Lonpac Insurance Bhd (No. Syarikat T) (Diperbadankan di Malaysia)

dokumen-dokumen yang mirip
Lonpac Insurance Bhd (No. Syarikat T) (Diperbadankan di Malaysia)

KEWANGAN. Penyata Kewangan. 183 Analisis Penyata Kewangan 186 Penyata Tanggungjawab Para Pengarah

L P I C a p i t a l B h d 129. penyata kewangan

PENYATA KEWANGAN 132 LPI CAPITAL BHD LAPORAN TAHUNAN ANALISIS PENYATA KEWANGAN 137 PENYATA TANGGUNGJAWAB PARA PENGARAH 138 LAPORAN PENGARAH

Lonpac Insurance Bhd (No. Syarikat T) (Diperbadankan di Malaysia)

Lonpac Insurance Bhd (No. Syarikat T) (Diperbadankan di Malaysia)

Laporan Tahunan Jawatankuasa Syariah Rakyat 2016 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Dalam menjalankan peranan dan tanggungjawab

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan


PENYATA KEWANGAN KENYATAAN AHLI SURUHANJAYA SEKURITI

2

Set lengkap penyata kewangan ini boleh didapati daripada laman web Syarikat di

No. Syarikat 9827 A. ACE JERNEH INSURANCE BERHAD (Diperbadankan di Malaysia) LAPORAN DAN PENYATA KEWANGAN BERKANUN 31 DISEMBER 2013.

BADAN PENGAWAS PEMEGANG SAHAM MINORITI BERHAD (Diperbadankan di Malaysia sebagai syarikat berhad menurut jaminan)

ACE JERNEH INSURANCE BERHAD (Diperbadankan di Malaysia)

AIG MALAYSIA INSURANCE BERHAD. ( W) Sebelum ini dikenali sebagai Chartis Malaysia Insurance Berhad (Diperbadankan di Malaysia)

OPERASI DI MALAYSIA PENYATA KEWANGAN BERKANUN 31 DISEMBER 2007

No. Syarikat A

Set lengkap penyata kewangan ini boleh didapati daripada laman web Syarikat di

Dari peranannya sebagai tempat umat Islam negara ini menyimpan wang sedikit demi sedikit bagi tujuan mencukupkan perbelanjaan menunaikan fardu haji

PENYATA KEWANGAN 31 DISEMBER 2001

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

Aig General Insurance (Malaysia) Berhad (Diperbadankan di Malaysia)

ACE JERNEH INSURANCE BERHAD (Diperbadankan di Malaysia)

LAPORAN PENGARAH. RM Keuntungan bersih untuk tahun 12,232,209

B E R J A Y A S O M P O I N S U R A N C E B E R H A D

Penyata oleh Para Pengarah 15. Nota-nota kepada Penyata Kewangan 23-48

Penyata Kewangan. Laporan Pengarah 92. Kunci Kira-kira 96. Penyata Pendapatan 97. Penyata Perubahan Ekuiti 98. Penyata Aliran Tunai 99

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

Laporan Pengarah Penyata oleh Para Pengarah 16. Akuan Berkanun 16. Laporan Juruaudit 17. Lembaran Imbangan 18. Penyata Perubahan dalam Ekuiti 19

penyata kewangan

LAPORAN PENGARAH. RM Keuntungan bersih untuk tahun 13,657,138

BAB 15 PENYATA KEWANGAN

(Diperbadankan di Malaysia) Laporan Para Pengarah dan Penyata Kewangan Yang Telah Diaudit Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 September 2006

2003 Kertas 1 Soalan 1 (a) Yang berikut ialah maklumat kewangan bagi Syarikat Mercu Tanda Berhad.

Nota-nota Penyata Kewangan (Samb.)

(Diperbadankan di Malaysia) Laporan Para Pengarah dan Penyata Kewangan Yang Telah Diaudit Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 September 2007

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

Perbadanan Pinjaman Sabah. Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2016

BEROPERASI DI MALAYSIA PENYATA KEWANGAN BERKANUN 31 DISEMBER 2006

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

TOKIO MARINE INSURANS (MALAYSIA) BERHAD (Diperbadankan di Malaysia)

TOKIO MARINE INSURANS (MALAYSIA) BERHAD (Diperbadankan di Malaysia)

(Diperbadankan di Malaysia) Laporan Para Pengarah dan Penyata Kewangan Yang Telah Diaudit Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 September 2005

GIBRALTAR BSN LIFE BERHAD (Ditubuhkan di Malaysia)

BEROPERASI DI MALAYSIA PENYATA KEWANGAN BERKANUN 31 DISEMBER 2005

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

Laporan Pengarah Penyata oleh Para Pengarah 24. Akuan Berkanun 24. Laporan Juruaudit Bebas Kunci Kira-kira 27

MULTI-PURPOSE INSURANS BHD (14730-X) (Diperbadankan di Malaysia) Laporan Pengarah dan Penyata Kewangan 31 Disember Ernst & Young AF:0039

BAHAGIAN VII AKAUN DAN AUDIT

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

Laporan Pengarah Penyata oleh Para Pengarah 21. Akuan Berkanun 21. Laporan Juruaudit Bebas Kunci Kira-kira 24

BEROPERASI DI MALAYSIA PENYATA KEWANGAN BERKANUN 31 DISEMBER 2004

Laporan Para Pengarah

Elitelink Pilih perlindungan paling bersesuaian dengan gaya hidup anda dan kemewahan berterusan.

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH BAHAGIAN A : PENGENALAN

/ CAGAMAS HOLDINGS BERHAD / Laporan Tahunan 2016 / PENYATA KEWANGAN

Lembaran Fakta Dana. Dana Income Plus Select Balanced Fund Select Bond Fund Select Dividend Fund

ETIQA INSURANCE BERHAD (9557 T) (Diperbadankan di Malaysia) Laporan Para Pengarah dan Penyata Kewangan 30 June Ernst & Young AF : 0039

TAKAFULINK DANA BON PROFIL DANA 2015

TOKIO MARINE INSURANS (MALAYSIA) BERHAD (Diperbadankan di Malaysia)

MAYBAN LIFE ASSURANCE BHD. ( H) (Diperbadankan di Malaysia) Laporan Para Pengarah dan Penyata Kewangan yang Telah Diaudit 30 Jun 2009

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

B E R J A Y A S O M P O I N S U R A N C E B E R H A D ( U ) Laporan Para Pengarah dan Penyata Kewangan Beraudit 30 April 2009

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007 PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2012

Kandungan laporan dan penyata kewangan

K a n d u n g a n. Laporan dan Penyata Kewangan 31 Disember Laporan Para Pengarah Penyata Para Pengarah 18.

PENYATA KAWALAN DALAMAN

Kandungan laporan dan penyata kewangan

AAW Perakaunan Kewangan Lanjutan I

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

B E R J A Y A S O M P O I N S U R A N C E B E R H A D ( U ) (Dahulunya dikenali sebagai Berjaya General Insurance Berhad)


ACW Perakaunan Korporat II

CHUBB INSURANCE MALAYSIA BERHAD (dahulunya dikenali sebagai ACE Jerneh Insurance Berhad) (Diperbadankan di Malaysia)

Kandungan laporan dan penyata kewangan

DIMENSIKOOP PENGAUDITAN: TANDA ARAS KEJAYAAN KOPERASI. Norhazilina Abdul Halim Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur

Perakaunan (948) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Akaun Pelaburan Wafiyah

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

JTW Perakaunan Kewangan Pertengahan

korporat PENYATA TADBIR URUS

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

(Diperbadankan di Malaysia) Laporan Para Pengarah dan Penyata Kewangan Yang Telah Diaudit Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 September 2004

GIBRALTAR BSN LIFE BERHAD (Dahulu dikenali sebagai Uni.Asia Life Assurance Berhad) (Ditubuhkan di Malaysia)

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

kawalan dalaman PENYATA RANGKA KERJA PENGURUSAN RISIKO TANGGUNGJAWAB LEMBAGA PENGARAH

PELAKSANAAN SISTEM PERAKAUNAN BERKOMPUTER YANG STANDARD DI BADAN-BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN STANDARD ACCOUNTING SYSTEM FOR GOVERNMENT AGENCIES (SAGA)

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

Peraturan Pelan Saham Kakitangan Kumpulan Wood

BAHAGIAN I PERMULAAN

Akaun Pelaburan Waheed

RISIKO-RISIKO ORGANISASI

Transkripsi:

Lonpac Insurance Bhd (No. Syarikat 307414-T) (Diperbadankan di Malaysia) Penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 bersama dengan laporan Pengarah dan Juruaudit

Lonpac Insurance Bhd (No. Syarikat 307414-T) (Diperbadankan di Malaysia) Kandungan Muka surat Laporan Para Pengarah 1-8 Penyata kedudukan kewangan 9 Penyata pendapatan 10-11 Penyata pendapatan komprehensif 12 Penyata perubahan dalam ekuiti 13-14 Penyata aliran tunai 15-16 Nota-nota kepada penyata kewangan 17-91 Penyata Pengarah 92 Akuan berkanun 93 Laporan juruaudit 94-95

1 Lonpac Insurance Bhd (No. Syarikat 307414-T) (Diperbadankan di Malaysia) Laporan pengarah bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2011 Para Pengarah dengan sukacitanya membentangkan laporan mereka berserta dengan penyata kewangan Syarikat yang telah diaudit bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2011. Aktiviti utama Aktiviti utama Syarikat adalah dalam penajaan jamin semua kelas perniagaan insurans am. Tidak terdapat sebarang perubahan ketara dalam jenis aktiviti utama ini di sepanjang tahun kewangan. Keputusan RM 000 Keuntungan bagi tahun yang diperuntukkan kepada pemilik Syarikat 132,063 ====== Rizab dan peruntukan Tiada sebarang pindaan ketara kepada atau daripada rizab dan peruntukan di sepanjang tahun kewangan dalam tinjauan ini selain daripada yang dinyatakan di dalam penyata kewangan. Dividen Sejak berakhir tahun kewangan lalu, Syarikat telah membayar dividen interim tingkat tunggal pertama sebanyak 28.00 sen sesaham biasa berjumlah RM56,000,000 berhubung dengan tahun berakhir pada 31 Disember 2011 pada 7 Julai 2011. Dividen tingkat tunggal akhir dicadangkan oleh Para Pengarah berhubung dengan tahun berakhir pada 31 Disember 2011 sebanyak 60.00 sen sesaham biasa berjumlah RM120,000,000.00. Para Pengarah Syarikat Para Pengarah yang berkhidmat sejak tarikh laporan lepas adalah: Tan Sri Dato Sri Dr. Teh Hong Piow Tan Sri Datuk Seri Utama Thong Yaw Hong Dato Yeoh Chin Kee Dato Haji Abdul Aziz bin Dato Dr. Omar Tee Choon Yeow Tan Kok Guan Quah Poh Keat

2 Kepentingan Para Pengarah dalam saham Memandangkan Syarikat adalah subsidiari milik penuh syarikat lain, kepentingan dalam saham syarikat induk bagi kesemua Pengarah, yang juga merupakan Para Pengarah syarikat induk, ditunjukkan di dalam laporan Pengarah syarikat induk. Faedah Para Pengarah Sejak akhir tahun kewangan lalu, tiada Pengarah Syarikat yang telah menerima atau berhak menerima sebarang faedah (selain daripada faedah yang termasuk di dalam jumlah agregat emolumen yang diterima atau yang akan diterima oleh Para Pengarah atau gaji tetap bagi kakitangan sepenuh masa Syarikat seperti yang dinyatakan dalam Nota 25 kepada penyata kewangan) oleh sebab suatu kontrak yang dibuat oleh Syarikat atau sebuah syarikat berkaitan dengan Pengarah tersebut atau dengan sebuah firma di mana Pengarah tersebut adalah ahli, atau dengan sebuah syarikat di mana Pengarah tersebut mempunyai kepentingan kewangan yang besar, selain daripada seorang Pengarah yang mempunyai kepentingan kewangan yang besar dalam syarikat-syarikat yang berurusniaga dengan Syarikat ini melalui perjalanan biasa perniagaan seperti yang dinyatakan dalam Nota 30 kepada penyata kewangan. Tidak wujud sebarang urusan di sepanjang dan pada akhir tahun kewangan dengan tujuan membenarkan Para Pengarah Syarikat mendapat faedah melalui pembelian saham dalam atau debentur Syarikat. Terbitan saham dan debentur Sepanjang tahun kewangan, modal saham dibenarkan Syarikat meningkat daripada RM100,000,000 merangkumi 100,000,000 saham biasa bernilai RM1.00 sesaham kepada RM500,000,000 merangkumi 500,000,000 saham biasa bernilai RM1.00 sesaham disebabkan oleh pertambahan 400,000,000 saham biasa bernilai RM1.00 sesaham. Sepanjang tahun kewangan, Syarikat menerbitkan 100,000,000 saham biasa bernilai RM1.00 sesaham pada par secara tunai bagi tujuan modal kerja. Kesemua saham biasa yang diterbitkan adalah berperingkat pari passu berkaitan dengan semua saham sedia ada Syarikat. Tiada sebarang perubahan dalam modal dibenarkan, diterbitkan dan dibayar bagi Syarikat sepanjang tahun kewangan. Tiada debentur yang diterbitkan sepanjang tahun kewangan. Opsyen dibenarkan ke atas saham belum diterbit Tiada opsyen yang dibenarkan kepada sesiapa untuk mengambil saham Syarikat belum diterbit di sepanjang tahun kewangan.

3 Tadbir urus korporat Syarikat telah mematuhi kesemua syarat preskiptif, dan menerima pakai amalan-amalan pengurusan yang konsisten dengan prinsip-prinsip yang dinyatakan di dalam Rangka Kerja Berhemah Tadbir Urus Korporat bagi Penanggung Insurans yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Jawatankuasa Audit, Pencalonan, Imbuhan, dan Pengurusan Risiko i. Keahlian dan Mesyuarat Jawatankuasa Komposisi Jawatankuasa-jawatankuasa tersebut dan mesyuarat yang diadakan di sepanjang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2011 adalah seperti berikut: Pengurusan Nama Pengarah Audit Pencalonan Imbuhan Risiko (Kehadiran/Jumlah Mesyuarat) Tan Sri Datuk Seri Utama Thong Yaw Hong (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif) Pengerusi (12/12) Pengerusi (5/5) Pengerusi (2/2) Pengerusi (5/5) Dato Haji Abdul Aziz bin Dato Dr. Omar (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif) Pengerusi Bersama (12/12) Ahli (5/5) Ahli (2/2) Ahli (5/5) Dato Yeoh Chin Kee (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif) Ahli (12/12) Ahli (5/5) Ahli (2/2) Ahli (5/5) Tee Choon Yeow (Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif) - Ahli (5/5) - - Quah Poh Keat (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif) Ahli (12/12) Ahli (5/5) Ahli (2/2) Ahli (5/5)

4 ii. Tanggungjawab Jawatankuasa Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa-jawatankuasa adalah seperti berikut: Jawatankuasa Audit (i) (ii) Untuk mengkaji semula dan melaporkan kecukupan skop, fungsi dan sumber fungsi audit dalaman dan bahawa ia mempunyai kuasa yang diperlukan untuk melaksanakan tugasannya. Untuk mengkaji semula keputusan prosedur audit dalaman Syarikat dan kecukupan tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan berdasarkan laporan. (iii) Untuk mengkaji semula bersama juruaudit luar pelan audit, skop audit dan penemuan audit Syarikat. (iv) Untuk mengkaji semula penyata kewangan tahunan Syarikat yang telah diaudit dan seterusnya menyerahkan kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan. (v) Untuk mengkaji semula kecukupan dan keberkesanan sistem-sistem pengurusan risiko dan kawalan dalaman yang dibentuk di dalam Syarikat. (vi) Untuk mengkaji semula sebarang urusniaga pihak berkaitan yang mungkin timbul di dalam Syarikat. (vii) Untuk melaksanakan tugas-tugas lain sebagaimana yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Audit dan Lembaga Pengarah. Jawatankuasa Pencalonan (i) Mewujudkan syarat-syarat minima bagi Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif untuk menjalankan tanggungjawab mereka dengan efektif. Mengawasi komposisi keseluruhan Lembaga Pengarah berkenaan saiz dan kemahiran yang berpatutan, keseimbangan antara Pengarah Eksekutif, Pengarah Bukan Eksekutif dan Pengarah Bebas, dan gabungan kemahiran dan kecekapan teras lain yang diperlukan, melalui kajian semula tahunan. (ii) Menilai dan mengesyor calon untuk keahlian pengarah, Pengarah untuk mengisi Jawatankuasa Lembaga Pengarah, serta calon untuk jawatan Ketua Pegawai Eksekutif. Ini termasuk menilai Para Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif yang dicadangkan untuk pelantikan semula, sebelum permohonan untuk kelulusan di hantar kepada Bank Negara Malaysia (BNM). (iii) Mewujudkan satu mekanisma bagi penilaian formal ke atas keberkesanan Lembaga Pengarah secara keseluruhan, sumbangan setiap pengarah kepada keberkesanan Lembaga Pengarah, sumbangan pelbagai jawatankuasa Lembaga Pengarah dan prestasi Ketua Pegawai Eksekutif serta kepadanan dan kesesuaian pihak bertanggungjawab utama seperti yang dinyatakan di dalam Dasar dan Prosedur Sesuai dan Wajar Syarikat (Pihak Bertanggungjawab Utama).

