Allah swt berfirman di dalam surah al-baqarah ayat:196 yang bermaksud: Dan sempurnakanlah Ibadat Haji dan Umrah kerana Allah.

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "Allah swt berfirman di dalam surah al-baqarah ayat:196 yang bermaksud: Dan sempurnakanlah Ibadat Haji dan Umrah kerana Allah."

Transkripsi

1 Allah swt berfirman di dalam surah al-baqarah ayat:196 yang bermaksud: Dan sempurnakanlah Ibadat Haji dan Umrah kerana Allah. HAJI Dari segi bahasa Haji bermaksud mengqasadkan sesuatu. Haji dalam istilah syara` ialah mengqasadkan di dalam hati untuk mengunjungi kaabah bagi pekerjaan nusuk di Baitullah Al-Haram dalam bulan-bulan Haji kerana mengerjakan tawaf, saie dan Wuquf di Arafah dengan menurut syaratsyaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya. Adapun bila haji itu difardukan menjadi khilaf ulama. Manakala pendapat yang paling tepat haji itu diwajibkan pada tahun yang ke enam hijrah (rujuk Bahru al-wafi karangan Sheikh Daud Al-Fatani, muka surat 396). Adapun Nabi menunaikan Fardu Haji pada tahun ke sepuluh hijrah. Rasulullah saw bersabda: Wahai manusia, telah difardukan ke atas kamu haji. Bertanya seorang lelaki adakah setiap tahun ya Rasulullah. Maka Nabi diam, sehingga lelaki itu bertanya sebanyak tiga kali. Maka Rasulullah bersabda: Jika aku berkata ya, nescaya akan diwajibkan ke atas kamu (setiap tahun) dan kamu sekali-kali tidak mampu untuk menunaikannya (rujuk mukhtasar Sahih Muslim, Lilhafiz Zakiuddin Abdul A`zim al-munziri, cetakan Dar Ibnu Affan, Jordan muka surat 171). Dapatlah difahami daripada hadith di atas bahawa kefarduan haji ini cuma sekali seumur hidup. Walaubagaimanapun kewajipan menunaikan ibadat haji di dalam Mazhab Syafi`e boleh dita`khirkan kecuali setelah sempurna syarat kemampuannya. 1

2 Syarat Wajib Haji. i) Islam Orang kafir atau murtad tidak wajib menunaikan ibadat Haji. Hanya orang Islam sahaja yang dibenarkan mengunjungi Baitullah dan sah untuk menunaikan ibadat Haji. Menurut Imam al Shafeiyy jika seorang kafir yang baligh menunaikan haji kemudian ia memeluk agama Islam, hajinya masih tidak mamadai sebagai haji Islam, kerana seorang itu tidak ditulis baginya amalan yang dilakukan tubuh badannya sehinggalah ia beriman dengan Allah dan Rasulnya,justeru apabila ia menganut Islam ia wajib menunaikan haji lagi" ( al-um 2/93) ii) Baligh Orang yang sudah meningkat dewasa wajib menunaikan ibadat Haji. Kanakkanak yang belum meningkat dewasa atau cukup umur tidak wajib mengerjakannya. Tetapi sekiranya kanak-kanak tersebut menunaikan Haji maka jatuhlah Haji tersebut kepada Haji sunat dan mendapat pahala Haji sunat. iii) Berakal Orang gila atau tidak waras akalnya tidak wajib menunaikan Haji. Jika ia menunaikan haji hajinya menjagi haji sunat dan perlu mengulanginya jika ia sembuh. iv) Merdeka Hamba sahaya tidak wajib menunaikan Haji kerana mereka tidak memiliki wang atau harta. Sekiranya mereka menunaikan Haji juga melalui pertolongan orang lain, Haji mereka masih dianggap sah mengikut pendapat para ulama. 2

3 v) Berkemampuan Berkemampuan ialah mampu dan berkuasa untuk mengerjakan Haji. Ianya dilihat dari sudut kemampuan kewangan dan kemampuan kesihatan seseorang semasa menunaikan haji dan perjalanan pergi baliknya. Para fuqaha melihat kemampuan dapat dibahagikan kepada dua bahagian:- 1- Kemampuan dengan sendiri 2- Kemampuan dengan pertolongan orang lain. Syarat-syarat Kemampuan Dengan sendiri i) Cukup perbelanjaan pergi dan balik ii) Cukup bekalan atau nafkah untuk dirinya dan tanggungan yang ditinggalkan. iii) Ada kenderaan pergi dan balik. iv) Terjamin keselamatan diri dan harta ketika perjalanan pergi, balik. v) Sihat tubuh badan. vi) Ada kesempatan masa. Syarat Menunaikan Haji Dengan pertolongan orang lain Orang-orang yang telah memenuhi syarat-syarat dari segi kewangan untuk menunaikan haji, namun tidak dapat menunaikannya sendiri kerana uzur,sakit yang tidak ada harapan sembuh atau telah terlalu tua dan telah putus asa diwajibkan mengantikan orang lain untuk menunaikan haji bagi dirinya secara sukarela ataupun dengan upah yang berpatutan. 3

4 Hal yang sama juga di hukumkan bagi orang yang semasa hidupnya berkemampuan untuk menunaikan haji tetapi telah meninggal dunia sebelum sempat menunaikan haji. Walaupun telah meninggal dunia kefardhuan haji masih terhutang pada zimmah(tanggung jawab)nya. Maka waris dan wasinya berkewajipan menyelesaikan hutang hajinya dengan melaksanakan badal haji secara upah atau sukarela. Beberapa Kaedah Mengerjakan Haji Daripada Zaid bin Thabit r.a. ia berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w : Mengerjakan Haji dan Umrah itu dua fardu yang hanya sekali sahaja (bagi seseorang muslim yang cukup syarat-syaratnya) bolehlah dikerjakan yang mana satu dahulu (sama ada Haji ataupun Umrah). (Hadis diriwayatkan oleh al-dailami) Hadith di atas membawa beberapa maksud : i. Sekiranya seseorang itu mengerjakan ibadat haji dahulu dalam bulanbulan haji kemudian mengerjakan umrah di tahun yang sama maka dinamakan Haji Ifrad. ii. Sekiranya seseorang itu mengerjakan ibadat umrah dahulu dalam bulan haji kemudian mengerjakan ibadat haji di tahun yang sama dinamakan Haji Tamattu. Takrif Rukun Haji Rukun pada bahasa bererti ruang asas atau sudut sesuatu. Dalam ibadat Haji rukun ialah perkara atau amalan asasi yang mesti dilakukan oleh setiap jemaah yang mengerjakan haji dalam sebarang situasi dan keadaan. Andainya mana-mana rukun haji tersebut ditinggalkan secara sengaja atau tidak, maka hajinya tidak sah. 4

5 Rukun-Rukun Haji 1. Niat Haji Niat pada bahasa ialah qasad hati dan keazaman untuk melakukan sesuatu. Pada istilah syara' pula niat adalah qasad melakukan sesuatu disertai dengan melakukan perbuatan tersebut. Dalam ibadat haji niat haji bermaksud berniat ihram dengan pekerjaanpekerjaan haji. Ihram pula bermaksud memasukkan diri seseorang ke dalam amalan-amalan haji dan menjadikan seseorang terikat dengan beberapa peraturan di antaranya diwajibkan memelihara diri dari melakukan laranganlarangan ihram hinggalah ia mendapat tahallul dengan syarat-syaratnya. Lafaz niat Haji: Sahaja aku mengerjakan Haji dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala. Tidak seperti ibadat-ibadat lain berniat ihram haji atau umrah memestikan seseorang menyempurnakan semua amalan-amalan yang berkaitan dengannya. Ia tidak terbatal dalam apa keadaan sekalipun. Seseorang yang telah berniat haji terikat dengan kewajipan menyempurnakannya selama ia belum menunaikan semua rukun-rukun dan kewajipannya. Contohnya seseorang yang telah berniat haji tidak bebas dari ihramnya dan tidak batal hajinya dengan hanya membatalkan niat haji. Niat haji hanya sah dilakukan pada bulan-bulan haji. Bulan-bulan haji adalah tempoh di antara 1 Syawwal hinggalah terbit fajar 10 Zul Hijjah. Sebelum berniat haji jemaah disunatkan mempersiapkan dirinya dengan beberapa yang dikenali sebagai perkara-perkara sunat sebelum berniat ihram. Di antara amalan-amalan tersebut adalah;- 5

