bayaran penuh yang belum berbayar sebelum atau pada Tarikh Tamat Tempoh Bayaran, Caj Kewangan ke atas pembelian baru akan dikenakan dari tarikh transaksi dipos ke dalam Akaun Kad. 13.9. Sekiranya Ahli Kad gagal membuat bayaran minimum yang telah dinyatakan pada Tarikh Kena Dibayar, penalti bayaran lewat sebanyak 1% daripada jumlah yang belum berbayar atau RM5 minimum, yang mana lebih tinggi, sehingga RM50 maksimum akan dikenakan dan boleh diubah di atas budi bicara mutlak pihak Bank. 13.10. Bayaran oleh Ahli Kad tidak akan dianggap sebagai telah dibuat sehinggalah pihak Bank menerima nilai dana yang relevan. 13.11. Segala bayaran oleh Ahli Kad kepada pihak Bank tidak boleh tertakluk pada apa-apa potongan, sama ada untuk tuntutan balas dan/atau tolak-selesai dengan Saudagar Berkuasa, saluran tunai dibenarkan dan/atau pihak Bank, walau apa sekalipun. 13.12. Ahli Kad mengaku janji bahawa dia akan membuat persediaan yang sewajarnya untuk melakukan pembayaran ke Akaun Kadnya mengikut terma dan syarat sekiranya dia berada di luar negara. Nota: Bukan tunai melibatkan pembelian runcit, faedah, yuran-yuran dan caj-caj lain. 14. PINDAHAN BAKI 14.1. Ahli Kad bersetuju untuk memindahkan baki semasa dari akaun kredit kad bank-bank lain ke Akaun Kad pihak Bank. 14.2. Amaun maksimum akan ditetapkan mengikut budi bicara pihak Bank, dimana ianya tidak boleh melebihi Had Kredit Akaun Kad Ahli yang masih ada. Bagi tujuan terma dan syarat ini, baki kredit yang masih ada adalah merujuk kepada baki kredit Akaun Kad Ahli dengan pihak Bank yang masih ada atau baki Had Kredit yang digabungkan sekiranya beliau mempunyai lebih dari satu Kad yang dikeluarkan oleh pihak Bank. 15. YURAN DAN CAJ Ahli Kad tidak boleh dibatalkan dan tanpa syarat, bersetuju untuk membayar dan memberi kuasa kepada pihak Bank untuk mendebit Akaun Kadnya dengan yuran dan caj seperti berikut: 15.1. Yuran sebanyak 5% ke atas jumlah Pendahuluan Tunai yang dikeluarkan tertakluk pada bayaran minimum RM20.00, yang mana lebih tinggi bagi Pendahuluan Tunai domestik dan luar Negara. 13

15.2. Yuran tahunan yang ditetapkan oleh pihak Bank untuk Kad Utama dan setiap Kad Tambahan apabila dikeluarkan atau diperbaharui. Yuran tahunan tidak akan dikembalikan. 15.3. Yuran tahunan akan dikenakan ke atas Ahli Kad sekiranya bayaran penuh tidak dijelaskan sebaik sahaja Kad dibatalkan. 15.4. Walau apapun peruntukan di atas, yuran tahunan tidak akan dikenakan ke atas kad AFFINBANK Mastercard Basic dan AFFINBANK Visa Basic. 15.5. Caj Kewangan yang dinyatakan di dalam Fasal 13. 15.6. Penalti bayaran lewat seperti yang dinyatakan dalam Fasal 13.9. 15.7. Yuran kurier Kad Minimum sebanyak RM5.00 akan dikenakan bagi penghantaran Kad atas permintaan.yuran akan ditentukan oleh kawasan dan berat barang. 15.8. Yuran perkhidmatan sebanyak RM5.00 sesalinan ke atas sebarang permintaan untuk salinan pendua Penyata. Caj ini tidak akan dikenakan sekiranya didapati kemudian daripada itu kesilapan dalam pemprosesan berpunca dari pihak Bank. Walau bagaimanapun, Yuran perkhidmatan ini tidak diguna pakai bagi kad AFFINBANK Mastercard Basic dan AFFINBANK Visa Basic. 