Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan,

dokumen-dokumen yang mirip
Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

lain tanpa memberikan sebarang sebab. Kepada: CIMB Bank Berhad Cawangan...

Kepada: CIMB Bank Berhad

TERMA DAN SYARAT AKAUN EMAS BIBDS

PERJANJIAN AKAUN PELABURAN EMAS CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD ( BANK ) YANG MENGAWAL KEMPEN KAD KREDIT CIMB PREFERRED ( Kempen )

Page 1 of 9. Kepada: CIMB Bank Berhad. ... Cawangan PERJANJIAN AKAUN PELABURAN EMAS CIMB BANK. Tuan,

3. Bank merizab hak untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen Lanjutan dengan memberikan makluman.

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Kempen Hadiah Sehingga RM150 kepada Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen RM1 for 1 Swipe CIMB 2016

Akaun Pelaburan Pulangan Tetap-i Step Up 12 Bulan CIMB Islamic Bank Berhad TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. CIMB Islamic - Peraduan Kirim & Menang

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

Pembiayaan Auto CIMB Pembiayaan Kenderaan Khas untuk Bumiputera Terma-terma dan Syarat-syarat

CIMB Auto Finance Promosi untuk Kenderaan Asing Baharu Terma-terma dan Syarat-syarat

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA DAN SYARAT Kempen Rebat Tunai CIMB-Sunshine (16hb Mei hb Jun 2018)

Go Digital with CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Website CPL Campaign (1hb Julai 31hb Ogos 2017)

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

1.1. Travel Care Insurance Contest yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (selepas ini dirujuk sebagai CIMB Bank atau Bank ).

Fasal-fasal yang dipinda

CIMB Islamic Kempen Wealth Starter 3.0 ( Kempen ) Terma-Terma dan Syarat-Syarat

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Bank" bermaksud Hong Leong Bank Berhad ( HLBB ) dan/atau Hong Leong Islamic Bank Berhad ( HLISB ).

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB Personal Financing Pre-Raya Cash Back (1hb Mei 31hb Ogos 2017)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Tambahan Baki CIMB (Faedah Bonus 3% Setahun)

KEMPEN SUKU TAHUNAN KAD KREDIT PRVI MILES UOBM TERMA & SYARAT

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang Rebat Tunai CIMB-IKEA (1hb September hb November 2017)

TERMA DAN SYARAT KAD DEBIT HONG LEONG TOUCH N GO (TNG) ZING

Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kempen MasterCard Guaranteed Overseas Spend CIMB Bank

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

CIMB BANK BERHAD TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KAWAL SELIA PRIME BANKING

Terma-Terma & Syarat- Syarat Kad Kredit Cash Rebate Platinum

1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

Page 1 of 7. TERMA TERMA & SYARAT-SYARAT AKAUN SIMPANAN Layak menerima perlindungan PIDM 1. MEMBUKA AKAUN

Terma-terma & Syarat-syarat Kempen Perkhidmatan Perbankan Serantau CIMB (Malaysia Singapura)

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Kempen ini terbuka kepada pelanggan bukan individu baru dan sedia ada HLB Akaun Semasa PowerSME ( Pelanggan ).

TERMA DAN SYARAT KEMPEN Save, Invest and Win. 1. RHB Bank Berhad (No. Syarikat 6171-M) akan dirujuk sebagai RHB.

Penyertaan di dalam Program UOB SMART$ Rebates adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat berikut dan Perjanjian Ahli Kad VISA/MASTERCARD UOB.

