ABDUL KARIM BIN ABDUL AZIZ HARNANI BINTI SHUMSUDIN PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TEL : 07-5530404 E-MEL : karimaziz@utm.my
KERJA UTM..KERAJAAN ATAU BUKAN???????
PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 1978 AKTA BADAN-BADAN BERKANUN (TATATERTIB DAN SURCAJ) 2000 LAIN-LAIN SURATCARA YANG BERKAITAN
TAKRIFAN
DEFINISI KERAJAAN DITAKRIFKAN SEBAGAI BADAN ATAU INSTITUSI YANG BERTANGGUNGJAWAB MENJALANKAN FUNGSI-FUNGSI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SESEBUAH NEGARA
APA ITU KERAJAAN PERSEKUTUAN???????
KERAJAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA Merujuk Kepada KERAJAAN Atau KERAJAAN NEGARA Ialah Pihak Berkuasa Yang Berpusat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Eksekutif Persekutuan Yang Berpusat Di Putrajaya. Malaysia Adalah Sebuah Persekutuan 13 Negeri Dan 3 Wilayah Persekutuan Yang Beroperasi Dalam Konsep Raja Berperlembagaan Di Bawah Sistem Parlimen Westminster Dan Dikategorikan Sebagai Demokrasi Berparlimen. Kerajaan Persekutuan Malaysia Mematuhi Dan Dicipta Oleh Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tertinggi Di Negara Ini. Kerajaan Persekutuan Menerapkan Prinsip Pengasingan Kuasa Dan Mempunyai Tiga Cabang: Eksekutif, Perundangan Dan Kehakiman. Kerajaan-kerajaan Negeri Dalam Malaysia Juga Mempunyai Badan-badan Eksekutif Dan Perundangan Masingmasing. Sistem Kehakiman Di Malaysia Adalah Sistem Mahkamah Dipersekutukan Dan Beroperasi Secara Seragam Di Seluruh Negara.
Kerajaan Persekutuan Adalah Merupakan Gabungan Di Antara Kerajaan Pusat Dan Kerajaan Negeri. Setiap Peringkat Kerajaan Mempunyai Autonomi Perundangannya Sendiri Dalam Perkara-perkara Tertentu. Mempunyai Kuasa Sepenuhnya Dalam Hal Ehwal Hubungan Luar dan Hal Ehwal Umum
FUNGSI KERAJAAN PERSEKUTUAN Menyempurnakan Tugas Penggubalan Dasar, Perancangan, Perlaksanaan, Penyelarasan Dan Penilaian Ke Atas Pembangunan Negara. Perlaksanaan Yang Sempurna Ke Atas Rancangan Dan Projek-Projek Pembangunan Bergantung Kepada Tahap Keberkesanan Peranan Yang Dimainkan Oleh Setiap Agensi Persekutuan.
STRUKTUR KERAJAAN PERSEKUTUAN
YANG DIPERTUAN AGONG KUASA EKSEKUTIF IAITU KUASA PENTADBIRAN, DIPERUNTUKKAN DI BAWAH PERKARA 39 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN KEPADA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG, TETAPI DILAKSANAKAN OLEH JEMAAH MENTERI YANG DIKETUAI OLEH PERDANA MENTERI
JEMAAH MENTERI DILANTIK OLEH YANG DIPERTUAN AGONG UNTUK MENASIHAT DAN MEMBANTUNYA JEMAAH MENTERI BERTANGGUNGJAWAB SECARA BERSAMA DI PARLIMEN PERKARA 43 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, ANGGOTA KABINET HANYA BOLEH DIPILIH DARIPADA MANA-MANA MAJLIS PARLIMEN IAITU DEWAN RAKYAT ATAUPUN DEWAN PARLIMEN
APA ITU BADAN BERKANUN????
Badan Berkanun Persekutuan Merupakan Agensi Separuh Kerajaan Yang Ditubuhkan Di Bawah Akta Parlimen & Enakmen Negeri Supaya Agensi Ini Dapat Menjalankan Tugas Dengan Bebas. Badan-badan Berkanun Diletakkan Di Bawah Portfolio Menteri. Setiap Badan Berkanun Mempunyai Lembaga Pengarah Yang Bertanggungjawab Membentuk Dasar, Kewangan dan Keselamatan Serta Mengawasi Perjalanan Agensi-agensi Tersebut. Badan Berkanun Hendaklah Mematuhi Dasar-dasar Yang Telah Ditetapkan Oleh Menteri Persekutuan. Setiap Badan Berkanun Mempunyai Staf Yang Dilantik Sendiri Bagi Semua Kumpulan, Namun Perlu Merujuk Kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Dan Perbendaharan Bagi Mendapatkan Kelulusan Berkaitan Dengan Perjawatan, Atau Sumber Tenaga Manusia Seperti Mengadakan Skim Perkhidmatan, Menambah Jawatan Dll.
Anggaran Belanjawan Tahunan Dan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Setiap Badan Berkanun Perlu Dikemukakan Kepada Kementerian Yang Bertanggungjawab Ke Atasnya Bagi Kelulusan Sebelum Dimaklumkan Kepada Agensi Pusat. Badan-badan Berkanun Ini Mempunyai Peranan Yang Bercorak Pendidikan seperti 20 Universiti Awam.
FUNGSI BADAN BERKANUN BADAN BERKANUN TERLIBAT DALAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI. MEMBANTU MELICINKAN PENTADBIRAN DENGAN MENGURANGKAN BIROKRASI. IANYA LEBIH BERMOTIFKAN KEBAJIKAN.
BIDANG KUASA BADAN BERKANUN
Bidang Kuasa Sesebuah Badan Berkanun Persekutuan Adalah Luas Dan Antaranya Boleh Membuat Pinjaman, Memberi Pinjaman, Melabur, Menubuhkan Syarikat Subsidiari, Kumpulan Wang, Akaun Amanah Dan Melaksanakan Program Atau Aktiviti Tertakluk Kepada Akta Tubuhnya. Isu Perjawatan, Kewangan, Urus Tadbir, Semuanya Masih Mengguna Pakai Pelbagai Pekeliling Perkhidmatan Awam Dan Perbendaharaan Asal-usul Akta Badan Berkanun (Termasuk Universiti) Jelas Dinyatakan Bahawa Akta Tubuh Badan Berkanun Mempunyai Autonomi Di Bawah Kuasa Menteri Mengikut Ministerial Function Act 1969 (Akta 2) Pindaan Tahun 1999
Universiti Sebagai Badan Berkanun Hendaklah Menggubal Peraturan Kewangan, Sistem Dan Prosedur Sendiri Serta Menetapkan Polisi Perakaunan Selagi Tidak Bercanggah Dengan Piawaian Perakaunan Yang Diterima Umum. Badan Berkanun Persekutuan Adalah Tidak Tertakluk Kepada Arahan Perbendaharaan Dan Sebarang Pekeliling Kerajaan Kecuali Yang Khusus Berkaitannya. Tegasnya, Bahawa Hanya Pekeliling Mengenai Badan Berkanun Yang Boleh Dipakai Bukan Pekeliling Umum Kepada Semua Jabatan Kerajaan Persekutuan.
Jemaah Menteri Bersetuju Memberikan Autonomi Kepada IPTA Mengikut 4 Bidang Iaitu Governan Institusi, Kewangan Dan Penjanaan Kekayaan, Pengurusan Sumber Manusia Dan Pengurusan Akademik Serta Kemasukan Pelajar Dengan Berpaksikan Kepada Beberapa Prinsip Asas Autonomi
PRINSIP ASAS AUTONOMI Pemakaian Semua Pekeliling Perbendaharaan Sebagai Asas Peraturan Berkaitan Pengurusan Kewangan Dalaman Dan Lembaga Pengarah Universiti Adalah Pihak Berkuasa Yang Mengambil Alih Peranan Perbendaharaan Di Dalam Memantau Dan Bertindak Melindungi Kepentingan Pelaburan Kerajaan Di Mana Berkaitan; Pemakaian Semua Pekeliling Perkhidmatan Awam Sebagai Asas Peraturan Berkaitan Pengurusan Sumber Manusia Dan Lembaga Pengarah Universiti Adalah Pihak Berkuasa Yang Menggantikan Peranan Jabatan Perkhidmatan Awam Di Mana Berkaitan; Bebanan Serta Pendedahan Kewangan Kerajaan Hanya Dihadkan Kepada Peruntukan Belanja Mengurus Tahunan Dan Peruntukan Pembangunan Yang Diluluskan Kerajaan Melainkan Diputuskan Sebaliknya Oleh Kerajaan Pusat;
PRINSIP ASAS AUTONOMI Penjanaan Pendapatan Oleh IPTA Hendaklah Mengutama Dan Memastikan Perlindungan Serta Kepentingan (Insulate And Protect) Universiti Dan Kerajaan; Skim Saraan Berasingan, Jika Perlu Diwujudkan Oleh IPTA Berasaskan Peruntukan Akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971 Yang Berkuat Kuasa, Dan Sistem Ini Hendaklah Berasaskan Prinsip Ketaksamaan, Kelestarian Dan Tidak Langsung Membebankan Kerajaan; Dan Tindakan Tegas Mengikut Peruntukan Tatatertib Semasa Seperti Surcaj, Turun Pangkat, Buang Kerja Dan Yang Berkaitan Boleh Diambil Terhadap Pegawai Dan Staf IPTA Yang Gagal Mematuhi Tatacara Dan Peraturan Serta Cuai Semasa Melaksanakan Tugas.