Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back Terma dan Syarat Terma-terma dan Syarat-syarat di sini ( Terma dan Syarat ) adalah tambahan kepada dan untuk dibaca bersama dengan perjanjian ahli kad kredit ( Perjanjian Ahli Kad ) AmBank (M) Berhad ( AmBank ) / AmBank Islamic Berhad ( AmBank Islamic ) / MBF Cards (M sia) Sdn Bhd (secara kolektif dirujuk sebagai Pihak Bank ) yang mentadbir ke atas penggunaan kad kredit yang dikeluarkan oleh AmBank / AmBank Islamic / MBF Cards (M sia) Sdn Bhd ( Kad ). Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau ketidakseragaman di antara Terma dan Syarat ini dan Perjanjian Kad, Terma dan Syarat ini akan berkuatkuasa setakat berkaitannya dengan Program ini. Definisi Kecuali di mana konteks diperlukan, atau dinyatakan di dalam Terma dan Syarat ini, semua perkataan, nama dan ekspresi yang ditakrifkan di dalam Perjanjian Kad, apabila digunakan atau dirujuk di dalam Terma dan Syarat ini, hendaklah mempunyai maksud yang sama seperti yang dinyatakan di dalam Perjanjian Ahli Kad. "Ahli Kad Yang Layak" bermaksud Pelanggan Bank yang telah memohon dan telah dikeluarkan dengan Kad Prinsipal dan/atau Kad Tambahan dalam Tempoh Program seperti yang diterangkan di sini. "Program" bermaksud "Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back yang dianjurkan oleh pihak Bank menurut terma dan syarat yang ditetapkan di sini. Kata-kata yang melambangkan orang termasuklah orang yang hidup dan jika dan di mana berkenaan, badan atau orang yang diperbadankan atau tidak diperbadankan. Perkataan yang bererti tunggal juga hendaklah termasuk jamak dan sebaliknya. Perkataan yang bermaksud jantina lelaki hendaklah termasuk jantina perempuan dan neuter. Program 1. Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back ( Program ) ini akan bermula dari 15 Jun 2015 sehingga 14 September 2015 ( Tempoh Program ), termasuk kedua-dua tarikh tersebut atau mana-mana tarikh lain yang akan ditentukan mengikut budi bicara mutlak pihak Bank dengan notis terdahulu sekurang-kurangnya 21 hari. 2. Semua Ahli Kad Prinsipal dan Kad Tambahan layak untuk menyertai tetapi berdasarkan penyertaan berasingan kecuali: a. Ahli Kad Debit, Kad Prabayar, Kad Korporat, Kad Komersil, dan Kad Insuran keluaran Pihak Bank; b. Ahli Kad yang mempunyai akaun Kad kredit yang pernah digantung, dibatalkan atau ditamatkan di atas apa-apa sebab semasa Tempoh Program atau semasa pengkreditan Pulangan Tunai. Kriteria Pendaftaran 3. Untuk mengambil bahagian dalam Program ini, Ahli Kad Yang Layak perlu mendaftar melalui SMS sekali sahaja semasa Tempoh Program seperti berikut: CASH<jarak>Nombor Kad Pengenalan 12-angka ke 66399. Contoh: CASH 771129105033 (SMS yang dihantar tidak sensitif sama ada huruf besar atau kecil) Page 1 of 5
4. Syarikat telekomunikasi ( Telco ) yang layak untuk pendaftaran SMS: Maxis, Celcom, DiGi, dan UMobile sahaja. Caj biasa syarikat-syarikat telekomunikasi dikenakan ke atas setiap SMS yang dihantar. Pendaftaran dalam format yang lain akan terbatal secara automatik. 5. Selepas pendaftaran, SMS pengesahan penerimaan penyertaan akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang digunakan untuk mendaftar bagi mengesahkan SMS diterima oleh Pihak Bank. Bukti SMS yang dihantar oleh Ahli Kad bukan menandakan bukti SMS yang diterima oleh Pihak Bank. Ahli Kad Yang Layak adalah bertanggungjawab untuk memastikan butiran SMS adalah lengkap dan tepat. 6. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan tiada sebarang kecuaian atau pelanggaran kewajipan di Pihak Bank ke atas Program ini, Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab dan berhak menggunakan budi bicara mutlak untuk membatalkan sebarang pendaftaran SMS yang tidak lengkap / tepat, penyertaan lewat, kesalahan mesej, pendaftaran yang gagal disebabkan kegagalan rangkaian dan/atau gangguan yang dialami pengendali Telco atau apa jua sebab yang Pihak Bank (dengan meggunakan budi bicara mutlak) anggap sesuai. 