5 Jawatankuasa Pencalonan (sambungan) Bagi memastikan bahawa semua Pihak Bertanggungjawab Utama : - (a) memenuhi keperluan sesuai dan wajar seperti yang dinyatakan di dalam Dasar dan Prosedur Sesuai dan Wajar; (b) tidak hilang kelayakan di bawah seksyen 71 Akta Insurans 1996; (c) mematuhi Bahagian XII Perundangan Insurans 1996; dan (d) mematuhi Garis panduan berikut yang dikeluarkan oleh BNM : - Garis panduan mengenai Standard Minimum bagi Pengurusan Berhemah Penanggung Insurans (Disatukan); - Garis panduan mengenai Tadbir Urus Korporat bagi Institusi Berlesen; dan - Garis panduan mengenai Sesuai dan Wajar bagi Pihak Bertanggungjawab Utama. (iv) Mengesyorkan kepada Lembaga Pengarah atas pelantikan, pelantikan semula dan penilaian Pihak Bertanggungjawab Utama untuk kelulusan. (v) Mengesyorkan kepada Lembaga Pengarah atas penyingkiran seorang Pengarah/ Ketua Pegawai Eksekutif sekiranya beliau tidak efektif, ingkar atau cuai dalam melaksanakan tanggungjawabnya. (vi) Memastikan bahawa semua Pengarah menjalani program induksi berpatutan dan menerima latihan berterusan. (vii) Mengawasi pelantikan, pelan penggantian pengurusan dan penilaian prestasi Pihak Bertanggungjawab Utama (selain daripada Pengarah/ Ketua Pegawai Eksekutif) dan mencadangkan kepada Lembaga Pengarah mengenai penyingkiran Pihak Bertanggungjawab Utama (selain daripada Pengarah/ Ketua Pegawai Eksekutif) sekiranya mereka tidak efektif, ingkar atau cuai dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. (viii) Semua ahli jawatankuasa perlu bermesyuarat dan apabila perlu, sekurang-kurangnya setahun sekali, untuk membincangkan mengenai perkara yang berkaitan dengan tanggungjawab masing-masing. Jawatankuasa Imbuhan (i) (ii) Mencadangkan satu rangka kerja imbuhan bagi Para Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif dan pihak bertanggungjawab utama. Mencadang pakej imbuhan tertentu untuk Para Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif dan pihak bertanggungjawab utama. (iii) Mengkaji semula dan membincangkan kuantum yuran tahunan Para Pengarah. (iv) Semua ahli jawatankuasa perlu bermesyuarat sekurang-kurangnya setahun sekali bagi mengkaji semula pakej imbuhan bagi Para Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif dan pihak bertanggungjawab utama. Jawatankuasa Pengurusan Risiko (i) Mengkaji semula dan memberi cadangan ke atas strategi pengurusan risiko, polisi dan ketahanan risiko bagi kelulusan Lembaga Pengarah.

6 Jawatankuasa Pengurusan Risiko (sambungan) (ii) Mengkaji semula dan menilai kecukupan polisi pengurusan risiko dan rangka kerja bagi mengenal pasti, mengukur, memantau dan mengawal risiko serta setakat mana risiko tersebut beroperasi secara efektif. (iii) Memastikan kecukupan infrastruktur, sumber dan sistem bagi pengurusan risiko yang efektif iaitu memastikan kakitangan bertanggungjawab melaksanakan sistem pengurusan risiko dan menjalankan tugas secara bebas bagi semua aktiviti pengambilan risiko Syarikat. (iv) Mengkaji semula laporan berkala pengurusan mengenai pendedahan risiko, komposisi portfolio risiko dan aktiviti pengurusan risiko. (v) Mengkaji semula dan menilai profil modal risiko bagi memastikan kecukupan modal yang tersedia dalam ekuiti insurans dan para pemegang saham untuk menyokong jumlah modal yang dikehendaki sebagaimana ditentukan dalam Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko bagi Penanggung Insurans yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. (vi) Memastikan pelaburan dana insurans sejajar dengan polisi pelaburan dan pengurusan risiko yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah. (vii) Mengkaji semula program dan polisi pengurusan risiko khidmat luar untuk kelulusan Lembaga Pengarah. (viii) Mengkaji semula penilaian pengurusan ke atas kepentingan khidmat luar yang sedia ada dan akan datang berdasarkan rangka kerja yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah. (ix) Memastikan semua polisi dan prosedur khidmat luar yang telah diluluskan dilaksana. (x) Mengkaji semula semakan semula berkala pengurusan atas polisi dan prosedur khidmat luar yang dilaksanakan bagi memastikan pengurusan risiko khidmat luar yang berterusan efektif. (xi) Dikemaskini oleh pihak pengurusan mengenai maklumat yang berkaitan dengan risiko khidmat luar yang penting tepat pada masanya. (xii) Mengkaji semula Laporan ke atas Ujian Tekanan dan mencadangkan kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan sebelum dikemukakan kepada Bank Negara Malaysia untuk operasi di Malaysia dan kepada Monetary Authority of Singapore untuk operasi di Singapura. (xiii) Melaksanakan lain-lain fungsi berkaitan pengurusan risiko seperti yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Pengurusan Risiko dan Lembaga Pengarah. Peruntukan bagi liabiliti insurans Sebelum penyata pendapatan, penyata pendapatan komprehensif dan penyata kedudukan kewangan Syarikat disediakan, Para Pengarah telah mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan bahawa peruntukan yang secukupnya dibuat untuk liabiliti insurans selaras dengan kaedah penilaian seperti yang dinyatakan di dalam Bahagian D Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko (RBC) bagi Syarikat Insurans.

7 Hutang Terjejas Sebelum penyata pendapatan, penyata pendapatan komprehensif dan penyata kedudukan kewangan Syarikat disediakan, Para Pengarah telah mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan bahawa tindakan telah diambil berkaitan dengan penghapusan hutang terjejas dan membuat peruntukan penjejasan nilai bagi hutang terjejas dan berpuas hati bahawa segala hutang terjejas yang diketahui telah dihapus kira dan peruntukan penjejasan nilai secukupnya telah disediakan untuk hutang terjejas. Pada tarikh laporan ini, Para Pengarah tidak menyedari adanya sebarang keadaan yang mungkin menyebabkan jumlah hutang terjejas yang dihapus kira, atau jumlah peruntukan penjejasan nilai bagi hutang terjejas, di dalam penyata kewangan Syarikat tidak mencukupi sehingga mencapai peringkat yang menjejaskan. Aset Semasa Sebelum penyata pendapatan, penyata pendapatan komprehensif dan penyata kedudukan kewangan disediakan, Para Pengarah telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan bahawa sebarang aset semasa, selain daripada hutang-hutang, yang tidak mungkin direalisasikan melalui urusan biasa perniagaan, pada nilai seperti yang ditunjukkan di dalam rekod-rekod perakaunan Syarikat, telah dikurangkan nilainya kepada jumlah yang dijangka dapat direalisasikan. Pada tarikh laporan ini, Para Pengarah tidak menyedari adanya sebarang keadaan yang akan menyebabkan nilai yang diberikan kepada aset semasa di dalam penyata kewangan Syarikat adalah mengelirukan. Kaedah penilaian Pada tarikh laporan ini, Para Pengarah tidak menyedari timbulnya sebarang keadaan yang boleh menyebabkan kepatuhan kepada kaedah penilaian yang sedia ada ke atas aset atau liabiliti Syarikat adalah mengelirukan atau tidak sesuai. Liabiliti luar jangka dan liabiliti lain Pada tarikh laporan ini, tidak wujud: i) sebarang caj ke atas aset Syarikat yang telah timbul sejak akhir tahun kewangan dan yang menjamin liabiliti pihak lain; atau ii) sebarang liabiliti luar jangka Syarikat yang telah timbul sejak akhir tahun kewangan. Tiada sebarang liabiliti luar jangka atau liabiliti lain yang telah atau mungkin berkuat kuasa dalam tempoh dua belas bulan sejak akhir tahun kewangan, yang mana pada pendapat Para Pengarah, akan atau mungkin menjejaskan dengan ketara keupayaan Syarikat untuk memenuhi tanggungjawabnya apabila tiba masanya. Bagi tujuan perenggan ini, liabiliti luar jangka dan liabiliti lain tidak termasuk liabiliti yang terbit daripada kontrak-kontrak insurans yang ditaja jamin dalam urusan biasa perniagaan Syarikat.