6 1. Mengerat kuku. 2. Mencukur janggut, menggunting rambut dan mengemas misai. 3. Menanggalkan bulu-bulu ketiak, ari-ari dan sebagainya. 4. Seterusnya disunatkan mandi sunat ihram. 5. Setelah selesai mandi, sebaik-baiknya ambillah wuduk. 6. Memakai kain ihram warna putih 7. Sembahyang sunat ihram Setelah berniat ihram jemaah disunatkan memperbanyakkan talbiah dan memanjatkan doa kepada Allah. Talbiah yang diucapkan adalah lambang ketulusan hati dan tekad untuk mendapatkan redha Allah. Semua makhluk Allah termasuklah batu dan pokok akan menjadi saksi di hari kiamat terhadap talbiah yang diucapkan. 2. Wuquf Wuquf bermaksud berada di bumi Arafah walaupun seketika dalam sebarang keadaan bermula dari gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sedetik sebelum terbit fajar 10 Zulhijjah. Bagi jemaah haji yang paling afdal adalah berwuquf pada sebahagian siang 9 Zulhijjah dan malam 10 Zulhijjah Wuquf tidak sah kecuali seseorang itu telah memenuhi syarat-syarat berikut:- 1. Telah berniat dengan ihram haji 2. berkeahlian untuk beribadah. Ini bererti seorang yang gila, pitam dan mabuk yang hilang akal tidak sah berwuquf. 3. berada di dalam sempada Arafah 4. pada waktu yang telah ditentukan. 6

7 Para fuqaha menyatakan jika seorang gila berwuquf jadilah hajinya sunat seperti haji kanak-kanak yang belum mumaiyyiz dengan syarat ia telah diihramkan oleh wali malnya. Orang pitam yang tidak siuman sehingga tamat waktu Wuquf dikira tidak mendapat haji fardhu maupun sunat kerana tidak sah Wuqufnya. Manakala orang yang mabuk atau pening yang tidak hilang akalnya sah Wuquf dan mendapat haji fardhu. 3. Tawaf Haji Tawaf bermaksud mengelilingi kaabah sebanyak tujuh pusingan bermula dari hajar aswad dan berakhir pada tempat yang sama dengan syarat-syaratnya. Tawaf haji juga dikenali sebagai tawaf ifadhah. Waktu untuk melakukan tawaf bermula dengan berlalunya separuh malam 10 ZulHijjah. Waktu afdhal melakukannya pula adalah pada 10 Zul Hijjah setelah melontar Jamratul Kubra dan bergunting. Syarat-syarat Tawaf Bagi memastikan tawaf sah jemaah dikehendaki memenuhi beberapa syarat. Syarat-syarat berikut adalah:- i) Bermula dan berakhir dari Rukun HajarulAswad ii) Suci daripada hadas besar dan kecil. iii) Menutup aurat. iv) Sentiasa mengirikan kaabah semasa tawaf v) Suci Badan, pakaian dan tempat tawaf daripada najis. vi) Tawaf mesti dilakukan dalam masjidil haram dan di luar binaan kaabah, Hijir Ismail dan Syazarwan. vii) Mengerjakannya semata-mata tujuan tawaf. x) Tawaf mestilah cukup 7 pusingan. 7

8 Jenis-jenis Tawaf Di samping tawaf rukun haji terdapat beberapa jenis tawaf lagi yang ada kaitan dan perlu diketahui oleh para jemaah. i) Tawaf Qudum Tawaf Qudum ialah tawaf selamat datang. Tawaf ini dilaksanakan oleh mereka yang hendak mengerjakan haji qiran dan ifrad. ii) Tawaf Sunat Tawaf sunat ialah tawaf yang dikerjakan pada bila-bila masa. Selain itu tawaf tahiyatul bait atau tawaf menghormati kaabah juga termasuk dalam tawaf sunat. iii) Tawaf Rukun Haji Tawaf yang mesti dilakukan oleh jemaah haji dalam sebarang keadaan, sekiranya tidak dilakukan sama ada sengaja atau tidak maka tidak sempurnalah hajinya. iv) Tawaf Nazar Tawaf yang mesti ditunaikan oleh seseorang apabila ia berniat nazar pada sesuatu yang dihajatinya. v) Tawaf Wada Tawaf Wada ialah tawaf selamat tinggal. Ia wajib dikerjakan bagi mereka yang hendak keluar meninggal Kota Makkah lebih dari dua marhalah. vi) Tawaf Tahallul Tawaf Tahallul ialah tawaf yang mesti dikerjakan oleh mereka yang telah berniat mengerjakan haji tetapi terluput atau tidak sempat berwuquf di padang Arafah. Tujuan tawaf ini ialah untuk melepaskan orang tersebut dari ihram hajinya. 4. Sa ie Haji Berulang-alik sebanyak tujuh kali di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah dengan syarat-syaratnya. 8

9 Syarat-Syarat Sa'ie Saei yang sah adalah memenuhi beberapa syarat iaitu;- i) Dilakukan selepas mengerjakan tawaf yang sah. ii) Bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah. iii) Cukup tujuh kali dengan yakin. Dikira dari Safa ke Markah satu pusingan dan dari Marwah ke Safa satu pusingan. iv) Hendaklah sampai ke penghujung tempat sa ie di Bukit Safa dan Bukit Marwah, pada setiap pusingan sa ie. v) Hendaklah melakukan sa ie di Batnul Wadi (tempat termaklum) vi) Tidak berniat lain yang boleh memesongkan tujuan sa ie. 5. Bercukur/Bergunting Bercukur atau bergunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut di kepala, bagi lelaki dan wanita. Tujuannya ialah untuk membebaskan diri dari pantang larang ihram. Waktu bergunting atau bercukur adalah dengan berlalunya separuh malam 10 Zul Hijjah. Biasanya jemaah akan menunaikan ibadat bergunting stelah selesai melontar jamratul Kubra di Mina. 9

10 6. Tertib dari kebanyakan rukun Rukun haji yang keenam adalah terib pada kebanyakn rukun. Rukun-rukun haji tersebut hendaklah dikerjakan mengikut urutan dan tertib pada kebanyakan rukun. Tertib pada kebanyakan rukun bermaksud tidak sah wuuquf kecuali didahului oleh niat ihram haji, tidak sah tawaf kecuali setelah berwuquf dan tidak sah saei kecuali setelah tawaf ifadhah atau tawaf qudum. Wajib Haji: adapun wajib haji ada enam:- 1. Niat Ihram di Miqat. 2. Menjaga Larangan Ihram. 3. Mabit di Muzdalifah. 4. Melontar anak batu di jamrah kubra. 5.Mabit di Mina. 6. Melontar anak batu di ketiga-tiga jamrah. 10

11 Niat Ihram di Miqat. Berniat Ihram mestilah di tempat yang di tentukan dan pada masa yang ditentukan. Sehubungan itu, Miqat terbahagi kepada dua. a) Miqat Makani (tempat). Miqat makani ialah tempat untuk berniat ihram. bagi penduduk yang datang dari luar Makkah tempat untuk berniat ihram antaranya ialah:- i. Yalamlam iaitu tempat berniat ihram bagi mereka yang datang dari arah selatan melalui laut merah kira-kira 89 kilometer dari Makkah. ii. Zulhulaifah (Bir Ali) iaitu tempat berniat ihram bagi mereka yang datang dari sebelah utara Makkah kira-kira 10 kilometer dari Madinah. Jaraknya kira 425 kilometer dari Makkah. iii. Juhfah iaitu tempat berniat ihram bagi mereka yang datang dari sebelah barat laut seperti Jordan, Lubnan, Palestin dan Syria ( penduduk Syam) kirakira 187 kilometer dari Makkah. iv. Zatu Irqin (al-daribah) iaitu tempat berniat ihram bagi mereka yang datang dari sebelah timur laut seperti Iraq kira-kira 94 kilometer dari Makkah. v. Qarn al-manazil (al-sayl) iaitu tempat berniat ihram bagi mereka yang datang dari sebelah tenggara seperti Malaysia, Indonesia atau India kira-kira 94 kilometer dari Makkah. Bagi penduduk Makkah, tempat berniat ihram adalah di tanah halal seperti Tan`im, Ji`ranah atau di Hudaibiyyah. b) Miqat Zamani (Masa). Miqat Zamani bagi Haji adalah bermula pada 01 Syawal hinggalah terbit fajar 10 Zulhijjah. 11

