KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH KOMPLEKS PENDIDIKAN, JALAN STADIUM, 05604ALOR SETAR, KEDAH DARULAMAN. Telefon : 04-740 4000 Faksimile : 04-740 4342 Laman Web :www.jpn.moe.gov.my/jpnkedah MUAFAKAT KEDAH Rujukan Kami : JPK.SPPK.US.600-4/3/9( ) Tarikh : 3 Oktober 2017 Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah, Negeri Kedah Darul Aman. Tuan, SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN), PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD) DAN SEKOLAH TAHUN 2017 Dengan segala hormatnya surat KPM.100-1/7/2 Jld.4 (14) bertarikh 3 Oktober 2017 adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan Hari Sukan Negara disambut pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun dalam pembentangan bajet 2015. Jesteru itu, pada tahun ini sambutan tersebut akan diadakan pada pada 14 Oktober 2017. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai satu langkah proaktif dalam menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif dalam kalangan rakyat Malaysia. 3. Mendasari keputusan kerajaan tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggalakkan pelbagai aktiviti untuk dilaksanakan pada 14 Oktober 2017 di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan sekolah. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah adalah dimohon untuk menyokong dan melaksanakan aktiviti seperti aktiviti sukan, rekreasi, kecergasan, program sampingan atau aktiviti-aktiviti lain yang bersesuaian untuk dilaksanakan oleh pegawai, guru dan murid di semua peringkat. Untuk makluman tuan, usaha ini adalah sebagai galakan penyertaan murid-murid dalam aktiviti yang dirancang dan akan diiktiraf dalam pemberian markah Pentaksiran Kokurikulum / Sukan [Rujukan KPM.100-1/7/2 (81) bertarikh 6 September 2016] 4. Sehubungan dengan itu, sebagai tanda sokongan kepada program ini, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPN) akan mengadakan sambutan tersebut di peringkat negeri seperti ketetapan berikut ; Tarikh : 14 Oktober 2017 (Sabtu) Masa : 7.30 pagi 12.00 tengahari Tempat : SMK Mergong, Alor Setar Perasmi : YAB Menteri Besar Kedah 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan Sila catatkan rujukan Jabatan ini apabila berhubung
JPK.SPPK.US.600-4/3/9( ) 5. Oleh yang demikian, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kedah ingin menjemput seluruh warga pendidikan untuk memeriahkan lagi sambutan tersebut. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kedah juga ingin memohon kerjasama tuan untuk memanjangkan surat makluman ini ke sekolah-sekolah di bawah pentadbiran tuan bagi melaksanakan program tersebut di peringkat PPD dan sekolah. Bersama-sama dengan surat ini dilampirkan borang untuk hebahan ke sekolah-sekolah dalam daerah tuan seperti berikut; 3.1 Aturcara Majlis Pelancaran Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kedah Tahun 2017 3.2 Borang Pendaftaran Acara Hari Sukan Negara 2017 3.3 Surat Akuan Kebenaran Waris 3.4 Senarai Aktiviti Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kedah 2017 6. Pendafaran boleh dibuat di www.harisukannegara.my sebelum 9 Oktober 2017. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Adzlee b. Abdullah atau Puan Husaini bt. Hussain, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah di talian 04-7324500. Pegawai berurusan Puan Shabinar bt. Abd. Halim, Unit Sukan, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah di talian 04-7745165 / 016-2152850 atau sila rujuk dengan pegawai berurusan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing. Kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG Saya yang menurut perintah, ( HAJI MARZUKI BIN HAJI DAUD, BCK, BKM ) Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman. b.p Pengarah Pendidikan Negeri Kedah sk 1. Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah
ATURCARA MAJLIS PELANCARAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI TAHUN 2017 Tarikh Masa Tempat : 14 Oktober 2017 (Sabtu) : 7.30 pagi 12.00 tengahari : SMK Mergong, Alor Setar 7.30 8.15 pagi - Ketibaan peserta 8.15 pagi - Ketibaan jemputan dan VIP 8.25 pagi - Ketibaan YAB Menteri Besar Kedah 8.30 pagi - Senamrobik Perdana 8.45 pagi - Ucapan aluan oleh Y.B Exco Belia Dan Sukan 8.50 pagi - Ucapan Perasmian dan Pelancaran Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kedah Tahun 2017 9.00 pagi - Pelepasan peserta Larian Hari Sukan Negara 2017 oleh YAB Menteri Besar Kedah 9.10 pagi - Pelepasan peserta Berjalan 10 000 Langkah oleh YAB Menteri Besar Kedah 9.30 pagi - Walkabout YAB Menteri Besar Kedah dan jemputan ke khemah acara yang berlangsung 10.00 pagi - Cabutan bertuah 11.00 pagi - Pertandingan Aerobathon bermula