MATEMATIK (MASALAH PENDENGARAN)

dokumen-dokumen yang mirip
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN DUA

DUNIA SENI VISUAL (MASALAH PENDENGARAN)

PENDIDIKAN KESIHATAN (MASALAH PENDENGARAN)

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

PENDIDIKAN MORAL (MASALAH PENDENGARAN)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PEMBELAJARAN)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MORAL

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

PENDIDIKAN JASMANI (MASALAH PEMBELAJARAN)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN ISLAM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH REKA CIPTA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DRAF MAC KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Kurikulum Kebangsaan

PENDIDIKAN SENI VISUAL

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

PENDIDIKAN SENI KREATIF (MASALAH PEMBELAJARAN)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MUZIK

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

PENDIDIKAN SENI KREATIF (MASALAH PEMBELAJARAN)

KUR. MATEMATIK SEK. RENDAH PERBANDINGAN KBSR & KSSR

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN ISLAM TAHUN DUA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MATEMATIK TAHUN 3 MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (SEKOLAH KEBANGSAAN)

PENDIDIKAN SENI KREATIF

TEKNOLOGI VOKASIONAL - SAINS

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN DUA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

REKAAN DAN JAHITAN PAKAIAN

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN SENI VISUAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENDIDIKAN KESIHATAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN ENAM

KATERING DAN PENYAJIAN

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

KEMENTERIAN PENDIDIKA N MALAYSIA HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN JASMANI

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

PENDIDIKAN KESIHATAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH LANDSKAP DAN NURSERI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH HURAIAN SUKATAN PELAJARAN REKA CIPTA TINGKATAN EMPAT 2002

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN SENI VISUAL

KESUSASTERAAN MELAYU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

AMALAN BAHASA MELAYU

PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA

DRAF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6

DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN PENGUKUHAN

Tutor: En Md Yusoff b Daud

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH MEMBUAT PERABOT

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 5

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS BAHASA MALAYSIA (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN DUA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL PEMBUATAN PERABOT TINGKATAN

KEMAHIRAN ASAS INDIVIDU MASALAH PENGLIHATAN

PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR

Transkripsi:

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MATEMATIK (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN PENGUKUHAN 2010

Kementerian Pelajaran Malaysia KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS [ Masalah Pendengaran ] Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 2010

Cetakan Pertama 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

KANDUNGAN Kandungan Rukun Negara Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Reka Bentuk Kurikulum KSSRPK Kurikulum Modular Berasaskan Standard MUKA SURAT iii iv v vi viii ix Pendahuluan KSSRPK Bahasa Inggeris 1 Standard Kandungan Dan Standard Pembelajaran Matematik Tahun Pengukuhan Nombor dan Operasi 4 Sukatan 7 Bentuk dan Dimensi 8 iii

RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :- KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN iv

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara v

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN Pendahuluan Struktur Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Masalah Pendengaran dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan sama untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup. KSSRPK Masalah Pendengaran bersifat holistik, dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Bagi memenuhi keperluan individu, KSSRPK Masalah Pendengaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Pendidikan Khas, Seksyen 41, Subseksyen (1) (B) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997,yang menyatakan: Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas. KSSRPK Masalah Pendengaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum supaya semua murid menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan. Matlamat Untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa untuk memenuhi tuntutan pendidikan serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa depan. vi

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang Organisasi Kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Elemen-elemen dalam setiap tunjang dijelmakan melalui disiplin ilmu tertentu iaitu: 1. Komunikasi 2. Kerohanian, Sikap dan Nilai 3. Kemanusiaan 4. Sains dan Teknologi 5. Perkembangan Fizikal dan Estetika 6. Keterampilan Diri vii

Sains & Teknologi Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi Perkembangan Fizikal & Estetika Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi Reka Bentuk Kurikulum Komunikasi Penggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil Insan seimbang Keterampilan Diri Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum Kerohanian, Sikap & Nilai Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai Kemanusiaan Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan Rajah 1: Reka Bentuk Kurikulum KSSRPK viii

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD Kurikulum Sekolah Rendah digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap standard kandungan. Standard kandungan dan standard pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid. Kandungan kurikulum disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan modul. Modul terdiri daripada Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif. ix

