JABATAN UKUR BANGUNAN FAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PEMULIHARAAN RUMAH MELAYU TRADISIONAL TERENGGANU Satu dissertasi yang disediakan sebagai memenuhi Sebahagian dari syarat untuk penganugerahan Sarjana Muda Ukur Bangunan (Kepujian) DISEDIAKAN OLEH SESSI ROSlAN BIN AWANG 1999/2000
JABATAN UKUR BANGUNAN FALKUTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAHALAM DISSERTASI BSV 695 PENGESAHAN PEMBETULAN DISSERTASI 'Dengan ini adalah disahkan bahawa pelajar berkenaan telah membuat pembetulan seperti yang di arahkan dan seterusnya dibenarkan menjilid dissertasi beliau'. Nama : Roslan bin Awang No. Pelajar : 98025305 Tajuk Dissertasi : Pemuliharaan Rumah Melayu Tradisional Terengganu Semester : 04/2000 Nama Penyelia : Encik Amran bin Abdul Rahman landa Tangan Tarikh
ABSTRAK 1.0 PENGENALAN Pemuliharaan rumah-rumah tradisional Melayu adalah panting sebagai suatu unsur di dalam mengekalkan senibina warisan bangsa dan budaya tamadun bangsa Melayu di negars ini. Ini kerana, rumah Melayu tradisional adalah suatu warisan senibina tempatan sebagai rumah kediaman yang mempunyai pelbagai unsur keunikan tersendiri dan istimewa, di mana bermula peringkat perancangan pembinaan, pemilihan tapak, orientasi, takwin pembinaan, penggunaan bahan dan sebagainya sehingga rumah itu siap didiami. Keunikan ini melibatkan pertalian dengan penggunaan unsur-unsur kepercayaan agama, adat-resam, pantang-iarang, semangat di mana ianya menjadi pegangan dan pengaruh yang mendalam terhadap penghuni yang mendiami rumah melayu tradisional ini disamping kehalusan nilai seni ketukangan.
ii Sejarah terserlahnya senibina Melayu tradisional ini bermula daripada Zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan pembinaan istana-istana, dan seterusnya kepada pemerintahan kesultanan Melayu negeri-negeri di Semenanjung. Terdapat juga kelompokkelompok rumah-rumah mempunyai rekabentuk senibina mengikut etnik-etnik pendatang seperti Bugis, Jambi dan lainnya, wujud disetengah-setengah daerah di Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Kelantan, Kedah dan lain-lain lagi. Penjajahan oleh Portugis, Belanda dan Inggeris telah menukar bahan binaan dari kayu kepada batu-bata memberi kesan kepada senibina tradisional yang lebih gamar kepada binaan bangunan batu dengan ciri-ciri rekabentuk senibina nagars asing terutama berlaku di zaman penjajahan Inggeris. Di mana banyaknya didirikan bangunan-bangunan, rumah-rumah kediaman berunsurkan binaan batu dengan rekabentuk berlawanan dengan rumah tradisional bercirikan senibina tempatan. Kessn daripada faktur penjajahan ini telah mencabar terhadap 'survival' rumah melayu tradisional ini di antaranya adalah:
iii rupabentuk yang dikatakan agak menarik dengan pelbagai istilah senibina seperti Neo-classical, Art-Deco, Renaissance dan sebagainya talah menambat hati orang Melayu terutama daripada 9010ngan bangsawan yang menganggapnya lambang darjat dan status. Terdapatnya bahan-bahan binaan seperti batu-bata mudah diperolehi dan binaannya lebih cepat dilakukan oleh tukanq-. tukang yang mahir terutamanya yang dibawa daripada luar, binaan batu-bata juga adalah dianggap lebih ketahanan dan kukuh seperti dayatahan kebakaran yang baik, serta mudah dijalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikian berbanding dengan kayu. Disamping itu untuk mendapatkan bekalsn kayu yang bermutu agak sukar didapati serta mengambil masa yang panjang memperolehinya dan memerlukan kemahiran yang tinggi untuk melakukan kerjanya. Dengan ini rumah-rumah melayu kian terpinggir, dan menghadapi pelbagai masalah untuk terus tegak di tengah-tengah pembangunan neqara sehingga sekarang.