8 Perubahan keadaan Pada tarikh laporan ini, Para Pengarah tidak menyedari adanya sebarang keadaan yang tidak diambil kira di dalam laporan ini atau penyata kewangan Syarikat, yang akan menyebabkan sebarang jumlah yang dinyatakan di dalam penyata kewangan mengelirukan. Perkara-perkara luar biasa Para Pengarah berpendapat bahawa keputusan operasi Syarikat bagi tahun kewangan ini tidak terjejas dengan ketara oleh sebarang perkara, urusniaga atau peristiwa penting dan berbentuk luar biasa. Para Pengarah berpendapat bahawa di antara akhir tahun kewangan dan tarikh laporan ini tidak timbul sebarang perkara, urusniaga atau peristiwa penting dan berbentuk luar biasa yang mungkin menjejaskan dengan ketara hasil operasi Syarikat bagi tahun yang mana laporan ini disediakan. Juruaudit Juruaudit, Tetuan KPMG, telah menyatakan kesediaan mereka untuk menerima perlantikan semula. Ditandatangani bagi pihak Lembaga Pengarah menurut satu resolusi Para Pengarah: Ditandatangani Tan Sri Datuk Seri Utama Thong Yaw Hong Ditandatangani Tan Kok Guan Kuala Lumpur, Tarikh: 9 Januari 2012

9 Lonpac Insurance Bhd (No. Syarikat 307414-T) (Diperbadankan di Malaysia) Penyata kedudukan kewangan pada 31 Disember 2011 Aset Nota 2011 2010 RM 000 RM 000 Loji dan peralatan 3 12,506 9,310 Pelaburan hartanah 4 13,448 11,447 Pelaburan lain 300,695 230,684 - Aset kewangan sedia untuk dijual 5(a) 34,564 34,799 - Aset kewangan dipegang sehingga matang 5(b) 266,131 195,885 Aset diinsurans semula 6 409,206 352,634 Pinjaman dan belum diterima, tidak termasuk belum diterima insurans 7(a) 354,683 189,183 Belum diterima insurans 7(b) 105,087 79,906 Kos pemerolehan tertunda 8 28,318 25,244 Tunai dan kesetaraan tunai 9 415,036 413,465 Jumlah aset 1,638,979 1,311,873 ======= ======= Ekuiti dan liabiliti Modal saham 10 200,000 100,000 Rizab 254,093 177,580 Jumlah ekuiti 454,093 277,580 ----------- ----------- Liabiliti kontrak insurans 12 1,007,750 868,588 Liabiliti cukai tertunda 13 2,385 2,462 Belum dibayar insurans 14 61,333 56,068 Belum dibayar lain 15 103,443 101,143 Cukai belum dibayar 9,975 6,032 Jumlah liabiliti 1,184,886 1,034,293 ------------ ------------ Jumlah ekuiti dan liabiliti 1,638,979 1,311,873 ======= ======= Nota-nota yang disertakan merupakan sebahagian penting dari penyata kewangan ini.

10 Lonpac Insurance Bhd (No. Syarikat 307414-T) (Diperbadankan di Malaysia) Penyata pendapatan bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2011 Nota 2011 2010 RM 000 RM 000 Hasil kendalian 16 871,131 712,190 ====== ====== Premium bertulis kasar 12.3 907,912 755,931 Perubahan dalam peruntukan premium tidak terperoleh (65,711) (65,154) Premium terperoleh kasar 12.3 842,201 690,777 ----------- ----------- Premium bertulis kasar yang diserah kepada syarikat insurans semula 12.3 (333,613) (256,968) Perubahan dalam peruntukan premium tidak terperoleh 18,093 28,701 Premium yang diserah kepada syarikat insurans semula 12.3 (315,520) (228,267) ----------- ----------- Premium terperoleh bersih 17 526,681 462,510 ----------- ----------- Pendapatan pelaburan 18 28,930 21,413 Keuntungan dan kerugian direalisasikan 19 285 330 Nilai saksama keuntungan dan kerugian 20 1,808 2,157 Pendapatan komisen 21 68,431 49,788 Pendapatan kendalian lain 22 5,070 7,145 Pendapatan lain 104,524 80,833 ----------- ----------- Tuntutan dibayar kasar (359,203) (309,744) Tuntutan diserah kepada syarikat insurans semula 135,435 95,564 Perubahan dalam kontrak liabiliti kasar (71,507) (39,555) Perubahan dalam kontrak liabiliti diserah kepada syarikat insurans semula 37,562 32,904 Tuntutan ditanggung bersih 23 (257,713) (220,831) ----------- ----------- Perbelanjaan komisen 21 (104,417) (89,443) Perbelanjaan pengurusan 24 (95,054) (85,371) Perbelanjaan lain (199,471) (174,814) ----------- -----------

11 Penyata pendapatan bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2011 (sambungan) Nota 2011 2010 RM 000 RM 000 Keuntungan sebelum cukai 174,021 147,698 Perbelanjaan cukai 26 (41,958) (36,322) Keuntungan bersih bagi tahun 132,063 111,376 ====== ====== Perolehan sesaham biasa (sen) Asas 27 82 111 ====== ====== Nota-nota yang disertakan merupakan sebahagian penting dari penyata kewangan ini.

Lonpac Insurance Bhd (No. Syarikat 307414-T) (Diperbadankan di Malaysia) 12 Penyata pendapatan komprehensif bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2011 Nota 2011 2010 RM 000 RM 000 Keuntungan bersih bagi tahun 132,063 111,376 ---------- ---------- Pendapatan komprehensif lain Perbezaan terjemahan mata wang asing bagi kendalian asing 788 (1,058) Nilai saksama aset kewangan sedia untuk dijual - (Kerugian)/keuntungan diperolehi sepanjang tahun (394) 4,363 - Pelarasan keuntungan diklasifikasikan semula dimasukkan dalam keuntungan atau kerugian (4) - (398) 4,363 390 3,305 Kesan cukai ke atas keuntungan/ (kerugian) bersih bagi nilai saksama asset kewangan sedia untuk dijual 26 60 (949) Jumlah pendapatan komprehensif lain bagi tahun, bersih cukai 450 2,356 ---------- ----------- Jumlah pendapatan komprehensif bagi tahun 132,513 113,732 ====== ====== Nota-nota yang disertakan merupakan sebahagian penting dari penyata kewangan ini.

13 Lonpac Insurance Bhd (No. Syarikat 307414-T) (Diperbadankan di Malaysia) Penyata perubahan dalam ekuiti bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2011 ---------------- Tidak boleh diagihkan ------------------- Boleh diagihkan Rizab Rizab penilaian pertukaran Rizab Modal semula mata wang nilai Keuntungan Jumlah saham hartanah asing saksama tertahan ekuiti Nota RM 000 RM 000 RM 000 RM 000 RM 000 RM 000 Pada 1 Januari 2010 100,000 2,903 2,129 14,899 131,917 251,848 Perbezaan terjemahan mata wang asing bagi kendalian asing - - (1,058) - - (1,058) Keuntungan bersih atas nilai saksama aset kewangan sedia dijual - - - 3,414-3,414 Jumlah pendapatan komprehensif lain bagi tahun - - (1,058) 3,414-2,356 Keuntungan bagi tahun - - - - 111,376 111,376 Jumlah pendapatan komprehensif bagi tahun - - (1,058) 3,414 111,376 113,732 Dividen kepada pemilik Syarikat 28 - - - - (88,000) (88,000) Jumlah pengagihan kepada pemilik - - - - (88,000) (88,000) Pada 31 Disember 2010 100,000 2,903 1,071 18,313 155,293 277,580 ====== ====================================================== Nota 10 Nota 11.1 Nota 11.2 Nota 11.3 Nota 11.4

