PERMASALAHAN JEMAAH HAJI WANITA

dokumen-dokumen yang mirip
WAJIB HAJI: NIAT IHRAM DI MIQAT DAN JENIS HAJI. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji

Minggu Kelapan WAJIB HAJI: NIAT IHRAM DI MIQAT DAN JENIS HAJI

JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA

MASJID AL EHSAN, BANDAR KINRARA 24 JAMADILAWWAL 1431 H 9 MEI 2010 M WUKUF : 187 HARI LAGI

Minggu Keenam SA IE, BERCUKUR ATAU BERGUNTING DAN TERTIB PADA KEBANYAKAN RUKUN

SA IE, BERCUKUR ATAU BERGUNTING DAN TERTIB PADA KEBANYAKAN RUKUN. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji

RUKUN HAJI - TAWAF. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji

Minggu Keempat RUKUN HAJI, NIAT IHRAM DAN WUQUF

RUKUN HAJI, NIAT IHRAM DAN WUQUF. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

Minggu Kesepuluh WAJIB HAJI: MABIT DI MUZDALIFAH DAN MINA SERTA MELONTAR JAMRAH

Minggu Kelima RUKUN HAJI - TAWAF

PENGENALAN HAJI DAN UMRAH. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

Permasalahan Jemaah Haji Wanita

PANDUAN MENGERJAKAN IBADAH

MASJID AL EHSAN, BANDAR KINRARA. Tarikh: 26 Rabiul Akhir 1431 H 11 APRIL 2010 M WUKUF : 215 HARI LAGI 12 April 2010 SIRI 3 1

MASJID AL EHSAN, BANDAR KINRARA 10 JAMADILAWWAL 1431 H 25 APRIL 2010 M WUKUF : 201 HARI LAGI

Minggu Kesebelas AURAT DAN IZIN SUAMI

PENERANGAN MENGENAI : Ihram Tawaf Saei Gunting/cukur

Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah

Minggu Ketiga PENGENALAN HAJI DAN UMRAH

OLEH : AHMAD JUNAIDI BIN MOHAMAD SAID SMK BATU SEPULUH LEKIR SITIAWAN PERAK

Allah swt berfirman di dalam surah al-baqarah ayat:196 yang bermaksud: Dan sempurnakanlah Ibadat Haji dan Umrah kerana Allah.

WAJIB HAJI: LARANGAN IHRAM DAN DAM. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji

Minggu Kesembilan WAJIB HAJI: LARANGAN IHRAM DAN DAM

Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali ke 20 hingga H hingga 1436H (2004 hingga 2015)

MADRASAH ALIYAH ASSHIDDIQIYAH

Tempat : Yanbu Anjuran : UQ Pro TEAM

perempuan haid wada. Kerana Rasulullah s.a.w member kelonggaran kepadanya untuk pulang tanpa mengerjakan wada.

TAWAF DAN PERMASALAHANNYA

HADITH-HADITH BERKAITAN HAJI. 1. Perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan semasa ihram

BAB 1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

MANASIK HAJI BAGI PETUGAS TPHI/TPIHI. Oleh: A. Faishal Haq

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH TINGKATAN 4 FOLIO HAJI NAMA : RAJA NUR HANISAH BT RAJA SULAIMAN KELAS : 4 SITI FATIMAH NO. IC :

PERASMIAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI PERAK MUSIM HAJI 1437 HIJRAH

Matlamat Harapan Destinasi

SYARAT WAJIB UMRAH 1. ISLAM 4. MERDEKA 2. BALIGH 5. BERKUASA 3. BERAKAL

Secara bahasa haji berarti kunjungan, perjalanan, atau ziarah. Secara istilah haji berarti berkunjung atau berziarah ke

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

PAKEJ UMRAH (1 APRIL APRIL 2013) (12H 10M) (KUL MED/JED KUL)

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH

LEMBAGA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN ISLAM PEPERIKSAAN BERSAMA PENDIDIKAN AGAMA MENENGAH 4 TAHUN 2013 FIQH ISLAMI. Tarikh: Sabtu, 14 Disember 2013

Soalan Tudingan Pendidikan Islam Kertas 1 Jabatan Pelajaran Negeri Johor 2010 IBADAH

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DI BERITAHU

1. Ihram dari Miqat. Manasik Haji dan Umrah

BAB IV IMPLEMENTASI RANCANGAN LAYAR

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

Bab apa yang diwajibkan keatas muhrim dan penerangan tentang tawaf dan sa I serta selainnya.

