1hb Ogos 2016 Pengetua, (UP.:Ketua Panitia Matematik) Tuan/Puan, JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN MATEMATIK UIAM 2016 (IMC2016) Merujuk perkara di atas, kami ingin menjemput pihak tuan/puan untuk menyertai Pertandingan Matematik UIAM 2016 atau IIUM Mathematics Competition (IMC2016). 2. Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, pertandingan matematik adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Pengkomputeran dan Sains Teori, Kulliyyah Sains, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sehubungan dengan itu, kami menjemput sekolah-sekolah menengah dari negeri Pahang, Johor, Kelantan dan Terengganu bagi menyertai pertandingan ini. 3. Pertandingan IMC2016 akan diadakan secara DUA peringkat iaitu peringkat saringan dan peringkat penentuan untuk peserta yang terbaik. Peringkat saringan akan diadakan di sekolah masing-masing, manakala peringkat penentuan bagi peserta terbaik diadakan di Kulliyyah Sains,UIAM, Kuantan. 4. Berikut adalah butir-butir terperinci pertandingan ini: Ujian Kelayakan Tarikh : 7hb September 2016 (Rabu) Masa : 2:00 petang 4:00 petang Tempat : Ditentukan oleh pihak sekolah Bilangan pelajar : 40 orang (maksimum) Peringkat Akhir Tarikh Tempat : 28hb September 2016 29hb September 2016 (Rabu dan Khamis) : Kulliyyah Sains, UIAM, Kuantan, Pahang.
5. Sekiranya pihak tuan/puan berminat untuk menyertai pertandingan ini, berikut ialah butir-butir berkaitan pendaftaran penyertaan: Yuran pendaftaran : RM10 bagi setiap pelajar Tarikh tutup pendaftaran : 26hb Ogos 2016 Untuk mendaftar, setiap sekolah perlu menghantar borang pendaftaran dan bukti pembayaran yuran pendaftaran ke alamat email zatulakmar@iium.edu.my. Pembayaran boleh dibuat secara pemindahan dana elektronik (EFT) ke Nama akaun : IIUM KUANTAN Nombor akaun : 0601 000 2738 719 Nama bank : MUAMALAT MALAYSIA BERHAD Cawangan : KUANTAN Pendaftaran hanya sah setelah pembayaran yuran pendaftaran berjaya dibuat. 6. Bagi pengetahuan pihak tuan/puan, maklumat mengenai pertandingan secara terperinci seperti syarat-syarat pertandingan dan contoh-contoh soalan pertandingan yang lepas beserta penyelesaiannya boleh dirujuk di laman sesawang rasmi IMC2016: www.iium.edu.my/imc. Bersama-sama ini dilampirkan surat kelulusan dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menjalankan program ini. Seandainya pihak tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr. Pah Chin Hee (012-6872111) atau Dr. Nurul Farahain Mohammad (017-7704585). Sekian, terima kasih. Yang benar, DR. NURUL FARAHAIN MOHAMMAD Pengerusi Program Pertandingan Matematik UIAM 2016 (IMC 2016) Kulliyyah Sains, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. s.k. : Prof. Dr. Kamaruzzaman Yunus Dekan Kulliyyah Sains, IIUM Dr Pah Chin Hee Ketua Jabatan Jabatan Pengkomputeran dan Sains Teori, Kulliyyah Sains, IIUM
29 24 16
Borang penyertaan Pertandingan Matematik UIAM 2016 (IMC2016) Kepada: Urusetia IMC2016, CTS, Kuliyyah Sains, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 25200 Kuantan, Pahang. (No. Faks : 09-5716781/ / Email: zatulakmar@iium.edu.my) * sila hantar borang penyertaan ini sebelum 26 Ogos 2016 melalui faksimile atau pos. Kelewatan untuk berbuat demikian akan menyebabkan penyertaan terbatal secara automatik Kami akan menyertai (Nama sekolah) Pertandingan Matematik UIAM (IMC2016) pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Dengan persetujuan ini, kami akan menganjurkan ujian kelayakan pertandingan IMC2016 di sekolah kami dan akan mematuhi semua peraturan dan syarat yang dinyatakan. Tandatangan Nama guru Penyelaras No telefon Guru Penyelaras Email Sekolah Alamat Negeri Perhatian : 1. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr. Nurul Farahain Mohammad (017-7704585). 2. Peraturanan dan contoh-contoh soalan pertandingan IMC yang lepas serta penyelesaian boleh didapati melalui laman web www.iium.edu.my/imc
Senarai Nama Pelajar Menyertai Ujian Kelayakan IMC 2016 No. No. Kad Pengenalan Nama Pelajar 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17
No. No. Kad Pengenalan Nama Pelajar 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35
No. No. Kad Pengenalan Nama Pelajar 36 37 38 39 40