14 Penyata perubahan dalam ekuiti bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2011 (sambungan) ---------------- Tidak boleh diagihkan ------------------- Boleh diagihkan Rizab Rizab penilaian pertukaran Rizab Modal semula mata wang nilai Keuntungan Jumlah saham hartanah asing saksama tertahan ekuiti Nota RM 000 RM 000 RM 000 RM 000 RM 000 RM 000 Pada 1 Januari 2011 100,000 2,903 1,071 18,313 155,293 277,580 Perbezaan terjemahan mata wang asing bagi kendalian asing - - 788 - - 788 Nilai saksama asset kewangan sedia untuk dijual - Kerugian diperolehi sepanjang tahun - - - (334) - (334) - Pelarasan keuntungan diklasifikasikan semula dimasukkan dalam keuntungan atau kerugian - - - (4) - (4) Jumlah pendapatan komprehensif lain bagi tahun - - 788 (338) - 450 Keuntungan bagi tahun - - - - 132,063 132,063 Jumlah pendapatan komprehensif bagi tahun - - 788 (338) 132,063 132,513 Terbitan saham biasa 100,000 - - - - 100,000 Dividen kepada pemilik Syarikat 28 - - - - (56,000) (56,000) Jumlah sumbangan daripada/ (pengagihan kepada) pemilik 100,000 - - - (56,000) 44,000 Pada 31 Disember 2011 200,000 2,903 1,859 17,975 231,356 454,093 ====== ====================================================== Nota 10 Nota 11.1 Nota 11.2 Nota 11.3 Nota 11.4 Nota-nota yang disertakan merupakan sebahagian penting dari penyata kewangan ini.

15 Lonpac Insurance Bhd (No. Syarikat 307414-T) (Diperbadankan di Malaysia) Penyata aliran tunai bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2011 2011 2010 RM 000 RM 000 Aktiviti Kendalian Keuntungan sebelum cukai 174,021 147,698 Pendapatan pelaburan (28,930) (21,413) Keuntungan direalisasikan direkodkan dalam keuntungan atau kerugian (285) (330) Keuntungan nilai saksama direkodkan dalam keuntungan atau kerugian (1,808) (2,157) Pembelian aset kewangan sedia untuk dijual (124) (259) Perolehan daripada pelupusan aset kewangan sedia untuk dijual 38 - Pembelian aset kewangan dipegang sehingga matang (82,088) (47,757) Kematangan aset kewangan dipegang sehingga matang 11,808 14,054 Pembayaran semula pinjaman korporat 1,000 1,000 Item bukan tunai: Susut nilai bagi loji dan peralatan 3,337 2,719 Perubahan dalam modal kerja: (Kurangan)/Tambahan dalam pinjaman dan belum diterima (163,766) 246,543 Tambahan dalam aset diinsurans semula (55,656) (61,605) Tambahan dalam belum diterima insurans (24,927) (10,446) (Tambahan)/Kurangan dalam jumlah terhutang daripada syarikat induk (1,922) 1,084 Tambahan dalam kos pemerolehan tertunda (3,003) (2,777) Tambahan dalam liabiliti kontrak insurans 137,218 104,709 Tambahan dalam belum dibayar insurans 5,156 18,563 Tambahan/(Kurangan) dalam belum dibayar lain 1,919 (4,820) Tunai (digunakan dalam)/ dihasilkan daripada aktiviti kendalian (28,012) 384,806 Pendapatan dividen diterima 2,373 1,897 Pendapatan faedah diterima 26,121 19,318 Pendapatan sewa atas pelaburan hartanah diterima 564 504 Pendapatan cukai dibayar (38,015) (41,025) Aliran tunai bersih (digunakan dalam)/ dihasilkan daripada aktiviti kendalian (36,969) 365,500 ----------- -----------

16 Penyata aliran tunai bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2011 (sambungan) 2011 2010 RM 000 RM 000 Aktiviti Pelaburan Perolehan daripada pelupusan loji dan peralatan 317 243 Pembelian loji dan peralatan (6,565) (5,750) Aliran tunai bersih digunakan dalam aktiviti pelaburan (6,248) (5,507) ----------- ----------- Aktiviti Pembiayaan Dividen dibayar kepada syarikat induk (56,000) (88,000) Tambahan dalam modal saham 100,000 - Aliran tunai bersih dihasilkan daripada/ (digunakan dalam) aktiviti pembiayaan 44,000 (88,000) ----------- ----------- Tambahan bersih dalam tunai dan kesetaraan tunai 783 271,993 Tunai dan kesetaraan tunai pada awal tahun 413,465 142,530 Kesan pergerakan dalam kadar pertukaran 788 (1,058) Tunai dan kesetaraan tunai pada akhir tahun (Nota 9) 415,036 413,465 ====== ====== Nota-nota yang disertakan merupakan sebahagian penting dari penyata kewangan ini.

17 Lonpac Insurance Bhd (No. Syarikat 307414-T) (Diperbadankan di Malaysia) Nota-nota kepada penyata kewangan Lonpac Insurance Bhd merupakan sebuah syarikat liabiliti berhad awam, yang diperbadankan dan berdomisil di Malaysia. Alamat-alamat bagi pejabat berdaftar dan tempat utama perniagaannya adalah seperti berikut: Pejabat berdaftar Tingkat 6, Bangunan Public Bank 6, Jalan Sultan Sulaiman 50000 Kuala Lumpur Tempat utama perniagaan LG, Tingkat 6-7, 21-26 Bangunan Public Bank 6, Jalan Sultan Sulaiman 50000 Kuala Lumpur Aktiviti utama Syarikat adalah dalam penajaan jamin semua jenis kelas perniagaan insurans am. Tidak terdapat sebarang perubahan ketara dalam jenis aktiviti utama ini di sepanjang tahun kewangan. Syarikat merupakan syarikat subsidiari milik penuh LPI Capital Bhd, sebuah syarikat diperbadankan di Malaysia, yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad dan menghasilkan penyata kewangan disatukan untuk kegunaan umum yang mematuhi Piawaian Pelaporan Kewangan. Penyata kewangan telah diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah pada 9 Januari 2012. 1. Asas penyediaan (a) Penyata pematuhan Penyata kewangan Syarikat telah disediakan berdasarkan Piawaian Pelaporan Kewangan (FRS) sebagaimana yang telah diubah suai oleh Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menurut Seksyen 90, Akta Insurans,1996, prinsip-prinsip perakaunan yang diterima pakai di Malaysia, Akta Syarikat, 1965, dan Akta Insurans, 1996.

18 1. Asas penyediaan (sambungan) (a) Penyata pematuhan (sambungan) Syarikat tidak mengguna pakai piawaian-piawaian perakaunan, pindaan-pindaan dan interpretasi-interpretasi berikut yang dikeluarkan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) tetapi masih belum berkuat kuasa kepada Syarikat: FRS, Interpretasi dan pindaan yang berkuat kuasa bagi tempoh tahunan bermula pada atau selepas 1 Julai 2011 Interpretasi IC 19, Menamatkan Liabiliti Kewangan dengan Instrumen Ekuiti Pindaan kepada Interpretasi IC 14, Prabayaran Kehendak Dana Minimum FRS, Interpretasi dan pindaan yang berkuat kuasa bagi tempoh tahunan bermula pada atau selepas 1 Januari 2012 FRS 124, Pendedahan Pihak Berkaitan (disemak semula) Pindaan kepada FRS 1, Penggunaan pakai Pertama kali Piawaian Pelaporan Kewangan Inflasi Melampau yang Parah dan Penyingkiran Tarikh Tetap bagi Pengguna pakai Pertama kali Pindaan kepada FRS 7, Instrumen Kewangan: Pendedahan Pindahan Aset Kewangan Pindaan kepada FRS 112, Cukai Pendapatan Cukai Tertunda: Pemulihan Aset Sandaran FRS, Interpretasi dan pindaan yang berkuat kuasa bagi tempoh tahunan bermula pada atau selepas 1 Julai 2012 Pindaan kepada FRS 101, Pembentangan Penyata Kewangan Pembentangan Itemitem bagi Pendapatan Komprehensif Lain FRS, Interpretasi dan pindaan yang berkuat kuasa bagi tempoh tahunan bermula pada atau selepas 1 Januari 2013 FRS 9, Instrumen Kewangan (2009) FRS 9, Instrumen Kewangan (2010) FRS 10, Penyata Kewangan Disatukan FRS 11, Perjanjian Usaha Sama FRS 12, Pendedahan Kepentingan dalam Entiti-entiti Lain FRS 13, Pengukuran Nilai Saksama FRS 119, Manfaat Pekerja (2011) FRS 127, Pengasingan Penyata Kewangan (2011) FRS 128, Pelaburan dalam Syarikat Bersekutu dan Usaha Sama (2011) Interpretasi IC 20, Perlucutan Kos dalam Fasa Pengeluaran Lombong Permukaan