15.9. Yuran perkhidmatan sebanyak RM10.00 akan dikenakan terhadap sebarang permintaan untuk mendapatkan salinan pendua Deraf Jualan. Walau bagaimanapun, caj tersebut tidak akan dikenakan sekiranya kemudian daripada itu didapati bahawasanya kesilapan pemprosesan berpunca daripada pihak Bank. Walau bagaimanapun, Yuran perkhidmatan ini tidak diguna pakai bagi kad AFFINBANK Mastercard Basic dan AFFINBANK Visa Basic. 15.10. Penalti penggantian kad a. RM50 untuk kad AFFINBANK Mastercard Gold, AFFINBANK Visa Gold, AFFINBANK Mastercard Touch n Go Gold, AFFINBANK Mastercard Classic, AFFINBANK Visa Classic, AFFINBANK Mastercard Touch n Go Classic dan AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel Mastercard Contactless.; dan b. RM20 untuk Kad AFFINBANK Mastercard Basic dan AFFINBANK Visa Basic. dan bagi setiap Kad gantian dikeluarkan. 15.11. Caj Perkhidmatan pada kadar yang ditetapkan oleh pihak Bank mengikut budibicara mutlaknya untuk perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan dan kos-kos serta perbelanjaan yang ditanggung dengan memberi notis 21 hari terlebih dahulu sebelum tarikh pindaan caj dan kadar berkuatkuasa. 15.12. Yuran guaman (atas dasar Peguam dan pelanggan) dan mana-mana perbelanjaan lain yang digunakan oleh pihak Bank bagi tujuan menguatkuasakan hak-hak pihak Bank serta tuntutan ke atas wang yang terhutang oleh Ahli Kad kepada pihak Bank di bawah Akaun Kadnya. 15.13. Mana-mana yuran dan caj munasabah yang dikenakan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa untuk perkhidmatan dan kemudahan yang diberi kepada Ahli Kad dengan memberi notis 21 hari kepada Ahli Kad terlebih dahulu sebelum pelaksanaan berkuatkuasa. 14

15.14. Meskipun begitu, pihak Bank berhak mengikut budibicara mutlaknya mengubah kadar atau cara pengiraan yuran tahunan, caj-caj pengendalian, caj-caj tambahan, Caj Kewangan, Bayaran Minimum yang diperincikan dan / atau penalti bayaran lewat dari semasa ke semasa dengan memberi notis 21 hari terlebih dahulu kepada Ahli Kad. 16. KESILAPAN/PERTIKAIAN DAN PEMBERITAHUAN 16.1. Ahli Kad dikehendaki memeriksa rekod Akaun Kad dengan cermat pada kadar segera. 16.2. Penyata Ahli Kad tidak akan dihantar sekiranya akaun tersebut tidak mempunyai baki atau tiada transaksi dari Tarikh Penyata sebelumnya. 16.3. Pihak Bank akan mengeluarkan pengesahan secara bertulis atau secara cetakan komputer untuk semua pemindahan wang yang dilaksanakan melalui penggunaan Kad Ahli Kad. 16.4. Ahli Kad hendaklah memberitahu pihak Bank mengenai mana-mana kesilapan di dalam Penyata Akaun Ahli Kad atau transaksi yang mungkin tidak sah berkenaan dengan Kad tersebut dalam masa 14 hari dari Tarikh Penyata. 16.5. Ahli Kad hendaklah membuat pemberitahuan dengan segera sebaik sahaja menerima surat atau Penyata Kad daripada pihak Bank secara terus kepada: AFFIN BANK BERHAD Jabatan Perniagaan Kad Tingkat 1, Menara Affin No. 80, Jalan Raja Chulan 50200 Kuala Lumpur No. Telefon: 03-8230 2222 Faksimili : 03-2026 1424 E-mel : cardservices@affinbank.com.my Atau membuat laporan dengan melengkapkan borang aduan pelanggan di mana-mana cawangan Bank yang berdekatan atau e-mel ke yourvoice@affinbank.com.my