Terma-terma and Syarat-syarat CIMB Affinity Kad Kredit Pengambilan dan Penggunan yang mengawal Kempen Welcome Gift

TERMA DAN SYARAT WANG TUNAI PERIBADI (PERSONAL CASH)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja Musim Perayaan dan Menang Kad Hadiah CIMB-IKEA (1 Disember Februari 2018)

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

TERMA DAN SYARAT YANG MENGAWAL KEMPEN PB GOLDEN FORTUNE

PERJANJIAN PENYELENGGARAAN. Bertarikh. Antara. CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (No Syarikat H) ("Bank") dan. ("Pelanggan")

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB-Pay with Points & Win

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen CIMB BANK Pilih Baucar Anda untuk Permohonan Kad Kredit

a) Untuk layak menerima Insentif RRP, semua syarat berikut perlu dipenuhi oleh Ejen ("Rujukan Berjaya"):

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Hadiah untuk Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

(RD/T&C/Debit MasterCard/BM/MAR2018) Muka surat 1 daripada 11

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

TERMA DAN SYARAT CABUTAN EXTRAVAGANZA KT 2018

UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD (271809K)

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 12% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI

KEMPEN CERIA BERAYA 2017 PROGRAM PECAH TABUNG DAN PERADUAN MEWARNA BANK RAKYAT 2017

Termaa-terma dan Syarat-syarat Kempen Akaun Kwik CIMB Bank

a) Kempen Let s Go E Rezeki Draw ini dibuka kepada semua pelanggan yang berdaftar dengan PruBSN Touch.

TERMA DAN SYARAT KAD-i DEBIT CIMB ISLAMIC

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG MENTADBIR PERADUAN INSURANS TRAVEL CARE - HOKKAIDO

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

membayar fi tahunan yang ditetapkan oleh Bank. TERMA TERMA & SYARAT-SYARAT AKAUN SIMPANAN Layak menerima perlindungan PIDM

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

1.3 Sebarang penyertaan yang diterima selepas 31 Julai 2015 pada pm akan dianggap tidak sah.

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI

TERMA & SYARAT ( T&S ) ( T&S ):- KELAYAKAN

Tempoh yang Diperuntukkan Bag Troli Condotti RM8,000 4 bulan

Kempen Isi, Leret & Menang. Terma dan Syarat

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

TERMA DAN SYARAT Kempen Belanja Tahun Baru Cina 2018 dan Menang Baucar CIMB-Giant (1hb Februari hb Februari 2018)

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK DEBIT MASTERCARD 1. TAKRIF

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Akaun Simpanan-i Layak menerima perlindungan PIDM

Terma & Syarat Kempen MyDebit dengan agensi agensi Kerajaan Negeri Sabah

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen CIMB BANK Memilih Hadiah untuk Permohonan Kad Kredit

Page 1 of 7 CIMB BANK BERHAD (13491-P) TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT AKAUN AIRASIA SAVERS CIMB BANK Layak menerima perlindungan PIDM

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD yang mengawal Kempen Belanja dan MenangCIMB-IKEA

Terma dan Syarat bagi Akaun Semasa-i dan Akaun Simpanan-i Hong Leong (Tawarruq CASA-i)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Faedah Bonus CIMB

Transkripsi:

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan, Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian Akaun Pelaburan e- Emas CIMB Bank sebagaimana yang telah diubah dan/atau dipinda untuk menggambarkan pemberhentian permintaan emas fizikal. Terma dan syarat yang dipinda akan berkuat kuasa dan akan mengikat anda selepas dua puluh satu (21) hari dari tarikh notis ini. Sila rujuk laman web CIMB Bank di www.cimbbank.com.my untuk mendapatkan salinan terma dan syarat yang dipinda selepas dua puluh satu (21) hari dari tarikh notis ini. Hanya klausa diubah dan/atau dipinda disenaraikan di bawah dan dibaca seperti berikut:- 1. TUJUAN AKAUN PELABURAN EMAS (egia) Saya/Kami mungkin dari semasa ke semasa membeli daripada dan/atau menjual kepada Bank komoditi emas tulin 99.9% (selepas ini dirujuk sebagai emas ) di bawah egia dan apa-apa baki emas yang pada masa itu dibeli tetapi belum dijual balik oleh saya/kami atau diambil penyerahannya selaras dengan terma-terma di dalam ini akan direkodkan di dalam egia sebagai terhutang oleh Bank kepada saya/kami dan akan ditangani selaras dengan terma-terma dan syarat-syarat yang diperuntukkan selepas ini. 2. PEMBUKAAN AKAUN 2.5 Bagi akaun bersama yang dibuka oleh kami (dikenakan terhadap egia yang dibuka dalam nama dua (2) tetapi tidak lebih daripada tiga (3) orang dengan syarat tandatangan bahawa salah seorang boleh menandatangani untuk egia yang dibuka dalam nama 2 orang dan dengan syarat tandatangan bahawa mana-mana seorang boleh menandatangani untuk egia yang dibuka dalam nama 3 orang), kami memahami dan bersetuju bahawa kami tidak berhak atau dibenarkan membeli dan/tau menjual emas melalui CIMB Clicks dan bersetuju bahawa semua persetujuan, obligasi, kuasa dan liabiliti yang terkandung dalam Perjanjian ini akan dianggap mengikat terhadap pemegang-pemegang akaun egia, secara bersama dan berasingan. Dengan ini dipersetujui bahawa notis dianggap telah diberikan oleh Bank kepada kami apabila mana-mana seorang pemegang akaun bersama dimaklumkan oleh Bank. Kami, pemegang akaun bersama, hendaklah dengan bersama dan berasingan berakujanji untuk menanggung rugi dan memastikan Bank tidak dipertanggungjawabkan atas kerugian, tuntutan, prosiding, kos, perbelanjaan dan liabiliti lain yang walau bagaimanapun dan pada bila-bila masa jua ditanggung oleh Bank akibat dan/atau berbangkit daripada Bank mematuhi sebarang pemberikuasaan yang dikeluarkan oleh mana-mana pemegang akaun bersama egia kecuali berbangkit daripada dan disebabkan secara langsung oleh kecuaian melampau atau keingkaran yang disengajakan oleh Bank. 3. PENGISYTIHARAN 3.4 Saya/Kami bersetuju bahawa Bank tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab kepada saya/kami atas apa-apa pengurangan nilai emas yang dibeli di bawah egia dan untuk sebarang kerugian, kerosakan, kos atau perbelanjaan lain yang ditanggung atau dialami oleh saya/kami termasuk tetapi tidak terhad kepada pengenaan apa-apa cukai (termasuk tetapi tidak terhad kepada cukai barangan dan perkhidmatan ( GST )) dan/atau levi lain berkaitan dengan pewujudan, pengeluaran atau operasi egia atau berhubung dengan penjualan atau pembelian emas yang dipegang berkaitan dengannya. 3.5 Saya/Kami memahami dan bersetuju bahawa Bank boleh pada bila-bila masa menggantung dan/atau