19 1. Asas penyediaan (sambungan) (a) Penyata pematuhan (sambungan) Set penyata kewangan Syarikat bagi tempoh tahunan bermula pada 1 Januari 2012 yang seterusnya akan disediakan menurut Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) yang dikeluarkan oleh MASB serta mematuhi Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS). Oleh itu, Syarikat tidak akan mengguna pakai FRS, Interpretasi dan pindaan di atas yang berkuat kuasa bagi tempoh tahunan bermula pada atau selepas 1 Januari 2012. (b) Asas pengukuran Penyata kewangan Syarikat disediakan atas dasar kos sejarah selain yang didedahkan di dalam penyata kewangan. (c) Fungsi dan persembahan mata wang Penyata kewangan ini dipersembahkan di dalam Ringgit Malaysia (RM), yang merupakan mata wang fungsian Syarikat. Kesemua maklumat kewangan dipersembahkan dalam RM dan telah dibundarkan kepada ribu yang terdekat, melainkan dinyatakan sebaliknya. (d) Penggunaan anggaran dan pertimbangan Penyediaan penyata kewangan dalam mematuhi FRS memerlukan pihak pengurusan untuk membuat pertimbangan, anggaran dan andaian yang memberi kesan ke atas penggunaan pakai polisi-polisi perakaunan dan amaun-amaun aset, liabiliti, pendapatan dan perbelanjaan yang dilaporkan. Keputusan sebenar mungkin akan berbeza daripada anggaran-anggaran ini. Anggaran dan andaian dasar dikaji semula secara berterusan. Semakan semula ke atas anggaran-anggaran perakaunan diiktiraf dalam tempoh di mana anggaran ini disemak dan dalam mana-mana tempoh akan datang yang memberi kesan. Tiada bidang-bidang penting bagi anggaran yang tidak pasti dan pertimbangan-pertimbangan kritikal dalam mengguna pakai polisi-polisi perakaunan yang mempunyai kesan penting ke atas amaun-amaun yang diiktiraf di dalam penyata kewangan selain dari yang didedahkan di dalam nota-nota berikut: Nota 2 (c)(iii) - Pelaburan hartanah Nota 2 (d) - Instrumen kewangan Nota 2 (j) dan (k) - Liabiliti tuntutan dan premium

20 2. Polisi-polisi perakaunan penting Polisi-polisi perakaunan yang dinyatakan di bawah telah diguna pakai secara konsisten dalam tempoh-tempoh yang dinyatakan di dalam penyata kewangan ini. (a) Mata wang asing (i) Urusniaga mata wang asing Urusniaga dalam mata wang asing ditukar kepada setiap mata wang fungsian Syarikat pada kadar pertukaran pada tarikh-tarikh urusniaga. Aset dan liabiliti monetori yang disebut dalam mata wang asing pada akhir tempoh pelaporan diterjemahkan semula kepada mata wang fungsian pada kadar pertukaran yang terdapat pada tarikh urusniaga. Aset dan liabiliti bukan monetori yang disebut dalam mata wang asing tidak diterjemahkan semula pada akhir tarikh pelaporan kecuali yang dinilai pada nilai saksama yang diterjemahkan semula kepada mata wang fungsian pada kadar pertukaran pada tarikh di mana nilai saksama ditentukan. Perbezaan mata wang asing yang wujud pada terjemahan semula diiktiraf di dalam keuntungan atau kerugian, kecuali bagi perbezaan yang timbul ke atas terjemahan semula instrumen ekuiti sedia untuk dijual, yang mana diiktiraf di dalam pendapatan komprehensif lain. (ii) Kendalian yang disebut dalam mata wang fungsian selain daripada Ringgit Malaysia Penyata kewangan Cawangan Singapura Aset dan liabiliti kendalian yang disebut dalam mata wang fungsian selain daripada RM, ditukar kepada RM pada kadar pertukaran pada akhir tempoh pelaporan, Hasil dan perbelanjaan kendalian asing, ditukar kepada RM pada kadar pertukaran pada tarikh urusniaga. Perbezaan mata wang asing diiktiraf di dalam pendapatan komprehensif lain dan terkumpul di dalam rizab terjemahan mata wang asing (FCTR) dalam ekuiti. Semasa kendalian asing dilupuskan kawalannya, pengaruh penting atau kawalan bersama telah tiada, jumlah terkumpul di dalam FCTR yang berkaitan dengan kendalian asing diklasifikasi semula kepada keuntungan atau kerugian sebagai sebahagian daripada keuntungan atau kerugian atas pelupusan.

21 2. Polisi-polisi perakaunan penting (sambungan) (b) Loji dan peralatan (i) Pengiktirafan dan pengukuran Loji dan peralatan selain daripada modal kerja sedang dijalankan, dinyatakan pada kos ditolak susut nilai terkumpul dan sebarang kerugian penjejasan nilai terkumpul. Modal kerja sedang dijalankan dinyatakan pada kos. Kos termasuk perbelanjaan yang boleh dikaitkan secara langsung dengan pemerolehan aset dan kos-kos lain yang boleh dikaitkan secara langsung dengan membawa aset tersebut dalam keadaan bersedia bagi kegunaan ianya diperlukan, serta kos membuka dan mengalihkan item-item tersebut serta pemulihan tapak di mana ia ditempatkan. Pembelian perisian yang penting kepada fungsi peralatan yang berkaitan dipermodalkan sebagai sebahagian daripada peralatan tersebut. (i) Pengiktirafan dan pengukuran (sambungan) Apabila sebahagian penting item loji dan peralatan mempunyai hayat kegunaan yang berbeza, ia diambil kira sebagai item yang berasingan (komponen-komponen utama) loji dan peralatan. Keuntungan dan kerugian dari pelupusan item loji dan peralatan ditentukan dengan membandingkan perolehan daripada pelupusan dengan amaun dibawa loji dan peralatan dan diiktiraf dalam keuntungan dan kerugian direalisasikan dalam keuntungan atau kerugian. (ii) Kos-kos berikutnya Kos yang menggantikan sebahagian item loji dan peralatan diiktiraf dalam amaun dibawa item tersebut sekiranya ia berkemungkinan bahawa manfaat ekonomi masa hadapan yang terkandung di dalam bahagian tersebut akan mengalir ke dalam Syarikat, dan kosnya boleh diukur dengan pasti. Amaun dibawa bagi bahagianbahagian yang diganti tidak diiktiraf di dalam keuntungan atau kerugian. Kos penyelenggaraan hari ke hari loji dan peralatan diiktiraf di dalam keuntungan atau kerugian sebagaimana ditanggung. (iii) Susut nilai Susut nilai dikira ke atas amaun boleh disusut nilaikan, di mana kos aset, atau amaun lain yang menggantikan kos, ditolak nilai baki.

22 2. Polisi-polisi perakaunan penting (sambungan) (b) Loji dan peralatan (sambungan) (iii) Susut nilai (sambungan) Susut nilai diiktiraf di dalam keuntungan atau kerugian berdasarkan kaedah garis lurus ke atas jangka hayat kegunaannya bagi setiap bahagian item loji dan peralatan. Aset pajakan disusut nilai mengikut tempoh pajakan dan hayat kegunaannya melainkan terdapat kepastian yang munasabah bahawa Syarikat akan mendapat hak milik pada akhir tempoh pajakan. Modal kerja sedang dijalankan tidak disusut nilaikan sehingga aset tersebut bersedia untuk kegunaan yang diperlukan. Jangka hayat kegunaan bagi tempoh semasa dan perbandingan adalah seperti berikut: Peralatan pejabat 4 tahun Perabot dan pemasangan 4 tahun Pengubahsuaian 5 tahun Komputer 4 tahun Kenderaan bermotor 5 tahun Kaedah susut nilai, jangka hayat kegunaan dan nilai baki dinilai semula pada setiap akhir tempoh pelaporan. (c) Pelaburan hartanah (i) Pelaburan hartanah dibawa pada nilai saksama Pelaburan hartanah adalah hartanah yang dimiliki atau dipegang untuk faedah pegangan pajakan bagi memperoleh pendapatan sewaan atau peningkatan modal atau keduaduanya sekali, tetapi bukan untuk dijual di dalam urusan biasa perniagaan, digunakan dalam pengeluaran atau pemberian perkhidmatan atau bagi tujuan pentadbiran. Pelaburan hartanah pada permulaannya diukur pada kos dan seterusnya pada nilai saksama dengan sebarang perubahan yang terdapat diiktiraf di dalam keuntungan atau kerugian bagi tempoh di mana ia timbul. Kos termasuk perbelanjaan yang boleh dikaitkan secara langsung dengan pemerolehan pelaburan hartanah. Pelaburan hartanah dinyahiktirafkan ke atas pelupusannya, atau apabila diambil terus daripada kegunaannya dan tiada manfaat ekonomi di masa hadapan yang dijangka daripada pelupusan tersebut. Perbezaan di antara perolehan pelupusan bersih dan amaun dibawa adalah diiktiraf di dalam keuntungan atau kerugian dalam tempoh di mana ia dinyahiktirafkan.