7. Sekiranya Ahli Kad tidak menerima pengesahan SMS kerana dianggap tidak sah, kegagalan sistem telefon bimbit berdaftar (termasuk tetapi tidak terhad kepada sistem pihak ketiga Bank atau, kegagalan elektronik, kegagalan atau kerosakan sistem mekanikal, virus komputer, berlaku akibat gangguan atau masalah berkaitan, kepincangan sistem operasi, rangkaian telekomunikasi atau kegagalan internet, kegagalan tenaga kuasa atau kegagalan penghantaran lain, Ahli Kad perlu menghubungi nombor Perkhidmatan Pelanggan yang dinyatakan dalam klausa 29 untuk mendapatkan bantuan. 8. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan tiada sebarang kecuaian atau pelanggaran kewajipan di Pihak Bank ke atas Program ini, Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab keatas Ahli Kad jika Ahli Kad tidak dapat mengambil bahagian dalam Program ini yang disebabkan oleh keadaan yang tidak diduga dan tidak dapat dielakkan yang dinyatakan disini. Kriteria Pemilihan & Perbelanjaan 9. Ahli Kad dikehendaki menggunakan kad kredit untuk transaksi runcit bulanan terkumpul sebanyak RM500 dalam Kod Kategori Peniaga (MCC) seperti dalam klausa 12 di bawah ("Transaksi yang Layak"). Transaksi runcit bermaksud transaksi pembelian untuk barangan untuk penggunaan peribadi dan bukan untuk tujuan perniagaan dan tidak termasuk urus niaga pertaruhan atau perjudian. 10. Apabila Ahli Kad yang Layak memenuhi kriteria penyertaan di mana-mana Bulan Program seperti yang dinyatakan di klausa 17 di bawah, Ahli Kad yang Layak mempunyai peluang untuk menerima RM150 Pulangan Wang Tunai tertakluk kepada ketersediaan Peruntukan Pulangan Wang Tunai Bulanan untuk Bulan Program seperti yang dinyatakan di dalam klausa 17 berdasarkan yang terdahulu di dahulukan Page 2 of 5
11. Penjejakan Pulangan Wang Tunai oleh Ahli Kad yang Layak hendaklah bermula dari bulan pendaftaran SMS yang diperakui oleh Pihak Bank sehingga tamat Tempoh Program. Contoh Tarikh Pendaftaran SMS Yang Berjaya Tempoh Kelayakan Pulangan Wang Tunai Ahli Kad 1 15 Jun 2015 15 Jun to 14 September 2015 Ahli Kad 2 25 Jun 2015 15 Jun to 14 September 2015 Ahli Kad 3 20 Julai 2015 15 Julai to 14 September 2015 Ahli Kad 4 14 September 2015 15 Ogos to 14 September 2015 12. Transaksi Yang Layak termasuk semua transaksi runcit tempatan dan luar negara berdasarkan Kod Kategori Peniaga (MCC) seperti yang direkodkan dalam sistem Pihak Bank: Kategori Transaksi Runcit Contoh Kedai Kod MCC (*dikecualikan untuk Ahli Kad AmBank Islamic) Menjamu Selera Tempat makan/ restoran/ restoran 5811, 5812, 5814 Barangan Runcit makanan segera Termasuk pasar raya besar seperti Tesco, Giant, Cold Storage, AEON, Mydin, 99 Speedmart 5813* 5411, 5422, 5441, 5451, 5462, 5499, 9751, 9752 5921* 13. Peruntukan kod MCC untuk setiap peniaga adalah tertakluk kepada klasifikasi oleh pihak bank perolehan peniaga masing-masing ("Bank Perolehan Peniaga") dan adalah menjadi tanggungjawab Bank Perolehan Peniaga yang berkaitan untuk menetapkan MCC yang betul. Pihak Bank tidak bertanggungjawab atau mempunyai kawalan ke atas apa-apa jua tugasan yang tidak betul dan / atau tidak selaras dengan kod MCC yang ditetapkan oleh Bank Perolehan Peniaga yang boleh menyebabkan Ahli Kad yang Layak disingkirkan dari berkelayakan untuk Pulangan Wang Tunai. 14. Transaksi yang dikecualikan ialah semua transaksi dalam talian atau internet, semua Pesanan Pos, Pesanan Telefon, AmFlexi-Pay, pembayaran arahan tetap, Transaksi Yang Layak yang kemudiannya dibatalkan atau dikembalikan, dipertikaikan, urus niaga tanpa kebenaran atau penipuan, transaksi pembiayaan perdagangan dan transaksi di bawah selenggaraan khas yang boleh digunakan untuk menebus rebat dan bayaran ansuran. 15. Transaksi yang dibuat di peniaga yang tidak memproses urus niaga di bawah kod MCC seperti yang ditunjukkan dalam klausa 12 tidak layak sebagai Transaksi Yang Layak. 16. Semua transaksi runcit yang layak mesti dilakukan dengan jayanya & dibil ke akaun Ahli Kad Yang Layak untuk ganjaran Pulangan Wang Tunai. Pihak Bank membenarkan lima (5) hari kalendar untuk transaksi runcit yang layak dibil ke akaun Kad Ahli Kad Yang Layak. Pihak Bank tidak bertanggungjawab dalam apa saja cara ke atas kelewatan bil yang dicaj ke akaun Ahli Kad Yang Layak oleh peniaga dan/atau pihak ketiga Page 3 of 5