tidak melaksanakan pembelian dan/atau penjualan emas oleh saya/kami di bawah egia dalam kedudukan kredit di bawah egia tanpa memberikan sebarang sebab dan saya/kami dengan ini bersetuju bahawa penggantungan, keengganan untuk melaksanakan pembelian dan/atau penjualan emas oleh saya/kami di bawah egia tidak akan memberikan hak kepada saya/kami atau mana-mana pihak ketiga lain untuk membuat sebarang tuntutan atau menuntut sebarang pampasan terhadap Bank atas sebarang kerugian atau kerosakan langsung atau tidak langsung yang dialami oleh saya/kami atau mana-mana pihak ketiga lain yang berbangkit daripadanya. 13. PENGAKUAN PELANGGAN 13.1 Saya/Kami dengan ini mengakui dan bersetuju bahawa:- 13.1.1 Bank tidak mempunyai sebarang kewajipan dan/atau liabiliti dalam apa jua keadaan untuk melaksanakan (menyampaikan (sama ada di Malaysia atau di mana sahaja di dunia) apa-apa atau semua emas sedemikian yang dibeli seperti yang dinyatakan di atas secara fizikal atau dalam keadaan yang sama kepada saya dan saya tidak mempunyai hak dan tidak berhak untuk menuntut dan/atau meminta penghantaran seumpamanya. 13.1.3 Bank tidak akan dalam apa jua cara dianggap sebagai baili dan/atau pemegang amanah saya/kami berkaitan dengan sebarang atau semua emas yang pada masa itu terhutang dan kena dibayar oleh Bank kepada saya/kami dalam egia. 13.1.6 Butir-butir dan perincian yang dilengkapkan oleh saya/kami di dalam apa-apa borang yang ditetapkan oleh Bank untuk membeli emas daripada Bank, untuk menjual emas dalam egia kepada Bank dan/atau butir-butiran atau perincian yang direkodkan di bawah egia dan/atau Akaun Gabungan Yang Ditetapkan hendaklah diterima oleh saya/kami sebagai bukti konklusif mengenai butir-butir yang terkandung di dalamnya termasuk tetapi tidak terhad kepada butir-butir berkaitan dengan tarikh dan kuantiti emas yang dibeli atau dijual. 15. TANGGUNG RUGI DAN PEMBATASAN LIABILITI Bank tidak akan bertanggungjawab untuk dan saya/kami dengan ini secara bersama dan berasingan bersetuju dan berakujanji untuk menanggung rugi dan terus menanggung rugi Bank dan memastikan Bank tidak dipertanggungjawabkan atas semua kerugian, kos, dan perbelanjaan yang mungkin ditanggung oleh saya/kami atau Bank, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengenaan sebarang cukai (termasuk tetapi tidak terhad kepada GST) dan/atau levi lain berhubung dengan kewujudan, pengeluaran atau operasi egia atau berhubung dengan pelaksanaan oleh Bank terhadap apa-apa arahan untuk penjualan atau pembelian yang dipegang berkaitan dengannya (meskipun arahan tersebut mungkin penipuan atau tanpa kebenaran) kecuali berbangkit daripada dan disebabkan secara langsung oleh kecuaian melampau atau keingkaran yang disengajakan oleh Bank. 16. PENUTUPAN egia 16.3 egia akan dianggap ditutup jika kelihatan dalam buku Bank sebagai mempunyai baki sifar, apabila semua emas yang ada dikeluarkan atau melalui operasi undang-undang. 23. PENGGANTUNGAN PENJUALAN DAN PEMBELIAN