PAKEJ UMRAH CUTI SEKOLAH (23 MEI JUN 2013) (13H 11M) MALAYSIA AIRLINES (KUL JED/MED KUL ) PakejZam-zamUpgrade

PAKEJ UMRAH (18 FEB MAC 2013) (12H 10M) (KUL MED) (JED KUL)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali ke-20 hingga ke H hingga 1436H (2004 hingga 2015)

Jadual Keempat. (Subperenggan 6(l)(m)(ii)) AKTA INDUSTRI PELANCONGAN PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PELANCONGAN (PERNIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN DAN

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH

SKEMA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 KERTAS 1

HALAL, HARAM & SYUBHAT

BAHAGIAN A. 24. Orang yang menzahirkan keimanan dan menyembunyikan kekufuran di dalam hati dinamakan munafik.

WUDHUK, TAYAMMUM, SOLAT MENGHORMATI WAKTU DAN JAMA DI KOTA SUCI MAKKAH

Page 1 of 10 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

Negeri Johor 2010 IBADAT

Tata Cara Rangkaian Ibadah Haji

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

Minggu Kelima Belas TAWAF WADA DAN ZIARAH MADINAH

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

12H 10M UMRAH SILVER HARGA DARI RM6470 DENGAN PENERBANGAN AIR ASIA X

Tidaklah itu menjadi asas untuk mewajibkan keatasnya haji dengan merentas lautan jika ia mampu melakukannya.

POLIS DAN HAK-HAK ASAS ANDA

Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian

KURSUS ASAS UMRAH HAJI

Haji dan Umroh. 1 Abdul Syukur al-aziz,buku Lengkap Fiqih Wanita,Anggota IKAPI, Sampangan,2015,hlm.144

Penawar Penyakit Waswas

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

Tips Munakahat Suami Makan Gaji Isteri?

10 DINAR GAP KE UMRAH

PENERANGAN RINGKAS IBADAT HAJI DAN UMRAH FALSAFAH DAN PENYUCIAN JIWA. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

Berbeza Pendapat Tanpa Perlu Berbalah

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 3 NAMA:

PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 PENDIDIKAN ISLAM KERTAS 2

Biarkan Samudera (Raihanah Salleh)

ANJURAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

DALIL DASAR HUKUM HAJI

KURSUS UMRAH DAN HAJI HJ AHMAD JUNAIDI B MOHD SAID

CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 2

pusaka), namun keduanya tidak jumpa orang yang mampu menyelesaikan perselisihan mereka. Keutamaan Hak harta Simati

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

TIP UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI

PERJANJIAN PENGAJIAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PERJANJIAN BERTARIKH :

SOAL SELIDIK PENGHAYATAN IBADAH DI KALANGAN PELAJAR ISLAM. KAJIAN DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI PETALING JAYA, SELANGOR

MAKTAB KOPERASI MALAYSIA (AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN)

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :

Hasrat Penjagaan Saya

PILIHAN ANDA PENTING, KERANA KEHIDUPAN ANDA AMAT BERMAKNA. Suarakan Pilihan Anda

Transkripsi:

PERMASALAHAN JEMAAH HAJI WANITA Pengalaman menunjukkan jemaah haji wanita Malaysia yang menunaikan ibadat haji sering mengalami masalah yang tidak diduga atau jarang-jarang dialami di tanah air, terutama yang berkaitan pendarahan, sama ada haid, istihadah, pendarahan selepas usia menopous atau masalah keputihan. Ia sering berlaku dengan tidak mengikut kebiasaan yang dialami di tanah air. Ini mungkin disebabkan perubahan cuaca atau keadaan-keadaan yang menyebabkan tekanan. Selain daripada itu, banyak juga masalah berkaitan hubungan suami isteri dan hubungan dengan rakan sebilik berlaku semasa di Madinah atau Makkah. ISU-ISU MENGENAI PENDARAHAN 1. Pengambilan Ubatan Bagi Tujuan Menahan Kedatangan Haid. Untuk mengelakkan kerja-kerja haji tergendala kerana kedatangn haid, ada jemaah haji wanita Malaysia yang mengambil ubatan bagi tujuan menyekat kedatangan haid sepanjang tempoh mengerjakan ibadat haji. Pengambilan ubatan bagi tujuan ini ada yang berhasil, namun ada juga yang gagal, malah lebih malang pendarahan berlaku dalam keadaan tidak menentu. Ada pendarahan yang berlaku berpanjangan, ada juga pendarahan berlaku dalam kuantiti yang amat banyak melebihi keadaan biasa. Keadaan ini mungkin berlaku disebabkan wanita terbabit mengambil ubatan tanpa mendapat nasihat pakar sakit puan terlebih dahulu atau pun tidak memakan ubatan mengikut nasihat dan peraturan yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, adalah dinasihatkan bagi wanita yang berhasrat untuk mengambil ubatan bagi tujuan menahan daripada kedatangan haid, mereka mestilah terlebih dahulu mendapatkan nasihat doktor sakit puan. Seelokeloknya doktor perlu dirujuk 3 bulan sebelum tarikh berangkat ke Tanah suci Makkah. Mereka yang mengambil ubatan bagi tujuan ini mestilah mematuhi nasihat dan peraturan yang ditetapkan doktor. Seperti yang telah dijelaskan, kegagalan mengikut nasihat dan peraturan ini sebaliknya bukan sahaja menggagalkan tujuan menahan kedatangan haid semasa mengerjakan ibadat haji, malah ada kalanya keadaan lebih teruk apabila pendarahan berlaku secara berterusan dan dalam kuantiti yang banyak. Keadaan ini sudah tentu akan menganggu wanita terbabit melakukan ibadat haji. 2. Haid Datang Sebelum Wanita Berniat Ihram. Ada kemungkinan jemaah haji wanita mengalami kedatangan haid sebelum sempat lagi beliau melakukan niat ihram. Sekiranya wanita mengalami kedatangan haid seperti ini, beliau tidak seharusnya merasa bimbang. Beliau

sebenarnya masih dibenarkan berniat melakukan ihram dengan melakukan perkara-perkara berikut: i. Mandi sunat ihram. ii. Berniat ihram, sama ada sebelum sampai di miqat atau setelah sampai di miqat. iii. Memakai pakaian ihram. iv. Bertalbiah, bertahmid, bertasbih dan berzikir. Pada hakikatnya kedatangan haid dalam keadaan seperti ini tidak menjejaskan kerja-kerja haji. 3. Haid datang Selepas Berniat Ihram. Ada kemungkinan jemaah haji wanita mengalami kedatangan haid selepas beliau berniat ihram. Kedatangan haid seperti ini juga tidak menghalang wanita terbabit melakukan sesetengah kerja-kerja haji. Beliau boleh melakukan Wuquf di Arafah, bermalam di Muzdalifah, bermalam di Mina, melontar jamrah dan membaca semua doa-doa berkaitan dengan kerja-kerja terbabit. Beliau hanya tidak dibenar melakukan Tawaf Rukun atau sunat. Beliau boleh melakukannya selepas suci daripada haid sekiranya tarikh penerbangan pulang ke tanah air masih mengizinkan. 4. Haid Datang Semasa Mengerjakan Tawaf Umrah. Ada kemungkinan jemaah haji wanita mengalami kedatangan haid semasa sedang melakukan Tawaf Umrah, sama ada ia berlaku selepas langkah pertama pada pusingan pertama, pada pusingan kedua dan pusingan-pusingan seterusnya. Dalam keadaan seperti ini, wanita yang telah berniat untuk melakukan Haji Tamattu atau umrah sunat maka tawafnya dikira tidak sah. Beliau dikehendaki menunggu sehingga suci daripada haid, kemudian melakukan Tawaf semula. Dengan itu umrahnya dikira selesai. Namun demikian, sekiranya haid wanita ini tidak suci sehingga masa hendak berangkat melakukan Wuquf di Arafah, bererti ibadat umrahnya belum selesai. Dalam situasi seperti ini, wanita terbabit tidak perlu berasa cemas, kerana dalam isu ini ada dua pendapat mazhab. Mazhab Syafi e berpendapat wanita terbabit tidak boleh memasukkan sekali niat hajinya ke dalam Umrah Tamattu yang belum selesai itu. Ini bermakna, wanita terbabit tidak dapat melakukan ibadat haji pada tahun tersebut. Namun bagi Mazhab Maliki, wanita terbabit masih boleh memasukkan niat hajinya ke dalam Umrah yang belum selesai itu selagi dia belum mengakhiri tawafnya dengan melakukan solat sunat Tawaf dua rakaat. Dengan memasukkan niat hajinya ke dalam Umrah yang belum selesai itu, hajinya telah bertukar

