Notis Privasi Dan Perlindungan Data Peribadi Bagi Kumpulan Kobay

dokumen-dokumen yang mirip
(2) Tujuan-tujuan pengumpulan dan pemprosesan lanjut (termasuk pendedahan) maklumat peribadi anda

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Polisi Privasi. Pengenalan

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

NOTIS PRIVASI. 1.4 Untuk tujuan-tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Malaysia. 21 Feb

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

Polisi Privasi Smiggle

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

Ranhill Holdings Berhad KENYATAAN PRIVASI

Dasar Perlindungan Data Peribadi LTAT

HO HUP CONSTRUCTION COMPANY BERHAD (No. Syarikat W) NOTIS DAN DASAR PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

AKTA PERLINDUNGAN PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan anda:

Dasar Privasi. Data Peribadi anda adalah dikumpul, diguna dan diproses oleh Kumpulan Hunza untuk, di kalangan lain, tujuan-tujuan berikutnya :-

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

POS MALAYSIA NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NOTIS PRIVASI. Maklumat Peribadi Sensitif merujuk kepada maklumat yang berkatian dengan kesihatan anda, pendapat politik, kepercayaan agama dll.

1. Data Peribadi mengenai anda yang dikumpul oleh kami atau Laman Web Kumpulan ini termasuk:

1.1 Dalam menyediakan perkhidmatan, kami akan mengumpulkan data daripada sumber-sumber berikut:-

DASAR PRIVASI NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

syarikat-syarikat bersekutunya, entiti-entiti yang dikawal bersamanya dan gabungangabungannya

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

Jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan. Cara kami mengumpul maklumat peribadi anda. Cara kami menggunakan maklumat peribadi anda

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

Dasar Privasi Herbert Smith Freehills Muka surat 1 daripada 10

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

KENYATAAN PRIVASI (BAHASA MALAYSIA)

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

TERMA PENGGUNAAN. Skop

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 PROTOKOL PERLINDUNGAN DATA PERIBADI NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

D.R. 35/2009 RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2009

Berurusan dengan Pengantara Takaful

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

NTPM HOLDINGS BERHAD ( U) POLISI DATA MAKLUMAT PERIBADI

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

VERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Pernyataan Privasi Ingram Micro

Terma & Syarat Peti Deposit Keselamatan

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan 1. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta mesti mengikuti kriteria-kriteria berikut:

a) Kempen Let s Go E Rezeki Draw ini dibuka kepada semua pelanggan yang berdaftar dengan PruBSN Touch.

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

Peraduan Menangi Percutian Ke Disneyland TOKYO bersama NESTLÉ BLISS GO Syarat dan Peraturan Peraduan

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

Borang Cadangan Insurans Semua Risiko Peralatan Mesin

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

Borang Cadangan Insurans Mesin

Fasal-fasal yang dipinda

TERMA DAN SYARAT. Bermakna individu atau entiti yang telah meohon atau sedang memohon untuk mana-mana Perkhidmatan Perbankan.

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

PANDUAN UNTUK PEMOHON FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM41.20

(c) pihak-pihak pemberi cagaran atau mana-mana pihak yang bercadang untuk menyediakan jaminan berkenaan dengan Perkhidmatan pengiriman wang;

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PENGEMBARA

Perlindungan Keahlian Kad Premier Terma dan Syarat

Syarat & Peraturan Peraduan Penganjur & Kelayakan Tempoh Kriteria Kelayakan dan Penghantaran Penyertaan melalui Aplikasi WhatsApp atau MMS TIADA

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

Transkripsi:

Notis Privasi Dan Perlindungan Data Peribadi Bagi Kumpulan Kobay Notis ini disediakan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Kumpulan Kobay (Kobay Technology Bhd. dan anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat berkaitan dengannya) komited untuk mengendalikan maklumat peribadi anda dengan cara cermat dan terjamin dalam proses pengumpulan data melalui borangborang dalam format bercetak atau elektronik ataupun pelbagai cara yang tertakluk dalam Akta tersebut. Kami akan memaklumkan anda tujuan-tujuan, cara pemprosesan, hak untuk mengakses atau keengganan tidak membekalkan maklumat peribadi dalam Notis ini. Kami juga akan memproses data yang dikumpul dari anda dalam perkhidmatan atau transaksi seterusnya. 1) Maklumat Peribadi 1.1 Jenis maklumat peribadi Maklumat peribadi bermakna sebarang maklumat yang berkaitan dengan anda yang dikumpul atau dibekalkan kepada Kumpulan Kobay bagi tujuantujuan yang dinyatakan dalam Seksyen di bawah. Maklumat peribadi anda boleh termasuk nama anda, nombor NRIC, etnik/kewarganegaraan, tarikh kelahiran, informasi perubatan, butir-butir perhubungan, butir-butir kewangan dan akaun bank, gambar, CCTV/perakaman keselamatan dan penjejakan lokasi/ maklumat GPS dsb. 1.2 Sumber maklumat peribadi 1.2.1 Pekerja/Pelanggan atau bakal pekerja/pelanggan: Kumpulan Kobay mengumpul maklumat peribadi secara langsung daripada anda atau secara tidak langsung daripada wakil-wakil anda di sisi undangundang, agen-agen (contohnya agen-agen pelancongan, agensi kerajaan) dan/atau majikan apabila anda, wakil-wakil anda di sisi undang-undang, agen-agen dan/atau majikan anda menghantar borang-borang pertanyaan, pemohonan dan/atau pendaftaran yang telah siap diisi melalui pelbagai cara, termasuk salinan secrara online dan fizikal di tempat-tempat awam atau di premis kami. Maklumat peribadi anda juga boleh dikumpul daripada cookies melalui penggunaan laman web kami. 1.2.2 Penjual, pembekal, penyewa atau penyedia perkhidmatan: Kumpulan Kobay mengumpul maklumat peribadi anda secara langsung daripada anda atau secara tidak langsung daripada majikan atau syarikat induk, agensi rujukan kredit apabila menawar cadangan/sebut harga, tender untuk projek-projek, apabila anda menghantar kami borang-borang pertanyaan dan/atau pemohonan kredit yang telah siap diisi melalui pelbagai cara, termasuk secara online dan fizikal. Maklumat peribadi anda juga boleh dikumpul daripada cookies melalui penggunaan laman web kami.

1.2.3 Persetujuan pihak ketiga: Sekiranya anda telah membekalkan data peribadi pihak ketiga (contohnya, orang hubungan kecemasan anda, penyewa, wakil-wakil yang diberikan kuasa, kontraktor, peguam, ahli kewangan) kepada kami, kami bergantung kepada anda untuk memperoleh dengan secukupnya terlebih dahulu persetujuan pihak ketiga tersebut untuk membolehkan kami memproses data peribadi mereka berkenaan tujuan tersebut. 1.3 Maklumat peribadi wajib Semua maklumat yang diminta dalam borang-borang yang berkaitan adalah wajib untuk anda bekalkan melainkan dinyatakan sebaliknya. Sekiranya anda gagal untuk membekalkan maklumat wajib, kami tidak akan dapat memproses permintaan anda dan/atau membekal perkhidmatanperkhidmatan yang berkaitan kepada anda. 2) Tujuan-tujuan pengumpulan dan pemprosesan lanjut (termasuk pendedahan) maklumat peribadi anda:- 2.2.1 Pekerja/Pelanggan atau bakal pekerja/pelanggan: Maklumat peribadi anda dikumpul dan diproses selanjutnya oleh Kumpulan Kobay seperti yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang dan untuk melaksanakan transaksi komersial yang diminta, termasuk yang berikut: untuk memproses perkhidmatan-perkhidmatan yang diminta; untuk memproses pemohonan kerja atau pertanyaan mengenai produk dan/atau perkhidmatan kami; untuk membolehkan penglibatan anda dalam mana-mana pertandingan atau acara; untuk mengendali dan berkomunikasi dengan anda berkenaan dengan permohonan, perkhidmatan-perkhidmatan dan/atau acara-acara kami; untuk memproses mana-mana bayaran yang berkenaan dengan perkhidmatan yang anda minta; untuk tujuan-tujuan insurans; untuk makluman kepada badan-badan berkanun yang terlibat; untuk memohon visa-visa perjalanan dalam keadaaan perjalanan ke luar negara; untuk mengendali premis kami dalam suatu cara yang selamat secara fizikal, terjamin dan bersesuaian dengan keperluan-keperluan kesihatan dan keselamatan; untuk siasatan dalaman, audit atau tujuan-tujuan keselamatan, statistik analisis; untuk melakukan analisis pemasaran dalaman dan analisis corak dan pilihan pelanggan;

