Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

dokumen-dokumen yang mirip
Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

MUKMIN SEBENAR Pada satu ketika, seorang pemuda telah masuk ke dalam

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

LALUAN KEHIDUPAN

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih

DALAM Islam, soal adab amat utama. Tidaklah Nabi

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

PANDUAN. Sembahyang Sunat Tarawih

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 1


EKSTREMISME AGAMA ANCAM KESATUAN UMMAH (06 Oktober 2017 / 15 Muharam 1439)

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

Fadhilat Berbaik Sangka

HADITS KEduapuluh tujuh Arti Hadits / :

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH. Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah

Cara menyempurnakan Solat Sunat Taubat

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TINGKATAN 1 / 2015

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

OLEH : DATO USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD ( PENDAKWAH & PENGACARA SEMANIS KURMA TV9 ) Entering

SINAR RAMADHAN 1437H SEMARAK TAQWA

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

PENGENALAN HAJI DAN UMRAH. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

PESANAN TAQWA. Mudahmudahan. mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. melaksanakan segala perintah. meninggalkan segala larangan

Menerangkan pengertian akhlak mahmudah. Menjelaskan skop-skop akhlak mahmudah. Mengklasifikasikan akhlak mahmudah dalam Islam

CAPAN KHATAMAN USTAZ HJ ALI HJ MOHAMAD* 1. Hidup Dihiasi Adab

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia SERUAN AL- BARZAKH (16 MAC 2012 / 23RABIULAKHIR 1433H)

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

DAFTAR TERJEMAH No Halaman BAB Terjemah

LAPORAN MALAM CINTA RASUL

Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran. Sinopsis:

PERASMIAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI PERAK MUSIM HAJI 1437 HIJRAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kepimpinan Mengikut Perspektif Islam

KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

Renungan Pergantian Tahun

TEKS UCAPAN Y.BHG NAIB CANSELOR MAJLIS PERASMIAN IHYA RAMADHAN 1434 H / 2013 M UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS DIBACAKAN YANG BERBAHAGIA PROF.

Lesson Sheet Kelas : Mars

Minggu Ketiga PENGENALAN HAJI DAN UMRAH

Khutbah Pertama Maasyirol Muslimin yang dirahmati Allah

4/12/2013 RABBANIYYAH RABBANIYYAH 1) PRINSIP RABBANIYYAH

ANJURAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS

B. Allah Swt. itu Esa. Sikapku. Ayo Kerjakan. Lihat diri sendiri. Lihat gambar ini. Tanyakan pada temanmu, nama dan manfaat setiap anggota tubuh.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

1. Jangan sekali-kali fikir bahawa kita akan masih hidup setelah menghabiskan solat ini.

SMK TAMAN TUN DR ISMAIL RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3 / 2013

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

MUSLIM BERMINDA BESAR: 5 Nilai Bagi Anak-anak

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Disebarluaskan melalui: website: TIDAK untuk tujuan KOMERSIL

Penawar Bagi Hati (Asy-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Indonesia Al-Mandili)

Al-Wadud Yang Maha Mencintai Hamba-Hamba-Nya Yang Shaleh

Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

KISI KISI SOAL PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KELAS UTS GENAP KELAS VII (TUJUH) (untuk memperkaya wawasan WAJIB BACA BUKU PAKET)

Himpunan Doa Didalam Al Quran

Menyambut Datangnya Bulan Ramadhan

Ust. H. Ahmad Yani, Lc. MA. Urgensi Menjaga Lisan

Rasulullah s.a.w telah bersabda: Kebanyakan sebab yang memasukkan manusia ke dalam syurga ialah taqwa kepada Allah dan kebaikan budi pekerti.