menjadi Haji Qiran. Dengan itu beliau juga dikenakan dam Haji Qiran. Oleh itu bagi wanita yang mengalami keadaan seperti ini dinasihati supaya bertaqlid dengan Mazhab Maliki. Inilah barangkali yang dimaksudkan dengan hadith Rasulullah SAW yang menjelaskan bahawa khilaf umatnya itu adalah rahmat. Tanpa bertaqlid dengan Mazhab Maliki, wanita yang mengalami keadaan seperti ini akan terlepas peluang mengerjakan haji pada tahun itu sekalipun beliau telah mengeluarkan wang ringgit, tenaga dan masanya. Pendapat Mazhab Maliki merupakan satu rahmat besar kepada jemaah haji wanita yang mengalami keadaan seperti ini. 5. Haid Datang Sebelum Tawaf Umrah. Ramai jemaah haji lelaki dan wanita memilih untuk melakukan Haji Tamattu. Tiada masalah yang mungkin timbul bagi jemaah haji lelaki, namun jemaah haji wanita yang memilih untuk melakukan Haji Tamattu dan kemudian mengalami kedatangan haid sebelum Tawaf Umrah dan haidnya tidak suci sehingga waktu berangkat untuk melakukan Wuquf di Arafah, maka wanita ini tidak perlu berasa bimbang. Ini kerana beliau masih dibenarkan menukar niat Haji Tamattu nya kepada Haji Qiran dengan melakukan niat Haji Qiran. Dengan penukaran hajinya daripada Tamattu kepada Qiran, beliau diwajibkan membayar dam haji Qiran. 6. Haid Datang Sebelum Tawaf Rukun. Ada kemungkinan jemaah haji wanita mengalami kedatangan haid sebelum tawaf rukun. Wanita yang mengalami keadaan seperti ini sedangkan tarikh penerbangan balik ke Malaysia telah hampir tidak memungkinkannya menunggu suci sebelum berangkat pulang dan tarikh penerbangan pula tidak boleh ditunda, atau kalau ditunggu sehingga haid suci akan mendatangkan kesukaran yang lebih besar lagi. Dalam keadaan seperti ini, ada dua pendapat mazhab. Mengikut pendapat Mazhab Syafi e, wanita itu masih berada dalam Ihram sehinggalah beliau melakukan Tahallul Ihsar dengan menyembelih seekor kambing dan bergunting dengan berniat bertahallul di tempat perjalanannya tidak mampu untuk melakukan tawaf (Malaysia). Selepas itu, beliau boleh melakukan perkara yang diharamkan sebelum Tahallul Thani bagi Mazhab Syafi e, hajinya pada tahun itu tidak sempurna dan beliau diwajibkan menyempurnakan tawaf hajinya di tahun-tahun akan datang yang dia mampu melakukannya. Namun demikian mengikut Mazhab Hanafi, wanita terbabit boleh melakukan tawaf dan sa ie. Tetapi hukum tawafnya adalah haram kerana tawaf dalam keadaan haid. Beliau diwajibkan membayar dam seekor unta. Bagi mazhab Hanafi hajinya pada tahun itu dikira sah. Beliau tidak perlu lagi mengerjakannya semula pada tahun hadapan. Oleh itu, jemaah haji wanita yang mengalami keadaan seperti ini dinasihati supaya meminta nasihat daripada pakar