KSSRPK MATEMATIK PENGENALAN Standard Kurikulum Matematik Sekolah Rendah untuk Tahun Pengukuhan telah digubal bagi menyediakan asas pengetahuan dan kemahiran matematik kepada murid-murid masalah pendengaran. Elemen ini akan menyediakan asas matematik yang kukuh dalam kalangan murid-murid masalah pendengaran. Kandungan matematik dibahagikan kepada empat bidang yang saling berkaitan yang melibatkan nombor dan operasi. Pembelajaran matematik tidak hanya melibatkan penguasaan konsep asas dan kemahiran dalam matematik. Ia melibatkan pemahaman terhadap pemikiran matematik dan strategi umum dalam menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan sikap positif terhadap matematik sebagai suatu yang penting dalam kehidupan seharian. Adalah diharap dengan adanya pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dalam matematik, murid masalah pendengaran boleh meneroka, mengadaptasi dan memodifikasi serta membuat inovasi dalam menghadapi pelbagai cabaran pada masa hadapan. MATLAMAT Kurikulum matematik sekolah rendah bermatlamat untuk menyediakan murid masalah pendengaran memahami konsep nombor dan asas kemahiran dalam matematik yang boleh mereka gunakan dalam pelbagai konteks, dan membina pemikiran matematik, strategi dalam penyelesaian masalah, sikap yang positif serta menghargai peranan matematik dalam kehidupan seharian. OBJEKTIF 1. Memahami dan menggunakan konsep serta kemahiran matematik dalam pelbagai konteks 2. Mengenalpasti dan dapat menghubungkait idea-idea matematik dengan bidang lain dalam kehidupan sebenar. 3. Menyatakan idea-idea matematik secara jelas dengan mengunakan bahasa dan sistem simbol. 4. Menggunakan kemahiran-kemahiran serta pengetahuan matematik untuk digunakan dan diadaptasi dengan pelbagai strategi untuk penyelesaian masalah. 5. Berfikir, mengkaji dan menaakul secara matematik dalam kehidupan seharian. 6. Menggunakan sesuatu untuk melahirkan idea-idea matematik serta kaitannya. 7. Menghargai kepentingan serta keindahan matematik. PENEKANAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Proses pengajaran dan pembelajaran matematik menekankan pemahaman. Murid masalah pendengaran diharapkan dapat menggunakan peraturan, konsep dan proses matematik. Penguasaan dalam matematik akan bercambah apabila murid masalah pendengaran dapat menggunakan pengetahuan matematik yang dipelajari secara fleksibel, boleh mengaplikasikan dalam situasi yang lain. 1. Komunikasi Komunikasi adalah satu cara perkongsian idea dan penjelasan pemahaman matematik. Komunikasi adalah satu proses interaktif yang melibatkan aktiviti seperti berisyarat, mendengar/melihat isyarat, membaca dan memerhati. Apabila murid-murid menaakul tentang matematik bagi menjelaskan apa yang mereka fikir, mereka sebenarnya lebih jelas dan meyakinkan orang lain. 1

Menerima penjelasan orang lain, memberi peluang kepada murid-murid untuk mempertingkatkan pemahaman mereka. Komunikasi di mana idea-idea matematik diterokai dari pelbagai perspektif dapat membantu menajamkan pemikiran murid serta dapat menghubungkaitkan idea-idea mereka. Aktiviti seperti ini dapat membantu murid masalah pendengaran meningkatkan penguasaan bahasa untuk menjelaskan idea matematik serta menghargai keperluan penggunaan bahasa yang betul. Beberapa teknik komunikasi secara lisan/berisyarat yang berkesan dalam matematik : i. Bercerita, bersoal jawab yang menggunakan perkataan / isyarat sendiri. ii. Bertanya ( lisan/ isyarat ) dan menjawab soalan secara lisan/ isyarat. iii. Temubual (isyarat) secara berstruktur atau tidak. iv. Perbincangan dalam forum, seminar, perdebatan dan sesi percambahan minda secara lisan ( isyarat ). v. Pembentangan dapatan tugasan. Penulisan adalah satu proses berkomunikasi di mana idea-idea matematik dan maklumat dikongsi bersama orang lain dalam bentuk tulisan. Penulisan biasanya adalah hasil perbincangan, sumbang saran dan percambahan minda segala dapatan dan pemerhatian serta hubungannya di antara konsep-konsep yang terlibat semasa proses menyiapkan tugasan. Contoh aktiviti penulisan adalah : i. Melakukan latihan. ii. Penyediaan buku skrap. iii. Penyediaan folio. iv. Melaksana projek-projek. 2. Membuat perhubungan Dalam matematik setiap idea tidak berdiri dengan sendirinya, tetapi saling berkaitan. Murid masalah pendengaran sepatutnya digalakkan membuat kaitan di antara idea baru dengan idea yang telah dipelajari. Peluang seharusnya diberi kepada murid masalah pendengaran untuk t mengkaitkan matematik dengan bidang yang lain. Dengan membuat kaitan murid masalah pendengaran boleh menerima matematik secara holistik dan bukan sesuatu yang terpisah. Oleh itu mereka akan membina kefahaman yang lebih mendalam. Guru boleh membantu membuat perhubungan dengan permasalahan berkaitan matematik dalam bilik darjah dengan memberi galakan murid masalah pendengaran berkomunikasi, menghuraikan dan mempersembahkan idea mereka. Apabila kesemua idea idea matematik ada kaitan dengan kehidupan seharian mereka, murid akan bertambah peka dan sedar untuk mengaplikasikannya dalam matematik. Mereka juga boleh menggunakkan konteks matematik yang berbeza dalam kehidupan seharian mereka. 3. Pewakilan Pewakilan adalah satu proses penguasaan konsep matematik atau menghubungkannya dengan elemen yang lain(proses) dan elemen itu sendiri(produk). Berkemahiran dalam matematik membolehkan murid untuk mencari hubungan antara idea-idea matematik yang tidak formal, intiusi dan abstrak dengan menggunakkan bahasa harian mereka (isyarat). Murid akan menyedari bahawa sesetengah kemahiran lebih berkesan sekiranya mereka tahu menggunakan elemen pewakilan matematik. 4. Menggunakan Teknologi. Penggunaan teknologi membantu murid memahami konsep matematik secara mendalam, bermakna dan tepat serta membolehkan mereka meneroka konsep-konsep lain dalam matematik. Penggunaan kalkulator, komputer dan perisian pembelajaran, laman web dan internet dapat membantu meningkatkan kemahiran pedagogi guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. 2

Bagi murid tahun peralihan, penggunaan kalkulator dan peralatan ICT yang lain boleh digunakan sebagai alat bantu pelajaran. Kaedah ini memberi jalan untuk belajar tentang nombor dan sistemnya serta nilai tempat. Walau bagaimanapun pada tahap ini pelajar tidak digalakkan menggunakan kalkulator sebagai alat mengira. PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Proses pengajaran perlu mengambil kira pengalaman murid yang hendak dibangunkan dan memahami konsep matematik, kemahiran dan peraturan matematik itu sendiri. Penggunaan bahan bantu mengajar perlu jelas untuk membentuk konsep pemahaman dalam matematik. Guru boleh menggunakan bahan maujud untuk membantu murid menggarap pengalaman, ideaidea abstrak, membina intevensi-intevensi, keyakinan diri, menggalakan keupayaan kendiri dan menyemai semangat kerjasama. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan perlu mengandungi elemen dinostik supaya murid dapat mengetahui berapa jauh kefahaman. Kemahiran, dan konsep mereka. Bagi membantu murid mempunyai sifat-sifat positif dan dasar nilai matematik, keyakinan dan berfikir secara sistematik untuk digunakan dalam proses pembelajaran. Nilai-nilai murni boleh disemai melalui konteks. Sebagai contoh proses pembelajaran secara berkumpulan boleh membina kemahiran bersosial dan menggalakkan kerjasama serta keyakinan diri. Elemen patriotik boleh juga ditanam melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan topiktopik terancang. Kesemua nilai murni ini perlu diterapkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Di antara pendekatan yang boleh digunakan ialah: i. Proses pengajaran menarik yang berpusatkan kepada murid. ii. Kebolehan belajar dan gaya belajar. iii. Penggunaan material yang releven sesuai serta efektif. iv. Pembentukan penilaian untuk mengenalpasti keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. v. Pemilihan pendekatan yang sesuai akan melonjakkkan persekitaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mahupun di luar. PENILAIAN Penilaian adalah penting proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian tidak boleh dilihat hanya hasil pembelajaran (sumatif),tetapi juga perlu dilihat secara kesinambungan (formatif) yang mana, guru menyediakan datadata kebolehan murid secara standard. Berpandukan kaedah penetapan kemahiran yang perlu dikuasai, kekuatan dan kelemahan murid dapat dinilai. Perbezaan cara penilaian boleh dijalankan menggunakan beberapa teknik penilaian. Penilaian ini boleh juga secara temuramah, pertanyaan secara terbuka dan tertutup, pemerhatian dan pemberian tugasan. Proses penilaian kurikulum asas standard termasuk : i. Penilaian secara formatif dan sumatif. ii. Pelbagai kaedah penilaian termasuk penulisan dan lisan. iii. Penilaian tugasan yang membenarkan murid untuk mempamerkan pengetahuan termasuk kriteria dalam penilaian. iv. Perkembangan penilaian menunjukkan peningkatan terhadap pencapaian standard. v. Penilain tugasan secara integrasi dan tidak hanya mengandungi keputusan akhir. 3

