BULETIN 5S PPUKM B I L A N G A N 1 / 2 0 1 3 5S AMALAN KAMI S I D A N G R E D A K S I : J K P R O M O S I 5 S P P U K M Ahmad Jusoh Norzuriza Mohd Rais Jumaidi Mohd Noh Mohd Hezra Sulaiman KAMI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013 KEPADA SEMUA WARGA PPUKM Buletin 5S adalah wadah dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pelaksanaan 5S kepada warga PPUKM. Kami mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan penambahbaikan bagi Buletin 5S ini. 27 ZON BERENTAP MEREBUT KEJUARAAN DI KONVENSYEN 5S PPUKM 2012 Pada 17 Disember 2012 yang lalu, Jawatankuasa 5S PPUKM telah menganjurkan Konvensyen 5S PPUKM kali ke -2. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Pengarah & Ketua Pegawai Operasi PPUKM, Prof. Dr. Syed Zulkifli Syed Zakaria di Auditorium PPUKM. Konvensyen 5S pada kali ini melibatkan penyertaan 27 zon daripada 3 kategori iaitu klinikal,makmal dan pejabat. Johan Keseluruhan & Johan Kategori Makmal - Zon Cenderawasih, Para juri yang mengadili konvensyen 5S pada kali ini dijemput khas dari pelbagai agensi seperti INTAN, CRIM, MagDi dan Perunding MPC. Johan setiap kategori telah menerima hadiah wang tunai RM 500 beserta piala dan sijil. Manakala Anugerah Persembahan Terbaik telah menerima hadiah RM150 beserta sijil. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan 6 kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Jawatankuasa 5S PPUKM. Jawatankuasa 5S PPUKM berharap pertandingan seperti ini dapat memupuk semangat kerjasama selain dari mengeratkan kemesraan di antara zon - zon di PPUKM dan Kampus KL. Jabatan Parasitologi,Kampus KL Sebarang komen penambahbaikan sila emelkan kepada: buletin5sppukm@gmail.com Johan Kategori Klinikal - Zon Piranha, Jabatan Farmasi Anugerah Persembahan Terbaik - Zon TORCHES, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik Johan Kategori Pejabat - Zon Quad, Jabatan Kualiti
LAWATAN & BENGKEL 5S 27 28 Disember 2012 Lawatan ke Pejabat Daerah & Tanah, Port Dickson. Ketua rombongan Encik Khairy Khalis selaku Koordinator Amalan 5S turut diiringi oleh wakil wakil JK Induk 5S PPUKM dan Kampus KL. Kunjungan bertujuan untuk berkongsi idea dan pengalaman bersama JK 5S di sana. Sumber: Jawatankuasa Promosi 5S 27 28 Disember 2012 Bengkel Hala-Tuju & Amalan Terbaik Perlaksanaan 5S. Bengkel dihadiri oleh wakil wakil JK Induk 5S PPUKM yang terdiri daripada JK Audit, JK Promosi, JK Latihan dan JK R&D. Pakar Perunding 5S, Encik Lizuan turut hadir memberi bimbingan dan cadangan penambahbaikan bagi memastikan program dan budaya 5S dapat diamalkan dengan konsisten oleh warga PPUKM. Sumber: Jawatankuasa Latihan 5S 2
PENCAPAIAN 5S PPUKM JOHAN PERTANDINGAN 5S DI INTERNATIONAL CONFERENCE & CARNIVAL ON MANAGEMENT SYSTEM ( INCAMS) Pada 7 & 8 November 2012 lalu, Jawatankuasa 5S PPUKM telah mewakili PPUKM untuk menyertai pertandingan amalan 5S di International Conference & Carnival on Management System (INCAMS) anjuran Universiti Malaysia Perlis. Tahniah kepada PPUKM kerana telah dinobatkan sebagai Johan mengatasi 6 pasukan lain dari pelbagai agensi termasuk Institut Kemahiran Mara dan Pejabat Tanah Port Dickson masing - masing di tempat ke-2 dan ke-3. Pihak Jawatankuasa 5S PPUKM telah diwakili oleh 8 orang ahli yang diketuai oleh Puan Foziah Hanon. Diharap Jawatankuasa 5S PPUKM akan terus sukses