atau hubungi AFFINBANK Careline di nombor 1 800 88 3883. Jika masalah atau aduan anda masih juga tidak selesai dalam jangka masa yang dijanjikan, anda boleh bertindak menyampaikan kepada pihak-pihak ini Hubungi BNMTELELINK di 1-300-88-5465, (9 pagi sehingga 5 petang, Isnin sehingga Jumaat). Datang atau menulis kepada Pusat Perkhidmatan Pelanggan BNMLINK, Tingkat Bawah, Blok D, Jalan Dato' Onn 50480 Kuala Lumpur. E-mel kepada BNMTELELINK di bnmtelelink@bnm.gov.my. Hubungi Financial Ombudsman Scheme (FOS) di 03-2272 1577. Hubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di 03-2616 7766 bagi perkhidmatan pengurusan wang, kaunseling kredit dan pengurusan semula hutang secara percuma bagi individu. 15

17. PENGECUALIAN LIABILITI 17.1. Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kerugian yang berlaku akibat kecuaian Ahli Kad atau Ahli Kad Tambahan. 17.2. Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami oleh Ahli Kad yang berpunca daripada perbuatan atau ketinggalan mana-mana Saudagar Berkuasa atau Mastercard International atau Visa International. 17.3. Ahli Kad boleh mengendalikan mana-mana tuntutan atau pertikaian secara terus dengan Saudagar atau Mastercard International atau Visa International tetapi tidak boleh menahan sebarang pembayaran kepada Bank di atas akaun. 18. HAK-HAK PIHAK YANG TERLIBAT 18.1 Pihak Bank mempunyai hak: a. Untuk menyekat atau menghad atau menolak kredit Ahli Kad dan menahan kredit (mengikut budi bicara mutlak pihak Bank dan tanpa notis atau sebab). b. Pihak Bank berhak untuk melakukan semakan kredit ke atas Ahli Kad dengan pihak-pihak luaran termasuk tetapi tidak terhad kepada CCRIS dan mana-mana agensi-agensi kredit lain pada bilabila masa dan apabila ia dianggap sesuai dengan notis terlebih dahulu kepada Ahli Kad melainkan Ahli Kad membantah dengan menulis kepada pihak Bank. Dengan memohon Kad atau apa-apa kemudahan tambahan yang berkaitan dengan Kad yang dikeluarkan oleh pihak Bank, Ahli Kad dengan ini telah memberi kebenaran kepada CTOS, FIS, CCRIS dan lain-lain Agensi Pelaporan Kredit,agensi rujukan kredit berdaftar di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010, untuk memberi laporan kredit mereka kepada pihak Bank dan/atau wakil mereka yang sah bagi maksud membolehkan pemprosesan kemudahan atau transaksi dan apa-apa proses yang berkaitan yang timbul daripadanya temasuk tetapi tidak terhad kepada penilaian kredit, pemantauan, semakan kredit dan tujuan tuntutan semula hutang. 19. TRANSAKSI LUAR NEGARA 19.1. Ahli Kad boleh menggunakan Kad di luar Malaysia di mana wujudnya Saudagar Berkuasa dan/atau Mastercard International / Visa International. 19.2. Ahli Kad boleh menggunakan Kad untuk Pendahuluan Tunai melalui ATM yang telah ditetapkan dan hendaklah memastikan yang semua transaksi antara negara yang dibuat oleh Ahli Kad melalui ATM tidak melanggar undang-undang semasa negara di mana transaksi tersebut dilakukan. 19.3. Sekiranya Ahli Kad menggunakan Kad di luar Malaysia, transaksi yang dibuat akan ditukarkan kepada Ringgit Malaysia dimana kadar pertukaran akan ditentukan oleh Visa/Mastercard International pada tarikh transaksi berkenaan diproses berserta margin pertukaran mata wang asing sebanyak 1% (sebelum ini dikenali sebagai kos pentadbiran). 19.4. Sekiranya PIN tidak disokong atau tidak boleh dilaksanakan untuk transaksi di luar negara, tandatangan Ahli Kad diperlukan oleh Saudagar Berkuasa di Terminal Tempat Jualan Elektronik. 16

