PENAFIAN LHDNM: ARTIKEL BERKENAAN DENGAN PENGURUSAN HASIL NEGARA YANG KONONNYA DARI GROUP LHDN

dokumen-dokumen yang mirip
PUSAT KHIDMAT HASIL JASIN, MELAKA DIBUKA SECARA RASMI

Berapakah sebenarnya hutang PTPTN yang perlu ditanggung oleh kerajaan sekiranya pinjaman PTPTN dihapuskan?

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

ANTARA BELANJAWAN NEGARA DAN BELANJAWAN ALTERNATIF Zulkifli Hasan

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

1. Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus. Sekolah Cina Malaysia, atau nama singkatannya Dong Zong,

ANALISA KEWANGAN TABUNG HAJI

Kesannya Kepada Pengguna

2.1 LHDNM telah melalui 4 kali semakan kadar pelarasan gaji semenjak penubuhannya.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

SEKALUNG PENGHARGAAN TIMBALAN MENTERI KEWANGAN

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. SURAT IKATAN AKAUN AMANAH UNIVERSITI ( Untuk diisi dalam 2 salinan)

BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA MURID

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

CABARAN KOPERASI PENGGUNA DALAM AKTIVITI PERUNCITAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA RINGKASAN EKSEKUTIF

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

TAJUK 9 PERUNDANGAN. Parlimen Dewan Rakyat Dewan Negara Penggubalan Undang-Undang

UTHM.PB/100-6/4/1( 15 ) 4 Februari 2009 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2009

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

HHHC9501 PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK. Pensyarah : Dr. Rozita Binti Amiruddin. Ahli Kumpulan

Aliran Tunai Pembelanjawan Modal

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

FUNGSI BADAN EKSEKUTIF

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

Page 1. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ilmu, Keikhlasan dan Kecemerlangan UniMAP,

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan. 6.0 Pengenalan. 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman. 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN GOODS AND SERVICES TAX

PANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMINAR AUDIT DALAMAN 2017

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

Ubah pendekatan menggubal dasar

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.8 Pengenalan Projek

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

12.00 TGH MLM, 15 OKTOBER

Pengeluaran Negara PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KAJISELIDIK SENTIMEN PENGUNDI MENGENAI EKONOMI, KOS SARA HIDUP DAN INFLASI

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

PERUTUSAN TAHUN BAHARU OLEH PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

944/2 PERCUBAAN STPM 2012 September

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

Tarikh akhir pengemukaan Borang CKHT 1A : 60 hari selepas tarikh pelupusan harta tanah.

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

Sumasni Sulaiman. Bahagian Pengurusan Perolehan Pejabat Bendahari

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Powered by TCPDF (

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 14 AUDIT DALAMAN

Kriteria Belanjawan Modal

PERJANJIAN PENGAJIAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PERJANJIAN BERTARIKH :

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

Akaun Pelaburan Wafiyah

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

Rafizi Ramli Ahli Parlimen Pandan

Prinsip Pembangunan Komuniti

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

Tabung Pendidikan Jamin Masa Depan Anak BH, 1 Oktober 2015

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA 2006 DI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC) 28 FEBRUARI 2008

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN : Y.B. TUAN GOOI HSIAO-LEUNG (ALOR SETAR) Saya memohon untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat jasin

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.1 TAHUN 2009

Prospektus Tawaran Awam Permulaan (IPO) - Apa Yang Perlu Diketahui Oleh Setiap Pelabur Bijak

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PROSES PERSARAAN. DISAMPAIKAN Oleh

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

944/2 PERCUBAAN STPM 2012

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

Koperasi Perkasa Ekonomi Belia

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP7B: GARIS PANDUAN PEMBERIAN IBRA (REBAT) BAGI PEMBIAYAAN ISLAM BERASASKAN JUAL BELI BAHAGIAN A: PENGENALAN

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

MENGAPA ANDA TIDAK DAPAT MEMPEROLEHI PEKERJAAN?

TAJUK 6 Demokrasi Berparlimen. Konsep demokrasi berparlimen Pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

Mengenali Apa Itu Emel Phishing

SURAT PEKELILING BENDAHARI

Transkripsi:

Muka surat 1 daripada 6 KENYATAAN MEDIA Untuk siaran segera PENAFIAN LHDNM: ARTIKEL BERKENAAN DENGAN PENGURUSAN HASIL NEGARA YANG KONONNYA DARI GROUP LHDN 1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah mengesan satu artikel berkenaan dengan pengurusan hasil negara yang kononnya dari Group LHDN menjadi tular semula melalui aplikasi Whatsapp dan platform media sosial. Sebelum ini artikel yang sama turut menjadikan tajuk Analisa Bajet 2017 yang turut mengaitkan LHDNM sebagai sumber penulisannya. 2. Menurut rekod pihak kami, artikel berkenaan telah ditularkan secara bermusim sejak tahun 2015 lagi dan beberapa penafian telah dikeluarkan oleh LHDNM sebelum ini kerana ia secara sengaja mengaitkan nama LHDNM. Aduan rasmi telah dikemukakan kepada Biro Aduan Pengguna MCMC, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia dan sedang dalam peringkat siasatan oleh pihak berkuasa berkenaan. 3. Semakan lanjut juga telah dibuat terhadap isi kandungan artikel tersebut dan ia dipercayai bersumberkan satu artikel yang diterbitkan oleh sebuah akhbar milik sebuah parti politik.