untuk mematuhi obligasi-obligasi undang-undang dan kawal selia Kobay dalam pengurusan perniagaannya; untuk menghubungi anda berkenaan produk-produk, perkhidmatanperkhidmatan, acara-acara akan datang, promosi, pengiklanan, pemasaran dan bahan-bahan komersial kami; untuk memastikan kandungan laman web kami ditunjukkan dalam cara yang paling berkesan untuk anda dan komputer dan/atau peranti anda; untuk melindungi terhadap atau mengenalpasti transaksi palsu; untuk menbuat tawaran dan memberi maklumat mengenai perkhidmatan kami yang dibenarkan disisi undang-undang; untuk membuat dan memberi promosi pemasaran sesuai untuk pelanggan kami; untuk membuat makluman dan kajian mengenai perkhidmatan yand diinginkan; untuk membantu pengurusan kewangan dan pemasaran yang diperlukan dalam urusan perniagaan dan aktiviti perniagaan lain berkaitan termasuk kawalan kredit; untuk pengurusan risiko; untuk pengurusan rekod dalaman Kobay, acara dan aktiviti hubungan pelanggan atau program; dan lain-lain tujuan berkenaan dengan perkara yang disebut di atas. 2.2.2 Penjual, pembekal, penyewa atau penyedia perkhidmatan: Maklumat peribadi anda dikumpul dan diproses selanjutnya oleh Kobay seperti yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang dan untuk melaksanakan transaksi komersial yang diminta, termasuk yang berikut: untuk memproses pemohonan akaun kredit anda; untuk menilai kebolehpercayaan kredit anda; untuk mentadbir dan memberi kesan kepada transaksi komersial anda (pemberian tender, kontrak untuk perkhidmatan, perjanjian penyewaan); untuk memproses sebarang bayaran yang berkaitan dengan transaksi komersial anda; untuk tujuan-tujuan insurans; untuk siasatan dalaman, audit atau tujuan-tujuan keselamatan; untuk mematuhi obligasi-obligasi undang-undang dan kawal selia Kobay dalam pengendalian perniagaannya; untuk menghubungi anda berkenaan produk-produk,perkhidmatanperkhidmatan, acara-acara akan datang, promosi, pengiklanan, pemasaran dan bahan-bahan komersial yang kami rasa dapat menarik minat anda; untuk memastikan kandungan laman web kami ditunjukkan dalam cara yang paling berkesan untuk anda dan komputer dan/atau peranti anda; dan

untuk pengurusan rekod dalaman Kobay, acara dan aktiviti hubungan pelanggan dan program ganjaran kesetiaan pelanggan. 3. Penzahiran maklumat peribadi 3.1 Entiti-entiti dalam Kumpulan Kobay Kobay akan memastikan bahawa maklumat peribadi anda yang dibekalkan kepada entiti-entiti (dalam atau luar Malaysia) dalam Kumpulan Kobay (termasuk rakan-rakan kongsi khidmat luaran) untuk penggunaan berikut: (i) akses ke maklumat peribadi anda terhad kepada kakitangan-kakitangan yang diperlukan untuk memproses maklumat peribadi anda mengikut keperluan-keperluan tugas mereka masing-masing; dan (ii) hanya maklumat yang diperlukan dizahirkan kepada pekerja-pekerja berkenaan. 3.2 Pihak-pihak ketiga yang berkaitan dengan Kumpulan Kobay Maklumat peribadi anda mungkin dizahirkan kepada pihak-pihak ketiga yang berkaitan (sama ada di dalam atau di luar Malaysia) seperti yang diperlukan di bawah undang-undang, menurut hubungan kontrak yang berkenaan (sebagai contoh, kami melantik pembekal-pembekal perkhidmatan pihak ketiga) atau bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Seksyen 2 di atas (atau secara langsung berkaitan dengan tujuan-tujuan tersebut). Dalam keadaan suatu penjualan perniagaan, pelupusan, perolehan, penggabungan atau penyusunan semula yang berpotensi, dirancang atau sebenar ( Transaksi ), maklumat peribadi anda mungkin diperlukan untuk didedahkan atau dipindah kepada suatu pihak ketiga sebagai akibat Transaksi tersebut. Anda di sini mengaku bahawa pendedahan dan pemindahan sebegitu boleh berlaku dan membenarkan Kobay untuk menzahirkan maklumat peribadi anda kepada pihak-pihak yang lain dan penasihat-penasihat/wakil-wakilnya. 3.2.1 Pekerja/pelanggan atau bakal pekerja/pelanggan: Maklumat peribadi anda boleh didedahkan kepada kelas pihak-pihak ketiga di bawah: Pihak-pihak ketiga yang kami lantik untuk membekalkan perkhidmatan kepada kami atau bagi pihak kami (seperti juruaudit, peguam-peguam, setiausaha-setiausaha syarikat, perunding, kontraktor, penasihat-penasihat profesional, pembekal perkhidmatan, syarikat-syarikat percetakan, kontraktor, penganjur-penganjur persidangan/latihan/acara, penasihatpenasihat lain, dan syarikat-syarikat insurans);