23 2. Polisi-polisi perakaunan penting (sambungan) (c) Pelaburan hartanah (sambungan) (ii) Klasifikasi semula kepada/ daripada pelaburan hartanah dibawa pada nilai saksama Apabila item loji dan peralatan dipindahkan ke pelaburan hartanah berikutan perubahan dalam penggunaannya, sebarang perbezaan yang wujud pada tarikh pindahan di antara amaun dibawa item tersebut sejurus sebelum pindahan dan nilai saksamanya diiktiraf secara langsung dalam ekuiti sebagai penilaian semula loji dan peralatan. Walau bagaimanapun, sekiranya keuntungan nilai saksama menterbalikkan kerugian penjejasan nilai sebelumnya, keuntungan tersebut diiktiraf di dalam keuntungan atau kerugian. Apabila pelaburan hartanah dilupuskan, sebarang lebihan yang direkodkan ke dalam ekuiti sebelum ini akan dipindahkan ke keuntungan tertahan; pindahan tersebut tidak dilakukan menerusi keuntungan atau kerugian. Apabila kegunaan hartanah berubah hingga diklasifikasi semula sebagai loji dan peralatan, nilai saksamanya pada tarikh klasifikasi semula tersebut menjadi kosnya pada perakaunan seterusnya. (iii) Penentuan nilai saksama Syarikat penilaian bebas, yang mempunyai kelayakan profesional diiktiraf yang berpatutan dan pengalaman terkini tentang lokasi dan kategori hartanah yang sedang dinilai, menilai portfolio pelaburan hartanah Syarikat secara tahunan. Nilai saksama adalah berdasarkan nilai pasaran, yang merupakan amaun anggaran di mana hartanah boleh ditukarkan pada tarikh penilaian di antara pembeli yang berminat dan penjual yang berminat dalam suatu urusniaga yang tulus selepas pemasaran yang berpatutan di mana pihak-pihak terlibat bertindak dengan pengetahuan, berhemat, dan tanpa paksaan. (d) Instrumen kewangan (i) Pengiktirafan dan pengukuran awal Aset kewangan atau liabiliti kewangan diiktiraf di dalam penyata kedudukan kewangan apabila, dan hanya apabila Syarikat terlibat bagi peruntukan instrumen berkontrak. Instrumen kewangan pada permulaannya diiktiraf pada tambahan nilai saksama, dan sekiranya instrumen kewangan tidak pada nilai saksama daripada keuntungan atau kerugian, kos urusniaga yang disebabkan secara langsung oleh pemerolehan atau terbitan instrumen kewangan.

24 2. Polisi-polisi perakaunan penting (sambungan) (d) Instrumen kewangan (sambungan) (i) Pengiktirafan dan pengukuran awal (sambungan) Derivatif terselindung diiktiraf secara berasingan daripada kontrak utama dan diambil kira sebagai derivatif sekiranya, dan hanya jika ia tidak berkait secara langsung dengan ciri-ciri dan risiko ekonomi kontrak utama dan kontrak utama tidak dikategorikan pada nilai saksama daripada keuntungan atau kerugian. Kontrak utama, jika berlaku derivatif terselindung yang diiktiraf secara berasingan, diambil kira selaras dengan polisi yang berkaitan dengan bentuk kontrak utama tersebut. (ii) Kategori-kategori instrumen kewangan dan pengukuran seterusnya Syarikat mengkategorikan dan mengukur instrumen kewangan seperti berikut: Aset kewangan (a) Aset kewangan pada nilai saksama daripada keuntungan dan kerugian Nilai saksama daripada kategori keuntungan atau kerugian terdiri daripada aset kewangan yang dipegang untuk urusniaga, termasuk derivatif-derivatif (kecuali bagi derivatif yang ditetapkan dan instrumen lindung nilai yang efektif) atau aset kewangan yang ditetapkan secara khusus ke dalam kategori ini apabila pengiktirafan permulaan dibuat. Derivatif yang berkaitan dan perlu diselesaikan oleh pelaksanaan instrumen ekuiti tidak disebut harga di mana nilai saksamanya tidak boleh diukur dengan pasti adalah diukur pada kos. Aset kewangan dikategorikan sebagai nilai saksama daripada keuntungan atau kerugian adalah diukur seterusnya pada nilai saksamanya dengan keuntungan atau kerugian diiktiraf di dalam keuntungan atau kerugian. (b) Pelaburan dipegang sehingga matang Kategori pelaburan dipegang sehingga matang terdiri daripada instrumeninstrumen hutang yang disebut harga dalam pasaran aktif dan Syarikat mempunyai tujuan dan keupayaan yang positif untuk memegang sehingga matang. Aset kewangan dikategorikan sebagai pelaburan dipegang sehingga matang adalah diukur seterusnya pada kos terlunas menggunakan kaedah faedah efektif.

25 2. Polisi-polisi perakaunan penting (sambungan) (d) Instrumen kewangan (sambungan) (ii) Kategori-kategori instrumen kewangan dan pengukuran seterusnya (sambungan) (c) Pinjaman dan belum diterima, tidak termasuk belum diterima insurans Kategori pinjaman dan belum diterima terdiri daripada instrumen-instrumen hutang yang tidak disebut harga dalam pasaran aktif (termasuk deposit tetap dengan institusi kewangan). Aset kewangan dikategorikan sebagai pinjaman dan belum diterima adalah diukur seterusnya pada kos terlunas menggunakan kaedah faedah efektif. (d) Aset kewangan sedia untuk dijual Kategori sedia untuk dijual terdiri daripada pelaburan dalam instrumen sekuriti ekuiti dan hutang yang tidak dipegang untuk urusniaga. Pelaburan dalam instrumen ekuiti yang tidak mempunyai harga pasaran yang disebut harga dalam pasaran aktif dan di mana nilai saksamanya tidak boleh diukur dengan pasti adalah diukur pada kos. Aset kewangan lain yang dikategorikan sebagai sedia untuk dijual adalah diukur dan seterusnya pada nilai saksamanya dengan keuntungan atau kerugian yang diiktiraf dalam pendapatan komprehensif lain, kecuali kerugian penjejasan nilai, keuntungan dan kerugian pertukaran asing yang terbit daripada item-item monetari diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian. Pada penyahiktirafan, keuntungan atau kerugian terkumpul yang diiktiraf dalam pendapatan komprehensif lain adalah diklasifikasi semula dari ekuiti ke dalam keuntungan atau kerugian. Faedah yang dikira bagi instrumen hutang menggunakan kaedah faedah efektif diiktiraf di dalam keuntungan atau kerugian. (e) Belum diterima insurans Belum diterima insurans diiktiraf apabila terhutang dan diukur pada pengiktirafan awal pada nilai saksama pertimbangan yang diterima atau belum diterima. Lanjutan kepada pengiktirafan awal, belum diterima insurans diukur pada kos terlunas menggunakan kaedah faedah efektif. Belum diterima insurans dinyahiktirafkan apabila kriteria penyahiktirafan bagi aset kewangan, seperti yang dijelaskan dalam Nota 2(d)(iv) telah dipenuhi. Kesemua aset kewangan, kecuali aset kewangan yang diukur pada nilai saksama daripada keuntungan atau kerugian, tertakluk kepada semakan semula penjejasan nilai (lihat Nota 2(e)(i) dan (ii)).