rujuk ibadat atau guru agama di maktab masing-masing untuk menyelesaikan masalahnya. 7. Haid Datang Selepas Wuquf dan Tawaf Rukun Sebelum Tawaf Wada. Ada kemungkinan jemaah haji wanita mengalami kedatangan haid selepas melakukan Wuquf di padang Arafah dan setelah selesai melakukan tawaf rukun, cuma beliau kedatangan haid sebelum sempat melakukan Tawaf Wada. Sekiranya jemaah haji wanita mengalami keadaan seperti ini dan tiada kemungkinan haidnya akan suci sehingga tarikh penerbangan balik ke Malaysia, beliau boleh saja pulang ke tanah air dengan tidak perlu melakukan Tawaf Wada. Beliau juga tidak dikenakan sebarang dam kerana dia termasuk dalam uzur yang dimaafkan. Hajinya pada tahun itu dikira sempurna. 8. Darah Haid Kekeruhan dan Kekuningan. Ada kemungkinan jemaah haji wanita mendapati masih ada darah berwarna kekeruhan dan kekuningan selepas tamat tempoh kebiasaan haidnya. Wanita yang mengalami keadaan seperti ini tidak perlu berasa bimbang. Darah yang berwarna kekeruhan dan kekuningan ini tidak dikira sebagai darah haid. Ertinya beliau sudah suci daripada haid. Oleh itu, beliau boleh mandi hadas besar dan seterusnya boleh mengerjakan tawaf. 9. Fatrah al-naqa. Fatrah al-naqa bermaksud hari-hari dimana haid berhenti dalam tempoh masa haid. Jemaah haji wanita mungkin mengalami keadaan seperti ini. Haidnya terhenti pada jangka masa tertentu dalam tempoh kebiasaan haidnya. Sekiranya tempoh masa darah terhenti itu mencapai tempoh selama 24 jam, maka para ulama berbeza pendapat. Ada yang berpendapat tempoh itu boleh dikira sebagai suci. Oleh itu, bagi wanita yang kesuntukan masa untuk melakukan tawaf rukun disebabkan tarikh penerbangan tidak mengizinkannya menunggu sehingga tamat tempoh kebiasaan haidnya dan tarikh penerbangan tidak boleh ditunda, adalah dinasihatkan supaya berpegang dengan pendapat fuqaha yang mengatakan Fatrah al-naqa selama 24 jam adalah suci, bukan haid. Dengan itu beliau boleh mandi hadas besar seterusnya melakukan tawaf rukun dan berangkat pulang. 10. Darah Istihadah dan Keputihan yang Berpanjangan. Ada keadaannya jemaah haji wanita mengalami darah Istihadah atau mengalami keputihan yang berpanjangan. Wanita yang mengalami dua keadaan ini masih boleh melakukan solat, tawaf dan ibadat-ibadat yang melakukannya disyaratkan suci daripada hadas kecil. Sebelum melakukan ibadat-ibadat terbabit, beliau

mestilah terlebih dahulu mengambil wudu. Cara beliau berwudu adalah seperti berikut: i. Beliau mestilah berwudu selepas masuk waktu solat. ii. iii. Sebelum berwudu beliau mestilah membersihkan darah dan keputihan. Setelah darah dan keputihan dibersihkan, beliau hendaklah memakai tuala wanita. Wudu nya hanya memadai untuk satu fardu dan beberapa sunat. Ertinya beliau boleh melakukan tawaf rukun, beberapa solat sunat dan beberapa tawaf sunat. Beliau boleh melakukan satu solat fardu, beberapa solat sunat dan beberapa tawaf sunat. Melakukan sa ie tidak memerlukan suci daripada hadas kecil. 11. Beberapa Nasihat Bagi Mereka Yang Mengalami Haid atau Kemungkinan Mengalami Kedatangan Haid. i. Tidak digalakkan tinggal bersendirian di dalam bilik hotel. Adalah dinasihatkan supaya berada di bilik jiran sebelah atau berada di lobi hotel sahaja. Ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga daripada keadaankeadaan yang tidak diingini berlaku. ii. iii. iv. Atas nasihat doktor, wanita yang mengalami Istihadah atau keputihan tidak digalakkan memakai tempon, kerana memakainya berkemungkinan besar akan mengakibatkan kesan-kesan sampingan. Wanita yang berkemungkinan mengalami kedatangan haid digalakkan banyak berdoa semoga Allah memberi kemudahan beliau melakukan ibadat haji dengan menjauhkan kedatangan haid yang tidak menentu, terutama pada saat-saat ibadat itu perlu dilakukan dalam keadaan suci. Mereka tidak digalakkan membaca bacaan-bacaan tertentu untuk menghalang kedatangan haid, kecualilah bacaan itu telah dipastikan sabit dari hadith saheh. Ini bagi tujuan menjauhkan jemaah haji daripada melakukan perkara-perkara khurafat yang sangat-sangat ditegah syarak. Semasa dalam keadaan haid dan tidak boleh melakukan ibadat yang mensyaratkan suci daripada hadas, wanita terbabit digalakkan melakukan banyak ibadat-ibadat lain seperti bertahlil, bertahmid, bertasbih, bertakbir atau zikir-zikir lain.