Pulangan Wang Tunai 17. Pemilihan pemenang Pulangan Wang Tunai akan diberikan berdasarkan yang terdahulu di dahulukan dengan jumlah tunai sebanyak RM240,000 setiap bulan ( Pulangan Wang Tunai Bulanan ) sepanjang Tempoh Program. Peruntukan Pulangan Wang Tunai Bulanan adalah berdasarkan kepada jadual di bawah: Bulan Program Tempoh Program Pulangan Wang Tunai Bulanan 1 15 Jun sehingga 14 Julai 2015 RM240,000 2 15 Julai sehingga 14 Ogos 2015 RM240,000 3 15 Ogos sehingga 14 September 2015 RM240,000 Jumlah Pulangan Wang Tunai RM720,000 18. Baki Pulangan Wang Tunai Terkumpul yang diperuntukkan pada bulan penyertaan yang tidak digunakan (jika ada) akan dibawa ke Bulan Program seterusnya. Kelayakan Pulangan Wang Tunai 19. Ahli Kad Yang Layak adalah layak untuk Pulangan Wang Tunai maksimum RM150 pada Bulan Program seperti yang dinyatakan dalam klausa 10 di atas. Maklumam Kepada Pemenang Pulangan Wang Tunai 20. Pihak Bank akan menghubungi para pemenang Pulangan Wang Tunai melalui SMS menerusi nombor telefon yang digunakan oleh Ahli Kad Yang Layak sewaktu mendaftar penyertaan. Dengan tidak mengira perkara yang termaktub di atas, Pihak Bank berhak dengan sepenuhnya dan tertakluk kepada budi bicaranya yang mutlak untuk menggunakan apa jua cara atau medium yang difikirkan sesuai untuk mengumumkan para pemenang Pulangan Wang Tunai. Pulangan Wang Tunai akan dikreditkan ke akaun Kad Ahli Kad Yang Layak dan dipamerkan pada penyata kad yang seterusnya. Penyingkiran 21. Pihak Bank berhak dengan sepenuhnya untuk menyingkir mana-mana Transaksi Yang Layak tanpa mengeluarkan sebarang notis atau memaklumkan Ahli Kad berdasarkan faktor berikut: a) Semua penyertaan yang diterima sebelum dan selepas Tempoh Program yang ditetapkan. b) Butiran pendaftaran yang tidak tepat atau tidak lengkap. c) Akaun Ahli Kad Yang Layak yang mengalami sebarang kegagalan untuk kemudahan yang disediakan pada sepanjang Tempoh Program, yang mana tertakluk kepada budi bicara Pihak Bank; dan/atau akaun pemegang kad kredit Bank yang telah ditutup sebelum pengumuman pemenang 22. Dengan menyertai Program ini dan hanya dengan tujuan Program ini, Ahli Kad memberi kebenaran kepada Bank untuk mendedahkan maklumat peribadi mereka hanya setakat yang perlu kepada penyedia perkhidmatan Bank bagi tujuan menjalankan Program ini. Liabiliti 23. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan tiada sebarang kecuaian atau pelanggaran kewajipan di Pihak Bank ke atas Program ini, pemilihan kesemua pemenang Pulangan Wang Tunai oleh Pihak Bank adalah muktamad dan sebarang bantahan mengenainya tidak akan dilayan. Page 4 of 5
24. Setakat yang dibenarkan oleh undang- undang dan pihak Bank tidak melanggar Perjanjian ini atau didapati cuai, Ahli Kad bersetuju untuk menanggung rugi pihak Bank dari sebarang kerugian atau kerosakan, kos perbelanjaan, yuran dan caj yang mungkin ditanggung oleh pihak Bank akibat perlanggaran terma dan syarat Program oleh Ahli Kad (termasuk kos daripada penguatkuasaan terma dan syarat tersebut ke atas Ahli Kad). Bahasa 25. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau kesamaran di dalam tafsiran Terma dan Syarat ini, kedua-dua Terma dan Syarat versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia akan di tafsirkan sebagai setara dan setiap Terma dan Syarat yang ditetapkan akan membawa maksud yang sama. Kepatuhan kepada Terma dan Syarat Program 26. Ahli Kad dikehendaki mematuhi segala Terma dan Syarat yang telah ditetapkan oleh Pihak Bank bagi Program ini. Pihak Bank berhak menarik balik Pulangan Wang Tunai jika mendapati Ahli Kad gagal mematuhi Terma dan Syarat yang terkandung. 27. Segala Terma dan Syarat yang terkandung di sini adalah dilindungi dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia dan apa jua pertikaian mengenainya akan dibicarakan di mahkamah di Kuala Lumpur. 28. Ahli Kad dianggap telah membaca dan memahami segala Terma dan Syarat yang dinyatakan. Pihak Bank berhak untuk menukar, mengubah dan/atau meminda mana-mana Terma dan Syarat yang terkandung di sini dari masa ke semasa dan sebarang perubahan akan diumumkan sekurang-kurangnya dalam masa 21 hari kalendar menerusi laman web di www.ambank.com.my 29. Untuk sebarang bantuan, maklum balas dan / atau aduan berkaitan dengan Program ini, Ahli Kad boleh menghubungi nombor Perkhidmatan Pelanggan AmBank / AmBank Islamic di talian +603-2178 8888 atau e-mel kami di customercare@ambankgroup.com Page 5 of 5