23.1 Meskipun sebarang peruntukan yang menyatakan sebaliknya dan/atau sebarang kewajipan atau obligasi nyata atau tersirat di pihak Bank, dengan ini dipersetujui dengan nyata bahawa Bank hendaklah, menurut budi bicara mutlaknya, berhak atas apa jua sebab (i) untuk tidak menerima sebarang arahan untuk penjualan atau pembelian emas dan/atau (ii) untuk menyebut sebarang harga pada bila-bila masa termasuk tetapi tidak terhad kepada dalam tempoh apabila dagangan dalam emas digantung di Bursa Emas Malaysia atau mana-mana bursa emas di mana-mana bidang kuasa lain. Klausa 13.1 hingga 13.9 yang dikeluarkan di bawah dipadamkan secara keseluruhannya. 13. PERMINTAAN UNTUK EMAS FIZIKAL 13.1 Permintaan bagi pengeluaran sebarang emas fizikal daripada egia, jika ada, hendaklah dibuat oleh saya/kami di cawangan dimana egia dibuka. Setiap pengeluaran adalah tertakluk kepada kuantiti minimum 100 gram dan dalam gandaan 100 gram atau sebarang kuantiti minimum lain yang boleh ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa, selepas memberikan notis terdahulu selama empat belas (14) hari kepada anda oleh Bank dan tertakluk kepada pembayaran caj perkhidmatan dan cukai semasa (termasuk tetapi tidak terhad kepada cukai perkhidmatan atau GST). 13.2 Untuk menyerahkan permohonan untuk sebarang pengeluaran emas fizikal di cawangan di mana Akaun Gabungan Yang Ditetapkan Dibuka, saya/kami dengan tak boleh batal hendaklah meminta Bank mengeluarkan emas dalam kedudukan kredit dalam egia dengan mengisi borang permohonan elektronik seperti yang ditetapkan oleh Bank (bersama-sama dengan sebarang dokumen dan deklarasi lain yang dianggap perlu oleh Bank untuk menyokong permohonan saya/kami) dan menyerahkannya kepada Bank. Dengan itu, Bank akan mengeluarkan satu Resit Permintaan Untuk Pengeluaran Emas Fizikal ( Resit ) kepada saya/kami sebagai pengakuan bahawa Bank telah menerima permintaan tak boleh batal oleh saya/kami untuk mengeluarkan emas fizikal daripada egia dengan syarat Bank terlebih dahulu menerima daripada saya/kami fi dan caj semasa yang dikehendaki (termasuk insurans dan caj pengangkutan) untuk penghantaran emas fizikal ke cawangan Bank yang ditetapkan dan caj lain termasuk GST, atau sebarang cukai lain, jika berkenaan. 13.3 Untuk egia yang dibuka dalam nama tunggal saya, untuk menyerahkan permohonan (yang hendaklah disokong oleh sebarang dokumen lain yang dikehendaki oleh Bank termasuk deklarasi yang diperlukan yang disempurnakan dengan sewajarnya oleh saya) untuk sebarang pengeluaran emas fizikal melalui CIMB Clicks, saya dengan tak boleh batal hendaklah meminta Bank mengeluarkan emas dalam kedudukan kredit dalam egia dengan mengisi borang permintaan elektronik yang ditetapkan oleh Bank. Dengan itu, Bank akan mengeluarkan melalui CIMB Clicks satu dokumen Pengakuan Pengambilan Emas Fizikal ( e-resit ) kepada saya sebagai pengakuan bahawa Bank telah menerima permintaan tak boleh batal oleh saya untuk mengeluarkan emas fizikal daripada egia dengan syarat Bank terlebih dahulu menerima daripada saya fi dan caj semasa yang dikehendaki (termasuk insurans dan caj pengangkutan) untuk penghantaran emas fizikal ke cawangan Bank yang ditetapkan dan caj lain termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan, atau sebarang cukai lain, jika berkenaan. 13.4 Satu tempoh menunggu selama sehingga empat (4) minggu, atau sebarang tempoh lain yang boleh ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa selepas memberikan notis terdahulu selama empat belas (14) hari kalendar, akan dikenakan dari tarikh Bank mengeluarkan Resit atau e-resit, mengikut keadaan, sebelum Bank mengeluarkan notis kepada saya/kami untuk memungut emas fizikal. Setelah menerima makluman daripada Bank untuk memungut emas fizikal, saya/kami kemudian hendaklah mengemukakan Resit atau e-resit, mengikut keadaan, untuk mengambil emas fizikal di cawangan atau tempat yang