ISU-ISU MENGENAI HUBUNGAN SUAMI ISTERI DAN KELUARGA. Pengalaman menunjukkan banyak perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku di kalangan pasangan suami isteri yang mengerjakan haji atau keluarga mereka. 1. Perselisihan Faham Ada perselisihan dan kerenggangan antara suami isteri berlaku disebabkan perasaan cemburu. Pengamatan menunjukkan pada kebiasaanya keadaan ini berlaku apabila ada jemaah haji wanita yang menumpang mahram dengan suami orang semasa melakukan ibadat atau dalam memenuhi pelbagai keperluan peribadi. Hubungan dan interaksi antara suami dengan wanita terbabit ada yang menimbulkan perasaan cemburu kepada isteri lelaki terbabit. Keadaan ini banyak menimbulkan masalah. Oleh itu adalah dinasihatkan supaya masingmasing memelihara adab dan batas pergaulan yang diluluskan syarak, tidak terlalu rapat dengan suami orang yang ditumpang dan isteri pula dinasihatkan tidak terlalu berprasangka buruk. Keadaan ini nampak kecil dan remeh, tetapi kesannya sangat negatif. Ada yang terbawa-bawa sehingga pulang ke tanah air dan ini tidak sepatutnya berlaku. 2. Isu Remeh Kesan Besar Kadang-kadang kelihatan agak melucukan tetapi kesannya buruk. Antara sebab yang menjadi punca perbalahan dan pertengkaran antara suami isteri hanyalah kerana salah faham mengenai tempat janji berjumpa selepas menunaikan ibadat di Masjidil Haram, terutama selepas solat jemaah setiap waktu. Keadaan ini biasanya berlaku apabila suami isteri tidak menetapkan tempat tertentu untuk saling menunggu selepas solat di masjid. Keadaan lebih buruk apabila hand phone yang diharapkan untuk berkomunikasi tidak berfungsi atau dirampas oleh pengawas masjid yang ada kalanya bertindak tegas yang melampau. Ditengah-tengah lautan jemaah haji lain, keadaan seperti ini amat mencemaskan, terutama kepada keselamatan jemaah wanita. Salah menyalah selalunya berlaku antara suami isteri yang akhirnya menimbulkan suasana tegang. Ada kalanya punca yang melucukan ini membuatkan si suami tidak ambil kesah terhadap isteri mereka. Akhirnya isteri menumpang suami orang lain untuk ke masjid atau lainnya. Ini kadangkala menimbulkan masalah seperti yang dinyatakan sebelum ini. Oleh itu, adalah dinasihatkan supaya suami sentiasa menjadi pelindung kepada isterinya. Semua pergerakan mereka sebaiknya dilakukan dengan persefahaman dan difahami bersama termasuklah menentukan tempat saling menunggu sekalipun masing-masing memiliki alat komunikasi mudah alih.