12 Rumusan Haji adalah satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap hamba Allah bagi yang mampu mengerjakannya. Ia ditunjangi dengan enam rukun iaitu niat Ihram, Wuquf, Tawaf, Sa`ie, Bercukur atau Bergunting dan Tertib pada kebanyakan Rukun. Kata Ibn Hajar dan Sheikh Khatib bahawa haji itu terlebih afdal daripada segala ibadat selain sembahyang kerana melengkapi ia atas harta dan badan. Seseorang yang telah mengerjakan haji tanpa melakukan perkara-perkara fasik atau jidal itu, telah lengkaplah Rukun Islamnya dan telah sempurnalah Islamnya. Penulis : Mohd Razali bin Zakaria Pengurus (Penerbitan Haji) Lembaga Tabung Haji 12

WAJIB HAJI: NIAT IHRAM DI MIQAT DAN JENIS HAJI. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji

WAJIB HAJI: NIAT IHRAM DI MIQAT DAN JENIS HAJI. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji WAJIB HAJI: NIAT IHRAM DI MIQAT DAN JENIS HAJI Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji TALBIAH Lafaz & Makna RUKUN HAJI CARTA ALIRAN PEKERJAAN HAJI WAJIB HAJI 1 Niat Ihram Haji 2 Niat Di Miqat 4 Wuquf

Lebih terperinci

Minggu Keempat RUKUN HAJI, NIAT IHRAM DAN WUQUF

Minggu Keempat RUKUN HAJI, NIAT IHRAM DAN WUQUF Minggu Keempat RUKUN HAJI, NIAT IHRAM DAN WUQUF RUKUN HAJI 42 PENGERTIAN RUKUN HAJI Rukun Haji Ialah Pekerjaan Yang Mesti Dilakukan Oleh Jemaah Haji Ketika Mengerjakan Haji. Jika Tidak Ditunaikan, Haji

Lebih terperinci

RUKUN HAJI, NIAT IHRAM DAN WUQUF. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

RUKUN HAJI, NIAT IHRAM DAN WUQUF. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji RUKUN HAJI, NIAT IHRAM DAN WUQUF Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji TALBIAH RUKUN HAJI PENGERTIAN RUKUN HAJI Rukun Haji Ialah Pekerjaan Yang Mesti Dilakukan Oleh Jemaah Haji Ketika Mengerjakan Haji.

Lebih terperinci

Minggu Kelapan WAJIB HAJI: NIAT IHRAM DI MIQAT DAN JENIS HAJI

Minggu Kelapan WAJIB HAJI: NIAT IHRAM DI MIQAT DAN JENIS HAJI Minggu Kelapan HAJI: NIAT IHRAM DI MIQAT DAN JENIS HAJI DAN JENIS HAJI 92 RUKUN HAJI HAJI 1 Niat Ihram Haji 2 Niat Di Miqat 4 Wuquf 3 Larangan Ihram 10 Tawaf 5 Bermalam (Mabit) Di Muzdalifah 11 Sa ie 6

Lebih terperinci

OLEH : AHMAD JUNAIDI BIN MOHAMAD SAID SMK BATU SEPULUH LEKIR SITIAWAN PERAK

OLEH : AHMAD JUNAIDI BIN MOHAMAD SAID SMK BATU SEPULUH LEKIR SITIAWAN PERAK OLEH : AHMAD JUNAIDI BIN MOHAMAD SAID SMK BATU SEPULUH LEKIR 32020 SITIAWAN PERAK PENGERTIAN HAJI DAN UMRAH PENGERTIAN HAJI Haji Ialah Mengunjungi Baitullah Al-Haram (Kaabah) Di Makkah Pada Bulan-bulan

Lebih terperinci

SA IE, BERCUKUR ATAU BERGUNTING DAN TERTIB PADA KEBANYAKAN RUKUN. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji

SA IE, BERCUKUR ATAU BERGUNTING DAN TERTIB PADA KEBANYAKAN RUKUN. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji SA IE, BERCUKUR ATAU BERGUNTING DAN TERTIB PADA KEBANYAKAN RUKUN Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji TALBIAH Lafaz & Makna CARTA ALIRAN PEKERJAAN HAJI RUKUN HAJI WAJIB HAJI 1 Niat Ihram Haji 2 Niat

Lebih terperinci

Minggu Keenam SA IE, BERCUKUR ATAU BERGUNTING DAN TERTIB PADA KEBANYAKAN RUKUN

Minggu Keenam SA IE, BERCUKUR ATAU BERGUNTING DAN TERTIB PADA KEBANYAKAN RUKUN Minggu Keenam SA IE, BERCUKUR ATAU BERGUNTING DAN TERTIB PADA KEBANYAKAN RUKUN Pada Kebanyakan Rukun 72 RUKUN HAJI WAJIB HAJI 1 Niat Ihram Haji 2 Niat Di Miqat 4 Wuquf 3 Larangan Ihram 10 Tawaf 5 Bermalam

Lebih terperinci

PENGENALAN HAJI DAN UMRAH. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

PENGENALAN HAJI DAN UMRAH. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji PENGENALAN HAJI DAN UMRAH Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji TALBIAH PENGERTIAN HAJI DAN UMRAH PENGERTIAN HAJI Haji Ialah Mengunjungi Baitullah Al-Haram (Kaabah) Di Makkah Pada Bulan-bulan Haji Untuk

Lebih terperinci

RUKUN HAJI - TAWAF. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji

RUKUN HAJI - TAWAF. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji RUKUN HAJI - TAWAF Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji TALBIAH Lafaz & Makna RUKUN HAJI CARTA ALIRAN PEKERJAAN HAJI WAJIB HAJI 1 Niat Ihram Haji 2 Niat Di Miqat 4 Wuquf 3 Larangan Ihram 10 Tawaf 5

Lebih terperinci

PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH

PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH PENGERTIAN UMRAH MENURUT BAHASA : ZIARAH ATAU BERKUNJUNG MENURUT ISTILAH SYARAK : MENGUNJUNGI BAITULLAH ( KAABAH ) UNTUK MENGERJAKAN IBADAH DENGAN NIAT & SYARAT TERTENTU HUKUM

Lebih terperinci

JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA

JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA Haji merupakan satu rukun daripada rukun Islam yang lima dan menjadi kemuncak penzahiran ubudiyyah hamba kepada Tuhan-Nya. Pada ruangan kali ini, akan dibincangkan berkenaan

Lebih terperinci

PANDUAN MENGERJAKAN IBADAH

PANDUAN MENGERJAKAN IBADAH PANDUAN MENGERJAKAN IBADAH 1. RUKUN UMRAH (5 Perkara) Niat ihram mengerjakan umrah. Tawaf. Sai'e. Bergunting atau bercukur. Tertib. 2. WAJIB UMRAH (2 PERKARA) Niat ihram di Miqat. Meninggalkan perkara-perkara

Lebih terperinci

SYARAT WAJIB UMRAH 1. ISLAM 4. MERDEKA 2. BALIGH 5. BERKUASA 3. BERAKAL

SYARAT WAJIB UMRAH 1. ISLAM 4. MERDEKA 2. BALIGH 5. BERKUASA 3. BERAKAL SYARAT WAJIB UMRAH 1. ISLAM 4. MERDEKA 2. BALIGH 5. BERKUASA 3. BERAKAL Ada Perbelanjaan dan nafkah untuk dirinya Ada bekalan/nafkah untuk orang dibawah tanggungannya. Ada kenderaan pergi/balik Aman dalam