Rakan-rakan niaga atau afiliasi kami yang mungkin turut serta membekalkan perkhidmatan yang anda minta (pihak ketiga seperti hotel atau resort atau penyewa medan beli-belah) Syarikat-syarikat utiliti; Syarikat-syarikat pengurusan hartanah untuk pengurusan hartanah yang dibeli; Kedutaan-kedutaan asing (termasuk agensi-agensi yang dilantik oleh kedutaan-kedutaan asing untuk menjalankan perkhidmatan mereka) sekiranya Kobay membantu anda dalam pemohonan visa anda sebagai sebahagian daripada perkhidmatan-perkhidmatan pelancongan yang anda minta; Agensi-agensi penguatkuasa undang-undang termasuk polis tempatan; dan Pihak berkuasa kerajaan, pihak berkuasa berkanun, majlis tempatan dan pengawal selia industri yang berkaitan. 3.2.2 Penjual, pembekal, penyewa atau penyedia perkhidmatan: Maklumat peribadi anda boleh didedahkan kepada kelas pihak-pihak ketiga di bawah: Pihak-pihak ketiga yang kami lantik untuk membekalkan perkhidmatan kepada kami atau bagi pihak kami (seperti juruaudit, peguam-peguam, setiausaha-setiausaha syarikat, syarikat-syarikat percetakan, kontraktor, penganjur-penganjur persidangan/acara, penasihat-penasihat lain, agensiagensi pelancongan dan syarikat-syarikat insurans) dengan syarat mereka mematuhi hak-hak privasi dan peruntukan Akta; Agensi-agensi penguatkuasa undang-undang, termasuk polis tempatan; dan Pihak berkuasa kerajaan, pihak berkuasa berkanun, majlis tempatan dan pengawal selia industri yang berkaitan. 4) Laman Web 4.1 Pautan ke laman-laman web yang lain Pautan ke laman-laman web yang lain dibekalkan bagi kemudahan dan maklumat anda. Laman-laman web ini mungkin mempunyai kenyataan privasi mereka sendiri, yang kami cadangkan anda menyemak sekiranya anda melawat mana-mana laman web pautan tersebut. Kami tidak bertanggungjawab bagi kandungan dalam pautan laman-laman web atau sebarang penggunaan laman-laman web tersebut. 4.2 Produk-produk atau aplikasi-aplikasi mengesan lokasi Produk-produk atau aplikasi-aplikasi mengesan lokasi menyampaikan maklumat lokasi anda kepada kami. Kami tidak menggunakan maklumat yang dihantar atau dibekalkan selain daripada untuk membekalkan

perkhidmatan yang anda minta. Fungsi pengesanan lokasi adalah pilih masuk dan anda mempunyai kawalan atas penyertaan anda dan boleh menutup perkhidmatan-perkhidmatan sebegitu pada bila-bila masa atau menyahpasangkannya. Sesetengah aplikasi mudah alih akan menggunakan Google Analytics (atau alat yang serupa) untuk membantu kami melayan anda dengan lebih baik melalui produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan yang telah diperbaik dan semakan-semakan terhadap aplikasi mudah alih. Maklumat yang terkumpul ini tidak akan mengenalpastikan anda kepada kami. Walau bagaimanapun, ia mungkin membolehkan kami mengetahui anda secara sulit tentang perkhidmatan-perkhidmatan dan fungsi-fungsi yang paling kerap anda gunakan dalam aplikasi tersebut dan juga jenis peranti dan fungsi-fungsi perkakasan, negara dan bahasa muat turun. 4.3 Cookies Suatu cookie mungkin boleh digunakan dalam pemprosesan maklumat anda. Suatu cookie ialah fail teks yang ditempatkan di dalam ingatan komputer dan/atau peranti anda oleh komputer-komputer kami. Suatu salinan fail teks dihantar oleh komputer dan/atau peranti anda apabila ia berkomunikasi dengan pelayan kami. Kami menggunakan cookies untuk mengenal pasti anda. Kami juga mungkin mengumpul maklumat berikut semasa anda melawat laman web dan/atau nama domain berkelayakan penuh yang anda berasal untuk mengakses laman web kami, atau secara alternatif, alamat IP anda: (i) tarikh dan masa anda mengakses setiap mukasurat dalam laman web kami; (ii) URL bagi sebarang laman web yang anda berasal untuk mengakses laman web kami (perujuk tersebut); dan (iii) pelayar web yang anda tengah guna dan laman-laman web yang telah anda akses. Sesetengah laman web mungkin memerlukan anda untuk membekalkan sebilangan maklumat peribadi yang terhad untuk menikmati sesetengah perkhidmatan atas laman web kami (wasikah log masuk sistem, alamat e- mel dan perhubungan, dsb). Maklumat peribadi ini hanya akan digunakan untuk tujuan-tujuan yang dikehendaki sahaja, seperti untuk membalas mesej anda atau menghantar perkhidmatan-perkhidmatan yang diminta. 5) Hak untuk mengakses dan meminda maklumat peribadi Anda mempunyai hak untuk mengakses dan meminda maklumat peribadi anda yang kami pegang (tertakhluk selalunya kepada beberapa pengecualian yang tertentu). Kami akan melakukan sedaya usaha untuk