20. PENAMATAN 20.1. Walau apa pun peruntukan yang bertentangan yang ditetapkan di dalam Perjanjian ini, pihak Bank boleh, mengikut budi bicara mutlaknya, dengan notis terlebih dahulu yang mencukupi memutuskan untuk tidak memperbaharui, membatalkan atau memansuhkan Kad, atau menggantung atau mengehadkan penggunaan Kad oleh Ahli Kad dan mana-mana Kad Tambahan di bawah Akaun Kadnya, di mana segala wang yang terhutang kepada pihak Bank di bawah akaun Kadnya akan menjadi matang dan mesti dibayar sepenuhnya sekiranya terjadi kejadian yang berikut atau manamana satu daripadanya: a. Kegagalan Ahli Kad untuk melaksanakan dan / atau mematuhi mana Terma-terma dan Syaratsyarat yang mengawal penggunaan Kad di sini; atau b. Hak Kad untuk menggunakan Kad digantung, ditamatkan atau ditarik balik apabila berlakunya mana-mana daripada yang berikut: i. Ahli Kad meninggal dunia atau hilang kemampuan untuk membayar, melakukan kegiatan yang menjurus kepada kemuflisan, atau di dalam kes-kes di mana Ahli Kad merupakan sebuah syarikat, sebuah petisyen untuk penggulungannya telah diserahkan atau pun sebuah resolusi untuk penggulungan sengajanya telah diluluskan; atau ii. Ahli Kad gagal membayar mana-mana keterhutangan yang terhutang kepada pihak Bank bila kena dibayar; atau iii. Sekiranya pada pandangan pihak Bank, kemudahan kredit Ahli Kad dengan pihak Bank (termasuklah mana-mana akaun Ahli Kad yang boleh wujud dengan pihak Bank atau manamana institusi lain) adalah atau telah tidak dioperasi secara puas hati dan/atau sekiranya Ahli Kad melakukan atau mengugut untuk melakukan pengingkaran terhadap mana-mana fasal, terma mana-mana perjanjian, atau dokumen-dokumen sekuriti atau kedua-duanya (mengikut mana yang berkenaan), berkaitan dengan akaun-akaun yang lain atau kemudahan pinjaman yang diberi oleh pihak Bank atau mana-mana institusi lain kepada Ahli Kad atau mana-mana pihak lain yang mana Ahli Kad merupakan penjamin, penggadai atau penyerah hak; atau iv. Sebarang arahan untuk pelaksanaan, writ penahanan, garnishmen atau mana-mana prosiding undang-undang yang dikeluarkan terhadap Ahli Kad; atau v. Sesuatu peristiwa telah berlaku atau sesuatu situasi wujud yang mana mengikut budi bicara tunggal dan mutlak pihak Bank: Memudaratkan keupayaan Ahli Kad untuk melaksanakan tanggungjawabnya di sini; atau Memudaratkan pembayaran balik kemudahan kredit atau pembayaran balik Bayaran Minimum Kena Dibayar. c. atau Ahli Kad membatalkan Kad. 20.2. Sebaik selepas pembatalan Kad atau selepas pemansuhan, penggantungan atau penyekatan hak Ahli Kad atau Ahli Kad Tambahan untuk menggunakan Kad tersebut, Ahli Kad, hendaklah, atas permintaan pihak Bank, menjelaskan Akaun Kadnya sepenuhnya seperti yang ditetapkan oleh pihak Bank. Ahli Kad tetap bertanggungjawab terhadap apa-apa transaksi yang dilakukan menerusi penggunaan Kad (sama ada sebelum atau selepas Kad ditamatkan), termasuk transaksi yang telah dilakukan tetapi belum direkodkan dalam Akaun Kad. 17