pada masa akan datang. BENGKEL PENGUKUHAN FASILITATOR 5S Pada 16 & 17 Oktober 2012 yang lalu, Kursus pengukuhan Fasilitator 5S telah dijalankan di Hotel Equatorial, Bangi. Bengkel yang berlangsung selama 2 hari ini telah dihadiri oleh 35 orang fasilitator 5S beserta Jawatankuasa Induk Amalan 5S PPUKM. Sesi percambahan idea bagi penambahbaikan dan kelangsungan program 5S telah diperbincangkan dan menjadi agenda utama bengkel ini. Objektif utama bengkel diadakan adalah untuk mempertingkatkan kemahiran dan pengenalan kepada standard baru 5S yang dikeluarkan oleh MPC kepada para fasilitator. Sumber: Jawatankuasa Latihan 5S 3
INFO KITAR SEMULA BEG PLASTIK ATAU BEG KERTAS? Kertas atau plastik? Pilihan ini seolah olah mudah untuk dibuat. Namun jika dilihat dari segi tempoh hayat dan kos bagi kitar hidup kegunaannya, ia memerlukan pertimbangan yang serius. Kertas dihasilkan daripada pokok - melibatkan sejumlah pokok untuk kertas. Pokok yang baik akan ditandakan dan ditebang sehingga menyebabkan masalah kerosakan habitat yang teruk dan kerosakan ekologi dalam masa panjang. Lebih kurang 3 tan kayu ditebang bagi menghasilkan 1 tan palpa. Palpa tersebut dibasuh dan dilunturkan. Ini juga menggunakan beribu ribu gelen air bersih. Jika ia dibuang, ia akan mengambil masa untuk lupus selama beberapa tahun. Tetapi jika dikitar semula, ia memerlukan beberapa kaedah. Kertas tersebut perlu diproses menjadi palpa terlebih dahulu, yang biasanya memerlukan proses kimia yang melibatkan sebatian seperti hidrogen peroksida, sodium silikat dan sodium hidroksida, yang bertujuan untuk meluntur dan memisahkan serat pada palpa tersebut. PROGRAM KITAR SEMULA KE RINGGI T TARIKH : 11 & 25 JANUARI 2013 MASA : 3.00 4.30 PETANG LOKASI PENGUMPULAN : KAWASAN LAUNDRI SEBELAH DAPUR UTAMA Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Shahrul Nazli Ismail disambungan 5107, Jabatan Pentadbiran Am. Marilah bersama sama KITAR SEMULA KE RINGGIT. Kita mampu melakukannya. Plastik pula lazimnya diperbuat daripada minyak, yang merupakan sumber yang tidak boleh diperbaharui. Plastik juga merupakan produk yang dihasilkan daripada proses penapisan minyak, yang diperolehi daripada 4% pengeluaran minyak mentah di seluruh dunia. Plastik boleh dikitar semula, tetapi ianya bukan mudah untuk dilakukan. Kitar semula melibatkan peleburan beg tersebut dan diproses semula menjadi plastik. Berdasarkan analisis kitar semula, beg plastik menyebabkan pembebasan bawaan udara yang sedikit dan memerlukan tenaga yang kurang bagi setiap 10,000 beg plastik diguna. Namun begitu, beg kertas boleh menampung lebih banyak barang- 50% hingga 400% bergantung kepada kaedah memasukkan barangan tersebut. Daripada segi penggunaan tenaga, beg kanvas 14 kali lebih baik daripada beg plastik dan 39% lebih baik daripada beg kertas. Buatlah pilihan yang bijak untuk selamatkan bumi bagi generasi akan datang. Sumber maklumat: Buletin Pengguna KPDN BOOK REVIEW Sumber: Jawatankuasa R & D 5S 4
GALERI 5S J I W A A K A N S E P I T A N P A T E M A N H A T I A K A N M A T I T A N P A I M A N H A R I I N I A D A L A H K E N Y A T A A N, S E M A L A M A D A L A H K E N A N G A N E S O K A D A L A H I M P I A N S U C I K A N H A T I J E R N I H K A N F I K I R A N S E M O G A 2 0 1 3 T E R L A K S A N A I M P I A N Sumber: Jawatankuasa Promosi 5S 5