ditetapkan oleh Bank. Permintaan untuk mengeluarkan emas fizikal, penerimaan Permintaan oleh Bank dan pengambilan emas fizikal adalah tertakluk kepada budi bicara mutlak Bank, sebarang keperluan lain oleh Bank dan/atau tertakluk kepada amalan semasa Bank, dan/atau tertakluk kepada sebarang bukti mengenai identiti saya yang mungkin dikehendaki oleh Bank. 13.5 Saya/Kami hendaklah memungut emas fizikal atas dasar seadanya ( as is where is ) dari cawangan Bank yang ditetapkan, yang dimaklumkan kepada saya/kami, dalam masa tiga puluh (30) hari perniagaan dari tarikh surat makluman daripada Bank untuk pengambilan (selepas ini dirujuk sebagai tarikh pengambilan ). Apabila menerima makluman untuk pengambilan emas fizikal, saya/kami tidak boleh meminta akses kepada emas fizikal bagi apa-apa tujuan tanpa menerima penyerahan emas fizikal dan saya/kami juga tidak boleh meminta Bank memegang emas fizikal selepas tarikh pengambilan melalui perkhidmatan penjagaan kerana perkhidmatan sedemikian tidak akan disediakan oleh Bank. 13.6 Saya/Kami bersetuju bahawa semua risiko penyerahan hendaklah beralih kepada saya/kami apabila saya/kami menerima emas fizikal dan Bank tidak akan pada bila-bila masa mempunyai sebarang kewajipan dan/atau obligasi untuk membeli dan/atau membeli balik emas fizikal yang dikeluarkan oleh saya/kami dan/atau untuk melayan apa-apa permintaan saya/kami untuk pampasan berbangkit daripada sebarang tuntutan pun jua berkaitan dengan emas. 13.7 Sekiranya saya/kami gagal dan/atau cuai hadir di cawangan Bank yang ditetapkan pada tarikh pengambilan, Bank bebas dan dengan ini dianggap telah diberi kuasa dengan tak boleh batal oleh saya/kami untuk menjual emas fizikal yang dikeluarkan selepas tarikh pengambilan tanpa sebarang notis terdahulu kepada saya/kami dan saya/kami bertanggungjawab untuk caj insurans dan kos pengangkutan yang dikenakan dan sebarang caj lain termasuk tetapi tidak terhad kepada GST atau sebarang cukai lain, jika berkenaan, yang ditanggung untuk menjual emas fizikal (selepas ini dirujuk sebagai caj untuk penjualan emas fizikal ). 13.8 Saya/Kami dengan ini bersetuju bahawa Bank bebas dan dengan ini secara tak boleh batal diberi kuasa oleh saya/kami, tanpa pengetahuan atau kebenaran terdahulu saya/kami untuk menjual emas fizikal yang dikeluarkan tetapi tidak dipungut oleh saya/kami seperti yang dinyatakan dalam Klausa 13.7 di atas. Saya/Kami bersetuju bahawa Bank boleh pada bila-bila masa selepas tarikh pengambilan, tanpa notis kepada saya/kami dan tanpa mendapatkan kebenaran atau keizinan saya/kami, menjual emas fizikal dalam sebarang cara dan berdasarkan sebarang terma dan syarat yang dianggap wajar oleh Bank dan hasil penjualan tersebut, selepas menolak caj bagi penjualan emas fizikal, akan dikreditkan ke dalam Akaun Gabungan Yang Ditetapkan. Bank tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian, jika ada, dalam penjualan emas fizikal atau atas sebarang kerugian atau susut nilai emas fizikal berbangkit daripada atau atas apa-apa sebab jua termasuk tetapi tidak terhad kepada turun naik harga emas dan/atau turun naik kadar pertukaran mata wang. Saya/Kami dengan nyata dan dengan tak boleh batal bersetuju bahawa pertimbangan dan budi bicara Bank berhubung dengan penentuan masa, harga dan terma-terma penjualan emas fizikal adalah muktamad, mengikat dan konklusif dan tidak boleh dipersoalkan oleh saya/kami atas sebarang sebab pun jua. 13.9 Saya/Kami dengan ini bersetuju bahawa nilai emas fizikal adalah berdasarkan berat emas. Oleh itu, saya/kami bersetuju menerima emas fizikal yang diserahkan meskipun dalam keadaan di mana emas fizikal yang diserahkan adalah cacat dalam apa jua cara tetapi yang bukan merupakan kerugian dari segi nilai emas fizikal berdasarkan beratnya. Sila hubungi khidmat pelanggan kami di talian 03 6204 7788 atau e-mel kami di callcentre@cimb.com jika anda mempunyai sebarang pertanyaan.

Terima Kasih. Pihak Pengurusan CIMB Bank Berhad