Marhaban Yaa Ramadhan 1434 H

MENGHIDUPKAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

GãMñ I RšZ GlZG ƒi' (6) GâƒMÃIºƒG M±H MšZ GlQ IN³š GœI M OZ

Jadilah Pembuka Pintu Kebaikan

Takwa dan Keutamaannya

Engkau Bersama Orang Yang Kau Cintai

BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN 1-200

TAJUK AYAT ASBAB L Tingkatan Empat 1 Gejala Mempersendakan Agama

PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 05/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK I. Maruwiah Ahmat 1

BAB III PENYAJIAN DAN ANALISIS DATA

Pentingnya Menyambung Silaturahmi

ASAS HIDUP TAKWA Oleh Nurcholish Madjid

Kehidupan Seorang Pembelajar

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

REVIEW. Disampaikan pada perkuliahan PENDIDIKAN AGAMA ISLAM kelas PKK. Dr. Dede Abdul Fatah, M.Si. Modul ke: Fakultas EKONOMI. Program Studi AKUNTANSI

Adab dan Keutamaan Hari Jumat

AL-AQSA, PALESTIN DAN KITA Muhammad Haniff Hassan

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5

Motivasi Untuk Bertaubat

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017 PENDIDIKAN ISLAM

PENERANGAN RINGKAS IBADAT HAJI DAN UMRAH FALSAFAH DAN PENYUCIAN JIWA. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

Pendidikan Anak Dimulai dari Rumah

E٤٨٤ J٤٧٧ W F : :

Pendidikan Agama Islam

Khutbah Jum'at. Memaafkan Sesama Sebelum Ramadhan Tiba. Bersama Dakwah 1

JALAN LURUS ISLAM DEMI BAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT - UST H ALI H MOHAMED. ISLAM menyelamatkan manusia daripada hidup kegelapan kepada hidup bersinar.

Mengimani Kehendak Allah

Transkripsi:

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, Marilah kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t. dalam segenap aspek kehidupan kita. Bertakwalah kepada Allah s.w.t. dalam tingkah laku kita. Bertakwalah kepada Allah s.w.t. dalam tutur kata kita. Bertakwalah kepada Allah s.w.t. dalam bermu amalah sesama kita. Mudahan-mudahan, berbekalkan kesucian hati dan keluhuran budi pekerti, kita tergolong dari kalangan hamba-hambanya yang mendapat kedudukan di syurga, dan ditempatkan di sisi Rasulullah s.a.w. sesuai dengan hadith Baginda s.a.w. yang berbunyi: 1

Yang bermaksud: Sesungguhnya yang paling aku cintai dan yang paling dekat tempatnya dengan diriku esok di hari Qiyamat adalah yang paling baik akhlaknya di antara kamu. [Hadith riwayat Imam At-Tirmizi] Marilah kita bermuhasabah serta merenung sejenak, bagaimanakah hubungan kita sesama kita? Sudahkah kita berusaha sedaya upaya mencontohi akhlak dan budi pekerti Rasulullah s.a.w., setelah beberapa bulan kita mengenang dan menghayati perjalanan kehidupan Rasulullah s.a.w.? Adakah kisah-kisah yang kita baca dan dengar meninggalkan kesannya di dalam jiwa kita dan merubah kita menjadi muslim yang lebih baik? Rebutlah peluang untuk tergolong di dalam golongan yang begitu mulia lagi istimewa. Mereka ini mendapat gelaran: Ibadur Rahman, iaitu hamba-hamba bagi Tuhan yang Maha Mengasihani. Di antara ciri-ciri mereka adalah seperti firman Allah s.w.t.: 2

Maksudnya: Dan hamba-hamba (Allah) Ar-rahman (Yang Maha Mengasihani), adalah mereka yang berjalan di muka bumi dengan penuh merendah diri. Dan apabila orang-orang yang jahil (berkelakuan kurang sopan) menyapa mereka, mereka akan mengucapkan kata kesejahteraan. Dan mereka juga tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri. [Surah Al-Furqan, ayat 63-64] Kemuliaan digelar hamba Tuhan yang Maha Pengasih terhasil dengan sekurang-kurangnya dua ciri: bersifat tawaduk dan merendah diri; dan menjaga hubungan dengan Allah s.w.t. melalui amal ibadah yang benar-benar ikhlas, seperti solat dan bermunajat kepadanya di waktu malam. Jelas dari ayat-ayat ini bahawa terdapat hubungkait yang begitu erat lagi kritikal di antara aspek akhlak bagi seorang mukmin dan keimanan serta amal ibadah kepada Tuhan Pencipta. 3