Lebih terperinci

MASJID AL EHSAN, BANDAR KINRARA 10 JAMADILAWWAL 1431 H 25 APRIL 2010 M WUKUF : 201 HARI LAGI

MASJID AL EHSAN, BANDAR KINRARA 10 JAMADILAWWAL 1431 H 25 APRIL 2010 M WUKUF : 201 HARI LAGI MASJID AL EHSAN, BANDAR KINRARA Tarikh: 10 JAMADILAWWAL 1431 H 25 APRIL 2010 M WUKUF : 201 HARI LAGI 26 April 2010 SIRI 8 1 26 April 2010 SIRI 8 2 TALBIAH 26 April 2010 SIRI 8 3 WAJIB-WAJIB HAJI 26 April

Lebih terperinci

Minggu Kelima RUKUN HAJI - TAWAF

Minggu Kelima RUKUN HAJI - TAWAF Minggu Kelima RUKUN HAJI - TAWAF 60 RUKUN HAJI WAJIB HAJI 1 Niat Ihram Haji 2 Niat Di Miqat 4 Wuquf 3 Larangan Ihram 10 Tawaf 5 Bermalam (Mabit) Di Muzdalifah 11 Sa ie 6 Melontar Jamrah Kubra Pada 10 Zuhijjah

Lebih terperinci

Minggu Ketiga PENGENALAN HAJI DAN UMRAH

Minggu Ketiga PENGENALAN HAJI DAN UMRAH Minggu Ketiga PENGENALAN HAJI DAN UMRAH 30 PENGERTIAN HAJI DAN UMRAH Haji ialah Mengunjungi Baitullah Al-Haram (Kaabah) Di Makkah Pada Bulan-bulan Haji Untuk Mengerjakan Ibadat ibadat Tertentu Menurut

Lebih terperinci

BAB IV IMPLEMENTASI RANCANGAN LAYAR

BAB IV IMPLEMENTASI RANCANGAN LAYAR BAB IV IMPLEMENTASI RANCANGAN LAYAR 4.1 Desain Antar Muka (interface) Antar muka atau biasa disebut interface adalah tampilan aplikasi yang bersentuhan langsung dengan pengguna dalam menjalankan fungsi-fungsi

Lebih terperinci

Minggu Kesepuluh WAJIB HAJI: MABIT DI MUZDALIFAH DAN MINA SERTA MELONTAR JAMRAH

Minggu Kesepuluh WAJIB HAJI: MABIT DI MUZDALIFAH DAN MINA SERTA MELONTAR JAMRAH Minggu Kesepuluh WAJIB HAJI: MABIT DI MUZDALIFAH DAN MINA SERTA MELONTAR JAMRAH Serta Melontar Jamrah 124 RUKUN HAJI WAJIB HAJI 1 Niat Ihram Haji 2 Niat Di Miqat 4 Wuquf 3 Larangan Ihram 10 Tawaf 5 Bermalam

Lebih terperinci

Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah

Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah Umrah Al-hamdulillah pada setiap tahun minat masyarakat islam untuk menunaikan ibadat umrah sangat tinggi, khususnya semasa cuti sekolah. Ini satu kesedaran yang patut dibanggakan. Moga umrah yang kita

Lebih terperinci

MASJID AL EHSAN, BANDAR KINRARA 24 JAMADILAWWAL 1431 H 9 MEI 2010 M WUKUF : 187 HARI LAGI

MASJID AL EHSAN, BANDAR KINRARA 24 JAMADILAWWAL 1431 H 9 MEI 2010 M WUKUF : 187 HARI LAGI MASJID AL EHSAN, BANDAR KINRARA Tarikh: 24 JAMADILAWWAL 1431 H 9 MEI 2010 M WUKUF : 187 HARI LAGI 9 May 2010 SIRI 3 1 9 May 2010 SIRI 3 2 TALBIAH 9 May 2010 SIRI 3 3 DAM 9 May 2010 SIRI 3 4 PENGERTIAN

Lebih terperinci

PENERANGAN MENGENAI : Ihram Tawaf Saei Gunting/cukur

PENERANGAN MENGENAI : Ihram Tawaf Saei Gunting/cukur PENERANGAN MENGENAI : Ihram Tawaf Saei Gunting/cukur Sunnah2 ihram ه ب ا هل ل ه ه ت ع ا ل ن و ي ت ال ع م ر ة و أ ح ر م ت ل ب ي ك اللهه م بهع م ر ة Aku berniat Umrah dan berihram untuknya kerana Allah ta`ala

Lebih terperinci

Artinya : mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, Yaitu (bagi) orang yang sanggup Mengadakan perjalanan ke Baitullah.

Artinya : mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, Yaitu (bagi) orang yang sanggup Mengadakan perjalanan ke Baitullah. Haji adalah rukun Islam ke 5 (lima) Melaksanakan haji ke Baitullah merupakan kewajiban bagi setiap muslim/muslimah yang mampu melaksanakannya. Firman Allah Surat Ali Imron ayat 97 : Artinya : mengerjakan

Lebih terperinci

Secara bahasa haji berarti kunjungan, perjalanan, atau ziarah. Secara istilah haji berarti berkunjung atau berziarah ke

Secara bahasa haji berarti kunjungan, perjalanan, atau ziarah. Secara istilah haji berarti berkunjung atau berziarah ke Secara bahasa haji berarti kunjungan, perjalanan, atau ziarah. Secara istilah haji berarti berkunjung atau berziarah ke Baitullah (Ka'bah) di tanah suci Makkah untuk melakukan beberapa amalan atau ibadah,

Lebih terperinci

MASJID AL EHSAN, BANDAR KINRARA. Tarikh: 26 Rabiul Akhir 1431 H 11 APRIL 2010 M WUKUF : 215 HARI LAGI 12 April 2010 SIRI 3 1

MASJID AL EHSAN, BANDAR KINRARA. Tarikh: 26 Rabiul Akhir 1431 H 11 APRIL 2010 M WUKUF : 215 HARI LAGI 12 April 2010 SIRI 3 1 MASJID AL EHSAN, BANDAR KINRARA Tarikh: 26 Rabiul Akhir 1431 H 11 APRIL 2010 M WUKUF : 215 HARI LAGI 12 April 2010 SIRI 3 1 12 April 2010 SIRI 3 2 TALBIAH 12 April 2010 SIRI 3 3 RUKUN KETIGA TAWAF 12 April

Lebih terperinci

Tidaklah itu menjadi asas untuk mewajibkan keatasnya haji dengan merentas lautan jika ia mampu melakukannya.

Tidaklah itu menjadi asas untuk mewajibkan keatasnya haji dengan merentas lautan jika ia mampu melakukannya. Kitab haji Berkata Imam Syafie: Haji (diwajibkan) kepada setiap orang yang merdeka, baligh dan berkemampuan, menurut Al-Quran dan Sunnah. Sesiapa yang telah berhaji sekali seumur hidupnya, maka tidak wajib

Lebih terperinci

Hadis Nabi Muhammad s.a.w:

Hadis Nabi Muhammad s.a.w: UMRAH Bererti berziarah ke Baitullah di Makkah dengan berihram Umrah untuk mengerjakan tawaf, Sa ie dan lain-lain rukun serta wajibnya. Umrah diwajibkan ke atas semua islam yang telah memenuhi syarat,

Lebih terperinci

MADRASAH ALIYAH ASSHIDDIQIYAH

MADRASAH ALIYAH ASSHIDDIQIYAH MADRASAH ALIYAH ASSHIDDIQIYAH MATA PELAJARAN : FIQIH KELAS ; X (SEPULUH) SEMESTER GANJIL TAHUN PELAJARAN 2012/2013 STANDAR KOMPETENSI DAN KOMPETENSI DASAR STANDAR KOMPETENSI 3. Memahami hukum Islam tentang

Lebih terperinci

1. Ihram dari Miqat. Manasik Haji dan Umrah

1. Ihram dari Miqat. Manasik Haji dan Umrah Manasik Haji dan Umrah 1. Ihram dari Miqat 2. Thawaf Qudum 3. Sa'i 4. Tahallul (dari Umrah) 5. Ihram Haji 6. Mabit di Mina 7. Wuquf di Arafah 8. Mabit di Muzdalifah 9. Melontar Jamrah 10. Menyembelih Hewan