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN PENGUKUHAN NOMBOR DAN OPERASI Mengira, Susunan Nombor dan Turutan Nombor STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 1.0 Membandingkan dua kumpulan objek. 1.1 Membanding dua kumpulan objek dan tanpa mengira, nyatakan kumpulan yang i) banyak atau sedikit ii) lebih, kurang, atau sama banyak 2.0 Mengira objek dalam set diberi dan menulis nombor yang berkaitan. 2.1 Mengira sehingga 50, menggunakan turutan pengiraan yang betul. 2.2 Membaca(berisyarat) dan menulis nombor sehingga 50 dalam bentuk nombor dan perkataan. 3.0 Memahami dan menggunakan perkataan membandingkan dan menyusun nombor atau bilangan. 3.1 Menyebut (isyarat) nombor bulat mengikut turutan menaik dari 0 sehingga 50, turutan menurun dari 50 ke 0. 3.2 Menyebut (isyarat) nombor lebih daripada 1 atau kurang, mana mana nombor yang diberi. 3.3 Menyusun nombor-nombor yang diberi dalam lingkungan 20 mengikut turutan. 3.4 Membandingkan dua nombor yang diberi sehingga 20 dan sebut (isyarat) mana yang lebih. 4

NOMBOR DAN OPERASI Mengira, Susunan Nombor dan Turutan Nombor STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 4.0 Memahami notasi nombor dan nilai tempat. 4.1 Membilang mengikut nilai tempat secara puluh dan sa sehingga 50, dan menulis mengikut nilai tempat. 5.0 Memahami turutan nombor. 5.1 Membilang mengikut langkau 1,2, 5 dan 10 dari mana-mana nombor hingga 50. 5.2 Membilang secara turutan menurun satu demi satu hingga 20. 6.0 Memahami anggaran. 6.1 Memberi satu nombor anggaran yang boleh dikenalpasti dengan membilang bilangan objek. 5

NOMBOR DAN OPERASI Operasi Tambah dan Operasi Tolak STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 7.0 Memahami kosa kata yang berkaitan dengan operasi tambah dan operasi tolak. 7.1 Mengenalpasti penambahan adalah gabungan dua atau lebih kumpulan untuk mendapatkan satu jumlah atau sebagai langkah-langkah sepanjang rangkaian nombor. 7.2 Menyatakan pasangan nombor yang berkemungkinan memberi jumlah nombor kurang daripada 10 yang diberi. 7.3 Menulis ayat Matematik bagi operasi menambah dengan menggunakan simbol + dan = 7.4 Mengenalpasti bahawa dengan menambah 0 kepada sebarang nombor nilai asalnya tidak akan berubah. 7.5 Mengenalpasti bahawa operasi tolak adalah mengeluarkan atau mengasingkan nilai asalnya. 7.6 Mengenalpasti bahawa dengan menolak 0 daripada sebarang nombor nilai asalnya tidak akan berubah. 7.7 Menulis ayat matematik bagi operasi tolak. 8.0 Memahami dan menggunakan kosa kata yang berkaitan dengan wang. 8.1 Mengenalpasti nilai muka bagi duit syiling dan wang kertas yang berbeza. 8.2 Menukar ganti sejumlah wang dalam bentuk sen sehingga RM 1 8.3 Menukar ganti sejumlah wang dalam bentuk ringgit sehingga RM 50. 6

SUKATAN Masa, Panjang, Berat dan Isipadu STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 9.0 Memahami dan menggunakan kosa kata yang berkaitan dengan masa. 9.1 Namakan (Isyarat ) hari dalam seminggu mengikut turutan. 9.2 Namakan (Isyarat ) bulan dalam setahun mengikut turutan. 10.0 Memahami dan menggunakan kosa kata yang berkaitan dengan panjang, berat dan isipadu. 10.1 Menggunakan perkataan untuk menerangkan panjang dan jarak, berat dan Isipadu. 10.2 Menggunakan perbandingan terus untuk membandingkan : * jarak antara dua objek. * berat antara dua objek. * Isipadu antara dua objek. 7

BENTUK DAN DIMENSI Bentuk 2 Dimensi dan 3 Dimensi STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 11.0 Memahami dan menggunakan kosa kata yang berkaitan dengan bentuk 2-D dan 3-D. 11.1 Mengenalpasti, menerangkan dan mengasingkan bentuk bentuk 3D termasuk kubus, kuiboid, sfera,pirámid, silinder dan kon. 11.2 Mengelaskan,ciri ciri dan mengasingkan bentuk 2D berdasarkan segi empat sama, segi empat tepat,segi tiga dan bulat. 8