3. Suami Tidak Ambil Kesah Isteri. Suami tidak ambil berat terhadap isterinya. Amat menghairankan, sering berlaku suami tidak ambil berat keadaan isteri. Beliau hanya mengutamakan ibadat diri sendiri. Apabila telah bertemu rakan sebilik yang cukup serasi, beliau tidak lagi menghiraukan isterinya. Isterinya dibiarkan bergantung kepada rakan sebilik atau menumpang kepada mahram wanita lain untuk melakukan ibadat, terutama semasa berulang alik ke masjid untuk solat jemaah, di Madinah atau di Makkah, malah semasa melakukan umrah sunat. Keadaan ini kadangkala membuatkan pihak lain yang ditumpang merasa terbeban atau keberatan, namun tidak sampai hati untuk menolak. Ini membuatkan isteri terbabit merasa tertekan yang akhirnya menimbulkan ketegangan hubungan dengan suaminya atau dengan wanita itu sendiri. Adalah dinasihatkan kepada para suami supaya mementingkan semua keperluan isterinya dalam melakukan ibadat, terutama semasa melakukan tawaf dan sa ie. Para isteri sangat memerlukan bantuan dan perlindungan suami. Amat pelik jika seorang suami yang tidak sanggup menyusahkan diri sendiri untuk menjaga kepentingan ibadat isterinya dan melepaskan tanggungjawabnya kepada orang lain. 4. Waris Pengiring Tidak Ambil Kesah. Amat menyedihkan apabila ada anak yang diharapkan oleh ibunya ditumpang dalam melakukan ibadat di tanah suci, terutama semasa melakukan tawaf dan sa ie, tetapi anak ini usahkan bersedia membantu ibunya dalam melakukan ibadat, malah paling tidak diterima akal adalah makan minum, penjagaan kesihatan, kebersihan pakaian dan lain-lain langsung tidak diambil peduli. Ibunya terpaksa bergantung harap kepada rakan sebilik. Keadaan lebih buruk semasa Wuquf di Arafah, mabit di Muzdalifah, dan melontar jamrat. Ibu ini terkapaikapai manakala rakan sebilik terbeban sedangkan anak mengerjakan ibadatnya dengan tiada sebarang tekanan dan bebanan. Oleh itu, adalah dinasihatkan supaya setiap mereka yang akan menjadi waris pengiring lebih bertanggungjawab kepada keluarganya semasa mengerjakan haji, sama ada sebagai anak, suami atau lainnya. Mereka terlebih dulu perlu memastikan diri mereka benar-benar sanggup memikul segala kesusahan dan kesukaran semasa mengerjakan haji sebelum sanggup berseyuju untuk menjadi waris pengiring kepada keluarganya, terutama kepada jemaah yang uzur, terlalu tua atau nyanyuk. Jika mereka tidak pasti sama ada sanggup memikul semua kesusahan tersebut adalah lebih baik dari awal lagi beliau jangan sanggup menjadi waris pengiring. Anak atau keluarga yang sedia menjadi waris pengiring perlu berfikir banyak kali sebelum sanggup menjadi waris pengiring kepada ayah, ibu atau warisnya yang nyanyuk dan selalu hilang kawalan diri.

Ada kes di mana keluarga menyembunyikan penyakit nyanyuk dari pengetahuan doktor semasa pemeriksaan kesihatan untuk kelayakan mengerjakan haji, tetapi apabila sampai di tanah suci mereka lepas tangan dan menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada rakan sebilik atau petugas-petugas TH. ISU-ISU MENGENAI HUBUNGAN RAKAN SEBILIK DAN LAIN-LAIN ISU WANITA. Barang kali kata pepatah Melayu Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam dan Lain padang lain belalang amat sesuai diguna pakai kepada jemaah haji yang tinggal menetap di maktab-maktab yang ditentukan oleh Muassasah dan TH. Status sosial mereka yang datang dari pelbagai peringkat, pengalaman hidup yang ibarat bumi dengan langit dan lainnya menyebabkan ragam mereka sangat berbeza. Falsafah amalan haji yang meransang manusia berfikir tentang darjat manusia yang tidak bernilai di sisi Allah. 1. Sikap Pentingkan Diri Ada jemaah haji yang bersikap mementingkan diri sendiri dan tidak bertolak ansur. Tidak rela bersusah dan menjadikan bilik yang dikongsi seperti rumah sendiri. Keadaan ini menimbulkan ketegangan antara penghuni bilik yang kadangkala membawa kepada keadaan bermasam muka yang berpanjangan. Ia hanya selesai apabila masing-masing pulang ke tanah air selepas mengerjakan haji. Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku. Jemaah haji sepatutnya menginsafi keadaan yang dialami. Mereka sepatutnya membandingkan keadaan mereka dengan jemaah negara lain yang mengalami kesusahan jauh lebih berat daripada apa yang mereka alami. Malah sepatutnya mereka mengutamakan orang lain daripada diri sendiri. 2. Sindir Menyindir. Masih berlaku sindir menyindir dan tidak menjaga perasaan orang lain. Malah terdapat situasi di mana ada yang menunjuk-nunjuk status sosial diri. Malah ada yang menuntut diberi keutamaan berdasarkan status itu. Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku. Ia bercanggah dengan semangat ibadat haji yang mendidik manusia merasakan bahawa manusia adalah sama taraf di sisi Allah. Amalan haji sepatutnya dapat mengikis sifat angkuh dan sombong ini. 3. Tidak Peka Isu Aurat. Semasa menunaikan ibadat haji, memang amat ketara sekali jemaah haji ingin melakukan sesuatu yang tidak bercanggah dengan tuntutan syarak. Antara lain adalah kewajipan menutup aurat bagi wanita. Namun, kewajipan ini dalam banyak keadaan hanya dijaga apabila jemaah haji wanita keluar daripada bilik