21. LAIN-LAIN 21.1. UNDANG-UNDANG Perjanjian ini hendaklah tertakluk dan ditafsirkan menurut undang-undang semasa Malaysia. Ahli Kad bersetuju dan patuh terhadap bidang kuasa Mahkamah undang-undang di Malaysia. Ahli Kad dengan ini bersetuju bahawa penyampaian proses boleh dikuatkuasakan dengan mengeposnya ke Ahli Kad dengan cara yang disebutkan di dalam Fasal 21.8. 21.2. PENEPIAN Masa hendaklah menjadi intipati Perjanjian ini tetapi kegagalan untuk melaksanakan dan penangguhan untuk melaksanakan mana-mana hak, kuasa, keistimewaan atau remedi tidak akan dianggap sebagai penepian bagi pihak Bank dan mana-mana sesuatu pelaksanaan hak, kuasa, keistimewaan atau remedi tidak akan menghalang pelaksanaan selanjutnya atau pelaksanaan hak, kuasa, keistimewaan atau remedi yang lain. Hak dan remedi yang tertera di sini adalah kumulatif dan bukan mengecualikan mana-mana hak atau remedi yang diberikan oleh undang-undang. 21.3. PEMELIHARAAN HAK Walau apapun yang terkandung di dalam Perjanjian ini, hak pihak Bank di bawah Perjanjian ini hendaklah kekal berkuatkuasa dan mempunyai efek dan melewati sebarang pembatalan dan penggantungan Kad oleh pihak Bank. 21.4. PENGUBAHAN PERJANJIAN Ahli Kad bersetuju bahawa pihak Bank berhak mengubah, menambah atau meminda terma dan syarat yang ditetapkan di dalam Perjanjian ini dengan memberi notis 21 hari sebelum terma dan syarat baru dikuatkuasakan. Sekiranya Ahli Kad tidak bersetuju dengan perubahan, penambahan dan/atau pindaan tersebut, Ahli Kad hendaklah menyerahkan kembali Kad yang dipotong dua melintasi jalur magnetik dan cip kepada pihak Bank, jika tidak Ahli Kad dianggap telah menerima perubahan, penambahan dan/atau pindaan tersebut. 21.5. PENDEDAHAN Ahli Kad dengan ini memberi kuasa kepada pihak Bank untuk mendedahkan apa jua maklumatmaklumat berkaitan dengan Akaun Kad Ahli, Ahli Kad dan kemudahan-kemudahan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang atau mana-mana pihak berkuasa kawal selia atau sebagaimana yang pihak Bank rasakan sesuai bagi pelaksanaan kontrak itu: a. Kepada mana-mana Saudagar, bank atau institusi kewangan, Mastercard International atau Visa International dan mana-mana ahli institusi Mastercard International atau Visa International atau mana-mana pihak yang berminat untuk memanfaatkan penggunaan Kad tersebut. b. Kepada mana-mana pihak berkuasa atau badan yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa ke atas pihak Bank, manamana pihak penjamin/sekuriti dan/atau peguam yang mewakili mereka atau ejen pemungut hutang atau penyelia perkhidmatan. c. Untuk atau berkaitan dengan mana-mana tindakan atau prosiding yang diambil untuk mendapat kembali wang yang kena dibayar dan dibayar oleh Ahli Kad kepada pihak Bank. d. Bagi maksud melaksanakan kontrak atau transaksi atau seperti yang dikehendaki oleh undangundang. 18