Saudaraku yang dikasihi, Di antara sifat Ibadur Rahman yang dijelaskan dalam ayat tersebut adalah kemuliaan hati untuk sedia menerima dan membalas keburukan dengan kebaikan. Sememangnya memaafkan kesilapan orang lain adalah cukup mencabar, apatah lagi untuk membalas keburukan dengan kebaikan. Walaubagaimanapun, golongan Ibadur Rahman akan sentiasa berusaha untuk bersabar dan memaafkan kesilapan orang lain. Bagaimana berat sekalipun kesilapan seseorang, ia tidak dapat menandingi keampunan Allah s.w.t. terhadap kesilapan dan dosa yang telah dilakukan. Lihat sahaja kisah Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a., yang telah diingatkan Tuhan akan kepentingan untuk memaafkan kesilapan orang lain. Salah seorang dari ahli keluarganya bernama Hassan bin Tsabit r.a., selalu mendapat bantuan dari Saidina Abu Bakar r.a. dalam bentuk nafkah bulanan. Namun, satu ketika, beliau telah melakukan satu kesilapan, lantas menyebabkan Saidina Abu Bakar r.a. begitu marah dan bertekad untuk tidak lagi memberikan kepadanya bantuan bulanan. Pada waktu itu turunlah firman Allah s.w.t. dalam surah An-Nur ayat 22: 4

Yang bermaksud: dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Semua diantara kita yang berada di masjid ini sentiasa mengharapkan pengampunan Allah s.w.t. Kita mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. dan rahmatnya, tatkala kedua kaki kita ini berdiri di Padang Mahsyar, dan buku catitan amalan dibentangkan di hadapan mata. Apakah perkara yang boleh menyelamatkan kita? Nabi s.a.w. dalam beberapa hadithnya menjelaskan bahawa antara amalan yang paling berat nilainya di sisi Allah s.w.t. esok di hari akhirat adalah akhlak yang mulia. [Hadith riwayat Imam At-Tirmizi] Maka marilah kita menghayati peranan serta tanggungjawab dengan ertikata yang menyeluruh dan bukan dengan cara yang terbatas. Ingatkan diri kita untuk sentiasa menjaga hubungan kita dengan Allah s.w.t. dan juga hubungan kita sesama kita. Di dalam aspek ini, kita masih boleh mempertingkatkan tahap 5

penghayatan dan memperbaiki kekurangan yang ada. Masyarakat kita masih dibelenggu dengan kebiasaan yang menunjukkan kegenjotan di dalam mengimbangi tuntutan ibadah dan tuntutan akhlak yang mulia. Sebagai contoh, masih lagi banyak kes jemaah yang tidak memerhatikan garispandu dalam meletakkan kenderaan di luar masjid, sehingga menyebabkan kesukaran bagi pengguna jalan yang lain. Di dalam contoh ini, kita telah gagal mengimbangi tuntutan solat Jumaat dengan tuntutan menjaga hak orang lain. Ada pula di kalangan kita yang terlewat tiba ke masjid, tetapi kerana ingin mengejarkan fadhilat solat di saf yang di hadapan, melangkahi bahu-bahu para jemaah yang telah tiba terlebih dahulu sehingga menggangu ketenteraman mereka yang sedang mendengar khutbah. Saudarku sekalian, Maka perelokanlah akhlak kita. Mulakan dengan akhlak kita bersama Allah dan RasulNya. Adakah segala perintah Tuhan dan ajaran Baginda Rasul s.a.w. telah berjaya diterjemahkan dalam kehidupan kita? Bagaimana pula hubungan kita bersama jiran tetangga? Bersama ahli keluarga, rakan dan taulan? Kemudian perhatikan saudaraku sekalian, bagaimana cara kita berinteraksi bersama teman? Adakah kita ini tatkala menegur dan menasihati orang, memerhatikan panduan yang diberi Rasulullah s.a.w.? Lebih-lebih lagi dalam era media sosial dan berinteraksi di alam siber, adakah kita mengabaikan aspek adab dan etika? Bagaimana pula adab kita bersama ciptaan 6

Tuhan yang lain, seperti tumbuh-tumbuhan dan sumber alam kurniaan Ilahi? InshaAllah, pada khutbah-khutbah selanjutnya, kita akan mengupas isu-isu tersebut. Dengan harapan agar Allah s.w.t. mengurniakan kepada kita petunjuk serta peluang, untuk benarbenar menjadi hambanya yang berjaya mendapat gelaran Ibadur Rahman. Amin Ya Rabbal Alamin. 7