Lebih terperinci

Negeri Johor 2010 IBADAT

Negeri Johor 2010 IBADAT IBADAT TINGKATAN EMPAT 1. HAJI a) Pengertian haji b) Pengertian umrah c) Hikmah haji a) Hikmah haji b) c) 2. UPAH HAJI a) Pengertian Upah Haji b) Sebab Upah Haji Tiada keupayaan fizikal a) C) Hikmah upah

Lebih terperinci

HADITH-HADITH BERKAITAN HAJI. 1. Perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan semasa ihram

HADITH-HADITH BERKAITAN HAJI. 1. Perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan semasa ihram HADITH-HADITH BERKAITAN HAJI 1. Perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan semasa ihram Hadith Riwayat Ibnu Umar RA: Bahawa seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah SAW tentang pakaian yang boleh

Lebih terperinci

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 3 NAMA:

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 3 NAMA: KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 3 NAMA: KELAS: KBM 3 CAWANGAN: ARAHAN KEPADA CALON MUKA DEPAN 1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberi arahan oleh pengawas. Bahagian

Lebih terperinci

KURSUS UMRAH DAN HAJI HJ AHMAD JUNAIDI B MOHD SAID

KURSUS UMRAH DAN HAJI HJ AHMAD JUNAIDI B MOHD SAID KURSUS UMRAH DAN HAJI HJ AHMAD JUNAIDI B MOHD SAID TALBIAH Lafaz & Makna UMRAH PENGERTIAN UMRAH Umrah Mengunjungi Baitullah A-haram Pada Bila-bila Masa Untuk Mengerjakan Ibadat Tertentu Menurut Syarat-syaratnya

Lebih terperinci

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan ibadah? Ibadah ialah penyembahan yang dilakukan dengan jalan tunduk dan merendah diri serendah-rendahnya, yang

Lebih terperinci

KURSUS ASAS UMRAH HAJI

KURSUS ASAS UMRAH HAJI KURSUS ASAS UMRAH HAJI TALBIAH PENGERTIAN HAJI DAN UMRAH PENGERTIAN HAJI Haji Ialah Mengunjungi Baitullah Al-Haram (Kaabah) Di Makkah Pada Bulan-bulan Haji Untuk Mengerjakan Ibadat ibadat Tertentu Menurut

Lebih terperinci

Tempat : Yanbu Anjuran : UQ Pro TEAM

Tempat : Yanbu Anjuran : UQ Pro TEAM Tempat : Yanbu Anjuran : UQ Pro TEAM Haji ada tiga jenis : 1) Ifrad : Masuk ke Mekah dengan Ihram Hajidan melaksanakan kerja Haji hingga selesai barulah melakukan Umrah dengan Ihramnya yang baru. 2) Tamattuk

Lebih terperinci

Bab apa yang diwajibkan keatas muhrim dan penerangan tentang tawaf dan sa I serta selainnya.

Bab apa yang diwajibkan keatas muhrim dan penerangan tentang tawaf dan sa I serta selainnya. Bab apa yang diwajibkan keatas muhrim dan penerangan tentang tawaf dan sa I serta selainnya. Berkata al-syafi e: Aku suka bagi muhrim untuk mandi di dzu Tuwa untuk memasuki Mekah dan dia memasukinya dari

Lebih terperinci

WAJIB HAJI: LARANGAN IHRAM DAN DAM. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji

WAJIB HAJI: LARANGAN IHRAM DAN DAM. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji WAJIB HAJI: LARANGAN IHRAM DAN DAM Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji RUKUN HAJI CARTA ALIRAN PEKERJAAN HAJI WAJIB HAJI 1 Niat Ihram Haji 2 Niat Di Miqat 4 Wuquf 3 Larangan Ihram 10 Tawaf 5 Bermalam

Lebih terperinci

Haji dan Umroh. 1 Abdul Syukur al-aziz,buku Lengkap Fiqih Wanita,Anggota IKAPI, Sampangan,2015,hlm.144

Haji dan Umroh. 1 Abdul Syukur al-aziz,buku Lengkap Fiqih Wanita,Anggota IKAPI, Sampangan,2015,hlm.144 ع Haji dan Umroh A. Pengertian Haji dan Umroh Menurut bahasa haji bermakna al-qashdu yang artinya menyengaja. Sedangkan menurut pengertian syariat, haji berarti bersengaja mendatangi atau mengunjungi Baitullah

Lebih terperinci

Minggu Kesembilan WAJIB HAJI: LARANGAN IHRAM DAN DAM

Minggu Kesembilan WAJIB HAJI: LARANGAN IHRAM DAN DAM Minggu Kesembilan WAJIB HAJI: LARANGAN IHRAM DAN DAM 108 RUKUN HAJI WAJIB HAJI 1 Niat Ihram Haji 2 Niat Di Miqat 4 Wuquf 3 Larangan Ihram 10 Tawaf 5 Bermalam (Mabit) Di Muzdalifah 11 Sa ie 6 Melontar Jamrah

Lebih terperinci

BUKU PANDUAN RINGKAS IBADAH UMRAH. EDARAN PERCUMA v2.0

BUKU PANDUAN RINGKAS IBADAH UMRAH. EDARAN PERCUMA v2.0 BUKU PANDUAN RINGKAS IBADAH UMRAH EDARAN PERCUMA v2.0 PENGENALAN Assalamualaikum... Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam, selawat & salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, moga kita bersama

Lebih terperinci

DALIL DASAR HUKUM HAJI

DALIL DASAR HUKUM HAJI PENGERTIAN HAJI Haji menurut bahasa : Maksud, arah dan tujuan. Sementara, menurut istilah syar i, haji adalah Niat mengunjungi Kota Makkah pada waktu tertentu untuk melaksanakan rangkaian amalan-amalan

Lebih terperinci

MANASIK HAJI BAGI PETUGAS TPHI/TPIHI. Oleh: A. Faishal Haq

MANASIK HAJI BAGI PETUGAS TPHI/TPIHI. Oleh: A. Faishal Haq MANASIK HAJI BAGI PETUGAS TPHI/TPIHI Oleh: A. Faishal Haq Manasik haji adalah aturan-aturan ibadah haji yang harus dipersiapkan jauh sebelum pelaksanaan haji itu sendiri, lihat QS an-nisa (4): 71. Di antara

Lebih terperinci

IBADAT UMRAH DAN NIAT BERSYARAT. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

IBADAT UMRAH DAN NIAT BERSYARAT. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji IBADAT UMRAH DAN NIAT BERSYARAT Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji TALBIAH Lafaz & Makna UMRAH PENGERTIAN UMRAH Umrah Mengunjungi Baitullah A-haram Pada Bila-bila Masa Untuk Mengerjakan Ibadat Tertentu

Lebih terperinci

IBADAH UMROH. kapan saja di luar batas waktu haji (bulan-bulan haji).

IBADAH UMROH. kapan saja di luar batas waktu haji (bulan-bulan haji). IBADAH UMROH 1. Pengertian Umroh Menurut bahasa umrah berarti ziarah ataun berkunjung, sedangkan menurut istilah syara, umrah adalah menziarahi ka bah di Mekah dengan niat beribadah kepada Allah di sertai

Lebih terperinci

Matlamat Harapan Destinasi

Matlamat Harapan Destinasi Matlamat Harapan Destinasi BUKU NOTA INI HANYA UNTUK PESERTA KURSUS ASAS HAJI ANJURAN BERSAMA LEMBAGA TABUNG HAJI DAN MASJID SETEMPAT MODUL KURSUS ASAS HAJI INI TELAHPUN DILULUSKAN OLEH JAWATANKUASA PENASIHAT

Lebih terperinci

Tata Cara Rangkaian Ibadah Haji

Tata Cara Rangkaian Ibadah Haji Tata Cara Rangkaian Ibadah Haji Catatan : 1. Tulisan merah adalah Rukun : Jika ditinggalkan, maka Haji-nya tidak sah 2. Tulisan biru adalah Wajib : Jika ditinggalkan, maka harus membayar Dam ( Denda )

