NAMA KEGIATAN: ASPIRASI KEBAJIKAN SISWA KURSHIAH 18 TARIKH: 24 FEBRUARI, 3 MAC DAN 17 MAC 2018 TEMPAT: FASA 1: RUMAH ORANG TUA, SERI KENANGAN CHENG, MELAKA FASA 2: TAMAN BOTANI NEGARA, SHAH ALAM FASA 3: KOLEJ KEDIAMAN TUANKU KURSHIAH, UM ANJURAN: JAWATANKUASA KERJA PERKEMBANGAN KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN KOLEJ KEDIAMAN TUANKU KURSHIAH, UNIVERSITI MALAYA SESI 2017/2018
FASA 1 AKSI'18 : VISIT THE OLD FOLKS Pada 24 Februari 2018, kegiatan Aspirasi Kebajikan Siswa Kurshiah 2018 (AKSI'18) telah menganjurkan program Fasa 1 iaitu 'VISIT THE OLD FOLKS' dengan jayanya. Terdapat seramai 175 orang penghuni Rumah Seri Kenangan Cheng yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan berusia dalam lingkungan 60-80 tahun. Kehadiran 35 orang AJK AKSI'18 dan 5 orang peserta, yang diterajui oleh saudari Nur Afifa binti Azlee selaku pengarah AKSI'18 telah disambut dengan perasaan penuh gembira oleh warga emas di situ. Antara aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang program ini adalah; 1. Aktiviti senaman ringan dan sukaneka bersama warga emas di Pantai Klebang, 2. Menyantuni warga Rumah Seri Kenangan Cheng di kawasan kediaman mereka, 3. Gotong-royong membersihkan kawasan dan menanam pokok bunga, 4. Mengecat mural pada sebuah dinding blok Rumah Seri Kenangan Cheng, 5. Sesi menonton tayangan filem klasik dan karaoke bersama warga emas. Majlis penutupan Fasa 1 AKSI'18 pula telah dihadiri oleh wakil pihak pengurusan Rumah Seri Kenangan Cheng, Puan Nooradilah binti Nordin dan disempurnakan oleh Dr. Mohamad Azrien bin Mohamed Adham selaku felo Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah. Sewaktu majlis tersebut, pihak AKSI'18 juga berkesempatan untuk menyumbang beberapa barang keperluan seharian dan 3 buah kerusi roda kepada Rumah Seri Kenangan Cheng. Diharapkan program ini berjaya menerapkan rasa empati, kasih sayang dan syukur dalam diri mahasiswa/i yang telah terlibat menerusi keprihatinan terhadap golongan yang dianggap seperti ibu bapa mereka sendiri.
FASA 2 AKSI'18 : KINDNESS IS FREE Pada 4 Mac 2018, kegiatan Aspirasi Kebajikan Siswa Kurshiah (AKSI'18) dengan jayanya telah menganjurkan program Fasa 2 AKSI'18 iaitu 'Kindness Is Free' di Taman Botani Negara, Shah Alam. Program kali ini telah disertai oleh warga Jasmine Ash Shams Education Centre (JASEC) yang terdiri daripada 38 orang kanak-kanak Syria (lingkungan umur 9-17 tahun) serta 5 orang guru pengiring mereka. Selain itu, pihak penganjur AKSI'18 pula hadir bersama 35 orang AJK dan 8 orang peserta, diketuai pengarahnya, saudari Nur Afifa Binti Azlee. Interaksi antara kedua-dua belah pihak sangat meriah dan menggalakkan walaupun Bahasa Inggeris digunakan sepenuhnya sebagai medium untuk berkomunikasi sepanjang program berlangsung. Antara aktiviti menarik yang dijalankan adalah; 1. Menyambut ketibaan kanak-kanak Syria bersama maskot rasmi KKTK, Si Kurshiah. 2. Sesi berkenalan antara para peserta dan aktiviti 'ice-breaking' 3. Aktiviti QR-Race (Explorace menggunakan QR code) dengan setiap 'check point' diadakan di pelbagai lokasi menarik di dalam Taman Botani Negara, Shah Alam. 4. Menikmati juadah Nasi Arab 5. Sesi Latihan dalam Kumpulan (LDK) 6. Sesi Perkongsian bersama kanak-kanak Syria Majlis penutupan Fasa 2 AKSI'18 pula telah dirasmikan oleh Dr. Mohamad Azrien bin Mohamed Adham selaku felo Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah (KKTK). Majlis turut dihadiri oleh Tenaga Pengurusan JASEC yang diterajui oleh Encik Hasrol Sazli Bin Abdul Khail dan pengerusi JKP Kebajikan dan Kemasyarakatan KKTK, saudara Muhammad Shahrizan Bin Mohamad Hazali. Majlis turut diselangi dengan sesi tayangan video montaj sepanjang program, sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang aktiviti QR-Race dan sesi penyerahan sumbangan kepada pihak JASEC daripada AKSI'18. Diharapkan program ini berjaya membentuk nilai prihatin dan semangat insaniah dalam diri mahasiswa/i UM yang terlibat menerusi aktiviti mereka bersama dengan kanak-kanak Syria, di samping lebih cakna terhadap isu Syria yang terkini.
FASA 3 AKSI'18 : AKTIVITI BERSAMA PERSATUAN KEBAJIKAN KANSER BERSATU MALAYSIA - CANCER FIGHTERS Pada 17 Mac 2018, kegiatan Aspirasi Kebajikan Siswa Kurshiah 2018 (AKSI'18) dengan jayanya telah menganjurkan program fasa 3 AKSI'18 iaitu Aktiviti Bersama Persatuan Kebajikan Kanser Bersatu Malaysia (Cancer Fighters) di Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah Universiti Malaya. Objektif utama program ini adalah untuk menggalakkan warga Universiti Malaya mendapatkan pemahaman yang lebih jelas tentang risiko dan bahaya kanser. Selain ahli-ahli Persatuan Kebajikan Kanser Bersatu Malaysia, program ini juga telah disertai oleh peserta yang terdiri daripada pelajar antarabangsa yang membuat pengajian di UM. Antara aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang program adalah 1. Menyambut ketibaan para peserta bersama maskot rasmi KKTK, Si Kurshiah. 2. Sesi berkenalan dan aktiviti 'Ice-breaking'. 3. Aktiviti Latihan dalam Kumpulan (LDK) 4. Sesi ceramah tentang kanser bersama Tuan Nor Azmi bin Jalaludin, Pengerusi Persatuan Kebajikan Kanser Bersatu Malaysia. Majlis penutupan fasa 3 AKSI'18 telah dirasmikan oleh Ustazah Zazmin binti Abu Bakar selaku felo Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah (KKTK). Majlis ini dihadiri oleh Tuan Nor Azmi bin Jalaludin, pengerusi JKP Kebajikan dan Kemasyarakatan KKTK, Muhammad Shahrizan bin Mohammad Hazali. Majlis turut diselangi dengan sesi tayangan video montaj program fasa 1 hingga 3, dan penyampaian cenderamata kepada Pihak Persatuan Kebajikan Kanser Bersatu Malaysia. Diharapkan program ini berjaya melahirkan mahasiswa/i UM yang prihatin terhadap golongan yang memerlukan khidmat sokongan moral dan kasih sayang, di samping dapat menambahkan pengetahuan tentang risiko dan bahaya kanser. Pihak AKSI'18 ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan atau memeriahkan ketiga-tiga fasa program AKSI'18 pada tahun ini. Semoga program ini dapat memberi lebih banyak manfaat kepada masyarakat secara amnya di masa yang akan datang.