21.6. NOTIS DAN KOMUNIKASI KEPADA PIHAK BANK a. Ahli Kad dengan ini berakujanji untuk memberitahu pihak Bank dalam bentuk bertulis dengan segera tentang mana-mana butir-butir peribadi, pertukaran alamat kediaman, nombor telefon dan/atau penggajian atau perniagaan Ahli Kad atau Ahli Kad Tambahan dan memberitahu pihak Bank tentang niatnya untuk berada di luar negara Malaysia untuk jangka masa melebihi 30 hari. b. Sebarang Penyata akaun, surat-menyurat atau notis kepada Ahli Kad boleh dihantar melalui tangan atau dihantar melalui kiriman prabayar ke alamat Ahli Kad yang tertera di dalam borang permohonan Kad Bank atau ke mana-mana alamat lain yang diberitahu oleh Ahli Kad kepada pihak Bank dari semasa ke semasa dan hendaklah dianggap telah diterima oleh Ahli Kad dalam masa 7 hari bekerja selepas kiriman dilakukan. Sebarang kegagalan oleh pihak Ahli Kad untuk memberitahu pihak Bank tentang pertukaran alamatnya yang mengakibatkan penangguhan atau pemulangan semula mana-mana Penyata bulanan, surat-menyurat dan notis tidak akan menjejaskan hak pihak Bank di bawah Perjanjian ini. c. Alamat dan nombor telefon terakhir Ahli Kad adalah alamat dan nombor telefon Ahli Kad yang betul sekiranya tiada apa-apa pengakuan penerimaan perubahan alamat dan nombor telefon oleh pihak Bank. Bebanan adalah ke atas Ahli Kad untuk membuktikan bahawa pihak Bank telah menerima dan melaksanakan perubahan sekiranya ada. 21.7. DOKUMEN LANJUTAN Ahli Kad dengan ini berakujanji untuk menandatangani dokumen-dokumen lanjutan yang diminta oleh pihak Bank dari semasa ke semasa dan Ahli Kad dengan ini berjanji dan bersetuju bahawasanya dokumen-dokumen lanjutan tersebut pada pilihan pihak Bank boleh dianggap berkuat kuasa secara retrospektif. 21.8. PENYAMPAIAN NOTIS DAN/ATAU SAMAN DAN PENYATA TUNTUTAN Pihak-pihak kepada Perjanjian ini dengan ini bersetuju bahawa penyampaian apa-apa notis dan/atau saman dan Penyata Tuntutan yang berpunca daripada atau berkaitan dengan saman tersebut melalui pos ke alamat Ahli Kad yang terakhir yang dinyatakan dalam borang permohonan Bank atau alamat lain yang dimaklumkan kepada Bank oleh Ahli Kad dari semasa ke semasa akan dianggap telah disampaikan pada masa kiriman notis dan/atau saman dan Penyata Tuntutan dibuat. 21.9. AGEN PEMUNGUT PIHAK KETIGA a. Pihak Bank berhak melantik seorang agen (selepas ini disebut sebagai "Agen") untuk memungut semua jumlah yang kena dibayar oleh Ahli Kad kepada pihak Bank di bawah Perjanjian ini. b. Pihak Bank mempunyai hak untuk mendedahkan nombor akaun Ahli Kad dan mana-mana maklumat berkaitan pada bila-bila masa untuk perkara-perkara berkaitan Akaun Kad untuk memungut semua atau mana-mana jumlah yang kena dibayar dan dibayar oleh Ahli Kad kepada pihak Bank dengan memberi notis 7 hari kalendar terlebih dahulu kepada Ahli Kad. 21.10. SIJIL KETERHUTANGAN Sesuatu Sijil Keterhutangan yang dikeluarkan oleh pihak Bank hendaklah muktamad dan dijadikan keterangan muktamad di dalam Mahkamah Undang-Undang yakni ke atas jumlah semasa yang kena dibayar dan dibayar oleh Ahli Kad kepada pihak Bank. 19