Lebih terperinci

PERMASALAHAN JEMAAH HAJI WANITA

PERMASALAHAN JEMAAH HAJI WANITA PERMASALAHAN JEMAAH HAJI WANITA Pengalaman menunjukkan jemaah haji wanita Malaysia yang menunaikan ibadat haji sering mengalami masalah yang tidak diduga atau jarang-jarang dialami di tanah air, terutama

Lebih terperinci

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t., dengan izin-nya jua, seperti saban tahun, selain persiapan persendirian untuk menuju ke tanah suci, jemaah haji tidak ketinggalan dibekalkan ilmu pengetahuan

Lebih terperinci

Kamus Istilah Haji dan Umroh

Kamus Istilah Haji dan Umroh Arafah Sebuah hamparan padang pasir yang terletak sekitar 25 km sebelah timur Makkah. Arafah akan dipadati ribuan jama'ah haji yang sedang melakukan wuquf di Arafah adalah bagian dari rukun haji sehingga

Lebih terperinci

Minggu Kedua Belas IBADAT UMRAH DAN NIAT BERSYARAT

Minggu Kedua Belas IBADAT UMRAH DAN NIAT BERSYARAT Minggu Kedua Belas IBADAT UMRAH DAN NIAT BERSYARAT 168 PENGERTIAN UMRAH Umrah Mengunjungi Baitullah A-haram Pada Bila-bila Masa Untuk Mengerjakan Ibadat Tertentu Menurut Syarat-syaratnya DALIL UMRAH وق"""ال

Lebih terperinci

PERLAKSANAAN IBADAH HAJI TERBAHAGI KEPADA 3 1. HAJI IFRAD 2. HAJI TAMATTU 3. HAJI QIRAN

PERLAKSANAAN IBADAH HAJI TERBAHAGI KEPADA 3 1. HAJI IFRAD 2. HAJI TAMATTU 3. HAJI QIRAN PERLAKSANAAN IBADAH HAJI TERBAHAGI KEPADA 3 1. HAJI IFRAD 2. HAJI TAMATTU 3. HAJI QIRAN HAJI IFRAD MENGERJAKAN HAJI DAHULU DALAM BULAN- BULAN HAJI KEMUDIAN MENGERJAKAN UMRAH NIAT MENGERJAKAN HAJI IFRAD

Lebih terperinci

MANASIK HAJI Untuk TKHI 1437 H/2016 M Oleh : Abd. Haris

MANASIK HAJI Untuk TKHI 1437 H/2016 M Oleh : Abd. Haris MANASIK HAJI Untuk TKHI 1437 H/2016 M Oleh : Abd. Haris CURRICULUM VITAE Nama : Drs. H. ABD. HARIS, M.Pd.I.,M.HI. NIP : 196905121995031001 TTL : Gresik, 15 Mei 1969 Pangkat/Gol : IV a / Pembina Jabatan

Lebih terperinci

perempuan haid wada. Kerana Rasulullah s.a.w member kelonggaran kepadanya untuk pulang tanpa mengerjakan wada.

perempuan haid wada. Kerana Rasulullah s.a.w member kelonggaran kepadanya untuk pulang tanpa mengerjakan wada. Apabila matahari telah terbenam, bergeraklah imam dalam keadaan tenang dan tidak tergesa-gesa. Apabila dia mendapati ada ruang untuk bergerak, maka dia mempercepatkan langkah. Apabila tiba di Muzdalifah,

Lebih terperinci

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH TINGKATAN 4 FOLIO HAJI NAMA : RAJA NUR HANISAH BT RAJA SULAIMAN KELAS : 4 SITI FATIMAH NO. IC :

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH TINGKATAN 4 FOLIO HAJI NAMA : RAJA NUR HANISAH BT RAJA SULAIMAN KELAS : 4 SITI FATIMAH NO. IC : PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH TINGKATAN 4 FOLIO HAJI NAMA : RAJA NUR HANISAH BT RAJA SULAIMAN KELAS : 4 SITI FATIMAH NO. IC : 960220-09-5012 GURU : PUAN AIZATUL FITRAH BT IBRAHIM SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA

Lebih terperinci

IBADAH ASPEK RITUAL UMAT ISLAM

IBADAH ASPEK RITUAL UMAT ISLAM IBADAH ASPEK RITUAL UMAT ISLAM IBADAH PENGERTIAN DAN HAKIKAT IBADAH BENTUK-BENTUK PERIBADATAN MAKNA IBADAH SHALAT SHAUM ZAKAT HAJI KEWAJIBAN IBADAH 1. PENGER- TIAN 1. PENGERTIAN 1. PENGER TIAN 1. MAKNA

Lebih terperinci

Haji dan Umrah. Aspek Fikih

Haji dan Umrah. Aspek Fikih Aspek Fikih Haji dan Umrah 6 Tujuan Pembelajaran Setelah mempelajari bab ini, siswa di harapkan dapat menyebutkan pengertian dan ketentuan haji dan umrah serta dapat memperagakan pelaksanaan ibadah haji

Lebih terperinci

: : :

: : : [ ] Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin : Muh. Lutfi Firdaus Eko Haryanto Abu Ziyad : : : Fatawa Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin Ini adalah soal-soal yang datang dari para pendengar, dimulai

Lebih terperinci

PANDUAN MENGERJAKAN SOLAT KHAS

PANDUAN MENGERJAKAN SOLAT KHAS PANDUAN MENGERJAKAN SOLAT KHAS 101 Surah Yasin dan Amalan Pilihan SOLAT MUSAFIR Panduan Mengerjakan Solat Khas 1. SOLAT JAMAK Menghimpunkan dua solat fardhu ke dalam satu waktu solat. Solat yang boleh

Lebih terperinci

PENERANGAN RINGKAS IBADAT HAJI DAN UMRAH FALSAFAH DAN PENYUCIAN JIWA. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

PENERANGAN RINGKAS IBADAT HAJI DAN UMRAH FALSAFAH DAN PENYUCIAN JIWA. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji PENERANGAN RINGKAS IBADAT HAJI DAN UMRAH FALSAFAH DAN PENYUCIAN JIWA Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji TALBIAH LAFAZ & MAKNA ALLAH MENYERU DALAM SURAH ALI-IMRAN (AYAT 97) MANUSIA MENYAMBUT MAKSUD

Lebih terperinci

Soalan Tudingan Pendidikan Islam Kertas 1 Jabatan Pelajaran Negeri Johor 2010 IBADAH

Soalan Tudingan Pendidikan Islam Kertas 1 Jabatan Pelajaran Negeri Johor 2010 IBADAH 1. LAMBAIAN KA BAH IBADAH TINGKATAN 4 1. HAJI 1. Nyatakan pengertian haji dari segi: 2. Nyatakan pengertian umrah 3. Nyatakan hukum mengerjakan haji dan umrah 4. Jelaskan empat hikmah haji a. Individu

Lebih terperinci

IBADAT UMRAH. AHMAD JUNAIDI BIN MOHAMAD SAID SMK BATUSEPULUH LEKIR SIIIAWAN PERAK

IBADAT UMRAH. AHMAD JUNAIDI BIN MOHAMAD SAID SMK BATUSEPULUH LEKIR SIIIAWAN PERAK IBADAT UMRAH AHMAD JUNAIDI BIN MOHAMAD SAID SMK BATUSEPULUH LEKIR 32020 SIIIAWAN PERAK www.dakwahpdf.blogspot.com UMRAH PENGERTIAN UMRAH Umrah Mengunjungi Baitullah A-haram Pada Bila-bila Masa Untuk Mengerjakan

Lebih terperinci

TAWAF DAN PERMASALAHANNYA

TAWAF DAN PERMASALAHANNYA TAWAF DAN PERMASALAHANNYA Tawaf merupakan salah satu daripada rukun-rukun haji dan umrah. Dalam bab Haji dan Umrah, istilah rukun merujuk kepada amalan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan haji dan

Lebih terperinci

KUISIONER PENELITIAN

KUISIONER PENELITIAN KUISIONER PENELITIAN Kepada Yth Bapak / Ibu Di tempat Sehubungan dengan penelitian yang tentang pengembangan model pelatihan bimbingan ibadah haji maka kami mohon kesediaan bapak / Ibu untuk membantu kami