Muka surat 2 daripada 6 4. Pautan sumber asal artikel adalah seperti berikut: http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34806-gagal-urus-belanja-negararakyat-jadi-mangsa-gst-zalim 5. Justeru, LHDNM dengan ini sekali lagi ingin menafikan bahawa artikel tersebut dikeluarkan oleh LHDNM atau bersumberkan mana-mana pegawai LHDNM. LHDNM berpandangan artikel tersebut dikaitkan dengan LHDNM secara tidak bertanggungjawab dan ditularkan semata-mata bertujuan untuk menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat dengan analisa ekonomi yang tidak tepat. 6. LHDNM turut ingin menasihatkan orang ramai agar merujuk secara terus Portal Rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my, Portal Kementerian Kewangan Malaysia di www.treasury.gov.my dan Agensi-Agensi Kerajaan berkaitan bagi mendapatkan analisa serta data-data ekonomi yang tepat dan sahih. # # # SEKIAN, TERIMA KASIH Dikeluarkan oleh: Bahagian Komunikasi I Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia : 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674 : 03-8313 7873 Hasil Care Line : 1-800-88-5436 (LHDN) Portal Rasmi : www.hasil.gov.my Tarikh: 12 Oktober 2017

Muka surat 3 daripada 6 Salinan Artikel berkenaan dengan pengurusan hasil negara yang kononnya dari Group LHDN Nah.. baca ni, penulis dari group LHDN Malaysia sebenarnya tidak berhadapan dengan masalah untuk mendapat sumber pendapatan negara tetapi sebenarnya negara bermasalah dalam menguruskan perbelanjaan. Kegagalan pengurusan perbelanjaan oleh kerajaan Barisan Nasional memangsakan rakyat hari ini dirompak oleh cukai barangan dan perkhidmatan (GST) zalim yang dikenakan secara paksa ke atas diri mereka untuk menambah hasil negara. Seawal penubuhan Malaysia, pelbagai cukai dikenakan kepada golongan berkemampuan untuk menjadi sumber kepada negara sama ada menerusi cukai langsung korporat dan individu dan cukai tak langsung menerusi duti eksais dan cukai jualan dan perkhidmatan bagi sebahagian barangan dan perkhidmatan. Malaysia juga memperolehi hasil lumayan dan mewah menerusi hasil bumi khususnya minyak sehingga menjangkau antara RM70-RM80 bilion setahun. Sekiranya kerajaan Barisan Nasional mengamalkan konsep perbelanjaan berhemah, tidak boros dan mengelakkan ketirisan maka pendapatan daripada sumber cukai sedia ada dan hasil bumi sudah cukup untuk menguruskan sebuah negara dengan penduduk seramai 28 juta. Namun, ternyata kerajaan untuk tempoh yang panjang telah gagal menguruskan perbelanjaan negara menurut panduan Islam dalam berekonomi. Ia dapat dilihat menerusi fakta-fakta berikut: a. Belanjawan Tahunan Kerajaan Barisan Nasional membentangkan belanjawan defisit selama 18 tahun berturut-turut sejak 1998. Belanjawan defisit bermaksud perbelanjaan yang dirancang melebihi pendapatan yang dijangka akan diperolehi. Kerajaan hanya menjangka akan membentangkan belanjawan berimbang iaitu pendapatan

Muka surat 4 daripada 6 seimbang dengan perbelanjaan pada 2020. Ertinya negara bakal menyaksikan belanjawan defisit untuk lagi 4 tahun mendatang. Secara ringkas boleh dilihat perbezaan rancangan perbelanjaan kerajaan berbanding hasil yang dijangka sebagaimana tahun-tahun berikut: Perbelanjaan (P) Hasil (H) 2008 (P) 176 bilion (H) 148 bilion 2009 (P) 207 bilion (H) 161 bilion 2010 (P) 191 bilion (H)148 bilion 2011 (P) 212 bilion (H) 165 bilion 2012 (P) 232 bilion (H) 186 bilion 2013 (P) 251 bilion (H) 208 bilion 2014 (P) 264 bilion (H) 224 bilion 2015 (P) 273 bilion (H) 235 bilion b. Hutang Negara Belanjawan defisit menyumbang untuk negara meningkatkan hutang negara daripada setahun ke setahun. Pada 2006 hutang negara hanyalah 247 bilion. Tetapi pada 2013 hutang negara telah meningkat kepada 546 bilion dengan peningkatan 299 bilion. Laporan terakhir 2015 hutang negara telah menjangkau 847 bilion. Perhatikan jadual Hutang Negara sebagaimana berikut mengikut tahun: 1997 RM90 bilion 1998 RM103 bilion 1999 RM112 bilion 2000 RM125 bilion 2001 RM145 bilion 2002 RM164 bilion 2003 RM188 bilion 2004 RM216 bilion 2005 RM232 bilion 2006 RM247 bilion 2007 RM274 bilion