21.11. PENGASINGAN Ketidaksahan atau ketidakbolehan penguatkuasaan fasal-fasal di sini tidak akan memansuhkan objek dan tujuan Perjanjian ini dan fasal-fasal yang tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan hendaklah diasingkan dan ketidaksahan dan ketidakbolehan penguatkuasaan mana-mana termaterma atau syarat-syarat. Perjanjian ini tidak akan menjejaskan kesahan terma-terma atau fasal-fasal yang lain dan hendaklah kekal berkuatkuasa dan mempunyai efek. 21.12. AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN DAN HASIL DARIPADA AKTIVITI HARAM 2001 Pihak Bank diwajibkan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan/atau lain-lain undang-undang dan peraturan-peraturan untuk melaporkan transaksi tertentu kepada Bank Negara Malaysia dan/atau pihak lain yang berkaitan dan Ahli Kad dengan ini membenarkan dan bersetuju bahawa pihak Bank, pegawai dan pekerjanya tidak menanggung sebarang liabiliti untuk membuat laporan tersebut. 21.13. FASAL PRIVASI KUMPULAN a. Ahli Kad dengan ini mengesahkan bahawa Ahli Kad telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Notis Privasi Kumpulan Bank dan fasal ini, sebagaimana yang berkaitan dengan pemprosesan maklumat peribadinya. Bagi mengelakkan keraguan, Ahli Kad bersetuju bahawa Notis Privasi Kumpulan tersebut hendaklah dianggap sebahagian daripada Perjanjian ini. b. Ahli Kad dan Ahli Kad Tambahan mengesahkan dan bersetuju dengan terma-terma Notis Privasi Kumpulan di dalam laman sesawang pihak Bank. c. Sekiranya Ahli Kad memberi maklumat peribadi dan/atau maklumat kewangan yang berkaitan dengan pihak ketiga, termasuk maklumat yang berkaitan dengan saudara mara atau tanggungan atau maklumat berkaitan dengan pengarah, pemegang saham, pegawai, penjamin individu dan pemberi sekuriti (bagi syarikat), bagi tujuan pembukaan atau operasi akaun/kemudahan dengan pihak Bank atau sebaliknya melanggan produk dan perkhidmatan pihak Bank, Ahli Kad: i. mengesahkan bahawa dia telah mendapat persetujuan mereka dan/atau selainnya berhak untuk memberikan maklumat ini kepada pihak Bank bagi tujuan mengikut perjanjian ini; ii. bersetuju untuk memastikan bahawa maklumat peribadi dan kewangan pihak ketiga tersebut adalah tepat; dan iii. bersetuju untuk mengemaskini maklumat kepada pihak Bank secara bertulis sekiranya berlaku apa-apa perubahan yang material kepada maklumat peribadi dan kewangan tersebut. d. Dimana Ahli Kad mengarahkan pihak Bank untuk melaksanakan sebarang bentuk transaksi merentas sempadan (termasuk untuk membuat atau menerima bayaran), butiran yang berkaitan dengan transaksi merentas sempadan (termasuk maklumat berkaitan kepada mereka yang terlibat di dalam transaksi tersebut) boleh diterima daripada atau dihantar ke luar negara, di mana ia boleh diakses (sama ada secara langsung atau tidak langsung) dengan pengawal selia luar negara dan pihak berkuasa yang mempunyai kewajipannya yang sah (pencegahan jenayah). Dalam mengarahkan pihak Bank atau ejen-ejennya untuk memasuki apa-apa transaksi merentas sempadan bagi pihak Ahli Kad, Ahli Kad dengan ini bersetuju pendedahan yang disebut di atas bagi pihaknya dan lain-lain yang terlibat dalam transaksi merentas sempadan tersebut. e. Selain itu, tetapi sentiasa tertakluk pada sebarang undang-undang (termasuk peraturanperaturan, garis panduan dan/atau kewajipan) berkaitan dengan pihak Bank (sama ada di dalam 20