Lebih terperinci

Minggu Kesebelas AURAT DAN IZIN SUAMI

Minggu Kesebelas AURAT DAN IZIN SUAMI Minggu Kesebelas AURAT DAN IZIN SUAMI Aurat Dan Izin Suami 150 151 Pendapat Imam Syafie Aurat wanita dalam solat ialah seluruh badan kecuali muka, bahagian belakang tangan dan telapaknya. Sabda Rasulullah

Lebih terperinci

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat Sesungguhnya solat termasuk rukun Islam yang paling tinggi kedudukannya setelah syahadatain. Apabila mereka meninggalkan solat karena meremehkan dan malas menjalankannya,

Lebih terperinci

KULIAH KHAS: KITAB AS-SIYAM (PUASA)

KULIAH KHAS: KITAB AS-SIYAM (PUASA) KULIAH KHAS: KITAB AS-SIYAM (PUASA) DISEDIAKAN OLEH: USTAZ SALEHUDDIN BIN ABU SAMAH BAHAGIAN SYARIAH KULIAH KHAS KITAB AS-SIYAM (PUASA) BERPANDUKAN KITAB AL-FIQH AL-MANHAJI SIRI SATU: 1. PENGERTIAN PUASA

Lebih terperinci

RUKUN DAN WAJIB UMRAH

RUKUN DAN WAJIB UMRAH PENGERTIAN UMRAH Terminologi : meramaikan, berkunjung, ziarah, memakmurkan Istilah : berkunjung ke baitullah untuk melaksanakan ritual ibadah dengan berihram dan melaksanakan thawaf, sa i serta tahallul

Lebih terperinci

buatwasiat.com WASIAT DAN PELAKSANAANNYA KE ATAS SAUDARA BARU SEMINAR PERANCANGAN HARTA SECARA SYARIAH

buatwasiat.com WASIAT DAN PELAKSANAANNYA KE ATAS SAUDARA BARU SEMINAR PERANCANGAN HARTA SECARA SYARIAH WASIAT DAN PELAKSANAANNYA KE ATAS SAUDARA BARU Oleh PROF MADYA MOHD RIDZUAN AWANG JABATAN SYARIAH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SEMINAR PERANCANGAN HARTA SECARA SYARIAH TARIKH: 29 MAC 2009 GRAND PACIFIC

Lebih terperinci

Assalamu alaikum wr. wb.

Assalamu alaikum wr. wb. Assalamu alaikum wr. wb. Ibadah: Aspek Ritual Umat Islam Pokok Bahasan 1. Makna Ibadah 2. Fungsi Ibadah 3. Kewajiban Beribadah bagi Manusia 4. Bentuk-bentuk Peribadatan a. Shalat: Makna, Tata Cara, dan

Lebih terperinci

KURSUS ASAS UMRAH HJ AHMAD JUNAIDI B HJ MOHAMAD SAID PEKTA TABUNG HAJI DAERAH MANJUNG. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

KURSUS ASAS UMRAH HJ AHMAD JUNAIDI B HJ MOHAMAD SAID PEKTA TABUNG HAJI DAERAH MANJUNG. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji KURSUS ASAS UMRAH HJ AHMAD JUNAIDI B HJ MOHAMAD SAID PEKTA TABUNG HAJI DAERAH MANJUNG Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji ش[ UMRAH PENGERTIAN UMRAH Umrah Mengunjungi Baitullah A-haram Pada Bila-bila

Lebih terperinci

Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali ke-20 hingga ke H hingga 1436H (2004 hingga 2015)

Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali ke-20 hingga ke H hingga 1436H (2004 hingga 2015) Percetakan Pertama : 2009, 2011 @ Lembaga Tabung Haji Semua hakcipta terpelihara. mana-mana bahagian juga tidak dibenarkan ditiru, disimpan dalam sistem pengeluaran semula ataupun dipancarkan melalui sebarang

Lebih terperinci

KEM TOHARAH ( SUCI ) Oleh Hj Ahmad Junaidi Bin Mohamad Said Guru Al-Quran SMK BATU SEPULUH LEKIR SITIAWAN PERAK

KEM TOHARAH ( SUCI ) Oleh Hj Ahmad Junaidi Bin Mohamad Said Guru Al-Quran SMK BATU SEPULUH LEKIR SITIAWAN PERAK KEM TOHARAH ( SUCI ) Oleh Hj Ahmad Junaidi Bin Mohamad Said Guru Al-Quran SMK BATU SEPULUH LEKIR 32020 SITIAWAN PERAK TAJUK ALAT BERSUCI SUCI DARI NAJIS WUDUK TAYAMMUM SUCI DARI HADAS KECIL DAN BESAR MANDI

Lebih terperinci

Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali ke 20 hingga H hingga 1436H (2004 hingga 2015)

Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali ke 20 hingga H hingga 1436H (2004 hingga 2015) Percetakan Pertama : 20, 2011 @ Lembaga Tabung Haji Semua hakcipta terpelihara. mana-mana bahagian juga tidak dibenarkan ditiru, disimpan dalam sistem pengeluaran semula ataupun dipancarkan melalui sebarang

Lebih terperinci

TUGAS MAKALAH MATA KULIAH AGAMA DAN ETIKA

TUGAS MAKALAH MATA KULIAH AGAMA DAN ETIKA TUGAS MAKALAH MATA KULIAH AGAMA DAN ETIKA HAJI DAN UMROH Diajukan sebagai tugas Mata Kuliah Agama dan Etika Disusun Oleh: Nama : Muhammad Adlan Ednawan Sujono Kelas : IF-2 NIM :1011 2036 JURUSAN TEKNIK

Lebih terperinci

PERASMIAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI PERAK MUSIM HAJI 1437 HIJRAH

PERASMIAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI PERAK MUSIM HAJI 1437 HIJRAH TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH AL-MAGHFUR-LAH PERASMIAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI

Lebih terperinci

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud Disediakan oleh: Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud 1 JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA Cetakan Ketigabelas 2002 Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan

Lebih terperinci

UMRAH. Umrah artinya berkunjung atau berziarah. Waktunya dapat dilakukan setiap saat. dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah karena Allah.

UMRAH. Umrah artinya berkunjung atau berziarah. Waktunya dapat dilakukan setiap saat. dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah karena Allah. m UMRAH Umrah artinya berkunjung atau berziarah. Waktunya dapat dilakukan setiap saat. و أتم وا الح ج و ال ع م ر ة ل ل ه ) البقرة : 196 ( dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah karena Allah. RUKUN UMRAH

Lebih terperinci

MANUAL PENGURUSAN BADAL HAJI JABATAN WAKAF, ZAKAT DAN HAJI JABATAN PERDANA MENTERI

MANUAL PENGURUSAN BADAL HAJI JABATAN WAKAF, ZAKAT DAN HAJI JABATAN PERDANA MENTERI MANUAL PENGURUSAN BADAL HAJI JABATAN WAKAF, ZAKAT DAN HAJI JABATAN PERDANA MENTERI JABATAN WAKAF, ZAKAT DAN HAJI JABATAN PERDANA MENTERI www.jawhar.gov.my Cetakan Kedua... 2008 Jabatan Wakaf, Zakat dan

Lebih terperinci

PANDUAN. Sembahyang Sunat Tarawih

PANDUAN. Sembahyang Sunat Tarawih PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih 1 PANDUAN SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA Aras 4 Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519, W.P PUTRAJAYA, MALAYSIA Telefon

Lebih terperinci

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 2 NAMA:

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 2 NAMA: KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 2 NAMA: KELAS: KBM 2 CAWANGAN: ARAHAN KEPADA CALON MUKA DEPAN 1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberi arahan oleh pengawas. Bahagian

Lebih terperinci

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH. Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH. Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah Disemak oleh Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud Tan Sri Syaikh Ismail bin Muhammad JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Lebih terperinci

UMRAH. Umrah artinya berkunjung atau berziarah. Waktunya dapat dilakukan setiap saat. dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah karena Allah.