Muka surat 5 daripada 6 2008 RM317 bilion 2009 RM376 bilion 2010 RM405 bilion 2011 RM465 bilion 2012 RM501 bilion 2013 RM546 bilion (Sumber International Monetary Fund) 2014 RM677 bilion 2015 RM847 bilion (Sumber The Economist) Bayangkan, hutang kerajaan pada 1997 hanyalah RM90 bilion tetapi selepas 17 tahun pada tahun 2014 telah menjadi RM677 bilion. Pada 2003 ketika Tun Abdullah Badawi mengambil alih negara hutang negara ialah RM188 bilion. Selepas 6 tahun pada 2009 ketika beliau melepaskan jawatan kepada Datuk Seri Najib ia meningkat sekali ganda sebanyak RM188 bilion kepada RM376 bilion. Selepas 5 tahun Najib mengambil alih negara, hutang pada 2014 meningkat hampir sekali ganda sebanyak 301 bilion kepada RM677 bilion. c. Ketirisan Perbelanjaan Kajian yang dibuat oleh Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme terhadap laporan tahunan Ketua Audit Negara menunjukkan berlaku ketirisan dan salah urus perbelanjaan antara RM23 bilion hingga RM40 bilion. Sedangkan GST hanya dijangka menyumbang sebanyak RM23 bilion pada tahun 2015. Jika ketirisan ditangani maka GST tidak diperlukan. Pada tahun 2008 perbelanjaan untuk mengurus negara hanyalah RM128 bilion tetapi untuk 2015 kerajaa n merancang perbelanjaan mengurus sebanyak RM223 bilion. Tidakkah ia merupakan peningkatan yang melampau untuk tempoh yang pendek iaitu 7 tahun dengan peningkatan hampir RM100 bilion? Hasil daripada kegagalan menguruskan perbelanjaan inilah maka kerajaan mula berfikir untuk meluaskan lagi sumber kewangan negara sedangkan sebenarnya kerajaan tidak berhadapan dengan masalah sumber tetapi pada masalah berbelanja.

Muka surat 6 daripada 6 Penyelesaian mudah kerajaan ialah memperkenalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) kerana GST adalah cara paling mudah untuk mengutip sumber daripada rakyat. GST dikenakan pada semua barangan dan perkhidmatan melainkan yang dikecualikan. Ertinya kerajaan mendapat ruang yang sangat besar dan luas untuk mendapat hasil menerusi cukai. GST kena kepada semua rakyat tanpa mengira kaya atau miskin yang berbelanja dan mendapat perkhidmatan. Ertinya GST mempunyai cakupan cukai sangat luas. Jika sebelumnya hanya sekitar 1.7 juta terpaksa membayar cukai maka dengan GST berjuta-juta rakyat terpaksa membayar cukai setiap hari termasuk orang miskin. Apabila cukai dikenakan kepada si kaya dan si miskin maka di sinilah ketidakadilan sosial dan kezaliman berlaku. Kerana itulah cukai GST adalah zalim dan haram menurut kaedah percukaian Islam kerana cukai sepatutnya hanya kena kepada orang yang berkemampuan sahaja. Data 2012 menunjukkan 31.7% isi rumah Malaysia berpendapatan kurang daripada rm2500 dan 23.8% lagi berpendapatan antara RM2,500 - RM4,000. Ertinya lebih separuh rakyat Malaysia mempunyai pendapatan di bawah RM4,000 iaitu di bawah paras kemiskinan. MUNGKIN ANDA MASIH KABUR, DARI MANA DATANG NYA DANA UNTUK MEMBAYAR HUTANG SEBANYAG RM 847 BILION DAN FAEDAH NYA, TENTUNYA DARI RAKYAT YAKNI CUKAI. CUBA KITA KIRA - 847 BILION/30 JUTA RAKYAT MALAYSIA: 847000,000,000/30= RM28233.3 JUTA, JADI SETIAP RAKYAT MALAYSIA MEMPUNYAI HUTANG SEBANYAK RM 28.23 BILION. JADI JIKA PENGURUSAN KEWANGAN NEGARA TIDAK DIUBAH MALAYSIA AKAN BENGKRAP, ITU SEBAB MENGAPA PENGURUSAN NAJIB SENTIASA MAHU MENAIKKAN SEMUA CUKAI BARANGAN DAN PERHIDMATAN, SUDAH BEGITU PUN NAJIB MASIH MENGEKALKAN HIDUP BERMEWAH2... Copy n paste dr group LHDN utk sama2 Kita fikirkn bagai mana utk menghadapi situasi yg genting ini. [truncated by. WhatsApp] TOLONG VIRAL KAN AGAR SEMUA RAKYAT TAHU TAK KIRA LA ANDA DI PIHAK YG MANA. #SELAMATKANMALAYSIA