masing-masing. Tetapi apabila berada di bilik, ia langsung tidak diamalkan oleh sesetengah jemaah. Ada suami masuk ke bilik jemaah wanita dimana isterinya ditempatkan dan tidak prihatin terhadap keadaan jemaah wanita di bilik terbabit sama ada dalam keadaan menutup aurat ataupun tidak. Jemaah sepatutnya faham, sekalipun membuka aurat tidak dikenakan dam, tetapi mereka yang mendedahkan aurat tetap berdosa. Dalam menghadapi situasi ini, jemaah haji yang prihatin terhadap persoalan aurat akan berasa tertekan kerana suami rakan sebiliknya memasuki bilik tanpa mengambil kira keadaan rakan sebiliknya yang lain. Si suami masuk tanpa meminta izin, tanpa memberi kesempatan kepada teman sebilik isteri menutup aurat terlebih dahulu. Malah, kadang kala mereka dalam keadaan berpakaian yang langsung tidak sesuai dilihat lelaki bukan mahram sebab aurat sesama wanita muslim hanyalah dari pusat hingga lutut sahaja. Apabila suami terbabit masuk dengan tidak semena-mena mereka terdedah kepada keadaan yang sangat memalukan dan menjatuhkan maruah. Isteri pula membuka pintu dan membenarkan suaminya masuk tanpa menghiraukan rakan sebilik, dan tidak memberi kesempatan untuk mereka menyiapkan diri. Keadaan ini bukan sahaja bercanggah dengan hukum syarak malahan ia akan menimbulkan ketegangan dalam hubungan rakan sebilik. Hal ini kerana ada jemaah yang sangat prihatin dengan soal aurat, oleh itu dinasihatkan supaya suami menunggu rakan sebilik isterinya menyiapkan diri dahulu sebelum memasuki bilik. Isteri pula dinasihatkan agar menunggu dahulu rakan sebilik bersiap sebelum membuka pintu dan mengizinkan suaminya masuk. Atau paling baik, isteri itu keluar menemui suaminya di luar. Ada para isteri yang keluar bersiar tanpa menutup aurat walaupun di sekitar kawasan hotel. Ini tidak sepatutnya berlaku. Aurat wanita bukan diluar bangunan maktab penginapan sahaja. 5. Lain Mengenai Isu Aurat. Berkaitan isu aurat, ada satu keadaan yang sukar difahami. Semasa menunaikan ibadat haji di tanah suci, jemaah wanita sangat mengambil berat terhadap masalah menutup aurat semasa dalam ihram. Amalan menutup aurat dipatuhi sehingga seolah-olah membuka aurat akan membatalkan amalan haji mereka. Disebabkan itu terdapat jemaah haji wanita yang tidak membuka telekung yang dipakai dalam ihram sekalipun berada di dalam bilik. Tetapi malangnya apabila selesai sahaja kerja haji dilakukan dengan melakukan Tahallul, sudah ramai jemaah haji yang tidak begitu sensitif terhadap amalan menutup aurat. Pakaian ketat yang menunjukkan susuk tubuh sudah mula dipakai. Keadaan tambah ketara di saat penerbangan pulang. Tudung dan telekung sudah terlondeh apabila sampai di Jeddah.

Bagi sesetengah jemaah haji wanita, tudung tidak diperlukan lagi setelah sampai di Malaysia. Telekung hanya perlu apabila ingin menunaikan solat sahaja. Malang sekali, amalan menutup aurat semasa mengerjakan haji tidak dapat berterusan sehingga ke tanah air, malah hingga ke akhir hayat. Bagi sesetengah jemaah, teriak dan tangisan semasa sujud solat Tahajjud di Masjid al-haram tidak nampak kesannya lagi bagi memantau diri mematuhi perintah Ilahi ini. Keinsafan semasa tawaf umrah yang dilakukan berkali-kali sudah hilang ertinya dalam menuntut diri melaksanakan kewajipan ini. Titisan air mata pilu semasa lambaian terakhir meninggalkan Kaabah sudah tiada auranya dalam memangkin diri merasa bangga melaksanakan pakaian syar ie budaya wanita Islam ini. Yang tinggal hanya gelaran hajjah di awal setiap kali menulis nama diri. Mengapa? Sukar difahami dan sukar untuk dijawab.