26 2. Polisi-polisi perakaunan penting (sambungan) (d) Instrumen kewangan (sambungan) (ii) Kategori-kategori instrumen kewangan dan pengukuran seterusnya (sambungan) Liabiliti kewangan Semua liabiliti kewangan adalah diukur seterusnya pada kos terlunas selain daripada liabiliti kewangan yang dikategorikan sebagai nilai saksama daripada keuntungan atau kerugian. Kategori nilai saksama daripada keuntungan atau kerugian meliputi liabiliti kewangan yang dipegang untuk urusniaga, derivatif-derivatif (kecuali bagi derivatif yang merupakan kontrak jaminan kewangan atau yang ditetapkan dan instrumen lindung nilai efektif) atau liabiliti kewangan yang ditetapkan secara khusus ke dalam kategori ini apabila pengiktirafan permulaan dibuat. Derivatif yang berkaitan dan perlu diselesaikan oleh pelaksanaan instrumen ekuiti tidak disebut harga di mana nilai saksamanya tidak boleh diukur dengan pasti adalah diukur pada kos. Liabiliti kewangan yang dikategorikan sebagai nilai saksama daripada keuntungan dan kerugian adalah diukur seterusnya pada nilai saksamanya dengan keuntungan atau kerugian diiktiraf di dalam keuntungan atau kerugian. (iii) Kaedah tetap pembelian atau penjualan aset kewangan Kaedah tetap pembelian atau penjualan adalah pembelian atau penjualan aset kewangan di bawah kontrak di mana terma-terma yang memerlukan penggunaan aset dalam rangka masa yang ditetapkan secara am oleh perundangan atau konvensyen di dalam pasaran berkenaan. Kaedah tetap pembelian atau penjualan aset kewangan adalah diiktiraf dan dinyahiktiraf, yang berkaitan, menggunakan tarikh perakaunan urusniaga. Tarikh perakaunan urusniaga merujuk kepada: (a) pengiktirafan aset yang diterima dan liabiliti yang dibayar pada tarikh urusniaga; dan (b) penyahiktirafan aset yang dijual, pengiktirafan sebarang keuntungan atau kerugian ke atas pelupusan dan pengiktirafan belum diterima daripada pembeli bagi pembayaran pada tarikh urusniaga tersebut.

27 2. Polisi-polisi perakaunan penting (sambungan) (d) Instrumen kewangan (sambungan) (iv) Penyahiktirafan Aset kewangan atau sebahagian daripadanya merupakan penyahiktirafan apabila, dan hanya apabila hak kontraktual bagi aliran tunai daripada tamat tempoh aset kewangan atau aset kewangan dipindahkan kepada pihak yang satu lagi tanpa mengekalkan kawalan atau semua risiko dan ganjaran aset dengan ketara. Pada penyahiktirafan aset kewangan, perbezaan di antara amaun dibawa dan amaun pertimbangan yang diterima (termasuk sebarang aset baru yang diperoleh tolak sebarang liabiliti baru yang dikenal pasti) dan sebarang keuntungan atau kerugian terkumpul yang telah diiktiraf dalam ekuiti adalah diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian. Liabiliti kewangan atau sebahagian daripadanya merupakan penyahiktirafan apabila, dan hanya apabila obligasi khusus di dalam kontrak ini dilaksanakan atau dibatalkan atau ditamatkan. Pada penyahiktirafan liabiliti kewangan, perbezaan di antara amaun dibawa liabiliti kewangan yang ditamatkan atau dipindahkan kepada pihak yang satu lagi dan amaun pertimbangan yang dibayar, termasuk sebarang aset bukan tunai yang dipindahkan atau liabiliti bukan tunai yang dikenal pasti, adalah diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian. (e) Penjejasan nilai (i) Aset kewangan, tidak termasuk belum diterima insurans Semua aset kewangan (kecuali bagi aset kewangan yang dikategorikan sebagai nilai saksama daripada keuntungan atau kerugian) adalah dinilai pada setiap tarikh pelaporan sama ada terdapat sebarang bukti objektif penjejasan nilai disebabkan oleh satu atau lebih peristiwa yang mempunyai kesan ke atas anggaran aliran tunai masa hadapan aset. Kerugian dijangka yang disebabkan peristiwa masa hadapan, tidak kira bagaimana ia berlaku tidak diiktiraf. Bagi instrumen ekuiti, pengurangan yang ketara atau berpanjangan dalam nilai saksama di bawah kosnya merupakan bukti objektif penjejasan nilai. Kerugian penjejasan nilai berkaitan dengan pinjaman dan belum diterima (tidak termasuk belum diterima insurans di mana dasar dinyatakan di dalam Nota 2(e)(ii) di bawah) dan pelaburan dipegang sehingga matang diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian dan diukur sebagai perbezaan di antara amaun dibawa aset dan nilai semasa anggaran aliran tunai masa hadapan yang didiskaun pada kadar faedah efektif sebenar aset. Amaun dibawa aset dikurangkan dengan menggunakan akaun peruntukan. Kerugian penjejasan nilai yang berkaitan dengan aset kewangan sedia untuk dijual adalah diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian dan diukur sebagai perbezaan di antara kos perolehan aset (bersih selepas sebarang pembayaran balik atau pelunasan) dan nilai saksama semasa aset, tolak sebarang kerugian penjejasan nilai yang sebelum ini diiktiraf. Apabila pengurangan dalam nilai saksama aset kewangan sedia untuk dijual telah diiktiraf dalam pendapatan komprehensif lain, kerugian terkumpul dalam pendapatan komprehensif lain diklasifikasi semula daripada ekuiti kepada keuntungan atau kerugian.

28 2. Polisi-polisi perakaunan penting (sambungan) (e) Penjejasan nilai (sambungan) (i) Aset kewangan, tidak termasuk belum diterima insurans (sambungan) Kerugian penjejasan nilai berkaitan dengan instrumen ekuiti tidak disebut harga yang dibawa pada kos diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian dan diukur sebagai perbezaan di antara amaun dibawa aset kewangan dan nilai semasa anggaran aliran tunai masa hadapan yang didiskaun pada kadar pulangan pasaran semasa bagi aset kewangan yang serupa. Kerugian penjejasan nilai diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian bagi pelaburan dalam instrumen ekuiti tidak dirizab daripada keuntungan atau kerugian. Sekiranya, dalam tempoh-tempoh berikutnya, nilai saksama instrumen hutang meningkat dan peningkatan tersebut boleh dikaitkan secara objektif kepada peristiwa yang berlaku selepas kerugian penjejasan nilai diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian, kerugian penjejasan nilai diterbalikkan sehingga tahap di mana amaun dibawa aset tidak melebihi amaun dibawa yang mempunyai penjejasan nilai tidak diiktiraf pada tarikh penjejasan nilai diterbalikkan. Jumlah keterbalikan diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian. (ii) Belum diterima insurans Belum diterima insurans adalah dinilai pada setiap tarikh pelaporan sama ada terdapat sebarang bukti objektif penjejasan nilai disebabkan oleh satu atau lebih peristiwa yang mempunyai kesan ke atas anggaran aliran tunai masa hadapan aset. Kerugian dijangka yang disebabkan peristiwa masa hadapan, tidak kira bagaimana ia berlaku tidak diiktiraf. Bukti objektif penjejasan nilai dianggap wujud di mana prinsipal atau faedah atau kedua-duanya bagi belum diterima insurans terhutang lebih daripada 90 hari atau 3 bulan bagi yang dinilai secara individu, seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Pelaporan Kewangan bagi Penanggung Insurans yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia. Kerugian penjejasan nilai berkaitan dengan belum diterima insurans diikiraf di dalam keuntungan atau kerugian dan diukur sebagai perbezaan di antara amaun dibawa aset dan nilai semasa anggaran aliran tunai masa hadapan yang didiskaun pada kadar faedah efektif sebenar aset. Amaun dibawa aset dikurangkan dengan menggunakan akaun peruntukan. Sekiranya, dalam tempoh-tempoh berikutnya, nilai saksama belum diterima insurans meningkat dan peningkatan tersebut boleh dikaitkan secara objektif kepada peristiwa yang berlaku selepas kerugian penjejasan nilai diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian, kerugian penjejasan nilai diterbalikkan sehingga tahap di mana amaun dibawa aset tidak melebihi amaun dibawa yang mempunyai penjejasan nilai tidak diiktiraf pada tarikh penjejasan nilai diterbalikkan. Jumlah keterbalikan diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian.