PB CHINA AUSTRALIA EQUITY FUND

dokumen-dokumen yang mirip
PB ASIA EMERGING GROWTH FUND

PUBLIC INDUSTRY GROWTH FUND PUBLIC DANA TUMBUH INDUSTRI (PINDGF)

PUBLIC ISLAMIC GLOBAL EQUITY FUND

PUBLIC GROWTH BALANCED FUND PUBLIC DANA TUMBUH IMBANG (PGRBF)

PB ISLAMIC ASIA EQUITY FUND

PUBLIC ISLAMIC ASIA TACTICAL ALLOCATION FUND PUBLIC DANA ALOKASI TAKTIKAL ASIA ISLAMIK (PIATAF)

Public Mutual Private Retirement Scheme (PRS) Conventional Series (Public Mutual Skim Persaraan Swasta (PRS) Siri Konvensional)

Public Mutual Private Retirement Scheme (PRS) Conventional Series (Public Mutual Skim Persaraan Swasta (PRS) Siri Konvensional)

Public Mutual Private Retirement Scheme (PRS) Shariah-based Series (Public Mutual Skim Persaraan Swasta (PRS) Siri Berlandaskan Syariah)

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

RISALAH KETERANGAN PRODUK

RISALAH KETERANGAN PRODUK

RISALAH KETERANGAN PRODUK

AMANAH HARTANAH BUMIPUTERA (Ditubuhkan pada 20 Oktober 2010)

TAKAFULINK DANA EKUITI PROFIL DANA 2015

AMANAH HARTANAH BUMIPUTERA (Ditubuhkan pada 20 Oktober 2010)

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

TAKAFULINK DANA BON PROFIL DANA 2015

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

SKIM PERSARAAN SWASTA PRIVATE RETIREMENT SCHEMES (PRS)

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

Pengurusan Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

PELABURAN DWI-MATA WANG-i

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

Akaun Pelaburan Wafiyah

4. Apakah senario yang mungkin mencetuskan perubahan pada IBR?

TAKAFULINK DANA SIMPANAN PROFIL DANA 2015

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Seminar Unit Amanah. Siti Uraidah Udin

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Permohonan Kemudahan Pembiayaan Peribadi Xpress Cash-i

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Ke Arah Menjadi Remisier

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

Lembaran Fakta Dana. Dana Income Plus Select Balanced Fund Select Bond Fund Select Dividend Fund

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

Berurusan dengan Pengantara Takaful

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Cara-cara permohonan Kad Debit i-kopenas/bank Rakyat

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

TERMA & SYARAT. KEMPEN ASNB HB & DT RHB Bank

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Tarikh : 21/01/2015. Jumlah Dilindungi. 1. Kematian dan Hilang Keupayaan Kekal Bagi setiap RM10, Perbelanjaan Pengkebumian RM1,000.

Overdraf. November 2017

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

Set lengkap penyata kewangan ini boleh didapati daripada laman web Syarikat di

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

TERMA & SYARAT. Kempen Amanah Saham Nasional Berhad Harga Berubah (ASNB HB) & Deposit Tetap atau Komoditi Murabahah Deposit-i (DT/KMD-i) RHB

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

HELAIAN PENERANGAN PRODUK

Elitelink Pilih perlindungan paling bersesuaian dengan gaya hidup anda dan kemewahan berterusan.

TAKAFULINK DANA EKUITI DINASTI PROFIL DANA 2015

1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

PELAN SEMUA-DALAM-SATU YANG MERANGKUMI SEGALA KEPERLUAN PERLINDUNGAN DAN PELABURAN ANDA

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

SYNERGY CARDS SDN BHD

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

TERMA DAN SYARAT YANG MENGAWAL KEMPEN PB GOLDEN FORTUNE

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

GANJARAN KEPADA SI MANJA ANDA DENGAN HADIAH PENDIDIKAN

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK

Tempoh pinjaman begantung kepada tujuan pembiayaan dimana secara umum adalah di antara 5 hingga 15 tahun. : RM 1,

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

Transkripsi:

PB-17 30 November 2017 PB CHINA AUSTRALIA EQUITY FUND PENYATAAN TANGGUNGJAWAB Helaian Penting Produk ini telah diteliti dan diluluskan oleh pengarah-pengarah Public Mutual Berhad dan mereka secara bersama dan berasingan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas ketepatan maklumat. Setelah membuat semua pertanyaan yang munasabah, mereka mengesahkan bahawa berdasarkan pengetahuan dan kepercayaan mereka, tidak terdapat kenyataan palsu atau mengelirukan, atau ada fakta lain yang ketinggalan yang akan menjadikan sebarang kenyataan di dalam Helaian Penting Produk ini palsu atau mengelirukan. PENYATAAN PENAFIAN Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah membenarkan/mengiktiraf penerbitan PB China Australia Equity Fund dan satu salinan Helaian Penting Produk ini telah diserah simpan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Kebenaran yang diberikan untuk PB China Australia Equity Fund dan penyerah simpanan Helaian Penting Produk ini, tidak harus dianggap bahawa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengesyorkan PB China Australia Equity Fund, atau bertanggungjawab untuk ketepatan kenyataan atau pendapat atau laporan yang dinyatakan di dalam Helaian Penting Produk ini. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang ketakdedahan bagi pihak Public Mutual Berhad, yang bertanggungjawab untuk PB China Australia Equity Fund dan tidak mengambil tanggungjawab ke atas kandungan Helaian Penting Produk ini. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak mengesahkan ketepatan atau kesempurnaan Helaian Penting Produk ini, dan secara jelas menolak sebarang liabiliti yang terbit daripada atau bersandarkan kepada seluruh atau mana-mana bahagian kandungannya. Helaian Penting Produk ini adalah terjemahan daripada versi Bahasa Inggeris. Jika terdapat sebarang perbezaan kandungan, Helaian Penting Produk versi Bahasa Inggeris dianggap muktamad. HELAIAN PENTING PRODUK Helaian Penting Produk (PHS) ini hanya memaparkan ciri-ciri utama dan risiko dana amanah saham ini. Pelabur adalah dinasihatkan untuk meminta, membaca dan memahami prospektus dana sebelum membuat keputusan untuk melabur. Apakah produk ini? Jenis produk Nama dana Modal dilindungi atau dijamin Pengurus dana Pemegang amanah dana Pengedar dana MAKLUMAT RINGKAS PRODUK Dana amanah saham PB China Australia Equity Fund (PBCAUEF) Tidak Public Mutual Berhad AmanahRaya Trustees Berhad Ejen Amanah Saham Institusi (IUTA), iaitu Public Bank Berhad Apakah yang saya melabur? Kategori dana Objektif dana Ekuiti CIRI-CIRI UTAMA PRODUK Bertujuan untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur dalam portfolio saham China dan Australia yang terpelbagai. Nota: Jangka sederhana hingga panjang merujuk kepada tempoh 3 tahun atau lebih. Alokasi Aset Ekuiti 75% hingga 98% daripada nilai aset bersih (NAB) dana Baki NAB dana boleh dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Jika prospek bagi pasaran ekuiti tidak menggalakkan, pendedahan ekuiti boleh dikurangkan kepada julat yang lebih rendah daripada yang dinyatakan di atas sebagai strategi defensif sementara. Aset asing 1 Sehingga 98% daripada NAB dana

Apakah yang saya melabur? (samb ) Lokasi Aset China Australia Hong Kong Siapakah yang sesuai untuk dana ini? Profil pelabur Mana-mana pasaran lain yang dibenarkan di mana pihak berkuasa berperaturan merupakan ahli biasa atau ahli bersekutu International Organization of Securities Commissions. KESESUAIAN PRODUK Dana ini sesuai untuk pelabur jangka sederhana hingga panjang yang boleh bertahan kenaikan dan penurunan pasaran saham dalam mencapai pertumbuhan modal. RISIKO-RISIKO UTAMA Apakah risiko-risiko utama yang berkaitan dengan produk ini? Risiko pasaran Risiko sekuriti tertentu Risiko kecairan Risiko mata wang Risiko negara Risiko pasaran merujuk kepada kemungkinan pelaburan akan kehilangan nilai akibat penurunan umum dalam pasaran kewangan yang disebabkan oleh keadaan ekonomi, politik dan/atau lain-lain faktor yang akan menyebabkan penurunan dalam NAB dana. Harga sesuatu sekuriti tertentu mungkin berubah sebagai tindak balas kepada keadaan yang memberi kesan kepada syarikat individu. Oleh itu, penggerakan harga yang buruk sesuatu sekuriti tertentu di mana dana melabur boleh menjejaskan NAB dan harga unit dana. Risiko kecairan merujuk kepada kemudahan untuk mencairkan aset bergantung kepada jumlah aset yang diniagakan di pasaran. Jika dana memegang aset yang tidak cair atau yang sukar untuk dilupuskan, nilai dana akan menerima kesan negatif apabila aset tersebut terpaksa dijual pada harga yang kurang memuaskan. Jika dana melabur dalam mata wang atau aset yang diukur dalam mata wang asing, dana mungkin akan terdedah kepada risiko turun naik mata wang. Jika nilai mata wang denominasi pelaburan menyusut berbanding dengan mata wang tempatan, NAB dana boleh terjejas begitu juga sebaliknya. Bagi mengurangkan risiko tersebut, dana ini boleh menggunakan strategi perlindungan nilai. Walau bagaimanapun, dana tidak akan mendapat manfaat daripada sebarang potensi peningkatan jika mata wang bergerak ke arah yang bertentangan dengan strategi lindung nilai. Pelaburan dana di sesebuah negara mungkin akan terjejas oleh perubahan keadaan ekonomi dan politik, sekatan penghantaran balik mata wang atau perkembangan lain dalam undang-undang atau peraturan negara di mana dana melabur. Sebagai contoh, keadaan ekonomi sesebuah negara yang merosot boleh memudaratkan nilai pelaburan dana di negara-negara tersebut. Ini seterusnya boleh menyebabkan NAB dana atau harga unit jatuh. Anda dinasihatkan untuk membaca prospektus dana dan memahami risiko yang terlibat dan, jika perlu, berunding dengan penasihat profesional anda sebelum melabur. Apakah yuran dan caj yang terlibat? Caj jualan Caj penebusan Caj tukar ganti YURAN & CAJ Sehingga 5.5% daripada NAB seunit. Pengurus boleh mengikut budi bicaranya untuk mengenakan caj jualan yang lebih rendah. Tiada Yuran tukar ganti sehingga 0.75% daripada NAB seunit atau minimum RM50 akan dikenakan sekiranya unit ditukar ganti keluar dari dana dalam masa 90 hari dari tarikh pembelian atau tukar ganti unit ke dalam dana. Yuran tukar ganti ini akan disimpan oleh dana. 2

Apakah yuran dan caj yang terlibat? (samb ) Caj tukar ganti (samb ) Caj pemindahan Yuran pengurusan Yuran pemegang amanah Yuran tukar ganti sehingga RM25* akan dikenakan sekiranya unit ditukar ganti keluar dari dana selepas 90 hari dari tarikh pembelian atau tukar ganti unit ke dalam dana. Nota: * Berkuat kuasa dari 1 Januari 2018, yuran tukar ganti sehingga RM50 akan dikenakan. RM25 setiap pemindahan. Nota: Berkuat kuasa dari 1 Januari 2018, caj sehingga RM50 akan dikenakan untuk setiap pemindahan. 1.60% setahun daripada NAB. 0.06% setahun daripada NAB, tertakluk kepada yuran minimum sebanyak RM18,000 dan yuran maksimum RM600,000 setahun. Nota: Semua yuran dan caj di atas tertakluk kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang perlu dibayar oleh anda. Terdapat yuran dan caj yang terbabit dan anda dinasihatkan mempertimbangkannya sebelum membuat pelaburan dalam dana. PRESTASI PBCAUEF Pulangan Tahunan Purata bagi tempoh berikut berakhir 31 Ogos 2017 1 Tahun 3 Tahun 5 Tahun Sejak Permulaan* PBCAUEF (%) 24.50 17.51 20.94 6.68 Indeks penanda aras (%)** 26.39 13.75 15.00 7.17 Jumlah Pulangan Tahunan bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Ogos 2011* 2012 2013 2014 2015 2016 2017 PBCAUEF (%) -11.84-17.04 18.80 12.92 18.20 3.72 24.50 Indeks penanda aras (%)** -12.76 0.46 12.29 10.28 7.28 4.23 26.39 Ulasan Prestasi Dana 1 Tahun PBCAUEF mencatatkan jumlah pulangan sebanyak +24.50% bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2017 berbanding dengan pulangan penanda aras sebanyak +26.39% dalam tempoh yang sama. Nota: * Angka yang ditunjukkan ialah untuk tempoh sejak permulaan dana (22 Mac 2010). ** Penanda aras dana ialah indeks komposit 50% Indeks MSCI China Free dan 50% Indeks S&P/ASX 200. Pengiraan pulangan di atas adalah berasaskan NAB kepada NAB, dan sumbernya diperoleh daripada Lipper. Pulangan tahunan purata dana diperoleh dengan membahagikan jumlah pulangan dana dengan bilangan tahun bawah kajian. Tarikh permulaan ialah hari terakhir tempoh tawaran awal. Nisbah Pusing Ganti Portfolio (PTR) 3 2015 2016 2017 PTR (kali) 0.66 0.61 0.64 PTR dana berkurangan daripada 0.66 kali pada tahun kewangan berakhir 2015 kepada 0.61 kali pada tahun kewangan berakhir 2016 disebabkan tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih rendah. Bagi tahun kewangan berakhir 2017, PTR dana kemudiannya meningkat kepada 0.64 kali disebabkan tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih tinggi yang dilaksanakan oleh dana. Agihan 2015 2016 2017 Agihan kasar seunit (sen) 1.00 1.50 1.75 Agihan bersih seunit (sen) 1.00 1.50 1.75 Agihan adalah dalam bentuk tunai. PRESTASI DANA PADA MASA LALU TIDAK MENJADI PETUNJUK UNTUK PRESTASI MASA HADAPAN.

MAKLUMAT TAMBAHAN Penilaian NAB dana ini dikira dan harga unit disiarkan pada setiap hari urus niaga di www.publicmutual.com.my. Pembelian dan penebusan unit Anda boleh membeli dan menebus unit dana pada mana-mana hari urus niaga pada NAB dana yang ditentukan seterusnya. Pelaburan permulaan Pelaburan permulaan minimum*: RM1,000. Pelabur yang merupakan pelanggan Public Mutual Online (PMO) boleh membeli unit dana secara dalam talian. Sekiranya anda bukan pelanggan PMO dan ingin menjadi pelanggan PMO, sila hantarkan borang permohonan PMO secara peribadi di mana-mana pejabat cawangan Public Mutual Berhad atau Public Bank Berhad atau Ibu Pejabat Public Mutual Berhad. Jika sebaliknya, sila hantarkan borang permohonan pelaburan yang lengkap bersama-sama dengan cek kepada mana-mana cawangan Public Bank Berhad. Untuk pelabur kali pertama Public Mutual Berhad, anda dikehendaki mengisi borang pelabur baru. Nota: * Pengurus boleh mengubah jumlah minimum pelaburan permulaan dari masa ke semasa. Pelaburan tambahan Pelaburan tambahan minimum: RM100. Anda boleh melabur secara berkala melalui PMO, arahan debit terus kepada bank atau dengan membuat deposit cek ke dalam akaun kutipan yang terdapat di Public Bank Berhad. Bagaimana Anda Perlu Menulis Cek Pelabur Individu Pelaburan Permulaan Pelaburan Tambahan Cek mestilah dibayar kepada: Public Mutual Berhad - Nombor Kad Pengenalan Baru Pemegang Pertama. Public Mutual Berhad - Nombor Akaun Dana yang Disasarkan atau Public Mutual Berhad - Nombor Kad Pengenalan Baru Pemegang Pertama. Bagi pelabur korporat, cek bagi pelaburan permulaan mestilah dibayar kepada Public Mutual Berhad - Nombor Pendaftaran Syarikat Anda. Cek bagi pelaburan tambahan mestilah dibayar kepada Public Mutual Berhad - Nombor Akaun Dana yang Disasarkan atau Nombor Pendaftaran Syarikat Anda. Sila tulis nama, nombor kad pengenalan baru/nombor pasport/nombor pendaftaran syarikat dan nombor telefon anda di belakang cek. Hak bertenang Hanya untuk pelabur kali pertama Public Mutual Berhad. Permintaan anda mesti dihantar kepada pejabat cawangan Public Bank Berhad di mana anda membeli unit anda, dalam tempoh 6 hari urus niaga dari tarikh borang permohonan pelaburan dan bayaran diterima oleh Public Mutual Berhad. Bayaran balik penuh akan dibayar dalam tempoh 10 hari dari tarikh perlaksanaan hak ini. Bayaran balik bagi setiap unit yang dipegang adalah jumlah harga unit pada hari unit dibeli dan caj jualan (dan GST) yang dikenakan pada hari unit dibeli. Perbadanan atau institusi, kakitangan Pengurus dan sesiapa yang berdaftar untuk berurus niaga dalam dana amanah saham tidak layak untuk hak bertenang ini. Penebusan Unit penebusan minimum: 1,000 unit. Anda boleh melaksanakan permohonan penebusan anda melalui PMO atau dengan mengisi dan menyerahkan borang belian balik pada mana-mana hari perniagaan kepada pejabat cawangan Public Mutual Berhad atau Public Bank Berhad yang terdekat atau Ibu Pejabat Public Mutual Berhad. Hasil penebusan anda akan dibayar dalam tempoh 10 hari dari tarikh penerimaan permohonan anda. Jika penebusan separa menyebabkan baki di dalam akaun anda dengan dana kurang daripada 1,000 unit, Pengurus boleh menebus keseluruhan akaun. 4

ANDA DILARANG MEMBUAT BAYARAN TUNAI UNTUK PELABURAN PERUNDING AMANAH SAHAM DAN KAKITANGAN PUBLIC MUTUAL BERHAD TIDAK DIBENARKAN MENERIMA PELABURAN DALAM BENTUK TUNAI DALAM APA JUA KEADAAN. Public Mutual Berhad tidak akan bertanggungjawab ke atas kerugian yang ditanggung sekiranya anda memberi wang tunai kepada perunding amanah saham atau kakitangan kami. ANDA DILARANG MEMBUAT BAYARAN TUNAI KEPADA PERUNDING AMANAH SAHAM ATAU KAKITANGAN PUBLIC MUTUAL BERHAD. BNM/21/12-2016 ANDA DILARANG MENGELUARKAN CEK DI ATAS NAMA PERUNDING AMANAH SAHAM ATAU KAKITANGAN PUBLIC MUTUAL BERHAD. MAKLUMAT HUBUNGAN Siapakah yang perlu saya hubungi untuk maklumat lanjut mengenai dana? Untuk maklumat berkaitan dana, anda boleh berunding/menghubungi: Wakil korporat Public Bank Berhad yang berdaftar dengan Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM); Talian Perkhidmatan Pelanggan Public Bank Berhad di 1-800-22-9999; atau Talian Perkhidmatan Pelanggan Public Mutual Berhad di 03-6207 5000. Siapakah yang perlu saya hubungi untuk membuat aduan? 1. Bagi penyelesaian pertikaian dalaman, anda boleh menghubungi Talian Perkhidmatan Pelanggan Public Bank Berhad di 1-800-22-9999 atau Talian Perkhidmatan Pelanggan kami di 03-6207 5000. 2. Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan proses penyelesaian pertikaian dalaman, sila rujuk pertikaian anda kepada Securities Industry Dispute Resolution Center (SIDREC): (a) melalui telefon kepada : 03-2282 2280 (b) melalui faks kepada : 03-2282 3855 (d) melalui surat kepada : info@sidrec.com.my : Securities Industry Dispute Resolution Center (SIDREC) Unit A-9-1, Level 9, Tower A Menara UOA Bangsar No. 5, Jalan Bangsar Utama 1 59000 Kuala Lumpur 3. Anda juga boleh membuat aduan terus kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) walaupun anda telah memulakan proses penyelesaian pertikaian dengan SIDREC. Untuk membuat aduan, sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan SC: (a) melalui telefon kepada Aduan Hotline di : 03-6204 8999 (b) melalui faks kepada : 03-6204 8991 : aduan@seccom.com.my (d) melalui borang aduan dalam talian yang tersedia di www.sc.com.my (e) melalui surat kepada : Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia No. 3, Persiaran Bukit Kiara Bukit Kiara 50490 Kuala Lumpur 4. Biro Aduan FIMM: (a) melalui telefon kepada : 03-2092 3800 (b) melalui faks kepada : 03-2093 2700 : complaints@fimm.com.my (d) melalui borang aduan dalam talian yang tersedia di www.fimm.com.my (e) melalui surat kepada : Legal, Secretarial & Regulatory Affairs Federation of Investment Managers Malaysia 19-06-01, 6 th Floor Wisma Tune No. 19 Lorong Dungun Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur PHS ini akan dikemaskini pada 30 November 2018. Anda boleh merujuk kepada laman web kami di www.publicmutual.com.my untuk PHS yang telah dikemaskini. PB-17B6 5