UMRAH. Umrah artinya berkunjung atau berziarah. Waktunya dapat dilakukan setiap saat. dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah karena Allah. m UMRAH Umrah artinya berkunjung atau berziarah. Waktunya dapat dilakukan setiap saat. و أتم وا الح ج و ال ع م ر ة ل ل ه ) البقرة : 196 ( dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah karena Allah. RUKUN UMRAH

Lebih terperinci

PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH

PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH Disusun oleh : Ust Jamaluddin bin Hashim Pensyarah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, ( ) 133 133 PENGERTIAN UMRAH Panduan Mengerjakan Umrah Menurut bahasa : ziarah atau berkunjung.

Lebih terperinci

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih Bahan cetakan ini mengandungi ayat al-quran. Jangan pijak/langkah. PANDUAN SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA Aras 4 Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran

Lebih terperinci

KEM SOLAT. Oleh Hj Ahmad Junaidi Bin Mohamad Said Guru Al-Quran SMK BATU SEPULUH LEKIR SITIAWAN PERAK

KEM SOLAT. Oleh Hj Ahmad Junaidi Bin Mohamad Said Guru Al-Quran SMK BATU SEPULUH LEKIR SITIAWAN PERAK KEM SOLAT Oleh Hj Ahmad Junaidi Bin Mohamad Said Guru Al-Quran SMK BATU SEPULUH LEKIR 32020 SITIAWAN PERAK SOLAT FARDU RUKUN SUNAT TAJUK AB AD HAI AH MASBUQ MUWAFIQ SOLAT KETIKA SAKIT SOLAT JENAZAH SOLAT

Lebih terperinci

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 1

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 1 KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 1 NAMA: KELAS : KBM 1 CAWANGAN: ARAHAN KEPADA CALON MUKA DEPAN 1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberi arahan oleh pengawas.

Lebih terperinci

BAHAGIAN TILAWAH & HADIS TING 4

BAHAGIAN TILAWAH & HADIS TING 4 BAHAGIAN TILAWAH & HADIS TING 4 ARAHAN : Isi kotak jawapan dengan istilah yang sesuai. 1 Kejayaan 2 Orang yang melakukan dosa dan maksiat 3 Menyatakan rasa terima kasih kepada Allah swt atas segala nikmat

Lebih terperinci

SEJARAH DAN PENGENALAN TANAH SUCI DAN KELEBIHAN. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji

SEJARAH DAN PENGENALAN TANAH SUCI DAN KELEBIHAN. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji SEJARAH DAN PENGENALAN TANAH SUCI DAN KELEBIHAN Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji TALBIAH LAFAZ & MAKNA MAKKAH SEJARAH PERTEMUAN NABI ADAM DAN HAWA KONSEP PENERIMAAN TAUBAT/PENGHAPUSAN DOSA Pertemuan

Lebih terperinci

WUDHUK, TAYAMMUM, SOLAT MENGHORMATI WAKTU DAN JAMA DI KOTA SUCI MAKKAH

WUDHUK, TAYAMMUM, SOLAT MENGHORMATI WAKTU DAN JAMA DI KOTA SUCI MAKKAH WUDHUK, TAYAMMUM, SOLAT MENGHORMATI WAKTU DAN JAMA DI KOTA SUCI MAKKAH Muqaddimah Alhamdulillah, dirafa kan kesyukuran kepada Allah SWT dengan menjelangnya musim haji 1432H. Ucapan syabas dan tahniah kepada

Lebih terperinci

RINGKASAN PERLAKSANAAN IBADAH UMRAH

RINGKASAN PERLAKSANAAN IBADAH UMRAH RINGKASAN PERLAKSANAAN IBADAH UMRAH PENGERTIAN UMRAH Umrah pada syarak ialah menziarahi Baitullah Al- Haram kerana mengerjakan tawaf, saie dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segalawajib-wajibnya.

Lebih terperinci

ilmu dan amalan dengannya. Untuk memahami pengertian dan

ilmu dan amalan dengannya. Untuk memahami pengertian dan HIKMAH DAN FALSAFAH HAJI Alhamdulillah, saya rafa kan kesyukuran kepada Yang Maha Esa atas kurniaan yang tidak terhingga. Pada kali ini, dengan izin-nya, dapat menyiapkan artikel yang bertajuk: Hikmah

Lebih terperinci

Larangan selama ihram dibagi 3 jenis:

Larangan selama ihram dibagi 3 jenis: Berbagai Larangan Selama Ihram Jika jama'ah sudah ihram (berniat melaksanakan ibadah haji/umrah), maka ada hal-hal yang dilarang: 1. Menebang pohon 2. Mempermainkan, berburu, atau membunuh binatang (sedang

Lebih terperinci

BAB II TINJAUAN UMUM IBADAH HAJI

BAB II TINJAUAN UMUM IBADAH HAJI BAB II TINJAUAN UMUM IBADAH HAJI 2.1. IBADAH HAJI 2.1.1. Pengertian Haji Terdapat beberapa pengertian dari haji, antara lain : a. Haji merupakan rukun Islam kelima (kewajiban ibadah) yg harus dilakukan

Lebih terperinci

FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor: 40 Tahun 2011 Tentang BADAL THAWAF IFADHAH (PELAKSANAAN THAWAF IFADHAH OLEH ORANG LAIN)

FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor: 40 Tahun 2011 Tentang BADAL THAWAF IFADHAH (PELAKSANAAN THAWAF IFADHAH OLEH ORANG LAIN) FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor: 40 Tahun 2011 Tentang BADAL THAWAF IFADHAH (PELAKSANAAN THAWAF IFADHAH OLEH ORANG LAIN) (MUI), setelah : MENIMBANG : a. bahwa thawaf ifadhah merupakan salah satu rukun

Lebih terperinci

و أت م ىا ال ح ج و ال ع م ز ة ل ل ه )البقزة : مناسك الحج والعمرة. Manasik Umrah Duha Wisata. dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah karena Allah.

و أت م ىا ال ح ج و ال ع م ز ة ل ل ه )البقزة : مناسك الحج والعمرة. Manasik Umrah Duha Wisata. dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah karena Allah. m UMRAH Umrah adalah ibadah yang dimulai dengan ihram dari miqat dilanjutkan dengan Tawaf di sekeliling Ka bah dan Sa'i antara Shafa dan Marwah serta di akhiri dengan Tahallul. Perbedaan umrah dengan haji

Lebih terperinci

الحاج عند الوصول إلى الميقات باللغة اإلندونيسية

الحاج عند الوصول إلى الميقات باللغة اإلندونيسية APAY ANGDI L AKUKANJ AMAAHHAJ I SETEL AHSAMPAI DI MI QAT Ka r y a S y e k hab d u l Ra z z a k b i nab d u l Mu h s i nal Ba d r I N D O N E S I A Kerajaan Arab Saudi Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan

Lebih terperinci

I TIKAF. Pengertian I'tikaf. Hukum I tikaf. Keutamaan Dan Tujuan I tikaf. Macam macam I tikaf

I TIKAF. Pengertian I'tikaf. Hukum I tikaf. Keutamaan Dan Tujuan I tikaf. Macam macam I tikaf I TIKAF Pengertian I'tikaf Secara harfiyah, I tikaf adalah tinggal di suatu tempat untuk melakukan sesuatu yang baik. Dengan demikian, I tikaf adalah tinggal atau menetap di dalam masjid dengan niat beribadah

Lebih terperinci

أعمال الحج باللغة اإلندونيسية

أعمال الحج باللغة اإلندونيسية AMALANAMALANHAJ I Ka r y a S y e k hmu h a mma db i nsh a l i h Al ' Ut s a i mi n I N D O N E S I A Kerajaan Arab Saudi Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan & Irsyad Deputi Urusan Publikasi dan Penelitian

Lebih terperinci

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI Soalan: Apakah hukum wanita membuka syarikat sendiri? Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan

Lebih terperinci

LALUAN KEHIDUPAN

LALUAN KEHIDUPAN 2006 LALUAN KEHIDUPAN Kelahiran 15.2.2015 Kematian MERENUNG DIRI Adalah tuan berkesempatan solat lima waktu di masjid? Adakah tuan membaca al-quran dan memahami bacaan tersebut? Berapa banyakkah tuan sempat

Lebih terperinci