memastikan maklumat peribadi anda adalah tepat dan terkini dan justeru kami meminta agar anda terus memaklumi kami sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam maklumat anda. Jika anda ingin mengakses atau meminda maklumat peribadi anda, sila rujuk kepada saluran perhubungan dalam Item 6 di bawah. 6) Pengehadan pemprosesan maklumat peribadi, pertanyaan lanjut dan aduan Sekiranya: (i) anda ingin memperoleh maklumat lanjut tentang cara untuk mengehadkan pemprosesan maklumat peribadi anda; (ii) anda ingin membuat pembetulan atau mengemaskini maklumat peribadi anda; (iii) anda mempunyai pertanyaan lanjut; atau (iv) anda ingin membuat suatu aduan berkenaan dengan maklumat peribadi anda, Anda boleh menghubungi:- Untuk Bahagian Pengilangan Corporate Affairs Department Tel.: 604-3711350 Fax : 604-2261363 atau email to :- publicrelation@kobaytech.com Untuk Bahagian Hartanah Sales & Marketing Department Tel.: 604-2917888 Fax : 604-3711341 atau email to :- salesmarketing_kg@kobaytech.com 7) Keselamatan Maklumat Peribadi Perlindungan maklumat peribadi anda amat penting bagi kami. Kumpulan Kobay mengambil langkah-langkah praktikal untuk melindungi data peribadi daripada sebarang kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses tanpa kebenaran atau tidak sengaja atau pendedahan, pengubahan atau pemusnahan. Semua pendedahan maklumat peribadi anda yang dibenarkan kepada ejen kami atau Pengantara Takaful yang sah, kami telah dan akan pastikan mereka melindungi data peribadi tersebut dengan sewajarnya.

8) Penyimpanan Data Peribadi Data peribadi anda tidak akan disimpan lebih daripada tempoh yang diperlukan bagi memenuhi tujuan data dikumpulkan kecuali penyimpanan itu diperlukan untuk tujuan operasi, audit, undang-undang, kawal selia, cukai atau perakaunan. Kami akan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan data tersebut dilupuskan atau dipadam secara kekal. Walau bagaimanapun, data peribadi boleh disimpan untuk tempoh yang lebih lama jika pengumpulan itu perlu bagi maksud yang berikut: prosiding undang-undang atau penyiasatan pihak kawal selia atau siasatan yang sama atau kewajipan untuk menghasilkan maklumat tersebut; suatu jenayah atau salah laku yang disyaki atau dikesan; maklumat yang berkaitan dengan syarikat dalam pembubaran atau penerimaan, di mana hutang yang disebabkan oleh penginsurans/; atau maklumat dianggap mempunyai kepentingan potensi sejarah, termasuk tetapi tidak terhad kepada tujuan yang diterangkan di atas. 9) Konflik Dalam keadaan berlakunya sebarang konflik antara Notis Privasi Dan Perlindungan Data Peribadi ini dalam Bahasa Inggeris dengan Notis Privasi Dan Perlindungan Data Peribadi ini dalam Bahasa Malaysia yang sepadan dengannya, terma-terma Notis dalam Bahasa Inggeris akan diguna pakai. Notis Privasi Dan Perlindungan Data Peribadi ini mungkin disemak semula dari semasa ke semasa. Notis yang dipinda akan dipaparkan di laman web Kobay dan/atau dengan apa-apa cara komunikasi yang lain yang dianggap sesuai oleh Kobay. Dengan membekalkan data peribadi anda kepada kami, anda dengan ini, membenarkan pemprosesan data peribadi anda selaras dengan segala yang dinyatakan di atas.